Hijau

Assalamualaikum wbt

Saya ini budak kampung. Lahir di kampung (tak sempat dibawa ke hospital) dan membesar pun di kampung. Nasib saja bersekolah di bandar sejak kecil. Bila remaja, tercampak ke Klang dan kemudian terhumban ke Moscow. Saya mula tinggal di rumah saya ini sejak 17 tahun lalu. Rumah ini dibina oleh emak dan ayah pada tahun 1991. Saya di tadika. Dan sejak itu, keliling rumah saya dipenuhkan sedikit demi sedikit dengan pokok pelbagai jenis. Saya rasa, kalau rumah saya tiada pokok-pokok ini semua, pasti lain keadaannya dan suasana tidak sehijau dan setenang sekarang.

Pokok langsat di tepi rumah. Berbuah tak putus-putus.

Pokok limau kasturi di belakang rumah. Dulu saya panggil ini pokok Kaklong. Sebab sewaktu kecil dulu, pokok ini di bawah seliaan Kaklong. Saya ada sebatang pokok belimbing madu dan Nan pula sebatang pokok jambu batu. Tapi pokok saya dan Nan telah ditebang kerana akarnya memecahkan longkang belakang rumah. Terlalu besar.

Langsat di belakang rumah. Pokok ini menggantikan tapak pokok belimbing saya.

Ada yang tak kenal ini pokok apa? Ini pokok pinang. Tumbuh di tepi pagar belakang rumah.

Ini pula pokok kunyit. Kalau perlukan daun kunyit, kutip saja dari pokoknya.

Bunga pokok palma. Bertandan-tandan penuh malayut di pelepahnya.

Pokok kelapa gading. Pokok yang ini renek saja. Belum cukup tua. Tumbuhnya di hadapan rumah. Pokok kelapa biasa tak usah ceritalah. Terlalu banyak. Siap ada sarang burung tempua bergayutan lagi.

Jejarum merah di laman hadapan, bersebelahan bunga pagar.

Jejarum kuning di laman hadapan, berhampiran pokok manggis.

Bunga ini kami panggil bunga pasir. Entahlah nama betulnya apa. Kami pakai sebut je sebab bunga ni selalu tumbuh di kawasan berpasir. Bunga ini kembang di waktu hari masih berembun saja. Gambar ini adik saya, Adam, yang ambil.

Rambutan juga sudah banyak berjuntaian. Adam yang rajin mengait dan memanjat setiap petang. Kalau ada Adi, dialah yang paling rajin mengumpulkan buah-buahan yang ada di sekeliling rumah.

Isi rambutan yang dikupas seperti telur ayam. Ingat yang saya katakan dulu? Mesti ada yang tahu bagaimana hendak membuatnya. Renyah sedikit. Baik tak usah buat. Sudahnya masuk ke mulut juga, kan.

Manggis si hitam manis. Ini hasil pokok tertua yang ada di depan rumah, antara rumah saya dan rumah Tok. Di sinilah saya selalu berkumpul bersama Mak Tam dan Tok Chik. Ada 3 batang lagi pokok manggis. 2 di hadapan rumah, sebatang lagi di tepi pokok nangka di sebelah garaj.

Si raja duri. Kami kenduri durian pada malam semalam. Semua ahli rumah di bukit letaknya rumah saya berkumpul di beranda rumah saya. Ayah sengaja beli banyak supaya kami dapat berkumpul makan beramai-ramai. Tadi petang, Mak Tam sediakan pulut dan kuah serawa durian. Makan sewaktu hujan, fuh… Syurga!

Untuk merasakan dunia kita tenang, kita memang memerlukan persekitaran yang bersih dan hijau. Dan untuk mendekati dan berinteraksi dengan alam yang hijau, kita perlulah diam. Daa~ Salam.

45 Responses to “Hijau”

  1. cikgu jawe says on :

    hmmm.. ni dh tepek pokok buah2an kt blog nih. tercari2 ayat menjemput kami makan2 buah kt rumah sarah.. takde le pulookkk.. hehe

    Reply

  2. kylex says on :

    heheh..sokong cikgu jawe kt atas..Hurmm, byk sgt buah kt umh cik sarah ni, xtrabesnye 1 fmly jer..xde invitation utk mkn buah2an tmptn yg segar n sdp tu ke..he3..sy mau rmbtn yer..simpan tu..k..

    Reply

  3. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah…

    hihi. boleh tak nak sokong cikgu jawe ngan kylex kat atas ni. haha. nak makan buah jugekk….

    Kak sarah, lawa la pemandangan sekitar rumah kak sarah ni. Macam rumah dalam kebun je. Memang hijau.

    “Maka diam
    itulah ubat.
    Maka senyum
    itulah rawat.
    Maka ini
    adalah hakikat.”

    …suka kata-kata kak sarah yang ni. (“,). Dla pun nak diam juga, tapi diam dla hanya diam tidur. Bila jaga banyak betul kerja yang nak diselesaikan. Kadang-kadang rasa sangat penat dan kusut. =(. Nak senyum pun takde mood. =(

    *sori kak sarah, tiba-tiba rasa nak ‘merengek’ dengan akak. (“,)

    Reply

  4. nurul iman says on :

    Salam Sarah.
    Btul..kdg2 ‘diam’ tu lebih baik.
    Sy pun sedang men’diam’kan diri.. =(

    Reply

  5. tsam_ismail says on :

    salam

    salam ziarah kak sarah.kak sarah,saya suka baca blog akak ni.sgt menarik..blog-hopping n then,sedar2 dah kat sni..hehe

    saya pun anak kampung jga.lahir besar smua d kmpung.hidup makan pun smua cara kampng.best.haha

    btw,terknpius jap.pkok kunyit ke lengkuas 2 akak?tengok mcm lengkuas=)

    Reply

  6. AmmarAiman says on :

    wajah Akak ni yang last tu macam YB Nurul Izzah lah.. (ayah yg kata)

    Reply

  7. akak says on :

    itu la bestnya jadi budak kampung kan..segala penawar ada di situ. Kalau nak cari ubat hati pulanglah ke kampung..pasti akan terubat…tapi kalau dapat kawasan rumah macam Sarah la..hehehe.

    -> Yang bunga pasir tu, nama dia kemunting cina @ kembang tapak dara. Akak punya ada warna putih..tapi akak panggil bunga payung je..:)

    Reply

  8. a.s.h.a.r says on :

    banyak2 pokok kt rumah sarah
    yang paling menyentuh memori
    mengembalikan nostalgia masa muda
    adalah pokok jejarum merah tu.

    dulu waktu kecik2,
    kalau tak boleh buat keputusan
    saya akan pentik serimbun bunga ni
    the cabut satu-satu bunganya…

    ya, tidak, ya, tidak …
    sampai bunga akhir itulah jawapannya.

    masa muda yg penuh nostalgia.

    TQ for photo2 tu
    appreciate a lot.

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe PJK: =)
    hehe. yg tu kena tunggu klu sume pokok berbuah serentak la. erk.. ke CJ nak rasa buah pinang? haaa.. yg tu mmg sepanjang thn available 😀

    Kylex:
    hehehe. awk dgn CJ sama je yek. rambutan klu nak kena panjat pokok. yg bawah2 kitorg yg pendek2 ni dah kebas :p klu nak merasa kerengga, meh la. huhu 😀

    Dila:
    rmh ks ni byk pokok buah sbb mak ayah ni la. tambah plak rmh tok kt depan tu je. dia pn suka tanam mcm2. ni belum tgk lg section ulam2 dia. penuh dgn segala mcm ulam! huhu. dila, kadang2 diam tu melambangkan kemenangan n mendatangkn kemenangan, kan 🙂

    Nurul Iman:
    knp awk nak mendiam kn diri? awk ada problem ke iman? semoga semuanya baik2 aje ye 🙂

    Reply

  10. Azra Ain says on :

    alahai, seronoknya banyak pokok buah sekeliling rumah.

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tsam Ismail:
    terima kasih tsam sudi baca blog ni. panggil ks je. lg mesra gitu. hehe. ks pn sgt la suka hidup kt kampung. kebandaran2 sgt, x berapa kena dgn diri nih 😀 tu mmg pokok kunyit. nk bezakan pokok kunyit n lengkuas, tgk batangnya. batang pokok lengkuas kemerah-merahan 🙂

    Ammar, Aiman n Bro Kasawari:
    heheh. jauh panggang dr api 😀 izzah tu tenang n comey lotey je orgnya bro. hehe.

    Akak:
    haa.. kemunting cina pn sy panggil jgk. alamak! sy suka yg warna putih! susah nak jumpa tu. waa.. bestnya!! bunga ni ada jual benih dia tak kt kedai? klu ada jual yg putih, sy rasa cam nak beli je. kalau tanam campur2 dgn yg ungun ni, misti lawa je.. hihi. mcm2 ada dlm kepala sy ni =)

    Bro Ashar:
    waa.. mcm tu ke bro buat?!! sy kecik2 dulu selalu cabut bunga tu n hisap madu dari tiap2 pangkal jarum bunga tu. manis! ada sepupu sy kan, dia siap makan buah yg mcm berry yg ada pd pokok tu. dia kata best. tp sy x berani makan. takut beracun plak. hehe. erm.. lepas ni nak buat mcm bro jgk la. ya, tak, ya, tak.. 😀

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azra:
    alahai.. yg kak ngah plak rasa mcm nak ternak kura2 plak =) mau dtg sini weekend ni? najib nak datang makan2 n minum air oren dgn pakcik shukor. adib myb nak datang jgk. tp kalau azra dtg, kak ngah takde kt rumah weekend ni 🙁

    Reply

  13. Ainul Arina says on :

    salam.. wa!! @_@
    sangat teruja nyer tengok.. umah ks ala2 dusun..ish2, ni tak sabar nk balik kampung gak nih.. bila la nk sental balik semua buah-buah tu… ks umah ala dusun, umah ainul ala2 rumah di tepi sawah..^_^ excited giler nak balik umah sebb rindu nak main kat belakang umah.. kat belakang umah ada taman haiwan a.k.a taman bunga a.k.a tempat belajar silat. kat situla tempat pengumpulan segala jenis haiwan, bunga dan manusia punya tempat berkelah.. ada kucing, musang beastmaster, ayam, bunga2, pokok ulam, pokok kelapa dan paling banyak tentunya orkid-orkid yang comel..siap ayah buat pondok tepi parit ban depan sawah lagi.. kalau cuti2, makan tengahri mesti kat blkg umah.. makan atas pondok ditemani angin sawah yang sepoi-sepoi bahasa.. kadang-kadang siap jemput ramai2 lagi join sama…owh belakang rumahku.. hehehe… huhu.. teringat pulak zaman main pondok atas pokok jugak kat belakang rumah time skolah rendah…. jadi port tentera sepupu-spapat time cuti skolah dan jugak port sembunyi kalau merajuk atau bosan atau menyembunyikan barang adik2 yang degil(sy kakak yg ‘baik’)hoho.. saya bangga jadi anak kampung..!
    tiba-tiba terpikir, patutla ks banyak idea.. keliling umah hijo belaka semua.. huhu.. bahagia dan sungguh aman damai tenteram dan sepupu-sepapat dengannya semua ada… best2!!

    27 days to go back to malizia!! yipee…!!

    Reply

  14. sang rama-rama says on :

    wah ulam2…bestnye..cmni takyah la susah2 nk pk pasal component veggie dlm diet..gi petik je bila2 nak makan,kn..fresh lagi..wahh…nnt kak sarah perkenalkan la ulam2 tu pula, ya…dla ni pon bukan tau sangat ulam2 ni…ulam raja je yg dla tau…hahahhaa…

    ye ye…diam tu ‘melambangkan kemenangan n mendatangkn kemenangan’…bila diam, kita akan appreciate a lot of things that already being there for us…kan kan…hihi (“,)

    Reply

  15. nadia yuna says on :

    sarah telah memberi ketenangan mata saya! uhuk uhuk uhuk

    sarah, bestlah dok kampung ek?

    nadia ni dok KL
    tak merase semua ni

    ** kene kawen ngn org kampung le cenggini =p

    Reply

  16. Mia Razlan says on :

    bestnya byk pokok buah2an. sy kalau time cuti blk msia, time tu dah bkn musim buah. kwsn umah saya pun byk pokok2 menghijau juga. suka tggl kat kampung. nyaman…. =)

    Reply

  17. myfisol says on :

    wah bestnya rumah sarah ni, menghijau je…tu yg paling syok duduk kampung ni, boleh tanam serba-serbi..

    & rambutan yg dikupas kulit tu nostalgia jugak..bro pun selalu buat camtu waktu kecik2 dulu..:)

    Reply

  18. cikgu jawe says on :

    woit sarah.. apa pjk pulak nih. huhu.. muncung panjang dh nih. hehe.

    tapi pjk (perut jalan ke depan) yg tu mmg betul le.. hihi

    Reply

  19. hantu_siang says on :

    salam doc sarah…..
    buah-buahan yang dsebut semua ok kecuali durian tu…eeeeeee….bucukk…tak suka durian…macam ne la leh makan durian tu..gambar yang pegang rambutan yang dikupas itu jari awk ek?mmmmm….kuku semua dipotong dengan baik.bersih…heheeh 🙂 -hantu siang-

    Reply

  20. enar arshad says on :

    sarah,
    di rumah kakak banyak yang putih pokok kemunting cina tu, susah pulak nak dapat yang ungu!

    Reply

  21. bulanbiru says on :

    Salam sarah,
    alaaa..sarah tunjuk pokok buah-buahan je…
    tak nak jemput bulan gi rumah ke..teringin nak petik buah rambutan yg merah2 tuu…heheh
    *moga happy selalu dgn insan2 tersayang…

    Reply

  22. Ziana says on :

    meriah nye ngan pokok2 buah2an tempatan…
    best nye sarah!!!!!!!!!

    tang manggis tu yg tatahan tu..
    kalau ziana.. bekampung bwh pokok jek laa
    🙂

    Reply

  23. one says on :

    salam,
    ya..biarkan alam yang berbunyi,kita diam,mendengar..
    menghayati

    Reply

  24. Inah says on :

    beshnya umah sarah ade pokok2 tu..x penah merasa suasana sedemikian 🙂

    rindu sama sarah!! 🙂

    Reply

  25. fattnieniey says on :

    lawanye gambo…
    kamera baghu ke?

    Reply

  26. akak says on :

    Dekat rumah akak memang selalu tumbuh yang putih je Sarah. yang spesis Sarah tu tak pernah pulak ade. Tapi akak tak tau macam mana nak biakkan pokok tu. Yang ade nie pun tumbuh sendiri je. Benihnya pun tak pernah tengok mcm mana..hehehe. Kita buat pertukaran je la..:)

    Reply

  27. hyfa hasan says on :

    lawa r pic bunga2 tu..

    lawa.. pndai ambik..

    hehe..

    Reply

  28. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    heiii..
    sarah dah sehattt..
    takde la rase besalah dah nak menyakat sarah..:-“

    bestnye byk pokok buah…
    kat sini g fruit picking, yg dapat segala berry2 jer…adoi..rase pon same aje smue..namnye nye beza2…

    Reply

  29. fathiyyah says on :

    salam kak..sy dtg memberi komen disini..waah,hijaunya persekitaran rumah akak..rumah saya pun ada banyak pokok buah..duku,manggis,rambutan..kalau nk makan rambutan kami tak perlu dh beli kat gerai2 tepi jalan..tapi panjat je pokok..banyak buah rambutan yg kami dpt..nikmat bile mkn rambutan tapi tak best pulak bile batuk..hehe…

    btw,nk tanya 1-3 ogos ni akak ada ke mana2? take care kak

    Reply

  30. azreen says on :

    hehe 🙂 ni yang rasa nak pegi umah kak ngah ni especially musim buah…

    dulu, stiap kali hidayah balik umah, mesti dia bawa balik buah2 ke hostel. langsat & rambutan pon penah seingat saya. huhuhu…

    Reply

  31. Mimi Amilia says on :

    sarah,
    saya pun orang kampung.Tapi sekrang dah duduk bandar.best kan..pokok buah-gbuahan ada kat tepo rumah jer.dulu suka panjat pokok rambutan.Pastu kena gigit kerengga..bestnyer duk kampung

    Reply

  32. ryurisora says on :

    banyaknye buah-buahan..hehe. sarah ke moscow belajar ke? sory kalau ketinggalan dan baru bertanya, org baru la katekan..

    Reply

  33. Azra Ain says on :

    kak sarah…apa nak datangnya kalau kak sarah takder farahnya takder. segan kalau semuanya lelaki. hihi.

    Reply

  34. enar arshad says on :

    nak tanam pokok tu, cabut aje dengan akar-akarnya,tanamlah pulak kat mana suka.

    sangat mudah hidup dan sangat tahan.

    Reply

  35. ytmz says on :

    RENYAH! handal betul.. perkataan yang best.. sama lebih kurang nya dengan rumit.. sahorga warnanya hijau! hehehe

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    hehe. kamu pn nampak gayanya dh rindu sgt2 dgn rumah ni.. bestnya tepi sawah. kg ks d penang pn tepi sawah. bila la nak balik penang ni.. nnti sampai msia bgtau okeh =)

    Dila:
    ulam2 punya cite next time ye. ks bz dgn mcm2 benda skrg ni. cuti kali ni mmg pack. hehe. ks x tau knp ks rasa mcm rindu pd dila…

    Nadia:
    wahai cik adik,adkh Mr. MyMy itu org kampung? hahaha :p

    Mia Razlan:
    wah! ramai geng org kampung ni 😉 mmg best kan. tiba2 teringat iklan raya petronas: kenapa saya suka rumah saya. hihi 🙂

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    alahai… bro pn biasa kupas rambutan camtu ye. mmg nostalgia kan. hehehe.

    Cikgu Jawe:
    hehehehe… sy baca komen ni wkt dlm kerete on the way nak ke ipoh. sy bacakan pd ayah sy. dgn dia2 gelak sbb dia terasa sama kot. hahaha 😀

    Hantu Siang:
    aisshh awk ni HS. lain dicerita, lain plak ditgk nya. hehehe :p

    Kak Enar:
    nak gi rmh akak! nak amik pokok yg putih. boleh? hehe.

    Bulan Biru:
    nak dtg boleh aje. tp sy ni yg jarang melekat kt rmh. me’nomad’kan diri kehulu kehilir je. huhuhu :p

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ziana:
    awk dgn manggis mmg takleh dipisahkah. huhu 😉

    Oneib:
    alam kan pendengar yg paling setia 🙂

    Kak Inah:
    nnti di OZ bercucuk tanamla keliling rmh ye. huhu. rindu la kt akak. sempat ke nak jumpa lg ni.. 🙁

    Fatt:
    hahaha.. kamu ni cekap ye :p org asli kata camni: kita shenyap2 shaja shudahla.. LOL 😀

    Reply

  39. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    kita buat smart exchange jom. hehe. sy rasa mcm nk gi terjah je rumah kak enar yg di atas tu. harap2 ayah boleh bawak sy g sana. saja nak amik skit pokok dia. huhu. tak malu betul sy ni :p

    Hyfa:
    ni pun kira dh lama x pegang camera. banyak bz skrg ni. awk lg la power bab2 ni. nak banding sy yg cinonet ni ha. huhu.

    Izu:
    klu d msia, sy x layan berry2 ni. tp klu kt sana, tu la antara yg berlambak ada kan. wahai encik, walaupn sy dh x demam, tp sy bz sgt tau. jgn la menjahatkn diri menyakat sy yg tgh penat gaban nih 🙁

    Reply

  40. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    kamu pn memanjat jgk ke? wah! kagum2 😀 1-3 ogos rasanya x ke mana2. tp x sure lg. knp? kamu nak kawin ke? hihihi. ke ada apa2 plan lain? meh cepat bgtau =)

    Azreen:
    oh. dayah tu mmg tukey buah. btw, hari khamis lepas kak ngah lalu depan mrsm korang. huhu. mrsm tgh hutan yg x de coverage :p tp best sbb dekat dgn air terjun *wink*

    Mimi:
    haa… tu la kan. pengalaman kena gigit dek kerengga ni sgt best kan. paling abis, nnti dh ada anak boleh cite kt diorg yg kena gigit kerengga tu x de la sakit mana. macam macho je bunyinya. hehehe :p

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryurisora:
    salam kenal ryu =) thanks sudi singgah kt sini. ye sy belajar kt sana. final yr student insya Allah. nnti sy lapang sy ke blog awk ye. ni pun dh pukul 5.17am dh ni. bru smpai dr ipoh. tak tido lg ni. will catch u later insya Allah 🙂

    Azra:
    haah kan. ye x ye jgk. next time la nampaknya kan =)

    Kak Enar:
    kalau mcm tu sy nak amik sikit kt rmh akak boleh x? hehe.

    Yasir:
    ye. handal guna perkataan gini. hey org manjong, ini org ashli rindu la plak shama kamu. haha. keghoje bebaik la ye yeop.

    Reply

  42. abdul hayyi says on :

    Lawa gamabar-gambar itu….

    pakai DSLR ke?

    Reply

  43. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    im sorry sarah, but i just cant help it to sakat kamu..

    hehe..takde la..
    sy pon kat sini cam sgt tersangat penat melayan kerenah budak ribena nie..sy dah ilang privacy dlm life…hehari mesti kene kuar dr umah…

    Reply

  44. drbubbles says on :

    Salam Sarah,

    Itu bunga Periwinkle atau Kemunting Cina.Ekstrak dari daunnya dijadikan bahan untuk ubat chemotherapy.

    Durian menjadi tak di Temerloh?Saya baru balik ke Jerantut mencari durian.Meriah!

    Reply

  45. Achmed8883 says on :

    Drasvutye…Kak Dela??

    Reply

Leave a Reply