Penawar

Assalamualaikum wbt

Semalam saya memang buat kerja gila. Tanpa sebarang pengenalan diri (selain daripada student card), saya mengikut Fareena dan Farhan keluar untuk auntumn photo outing. Wanie pun ikut sama. Farhan handal mengambil gambar. Kamera gedabak-gedabak ni kan (Canon EOS 400D). Saya perlu juga keluar daripada rumah untuk melapangkan fikiran. Kami sepakat menuju ke Varabyovy Gory, Bukit Pipit. Lucu kan nama tempat ini? Letaknya hanya diseberang sungai kawasan kami tinggal ini. Tapi kami ke sana menaiki metro. Takkan nak merentas sungai melalui jambatan dengan berjalan kaki pula. Kawasan ini adalah kawasan ekologi burung. Letaknya di tepi Sungai Moscow (Moskva River). Di sepanjang sungai ini ada laluan pejalan kaki yang rapi dan kawasan ekologi burung di sebelah atasnya pula penuh dengan pokok maple. Suasana musim luruh yang semakin ke penghujungnya memang terasa kerana daun maple memang sudah bertukar warna menjadi kuning keperangan. Ada juga warna alam yang lain termasuk merah, hijau muda dan oren. Sangat cantik. Tidak lama kami melalui eco trail setelah puas berjalan dan bergambar kerana hari mulai hujan renyai.

Hari ini saya cuti sehari. Hari pelepasan untuk menyiapkan laporan autopsi. Selepas Zohor tadi saya terus ke Deans. Beratur dalam sejam, saya dapat memboloskan diri untuk masuk ke bilik tersebut. Sebelum itu, pegawai yang bertugas itu marah-marah kerana pelajar-pelajar yang datang semuanya punya masalah remeh-temeh yang tak sepatutnya terjadi. Tapi sebaik saja saya masuk, saya terangkan masalah saya, dia terus kasihankan saya dan dengan segera menyiapkan pengenalan diri sementara untuk saya. Sedikitpun dia tak marah-marah seperti yang dibuatnya pada orang lain sebelum saya. Sebaik selesai semuanya, saya ucapkan terima kasih dan terus balik. Saya maklumkan ayah tentang urusan di sini semua sudah selesai. Emak terus menelefon. Leganya mendengar suara emak. Suara terapi. Suara penawar kesedihan!

40 Responses to “Penawar”

  1. chmod says on :

    salam doc sarah….
    saya lom baca entry nie..mula2 cari gambar awk..tapi tak da pun…yg ditepek gambar kawan…gambar empunya diri tak da ke?huhuhuh…

    Reply

  2. chmod says on :

    ok dh abis baca..hehehe..gambar dia cantik…gambar pun berkualiti..memula ingat budak pempuan yg pakai tudung putih tu awk..tapi silap org daaa..heheh…tapi mengikut naluri dan penelitian saya..yg pakai tudung biru tu for sure awk..kan?hehe..tgk bdan pun kecil je..mesti awk kan…so skrg awk bukan lagi PATI dia Rusia tu ye..heheh..hope everything will go smoothly after dis..Insyaallah…

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    erk.. ni mcm n3 promot fareena aje. hehe. jgn marah fareena!. gurau jek. 🙂

    tp serius ah.. gambar2 tu mmg cantik. sbb kamera mahal kot. hihi

    Reply

  4. a.s.h.a.r says on :

    “pokok maple. Suasana musim luruh yang semakin ke penghujungnya memang terasa kerana daun maple memang sudah bertukar warna menjadi kuning keperangan. Ada juga warna alam yang lain termasuk merah, hijau muda dan oren. Sangat cantik.”

    wah, pokok maple
    impian suasana impian

    Reply

  5. yop says on :

    Anda Hebat! Hahahahah. Kalau pun anda yang satu-satunya di dunia, pasti anda yang terakhir. Hahahaha. Maafkan kata bicara canggung. Pujian keras. Hahahaha. Tahniah! Berjaya menjadi insan yang tidak dimarahi. Hahahaha. Muntah beb. Muntah konon kritikal la sangat pemikiran. Hahahaha.

    Reply

  6. snm says on :

    Salam Sarah
    sukenye tgk gmbr yg sarah tepekkan nih. sbb aritu baru jek saya poyo2 amik gmba dgn kamera gedabak camni. Abg2 unit IT kt opis saya semuanya ade kamera camni tau. sampai dh x tahu nak tgk kamera mana satu :p
    Buat baik berpada pada, buat jahat jgn sekali, berbaik sangka pada semua, insyaAllah dimudahkan urusan sehari hari..

    Reply

  7. kylex says on :

    salam..

    yerla mcm en3 fareena@wanie je,hehe :)..Bgsla ada penawar mcm ni kan, inila anugerah dari ALLAH untuk hamba2 Nya yg selalu redha dan sabar dengan segala dugaan Nya 🙂

    Pic ni mmg bestla,sharp tu..Jeles gler kt pemilik kamera ni :p

    Reply

  8. akak says on :

    Sekali-sekala wat keje gila ape salahnya. Bukannya gila macam mana pun… hehehe. Nak jugak rase macam mana ye berada di tengah-tengah kawasan yang penuh dengan daun maple warna keemasan tu. Bestnye.. Baru nie dah jeles tengok gambar kat blog wanie.. Nasib baik kat sini tak digambarkan suasana tu..mm.. Kene berangan lagi la nampaknya..:p

    Reply

  9. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua.

    Shamsul:
    gmbr tak semestinya kena nampak muka, kan. hehe. ye. sy bukan PATI dh. skrg sy ada SITI. weehee =)

    Cikgu Jawe:
    erk. sy takleh promote fareena cikgu. nanti ada org marah sy. dh org tu taknak amik gmrb dh nnti :p

    Bro ASHAR:
    autumn in my heart =) knp semua org suka autumn ye? sy suka winter. sbb winter ada kenangan2 yg istimewa sepanjang sy di sini. hehe.

    Reply

  10. sarah mohd shukor says on :

    Yop:
    yop, awak ok tak ni? perlu bincang apa2?

    Falin:
    apa tunggu lg. cukup duit, angkat la DSLR sebiji. baru puas hati. hehe. sy suka pantun awk hujung tu. rima yg sgt ‘kena’ gitu. thanks falin.

    Kylex:
    hehe. pormote wanie boleh. promote fareena, sy kena fikir 2-3 kali. kang tak pasal2 ada org mengamuk. huahuahua. ha. silalah jeles dgn farhan ni. kamera dia best 😉

    Akak:
    nnti sy nak buat entri pasal autumn n letak gmbr byk2. kasi akak jeles. kekekeke. bak kata mak sy kan akak, sepanjang sy takde pengenalan diri tu, sy betul2 dh jadi GHURABA’ (Orang Asing) di sini. Allah tu Maha Kaya nak buktikan apa yg sy rasa =)

    Reply

  11. mohd fisol osman says on :

    salam,

    sarah x beli kamera baru ke..boleh tangkap gambaq puas2 sebelum balik m’sia…

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    Abg Fisol:
    duit pun takde ni, nak beli kamera apanya. huhu.

    Reply

  13. mohd fisol osman says on :

    huhu…tp a.fisol perasan, byk doc2 yg minat photography nie..my classmates sorang pakar respritori kat HSB & sorang lagi pakar ortopedik kat Perdana medical centre minat sgt dengan hobby ni..siap ajak outing lagi..

    Reply

  14. Ainul Arina says on :

    salam

    wahwah.. sakan bergambar ngan kak fareena ngan kak Farhan.. baguslah semua dah setel.. boleh happy-happy dah.. ^_^

    Ks, esok exam. doakan yer..

    Reply

  15. sarah mohd shukor says on :

    Abg Fisol:
    mmg ramai. kt sini pun ramai. sy pun! hehe. so apa lg. join la kawan2 yg lain tu pergi outing. rugi la kalau tak join. kan ada kamera baru tu *wink wink*

    Ainul:
    ya rabbi ainul. ks gelak tak sudah2 ni. farhan tu seorg lelaki. lelaki sejati. huhu. yg lg sorg tu kak wanie la yang =D farhan tu namanya Mohd Farhan bin Mohd Faiz Wilson Yeo. hehehe =D

    Reply

  16. shazwani adnan says on :

    salam.

    sudah mahu tergelak baca nama KAK FARHAN.Haha…

    Kameranya sudha tak boleh menipu lagi. Clear sungguh gambarnya. Nasib baik jerawatku tidak nampak!

    Reply

  17. snm says on :

    pantun?*tgk atas balik*
    hahahaha:p kelaka pun ada..td menyinggah bluehikari baca pantun, agknye terikut2 berpantun smpi ke tmpt sarah. dlu minat la jgk dgn SLR ni. lps tu lama2 mcm boring. cuz it’s like a seaview of ppl out there yg sgkut Si Gabak ni kt leher. dh le berat. hehehe:p

    Reply

  18. yop says on :

    Jangan risau yop hanya menyindir.. hahaha

    Reply

  19. a.s.h.a.r says on :

    autumn in my heart =)
    It reminds me of the happy days

    Reply

  20. Thia says on :

    Wah,cairo x ada pokok maple,jd x terasa langsung musim luruh.tp mlm kat cairo sangat2 sejuk tau kak.hehe..ala,nk tgk gamba akak byk2. Hehe

    Reply

  21. nOnnie_sayang says on :

    salam ks. pepe pun ibu itu tetap penawar pada segala macam masalah dan kesusahan kan? dgr suara pun dh rasa lega, apatah lg kalau dipeluk cium. nnt bila dh jd ibu, make sure kasih syg tidak berbelah bahagi, ok?

    neway, pandai jurufoto tu. cantik gambarnya.. ada ‘value’

    Reply

  22. Zack says on :

    salam aya,

    im still ere remembering and loving you no matter how long da separation/hibernation takes place

    love always
    xxx

    Reply

  23. sarah mohd shukor says on :

    Wanie:
    hehe. lucu kan. pena gelak lg la tak ingt smlm. ks nmpak je parut kt pipi ni. abis saham. huuu =p

    Falin:
    oh. awk follow bro rudy punya blog jgk eh? sy suka blog dia! hari2 sy jenguk! tp baru bape kali je sy drop comment. kira mcm silent reader gitu. hehe. betul falin. kalau sngkut kt leher, mmg terasa la jgk beratnya. tp klu kendong dlm kit bag di bahu, ok ajor. hehe.

    Yop:
    teringat kat onelove, onebay dan segala jenis one yg dulu.

    Reply

  24. sarah mohd shukor says on :

    Bro ASHAR:
    ni mcm ada kenangan aje ni. hehe.

    Thia:
    gambar ks? nak buat apa. huhu. takde apa yg berubah pun. serupa dulu tu jgk la. hehe.

    Kak Nonnie:
    kalau tgk flickr dia, boleh tahan la farhan ni. ni dia baru lg jinak2 ni. klu dh lama nnti, boleh gi lg jauh. hehe. sy suka dia amik gmbr potret. sy nak book dia utk convo nnti. huhuhu =p

    Abg Wan:
    how long it takes, how far we go, how deep the sorrow in the middle, i love u still!

    Reply

  25. snm says on :

    sarah nk tau x? dia la antr pegawai2 atasan kt sekolah saya.heheheh:p tp dia minx kami rahsiekan identiti dia. nama dia sndr UNIK! the way dia bg speech kt kami dlu..aduhaii..BEST sgt2! byk jgk tips dr dia, saya apply skrg..hehehe..nama anak dia pun unik, the way dia pggil wife dia..huuu~~ romantik habess..saya mmg yakin tu dia, so saya bgtau kwn saya yg prnh kerja dgn dia. kwn saya trus la contact dia. dia pun admit itu blog dia. hehehe :p

    suara Emak penghilang duka
    suara Ayah memberi semangat

    Reply

  26. Nadia Yuna says on :

    Hoh! Gamba sungguh cantiklah! Tapi tak ada pula wajah kesayangan hamba. Hehehe. =p

    ** apa yang nadia perasankan sarah, bukan doc je suka photoghraphy, tapi leh kate sume student2 yang study overseas ni. Majoritinya ade camera besor2 & superb best! =)

    Reply

  27. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    maksud awk, dia cikgu awk ke apa? mcm tu ke? ye! kisah dia dgn isteri dia romantik. dr A sampai Z sampai ke zaman dh ada anak ni. kadang2 tu, bila sy tertulis sesuatu yg melankolik skit, sy mesti teringat ke dia. sbb bahasa dia unik =) hehe.

    Nadia:
    entry nanti2 la pulak baru ada gambar wajah kesayangan awak ni ye =) betul kata awk. budak2 oversea ni ramai yg ada kamera gedabak2 ni. myb sbb diorg nak ada koleksi terbaik keadaan di luar ni sebelum balik ke msia. nak jadikan kenangan la kiranya. td sy baru je tanya cousin sy (di msia) skrg dia pakai nikon apa. katanya Nikon D200 with tokina wide lense!!! nanges la sy kejelesan :p

    Reply

  28. Mimi Amilia says on :

    Salam Sarah, lama tak menyinggah.Ingatkan dah tak aktif lagi blog ni. Gambar tu cantik-cantik. Alahai, kesiannya kena rompak.Takper, dugaan…

    Reply

  29. Nadia Yuna says on :

    Hah. Ambo tungguuuu =p

    ** apa ni, mymy sebelahkan awak! huh. majokkkkk, majokkkkkkkk. hahaha. sabo je le =p

    Reply

  30. Inah says on :

    apekata sarah pegi ke zoo di russia pulak..teringin nak tgk binatang di sana 🙂

    Reply

  31. CritiCalThinKer says on :

    aya terus cemerlang oke!

    Reply

  32. Ainul Arina says on :

    adeh2… malu-malu.. T_T
    tu la pasal.. nampak cam muka kak wanie tapi macam ks tak sebut je nama kak wanie… tu yg ingatkan salah orang kot..

    eii, tak aci serumah gelak kat orang.. aiyoo.. malunyerr..(nak lari nyorok dlm selimut ahh…)

    errr.. to bro farhan kalo terbaca, ampun.. sori2.. :P…kak wanie, sori gak ea.. takpe2, pasni kompem hafal dah muka akak.. insyallah.. huhu…

    Reply

  33. Ainul Arina says on :

    ehh.. twit!! baru terperasan ada nama kak wanie.. adeh. nampaknya power spek kena upgrade!!

    alasan seterusnya: tak nampak pun muka pengambik gambarnyer.. mana ler nak tau laki ke pompuan.. nama kawan orang pun farhan gak tapi dia pompuan.. hehe.. so, cannot blame me la yer akak2 sekelian.. 😛

    p/s : (tengah terfikir mesti bergegar rumah tu semalam sebab semua pakat gelak tak hingat dunia.. aishhh.. )

    Reply

  34. nadia-ady says on :

    salam…wah,cantik2 lah photoshoot gambar2 tu 😀

    bestnya duduk kat tgh2 daun maple pastu amik gambar dari atas. Cantik2! Berangan je mampu.huhuhu

    Reply

  35. acai says on :

    wah wah dah terer amik gambar nampak cik sarah nih,hehehe..:) ni macam sume guna 50mm je,hehe.:)

    falin ngan sarah..si rudy bluehikari tu org kampung orglah..:) mak dia, bapak dia semua kenal sangat ngan sy,hehe..adik dia lagi hensem ar dari dia..tapi dah kahwin,hahahaha…

    Reply

  36. snm says on :

    Sarah..dia pegawai di U*M..awak tau kan tmpt saya study? rumah saya pun awak tau kan? haa..dia pegawai kat ctu..saja je saya mentioned as “Sekolah”..dia mmg humble..last jumpa dia masa dia bg talk kt fakulti saya tu la. 2 thn lps.. yup..it’s true..bhs dia mmg melankolik kan? plus he’s Unique! nama seunik orangnya juga 🙂

    Senpai F..betul!! Falin dah lama nak tye tp asek lupe jek. falin mmg yakin yg abg kenal dia sebab en.rudy ada mentioned dlm entry dia yg rumah dia kt RTB kan? kan? waaa…dia tu best la bg talk kt kitorang. heheh:p adik dia hensem? kekeke:p

    Reply

  37. snm says on :

    sarah..lagu dlm rumah sarah ni wardah sgt utk saya! buat saya dok tersenyum2 neh..

    Reply

  38. sarah mohd shukor says on :

    Mimi:
    ya Allah. sy pun dh lama tak menjenguk awk. maaf sgt ye mimi. alhamdulillah dah settle dh kena curi barang tu. Allah mudahkan semuanya =) semoga baik2 saja di sana ye.

    Nadia:
    insya Allah dlm entry2 yg berpatutan nnti =) hehe. nak buek macam mano. mymy awk tu pun mesti la pikir mcm sy. taknak awk sakit cik kak oi 😉

    Kak Inah:
    haah eh. good idea jgk ni. insya Allah ada masa nanti sy gi. tp sy nak tunggu winter dulu la. kat zoo moscow ni haiwan2nya ikut musim. time winter nnti ada beruang kutub la, dolphin kutub la, ntah apa2 yg kutub lg ntah dia letak kt situ. unta je yg takde. kekekke =p

    Reply

  39. sarah mohd shukor says on :

    CT:
    cekapnya mata awk nampak nama sy yg tu ye!

    Ainul:
    hehe. mmg mula2 tu abis fareena n wanie gelak2 jgk. tp ni dh ok dh. diorg pun tak kesah pun dh dgn kisah kamu tersalah panggil kak farhan tu. ks rasa, paan tu pun ok je. hehe =)

    Nadia-Ady:
    wah. ada sorg lg nadia di sini ye =) salam kenal ye nadia. kalau nak bayangkan suasana musim luruh, awk gi duduk celah2 pokok getah wkt musim panas sekitar julai. mmg serius cantik mcm musim luruh. sbb sy penah rasa!

    Reply

  40. sarah mohd shukor says on :

    Acai:
    ooo yeke. patut la selalu nampak dia masuk blog awk dulu. org kampung rupanya ye. alahai. buat apa ckp klu dh kawin dh adiknya tu. muahaha =p

    Falin:
    ooo. kat situ ke awk maksudkn. sy ingtkan zaman sekolah menengah dulu. terfikir jgk, klu wkt umur kita sekolah menengah, dia masih di luar negara lg kan? hehe. ala.. awk takyah nak kesah dh dgn adik dia. awk kan ada Mr. SNM =p alahai cik kak kita sorg ni. dia pun berwardah hati jgk ye. hehe. ada apa2 yg tersirat ke dgn nasyid ni? ehem ehem =p

    Reply

Leave a Reply