Cerita Cuti Nanti

Assalamualaikum wbt

2 hari yang lepas cukup memenatkan buat saya. Hari exam. Malamnya tidak boleh lelap mata. Sudahnya hanya tertidur barang sejam setengah saja. Selesai exam, saya dan Baiz ke Ismailovsky Park (rujuk entri ini untuk lihat suasana di sana). Mencari cenderamata untuk dibawa pulang nanti. Sudahlah tidak bersarapan, exam habis lewat, kami berdua sampai ketar lutut kerana kelaparan. Sudahnya selepas beberapa kali menawafi tempat tersebut, kami singgah makan di Teremok, restoran makanan segera tempatan yang menghidangkan Blinni (lempeng) sebagai menu utama. Baiz makan blinni pisang dan coklat. Saya pula blinni strawberry dan walnut. Lepas makan, Baiz pulang terus ke hostelnya. Saya pula ke Center. Sampai rumah, solat, telefon ayah dan emak, dan terus tidur.

Isnin ini saya ada exam yang terakhir. Tak sabarnya. Satu saja lagi. Lepas itu merdeka. Ops silap. Bukan merdeka. Saya akan bergelar pelajar tahun akhir! Waaa… Macam tak percaya. Sedikit saja lagi perjuangan saya di sini. Saya rasa saya tidak akan sempat untuk menulis tentang perancangan masa cuti saya nanti. Sementara masih ada masa untuk berehat, saya terasa nak cerita tentang apa yang saya rancangkan sepanjang cuti nanti.

Seawal cuti, saya akan ke Bangi. Sahabat baik saya dah nak kahwin. Huu… Gembiranya. Alhamdulillah sampai sudah jodoh mereka berdua. Juga hendak berjumpa dengan Kak Inah. Ada dating gitu. Kemudian, saya akan sibuk berulang-alik ke JHEOA di KL untuk menguruskan satu program. Kemudian saya kena ke Perak. Program yang dimaksudkan ialah Homestay di Perkampungan Orang Asli dan POS pilihan adalah di Sungai Siput. Tak sabar rasanya. Sebaik selepas program, saya akan terus ke Kelantan. Seorang lagi sahabat baik saya akan kahwin. Yang ini saya sengaja pergi awal sedikit. Nak memborong serunding di sana. Huhu. Lagi, saya mahu balik kampung di Penang. Ini wajib wajib wajib. Juga bertemu Bro Fisol dan Kak Mai di Jitra. Tak sabar rasanya. Di awal cuti sekolah Ogos nanti, seorang senior yang paling saya rapat akan berkahwin. Yang ini pun wajib saya hadiri. Hihi. Ini antara yang wajib dipenuhi. Lain-lain, mestilah saya hendak bermanja di rumah. Tak sabarnya dapat duduk-duduk rehatkan diri di rumah. Makan masakan emak, jogging dengan adik-adik, main dengan baby Mak Tam yang sudah tidak baby sangat, masak-masak, mencuba resepi baru dan kalau berkesempatan, saya nak tamatkan ilmu menjahit daripada Tok saya. Haa… Nanti bolehlah orang tempah telekung dengan saya =) Tok saya punya telekung jahit tangan cantik tau.

Manusia ini hanya merancang. Tapi segalanya Allah jua yang menentukan. Kalau ikutkan hati, ada beberapa lagi yang hendak saya senaraikan sebagai wajib, tapi saya takut untuk meletakkan harapan sebab tidak mahu nanti rasa terkilan. Yang penting, balik cuti kali ini saya tidak perlu buat praktikal (Sebenarnya malas sebab elektif saja. Cukuplah saya sudah terlalu penat dengan kepadatan masa di sini). Jadi saya ada lebih banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Tak sabarnya nak balik Malaysia. My Boleh-Land, nantikan kepulangan anak watanmu ini. Huhu~

Nota: Selamat Hari Lahir Kak Lina! Sempat ke kita jumpa nanti? Erm… Mahu itu Hafiy! Mahu tonyoh-tonyoh gomol-gomol dia 😀

30 Responses to “Cerita Cuti Nanti”

  1. chanaz says on :

    salam ks..alahai,malunye ks jumpe blog org…ala bukan xmo bgtau, tp segan r…bukannye ape pon sy tulis.. =) tq ks…hmmm chaiyo’ for the paper ye…

    Reply

  2. faisal says on :

    Slm cik sarah,
    Waaaaaa, penuhnya jadual dia..siap dah ada perancangan lagi tu,hehe..:) err, perancangan melawat sepang bila lagi sarah?hahahahha..walaupun takde majlis kahwin kat sana,tapi err…hihi..:)selamat pulang ke mesia sarah ye..eh sblm tu kena pastikan buat dengan sungguh2 last exam isnin nanti..:)

    Reply

  3. Doyot says on :

    Salam Sarah,

    Hehe, saya pon akan ke Bangi jugak nnt untuk walimah sahabat baik awak tu.hehe.jumpa di sana ya.IAllah

    Reply

  4. bulanbiru says on :

    Salam Sarah;
    Nak balik M’sia ya..moga semua dipermudahkan.
    cuti start bila?hingga bila?
    moga hilang laa rasa rindu kat insan2 yg sentiasa menanti kepulangan sarah..hehhe

    Reply

  5. BasH says on :

    salam sarah,
    wahhh nak abis dah sem nie yer..faham sangat2 perasaan macam gitu..lepas abis exam mesti perancangan mantap gila..
    lokasi bash dekat damansara,PJ..sapa yang kawin ya…kalu my batch kan ada la satu majlis nanti bulan july…both from my batch.. hmmm siapa ya..low profile sgt ke kawan tu? hehhe

    Reply

  6. nadia yuna says on :

    salam sarah.

    selamat menempuh ur last paper. mesti teruja nak abeskan rite? chaiyo2! gambate kundasai!

    &

    selamat bercuti in advance!

    (^.^)

    Reply

  7. nOnnie_sayang says on :

    balik msia bercuti? bape lama tu? dlm pd sibuk ngan yang wajib tu, jgn smpi lupa update blog. akak tunggu entri terbaru ks di bumi msia. selamat menjalani paper terakhir!

    Reply

  8. hantu_siang says on :

    selamat menempuh last paper dan advance happy holiday… -hantu siang-

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Shanaz:
    ks pun kebetulan je terjumpa. kt blog sape tu. tgk2 kamu rupanya. sape lg kan shanaz kt moscow ni. thanks for the wish 🙂

    Faisal:
    acai…! sorry sgt. ntah mcm mana wkt tulis tu sy tak teringan plan kita. oh sahabatku acai. sorry. tp sbnarnya sy mmg takleh miss plan tu. awk kn dh janji nak belanja. lg pun ada benda nak disampaikan ni kan. karang nangis kempunan org tu karang. huhu. insya Allah nnti kita set masa ok 🙂

    Doyot:
    yeay. dh 4 thn tak jumpa awk doyot. kita wajib la bergathering budak2 pasum kt sana nnti 🙂

    Bulan Biru:
    sy start cuti betul2 lepas abis exam 16hb ni. kelas akn bukak smula 1 sept. sy balik sini 27 ogos. tp rasa mcm nak lambatkan date balik. sbb sume org balik lambat. hehe :p

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bash:
    oh. damansara ye. ok. nnti sy akn maklumkan semula psl majlis org tu. clue, dulu di tersohor n popular, skrg ni la dia dh low profile je. sy rasa awk kenal kot. hihi. btw, persiapan sy nak bercuti ni dh ‘mantap’ sejak awal lg :p

    Nadia Yuna:
    oh. thanks nadia 🙂 mcm tak caya je kita skrg dh connected. hihi. tak lama lg awk plak dh nak abis cuti n dh nak start paktikal kan. aja2 fighting~

    Kak Nonnie:
    insya Allah kak. dr msia pun sy akan update jgk 😀 cuti dua bulan lebih skit. smpai 1 sept insya Allah 🙂

    Hantu Siang:
    terima kasih byk2 🙂 erm.. sy wonder sapelah encik yg ber-nickname-kan nama ni ye. hehe :p

    Reply

  11. Rynn Cowbra says on :

    salam,sarahku shayang!

    huhu!
    mcm2 da rancang.
    rynn lak rase eksaited. tp xleh eksaited sgt sbb nak struggle study.

    xmo da malas2,xmo da main2.
    kene siyes jek skang.
    *sambil buat muke ketat*

    hugs!

    gudlak for yor ekzem oke!
    muahx muahx muahx!

    Reply

  12. hantu_siang says on :

    fuhhh…akhirnya berjaya khatam satu blog awk…entry mula 1st day till yang entry terbaru…..macam dah kenali awk sejak December 2006…hehehehe….empat ayat untuk describe your self.”tabah,kenang jasa,bersungguh dan hardworking”-hantu siang-

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rynn:
    mmg excited nak balik. tp sblum balik ni sy ada ‘plan’ skit. hihi. will tell u later 😉 rynn, fokus2. sy pun ada 1 exam lg ni. hihi 🙂

    Hantu Siang:
    ya rabbi. awk baca semua dr yg awal dulu? apa awk describe psl sy tu, bunyinya mcm baik sgt je. apa2pun, terima kasih sbb sudi ikuti blog ni dr yg terawal smpai yg terkini. aduh. lg la sy rasa nak tau sape la hantu siang ni. hehe. selamat la semuanya ye. sama ada kerja atau study 🙂

    Reply

  14. Al-Jitra-ii says on :

    salam,

    wah!..dah plan semuanya ye, ini baru betul2 bercuti…

    Mai cik sarah, jangan tak mai..tapi make sure bagitau awal2…boleh bro & k.mai ambik cuti, boleh sembang lama2 sikit..kalau nak makan angin kat kedah/perlis pun boleh.bawa teman/family pun x kisah, kami ok je..the more the merrier..:)

    bro skrg ni bz sikit, blog pun x sempat update..tp dalam seminggu lagi line clear sampai ogos..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    sy tau bro bz skrg ni. takpe2. nanti dh tak bz qadha’ balik entri2 yg best2. tulis byk2. sy kt rmh cuti nnti boleh baca byk entri bro n kak mai. hehe. sy mmg mcm ni bro. apa je sy buat, misti kena ada plan. lantak la org kata skema ke apa. mmg dh terbiasa dr dulu lg. check list is a must. huhu. ok. nnti kita tukar fon number bila sy dh smpai msia. sblum nak ke sana, sy bgtau dulu 🙂

    Reply

  16. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ape ni g bangi..saye pon tak g bangi nak jenguk rumah, die lak g bangi..cess
    sarah, awak balik g kenduri kawin org je ker..bile lak org nak g awak nye

    Reply

  17. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tanduk sudah tumbuh di kepale >:)

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    huhu. nak buat camne kan. dh kendurinya di bangi. awk nak sy jengukkan rumah awk ke? on ur behalf la kononnya kan. hehe. meh kasi kunci. sy boleh kemas2 sume skali. lalala~ tanduk dh naik ye.. sy plak dh naik tocang. wachaa :p

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hoitttt..
    awak nie mmg la nak kene potong tocang…macam org zaman dinasty kat china dulu, kene potong tocang tu mmbuatkan pride dorang jatuh kan? ntah..ape2 la..but embarassing la..

    by de time awak balik tu, mama sy ade kat bangi dah pon kot..dorang DATANG malaysia 25 nie..dengan hajat nak g jalan2 n bg sy jeles..alaaa tak jeles ponnn

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    oh.. gitu ye? haah kan. penah jgk dgr psl cerita potong tocang tu. oh tak rela. sy nak jd the last samurai 😀 25 ni diorg balik ye? sy balik a few days before them. ala.. jealous tu kata je la. dh lama awk tak balik kan. tp nak buat mcm mana kan. u hv ur work to prior. ada masa nanti misti akn balik bangi jgk kn.

    Reply

  21. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tanak kot balik bangi..
    nak dok sini gakkk..takpon tak dok kat msia..wah wah wah..semangat tanak balik..tgk2…
    tahun ni gak balik…
    warghhh baru dapat satu citer terharu dr one of senior at work…
    ni yg segan nk masuk ofis pasnie..ehhehe
    hoiiitttt..
    ade hati nak jadi samurai..pegang pedang pon belom tentu awak larat…
    ok okla..awak jadi samurai lidah..okay gitu kot

    Reply

  22. Ejalz says on :

    sarah, bila nak ke sungai siput tu? my house kat ipoh, dah dekat ler tu.. dalam 30 min dah boleh sampai sg siput. homestay program, sapa punya program tu? tak nak stay kat situ, stay kat rumah saya pun boleh… hehe.. really hope to see you there..

    Reply

  23. akak says on :

    seronoknya dia..sampai ke pipi dah senyum..akak pun happy baca entry Sarah yang nie..Tapi jangan lupa lak satu paper lagi tu..:)

    Bila nak terbang balik nie..belum sampai lg kat m’sia nie..tapi jadual dah nak penuh nampak..mm.. sibuk sungguh..

    Reply

  24. Inah says on :

    uhuk uhuk.padanla tersedak..heheheh..ade org sebut nama kat sini upanya 😀

    ohh..dating kan kan kan..nak suruh sarah makan banyak..kasi besar skit..lalalalala

    cant wait to see u sis 🙂

    Reply

  25. bieno says on :

    psstt..nanti amik gambar sedari pd sahabat baik Sarah sekali ya,,ambil la masa ramai2,nanti saya teka yg mana satu si dia yg anggun sopan tu,yg tengah bizi skang tu..
    jgn blurkan tau!

    Reply

  26. Ainul Arina says on :

    wa..!! bz kalah PM nampak.. seronok la tu nk balik… huhu…

    ~ membawa diri sbb jeles tngok plan org balik malaysia sedangkan diri sendiri terpaksa menatap buku2 lagi diwaktu summer yg panasssss… T_T ~

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    eleh. ye la. duduk la london tu sampai bila2. kawin la dgn org sana. pastu suruh la dia masak ayam masak merah. misti awk kempunan nak makan yg best mcm mama awk masak :p what? samurai lidah? mcm apa je. huhu. kasi la sy jd samurai widana cendana alam. ahaks :p

    Kak Ejalz:
    program tu anjuran Persatuan perubatan Islam Malaysia (PPIM) dgn kerjasama jabatan hal ehwal org asli (JHEOA). insya Allah nnti sy contct akak ok. sy akan ulang alik ke perak nanti rasanya 🙂

    Akak:
    sungguh.. sy suka baca komen2 n nasihat akak. dr awal2 dulu lg. terima kasih akak 🙂 mcm ni la sy. setiap kali balik cuti pun, misti ada je benda nak kena buat. padat..

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    semua org pakat nak suruh sy besarkan badan. kalau dpt tinggikan badan, seronok la jgk. hehehe. sy ni rendah la.. camne la ye :p ok. kita dating nnti! muaah!

    Oneib:
    oh. gambar mak sedaranya tu ke? uhuk2. tgk dulu la. klu tuan badan x kasi letak, x leh jgk kn :p

    Ainul:
    hehehe. sian org tu. dia balik cuti lambat. takpe ainul. nnti akan balik jgk kn. ks mmg mcm ni la. bila cuti mmg ada je benda nk buat. nasib baik mak ayah tak kurung kt rmh sbb tak kasi gi ke hulu ke hilir dgn program2 ni sume :p

    Reply

  29. one says on :

    ..psstt..ok je..kalu boleh amik yg masa dia jadi dugong yg ayu..hahaha ops!tutup mulut

    Reply

  30. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Wahai samurai widana cendana alam..
    uweeekkkkkkk….geli geleman teman..

    just so u know dat my ayam masak merah lagi sedap dari mama…lalalalla…tak caye, kalo g msia, suruh mama sy masak..nnt ade rezki dtg sini, compare ngan sy nyer..amacam? (dengan hati yg kejam mengatekan sendiri nye lg sedap dr mama)..

    ape kawin2? ingat kawin tu macam makan donut eh..debik kangg

    Reply

Leave a Reply