Carbonara Pasta Del Pollo
Ciao tutto~
Kononnya, saya ada satu niat sejak Ramadhan lalu. Setiap kali tibanya giliran saya memasak untuk kami serumah, saya hendak mencuba sesuatu yang baru. Yang belum pernah saya masak sendiri. Tapi bergantung kepada mood dan masa juga. Seperti Ramadhan yang lepas, waktu Maghrib masuk sekitar jam 8 ke 8.30 malam. Lambat. Jadi sempatlah saya mencuba sesuatu yang pelik-pelik. Ada satu hari tu, saya mencuba Udang Masak Mamak. Suka! Suka! Menjadi. Dan pada hari yang sama saya mencuba Ayam Pandan. Yang ini lagi saya suka! Pun menjadi. Saya pun ada cuba membuat kuih tradisional yang tidak dapat dibeli di sini. Saya buat Tepung Pelita dan Kuih Lapis. Pun menjadi. Seronok! Seronok!
Tetapi sekiranya berkejar balik daripada hospital dan ada banyak benda lain yang hendak dibuat selepas itu, saya masak yang biasa-biasa sajalah. Seperti minggu lepas, dengan kes hilang dokumen diri yang baru saja selesai, saya penat untuk membuat benda lain dengan bersungguh-sungguh. Jadi, saya masak Nasi Lemak saja. Tapi, inilah yang paling saya suka. Sambal ikan bilis tu wajib. Sambal yang lain kurang sikitlah kalau ikut selera saya ni. Dan sewaktu ada exam selepas raya hari tu, saya hanya menyediakan Mee Hailam saja.
Di sini, kedai makanan halal tidaklah banyak mana. Ada memang ada tapi selera tekak kita ni kadang-kala mengada-ngada hendak merasa macam-macam benda. Kalau tiba masa teringinkan pasta, kalau ke Patio, alamatnya makan pasta makanan laut sajalah. Seperti 2 minggu lepas. Kami serumah semua ke Patio. Manalah puas sangat kan kalau tak dapat ayam atau daging.
Dan petang tadi, lo ho fatto Carbonara Pasta Del Pollo, tutto! Saya berjaya menyediakan Chicken Pasta Carbonara yang menggunakan 100% resepi Italiano. Suka! Suka! Sedap! Menjadi! Huhuhu. Puji masakan sendiri pula =p Hep. Ini komen daripada rakan serumah tau. Semua kata menjadi. Waa. Keterujaan saya untuk mencuba sesuatu yang baru akan terus membara. Ewah~
Saya rasa, mesti ada yang gelakkan saya dengan lagu yang saya letak kali ni. Saya sendiri pun rasa nak tergelak. Tapi, muziknya macam buat saya rasa ringan melayang pula. Layankan sajalah mood saya kali ni ya. Hehe.
Grazie a tutti per la lettura del questo =) Arrivederci tutto!
amboi, sakannya dia tukar profesion bila balik hospital… seronoklah tu dapat test skill.. ^_^ ks, why not letak gambar2 masakan terbaru ks tu mcm dulu? mesti best tengok.. baru yg lain terbakar sama nk jadi chef juga..
Reply
una nota per voi:
ora mi rendo conto di quanto una cucina può cambiare il clima che circonda … ks si sono rivelati essere una ragazza italiana.. haha…
l’amore per ascoltare la deliziosa nome! Vorrei davvero l’amore per sapere come gusto .. potete darmi qualche, ks?
Penso che si dovrebbe ottenere un altro grado in cucina .. hehe.. 😛
Reply
Adakah disana ada Restoran Mamak?( dah tau jawapan,saja nak kasi sedih jauh dari Msia)…Lain negara lain makanannya.Disini juga meriah,dengan kepala ayam celup tepung dan kulit lembu masak merah..serius.Saya makan yang kulit lembu,yang kepala ayam belum.Tak tahu nak gigit tang mana dulu.Tang paruh kot..haha
Reply
tam tam tam tara tara.. *dancing time!
Reply
salam..
Semuanya sedap..Sy minat gler mmsk ni so mntk resipi sket bleh x? 🙂
pandai juga ye cik sarah ni bahasa itali,serba boleh tu 🙂
Reply
Tam tam tam tam..yes, dancing time! Best la plak lama tak dancing ni..
Reply
italian mood lah ni ek… 😀
Reply
Salam Sarah 🙂
buat saya lapar. nasib tadek gmba. klu x, harus saya suro mr.snm bawa saya ke italiano food restoran. xpun saya paksa dia masak utk saya 😛
Reply
suka!suka!
hehe…bila nak jamu?
Reply
salam.. rajin nya masak.. mesti cekap masak.. beruntung sapa dok serumah hehehe.. documen diri hilang? kesian.. jgn pasport hilang cukup la,…
Reply
bestnyer…
rumah aku dulu ade 2 hasmet terrer masak.. namun sudah keluar menamatkan zaman bujang…
sejak itu kami bukan sahaja selalu makan diluar, malah memasak dirumah juga bertambah kerap dari selalu… masak megi laaa sob2
-joe-
Reply
wah!~! bestnya kak ngah nie pandai masak. Tentu syiokkan kalau orang puji masakan kita.
Nanti kalau kak ngah balik nanti kak ngah masakkan utk jinggos ek??
terus berbahasa italiano tu tak bleh blah tu..hehehe!!~!!
Reply
akak,nak resepi yang best!! akak hanta resepi kat emai boleh? sy nak try masak best2 jugaak..
isnin ni ada open house kat rumah saya..penutup syawal la kire..hihi
ni email sy se7en_days89@yahoo.com
nak tau..tau tau..hihi
seronok bc entry nii..
p.s:kak,yang plan tu mcm jadi je..sy dan radin sedang berusaha nk lawat org di sana..akak tunggu berita gembira dr kami yaa..
Reply
tak kesah ler ape awak masak kan..
tp since baik demam nie…i’ve been craving for jacket potato..
sonang je nak buat ..tp tanak yg sendiri buat..nak yg kedai or orang buatkan..mengade dok?
pastu since last few days..ive been eating lasagna..bolognese…saladun…waduh..menjadi2 seleranye..tp still tak dpt jacket potato lagi nie..
ape kate kamu buat..pastu fillings die letak tuna mayo n then post ke sini..ok deal.
timekasih
Reply
hehe..best bace blog awak..awk org temerloh yek..same la pahg.kg lebak seberg kan..hehe..sy kat jengka..sj je explore blog org..last2 jmpe blog awk..seronok gak bc..tersenym sendirir..
Reply