31 Julai 2008

Assalamualaikum wbt

Cerita 1
Tengahari tadi saya keluar ke bandar untuk ke bank. Menaiki bas saja. Kan saya pernah nyatakan dulu bahawa saya tidak tahu tambang dari rumah saya ke pusat bandar kerana jarang menggunakan bas. Jadi tadi saya menyediakan RM2 kerana seingat saya tambangnya sama ada RM1.10 atau RM1.30. Sebaik saya turun dari bukit rumah saya, terus ada bas. Saya menahannya dan sebaik naik, saya menghulurkan RM2 itu. Pakcik itu berkata: Takde syiling ke, dik? Saya jawab tiada. Sebetulnya ada tapi terperosok di dalam beg sandang belakang yang saya suka bawa itu. Lalu pakcik itu membalas: Ambik la lagi seringgit tu. Awak ni RM1.10 je. Kecik lagi. Saya pun mengucapkan terima kasih dan terus duduk. Kepala saya ligat berfikir. Eh, seingat saya, untuk bas berhawa dingin, RM1.10 untuk kanak-kanak. Saya terus tersengih seorang. Saya ni dikategorikan sebagai kanak-kanakkah? Hehe. Mentang-mentanglah saya bawa beg sandang belakang saja tadi, terus saya ni disangka budak-budak pula :p

Cerita 2
Dah lama tidak menangis bersungguh-sungguh. Tadi petang memang saya menangis sangat-sangat. Sampai basah kuyup muka dan terisak-isak. Bukannya apa. Saya memang sangat bengang, geram, sakit hati dan terkilan jika keberadaan saya di sebuah negara yang bernama Rusia dibanding-bandingkan dengan orang lain yang menuntut di US, UK, Australia atau di tempat-tempat lain. Yang saya sedihkan, yang membanding-bandingkan itu bukan orang lain. Orangnya dekat dengan saya. Kalau dulu saya di tahun pertama atau kedua dan saya diberi provokasi yang sebegini, saya memang boleh goyah dengan keputusan untuk meneruskan perjuangan hidup di Rusia. Tapi sekarang saya sudah di tahun akhir. Lagi mahu diteruskan dengan provokasi yang sebegitu. Siapa yang tidak geram. Bila saya balik rumah, saya menangis sambil menghidangkan makanan untuk emak berbuka. Bila saya masuk ke bilik air untuk membasuh muka dan kaki, ayah yang mungkin terdengar saya menangis keluar dari bilik dan bertanya kepada emak. Saya tidak tahulah apa yang emak jawabkan pada ayah. Yang pasti, saya sudah lama tahan sabar dengan beberapa orang itu yang seperti tidak pernah jemu hendak buat saya rasa rendah diri sebab dihantar belajar di Rusia. Untuk pengetahuan semua, sewaktu interview dengan JPA dulu, saya sendiri yang menamakan Rusia sebagai negara pilihan pertama. Saya ada alasan yang tersendiri. Jadi, apa masalah dia? Kalau saya yang dikatakan kolot kerana memilih Rusia sebagai tempat pilihan, saya rasakan orang sepertinya yang kolot kerana masih melihat Rusia itu sebagai sebuah negara Komunis atau apa. Sepatutnya sebagai orang yang dekat dengan saya, dia sepatutnya memberi saya semangat dan motivasi. Lebih-lebih lagi saya cuma ada kurang dari setahun saja lagi untuk tamat. Tapi tidak pernah sekalipun saya merasakan diberikan motivasi atau semangat atau apa saja yang berbentuk positif dan membina olehnya. Oklah. Dia tidak pernah membawa manfaat kepada saya. Jadi tak perlu saya ambil kisah dengan apa yang dikatakannya.

Cerita 3
Tadi adik-adik saudara dari Dungun balik ke rumah Tok. Begitu juga dengan keluarga Mak Andak yang baru tiba dari Egypt. Maka malam ini berkumpullah 3 orang Nana di rumah ini. Bak kata Syakira, ada 3 orang Kakak Nana. Nabiha Farzana (Nana 1), Nurul Jannah (Nana 2) and Ngah Sarah (Nana 3). Kepada Nini, Sila jangan jealous ye. Malam ni Nana dikerumuni oleh si kenit-kenit ini. Habis SMS Nana pun diorang baca. Huhu.

Cerita 4
Saya rasa nak berhenti berblog. Macam dah tiada mood… Kalau saya nak update pun, tengok keadaan dululah.

Nota 1: Mohd. Shamsul Amir, nama awak disebut-sebut oleh adik-adik saudara saya ni. Kredit yang baik-baik diberikan kepada awak. Hehe.

Nota 2: Hidayah, cepat-cepat sembuh ok. Semua risau pasal kaki awak tu. Mak awak asyik sebut-sebut aje.

44 Responses to “31 Julai 2008”

  1. snm says on :

    salam sarah..sarah..saya klu menangis bersungguh2, keesokan hari akan moody spjg hari ๐Ÿ™ sarah, pls dont stop blogging. u give us much of useful info..u mind sharing with us about your life as medic stud & russia tho..for those ppl who hurt u, abaikan saja sbb mrk x mberi manfaat pd sarah kan? begitu lh selalunya, yg dekat dgn kita tu la yg menyakitkan ๐Ÿ˜€

    Reply

  2. Inah says on :

    things happened for a reason..please dont stop blogging..u loved my world so much kan ๐Ÿ™‚

    kita sentiasa akan diprovokasi dan di perlekeh..itulah manusia dan kita perlu bijak dalam mengawal situasi berkenaan

    we have to learn how to control the situation..dont let it affect us ๐Ÿ™‚

    bercakap dari pengalaman ๐Ÿ™‚

    blogging ni menjadikan sarah ramai kenalan baru termasuk akak..x kan nak melupakan

    if u wanna have a break..just go..tapi jangan merajuk dr dunia blogging ๐Ÿ™‚

    ceria skit!!

    hugs!!

    Reply

  3. nadia yuna says on :

    salam sarah.

    1. hah. mungkin kot? bestnye menjadi kecil dan comel seperti cik sarah =)

    2. Menangislah puas-puas sarah. Kadangkala bila menangis, kita boleh releasekan sedikit depression tu. Apapun cik sarah, biaq pi la org tu nak kata apa, It’s ur life. U’ve da right to make ur own decision. Awat la org tu menyibuk ja. Da takdak keja ka? isk. Dah, dah. Jangan sedih2 sangat na. Meh, Meh Senyum sket. =)

    3. Nana? Saya pun ade adik saudara nama nana. nama penuhnya Rozanna. Hah. Dungun itu tanah tumpah darahku. =)

    4. Sarah. Do not STOP! Anda memberi Inspirasi kepada ramai orang. Jangan stop blogging ya cik sarah =)

    Reply

  4. nadia yuna says on :

    lupa nak pesan lagi sekali,

    Jangan Lupa Senyum

    Biaq pi kat orang tu

    okeh?

    =)

    Reply

  5. khairul yang kacak says on :

    tambang separuh ek. hehe nasib kite serupa la kak sarah.. welcome to the club.

    Kak Sarah.. tau tak betapa amaaazing nye saya memandang kak sarah yang pergi belajar di luar negara ni.. tu pun ada lagi yang nak pertikaikan, banding2kan kak sarah ek.. cess.. nak saya belasah die nak nak?

    qutting blogging, are you? up to you. perhaps you need to rest.. pa pe pun, kite jgn lost contact ye.. ^^

    Reply

  6. rattrapt11 says on :

    salam…hahaha..br perasan sapa anak sedara awak tu…ingat sapa…xsedar awak da post entri baru…adui…layan je…tolong la setakat mn mampu…selamat bercuti…kita cuti kat mesir je..haha..tuk pghtahuan awal nisa+NK result diaorang gmpak ma…doakan result kita lepas pun ok da…

    Reply

  7. hantu_siang says on :

    salam doc sarah…
    alamak cerita 4 tu saya tak berapa setuju la…nape tiada mood agaknya ye???:-?…mula-mula saya nak cerita pasal “cerita 2″…sebenarnya kita tak boleh nak tutup mulut orang nie…kalau tutup mulut,mata bercakap.kalau tutup mata,teling pula bercakap..apa da pada US?UK?AUS?belajar mane2 pun sama awk..yang penting ilmu didada tu..harap belajar kat us,uk,aus tapi balik dengan ilmu sekadar cukup makan buat pa?nuaitu kita kenal betul awk..belajar kerana mendapat keredaan allah.so allah kata,”ambik la,cari la ilmu dimane jua kamu berada”..bukan menimba ilmu ditempat glamor mahupun popular..disini saya nak bag tau kat awk,buat pa awk nak bersedih tau menangis bila org provokasi awk sedang awk sudah pun berjaya lalui 5tahun tinggal setahun lagi awk nak bergelar doc?end of the day awk tetap akan dipanggil doctor sarah bukan doctor rusia.pesakit datang jumpa doctor dia orang tak tanya docktor grad dari mane?.dia orang tanya macam mane doctor boleh pulihkan dia orang..insyaallah dengan berbekalkan ilmu yang ada,awk boleh menjadi seorang doctor yang berjaya…ingat tak awk masa awk buat praktikal kat hospital temeloh dulu?da doctor yang mula2 pandang rendah kat awk?tapi akhirnya dia sendiri kena mengaku awk memang bagus!!!so jangan hiraukan apa orang lain nak kata..pedulikan dia orang..mulut manusia ini memang tak boleh nak ditutup..awk kena pandang kedapan.jangan pandang kebelakang.. jangan membazir air mata awk..setiap titik air mata awk macam sebutir mutiara..wat pe nak membazir?lain kali pekakkan telinga je..
    pasal “cerita 1” pula, awk memang nampak mcm budak sekolah kalau pakai beg sandang.. :p..kalau tak caya pakai bag tu dan berdiri depan cermin..hehehe…tau tengok balik gmr awk masa awk kat keyL cc tu… -hantu siang-

    Reply

  8. kylex says on :

    salam..

    cerita 1 –> Jeles gler, naek bas dpt harga murah jer..kalo sy naek bas, abes mhl org nk ltkkn harga,huhu..

    cerita 2 –> Alaa, mulut org cik sarah..Mane2 sarah stud pn, mst die mengate gak, kalo sarah stud kt UK ke,US ke,Australia ke,Malaysia ke, walhal kalo sarah wat medic kt Oxford or Harvard pn, mst die akan mngate gak, yg pntg sarah brjaya dlm ur life, n leh brkhdmat utk smua org, mane la tw,nnt org yg mngate tu pon akan dptkn khidmt dr sarah,k..yg pntg kte ni jadik dri kte,k..So, be STRONG ..

    cerita 3 –> byk2 nana ni, NANA TANJUNG or NANA TEMERLOH..heheh..:p

    Cerita 4 –> Sy support org2 kt atas..dont stop from my world..k.:)..Its part of ur world gak kn..k

    Reply

  9. Farah says on :

    akak…akak kalau kurus, lg nampak cam kanak-kanak riang. hehe!! saya pun nampak tua kalau diri seblah akak..heheh!

    alaa…akak, kalau nak ikutkan, farah nie lagi laa…tak gi luar negara pun blaja. MMU saja…

    Mcm orang kat atas-atas nie ckp, yg penting ilmu dorang. Ckp je kat sesapa yg provoke akak tu, sama je negara luar memana pun. Ilmu medic dorang tetap lebih dari orang Malaysia sbb tu laa pergi sana nak belaja. Kalau ilmu org Malaysia nie dah sama taraf dengan dorang, negara luar pun kita tak payah pandang.

    Apa-apa pun, jadi jugak doktor. Esok dia sakit, saper yang dia nak refer dulu?? a doctor who is a stranger or a doctor who is close as a friend/family yang senang dapat ubat dan harga murah?? hehehe…

    Just wait and see kak…people pandang rendah kat Farah jugak sbb mak ayah pandai anak tak berapa pandai..but still, I’m working now! Take it as a challenge…heheh!!

    Reply

  10. myfisol says on :

    salam,

    1. wah!..bestnya dapat diskaun camtu..harap2 lepas ni dapat camtu selalu..bro dulu disebabkan badan "cekeding" cuma dapat beli seluar saiz budak2 waktu kat UK..pikir balik ok jugak, lagi save..

    2. huh!…ish3, ada lagi org yang berfikiran begitu ye..ingat dizaman yg moden camni, mentaliti sebegitu dah menghilang..tapi biasalah manausia bab nak perlekehkan orang mmg laju je..xpe anggaplah ia sebagai motivasi dan buktikan yang sarah memang bukan calang2 orang..

    sebenarnya bagi bro belajar kat mana2 pun x jadi masalah, asalkan kita tekun memenuhkan ilmu di dada..lagipun kebanyakan org tersalah anggap belajar di luar negara bukan sekadar mencari ilmu berkaitan bidang kita semata2 tetapi juga "intangible knowledge"..ilmu yg lahir dari pemerhatian dan pengalaman, itu yg lagi penting. – 1st point

    lagi satu, masa belajar bukanlah waktu menunjukkan siapa yg terbaik, kehebatan kita lebih diperhatikan bila kita bergraduate..sesetengahnya bukan main sombong & bongkak sekali dengan status siswazah dan professional tapi tindakan & cara pemikiran tidak langsung mencerminkan ciri2 seorang professional…you need to have generic skills like creative thinking, problem solving & decision making, communications skill, anger mgmt etc..which is can't be learn completely in university..ianya akan lahir dari sikap kita & pengalaman – 2nd. point .

    dan juga kemahiran psikomotor (probably surgery skill untuk Dr). bukan boleh di master waktu kat university, ianya harus dipraktis selalu dan peluang itu akan diperolehi selepas bergraduate – 3rd point

    kalau sarah berpeluang bersembang dgn k.mai..probably she will have a lot to tell you about this generic skills, psikomotor & professionals who aren't professional at all..

    4. Bro mula2 ingat nak stop blogging jgk..tapi k.mai kata proceed & dia jgk akan contribute entry utk "shiny happy people"..so nampak gayanya kena proceed lah..

    Alahai!..dah terlebih panjang plk dah..

    Reply

  11. Ainul Arina says on :

    salam ks!!

    haip sis, be strong!! kat dunia ni memang ramai orang yang slalu tak puas hati dengan kita. kadang2 tu diaorang sengaja je nak sakitkan kita kita. Biarkan je diaorang dengan mulut diaorg ks.. Remember that what had happen to you is the best gift from Allah.. He know the best and he’ll settle the rest. Gasaklah orang nak kutuk-kutuk rusia pun. Ainul time nk ke JOrdan ni pun penah dapat pertanyaan sinis dr orang-orang yang sangat mengagung2kan area barat tuh! But for me, they are really narrow minded! Tak semua yang ada di negara kita ada di negara dioarang. . Every country have their own advantages.. Depend on person la nak amik yang mana satu.. Ks, sometimes you should be proud of your own choices. Maybe ks kena tunjukkan sket apa kelebihan duduk rusia. I guess ada banyak kan? Fly awal, habis awal, bahasa lebih, sejarah lebih, and so on.. Bukan la nk merendahkan area sana tapi just untk beri kita lebih motivation.. ^_^

    p/s: Really hope that this world will never end.. Kalau tak, saya dah hilang tempat merapu.. T_T Tapi kalau just nak take time to rest, go on… take you time.. ^_^ allahu yubarik 3alaik..

    Reply

  12. ibnasad says on :

    Assalamualaikum,

    Benih yang baik, kalau dicampak ke tengah laut pun jadi pulau.

    Tak kisah lah di mana kita berada, tapi yang penting ialah sejauh mana kita menghargai nikmat yang ada dan gunakannya untuk kebaikan diri dan ummat.

    KS dah dalam final year. InsyaAllah tak lama lagi akan graduate dan menjadi seorang doktor yang akan memberi manfaat kepada ummat.

    Tabahkan hati. Selamat maju jaya. Moga bahagia dan sihat selalu ๐Ÿ™‚

    *Setiap yang ditetapkan untuk kita pasti ada hikmahnya. Bukanlah tugas utama kita untuk mencari hikmah itu, tetapi cukuplah sekadar yakin akannya.

    Reply

  13. Fairulhisham says on :

    Salam..Sarah jangalah bersedih Sarah pasal org kata Rusia agak kolok..bagi saya..walaupun x pernah sampai kat UK baik Rusia..tapi jika org yg kutuk Sarah tu ulat buku..suruh dia bt kajian..negara manakah yag mula2 maju???..kebanyakkan pakar ekonomi datang dari Rusia…Rusia merupakan negara pertama yg membina roket ke angkasa..sebenarnya Rusia negara yang termaju ddunia Sarah..klau bagi saya jika berpeluang mcm Sarah mmg saya pilih Rusia berbanding UK..org yg boleh berbahasa Rusia mempunyai kelebihan dari mereka yg tidak dapat berbahsa Rusia..pakar ketenteraanpun datang dari Rusia..semangat org Rusia kuat..untuk majukan negara mereka tanpa mau menindas negara lain..tak mcm AS..pasal nak stop berblog ni..harap Sarah fikir banyak kalila..kasianla dgn kami yg sentiasa menunggu cerita dari Sarah ni..ok..jgnla terlalu sedih ya..

    Reply

  14. Anonymous says on :

    kaki dah okey la ngah =p
    hehehe..mak je risaw2..
    ngangah jgn la stop berblog..
    kt “MY WORLD” ne la byk bg semangat n motivasi kt dayah..huhu..
    wat taktaw jer la kt mrk2 tu..
    bkn tk knl pangai dorang camne kan..
    kiter yg pgkat ank2 ni mmg kne byk2 thn telinge..huhuhu..

    Reply

  15. akak says on :

    Sarah..dah dua tiga hari akak tak jenguk kat sini. masukยฒ dah keluar citer macam nie pulak. Sape yek yang tak sayang mulut tu… eeee…nak kene cubit nie..Takpe la Sarah, kat mana pun belajar..US ke, UK ke, manaยฒ la..yang pentingnya ilmu. Ke doktor yang belajar kat negeri selain dari rusia tu..ilmu dia special sket..ee..tak paham la orang nie. Kan akak pulak yang geram..

    Yang cerita #4 tu..mm..nampaknya Sarah tak mendapat sokongan..jadi kene la terus berblog ye.Tak boleh STOP. Secara peribadinya apa yang Sarah curahkan kat MW ni banyak sangat yang memberi semangat kat akak. Akak kenal kehidupan seorang budak medic melalui cerita Sarah, semangat Sarah, dunia Rusia dari cerita Sarah, susah senang berada kat tempat org..semua tu berguna tau. Tapi kalau Sarah perlukan masa nak rehat..ambil la masa tu selama yang Sarah nak ..tapi jangan bersara terus tau..:)

    Reply

  16. dr muthiah says on :

    uiks..
    KS nanges lagi?
    hihi

    lek lek jer sis.. tp mgkin sbb ‘dia’ orang yang dekat..maka kata-katanya sgt mudah menghiris hati kecilmu, bukan?

    takpe takpe..hari esok masih ada. peluang untuk KS tunjukkan speciality sebenar masih luas.

    i guess ::my world:: tak diBENARkan gulung tikar..hihi

    Reply

  17. cikgu jawe says on :

    mmmm..

    kalau awak hargai persahabatan maya kita.. [cheewaaahh!!] jgn le berenti berblog sarah. hehe

    Reply

  18. ytmz says on :

    KGB KGB! =)

    Reply

  19. fathiyyah says on :

    salam ks..

    akak,setuju sgt2 ngn komen kat atas2 ni..sy pon sependapat dgn mereka..rasanya tak perlu kot sy beri pendapat…sbb semuanya sudah dinyatakan..

    kak,biarla mereka tuu..akak nk habis dh kan..sikit je lagi kak..be strong yaa..dun worry,u still have us..rakan-rakan blog yg selalu sokong akak..
    akak jgn sedih2..akak jgn nangis dh..suka tgk ks yg bersemangat dan kuat..

    Allah yusahil..

    take care kak..

    p.s: akak ada dpt off9 msg kat ym from me tak? ingat nk tempah baju tshirt tu

    Reply

  20. wan nurul adila says on :

    salam kak sarah…

    baca cerita kak sarah dari awal sampai akhir. masuk cerita ke-4 saya terkedu.

    kak sarah nak tau, saya ni setiap hari fikir nak stop blogging ni. tapi mesti tak boleh sebab this is the only way i could express myself and share something with others.

    saya tak tau sangat, tapi dari pemerhatian saya, blog kak sarah ni ramai pengunjung dan selalu ada komen2 yang membina. kak sarah pun kenal ramai orang, bermacam ragam dari blogging ni, kan?!

    saya suka datang blog kak sarah ni. kak sarah karang cerita guna bahasa Melayu. bahasa bukan bahasa Melayu pasar. bahasa jiwa bangsa, kan. hilang bahasa, hilanglah bangsa!

    saya baru balik dari kenduri kahwin kawan satu course saya ni. buka laptop, online dan terus saya ke sini. saya tak mahu tertinggal apa-apa. (“,)

    everybody has a story.
    you have your own world.
    but we are still together.
    strive for the One!

    kak sarah, just take a break and think carefully about quitting ‘My World’. we all have our own decision to choose. whatever that you think is good for you, just go for it, ok?!

    Reply

  21. a.s.h.a.r says on :

    salam Dik,

    kita membina, membentuk dan mengarah
    hidup kita seharian
    orang2 sekeliling mungkin berpendapat
    seperti mana dunia mereka
    mana mungkin kita boleh samakan dunia mereka
    dengan dunia kita.

    pedulikan kata2 yg menghiris jiwa
    jiwa kita lagi utama

    tiada istilah salah pada pilihan kita
    hanya salah itu datangnya daripada pandangan kita sendiri menilai/melihat sbg ia salah atau betul
    mana mungkin kita memilih utk pilihan yang salah kan…
    sekali lagi, pedulikan kata2 “org yg dekat itu”
    apa untungnya dia pada kita ?

    ramai yang bersama “MY WORLD”
    mereka ini lebih dekat dengan kamu.

    Reply

  22. akirasuri says on :

    Hey! Apa ni dah brapa hari dah hapdeting ๐Ÿ™
    Penat tau ai skodeng-skodeng.. Huhu..

    Cik Sarah.. Sila berehat-rehat seketika.. Mood berblog ni memang macam bursa saham, ada turun ada naiknya.. He he he.. Makanya ketika mengalami mood ‘kerugian’ (kejatuhan), silalah jangan bertindak drastik terus menarik diri dari pasaran ๐Ÿ™‚ Pelan-pelan.. Rehat seketika, dan nanti-nanti bila pasaran emosi dah stabil, mula melabur semula ‘entri-entri’ dekat sini.. ok?

    Jaga diri baek-baek.. ๐Ÿ™‚
    Ai selalu memerhati yu dalam senyap jek.. ๐Ÿ™‚

    Reply

  23. Anonymous says on :

    tak ada siapa yang suruh menulis
    nak berhenti berhenti je la
    emo-emo pulak

    da taknak menulis stop je
    jangan membebel bebel
    macam ni punya orang pun ada ke

    Reply

  24. nadia yuna says on :

    salam sarah,
    update la sayang
    mindu sungguh ni
    =)

    janganla stop blogging na?
    moga hepi selalu ye sarah

    =)

    Reply

  25. MK says on :

    @Anonymous yang tak berani letak nama dan url

    takde siapa suruh anda membaca
    tanak membaca sila beransur..
    ades ini macam punya orang pun ada ka

    Reply

  26. Doyot says on :

    Salam Sarah,

    Jangan hirau orang nak ckp apa. Saya lagi la, blajar kat Indon. Kalo nak ikotkan ramai je mengutuk dari memuji. Especially, kalo mereka dari non-medical punye background. Paling sedih bile diorg kata, Dr dr Indon are 2nd-class Dr. Tapi, apa yg penting, ilmu yg dipegang. Kalo belajar kat UK ke, Ireland ke, tp kalo x mau balik Msia, buat menghabis duit rakyat je.itu lagi patut dikutuk. Lepas tu malas belajar.HMphh..baik x payah.

    Tentang nak berenti blog tu, Jgn la Sarah, ni kan Your World. sumber Inspirasi saya tu. Byk saya belajar dari.awak=)

    Reply

  27. kak ct says on :

    buat sarah..
    hadapi segalanya dgn tabah n wat derk jer apa org nak kata..setiap org even sdr terdekat kita mempunyai pandangan n pendapat masing2 mengikut tahap pemikiran mereka terhadap sesuatu..so, sabar banyak2 ek..moga sentiasa cemerlang..
    n..
    please..please..jgn stop blogging..
    ___________________________________

    buat anony yg tak tau malu…
    ada gak org mcm awak ni ek..
    dah la datang tak dijemput, nak membebel tak tentu pasal plak kat blog org. tak tau malu btul awak ni ek..

    Reply

  28. 13may says on :

    uikk??? takkan nak stop….tak syok la gini…

    Reply

  29. fathiyyah says on :

    to anony:

    ntah pape laa kamu nii..

    Reply

  30. leokid says on :

    lama tak masuk kat sini..tengok2 dah nak tutup ke? T__T

    bz sgt2 cuti kali ni. masih tak hilang kepenatan baru pulang 2 minggu dari borneo. alhamdulillah, erti hidup pada memberi.

    Reply

  31. Ejalz says on :

    sarah, abaikan kata-kata orang yang tak membina tu.. me, myself pernah at one time decided nak stop blogging sebab my blog dijadikan bahan gurauan, oleh orang-orang yang terdekat.. bercuti sekejap la blog tu, tapi akhirnya sambung balik bila pikirkan gurauan derang semua tu tak mengganggu pun… akhirnya, alhamdulillah my blog menjadi tempat rujukan jugak utk ramai malaysian yang nak datang kerja di yanbu, KSA.
    ini cerita lain pulak, i’ll be away from this friday (8/8) until tuesday (12/8). will be going to singapore.. kalau boleh jgn ler pegi tk intan masa tu.. kalau tak, tak boleh jumpa lagi kita.. hehe..

    Reply

  32. a.s.h.a.r says on :

    Khas buat

    “Anonymous said…”
    dan
    “Orangnya dekat dengan saya.”

    ambil lah kebaikan dan pengajaran dari peluang anda mengenali seseorang
    jika tidak,…
    berdiam diri adalah yang terbaik untuk kamu

    nasihat ikhlas dari saya walau tiada mengenali kamu berdua.

    Reply

  33. fattnieniey says on :

    what happened?
    jom g genting nak ks?
    kite cite pjg2,jom2!
    banyak crite nak cite ni!
    hehe.

    p/s:sabar bnyk2 ye,ks..:P

    Reply

  34. one says on :

    a..?
    x salah take a break..
    ingat x sarah ada citer pasal pause dulu? ๐Ÿ™‚

    Reply

  35. Anonymous says on :

    cik ( cik lagi kan..hehe..) sarah,

    apa la nak down bila org perlekeh tmpat study u d russia.

    as for me,i proud if ppl know that i study kat russia…sbb my perception ttg negara komunis ni berlainan skit.

    for me negara komunis teach us to be tougher…and these countries look tougher. i x suka la aust,us,uk…look so pondanish ( the pun is intended..hahaha )

    apart from that…its so macho to speak in russia..german..and other communist countries languanges..selain dr english which is kita belajar sejak boleh merangkak lagi.

    mngkin u ppuan so u x nmpk apa besnya russia..but sbg lelaki…russia is a man’s place…and woman who is tough…inside out…

    sudah lah tu….’hapuskan air mata mu’..hahah lagu siapa ntah tu…

    Reply

  36. .:Dudu:. says on :

    salam,
    pasal cerita ke 2 tu…
    ignore jer org yg nak wat provokasi kat KS, dia jeles tu..ahaha..
    at least KS dpt gak study oversea drpd x pat study langsung kat oversea..
    by da way, kat mn2 kita study pon sm jer…
    environment and tahap sosio tmpt tu jer yg berbeza.
    cuma x paham la, nape nak down plak??
    sy yg x prnh pi rusia pon rs mcm nak pi rusia…
    dan satu lg benda yg perlu KS tahu,
    sbb sy bc blog2 bdk2 medic yg study kat rusia la, membuatkan sy rs nak berusaha utk smbng degree di oversea….
    plz dont stop writing blog eh….

    Reply

  37. ั„ะฐั€ะธะฝะฐ ะทะฐั…ะฐั€ะธ says on :

    mungkin ramai xtau Russia tu ngr hebat agaknye..name kn ngr ape yg mampu hasilkn jet fighter sdiri? russia n US..klu france germany n ngr ape ntah, kne join forces, br dpt buat..

    ngr ape yg dpt kelengkapan utk hantar angkasawan?russia n US…US pn dh rase habis byk duit hantar org die ke atas, last2 NASA nk share dgn Russia..

    mulut org mmg mcm tu, ske je nk kate org lain xbagus sgt..hmm, yg penting kn, kite tau, kite xde la lekeh sgt pn..n sy tau ks mmg xlekeh lnsg, sy pandang tinggi kat ks ๐Ÿ˜‰

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam wbt.

    buat anon yg kat atas tu, sy sikit pun tak terasa dgn apa awk tulis tu. sape plak yg emo. sy rasa awk yg tak memasal emo-emo kat sini. by the way, sy rasa sy tahu sape awk.

    Anon yg recently dropped comment kt atas ni, sy sikit pun tak rasa russia tu kurang. sedangkan, sy sendirilah yg pilih russia sbg 1st choice sy wkt interview dulu. sy dh kaji n selidik dul;u apa yg ada di sana.

    utk fareena, ks fikir mcm yg kamu fikir. n ks tau hanya kita2 yg dh smpai n tahu susah senang hidup kat sana yg lebih tahu russia tu mcm mana. ks semamngnya selalu pandang tinggi kt kamu. haha. except time kamu tido lg, ks dh bangun study. yg tu surely ks plak terpaksa pandang kamu yg jd rendah skit dr ks. huhu ๐Ÿ˜‰

    Reply

  39. cikgu jawe says on :

    loh. ada ropanya mbak sarah di sini..

    apa sgt le kata2 org sarah. biar le. awak teruskan belajar. jgn gostan2 lagi. zaman dah berubah, dunia dah maju. jgn peduli org2 yg masih zaman mesolitik tuh.. hehe

    Reply

  40. c's radin says on :

    Salam Kak Sarah…

    be strong..u used to be such strong msa mula2.. keep it up.. teruskan berjalan!!

    heh.. pape pun kan.. rdin percaya.. akk ckp je cm kecewa but the fact dat u act very strong n dare for anything.. rite??

    p/s Kak Sarah org kata comey.. nih rdin jeles nih.. hihi.. untungnya die..

    Reply

  41. Mak Su says on :

    2 – susah nak puaskan hati semua org, esp org yang dah tanamkan dlm hati dia, cuma kata dia yg betul…

    err… maksu menyampuk ker?

    Reply

  42. sicarangkulina says on :

    salam sarah…

    komen untuk cerita 2

    abaikan je orang yang kolot itu. susah nak puaskan hati orang nih, tapi kan… biar je la dorang yang berfikiran sempit tue. bukan sarah mintak duit dia pun kan?

    komen untuk cerita 4

    please dont stop!!!

    Reply

  43. arsaili says on :

    salam…rusia adalah pilihan yg tepat..lain dari yg lain..in fact sapa yg study kat sana saya salute..nak kuasai bahasa dah satu cabaran…bila bersembang dgn my cousin yg buat medic di sana…banyak input yg sy dapat…so jgn rasa down…be proud!

    Reply

  44. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Lama tak singgah sini…salam di bulan ramadhan bulan penuh keberkatan.Tadi singgah blog bulan biru, terbaca puisi merdeka sarah :)best(two thumbs up for you)…jangan berhenti blogging tau..btw, pedulikan cakap2 org bila kita yakin apa yg kita lakukan itu sememangnya baik utk kita..utk si dia yg suka cakap2 sarah abaikan saja.

    Reply

Leave a Reply