Patah Sayap Rajawali, Sanggupkah Bertongkat Ke Mari?

Assalamualaikum wbt

Pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang? Saya suka filem itu. Kesan bahasa dan unsur sejarahnya sangat cocok dengan jiwa saya. Perihal jalan cerita yang dikatakan agak lembap letak tepi sebentar. Banyak perkara lain yang boleh dipelajari daripada filem itu. Untuk kali ini, saya cuma hendak mengimbau kembali mimik muka sedih Gusti Puteri tatkala mengetahui pinangan yang datang adalah daripada Baginda Sultan Mahmud. Bukannya daripada Hang Tuah. Sedangkan Hang Tuah pernah berjanji bersaksikan Taming Sari bahawa demi cinta yang ditemui di Tanah Jawa itu, Tuah sanggup berkorban demi cinta.

Tapi siapalah Hang Tuah untuk membelakangi Baginda Sultan. Begitulah kiranya apa yang terjadi. Demi Melaka yang dipertuankan, Hang Tuah meletakkan Baginda Sultanlah segala-galanya. Itu sumpah setianya. Sehingga kata-kata ‘Ya, aku untuknya kerana dia untukku’ terpaksa diabaikan.

Saya terkesan dengan muka rajuk Gusti Puteri. Terpamer wajah sedih dan makan hati. Sudahlah hilang cinta hati, ditambah pula cintanya datang meminang bagi pihak Baginda Sultan sendiri.

Sebenarnya saya sedang merajuk. Bukan dengan cinta hati seperti Gusti Puteri. Tapi dengan seseorang yang selalu menombor-duakan saya kerana orang lain. Sampaikan selalu saja benang yang ditarik olehnya menyelerakkan tepung ke seluruh meja. Putih. Semua pun nampak jelas. Tapi saya berdiam diri kerana tidak mahu menjadi kambing hitam yang membawa bau busuk pula kepada dia. Eloklah saya berdiam diri sebentar. Andai dirasanya patah sayap Rajawali, sanggupkah dia bertongkat ke mari untuk mencari?

Kiranya susah membuatkan saya tabah, maka saya harapkan senang boleh membuatkan saya tenang. Yang terbaik buat semua dalam peperiksaan akhir dan segalanya. Wassalam.

58 Responses to “Patah Sayap Rajawali, Sanggupkah Bertongkat Ke Mari?”

  1. cikgu jawe says on :

    oh!. siapakah gerangannya yang membuatkan sarah bermuram durja?. siapakah yang telah membuat hatinya terluka?. tenang dan sabar wahai sarah. nak beta arahkan hulubalang istana beta datang memberi salam pada orang itu? hehe

    kesampingkan dulu yang kurang perlu. letak bawah meja dulu jauh dari pandangan mata. tumpukan yang sgt penting. moga sukses dlm final exam.

    Reply

  2. ~young mango~ says on :

    salam sarah…

    sy rs mcm faham apa yg sarah sampaikan n tahu dgn siapa sarah rajukkan…tenangkan hatimu wahai puteriku…minta petunjuk dr allah kerana dia yg telah mengaturkan segalanya utk kita..tanyalah pendapat mak dan ayah sarah…sy yakin mereka mempunyai kata hati yg benar n bisa membantu kita utk membuatkn pilihan jalan demi ms depan yg lebih baik…tabahkan hati dan kuatkan diri ye sarah…
    betul kata cikgu jawe,tumpukan pd yg lebih penting utk masa ini…semoga cemerlang dlm exam final tahun ni…doakn sy juga ye sarah…exam sy sabtu ni O&G!
    miss u my star=)

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    alalalala
    ape ni sarah san.takkan udah down kamu. kamu kuatkan? baik2 tau, syaitan sentiase nak datang lebih dekat pade orang yg hampir2 down neh.tp sy rs la kan, awak ni telebih sensitif due to ur fever kot.
    chill ok?

    “inna ma’al ‘usri yusra
    fainna ma’al ‘usri yusra”

    pasal PGL..heish.. tu best tuh..mase PGLtM di Istana Budaya, dua2 version sy sempat tengok..

    dah dah..cheer up..nak exam pon nnt, prioritize important thing first okay?

    pesanan: dr azhar kem salam n cik lina pn same tru mama sy

    Reply

  4. Anonymous says on :

    Salam…PGL???, beberapa kali juga menonton cerita itu, satu cerita yang sarat dengan bahasa yang indah-indah…

    Secara tuntasnya, tiada perbandingan yang adil untuk kita lakukan dengan realiti kehidupan hari ini dangan cerita PGL itu. Tiada lagi manusia yang sanggup dipertuankan. Sekalipun ada…kita masih boleh membilang dengan jari jemari…

    Kisah Gusti dan Tuah…Tuah menerima sumpah Sultan kerana cintanya pada Gusti…sanggup mati bermuntahkan darah dipenghujung cerita walau tidak saling bertaut akhirnya…

    Apa yang dipandang kadang kala tidak sama dengan apa yang dirasa, apa yang dirasa tidak semestinya serupa dengan keadaan yang sedang berlaku…membaca dan memandang dari jauh boleh membawa begitu byk intepretasi…bila hati dan perasaan tidak yakin, padahnya timbul rasa ragu dan rajuk hati…

    Sarahku…study rajin-rajin untuk final exam nanti. Jika Tuah benar-benar lupa akan tanggungjawab kasih sayangnya pada Gusti…maka buatlah penilaian terakhir demi sebuah masa depan yang lebih terjamin, masa depan yang lebih bahagia…jika hari ini sudah terasa ada garis diantara dua perasaan…..

    Ikan Kekek

    Reply

  5. silent reader says on :

    salam.. Sarah, apa khabar? πŸ™‚ lama x dtg “rumah” Sarah ni…biasalah.. runtunan hidup~~;)

    sy ske PGL… heheheh… tiba2 terngiang2 suara Hang Tuah: “patah sayap rajawali… bertongkat jua kanda kemari”..;)

    take care~

    Reply

  6. abdul hayyi says on :

    Complicated bunyinya masalah tu…

    semoga terus tabah!

    Reply

  7. one says on :

    May all the best be yours..
    *indah bahasa orang merajuk ni ya

    Reply

  8. hanny says on :

    salam sarah
    akak selalu masuk tapi lama tak tinggal komen. akak dari zaman sekolah rendah sampailah dah kahwin suka dengan cerita Puteri Gunung Ledang nih. Time sekolah pernah nak naik GLedang semata-mata nak cari jambatan emas..huhuhuhu…

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    x payah buat apa2 cikgu. x de sape yg salah cuma keadaan memaksa. titik.

    Faaiqah:
    awak mmg sahabt sy. awk faham sy walaupun sy x cakap apa2. yg terbaik utk semua. selasa ni sy dh start dh. berderet smpai la 16 jun. sepurnama je lg faiq. lepas tu kita akn jumpa…

    Izu:
    sy bukan down abruptly. but it has been like this persistently. ok la. sy la yg tak kuat tu kan. sbb org lain x jadi mcm sy pun. sy je yg mcm ni. mksdnya there must be smthg wrong with me. not with that particular person. izu, thanks sbb sampaikn salam sy pd diorg sefamily. thanks sbb ingtkan ayat tu. many thanks.

    Ikan Kekek:
    kalau secara berterusan dihadapkan dgn provokasi benda yg sama, tema yg sama dan org yg sama saja yg terlibat, mampukah kuat? jd, kesimpulan yg di bawah tu, adkh mksdnya perlu mencari satu titik sudah? sudah yg betul2 penyudah? begitu?

    Silent Reader:
    alhamdulillah baru sihat demam. patut lama x nampak. trma kasih sudi jenguk ke sini lg. suara Tuah kt babak tu menyentuh hati kan.

    Hayyi:
    terima kasih hayyi!

    Oneib:
    indah apanya oneib. syahdu sayat ada la.

    Kak Hanny:
    oh. akak hidup dlm bayangan fantasi rupanya ye πŸ™‚ sy pun suka cerita2 sejarah ni. cocok gitu dgn jiwa sy.

    Reply

  10. Anonymous says on :

    haha,kalau buat novel ni mesti bergenang je baca,cam Fatimah Saidin..teringat kat Jalil dalam Korban Kasih

    Reply

  11. amycheali85 says on :

    salam sarah…

    lame tak jenguk kat sini.bestnye die gi UEFA festival.hehehe

    btw,saya pon nk exam 11th n 17th june nie

    satu lagi,makin kerap nampak moscow-doha aka london link?ade pape tersembunyi ke?hehehehehe

    pape pon,all the best exam sarah! take care ok! =)

    Reply

  12. young man says on :

    lama x tinggalkan ape2 comment kat sini.
    semoga sarah terus kuat hadapi segalanya.buatlah keputusan sebaiknya agar hatimu tidak berterusan disakiti.

    good luck exam

    Reply

  13. Ainul Arina says on :

    assalamualaikum ks…

    uiks, mode sayu nampak.. patutla pakai status kira susah buat tabah.. ilham baru pun nada sama yer.. ks, debator pencen nk berucap sket nih..

    versi tadika :
    to kakak comel yg tengah merajuk, sila bukak loker dan tengok cermin. pastu contractkan sket zygomatic major tu biar dia naik atas… pastu cakap kat orang dalam cermin tu “saya boleh lalu semua ni sebab allah sayang saya dan takkan kasi sy beban yg saya tak dapat tanggung.. ks boleh!! ” cakap kuat2 dengan gaya chibi maruko can.. ^_^

    versi matured sket :
    bila asyik ditembak dengan benda yang sama, maknanya ada something yg ks tertinggal.. try cari kat sudut lain.. lagi satu kan, ujian diberi utk orang yang kuat tau.. orang lain maybe tak sama macam kita, tapi itu juga maknanya kita istimewa. Hanya kita diberi peluang utk merasai situasi n cari jalan selesaikan benda tu… Allah penyayang pd yang dipilih-Nya. “Sup ayam takkan sedap kalau setakat ada ayam dan air.. Lebih sedap kalau tambah sayur, telur dan perencah sup..”

    ^_^ cheer up dear sis! PUT YoUR TRUST IN Allah… just do your best, He ‘ll handle the rest..

    well,i’m not a good consultant, pakai hujah pasir jer.. but hopefully, i can sense a smile is growing in your face after this.. hehe…

    good luck! doakan sy gak.. final next week.. da~

    Reply

  14. fathiyyah says on :

    salam..kak,sy baru sudah exam physio..tough la kak..tapi sy dah berusaha! jadi sy puas ati..hehe

    sebab exam jugak la sy baru bukak blog akak ni…(senanya sy tak baca lagi entry akak yang baru ni),,hehe
    sekadar dtg utk tegur akak..hehe..moga akak dlm keadaan sejahtera selalu..
    take care kak sarah!

    p/s: kak,sy tak sedih pun chelsea kalah,sbbnya lampard saya menjaringakn 2 gol dgn sgt2 bergayaa(org cakap la,sy tak tgk pun match tu sbb duduk rumah study..hehe)

    Reply

  15. fathiyyah says on :

    salam sekali lagi

    ok! dah baca entry akak ni..sama persoalan sy mcm cikgu jawe kat atas tu..sape buat akak sedih ni?tak suka la akak sedih..

    Reply

  16. niaarasis says on :

    hmm..slalunye kn, time nak exam la mslh2 camni slalu timbul.kadang2 tu yg dah lama diselaputi sawang pun, time exam jgk la die timbul blk.
    smoga trus tabah πŸ˜€
    all the best for exam k.

    Reply

  17. Inah says on :

    salam untuk sarah πŸ™‚

    aduhai adinda ku yang jauh di perantauan..mengapa bermuram durja..gerangan siapakah yang meragut ketenangan hati adinda

    keep it low, keep it cool..fitrah kehidupan..ade masa kita gembira, ade masa kita sakit, ade masa kita merajuk, ade masa kita bergurau..

    maybe this is one of the moment that u wish it would go away..

    stay strong dear..hugs πŸ™‚

    Lagu untuk sarah..somehow I think it connected to u πŸ™‚

    I hurt myself today
    to see if I still feel
    I focus on the pain
    the only thing that’s real
    the needle tears a hole
    the old familiar sting
    try to kill it all away

    But I remember everything
    what have I become?
    my sweetest friend
    everyone I know
    goes away in the end
    and you could have it all
    my empire of dirt

    I will let you down
    I will make you hurt

    I wear this crown of thorns
    upon my liar’s chair
    full of broken thoughts
    I cannot repair
    beneath the stains of time
    the feelings disappear
    you are someone else
    I am still right here

    what have I become?
    my sweetest friend
    everyone I know
    goes away in the end
    and you could have it all
    my empire of dirt

    if I could start again
    a million miles away
    I would keep myself
    I would find a way

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    penah baca Korban Kasih by Fatimah Saidin??? novel tu sgt2 best kan. thats my fav ever! tp apa yg sy rasa ni tak sesedih kisah jalil kot..

    Amy:
    haaa…. aish dia ni. sempat lg tu. sila jgn buat kecoh apa2. x de maknanya tau. hiks. sy exam selasa ni dh mula. ada philo. ntah apa2 je nak kena amik subj tu. adui.

    Saufi:
    terima kasih byk2. org kedua selepas faaiqah, awk la kot yg faham sy ni mcm mana. korang berdua mmg padan la. hehe. *tiba2 je tukar topik plak* hehe.

    Ainul:
    bila baca komen kamu sat td ni, ks terus senyum. terima kasih hulur semangat n petua utk ks senyum ni πŸ™‚ apa2pun, Allah takkan bg ujian kt kita klu Dia tahu kita x mampu nak berdepan dgn nya. after all, bila dh fikir2 smula, apa yg ks alami ni bukan masalah sbnarnya, tp ujian nak tgk sejauh mana kita mempercayai org lain. well, ks sndiri xde jawapan lg tntg soalan ni sbb penah ks letakkn 100% kepercayaan, tp ks ni yg x kuat utk pertahankn kepercayaan yg ada. hmm.. ks la yg lemah tu kan. sangsi berlumba dtg nak meraja dlm hati πŸ™ syaitan pun gelek2 joget2 suka hati πŸ™ terima kasih ye ainul!

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    1st of all, bagus la kamu fikir mcm tu psl exam tu. sbb apa yg kita usahakan, tu la yg rezeki kita utk kali tu kan. utk dpt rezeki yg lebih baik, for the next paper, usaha lebih lg πŸ™‚ thia! lampard dr dekat mmg hensem tau! hiks. suka ks nyakat kamu :p soalan kamu tu ks biarkan x berjawab. x penting utk tau siapa. yg penting kita yg ada cuba belajar utk.. ut apa ye? ks pun dh blur dh ni..

    Izza:
    betul sgt tu izza! time exam mcm ni la sume benda dtg sederap. but my priority is always study. tertekan skit2 tu adat la kn. thanks izza!

    Kak Inah:
    sy nak peluk kak inah!!! sy nak nangis pd kak inah puas2. nak pinjam bahu kak inah. pastu nak gi makan kt william. boleh gitu? lagu tu, sayu… rasa nak nangis td.. kak inah, thanks sgt tau.. akak ni mcm tau2 je..

    Reply

  20. faisal says on :

    Sarah!! katakan saja padaku sapa berani buat kau bermuram durja..akan ku siat2 kulitnya sama keris ku ini…

    ~hang cangkul…

    *suke gak cite peteri gunung ledang tu..:) smoga dapat jawab sume soklan peksa dengan baik ye sarah..esokkan kerja lagi..?

    Reply

  21. Inah says on :

    mueheheh..bila cik KS nak balik..meh nak bawak pi william..bagi KS bulat skit..lalalalala

    Reply

  22. Ainul Arina says on :

    no sweat akak.. biasa la tu.. kita ni tak maintain kuat. kengkadang kantoi gak.. yang penting, kita paham diri sendiri.. hurm, hehe.. berjaya ek senyum? πŸ˜› wa, nampaknyer sy ada bkat jadi pediatric nih.. hehe.. alhamdulillahh.. ni je yg mampu dihulur.. lagipun nk korek lebih2 mcm tak brni plak, well.. msalah hati bkn sng nk crita kat org.. kan? so, kita tolong sket2 je dr luar.. akak, kalo kak inah kasi pinjam bahu, saya kasi pinjam pen ngan kertas je la yerk…. biar akak ngarang pueh-pueh.. feeling2 nih idea slalu laju kan.. opss.. hehe…
    mengikut catatan lama, kalo akak tensen, akak suka ber____rama kan? gi la buat lagi.. ajakla kak wani pgi bersushirama lagi ke… huhu.. anggap sushi tu masalah tu, pastu makan tu biar hancur2 sket baru telan.. hehe.. bior habis terdigest semua masalah dlm perut.. wuu..

    Reply

  23. k.mas says on :

    Adikku syg…
    Kdg kala ujian hidup sgt bisa dan meracun hati…
    Tak mengapa kalau rebah sebentar tp bertongkatlah semula untuk berdiri…
    Tuhan rindu untuk mendengar suara hamba yang dikasihiNya mengadu padaNya…
    Kerana pengaduan insan berduka itu penuh dgn harapan penuh dgn kasih sayang…
    Sebab itulah kita diuji…
    Love and pain makes us human…

    ***sgt suka keindahan & kehalusan bhs PGL***

    Reply

  24. Anonymous says on :

    Salam…..

    Kenapa itu boleh dianggap provokasi…..???, Arghhhhhh…..berdoasakah aku?, bersalahkah aku?, tidak bertanggungjawab…tidak baik, tidak sempurna…jelek…yang jumud…*TARIK NAFAS*

    (Minta Maaf!!!)

    Semoga sentiasa tenang di sana…selamat menghadapi peperiksaan dengan fokus…selamat maju jaya, hanya yang terbaik buat insan yang baik dan mulia seperti mu…..~Amin~

    Reply

  25. ashar says on :

    Bagus buat merenung…

    Kenapa kita menutup mata
    -ketika kita tidur?
    -Ketika kita menangis?
    -Ketika kita membayangkan?

    Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…
    Kita semua agak aneh…
    dan hidupsendiri juga agak aneh…
    Dan ketika kita menemukan seseorangyang keunikannya SEJALAN dengankita..
    Kita bergabung dengannya dan jatuh kedalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA..
    Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan..
    Orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan…
    Tapi ingatlah…
    melepaskan BUKAN akhir dari dunia,melainkan awal suatu kehidupan baru..
    Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari…
    dan mereka yang telah mencoba..
    Karena MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

    CINTA yang AGUNG?
    Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya..
    Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
    Adalah ketika dia mulai mencintai orang laindan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata:
    “Akuturut berbahagia untukmu”

    Apabila cinta tidak berhasil…
    BEBASKAN dirimu…
    Biarkan hatimu kembali melebarkan
    sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI..
    Ingatlah…
    bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
    Tapi..
    ketika cinta itu mati..
    kamu TIDAK perlu mati bersamanya…
    Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..
    MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.
    Entah bagaimana…
    dalam perjalanan kehidupan,kamu belajar tentang dirimu sendiri..
    dan menyadari bahwa penyesalan tidak seharusnya ada.
    HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat.

    TEMAN SEJATI…
    Mengerti ketika kamu berkata ‘Aku lupa..’
    Menunggu selamanya ketika kamu berkata’Tunggu sebentar’
    Tetap tinggal ketika kamu berkata: “Tinggalkan aku sendiri”
    Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata: “Bolehkah saya masuk?”

    MENCINTAI…

    BUKANlah bagaimana kamu melupakan..
    melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan..
    melainkan bagaimana kamu MENGERTI..
    BUKANlah apa yang kamu lihat..
    melainkan apa yang kamu RASAKAN..
    BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..
    melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..

    Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati…
    dibandingkan menangis tersedu2..
    Air mata yang keluar dapat dihapus..
    sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..

    Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..
    Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang..
    LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..

    Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang.
    BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
    Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..
    jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai MELAINKAN BERJUANGLAH demi cintamu.
    Itulah CINTA SEJATI.
    Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’
    Lebih baik menunggu orang yang kamucintai DARIPADA orang yang berada disekelilingmu
    Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan ‘seseorang’
    Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

    Reply

  26. Cik Ati says on :

    Salam Sarah..

    Sehat?
    Hoho.. Macam tahu apa yang dimaksudkan ni.. huhu..
    Tapi cik ati sebetulnya bukan orang selayaknya nak errr apa ek.. bagi kata nasihat..

    Apapun.. Minta petunjuk Dia..
    Kemudian pandangan Mak Ayah..
    Selebihnya, ikutlah kata hati Sarah..
    Kalau rasa itu yang terbaek, maka baeklah ia..
    Kalau bukan, mungkin itu bukan yang terbaek lagi untuk Sarah..

    Erk! Selamat memeriksakan diri..
    Utamakan kesehatan dan study molek-molek..

    Salam.

    Reply

  27. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah,

    dah dah la study..
    ape semangat sangat study ni..
    sy dulu student gak..
    tapi takde la sampai sehari lebih besengkang mate..
    ish ish ish

    chill mate..chill

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    takuah la camtu acai. xde apa dh pun. simpan keris, parang kontot n cangkul elok2. nnti maling spender dtg lg, bawak keluar semula semua senjata tu ok. tp kan acai… sedih… sy plak yg x de mood ni πŸ™ padahal chelsea yg kalah. ahaha. sempat lg tu :p

    Kak Inah:
    alala.. kak inah x leh panggil sy KS tau. tu bdk2 je yg panggil sy KS. hehe. kita dating di william nnti ok! ups. sy bukannya lidi pun kak inah ku syg. hikss.

    Ainul:
    minat peds? waa… bagus2. ks batuk2 dgn agak teruk ni. x de mood nak keluar rumah apatah lg nak bersushi rama. idea mmg byk yg teramat sgt skrg ni. bila jemu study, misti menulis. dh ada a few sajak buat dlm masa 3 hari ni. hiihuuu :p apa2pun, thanks alot ainul! many2 thanks!

    Kak Mas:
    ayat kak mas buat sy rasa nak nangis dgn lebih dahsyat je. kak mas, sy teringat kak mas penah kata, it takes 2 to tango. tu la kan. kalau ada sorg je nak tango, sorg lg nak salsa, huru hara la jadinya kan. but i still believe, all this while, that person has taught me alot on how to tango life perfectly. it just that in the end, we no longer can dance together kot..

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ikan Kekek:
    sy tak pernahnya sempurna, tak pernahnya baik, tak pernahnya mulia. jd sy tak layak dpt yg sempurna mcm tu. provokasi mmg berbentuk berterusan. yg sdg terlibat mungkin tak nmpak, tak sedar. tp bg yg melihat n merasa n sgt jujur menanti, tu sume dh boleh bunuh semangat dalaman ni. susah nak deal dgn hal2 yg mcm ni. if u’re happened to be in my shoes, looking at pple we love bersungguh menggembirakan org lain sdgkn diri kita dilupakan, atau diketepikan sekejap, what would u feel? or u dont feel anythg sbb the love is not there. only affectionate je. bukan truly deeply love. cakap mmg senang. but action speaks louder than word.

    Bro Ashar:
    salam kenal. 1st sekali, nama Ashar ni tukar2 skit akan jd Sarah jgk kan. kebetulan, dulu sy guna avatar gmbr autumn yg sama mcm yg bro guna ni. apa yg bro bg ni semuanya betul. sy baca berkali2 utk serap apa yg dimaksudkn n setiap kali baca, mmg sy terangguk2 sbb betul belaka. terima kasih sbb berkongsi. smga ayah bro cepat sihat dr sakitnya ye.

    Cik Ati:
    terima kasih byk cik ati. oh ye. hari tu sy online dgn faiq. dia bgtau apa yg cik ati fikir. kelakar pn ada. tp sy tau ramai yg doubt pasal hal ni 😐 terima kasih cik ati. kita akn berdating bersama lg sebulan dr skrg ok πŸ™‚ hikss.

    Izu:
    sy chill. mlm td sy cukup tido apa. hehe. siap mimpi mkn fresh dates lg tu :p

    Reply

  30. k.mas says on :

    sarah syg…
    akak minta maaf kalau ayat akak dah membuatkan sarah menangis…
    saat mengenali dan menerima kadang kala menyakitkan…
    menerima perbezaan yang sgt berlainan dgn fitrah kita memang sukar…
    tapi percayalah adikku…
    saat ini akan berlalu…
    di hujung lorong itu ada kemanisan yang menanti…
    jgn putus asa ye…

    Reply

  31. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    lerr…ganaz sungguh die ni..
    baru tgk pics dah bleh tebawak2 sampai ke mimpi ker?
    kalo camtuh, kire awak dah kenyang n dapat la puase hari nie sbb dah sahur fresh dates..iyer tak gitu??

    tp makan tu bawah sinar n TERIK matahari or bawah hujanan salju cik sarah?

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Mas:
    tak pe kak mas. semua yg akak cakap tu betul. ini la fitrah kan. ada susah, ada senang. ada duka, ada gembira. oh ye. 2 minggu lepas matmie telefon sy!!! dia nak bgtau yg dia dh selamat kawen dh. huhu. happy betul sy dengarnya. hehe. tak sabar tunggu majlis kak mas la plak πŸ˜€

    Izu:
    tak puasa pun izu. kena makan ubat lg. tambah plak, tak larat la nak puasa dr 3 am smpai 9.45pm.. kering kontang la sy lepas abis exam klu mcm tu. huh. alasan je kan. para sahabat dulu boleh je kan 😐 haa.. sy mimpi mkn dates di tgh hari yg hujan lebat. ntah apa je. myb sbb skrg kt moscow tgh musim hujan. abis campur aduk sume. hiks..

    Reply

  33. Inah says on :

    err..x leh panggey KS ke πŸ™

    abih panggey ape..cik ks boleh??muehehehehe

    sarah x cukup makan la..kalo balik malaysia..kena date ngan akak dua kali..sekali kat william..sekali kat tupai2..lalalallala

    alalalalala sarah..meh bagi bahu..suka bg bahu kat orang nih πŸ˜›

    Reply

  34. Inah says on :

    sarahhh..akak datang lagi di teratak tuan hamba..muehehehe

    kali ni datang berhajat

    boleh kah saya mendapatkan alamat YM sarah untuk ditambah ke dalam senarai kawan2 saya

    sekian

    terima kasih

    larikss..

    Reply

  35. alya says on :

    salam sarah..
    perjalanan hidup setiap insan pasti ada rintangan cuma yg penting bgaimana kita menanganinya…Tetapkan hati dan jgn terlalu difikirkan,hadapi exam dgn tenang,semuga kejayaan mengiringi anda sentiasa

    Reply

  36. Ainul Arina says on :

    yups.. mmg minat peds.. harap2 dpat jadik.. aminn.. tapi kang, kalo jadi, ainul tak leh rawat ks la, ks dah tak cukup syarat.. hehehe.. tolong rawat anak ks bleh ler.. πŸ˜› syafakillah ks. jaga hati, jaga diri.. smoga kembali normal luar dalam… ^_^

    Reply

  37. cikgu jawe says on :

    salam sarah..

    sungguh aku tak tahu apa yang sebabkan awak rasa sgt sedih skrg. tapi aku doakan agar segalanya akan selesai dgn baik. akan berarak mendung kelabu. akan menyinar sang mentari. dan sarah akan dinaungi kasih sayang Allah sentiasa.

    Inna Ma’al ‘Usri Yusra.
    Fainna Ma’al ‘Usri Yusra.

    Reply

  38. muhib says on :

    Salam Sarah salam ziarah.

    Takder apa pon nak comment..seronok baca commentar jer…tgk ramai yg dok ngooment, sy no comment πŸ™‚

    Reply

  39. ashar says on :

    Salam Kenal Sarah.

    Saya telah mengikuti perkembangan blog ini secara kebetulan dalam 2 bulan yg lalu. menarik.. kerana mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak apabila termasuk d entri kisah sarah berjalan kaki dari bandar temerloh ke kg. gaya penceritaannya amat hidup dan mengembalikan kenangan zaman kecil saya dahulu.

    saya pernah melalui rasa hati sarah pada masa ini. sekadar berkongsi penawar antaranya…bacalah dan dengarilah SURAH AR RAHMAN (YAMG MAHA PEMURAH), SURAH 55, JUZ 27.

    http://www.shaplus.com/free-quran-software/quran-mp3-software/QuranReciter/quran-mp3-2.htm

    InsyaAllah semoga ianya dapat membantu…

    Reply

  40. ashar says on :

    link to AR-RAHMAN MP3

    http://www.shaplus.com/free-quran-software/quran-mp3-software/QuranReciter/quran-mp3-2.htm

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    ks tu short form utk kak sarah. adik2 rmh sy ni bg nama kt sy mcm tu. so, kak inah takleh la panggil sy ks. terlebih had dh. hiks. kak inah ni.. mana ada sy x cukup makan. cukup je. huu.. siap boleh naik berat dh mendadak lg tu :p sy akn bg id ym sy kt blog akak ye. kt sini bahaya skit la πŸ˜‰

    Alya:
    terima kasih byk2 alya atas nasihat tu. insya Allah sy akan make sure will strike my best for this exam πŸ™‚

    Ainul:
    lucu la kamu ni. pasal anak2 plak ye. huhu.. klu anak2 ks, jawabnya ntah bape belas tahun lg la bru kamu jumpa. tu pun kalau ada. klu x kawen, makanya x de la anak. huhu.

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    terima kasih byk2 ye cikgu. sy ok je sbnarnya. laut mana x bergelora. bumi mana x basah berhujan. wah. makin puitis cikgu skrg ni ye. perkembangan baru ni πŸ˜€

    Muhib:
    salam muhib. terima kasih sudi singgah sini. teruja sat sy tgk blog awk. kisah dato’ bahaman ada tak?

    Bro Ashar:
    ooo.. baru sy tau yg bro pun org pahang. kisah jln kaki berdua beradik tu ye? hihi.. cerita lama dh tu. tak sangka bro boleh jumpa semula entri tu ye. apa2pun, terima kasih byk2 sbb kongsikan link tu kt sini. semoga yg lain dpt manfaatnya jgk. dan semoga ayah bro cepat sihat. oh ye. make sure emak bro makan ubat dia. darah tinggi wjaib dikawal. takutkan serangan stroke je nnti. smga kedua2nya sihat2 aja skrg ni πŸ™‚

    Reply

  43. akak says on :

    apalah yang akak boleh bantu Sarah nie..jangan sedihΒ² la..nanti tak boleh nak fokus untuk exam. Bungkus masalah tu..nanti pos kat akak .akak simpankan dulu untuk Sarah..nanti bila dah abis exam boleh lah nak pk . Kalau nak campakkan terus ke laut pun takpe… :D.. Senyum!!..ha kan comel tu..

    Believe in yourself, you will come alive, Have faith in what you do..you’ll make it through..

    All the best..Dah nak masuk bulan 6 dah..sabar ye..nanti boleh tenangkan pikiran kat kampung..

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    akak!! akak buat sy senyum. ni la komen terbest sy dpt dlm byk2 ni πŸ™‚ sy simpan dlm almari sat. sy jarang bukak almari so x de la terfikir sgt. ye. tak lama dh nak june. sepurnama je lg kt sini. lepas tu akn duduk bawah ketiak mak ayah smula πŸ˜€ terima kasih akak atas nasihat n doa n semangat tu πŸ™‚

    Reply

  45. david santos says on :

    Hello, Sarah!
    I loved this post.
    By

    Reply

  46. adi says on :

    erm, mungkin komponen sastera yg sarah pakai agak tinggi bg sy, heh..x fhm la apa yg tersirat…ada kwn baik yg sejak akhir2 ini meminggirkan diri krn org lain yg br muncul dlm hidupnya?! apekah?! hmmm…x faham.

    apapun, sy yakin dgn sarah. hadapi dgn tenang ya!

    Reply

  47. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah..kamu exam philosophy deh esok?
    ala..kacang jer kan? its all in book kan?
    sedihnye la dengar makan kurma bawah hujan..kalo hujan, x menjadi la kurma tu wahai sarah oi.
    anyway, all de best for de exam yaa..n org2 kat doha pon wish sarah de same jugak.

    Reply

  48. myfisol says on :

    salam,

    lama x singgah sini..tup2 bermuram durja pulak..kami betul2 bz skrg ni, blog pun x sempat update..anak pun dah “post” balik kampung..

    nantilah bila sarah kembali ceria, kami akan jenguk sini balik..

    -bro fisol & k.mai-

    Reply

  49. hawa says on :

    alalalalalaaa.. majuk lak die!

    Reply

  50. Ainul Arina says on :

    jmpa nk tunggu ada anak mcm lambat ek? takpe2.. kang klu cmtu kita awl2 sket la.. sakit je jumpa ks.. wa.. jenuh ar.. dr perak ke pahang.. @_@ hehe.. mcm best je klu bleh jmpa akak kan.. leh kongsi2 tips guna otak kanan kiri.. ni yg syok jumpa org sama ciri nih.. ^_^

    haish ks ni.. ada kata cenggitu… insyallah, suatu masa nanti akak kawin punyer la.. mlengkapkan separuh agama tu.. takkan takmau.. insyallah.. kang ainul doakan depan kaabah ek.. opss.. hehe.. dah terkasitau plak.. actually, pas final ni dlm 9 jun ni, kitaorg nk gi umrah.. akak doakan ek kitaorg slamat pegi balik lancar semua…

    Reply

  51. 13may says on :

    sedih plak bunyi entri nih…

    sabar yea sarah πŸ™‚

    btw, best la tengok foto final champ league tuh πŸ™‚

    Reply

  52. 13may says on :

    dan juga blog nih…sgt cantik tema dan kaler dia πŸ™‚

    Reply

  53. silent reader says on :

    Hang Tuah : setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda…

    Gusti Putri : adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda.. menginjak pd tanah yg sama.. bernafas pada udara yang sama…

    Hang Tuah : layar berbelok-belok, sauh d bongkar d tempat tenang, yg tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang…

    Reply

  54. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pakcik David:
    aishh. kat mana2 pun ada dia ni kan. ahaks :p

    Adilin:
    tak faham pun tak pe adilin. terima kasih ats doanya tu. sy kan gagah n macho. insya Allah semuanya ok aje ni.

    Izu aka Mr. UCG :p
    Alhamdulillah examnya td warna2 berterbangan. jwb oral dgn lecturer dgn suara yg serak2 mengalahkan Ella. wihii.. oh. org2 di doha pun mendoakan? terima kasih!

    Bro Fisol n Kak Mai:
    terima kasih melapangkan masa menjenguk sy. sy ok2 aje bro. sy dh agak misti bro n kak mai busy skrg ni. tp x pe. lg berapa hari je nak bercuti dah kan πŸ™‚ ke mana la agaknya cuti anniversary kali ni ye πŸ™‚

    Reply

  55. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    nak merajuk dgn awk… 😐 baik awk cite, apa jd pd 25 mei lepas.. klu x, mmg nak merajuk!

    Ainul:
    oh!! kamu nak gi buat umrah ye.. bestnya……….! nanti nak mintak doakan sesuatu boleh? sesuatu yg penting… bestnya dpt ke mekah.. ntah bila akan dpt ke sana plak.

    May:
    oh may! πŸ˜€ sekali sekala sedih hati ni dpt bersihkan lg hati kita, kan. so, awk sokong apa hari tu? MU or chelsea? hihi. btw, thanks ye may. tema kali ni Pakatan Rakyat biru-hijau. hihi.

    Silent Reader:
    oh tidak. awk hafal those lines!! knp sampai boleh hafal ni? suka jgk ke? ish. mcm x caya je ni.. huhu.

    Reply

  56. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    wah wah wah..
    mabruk ‘alaiku ya ukht.
    serak2 gaye ella deh? eish eish..
    ni kire pulang paku buah keras yer bile dulu sy dapat ke haraskanaajnam dulu..

    dah name pon UCG (silent G is actuallly)…so, mane leh nengok da..

    org2 di doha tu bukanla satu doha yer..sekadar sekeliling sy la…dah sy nak teruskan meng’gediks’…later ye

    Reply

  57. wan_global says on :

    PEMIMPIN BERTAQWA
    Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya bertanyakan hal tersebut beliau menjawab, “Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat tertanggung di atas bahu aku.”

    Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di dalam Al Quran dengan maksudnya:
    ” Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu.
    “Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki.”

    Ertinya bukan terhenti pada dirinya saja dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.

    Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih dari kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah , dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan .

    Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi , masyarakatnya rata-rata masih baik , mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat `Maha`Nya boleh memusnahkan alam semesta ini dengan sekelip mata saja.

    Sama saja di sisi Tuhan dalam hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, “jadilah” , maka terjadilah segala-galanya .

    Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi di zaman di mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat `ambitious` kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan . Sudah melupai akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang kepentingan keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan berbanding khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat.

    Reply

  58. wan_global says on :

    BERHIBURLAH DENGAN JIWA
    Inginkan hiburan adalah fitrah semulajadi manusia,
    Kerana ia adalah makanan batin manusia untuk kebahagiaannya,
    Tidak ada hiburan batin manusia kelaparan dan terasa kekosongan,
    Tidak ada hiburan jangka panjang amatlah bahayanya,
    Tapi kalau salah cara berhibur ia lebih lagi merbahaya,
    Boleh rosak jiwa, buahnya merosakkan pula akhlak diri dan manusia lainnya,
    Jika rosak akhlak ia pula rosak merosakkan pula sesama manusia,
    Kalau sudah rosak merosakkan akhlak masyarakat manusia akan jadi huru-hara,
    Oleh itu berhati-hatilah mencari hiburan agar kehidupan manusia dapat dijaga dengan mulianya,
    Kalau tidak manusia yang akan menerima padahnya,
    Hiburan ertinya hendak mencari kepuasan batin manusia,
    Samada kepuasan akal, kepuasan nafsu mahupun kepuasan roh atau jiwanya,
    Tuhan hanya membenarkan mencari kepuasan akal dan kepuasan jiwanya,
    Kepuasan nafsu walaupun ia hiburan tapi diharamkan kerana bahayanya,
    Kecuali hiburan nafsu didisiplinkan oleh syariat Tuhan di dalam kehidupannya,
    Hiburan akal adalah mencari ilmu melalui membaca, menyelidik dan lain-lainnya,
    Samada ilmu yang wajib mahupun ilmu yang sunat, yang diharuskan dibolehkan juga,
    Berhibur dengan ilmu boleh jemu dan boleh meletihkan akal manusia,
    Hiburannya yang berterusan selepas ada ilmu ia boleh menjadi panduan di dalam kehidupan,
    Panduan itu adalah juga hiburan di dalam kehidupan manusia,
    Kerana ia boleh menyenangkan kita di dalam berusaha dan tindakan bekerja,
    Hiburan menurut akal walaupun termasuk kepuasan batin manusia,
    Tapi ia masih belum dikatakan hiburan yang hakiki mengikut Tuhan pencipta,
    Hiburan cara akal walaupun dibolehkan,
    Hiburan akal tidak mampu membendung hati daripada mendapat ujian dan kesusahan di dalam kehidupan,
    Kalau ada bala berat yang menimpa, cita-cita yang gagal, mendapat kesusahan selalu sahaja jiwa derita,
    Dia akan gelisah, kecewa mungkin putus asa,
    Tidak hairanlah org yang banyak ilmu,bijak dan pandai sakit jiwa,
    Bahkan ada juga di kalangan mereka membunuh diri kerana kecewa,
    Hiburan mengikut nafsu ia adalah diharamkan kecuali yang disyariatkan,
    Kerana bahayanya dahsyat di dalam kehidupan insan,
    Akhlak manusia rosak masyarakat manusia huru-hara menggugat keamanan,
    Hiburan nafsu amatlah banyaknya,
    Seperti melihat perempuan atau gambarnya terutama yang terdedah auratnya,
    Pakaian yang menjolok mata yang merangsang nafsu manusia,
    Melihat filem-filem lucah yang memberangsang nafsu merosakkan jiwa,
    Menonton tarian gelek, daripada perempuan-perempuan yang menggoyangkan badannya,
    Semuanya itu boleh menyuburkan nafsu jahat yang membawa perzinaan dan perogolan,
    Yang merosakkan keturunan, merosakkan rumahtangga dan membawa pergaduhan,
    Hiburan mengikut nafsu pada hakikatnya bukan hiburan,
    Di dalam hiburannya ada racun kepada jiwa manusia,
    Kerana ia membawa kerisauan, membawa angan-angan, fikiran kacau tidak keruan,
    Membawa fikiran tidak tenang selagi kemahuan tidak ditunaikannya,
    Akhirnya tidak dapat cara halal dilakukan secara haram yang dilaknat Tuhan,
    Ia membawa pula cemburu-mencemburui, benci-membenci, hasad dengki,rebut-merebutkan akhirnya buahnya adalah perbalahan dan pergaduhan kemuncaknya pembunuhan,
    Hiburan mengikut nafsu itulah yang telah memusnahkan kehidupan di dunia,
    Berbagai-bagai gejala masyarakat berlaku kerananya,
    Hilang keamanan, hilang ketenangan yang ada kebimbangan dan ketakutan,
    Negara susah rakyat parah, tergugat keselamatan,
    Termasuk juga hiburan nafsu melihat atau mendengar lawak jenaka yang keterlaluan,
    Melihat atau mendengar ahli-ahli lawak bercakap tidak keruan gelak ketawa terbaha-bahak yang memalukan,
    Bercakap terlolong-lolong adakalanya perkataan mencarut tanpa segan silunya diucapkan,
    Pelawak-pelawak jiwanya akan mati dan mematikan jiwa para pendengarnya atau β€˜client’nya,
    Jiwa yang mati lupa Tuhan, jiwa yang mati lupakan mati,jiwa yang mati lupa Hari Pembalasan,
    Jiwa yang mati ia selalu lalai dengan Tuhannya
    Lalai adalah dibenci Tuhan,

    Hiburan yang hakiki adalah hiburan jiwa atau hati,
    Hiburan hati sebenarnya banyak sudut dan banyak bidangnya kalau diperhati,
    Membaca Al Quran atau mendengar bacaannya yang dihayati menembusi lubuk hati adalah salah satu caranya,
    Mengingati Tuhan hingga terasa kasih sayang-Nya, terasa kebesaran-Nya, terasa kuasa-Nya,
    Itu semuanya boleh membawa ketenangan jiwa,
    Ketenangan jiwa adalah hiburan,
    Takutkan Tuhan sebenarnya ada perkara yang tersirat iaitu hiburan,
    Takutkan Tuhan menjadikan tidak takut dengan kesusahan kehidupan,
    Tidak takut dengan kesusahan dan cabaran kehidupan di situ ada hiburan,
    Tidak takut selain Tuhan itu adalah hiburan kalau difikirkan,
    Ketakutan selain Tuhan itu adalah membunuh hiburan di dalam jiwa manusia,
    Kerana itulah Tuhan berkata yang bermaksud β€œKetahuilah ingatkan Tuhan itu menenangkan jiwa”,
    Jiwa tenang itu adalah hiburan yang tidak perasan,

    Termasuk juga hiburan jiwa mendengar nasyid-nasyid yang merdu dan syahdu,
    Senikatanya pula yang menusuk jiwa,
    Seperti memuji-muji Tuhan, keampunan Tuhan, nikmat dan rahmat Tuhan kepada insan,
    Termasuk memperdengarkan kasih sayang Tuhan, penjaga dan penyelamat insan,
    Kasihkan Tuhan juga hiburan kalau dihayati oleh jiwa,
    Kasihkan Tuhan adalah rahsia kasih sesama manusia atau insan,
    Kasih sesama manusia adalah saluran hiburan bagi jiwa,
    Kasihkan manusia terhibur membantunya, terhibur menziarahinya, terhibur menolongnya,
    Seterusnya terhibur memaafkannya, terhibur memberi maaf kepadanya,
    Rupanya jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia,
    Ketenangan jiwa itulah hiburan yang tersembunyi di dalam jiwa,
    Orang berhibur bukankah hendak menenangkan dan menyenangkan jiwa?
    Takutkan Tuhan menghilangkan takut selain-Nya,
    Tidak takut lagi dengan kesusahan-kesusahan dunia,
    Tidak takut dengan kesusahan dunia itu adalah hiburan yang tersembunyi pada manusia,
    Rasa susah dengan kesusahan dunia jiwa tidak tenang hilanglah hiburan,
    Takutkan Tuhan sahaja menghilangkan takut dengan kesusahan dunia,
    Bukankah itu hiburan?
    Sebagai menutup intipati hiburan manusia ada tiga bahagian,
    Hiburan akal, hiburan nafsu, hiburan jiwa,
    Ketahanan manusia adalah hiburan jiwanya,
    Ketahanan jiwa itulah jati diri manusia,
    Hiburan akal dan nafsu merapuhkan kekuatan jiwa,
    Jiwa yang rapuh tidak tahan berhadapan dengan ujian dunia,
    Carilah hiburan, untuk kepuasan dan kekuatan jiwa,
    Kepuasan dan kekuatan jiwa itulah ketahanan diri manusia,
    Orang yang selalu menghiburkan nafsunya ketahanan jiwa tidak ada,
    Tidak boleh teruji dengan kesusahan,dengan cabaran dan dengan kegagalan,
    Apatah lagi ujian-ujian itu besar dan berat ditanggung oleh jiwa,
    Jiwa pun gelisah, resah, derita, terseksa, kecewa dan putus asa,
    Kerana itulah penghibur-penghibur nafsu selalu sakit jiwa,
    Penghibur-penghibur nafsu banyak yang hidup kecewa,
    Penghibur-penghibur nafsu ramai yang putus asa,
    Mereka-mereka itu ada yang membunuh diri padahal mereka terkenal dan popular,
    Penghibur-penghibur nafsu ramai yang rumahtangganya porak-peranda,
    Mereka bercerai-berai perkara biasa sudah jadi budaya,
    Masih umur muda sudah jadi janda,
    Ini bukan hendak mengata ia adalah realiti kehidupan sebahagian mereka,
    Berhiburlah ia bukanlah salah,
    Tapi berhiburlah dengan jiwa,
    Berhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara hiburan dan pahala.

    Reply

Leave a Reply