Ujian Itu Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum wbt

Petang tadi saya dirompak. Rompak? Betulkah terma itu? Hmm. Yang pasti, segala barang saya dalam beg sandang saya hilang sekelip mata.

Saya hilang kad pelajar, kad pelajar anatarabangsa (ISIC), kad metro, kad bank, kad insurans, kad debit, kad hostel, kad pengenalan diri sementara (kerana pasport saya sedang diproses untuk urusan visa, kami panggil spravka) duit sekitar RM220, credit book (yang merekodkan keputusan exam sejak tahun 1, kami panggil zachut book) dan kamera Sony D55.

Yang sedihnya, ketika mencari-cari kemungkinan beg saya itu dicampak ke dalam tong sampah besar yang mengumpulkan sampah di belakang bangunan hostel, saya lihat kot saya disidaikan pada tong sampah itu dan satu-satunya barang saya yang terselamat ialah buku koleksi sajak saya yang saya sentiasa bawa kemana-mana. Buku itu pun terdampar separuh lembap di atas jalan tar. Alhamdulillah selamat. Di dalam buku ini jugalah saya coretkan artikel-artikel untuk majalah persatuan pelajar untuk beberapa edisi yang telah saya siapkan. Tinggal untuk submit saja. Syukur Ya Allah.

Saya memanjat tong sampah itu mengais-ngais sampah di permukaan untuk mencari juga beg saya. Saya sedih tapi saya tak mampu menangis setitis pun pada waktu itu. Ahli team futsal perempuan yang lain masih setia di situ menolong mencari-cari. Saya menyuruh yang lain terus naik dulu untuk solat Maghrib. Saya bertemankan Ika cuba memikirkan arah jalan yang mungkin dilalui oleh si pencuri dan kemungkinan di manakah dia membuang beg itu. Paling kurang, saya berdoa semoga saya dapat mencari semula credit book saya itu. Kami merentas kawasan apartment dan taman permainan kecil dalam gelap waktu Maghrib menuju ke arah kawasan tong sampah besar di situ. Tibanya di situ, sekali lagi saya memanjat tong sampah itu dan menguis-nguis sampah dengan niat dapat menemui beg itu dan credit book saja. Cukuplah saya temui credit book itu saja. Tetap tidak berjumpa. Saya dan Ika balik untuk solat.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya tidak berniat untuk membawa handphone ke lecture pada petang tadi. Saya malas kerana bagi saya memang tiada sesiapa yang akan menghubungi saya dalam tempoh itu. Sebaik sampai di bilik, saya ada terasa hendak menangis tapi saya rasa saya tak redha dengan ujian Allah ini jika saya menangis. Perkara pertama yang saya lakukan ialah solat Maghrib dan kemudian menghantar SMS kepada ayah saya memaklumkan hal ini. Saya minta tolong ayah tolong selesaikan kad bank baru untuk saya. Tak lama kemudian, Kaklong menegur saya di YM untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian. Kaklong bertindak sebagai orang tengah antara saya dan keluarga. Selesai segalanya. Terima kasih kepada Atiqah Asbi kerana meminjamkan saya kad banknya yang kedua untuk memudahkan urusan penghantaran wang. Hmm. Saya tiada duit pun sekarang ni. Walau sesen. Apa-apapun, terima kasih kepada keluarga saya yang sedang cuba menyelesaikan segalanya yang berkaitan dengan kad bank saya.

Bila difikirkan semula, ujian yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana. Saya tidak rugi banyak seperti sesetengah orang yang lain. Kebetulan, pagi tadi selepas pulang dari rumah mayat, saya membayar bil telefon rumah untuk tempoh 3 bulan. Jadi, saya sudah kurangkan duit dalam purse saya. Kad metro saya pula akan tamat tempoh sebaik masuk bulan November ini kerana sudah genap 5 tahun. Kad insurans saya akan tamat 24 Oktober ini. Maksudnya, saya akan menerima kad baru pada minggu hadapan. Kad debit saya pula memang tak dipanjangkan tempohnya lagi kerana saya balik Malaysia. Tamat Ogos lalu. Nasib baik dah tamat tempoh. Kalau tak, orang itu boleh gunakan kad saya itu sesuka hati dan bilnya akan dicaj ke telefon bimbit saya. Alhamdulillah. Kad pelajar, kad pelajar antarabangsa, kad bank, kad hostel dan kad pengenalan diri sementara (spravka) insya Allah boleh dibuat semula di Deans Office Isnin ini. Tiada masalah tentang ini. Telefon bimbit juga Alhamdulillah saya tidak bawa. Kamera yang hilang itu saya tak terkilan langsung. Ada rezeki, ada duit, dapatlah gantinya nanti. Sekarang ni itu semua tidak penting langsung. Cuma yang saya bimbangkan ialah credit book saya. Sistem di sini, setiap kali exam, kita akan mendapat tanda tangan pengesahan daripada doktor-doktor dan pensyarah-pensyarah yang men-viva kita. Katanya, saya perlu pergi menemui kesemua pensyarah-pensyarah tersebut untuk memenuhkan semula credit book saya. Takkanlah sekuno tu? Takkan tiada rekod dalam komputer? Mustahil. Saya harapkan penyelesaian yang lebih mudah, Ya Allah…

Saya tenang di sini kerana saya yakin pasti ada hikmah disebalik segala yang terjadi. Pasti. Dan saya tenang kerana saya ada rakan serumah yang sangat menenangkan dan memahami. Cumanya, sekarang ini saya money-less 🙁

20 Responses to “Ujian Itu Tanda Allah Sayang”

  1. Ainul Arina says on :

    Assalamualaikum

    Ks, takziahh..sabar yer.. Insyallah mesti semuanya ada hikmah. Terkejut baca entry ni. Ks kena ragut ke kena curi? Nasib baik hilang barang je, diri selamat.
    Apa-apapun ainul doakan maslaah tentang credit book tu akan mudah diselesaikan. Tak mampu tolong yang lain. Takat itu sahaja, hanya doa dr jauh moga semua berjalan lancar dan mudah utk ks.. (“_”)

    pasal money tu, rasanya junior-junior serumah dan rakan-rakan ks yg lain mesti semua sanggup hulurkan tangan bantu ks. Insyallah, rezeki ada kat mana-mana. Doa-doalah banyak2.. Allahu yu’tikal ‘afiyah.. Amin..

    Reply

  2. CritiCalThinKer says on :

    takziah sarah.. semoga dipermudah dan sempurnakan urusan yang mendatang.. sabar banyak2 oke.. *topok2

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un..

    hrp sarah tabah dn sabar dgn musibah. aku sgt berharap agar aku berada di sana turut membantu mencari. hmmm..

    selesaikan sgl dokumen yg penting2 tu satu persatu. moga2 creedit book tu dpt jumpa smeula. kalau tidak, kena le selesaikan juga walau terpaksa dgn cara kuno. hiks..

    tak mengapa menangis krn ditimpa ujian. itu tanda lembut hati dn melegakan rasa. para nabi dn sahabat pun menangis waktu ditimpa musibah..

    be strong girl!. *omputeh le pulokkkk* 😉

    Reply

  4. snm says on :

    Salam Sarah
    sabarlah sayang *mcm lagu raya le plak*
    xpe sarah..kdg2 hati kta dedau..smpi mcm tu jadinya..x terklua airmata dibuatnya..sy pun pnh alami mcm tu. untungnya sarah dh selesaikan bil2 sarah. bagus juga bila jd org yg get ready, get prepared mcm sarah. urusan yg pntg dh didahulukan cuma yg tggal zachut book je. jumpa lah dgn dean, dan saya rasa sarah insyaAllah xde masalah sbb lecturer msti nk tolong sarah sbb mrk pun kenal sarah kan? solat sunat 2 rakaat jgn lupa (usaha yg diajar Abah saya jika anak2,fmly, org sekeliling mgalami masalah). mohon pada Yang Esa..

    *rs mahu terbang ke tmpt sarah, jd wonderwoman :p*

    Reply

  5. snm says on :

    sarah..award cool utk sarah..sudi2 le amik kt rumah buruk saya 🙂

    Reply

  6. Only me says on :

    Assalamualaikumm…

    Akak doakan sarah dari kejauhan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn..

    Reply

  7. a.fisol & k.mai says on :

    salam sarah,

    kami sekeluarga turut bersimpati dengan ujian yang menimpa sarah. tapi syukur jugak sarah x apa2..tapi tu la, credit book tu nampak macam paling penting pada masa skrg, mesti leceh nak settle kan balik one by one..

    semoga tabah menghadapi ujian ini, insyaAllah kami akan turut berdoa untuk kesejahteraan sarah

    Reply

  8. kylex says on :

    salam..

    Semoga KS tabah menghadapai semua ini,AMINN..Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ini kan,teringat sy kisah yg prnh sy ceritakan dlm blog ni..Selepas difikir kembali semuanya berhikmah..

    Semoga jumpa semula credit book tu,AMINN..Beruntung sbb dpt kwn yg susah-senang bersama2,k..

    Reply

  9. nzuhdi says on :

    sabar sampai lebam

    Reply

  10. Nadia Yuna says on :

    Salam Sarah..

    Ya Allah. Semoga sarah diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya. Nadia doakan Sarah akan dikurniakan rezeki yang murah dan penuh berkah. Amin.

    Jangan sedih2 na sarah.
    Jaga diri baik2 tau

    Saya sayang awak!

    ** Sarah sangat kuat & I'm very proud of u dear! I wish i can be there. Tapi x boleh. Nadia doa dari jauh ya. =)

    Reply

  11. mahasiswa says on :

    salam.

    Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.

    Moga apa yang hilang itu diganti dengan lebih baik, mungkin bukan dalam material, mungkin dalam bentuk sentuhan rasa redha akan takdir Tuhan. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya.

    Sabar ye kak.

    Reply

  12. TiangPurnama says on :

    Andai di sana boleh tlg sarah dgn menjadi sherlock holmes,advanced skit jd det. conan utk menyelesaikan kes ini…
    Insya Allah semua selamat…

    Reply

  13. фарина захари says on :

    ks, we’re here for u.
    Sabar byk2 ek…. 🙂

    Reply

  14. Anonymous says on :

    sabarlah sarah..
    ujian pasti untuk hamba-hambaNya yang terpilih…
    dan kamu adalah salah seorang daripada mereka…

    kamu bertuah!

    -joe-

    Reply

  15. WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) says on :

    KuaTNye KaMu !

    KaLau SaYe , MsTi DaH NaNGeS SmPai BaNJiR 1 SeReMBaN… HuHuHu

    TaHNiaH SbB BrJaYe MnJaDi TaBaH ! 😀

    Reply

  16. chmod says on :

    salam doc sarah…
    sabar ye..segala ujian ada hikmahnya…bersabar ye doc sarah…insyaallah semua akan kembali baik..yang risau ye doc sarah….

    Reply

  17. Anonymous says on :

    aiseh, kembar aku ni, camner lak leh jd ni.

    sabar byk2 erk.

    smoga probs credit book tu dpt disettlekan dgn mudah.

    keSatria

    Reply

  18. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks. sabar banyak2 ye ks. agak berat juga dugaan kali ini, lebih2 lagi hilang buku zacut tu. tp harap2 la dekanat tu dah lebih sistematik skrg supaya tak perlu nak pergi kutip balik semua tandatangan2 tu. kat blakang hostel ni mmg slalu ada homeless people dtg kutip2 sampah. ada skali tu sy tgk diorg makan sisa2 makann yg ada dlm tong tu. nak tmuntah rasanya. kita sama2 doa la agar si pencuri tu digerakkan hatinya utk hantar balik semua mende2 penting tu.

    Reply

  19. Azra Ain says on :

    salam kak sarah,
    azra dulu pernah tercicir dompet di dalam bas. sedar dompet tercicir bila hendak buat pembayaran. menggelabah. cepat-cepat carik bas yang azra naik, mujur semua penumpang-penumpang basnya jujur. dompet azra selamat.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Ainul, Critical Thinker, Cikgu Jawe, Falin, Kak Only Me, Abg Fisol, Kak Mai, Kylex, Najib, Nadia, Naqeb, TiangPurnama, Fareena (i love u!), Joe, Wana, Chmod (Shamsul kan?), My Twin Salman, Judin dan Azra:

    TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

    Reply

Leave a Reply