7 Ogos 2008

Assalamualaikum wbt

Ini entri wajib. Hutang yang saya janjikan dengan beberapa insan penting dalam hidup. Maka saya hendak menyempurnakan segalanya supaya tiada hutang lagi. Sempena Ogos ini, di dalam keluarga saya saja ada ramai yang menyambut ulang tahun kelahiran. Terlebih dahulu, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya Nadia dan Alif (KB 2 Ogos 2008), sepupu saya Along Hafiz dan Kak Ain (Shah Alam, 3 Ogos 2008), juga buat teman terbaik merangkap abang yang paling saya hormati, Abang Khairil dan Kak Salwa (Teluk Intan, 9 Ogos 2008) dan senior bahas yang paling saya rapat merangkap kakak yang paling banyak menyimpan rahsia saya sejak 8 tahun dahulu, Kak Anisa dan Abang Ewan (Serdang, 16 Ogos 2008). Juga buat kenalan yang menjadi pembaca MW, Mahani dan Hafiz (KL, 23 Ogos 2008), 2 pasangan junior di Moscow, Awe dan Dayout (Johor, 9 Ogos 2008) serta Rafeeq dan Sikin (Klang, 17 Ogos 2008). Selamat Pengantin Baru. Semoga hidup kalian dalam redha Allah sentiasa. Juga takziah buat keluarga Abang Nizam dan Kak Maslina sekeluarga atas pemergian ibu kepada Kak Maslina pada petang semalam (Temerloh, 6 Ogos 2008). Semoga arwah ditempatkan di kalangan mukminin yang lain.

Dan pada tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kombo untuk 9 orang sekali gus.

Buat Kaklong, Selamat Hari Lahir yang ke-25 (9 Ogos). Ngah doakan awak berjaya menjadi pendidik yang bercita-cita tinggi dan lain dari yang lain.
Buat adik saya Adi, Selamat Hari Lahir yang ke-17 (10 Ogos). Semoga cemerlang dalam SPM tahun ini dan semoga awak kekal menjadi anak yang baik dan contoh kepada adik-adik.
Buat sepupu saya Ahmad Ridhuan (Wawan), Selamat Hari Lahir yang ke-19 (11 Ogos). Semoga dapat fly ke Australia pada Febuari depan dan kekal menjadi cucu contoh buat adik-adik saudara yang lain. Ngah bangga dengan apa yang awak buat sewaktu pemergian arwah Chik dulu. Awak contoh produk KISAS yang berkualiti =)

Juga buat dua orang rakan blogger, Azwan Ngali (8 Ogos) dan Yasir Tamizi (11 Ogos). Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat awak berdua. Selamat menamatkan dunia kolej untuk Azwan dan selamat membina kerjaya untuk Yasir. Didoakan yang baik-baik saja ya.

Juga Selamat Hari Lahir yang ke-18 buat dua orang sepupu saya, Sufyan (18 Ogos) dan Liyana (29 Ogos). Selamat meneruskan pelajaran di peringkat tinggi. Jangan main-main. Terlalu banyak yang menanti di hari muka. Buat seorang teman lama, Afifi Saifuddin di CSMU, Selamat Hari Lahir (7 Ogos). Saya tak pernah lupa tarikh ini sejak hampir 10 tahun yang lalu. Dan Syam Leokid, Selamat Hari Lahir juga buat kamu (11 Ogos). KS ingat tau =)

Buat semua, Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini selama ini. Maaf atas segalanya. Saya undur diri dengan harapan tiada dendam berbekas di hati dan terima kasih atas ukhwah yang telah diberikan. Hidup saya ceria kerana dapat mengenali kamu semua. Kamu semua tahu siapa kamu semua dalam hidup dan hati saya.

Hari ini hari Khamis, 7 Ogos 2008. Assalamualaikum wbt.

48 Responses to “7 Ogos 2008”

  1. cikgu jawe says on :

    Saya undur diri dengan harapan tiada dendam berbekas di hati dan terima kasih atas ukhwah yang telah diberikan.

    hmmm.. apa maksud ayat ni?

    buat semua nama2 yg disebutkan kt n3 nih. moga tabah dn mudah dlm hidup kalian.

    ayat aku pun mcm nk resign gak. hehe

    Reply

  2. 13may says on :

    sarah…

    nak benti blog ker???

    Reply

  3. one says on :

    salam,
    a..?

    Reply

  4. leokid says on :

    wuish..ni cobaan ke betul2??

    ala..tahun depan dah tak dapat wish birthday from ks dah la. T_T

    anyway, surely u have ur own reason to quit blogging, and whatever it is, no doubt that u have think about thoroughly.

    walau dah takde “my world” harapnya dapat keep in touch k! rajin2 lawat la Leokid’s Life. =)

    Reply

  5. mama anis says on :

    Sarah,I’ll be losing one of my fav. spot after this.
    Anyway, thank you for all the wonderful sharings through your World.
    Jumpa in person kat Sg. Manik nanti, insyaAllah.

    Reply

  6. chmod says on :

    doc sarahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…… yyyyyyyyyy?????????????????keputusan yang amat drastik…ohhh!!!sedisssssss………
    -hantu siang-

    Reply

  7. kylex says on :

    salam..

    are u sure wit ur decision?..
    waa,sdeyla plak, sarahla sumber prtama sy mau tulis blog ni..br je nk brkecimpung dlm blog ni, dah ilang sumber blog..Nnt rmi plak yg mls nak berblog..Rase rugi jer hilang srg member blogger la..

    Wat orang2 yg kt atas, Bln 8 mmg bes..Sbb aku pon lahir bln 8..hehe..Semoga yg trbaek buat kter semua..

    Sarah, how bout bahasa bumi?..

    Reply

  8. Muhammad Khairul says on :

    Kak Sarah~~

    Belajar rajin-rajin ye, struggle for your final year. Semoga doa saya dapat menemani KS di Moscow, agar KS dapat buat buat yang terbaik! Hadapi segala dugaan dengan optimis, sebab kita orang-orang kecil ni bukan je genius, malah kuat dan tabah. Dan pandai mengambil hati ibu mertua.

    Sama-sama kita berusaha ye KS! Assalamualaikum. Saya tunggu KS di Temerloh ^^

    Reply

  9. Anonymous says on :

    Assalamualaikum…
    habislah satu nikmat rasanya bila Sarah amik keputusan nak quit blogging… but its ur decision…
    saya silent reader sarah.. tak penah bg comment pon… tp bila sarah nak quit blogging nih rasa terkesan sgt… coz hampir setiap hari saya dok menatap ‘My World’… byk input dan faedah yang sarah kongsikan ke arah menjadikan kita hamba yang sempurna.. apa2 pon gud luck to sarah (Dr. Sarah)… InsyaAllah mudah2an dgn seluruh kekuatan/kebijaksanaan/kecerdasan sarah bisa menjadi muslimah yang sejati yang akan menjadi role model untuk muslimah2 kat m’sia nih…
    didoakan yg sebaiknya utk sarah…

    salam’s
    joi putrajaya

    Reply

  10. nadia yuna says on :

    salam sarah,

    sedihnyalah baca entri ni..
    setiap ari nadia wajib jenguk page sarah tao. Even busy yang teramat dengan tesis dengan penyelia yanggggg.. even nadia tak update2 blog tu, atas sbb ke’busy’an melampau.. tapi nadia mesti melawat kat sini jugak. da jadi aktiviti wajib tao..

    sayang sgt if sarah stop blogging
    mesti banyak yang rindu.. termasuklah saya! =)

    apa2 pun do keep in touch ya sarah!
    dis is my e-mail. loveme8385@yahoo.com, sarah send id ym pun jadilah sarah.. kurang2 kalau awal jodoh nadia nanti, leh jemput sarah =)

    salam sayang buat sarah!

    jaga diri sarah ya

    =)

    Reply

  11. afiqawe says on :

    Salam Kak Sarah…

    Terima kasih…..
    minta maaf juga andai ada apa-apa salah silap drpd saya few months dulu2…
    ada something yg dipelajari, Insya Allah…

    apapun, saya juga terkejut bila baca entry hari ini…
    tp, sure K S ada reason sendiri kan utk quit tu…

    last, jemputlah datang ye…
    kalau tak dpt, just doakan keberkatan Allah utk kami…

    & saya pun doakan K S – sentiasa berjaya serta bahagia dunia akhirat.

    wassalam wrt =)

    Reply

  12. Mak Su says on :

    Sarah, hari tu sekejap sgt kita jumpa… byk yg terjadi ya di bulan lapan ni, anak maksu yang kamu tgk hari tu, dua2 pun sambut besday, on the same, early ogos… 🙂

    Reply

  13. sarahss says on :

    akak..abg khairil yg akak mksdkn nk kawen tu KI ke?

    Reply

  14. nOnnie_sayang says on :

    salam.. belum habis rajuknya? Jgnlah sia-siakan kelebihan dari Ilahi tu. ber ‘blog’ kan salah satu cara ukhwah yang paling mudah dan murah kosnya.

    anyway tak boleh juga memaksa ks sbb keputusan itu mungkin sudah difikirkan buruk dan baiknya. harap2 pilihan ks adalah yang terbaik untuk diri ks dan orang keliling. insya Allah akak akan ziarah blog ini seperti biasa selagi ianya bernyawa (walau tidak punya entri baru).. moga2 itu dapat mengubat rindu di hati.

    juga harap ks tak lupakan ‘teman alam maya’ ini. singgahlah ke blog akak jika berkesempatan. hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan dan perhatian ks selama ini. Salam dari akak.

    Reply

  15. faisal,hehe says on :

    Salams sarah,
    Janganlah begitu sarah..awak takde alasan kuat nak berhenti tau..smoga semuanya bertambah baik ye..sarah ni, dah tua tak elok amik ati ngan majuk selalu tau,hahahaha…

    Selamat Hari Lahir kepada semua yg sarah sebutkan kat atas tu..Smoga semuanya dalam rahmat dan perlindungan dariNya sepanjang masa,amin..cute betul kak long sarah buat gaya camtu,hihi..:P

    Reply

  16. myfisol says on :

    salam,

    selamat ulangtahun kelahiran & slmt pengantin baru kepada mereka yg sarah sebutkan….

    speechless, x tau nak ckp apa….apa2 pun buatlah apa yng sarah fikirkan terbaik….

    take care..

    Reply

  17. Wan Nurul Adila Wan Na'am says on :

    kak sarah………………..

    Reply

  18. akak says on :

    Sarah..

    Sedih sangat baca entri nie. Tapi ni keputusan Sarah, akak kene hormat. Sarah saje yang tau sebabnya. Apapun..lepas nie akak dah takde tempat nak jengok lagi..selama ni MW la tempat akak lepaskan segala tension dalam kepala nie..bila baca entri Sarah, akak rase senang sangat, sebab semangat Sarah akak rase akak pun boleh..

    Tapi lepas nie, kalau akak nak mintak nasihat perubatan percuma ke akak boleh mintak tolong ngan Sarah kan?..Kalau Sarah senang hantarlah msg kat YM akak ye. Mesti akak akan rindu sangaaaaat kat Sarah. Akak mintak maaf jugak kalau ade komen akak yg tak best Sarah baca..all the best utk final year nanti & take care!!

    Reply

  19. cik ati says on :

    Salam..

    Hap! Apa ni nak benti..? Rehat-rehat dulu.. Ambik ‘oksigen kat luar’ sat sementara duduk dalam sesak-sesak perasaan yang menyesak ni..

    Lepas-lepas tu sambung semula.. Kadang-kadang merepek ni pun perlu rehat kan?

    Errr kalau ada apa-apa yang nak distori mori kan, marilah kita ber-emel-emelan.. 🙂

    Tulis terus, terus tulis..

    Jaga diri baek-baek..

    Salam.. 🙂

    Reply

  20. shazwani adnan says on :

    salam.

    wah.. berderet2 org lahir, kahwin bulan ogos ni. apa pon, semoga kita semua berada di bawah rahmat Allah SWT

    semoga kita selalu bergembira walaupun di dalam hati adanya luka dan lara

    Reply

  21. Fairulhisham says on :

    Salam..Sarah saya harap Sarah teruskanlah berblog ni..namun semua itu hak Sarah..saya rasa satu kehilangan bila Sarah buat keputusan tidak mahu lagi berblog..untuk pengetahuan Sarah..bila saya baca intri diblog Sarah ini akan membuatkan saya bersemangat..ianya memberi motivasi kepada diri saya..Sarah..sekali lagi saya harap Sarah ubahla keputusan Sarah tu ya..tolongla ya..

    Reply

  22. фарина захари says on :

    ks betul2 nk stop blog ke?aiseh, sbb ks yg ske blog la, sy n fatt terikut2 skali..kang ks stop, kami pn join stop plak…:P

    Uishh, adi tu makin hensem!nasib mude, klu x, sy tackle dh!hehehe

    Reply

  23. Anonymous says on :

    ke sarah diam sbb nak kawen?

    Reply

  24. Inah says on :

    🙁

    Reply

  25. ytmz says on :

    terima kasih cik sarah, mujur tak silap terawal, hehe cik sarah yang menghargai tshirt program orang asli dengan kerajaan negeri perak duduk bawah pokok atas buai

    Reply

  26. naza says on :

    selamat untukmu semoga diberkati ALLAh..

    naza jb

    Reply

  27. hafiz238 says on :

    ramai juga kenalan Sarah yang lahir bulan Ogos ni kan…semoga setiap seorang daripada mereka mampu mencapai cita-cita masing-masing.

    Reply

  28. cry4freedom. says on :

    Terawal takpe. Janji tarikh tepat nanti sampai juga mesej rentas Pahang Selangor. Terima kasih juga untuk entri ni. Manis je rasanya bagi pihak kami yang lahir bulan Agustus ni.

    Ada orang ajak pegi Aquaria. Sudi?

    Reply

  29. Mahani says on :

    salam sarah,

    dah nak close blog ke? hmm..

    terima kasih atas ucapan dan doa sarah buat saya dan tunang, harap dapat jumpa awak nanti 🙂

    saya doakan awak sihat2 selalu (mesti sihat sebab awak nk rawat orang hihi) dan gembira dengan keluarga dan sahabat2 yang sentiasa sayangkan awak dan sokong awak.

    InsyaAllah kita keep in touch ok? 🙂

    p/s: birthday saya juga ogosss… 12 ogos hikkk..

    Reply

  30. ahmad says on :

    salam.. tatau nk komen ape.. tp saya rase awak akan ubah fikiran bila balik moscow nanti.. tak pon.. sekurang2nya.. awak akn hampir2 ubah fikiran.. rase2 la..
    pepe pon buat yg terbaik..

    Reply

  31. c's radin says on :

    Akk, Radin nk tambah..

    mjlis nikah kak naili (pendebat kedua kisas BM 2004

    http://lensahati.wordpress.com/2008/08/10/eksklusif-seputar-majlis-ijab-qabul-najib-naili/
    (ps x reti nk wat coding=P)

    Akk,cheer sket.. sedey tgk.. pause takpe, stop jgn ek.. tk cre sis!!

    Reply

  32. Mummy says on :

    salam sarah
    acteli akak masuk blog sarah ni link from my hubby nye blog
    ashar2403

    patutla dia suka enter blog sarah
    banyak rupanye kenangan zaman dia dr kecik
    dan banyak ilmu yg boleh dikongsi

    selamat berkenalan
    teruskanla blogging
    boring tau kalau sarah x update

    atleast akak ada inspirasi untuk besarkan my kids maybe jd dr macam sarah
    neway
    selamat berkenalan
    u can col me k’su

    raya nanti jemput datang bukit tajau
    salam..

    Reply

  33. Zoulkieflie says on :

    salam..nak quit?
    baru je nak start membaca kat dalam blog sarah..:(

    Reply

  34. myfisol says on :

    salam,

    me & k.mai ambik cuti seminggu next week..& bro dah emailkan bro nye contact no..hope sarah boleh dtg ambil brg yg kami berhutang tu..

    Reply

  35. fathiyyah says on :

    kak,apa pun,jaga kesihatan n moga kite tak terputus hubungan yaaa..

    take care kak sarah

    Reply

  36. hati.tisu says on :

    siapakah nama kaklong mu itu?

    seperti amat kukenali wajahnya.

    mungkinkah pelanduk dua serupa?

    Reply

  37. Rashid says on :

    Salam sarah,
    saya pembaca senyap blog sarah – tak pernah bagi komen utk sarah.

    kali ini saya bagi komen:

    saya terkejut baca entry sarah
    ‘Buat semua, Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini selama ini. Maaf atas segalanya. Saya undur diri dengan harapan tiada dendam berbekas di hati…’

    Saya berharap ini bukan maksudnya sarah berhenti menjadi blogger..

    Terus terang, sarah masih diperlukan untuk mewarna warnikan dunia blogger.

    Sarah, teruskan berkarya di sini..

    Tapi kalau tak mau juga, apa boleh buat – saya doakan sarah menjadi seorang yg berjaya dlm apa saja bidang yang diceburi..

    Tapi saya masih berharap…

    Reply

  38. arsaili says on :

    salam..quit? harap teruskan tapi kalau berundur itu lebih baik…semoga sukses selalu. Datang la jenguk kekawan yang masih berblog…

    Reply

  39. hantu_siang says on :

    salam doc sarah…
    betol ke awk takkan ubah pendirian awk?memang awk tak nak berblog lagi ke?dah tiga minggu menunggu..harap awk ubah pendirian awk….masih menunggu dan akan terus menunggu…. -hantu siang-

    Reply

  40. 13may says on :

    Salam sarah….
    jenguk jenguk kot2 berubah hati dan updet blog nih…hehhe hehhe

    Reply

  41. Kasawari says on :

    Marhaban ya Ramadhan,
    bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
    tidur kita menjadi ibadah,
    amal kita diterima dan do’a kita di ijabah,
    Sebelum cahaya syurga padam,
    Sebelum hidup berakhir,
    Sebelum pintu tobat tertutup,
    Sebelum Ramadhan datang,
    saya mohon maaf zahir dan batin….

    Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

    Marhaban Ya Ramadhan
    Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaaRamadhan

    Reply

  42. Anonymous says on :

    kak sarah?
    kak sarah?
    kak sarah?
    …………………………….
    (nak cakap pun..ramai dah cakap kat atas tu..huhu)
    …………………………….

    anyways..thanx for the wish!!bestnye Kak sarah ingat..
    (huhu..dpt enterframe kat blog KS)

    Semoga dilancarkan semua urusan,
    Semoga beroleh keberkatan..
    go go go!!!!!!!!!!!
    go KS go!!!!!!!!!!!!
    =)

    ~Syuqaira

    Reply

  43. cikgu jawe says on :

    hehe..

    dh lama tak tulis komen kat sini. saja nk lepaskan rindu.. kikikiki

    Reply

  44. a k i r a says on :

    Salam Kak Sarah,
    baru dapat jumpa blog kak sarah, tengok2 kak sarah decided untuk berhenti blogging. whatever the reason is, saya respect your decision. insyaAllah saya akan stalk entry lama akak ye. best sungguh baca hasil penulisan akak ni.

    Akak mesti tertanya2 siapa saya kan? tetiba datang ebrtandang. Saya ni kawan Hazmilia..housemate akak..ex-KISAS gak..SPM 2004. Tak sempat la jumpa akak, tapi sebab saya dulu RESTU so perasan la nama akak dlm RESTU edisi terdahulu

    I hope you will continue blogging. Mungkin bukan dalam masa terdekat ni sbb akak nearing final year kan kak? All the best in your studies and moga Allah permudahkan urusan. Andai akak decide to write again, I hope I’ll be among the first to read your entries. but for now, minta izin melinkkan blog akak to my blog and minta izin baca entry akak yang terdahulu ye.

    ‘Aqilah
    http://nuraqil.iluvislam.com/

    Reply

  45. BasH says on :

    salam sarah, wah lama tak lepak sini..eh kenapa bunyi mcm nak brenti dr bloging ja..hmmm makin byk lak kawan2 bloggers dah quit bloging ya,,hmmm..takpa sy doakan sarah trus cemerlang dan dpt memiliki apa yang dihajati..amin..

    Reply

  46. faridmw says on :

    salam.. selamat berpuasa.. moga kita diberkati selalu dgn ibadah yang kita lakukan

    Reply

  47. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks,
    pada hemat sy, syg sekali penulis muda seperti ks utk berhenti blogging. ks telah memberikan inspirasi kepada beberapa insan utk turut sama menyertai dunia blogging. kalau nakhoda nya berundur, apatah lagi anak2 kapal (spt wani, faryna, fartyny dan sy sendiri) yg lain. namun, apa yg melegakan hati sy adalah kesetiaan ks utk terus berkarya di AD, meskipun aliran sajak sy yg begitu pasif sekali. minta maaf ye utk hal tersebut,sibuk sket cycle kali ni.hehe. dan 2008/2009 pula merupakan tahun terakhir ks di moscow. harap2 agar ks dpt menyambung semula aktiviti blogging ini supaya kami (yg masih lagi di moscow) dpt mengetahui bagaimana penerimaan produk sistem pendidikan rusia di malaysia, dan yg lebih penting, perjalann hidup seorang doktor muda kelak. please!

    Reply

  48. Puteri Ezza says on :

    Assalamu’alaikum Sarah…

    Salam persaudaraan daripada akak di Negeri Sabah di Bawah Bayu.

    Reply

Leave a Reply