Loghat Temerloh

Assalamualaikum wbt

Malam ini saya berjaga lagi. Tak boleh lelap. Kebetulan tengah dengar playlist lama ni, semuanya lagu orang putus cinta. Sabar ajelah kan. Terus saya tukar mendengar nasyid. Jauh lebih tenang. Tapi ada pula lagu Rapuh dendangan Opick. Tersentuh kembali hati.

Petang tadi seperti biasa duduk-duduk di buaian. Kemudian melihat adik-adik bermain badminton. Sebelum Maghrib, singgah ke rumah Tok. Minum petang di sana. Kemudian Iman merengek mahu didukung keluar sedangkan baru saja masuk ke rumah setelah dibawa berjalan tadi. Mak Tam berkata: Eh, mana boleh dik. Ni dah nak Allah Babat dah ni.

Mendengarkan perkataan Allah Babat, terus dia menggayakan cara orang mengangkat takbir. Dia faham itu tandanya waktu solat. Lalu Tok yang sedang bersiap untuk mengambil wudhuk menyampuk:

“Moh le kite ke semejid. Semayang Maghareb. Lepaih tu makan semekut empat semegi. Minum air merah melenggang.”

Tercengang saya mendengarnya. Masya Allah. Apa yang Tok saya cakapkan ini? Saya faham dua ayat pertama itu saja. Saya tanyakan Tok, apa makna ayat yang penyudah itu. Semekut empat semegi? Air merah melenggang? Saya yakin sepupu saya yang dua orang itu pun tidak faham. Kata Tok, inilah ayat Ayah Long suka sebut dulu-dulu. Maksudnya:

“Jomlah kita ke masjid. Sembahyang Maghrib. Lepas tu makan biskut empat segi (biskut tawar tu lah). Minum air sirap.”

Ya Rabbi. Tak terjangkau dek akal saya. Saya teringat entri tentang Bahasa Pahang yang saya tulis dulu. Ada yang kata kalau beginilah pekatnya loghat Temerloh asli, perlu ada terjemahan jika keluar di TV. Ya. Saya setuju amat. Hehe. Tapi saya suka betul mendengar perbualan orang tua di kampung saya atau di Pekan Sari (Pekan Sehari – pasar hari Ahad). Pekat sungguh loghatnya. Unik tau! Rugi kalau tak faham.

Ayah Long – Abang emak saya. Ayah kepada Nisa, sepupu saya yang paling disayangi. Nisa, sayangnya awak ‘gebar’ pun tak faham dulu waktu kita pergi Cherating kan. Hihik. Awak kena menuntut dengan Abah awak nampaknya ni. Dia sangat pakar bab-bab bahasa ni =)

Ok. Mahu menidurkan diri dulu. Esok pagi perlu ikut ayah ke klinik. Erm… Tak sukanya… Tapi harapnya segalanya dipermudahkan. Dan saya terkilankan satu perkara sebenarnya. Kenapa jadi begitu ye. Hmm…

16 Responses to “Loghat Temerloh”

  1. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    mak eih…temerloh ade loghat ker..
    awak tukar nasyid..tp ke arah cintan cintun gakkkk…rapuh tu dgr sekali jer ntah nye kottt…ahahah

    gebar tu shelimut arr…terer gue.
    takpe2..ade orang tu..mase form 3, camca pon tak tau ape..abeh kene ketuk ngan opahnye

    Reply

  2. WanHidayat says on :

    salam…”pi hambait kuciang masu dalaim ghumoh tuh”…lebih kurang lah kot…tak brapa nak ingat…hehehehe….loghat pekan plak….
    mcm mana kat kampung…balik moscow nnti boleh ajar kengkawan kan…biar temerlaoh gah di mata dunia…hehehehe

    Reply

  3. nadia yuna says on :

    salam sarah.
    urm.. baru tahu temerloh ada loghat ni. xpa.. cik sarah belajaq dulu na, nanti boleh bawak pi moscow. biaq depa pulak terpinga-pinga.

    hohoho..

    ** camna? best tak da balik mesia? xdak buah hati ka? mcm dalam iklan tv tu.. B.U.A.H = buah.. then kanak2 comel tu sambung.. B.U.A.H hati. heheheh.. ( menyorok blkg pntu =p )

    Reply

  4. faisal says on :

    Slm tok sarah,
    emm sy tahu ada loghat temerloh ni..sbb tunang kawan baik sy kan dok area2 raub nak sampai temerloh sana sana..:) slalu dengo mak ngan bapak dia ck ptmerloh..tapi anak dia takpernah ckp camtu ngan kitorang,hahaha..best bunyinye..lagi best skit dari kelatelah,hahahaha..

    sarah, kata arwah p.ramlee..” barang yg lepas hai jangan dikenang..” hiks..kena pandang kehadapan..blehlah ingat perkara lepas tu tapi cukuplah sekadar jadikan pangajaran dan sempadan..sebagai usaha untuk perbaiki diri..:) dah dah..pi main kat luar sana,hehehe..

    Reply

  5. Ainul Arina says on :

    uiks, peliks gak loght temerloh ni ek? akak, rugi ar kalo tak fasihkan.. kang jadi orang temerloh celup jer… hoho.. belajar la bahasa tu.. nanti kat moscow, boleh pakai bila nak bebel kat orang.. mesti semua melongo je kang.. hahahaha.. paling suka bila bebel guna bahasa yg orang tak paham.. hikhik..

    Reply

  6. Rynn Cowbra says on :

    mun kitak klaka temerloh,kamek mbak kitak klaka srawaklah.

    hoho!

    sarah tok kacak mena.
    mek suka gilak2 nan sarah tok.
    sa mok cubit2 jak.
    huhu!

    sarah,meh translate neh :))

    lau dpt translate,ryn ckp bahasa melanau pulak :p

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Izu:
    temerloh punya loghat mcm loghat perak tengah. sama je. x byk beza. org perak dgn temerloh ni dulu2 ada kaitan kot :p rapuh tu pun membawa maksud ketuhanan tau. betapa cinta kita pd Allah tak selalunya mantap. selalunya kita goyah dgn mcm2 cinta dunia yg lain. tak gitu. gebar itu selimut. pandainyaa… anak sape la ni ye :p

    Hidayat:
    bahasa pekan tu sy faham. tp ada sesetgh tmpt kt pekan bunyi mcm terengganu dh kn. huhu. biar gah di mata dunia ye. tu pn klu merata lepasnya org temerloh ni. sy rasa sy ni boleh tahan la jgk fasihnya loghat temerloh ni. cuma kena belajar pekatkan la idgham ma’al ghunnahnya. eh awak. jerantut punya loghat sama je dgn temerloh ni. kena belajar tu. jgn duk asyik dgn pekan dgn terengganu je :p huhu

    Nadia:
    ada… mcm perak tengah je loghatnya. x jauh beza. kt moscow mmg sy borak dlm bilik time ngada2 tu dlm loghat temerloh ni la. sbb sy ada rumet asal ipoh. mmg seronok la kitorg usik mengusik dlm loghat kitorg ni. mmg sama je bunyi. sikit2 je beza 🙂 msia semestinya best! takde tempat lain se-best tempat asal kita, kan 🙂 oh. iklan tu! bru ptg td sy tgk iklan tu yg sepenuhnya. sebelum ni tgk sekerat2 je. kalau sy kata ada amacam? hohoho :p ada2 je la nadia ni :p

    Reply

  8. Ejalz says on :

    Sarah, you entries sound so ‘excited’ semenjak balik mesia nih… ceria sungguh.. you really enjoy your holidays.. good..
    tomorrow, i’ll be flying off to malaysia.. wait for me..
    by the way, since my phone line in Ipoh had been cut off before coming here, so i’m not so sure if i can get online again later… so, if you are coming to Perak (as you said you will) do contact me on my mobile 019-3895606 .. the line is on and is with me now in KSA on roaming..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    ye betul! loghat ni sedap skit la dr loghat kelantan. ups! tp loghat temerloh ni unik tau. org yg x penah dgr misti rasa ‘wow, bahasa planet marikh’. hehe. oh. ni kwn yg awk cerita tu ye. hehehe. nnti dia kawin awk gi kenduri dia. awk dgr la org2 tua berborak time tu nnti. misti awk nganga2 je susah nak tangkap apa yg diorg ckp. takpun meh la dtg rmh sy. jumpa tok sy ni je pn dh cukup. tp tok sy maju oo. ckp omputeh pun cair jgk. huhu. aishh awk ni acai. awk misti rujuk pd ayat sy yg akhir tu kn 🙂 jgn risau. sy tak rujuk pd yg tu tau. sy terkilan sbb… erm.. janji jgn gelak dulu.. huhuhuhu. sy terkilan sbb sy tolak pelawaan mak sedara sy utk makan tapai petang smlm. dh tgh mlm td bru terasa nak makan tapai pulut tu. terkilan plak rasa. hihihih :p 1-0! yeay.

    Ainul:
    oh. ks ni boleh dikategorikan sbg fasih jgk tau. cuma kdg2 ada jgk la beberapa perkataan yg mmg x faham sbb x penah dgr. hehe. ks penah je bebel2 kt pasar dlm bahasa melayu biasa ni sbb geram dgn makcik jual buah yg mcm garang semacam. kita nak bg dia rezeki, dia marah2 plak. padan muka dia ks bebel2 dlm bahasa melayu je. muahaha :p

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rynn:
    uishh.. nak kena translate plak ye. tp sy rasa sy faham kot:

    “sarah cakap temerloh, saya cakap sarawak la plak. hoho. tok sarah best. sy suka gila2 dgn tok sarah. rasa nak cubit je. huhu!”

    betul kan? kalau x betul, nnti sy panggil SOS sy. Hidayat!! help me!! ada org buli ni. cepat tolong translate ni :p

    siap la awk rynn. nti dia balas lg panjang dlm bahasa apa ntah :p huhu

    Kak Ejalz:
    sy mmg excited sgt sejak duduk rmh ni. kadang tu mlm sy x dpt lelap mata pn sbb terfikir apa nak buat esoknya. hihi. bru je td siang sy teringatkan akak. sbb sy tau akak nak bertolak esk. so, sy doakan safe journey utk akak n fmly. sy dh save nombor akak. sy akan contct akak. sy bru je amik email akak. plan nak email kt akak. ni dh dpt dh nombornya, lg senang la. hehe. selamat balik kampung! jon kita excited sama2 😀

    Reply

  11. nadia yuna says on :

    jap jap
    nak iklan sekali lagik

    B.U.A.H = buah
    buah hati! = kate kanak2 riang2 itu

    hehehe =p

    btw kan cik sarah..
    uda tengok iklan ribena yg mix tu?
    hohoho.. iklan tu pon mcm ada signifikan.. cuma belom jadi je.
    baru baling syiling.. jumpenya belom.. huhu.. =p

    selamat bercuti best2 ye cik sarah.

    =)

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    nadia ni nak kena ni :p iklan ribena? alamak. yg tu tak tgk lg. nnti sy menekun tggu iklan tu ye. mlm ni ada cerekarama kan? misti ada sat lg :p sy harus tgk iklan itu! 😉

    Reply

  13. WanHidayat says on :

    mun kitak klaka temerloh,kamek mbak kitak klaka srawaklah.

    hoho!

    sarah tok kacak mena.
    mek suka gilak2 nan sarah tok.
    sa mok cubit2 jak.
    huhu!

    ————————————-

    hahahaha…mudah saja…ryn cakap

    kalau awak cakap loghat temerloh, dia nak cakap melayu sarawak…

    Sarah ni cantik sangat
    sy suka sangat2 dengan dia
    rasa nak cubit2 jeak…

    itulah maksud ryn tuh…dah selesai…

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    wah! kod SOS sy smpai ke tgh laut sana ye 🙂 terima kasih dayat! thank u~ thank u~ thank u~ nnti klu perlu lg, sy SOS awk lg ye :p

    Reply

  15. neunear says on :

    kelomping=bag plastik dab berkaitan
    cebekt- jinjing
    birey-tepi curam
    lewat awok- sampai hati awak
    sokmo=selalu

    keh-saya bagi orang raub,lipis,jerantut
    koin-temerloh
    kawan=pekan,kuantan

    Reply

  16. Munsyid says on :

    blog yang bagus, salam dari Indonesia 🙂

    Reply

Leave a Reply