Lunch Date With Them

Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya ada sebutkan dalam entri semalam, Khamis lepas ada sesuatu yang terjadi. Seawal 7 pagi saya telah bertolak dari Bangi menuju ke Jalan Ampang kerana ada mesyuarat di sana. Saya kurang arif tentang lokasinya tempat itu. Jadi saya gunakan khidmat Nan untuk GPS-kan lokasi Wisma Selangor Dredging. Saya ada mesyuarat dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang bekerjasama dengan persatuan saya untuk menjayakan program Homestay di POS Sungai Pelantok, Sungai Siput di hujung bulan ini.

Mesyuarat berlanjutan sehingga tengahari. Saya memang tidak bersarapan langsung pagi itu. Jadi sebaik selesai mesyuarat, saya dan 5 orang AJK yang lain (semuanya junior) terus menuju ke KLCC (bertentangan saja dengan wisma tu). Semuanya kelaparan. Bila dah lapar begini, mestilah hidangan berat yang menjadi pilihan. Sambil makan, kami menyambung perbincangan antara kami tentang perjalanan program. Sambil itu, sempat juga saya menembak di kiri kanan. Lama tak test power. Hehehe.

Tiba-tiba saya teringatkan lunch date bersama Kak Inah yang sepatutnya dijadualkan tengahari itu. Lalu saya menelefon Kak Inah untuk memaklumkan nampak gayanya terpaksalah dibatalkan saja kerana kami tidak sempat untuk membuat janji dengan detail. Lagi pula, saya memang sudah penat amat waktu itu. Kebetulan malam sebelum itu saya tidur sangat lewat kerana menginaikan Faiq dan berborak versi dalam gelap. Huhu.

Sebaik dapat menghubungi Kak Inah, saya memaklumkan yang saya berada di KLCC dan nampaknya janji temu kami perlu dibatalkan dulu. Alangkah terkejut saya kerana Kak Inah juga memaklumkan bahawa dia juga berada di KLCC. Kak Inah datang menjemput saya di tempat saya. Inilah pertama kali saya bertemu dengan blogger yang sangat tinggi semangat belajarnya. Kak Inah ni idola saya dalam bab study. Serius, Kak Inah sangat berdedikasi dan orangnya sangat comel! Sebaik bertemu, kami bersalaman dan saya terus memegang pipi Kak Inah. Baru saya tahu Kak Inah ada darah campuran Anak Mami rupanya! Ingatkan ada mixed Pakistan ke, Arab ke. Kak Inah mengajak saya menyertainya di Chilli’s. Ada beberapa orang kawannya menunggu di situ menurutnya. Saya pun telah selesai dengan committee board tadi. Jadi saya pun menuju ke Chilli’s. Dan alangkah terkejutnya saya kerana ada 3 orang lagi blogger yang menunggu di situ. Yang saya kenali ialah Nikli dan Ziana. Saya mengikuti blog mereka tapi sekadar sebagai silent reader. Tak beranilah tiba-tiba nak menyampuk kan. Huhu. Dan yang ketiga ialah seorang lelaki misteri. Mr. MNN. Menurut Kak Inah, Ziana dan Nikli, MNN seorang yang serius dalam blognya. Jadi setiap yang bercadang hendak bertemunya akan ketar lutut dan seram sejuk tangan (macam Nikli! Huhu~). Tapi hakikatnya MNN seorang yang sangat ramah dan pandai berjenaka! Sungguh ni tau.

Saya pula waktu itu mulanya sangatlah malu-malu. Sampaikan asyik kena tegur dek Kak Inah dan Ziana kenapalah saya asyik tersenyum seorang saja. Sebenarnya saya segan pada mulanya tu. Maklumlah kan. Semuanya sudah berkerjaya. Saya ni rasa macam budak kecil je. Tapi MNN lah yang buat saya boleh bercakap. Kebetulan, kami ada topik yang boleh dibualkan. MNN juga baru pulang dari menjelajah Eropah. Jadi, banyaklah yang kami bualkan ketika itu. Yang si Nikli pula, tak pasal-pasal mengaitkan saya dengan seseorang. Auww… Tidak, tidak. Tapi lepas semuanya jelas, barulah saya sedar betapa sekepalanya kami berlima. Dari satu cerita, macam-macam cerita lagi keluar. Saya pun tak ketinggalan! Haha. Terima kasih Kak Inah dan Ziana sebab cuba memahamkan saya situasi yang sebenar. Barulah saya tak blur dah. Dan dengan Nikli pula, topik apa lagi kalau bukan pasal kamera, kan. Saya dengan Nikon, dia dengan Olympus. Ok. Ada masa, ada rezeki, jom menembak. Saya tengah tunggu Camera Fair je ni untuk melengkapkan apa yang patut. Huhu. Gambar-gambar yang ada ni semuanya belas ihsan daripada Ziana, Kak Inah dan MNN. Saya tertinggal Sony saya di Bangi. Gambar di bawah ini, Ziana yang snap. Katanya tangan saya dan Nikli gayanya sama. Orang tengah rancak borak pasal kamera, macam tulah jadinya, Ziana. (~~,)v

MNN merahsiakan identitinya. Jadi, jangan peliklah ye melihat wajahnya digelapkan dalam gambar di atas =) MNN, you memang best lah. Tak kekok pun walaupun baru first time kenal you. And thanks for the gift =) Nikli, sila makan banyak sikit ye. Kalau hari tu Kak Inah asyik bandingkan kita siapa lagi keding, harapnya lepas ni title keding dah takde dah ye =) Ziana, thanks for the drink. Tak sangka saya boleh masuk dengan you all. Sila menabung dari sekarang untuk pusing Europe pulak nanti =) Kak Inah my sweet heart, thanks for everything. Walaupun tak plan dengan baik untuk jumpa, but we ended up meeting with the rest in such a memorable lunch =) To the 4 of you, thanks for having me that day =)

Nota rasa macam nak gelak sengal: Saya rasa lucu sungguh sebab untuk menghadiri meeting itu, saya ada banyak benda yang hendak dibawa. Jadi saya gunakan bag pack biasa tu. Sudahnya pergi lunch dengan yang lain-lain pula selepas itu. Terasa macam budak kecik sungguh. Hoho. Siap dengan fail semua. Tu nasib baik tak usung laptop je tu. Hohoho~ Bilalah eden nak kerja ni :p

Nota rasa macam nak nangis: Sepanjang siang tadi, saya memang tiada mood. Mood hilang entah ke mana je. Saya terperuk je dalam bilik. Nak balas komen di blog pun malas. Ni kan pula nak bloghop. Sorry semua.

24 Responses to “Lunch Date With Them”

  1. Khaitul says on :

    owh. kiranya saya ni orang dewasa la berbanding kak sarah. sebab saa dah bekerjaya. hehehe

    Reply

  2. Khairul says on :

    adeh banyaknye silap eja. biasala typo pepagi ni. hari ni sibuk lagi ye? jaga diri~~

    Reply

  3. Inah says on :

    hehehehe..sarah kesayangan kati..jaga diri ek..dgr cite x sihat kan πŸ™‚

    lunch tu best kan :)..harap dapat jumpe lagi sebelum akak fly πŸ™‚

    william tu menunggu2..hahahahaha

    Reply

  4. Fairulhisham says on :

    Sarah sebut pasal org asli ni..terkenang masa bertuga sebagai penggerak masyarakat org asli kat pos tuel gua musang dulu..semoga sarah n geng berjaya melaksanakan program yg dirancang tu..jgn lupa bawa ubat anti denggi ya bila masuk hutan..

    Reply

  5. hantu_siang says on :

    salam…
    alamak…melepas…ampang area saya tuuu..huhuh..xjemput pun…uwaaaa….sampai ati…
    -hantu siang-

    Reply

  6. nOnnie_sayang says on :

    salam.. napa tak bitau nak turun kl? cis.. melepas nak jumpa ks. lenkali bitau ye.. boleh jumpa dan makan kat foodcourt klcc..

    Reply

  7. Mimie Azrin says on :

    salam sarah,

    mmm…dah lama tak melawat blog sarah ni dah byk yg mie miss yek.. blog mie sendiri pun dah bersawang tak berusik…terlampau busy di office, di rumah pula sudah kepenatan jadi tiada masa nak ber’online’.

    silap2 kita lagsung tak sempat nak bertemu ye…

    ape2 pun semoga sarah sihat dan ceria selalu, jgn sedih2 taw…

    p/s: sarah imanina dah pandai 1. meniarap 2. isap ibu jari kaki…

    Reply

  8. myfisol says on :

    waa..cam best je…bila nak jumpa shiny happy people & the fantastic four pulak?..

    Reply

  9. myfisol says on :

    err..gaya tangan tu memang nampak professional..hehe..

    Reply

  10. Nazmi Yaakub says on :

    assignment di kawasan sekitar Wisma Selangor Dredging memang menyakitkan jiwa. terutama kalau terkena pada peak hours.

    selamat berkhidmat dan berjuang untuk orang asli πŸ™‚

    Reply

  11. Ziana says on :

    sgt sronok jmpe sarah…
    mcm2 cite kuar…

    awalnye mmg sarah nmpk agak blur n segan… xmo laa segan… we all sume same jek.. xde yg beza…
    janji sekepala πŸ™‚

    nape nih? mane pi mood sarah?
    take care tau!!
    πŸ™‚

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Khairul:
    pagi2 buta, jd camtu la bila menaip. hehe. dewasa la sgt tu ye. klu dh bekerjaya, kamu kena la belanja ks nnti. huhu.

    Kak Inah:
    demam dh x de dh. dh sehat dh. tu la.. lunch hri tu mmg best. meriah btul! insya Allah next dating kena ada sblum kak inah fly =)

    Fairul:
    oo.. penah keje dgn org asli jgk rupanya ye. sy harap mcm tu la. moga2 dpt berkhidmat skit utk masyarat OA ni.

    Hantu Siang:
    alamak. awk kt area ampang ke? mana nk tau… nk contct pn x tau camne. hehe.

    Kak Nonnie:
    next time tu ntah bila la kak nonnie. byk benda nak buat kt rmh ni haa…

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimie:
    sy sgt2 nak jumpa awk n sarah! sorry x tercontct2 lg mie sjak balik ni. kita kena jumpa. sy nk tomoih2 si sarah itu! hehe =)

    Bro Fisol:
    yg tu kena tunggu sy balik penang dulu. baru dpt lajak ke kedah sekali. hihi. oh. tgn tu gaya org mengada je :p

    Nazmi:
    salam kenal nazmi =) kebetulan wkt tu sy naik putra je utk ke sana. di kl sentral, mak aih, panjangnya queue. berlingkar2 mcm ular. nasib la kan. nama pun pagi. org sume kejar2 nk pegi keje. smpai kt situ plak, jln x jam mana. lega la jgk.

    Ziana:
    hari tu mmg sgt best! rasa x puas. huhu. ada rezeki, akan ada next time utk kita sume gather camtu lg okeh. mood hilang dicuri dek org πŸ™ sedih…

    Reply

  14. shazwani adnan says on :

    salam.

    nampaknya aktiviti ks balik cuti ni berjumpa dgn rakan bloggers secara live! haha.. wanie pon sedikit sebanyak dpt gak tgk muka kawan2 blogger ks walopon tak kenal. hihi

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    yg dgn 4 org ni mmg tak rancang, tp kebetulan ditemukan. hehe. tp ks kata betul. kwn2 alam maya ks jauh lbih bermakna n memahami ks. kamu faham knp kn.

    Reply

  16. akak says on :

    wah..lunch yang tak dirancang tapi nampak macam ceria je. Mesti best kan dpat jumpa dengan kawanΒ² selama ni selalu menjenguk kita kat komputer tu je..sekarang dapat face to face…:)

    Reply

  17. Hazreen Rashid says on :

    salam wrt…

    dah ada kamera dslr?

    heh senyap2 je. selamat menembak2.

    anyway, saya tak sokong anwar, tapi clearly debat malam tadi memang obvious he came out as a winner. Kecewa dgn kerajaan skrg.

    Reply

  18. a.s.h.a.r says on :

    kat KLCC ada dua donik donik
    satu kt Ramlee Mall
    dan lagi satu kt Avenue K

    nanti bolih perkena donik-donik
    my wife pun dah kena
    badi sarah pasal donik-donik ni
    tapi lagi sedap
    jika d J.Co

    call us when u in KL
    bolih kita pekena J.Co

    Reply

  19. shahril aley says on :

    wah dah jumpe dorang
    mesti mulut masing2 tak abis dok pokpek
    hahaha…
    bile plak kite nak jumpe ni?
    inah yang nak fly jauh dah banyak date dgn bloggers…

    nanti dah keja tak bawa backpack lg
    silap2 datang dgn jubah doktor plak

    Reply

  20. Nikli says on :

    ada masa jumpa lagik nanti..
    hehhe..

    olympus..?? mmm…
    btw, thanks for the souvenir..
    πŸ˜‰

    im so lucky..

    Reply

  21. nadia yuna says on :

    humm. nadia sampai sekarang selesa bawa beg sekolah ke mana-mana. Begnya boleh isi macam2. nak bawak pun selesa sebab balance kat belakang. taklah berat sebelah bahu mcm pakai beg sandang. huhu =p

    Reply

  22. faisal says on :

    byk betullah aktiviti budak sarah ni..:) siap jumpe blogger2 lagi tu..sangat bagus sanggup datang meeting jauh sampai sini..kalaulah acai,errr…dah terbongkang kat umh je kot,hahahaa..

    Reply

  23. MNN says on :

    hi sarah!!
    Thanks for the souvineur.. appreciate it!!.. πŸ™‚ hehe.. now u know why others ketaq bila nak jumper me… hihihi.. U jer tak.. lucky u!!.. Hehe πŸ™‚ nice meeting u.. insyaallah dimasa hadapan boleh kita travel sekali.. πŸ™‚ i’m looking forward into it.. πŸ™‚

    take care!! πŸ™‚

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    tu la. mmg happy kebetulan je dpt jumpa sume skali. harapnya 1 hri nnti dpt jumpa akak plak insya Allah πŸ™‚

    Hazreen:
    senyap2 sudah la kn πŸ˜‰

    Bro Ashar:
    wkt di klcc tu, terfikir nk gi beli bawak balik. tp dh kenyang n tambah plak, sejak dh ada d msia, x terasa sgt dh nak makan yg mcm ni. perut lg nak makan yg kuih2 traditional πŸ˜€ tiap2 hri pn mak beli mcm2 kuih lain2 jenis. tp fav sy kuih tepung pelita la πŸ˜€

    Aley:
    ntah bila la plak dpt jumpa awk ye aley. diorg kata awk punye jadual keje pack n not flexible. hoho.. pakai white coat la plak ye. cam ngada2 singguh :p

    Nikli:
    alamak.. buka olympus eh? aduh. sy tersilap ke ni? sorry2 😐 ada masa nnti jmpa lg!

    Nadia:
    selesa n bleh isi byk barang n tak sakit badan nak bawak, kan πŸ™‚

    Faisal:
    kebetulan sy di bangi. sy mmg wajib attend meeting tu sbb sy yg uruskn perhubungan dgn JHEOA tu. klu sy x de, mcm pelik la plak. hehe. acai, ni bila nak set masa ni. awk tu sibuk memanjang. kalah menteri la cik.

    MNN:
    haa tu la. luck me. tak ketaq pn jumpa u. i had no idea how u are at that time. by the time i browsed ur blog, oh, patut la! huhu. hehe. u too. tk care πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply