Nostalgia Seorang Pembahas Cabuk

Assalamualaikum wbt

Ewah. Tajuknya macam apa saja bunyinya, kan. Tiba-tiba saya rasa ingin berkongsi cerita ketika zaman sekolah dahulu. Apa lagi kalau bukan dunia saya dengan perbahasan. Dulu saya pernah berniat hendak merahsiakan identiti sebagai bekas pembahas daripada pengetahuan ramai tetapi dalam satu entri lama dahulu, seorang junior saya telah mendedahkan segalanya di ruangan komen. Punahlah impian nak menyimpan cerita lama di dalam poket. Alang kepalang semua pun sudah tahu, jadi saya pun terasa hendak berkongsi sedikit pengalaman dulu-dulu.

Saya mula berbahas sejak darjah 4. Ketika itu perlawanan hanyalah di antara rumah sukan. Sukan Ilmiah Dwi Tahunan. Peringkat sekolah sajalah. Saya masih ingat guru yang membuatkan saya terlibat dengan bahas. Ustazah Norlida. Guru sementara pada ketika itu. Dialah yang memperkenalkan bahas pada saya. Seterusnya ketika dalam tingkatan dua, saya bersekolah sidang petang. Mungkin secara kebetulan saya yang pada ketika itu menjadi anak murid kesayangan cikgu Bahasa Melayu dan Sejarah merangkap Guru Penasihat Badan Disiplin dan jurulatih bola jaring saya, Cikgu Zaitun, saya telah diserap antara 8 orang yang pergi menonton tayangan promosi Bahas Ala Parlimen yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 1998. Ketika saya menonton video promosi itu sudahpun tahun 1999 dan juara Piala Perdana Menteri tahun 1998 adalah milik Sem. Men. Sains Teluk Intan (selepas ini baca SEMESTI). Dan setelah disaring, saya satu-satunya pelajar tingkatan 2 yang dipilih untuk menyertai pasukan bahas Bahasa Melayu Sek. Men. Agama Al-Khairiah bersama-sama 5 orang lagi pelajar tingkatan 4 yang lain. Kak Maslina, Suhaimi (Matmie), Fadlian, Syamley dan Fakhrul Rofiz. Saya diletakkan dalam pasukan utama dan Syamley dan Fakhrul akan bergilir-gilir menjadi simpanan bagi pertandingan yang berbeza. Saya memang sangat kekok pada mulanya kerana mereka semua di sidang pagi dan sudah senior-senior. Sayalah yang paling kecil dari segi umur dan saiz dalam pasukan itu. Tahun 1999 menjadi titik permulaan saya membina nama dalam Bahas Bahasa Melayu di daerah Temerloh. Saya memegang posisi pembahas ketiga merangkap tugas sebagai tukang bidas segala-galanya. Lain katanya, saya tidak boleh bergantung dengan sebarang teks melainkan isi-isi penting yang ringkas dan dengan spontannya perlu berhujah untuk membidas. Inilah peranan orang ketiga. Tapi saya juga boleh dan pernah memegang posisi sebagai pembahas pertama atau Perdana Menteri dan juga pembahas kedua.

Dan pada tahun itu juga saya dipaksa mewakili sekolah dan seterusnya menang untuk mewakili daerah dalam syarahan Bahasa Melayu ke peringkat negeri. Alhamdulillah. Rezeki agaknya. Saya menjuari Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang. Dan pada tahun yang sama, kakak saya memenangi Syarahan Bahasa Arab peringkat negeri bagi kategorinya dan bagi adik saya pula, Adnan, memenangi Syarahan Bahasa Inggeris bagi kategorinya. Lengkap 3 bahasa.

Pada tahun 2000, saya masih dikekalkan dalam pasukan utama. Saya sudah di sidang pagi dan kemesraan bersama senior-senior bahas yang lain memang sudah serasi. Saya masih ingat kepadatan jadual saya pada ketika itu (sebab itu saya tidak suka tuisyen kerana menambahpenatkan lagi diri). Pernah sekali dulu saya dalam masa seminggu lebih berderet-deret setiap hari mengikuti pertandingan yang berbeza-beza. Bermula dengan Bahas Ala Parlimen Piala Dato’ Shukur dari hari Isnin sehingga Jumaat. Diikuti dengan berkampung di sekolah saya untuk mewakili Syarahan Bahasa Arab peringkat Zon (saya berpaling tadah masuk Syarahan Bahasa Arab menggantikan kakak saya. Kakak saya sudah bertukar sekolah selepas PMR) dari Jumaat petang sehingga Isnin dan pada hari Rabunya pula terus bertolak ke Kuala Lipis untuk mewakili kontijen Temerloh dalam Syarahan Bahasa Arab peringkat negeri dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang.

Penat memang tidak terkata. Saya tidak duduk di hostel. Saya budak luar yang berulang. Waktu itu, saya hanya pulang ke rumah untuk mengosongkan beg baju dan mengisinya dengan baju baru untuk ke perlawanan yang berikutnya. Dan satu lagi, saya pulang ke rumah untuk membuat air asam jawa buatan sendiri yang saya jadikan petua melegakan tekak. Kalau suara tidak dijaga, agaknya bertukarlah suara saya menjadi suara garau selepas berderet-deret mengguna pakai peti suara kurniaan Allah ini. Berikutnya, apabila liga Bahas Bahasa Inggeris bermula, saya kembali sibuk kerana saya turut mewakili sekolah sebagai pembahas Bahasa Inggeris. Lagi sekali, posisi saya diletakkan sebagai orang ketiga. Geram betul saya.

Tahun 2000 satu rekod buat saya. Setiap pusingan perlawanan, saya telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik. Lucu pun ada. Sebab kebanyakan peserta semuanya lebih senior dari saya. Paling tidak boleh saya lupakan adalah perlawanan dengan Sek. Men. Dato’ Bahaman di Lanchang. Kesemua pembahasnya adalah pelajar lelaki tingkatan 5. Saya bertindak sebagai pembahas ketiga pada ketika itu. Kami menang. Dan selang beberapa hari selepas itu, saya mendapat panggilan telefon di rumah daripada ketiga-tiga mereka secara berasingan. Haha. Popular pula rasanya pada ketika itu. Tapi maaflah ye. Saya abaikan saja mereka selepas panggilan pertama itu. Tamatlah riwayat Ridhwan, Zakri dan Hannif. Wah! Saya masih ingat nama mereka.

Tahun berikutnya saya berpindah ke KISAS. Ini sekolah impian saya. Ada banyak faktor yang mendorong saya ke sana termasuklah pasukan bahas sekolah ini yang menjadi salah satu daripada tujuan ke sana. Sungguhpun pada mulanya saya tidak sukakan KISAS dan kehidupan berasramanya dan kedudukan saya yang diletakkan dalam pasukan Bahas Bahasa Inggeris, saya tidak rasa menarik langsung KISAS. Saya tidak jumpa kehidupan lama saya dulu. Saya tidak lama bersama bahas Bahasa Inggeris. Dua tiga bulan saja. Tapi bermula dengan mewakili KISAS dan Selangor di Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan di Terengganu, guru pengiring yang juga merupakan guru penasihat bahas Bahasa Melayu KISAS telah menyemak kembali latar belakang saya dan saya telah dijemput untuk menyertai pasukan Bahas Bahasa Melayu. Bukannya saya tidak mencuba dalam pemilihan pelapis tapi kumpulan bahas saya telah dibubarkan kerana 2 orang pelajar putera yang diletakkan sekumpulan dengan saya telah menarik diri di saat akhir.

Dipendekkan cerita, sejak Jun 2001, kehidupan saya dalam famili kecil pasukan bahas Bahasa Melayu KISAS pun bermula. Tugas saya pada mulanya hanya sebagai kuli kecil yang menjadi tukang cari fakta kes dari internet, tukang belikan air dan makanan dan segala kerja-kerja pengemaskinian untuk pasukan utama. Ada 3 orang guru penasihat. Cikgu Noridah, Cikgu Jamaliah dan Cikgu Siti Arfah. Pasukan utama terdiri daripada Abang Fairuz, Kak Najah, Kak Erny Julia, Abang Khairil dan Khaliz. Pasukan pelapis pula ada Wira Al-Fatah, Naseem, Ainur dan saya sendiri. Saya memang bukan objek penting sepanjang tahun 2001. Tapi dari situlah saya mula belajar selok belok Piala Perdana Menteri (PPM) yang menjadi tujuan saya. Sebetulnya tahun itu saya lebih menyerlah dalam Syarahan Bahasa Arab. Mungkin kerana rekod lama, cikgu-cikgu lebih melihat saya berpotensi dalam bahagian ini.

Tahun 2002 menyaksikan segalanya. Saya diletakkan dalam pasukan utama bersama-sama Khaliz (Perdana Menteri) dan Naseem (menteri ketiga). Simpanan untuk PPM ialah Husna Harun dan simpanan untuk Piala Dato’ Shukur ialah Shafie Jameran dan Husna. Pelengkap pasukan kami (macam saya dulu-dulu waktu tingkatan empatlah) turut ada Anas Hamim, Mursyida dan Nurul Syuhadah. Saya tidak pernah menganggap mereka tidak penting. Sebaliknya merekalah adik-adik yang paling banyak membantu saya melengkapkan diri untuk menjadi pembahas yang baik. Bermula dengan Piala Dato’ Shukur peringkat daerah (johan) dan seterusnya ke peringkat negeri. Final bertemu SMAP Kajang tapi bukan rezeki kami untuk ke Sarawak pada tahun itu (ada ketidakadilan dalam sistem penghakiman pada waktu itu. Aisshhh… Saya akan ingat sampai bila-bila. Hihi). Seterusnya kami mula sibuk dengan PPM. Cuti penggal dikorbankan dengan PPM yang berkampung di Sek. Men. Sains Dungun pada tahun itu. PPM sangat mendera fizikal dan mental. Jika tidak bersedia, memang boleh tersungkur. Ketika liga yang memenatkan itu, KISAS dilihat sebagai pasukan yang punya trademark yang tersendiri. Saya diletakkan sebagai pembahas kedua diapit oleh 2 orang lelaki yang sangat tinggi. Bila mana orang menyebut tentang pasukan KISAS, mereka akan terbayangkan kedudukan tinggi-rendah-tinggi. Itulah kombinasi Khaliz-saya-Naseem. Ketika itu, semua orang kenal kami. Saya pun kurang pasti dengan jelasnya apa yang buat kami lain dari yang lain. Mungkin kerana ketiga-tiga kami mempunyai stail yang tersendiri dan watak kami semuanya berbeza.

Alhamdulillah, PPM berjaya melangkahkan kaki ke final. Sementara menanti final di bulan September, kami menyertai Debat Piala Terbuka UIA kali yang pertama. Liganya sangat memenatkan. Alhamdulillah. Kami menang debat ini dengan liku perjalanan yang sangat payah. Sementara menanti final PPM juga, Naseem dan Husna memenangi Syarahan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan dan Khaliz pula menjadi johan Pidato Piala Di Raja peringkat kebangsaan. Saya lebih tertumpu dalam bidang penulisan pada waktu itu. Murah rezeki famili bahas kami untuk tahun itu.

Ketika final PPM, kami bertemu pasukan legenda, SEMESTI. Pasukan yang saya kagumi sejak tahun 1999. Bertemu Lim Ann Nee, Amir Syafiq dan Fadhly Khairi adalah pengalaman yang hebat. Tajuk final PPM tahun 2002 ialah Karnival Jualan Mega Meningkatkan Ilmu Kepenggunaan Di Kalangan Masyarakat. KISAS menjadi pihak kerajaan dan saya diberi tanggung jawab untuk menjadi penggulung pasukan. Sesungguhnya persediaan untuk final memang sangat menyeksakan. Pulang ke hostel lewat jam 1 atau dua pagi selepas diskusi. Sesi prep petang terbang melayang kerana digunakan untuk diskusi juga. Segalanya hanya untuk PPM. Kalaulah sehari ada 24 jam, hampir 20 jam hidup saya bersama dengan bahas sahaja. Tapi Alhamdulillah. Sungguhpun malam sebelum final itu saya mengalami tonsilitis, Naseem yang tidak berapa sihat juga pada waktu itu, pasukan bahas Bahasa Melayu KISAS 2002 berjaya menjuarai Piala Perdana Menteri (PPM) pada tahun itu dan membawa pulang piala yang sudah 19 tahun tidak kembali ke kolej! Alhamdulillah! Segala puji dan syukur hanya layak untuk-Nya.

Setiap daripada kami bertiga punya kelebihan masing-masing. Saya pernah digelar sebagai robot oleh senior-senior dulu. Adalah kisahnya kenapa begitu. Dan disebabkan karakter yang berbeza-beza ini, pasukan kami tahun itu sangat unik. Hasilnya, Khaliz pernah menjadi Pembahas Terbaik Daerah Klang, saya menjadi Pembahas Terbaik Negeri Selangor dan Naseem menjadi Pembahas Terbaik Kebangsaan. Saya sayang dua orang teman saya ini. Mereka berdua banyak membantu saya membentuk satu karakter yang tiada pada orang lain pada waktu itu. Dan kerana mereka jugalah saya nampak lain ketika beraksi di pentas. Sebenarnya saya terkejut kerana selepas meninggalkan dunia perbahasan, rupanya-rupanya stail dan cara yang saya gunakan dulu-dulu telah digunapakai pula oleh junior-junior bahas dari pelbagai sekolah. Kata mereka, stail Kak Sarah KISAS. Lucunya. Macam legenda pula. Padahal siapa sajalah saya ni hendak dibandingkan dengan Khaliz dan Naseem.

Begitulah kisahnya. Selepas tahun 2002, saya tidak lagi berbahas. Sudah pencen sepenuhnya. Cuma setiap kali pulang ke Malaysia, saya akan melawat KISAS dan melatih adik-adik di sana. Begitu juga dengan sekolah lama saya dulu. Cukuplah menjadi juruletih saja. Pernah tahun lalu saya dihubungi oleh pendebat-pendebat Uniten yang saya temui ketika menyaksikan Debat Piala Timbalan Canselor UKM yang mengajak saya mengambil bahagian dalam Pesta Debat Bahasa Melayu sempena 50 tahun kemerdekaan. Tapi malangnya saya tidak dapat menghubungi Hafizi dan Meor (bekas pembahas SMAP Kajang dan SERATAS yang belajar bersama saya di Moscow) untuk membentuk pasukan dari Moscow. Ada beberapa kali berhubung dengan wakil-wakil dari Uniten itu. Faizal dan Niko (atau Niki) namanya. Bersungguh-sungguh mereka mengharapkan penyertaan dari Moscow. Tapi tiada rezeki.

Ada yang bertanya, bagaimana saya belajar untuk SPM pada tahun 2002. Jawapannya mudah. Walau sibuk dan letih yang macam mana sekalipun, saya akan memastikan sebelah malamnya saya akan menelaah sehingga jam 2 pagi di bilik. Saya wajibkan diri supaya saya tidak ketinggalan. Sendiri memilih untuk berbahas, sendiri jugalah yang bertanggung jawab pada pelajaran kan. Dan sebaik telah menjuarai PPM, saya punya betul-betul 40 hari saja sebelum SPM menjelma. Saya tahu saya tidak akan dapat pulun 100% pada waktu itu. Tapi Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk tidak terlepas mengamalkan 40 kali bacaan Yaasin setiap hari sebelum menjelangnya SPM. Tahun itu, saya, Khaliz dan Naseem bukan sekadar menggondol PPM, kami juga sapu bersih SPM dengan jayanya. Alhamdulillah.

Petua saya hanya satu. Walau sibuk macam mana sekalipun, kita perlu bijak bermain dengan emosi dan menyusun jadual harian dengan baik. Jangan jadikan alasan sibuk dengan kokurikulum untuk tidak belajar. Salah begitu. Sebaiknya jadikan kesibukan itu sebagai guru terbaik untuk melatih diri menjadi lebih berdisiplin dengan masa dan diri sendiri. Huhu. Saya budak skema dulu. Lupa pula!

Di sebalik kejayaan pastilah ada pendorongnya kan. Pendorong saya waktu itu pastilah emak dan ayah saya. Setiap perlawanan-perlawanan penting saya pasti akan ada mereka datang bersama menyaksikannya. Juga 2 orang senior lepasan KISAS yang tidak jemu-jemu melatih kami dulu. Kak Anisa dan Abang Wan. Terima kasih Kak Ani, Abang Wan. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Juga senior-senior bahas KISAS yang ketika itu kebanyakannya sedang melanjutkan pelajaran di UIAM. Terutamanya Abang Cipul dan ramai lagi pendebat UIAM yang selalu menjadi pengkritik tetap kami. Kalau tak silap ada seorang yang namanya Abang Faizi. Inilah orang pertama yang kata suara saya seksi. Auw… Seksi ke apanya. Ganas macam jantan. Huhu. Abang Cipul, gelaran robot untuk saya itu kekal sehingga habis sekolah tau!

Inilah kisahnya. Inilah sejarahnya. Saya kini bukan lagi Sarah yang dulu. Saya seorang pembahas pencen yang tidak punya apa-apa lagi melainkan secebis kenangan manis yang insya Allah akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

“Andainya masih ada cinta dalam hatiku, akanku berikan kepada menteri yang kedua”. Pasti Fadhly Khairi tersenyum andai dia terbacakan entri ini… Nostalgia sungguh. 😊

Tuan Pengetua Ustaz Haji Abdullah Hussien, Naseem, Khaliz, Umi Ida, saya, Husna dan Umi Siti

Nota:
Maaf dengan sangat. Saya sibuk sekarang. Rindu-rindu, bacalah entri-entri lama dulu ye.

64 Responses to “Nostalgia Seorang Pembahas Cabuk”

  1. Mimie Azrin says on :

    uh oh…tiba2 jadi org pertama meninggalkan jejak di sini πŸ˜›

    wa…terer la sarah ni berbahas, siap jadi wakil pahang. biar pun pembahas pencen, ilmu nya tetap ada dan boleh di kongsi kan? Sibuk2 pun sempat juga menulis entry ini ya!

    hari ini hari kedua mie kembali ke alam pekerjaan..huhu hati rindu pada mimie jr jerk πŸ˜›

    Reply

  2. aisha says on :

    salam sarah, terkedu seketika bila membaca entry sarah ni..hebat! hebat!
    Memang betul tuh disebalik kejayaaan pastilah ada pendorongnya dan saya percaya ibubapalah yg memainkan peranan yg besar dalam semua ni.di doakan sarah sentiasa success dan di berkati olehNya selalu

    Reply

  3. arsaili says on :

    salam..seronoknya bole menjadi pembahas..saya dulu aktif syarahan tapi pernah sekali tu last minit kena wakil sekolah and im not prepared. So, imagine bole terlupa teks masa atas pentas…thats it…phobia and terus terkubur…ahaks

    Reply

  4. unaharun says on :

    kak aya!really miss those moments~~tak penah sedikitpun ku lupa..senantiasa kemas terpasak di sukma..hoho..khaliz,pelakon..kak aya,robot..naseem,badut..tu ok lagi..tapi una sume gelar ‘penggoda’!mane aci!heh.tingat jugak time debat uia..una tak sehat..terpitam+dibawak naik ambulans uia(dgn juma..huhu)balik hostel..so, malam tu mmg tak gi match..ganti nurul..soknye fight ngan SAS2 yang menentukan leh masuk quarter ke tak..mmg hampir mustahil..sbb jarak margin terlalu jauh..breakfast pagi tu pon mush suapkan..tak leh telan..hoho..namun ku gagahi jua time tu..dan menang margin besar!!syukur amat~ingat jugak detik ppm..team kisas bawak sampai sekotak besar 100plus..huhu..sehari minum sampai5-6 tin..oh,kenangan2 itu terlalu manis..debat mmg jiwa kita..jiwa una..even sampai sekarang pon una debate..una rase kat mesia ni una 1 1nye budak medic yang still active debate(mmg tak sedar diri!)heh..time kaseh atas nukilan istimewa ni..rindu sangat kisas..dan family bahas kite~

    Reply

  5. Iqbalmunauwir bin Ab Rashid says on :

    sekadar menyinggah. sori la menyebuk kat comment. ingat nak buh kat shoutbox jer, but tak jumpe. hehe.

    juz nak bagitau link blog dah tertukar sket. http://iqbal-munauwir.blogspot.com. sori ek. hehe.

    doakan kitorang xm start hujung bulan nih. all d best to u too.

    salam

    Reply

  6. ytmz says on :

    Tu dia.. ini sudah perangkap.. kita sudah terkena dengan entry panjang tanpa diberi amaran terlebih dahulu.. heheh setelah melihat sambil lalu.. membaca dari bawah ke atas lebih menarik.. lebih seperti mencari punca.. macam kita jawab soalan yang perlukan pakai formula.. formula ni perlukan formula ni.. dan seterusnya.. tak silap saya.. berkenaan dengan encik niko atau niki.. niko di uniten kalo tak silap ada seorang saje.. batch saya.. muhammad nadzim bin nik omar.. niko itu singkatan ayahnya.. kalo benar ini niko yang sama.. maka niko ini lah Presiden MPP UNITEN pada waktu kegemilangannya yang menang tanpa bertanding (pasal calon kurang dari kerusi??) hehe gurau saje.. sekarang niko di ALUMNI UNITEN.. beliau boleh dihubungi! hubungi saya pun boleh.. hahaha

    Reply

  7. one says on :

    dah terdidik untuk tak boleh duk diam..jadi YB ok gak
    Salammm

    Reply

  8. silent reader says on :

    hihihi…. sy rasa ade sorang tu jer NIKO yg popular d uniten.. sy pun rasa itu NIKO presiden MPP πŸ˜€

    Reply

  9. reza says on :

    Salam KS.
    Agaknye memang trend bulan mei nih, ramai orang akan blog tentang kenangan bahas dan PPM. Sebab dulu waktu zaman persekolahan, bulan mei lah bulan paling sibuk dan padat; bulan pra-ppm.Nak kene brainstorming, cari points, banayk mock debates sampai tengah malam, dengan midyear exam lagi.Horror betul!
    But the satisfaction from winning or putting up a good fight during debates made all the late night sacrifices worthwhile and precious.

    Nostalgia bahas saya taklah seindah KS,tp tetap best hehe..

    Reply

  10. Ainul Arina says on :

    hebatnyer kak ks.. patutla dr dulu asyik dgr nama akak jer… tak sangka akak rupanya.. patut pun..

    Reply

  11. Liyana says on :

    salam..
    ngah i’m so proud of u….ngah mmg hebat..pnah ad hjat nk jdi cam ngah..n sbb ngah la yna nk msuk kisas..klu x mmg yna nk msuk sek teknik je..
    tp kisas t’lalu “agung” 4 me..yana x ssuai duk sne…x pe la..at les yna ad kngan mnis jgak kt sne…still syg kisas…yana klu duk kisas tu..huh..x dak sape la yg kenal..very pasif..cam semut duk bwah kelopk bunga*waa brmadah lak*..mmg xkan de org nmpaknye…nway liyana is liyana..ssah nk jadi org len…huhuh…ape pn…u r still admirable..espcially by ME…

    Reply

  12. myfisol says on :

    salam sarah,

    wow!..sungguh hebat sekali rupanya sarah dalam dunia bahas nie…boleh dikatakan satu legenda jugalah dan tentunya meninggalkan legacy yang tersendiri buat KISAS..

    Alangkah baiknya kalau satu hari nanti sarah jadi pulak member of parliment dan berdebat pulak kat Dewan Rakyat tu…sudah pasti saya akan terpaku didepan TV setiap kali dewan bersidang…dan tiap kali tiba musim pilihanraya bro dengan relanya akan menjadi “perayu undi” no.1 utk sarah..amacam?

    Reply

  13. HarizHazwan says on :

    wooo…
    rupa2ny akk ni salah seorg legenda la…
    aisehhhh….
    lupa lak yg akk ni spm 02….
    psl yg slalu dgarny nama Khaliz…
    dak2x bahas KISAS pggil Khaliz The Legenda…kah2x…
    ade masuk kejap, kejap jer…
    kejap mksd sgt kejap….
    dak ni ajak, pas2 x nk…
    pasal da tau bahas ni mmg sebuk gler…
    sy lak jnis byak minatny….
    x msk bahas mmg rse seronok gak…
    dpt g inovasi sains national level,
    msuk robotic, eak (time ni ler knal k. fathiyyah….n mcm2x lg…
    tp, xde paper nak kasik kat kisas,
    selain hny bronze medal kuiz fizik kebangsaan…aisehhh……hny gangsa….-_-“

    Reply

  14. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hei sarah..
    2001, dato’ shukor tu ape yg tak adilnye bg KISAS? bukan ke tak adil bagi SMAPK sbb KISAS kalahkan SMAPK X-( …. saat tu la rase nak tunjal2 minah atas stage tuh

    pizy tu rasenye sudah pencen terus dari dunia bahas kot..n amir semesti masih rajin dlm dunia ‘cakap’ ni kat UK..takpela..nnt korang buat reunion utk betekak sesame sendiri reramai..
    best bangett

    Reply

  15. Rynn Cowbra says on :

    menci.

    tetibe rase sedey.
    gilalah nak exam neh.
    urg happy pon nak rase sedey.

    sarah,
    seronoknyer jd sarah yew.
    macam2 sarah blaja.
    adess!
    tetibe rase rindu ngan sarah.

    gedik tol!

    Reply

  16. warx.hensem says on :

    saya hanya seorang pelajar low profile di kisas..melihat pembahas-pembahas dari jauh..sayup2 je kedengaran suara mereka..haha

    Reply

  17. nico says on :

    jap2..saya nak btanya…niko (niki) dari uniten tue..saya ker?? muahaha..bukan nak perasan..tp nak tanyer jer..sbb mcm confius..

    Reply

  18. bulanbiru says on :

    salam sarah,
    betul tu sarah..disiplin diri bukan shj mengejar ilmu dunia semata-mata..
    InsyaAllah kejayaan tetap ada bersama insan yg selalu berusaha..
    **semangat saya bila baca entri sarah ttg disiplin belajar..

    Reply

  19. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Ada perkataan UNITEN dalam entry ini πŸ™‚

    Saya dan bekas housemate pernah masuk pertandingan bahas internal masa di uniten dulu. Seronok. Senior-senior peramah, tak kedekut ilmu, dan sangat-sangat supportive πŸ™‚

    Moga bahagia selalu. Amin.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. sory ye. bz. jenguk blog kadang2 je. baca komen pun kt inbox email je. hihuu =)

    Mimie:
    wah! dh start keje dh ye. amacam badan? dh kembali normal slim slim shady? hehe. ilmu tu boleh la kongsi skit2 lg dgn yg lain tu pn klu ada yg bertanya. klu org tak tanya, sy diam. bukan sbb x nak kongsi, tp sbb skrg dh jd lain. x gemar dh bukak mulut. tulis2 takpe. hehehe.

    Aisha:
    emak ayah sy sgt supportive. klu sy x balik 2 bln ke rmh sbb hujung bulan pun ada latihan atau perlawanan, diorg akan dtg lawat sy di klang n bawakkn semua la yg sy nak. n bila ada pertandingan2 yg besar2, mak ayah misti dtg. awk dulu ada join apa2 aktiviti koko yg ilmiah? forum ke? pantun ke?

    Bro Arsaili:
    alahai.. ada kisah sedih rupanya. sy pn penah jgk lupa teks. tu wktu tadika dulu tu. baca a’uzubillahiminasy syaitonirrajim tersekat2. tu la jd pengajaran utk sy kot. hehehe.

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Una harun!!!!!!!!!!! :
    akak tak sangka sgt dpt jumpa kamu bila akak ada medical symposium di kelantan dulu. rezeki. susah betul nak jumpa kamu sbb time gathering kamu selalu tak dpt join. rindu sgt. klu org tnya siapa junior yg paling rapat dgn akak, siapa yg paling akak sayang, kamu la jawapannya. husna haji harun. tripple H. akak pn ingt lg time kamu sakit di uia tu. tp sbb kita lain grup n lain schedule, akak x dpt jaga kamu. mush wkt tu simpanan utk team akak kn? kamu dlm team kisas 2 kan? apapun, we all did very well for the 1st time there. psl PPM di dungun, air 100plus tu ayah naseem yg sumbangkan. ayah akak sumbangkan duit RM200. ayah khaliz pun bg RM200. ni la semangat mak ayah kita semua wkt tu. sgt2 supportive utk bg semangat kt anak2. akak tau kamu still debating sbb ada yg bgtau akak. teruskan. its nothing wrong to do with it. setidak2nya, kamu teruskn cite2 ramai di antara kitorg yg dh x dpt nak terlibat ni dh. i bet that pie, khaliz n anas pn mcm akak jgk. teringin nak smbung lg tp keadaan x mengizinkan. jadilah kami semua ni debater pencen je. hehe. kak ani is getting married this august. abg wan n pacel are arranging a gathering for us all somewhere in july i guest. tempatnya insya Allah di terengganu. doa kak aya, smoga una n nurul dpt join sama wkt tu. mush dah kawin so myb payah skit dia dpt join kan. nnti ada apa2, akak bgtau una smula k πŸ™‚ take care adik kecik penggoda! huhu~

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Iqbal:
    oh.. tukar URL eh. ok ok. nnti sy update kan. doakan kitorg kt sini jgk. exam start hujung bulan ni jgk. berderet rapat2. aduh…

    Yasir:
    erm.. betul ke baca dr bawah ke atas? terperangkap? alamak. lupa nk bg amaran awal2 tu. kesian ramai masuk jerat. smlm, dari frenster -> niko -> grad nite -> manusia2 -> 1LOT -> nama2 -> emak-ayah -> sultan. lengkap. mantap. mahu hubungi dia boleh hubungi awk? PA yg baik hati. hiks. nnti kalau ada org call tnya mana niko, jgn terkejut plak ye. iklan dh ada kt sini, ramai plak yg buat gini nnti. hallo bro, niko ada situ. jom mapley. huhu.

    Oneib:
    YB? erm.. kena cari suami yg memahami dulu la bru boleh teruskn hajat yg ni :p

    Silent Reader:
    jd awk ni x-uniten jgk la? kenal sama niko. cik yasir tamizi kenal? PA niko. dia pun tak kurang glemernya. hihi.

    Reply

  23. Jentayutiara says on :

    wow hebat sarah, en3 nie en3 terkenang ms sekolah ker? hehehe…

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Reza:
    ks teringat psl ni bukan la sbb skrg ni mei ke apa tp sbb baru2 ni adik ks cari CD ks lawan dulu2. dia kata kwn2 baik dia nk tgk. x memasal je diorg nk tgk semula benda 6-7 tahun sudah tu. 1 of the reasons, sbb diorg tau psl debate ni dr komen2 kt blog ni. gitu la. tu yg rsa nk bernostalgia sat. ks yakin kamu pn ada kenangan yg best dgn debate team kamu kn. n misti masih keep in touch dgn diorg kn πŸ™‚

    Ainul:
    kamu debater jgk ke? dgr nama ks kt mana ye? biasanya yg dgr tu misti ada kaitan dgn bahas jgk. hehe. n lg sinonim nama akak dikaitkan dgn sarah 2nd debater yg rendah2 tu. hehe. erm.. x nak invite akak jd reader blog kamu ke? πŸ™‚

    Yana:
    if i could tell out sape la yg mcm admire kat ngah sgt2, ada 3 org. 1st is ani our 2nd cousin yg rumah tok dia dekat dgn masjid lama kt lebak tu. yg baya abg nan n sekolah sama dgn ngah di khairiah dulu. then f6 dia masuk kisas. kenal x dia? eventho dia punya pmr result sgt excellent, dia stay di khairiah sbb nk teruskn dgn bahas di khairiah. then spm she did very2 well. x nak masuk uni sbb nk ke kisas amik STPM di kisas. pelik kn. tp mmg hajat dia nk ke kisas. to follow me. hmm.. then the 2nd person is linda. kak linda kamu tu. adik dayah. dia dulu nak buat apa2 je misti rujuk ngah, misti nak ngah bg pendapat, misti ada approval dr ngah baru dia akan buat. she joined debate as well. she’s a good debater i can say. in fact, wkt final PPM di KL dulu, mak ayah ngah dtg bawak linda skali. to give her some exposures. n later on, when she move tu sekolah sri puteri, kesian kan. dia x de rezeki utk teruskan cita2 dia dlm debate sbb sri puteri dh sedia ada team nya sndiri. ngah sedih tgk linda wkt tu bcos she couldnt go further with debate anymore. ngah yg nangis bg pihak linda bila dia bgtau dia dh x dpt join debate.. n the 3rd person is YOU! huhu. yana si bdk manja ni. hehe. but i can tell u that u resemble me most! in most of the things. kan kan kan πŸ™‚

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    takde la hebat mana pun bro. legacy utk diri sendiri tu ye la jgk. sbb sy sndiri pun x sangka that i could reach that level. tp legacy utk kisas tu ntah la plak. mcm x je. sbb lg ramai org lain yg dh tinggalkan mcm2 kenangan yg lg manis utk kisas. sy bukanlah best student batch sy wkt tu. tp alhamdulillah adalah jgk award yg sy dpt. so x de la dikira legacy sgt. psl masuk parliament 1 day, hmm.. it depends. sy minat menda2 ni tp yg paling penting pasangan sy nnti. dia pandang hal2 politik ni mcm mana. dpt yg sekepala, ok la. dpt yg x, kenala lupakan psl semua ni πŸ™‚

    Hariz:
    oo! penah join kejap ye. so u r apart of bahas alumni jgk la ye. hehe. mmg masuk bahas akn sgt bz. tp tu la. klu dh minat, yg lain kita dh x pikir dh. kan ks dh kata, ks ni x de apa sgt pn d kisas tu. khaliz tu ye. dia legenda. naseem pn ye. pun legenda jgk. kamu bdk inovasi sains ye. zaman ks dulu, ks pandang bdk2 inovasi sains ni bdk2 pandai. yg gempak2 n kreatif2 ni. so, misti kamu pn camtu kan. hep hep. ks dpt perak tau utk kuis fizik kebangsaan. yeehaa~ hehehe.

    Izu:
    tahun 2001 mmg KISAS kalahkn SMAPK (aiseh, sensitif dia ye psl isu kalah2 ni. hehe). tp tahun 2002, wkt sy dh jd main debater, KISAS plak dikalahkn dek SMAPK. wkt tu sistem juri yg x adil. sy ingt lg sape ketua hakim. cikgu KUSESS. adeh. smpai skrg dgr nya ramai yg x berkenan dgn dia. klu ikut sistem juri, majoriti undi, sekolah tu la menang kn. kisas 3, smapk 2. tp sbb ketua juri menyebelahi smapk walaupun dia minoriti undi, jd smapk menang. and what worst was, waktu tu dh umum dh yg menang adlh kisas. kitorg dh naik pentas. dh amik hadiah. TIBA2, maaf semua. ada sedikit pembetulan. aiseh. kalau dh 1 lawan 1, apakah pembetulan yg possible kn. tup2, smapk diumumkan sbg johan n kisas sbnarnya naib johan negeri selangor. ya rabbi.. mcm x caya je boleh jd mcm tu. sistem juri diktator oleh cikgu KUSESS tu. haha. sy emo :p tp best speaker negeri dpt ke sy. kisas pn semua tak terkilan sgt sbb wkt tu dh nak exam pertengah thun. bape hari je lg wkt tu. so, dpt la kami semua rehat dr apa2 aktiviti utk fokus exam plak πŸ™‚

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rynn ku sayang:
    ni kenapa plak ni.. jgn la gini. nak exam2 ni la kena cool atau buat2 cool. hihi. ala.. sy lg admire dgn kehidupan org yg cool n tak serabut wkt time belajar dulu2. boleh fokus betul2 utk SPM. sy ni dulu mcm main2 je wkt nak SPM. hehek. rynn, cool ok. nak exam ni kena relax n x stress πŸ™‚

    Shafiq Hensem:
    tp kamu popular yg amat sgt kt kisas dulu sbb kamu shoutul/sofful mujahidin kn? haha. akak kenal kamu pn melalui senior2 kamu di SMKAKS. contohnya mcm aimi, shuhadah sume tu la. semuanya bangga amat ada junior popular cam kamu. huhu.

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nico:
    hait. thanks sudi singgah sini. ni sah yasir yg cerita kan. mlm td lepas dikaji2, mmg bukan awk niko yg dimaksudkan. yg sy jumpa tu, niko(atau niki) tu mmg lain. sy rasa, myb lg senior kot dr awk berdua. tapi, lepas dh kenal mlm td, sy sbnarnya kenal awk ni. x-KUSESS kan. pengawas dulu kan. n awk ada stay di kusess time HKSBP 2001 yg buat di kusess tu kan. sbb sy cam muka awk bila tgk gmbr mlm td. keciknya dunia. pusing2 jumpa smula. sy junior ajed n kak natiara kt sini. diorg dh nak grad dh jun ni. ok. nnti2 singgah sini lg ye nico. rasa mcm dilawati artis plak. hihuu.

    Bulan Biru:
    hihik. kadang2 tu sy ada je jd org yg tak berdisiplin. contoh kan, wkt balik hujung bln kt rmh, penuh beg tu dgn buku2 rujukan yg berat2 tu. baju x de pn. tp sudahnya kt rmh mmg tgk tv je kejenya. huhu. buku x sentuh langsung. n klu kt sekolah plak, time yg x de latihan bahas, sy dpt la prep. tp sudahnya tido atau borak je time prep. huhuh.

    Alif:
    YE! itu la dia. bahas international! itu la yg uniten anjurkan tu. ooo.. x sangka kamu penah join ye.. bagus2. ada kenangan kn πŸ™‚

    Jentayutiara:
    hehe. sikit2 la terkenang zaman sekolah dulu. tp lebih kpd mengenang kembali zaman berbahas wkt muda2 dulu. hihi. πŸ™‚

    Reply

  28. Liyana says on :

    huuuu~~~~~
    reallyyy????
    waa so touching…
    yana resemble ngah the most ka???
    huhuhu…yana rase ngah ngan yana cam langit ngan bumi..jauh beze…stu beza yg besarnye…yana ni very lack of self confident..nk nek pntas tu mmg tkut gle…ngah plak….huuu~~~dh bleh bdbat kat ats tu ha…nway..yana pn tau linda klu bab2 ni pn terer gak..cume nsib x myblhi die..cian plak..pnah dei ngis kt yna cte..die sdih..ptut die wakil sek dlm syarahn agma tpi sbb skit tekak kwan die tlg gntikn..smpai pringkat ngri…seingt yana la…pstu ngah ni very matured..waaa yana ni..huhuh…smpai org sume igt yana ni ank bgsu..ape daa~~`heheh apepun i’m trying to be matured now…huu~~camne yek nk jdi matured???heheheh

    Reply

  29. HarizHazwan says on :

    erkk…
    klu msuk skali je time org blatih,
    kira alumni gak ker???
    aisehhh…sgan2x…
    jgn2x…
    gempak2 n kreatif?
    betulkah?
    hrmmmm….
    cam x caye je….
    eceeeehhhh…
    perakkkkkkkkkk….
    arghhhh…
    btw, thun lpas kisas no 1 dlm sbp dlm kuiz fizik πŸ˜€

    Reply

  30. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ‘kisas pn semua tak terkilan sgt sbb wkt tu dh nak exam pertengah thun. bape hari je lg wkt tu. so, dpt la kami semua rehat dr apa2 aktiviti utk fokus exam plak :)’

    sounds like escapism from the sadness la sarah..hehe.takpe2..
    janji ‘musuh’ awak mase tu bawak n julang name negeri selangor gak kan? kan kan? ape2 pon dah lepas :P..

    (die pon tak pueh hati jugak rupenye..cess)

    Reply

  31. fathiyyah says on :

    salam..dulu,sy selalu intai ks lawat sepupu ks kat kisas..hehe..siapa la kita,nak tegur, tapi ks tak kenal..
    tgk ks dr jauh..jauh..
    hehe

    ks,take care!

    Reply

  32. hafiz238 says on :

    hebat tu. Tak pernah jadi wakil bahas sekolah tapi sesiapa yang memasuki pasukan bahas pasti sibuk hingga ke hujung tahun. Dan ramai pembahas pula mampu menjadi pelajar cemerlang. Mungkin kesibukan berbahas menguatkan semangat untuk belajar dengan lebih tekun kot.

    Reply

  33. Anonymous says on :

    Insya Allah memahami tu ada

    Reply

  34. faisal says on :

    slm sarah,
    waaaaa, mengimbas zaman kegemilangan sarah..:) seronok baca kisah sarah nih,hehehe..:) mmg korang semua terer berbahaslah tu..siap 3 serangkai lagi tu..akk bahasa arab dan adik bahasa inggeris,hehe..:) sy bahasa arab pun etrgeliat lildah nak baca tp awk dah bleh berbahas,huhu..hebat betullah sarah..lelagi siap sampai peringkat tinggi2 tu:) sy dulu adalah seorang yg pemalu takde wakil pape kat sekolah melainkan bola sepak yg sudah pasti tak perlukan sy utk bercakap,hehehehe…kagumlah ngan sarah,heheh

    Reply

  35. faisal says on :

    oh ya, lupe nak ckp..sungguh comel sarah atas pentas itu,hihihii..:) emm, sy tak tahupun kena ada team yg kuat untuk berbahas,huhu..ingat bleh pilih sesapa je nak berbahas,hehee

    Reply

  36. Jenz Iggo says on :

    Oh dari Sekolah Hujung Kampung Jawa Klang tu ke?

    Saya dari situ juga!

    Dulu – dulu lah.

    Reply

  37. Ainul Arina says on :

    haah. mmg debater.. tapi yang biasa2 jer.. takdela sehebat akak.. blog saya? boleh jer.. tapi seganla akak.. blog saya biasa2 jer.. hehe.. kasila akak punya email.. kang saya invite.. ^_^

    Reply

  38. alya says on :

    salam sarah,
    i love ur writing..really.even tho ure just one year older than i am tapi semua ur entri sgt sgt baik with a lot of info and advices,thanks a lot n u write with with ur heart.Sarah,Pls
    dont stop writing even when u hv a title doc ya:)

    Reply

  39. hawa says on :

    Salam Sarah,

    Lame dah tak singgah sini. Singgah2 tiba2 ada cerita pasal KISAS dan zaman bahas dulu.
    Awak tahu tak awak dah buat saya sebak?? Isk isk.. tak baik tau.. Semua tu nostalgia kan.. Walaupun saya tak masuk pasukan bahas, tapi saya faham jerit perih yang awak hadapi. Saya rapat dengan cikgu noridah dan dia suka bercerita. πŸ˜‰

    40 hari bacaan yassin tu selalu jadi jawapan saya kalau orang tanya apa petua ajaib kisas. hehe.. (sbnrnya malas nak terangkan panjang2).

    Untuk pengetahuan semua, Sarah memang skema. Tapi boleh ‘masuk’ lagi, bukan skema tak tentu hala. Hehe..
    Teruskan usaha dan kecapi kejayaan! Sayang sarah!!

    Reply

  40. k.mas says on :

    oppsss….patutla tersedak…;p

    Reply

  41. Mak Su says on :

    hebatkk … teruskan kejayaan mu. Insyallah

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yana:
    iyeee.. u resemble me most. hehe. cuba tnya mak awk atau mak ngah klu x caya. takpun tnya kaklong siti ke, kaklong nisa ke, kaklong dayah ke. sume misti kata ye. ngah dulu2 cengeng jgk. selalu je ngangis jgk. huhu. mcm mana nk jd mature? u think im mature enuf dear? ayoo.. mana ada. i myself is still looking for the best attitude that suits me best. kadang2 kan, ngah rasa mcm lost. lost sbb ngah yg skrg still bukan yg ngah nak.. hmm.. hard to tell aite. n harder to achieve it.. boleh x klu kita jd budak2 je smpai bila…? eh, bila nk share gossip dgn ngah. jgn tipu. yana dh ada sm1 ye. ehak ehak :p

    Hariz:
    sekali je dtg latihan tu? ok. disqualified terus. heheh. klu 5 kali ok jgk kot. huhu. kamu ada alumni inovasi. kan kan. tp mmg btul kan bdk2 inovasi sume gempak2 kan. pandai2 plak tu.

    Izu:
    mistila x puas hati. tp point nya bukan x puas hti pd smapk. tp pd cikgu kusess tu. hehe. apa2pun, happy sbb thn tu teams dr selangor mmg menyengat abis la. kisas menang PPM. smapk menang PDS. mantap batch 2002 kan. hehhe. eh eh. ada org tu kan. sengal apa ye dia mlm td. abis berpuluh2 dia komennya sy punya entri lama2. from the very beginning plak tu. hihi. mentang2 la free ye skrg ni. x lama lg dh la nak balik rmh. menci. menci. jaga la nnti sy main teka-teki suruh awk cari smula entri mana 1 yg sy ada balas komen. huhuhu :p izu, smlm euphoria eh? hehe

    Reply

  43. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    intai time ks jumpa cousin ks yg batch kamu ke atau yana? sbb wkt dgn ridhwan dulu, ks ada dtg jumpa dia jgk. n dgn yana pn ada jgk. di kantin tu la tempatnya. hehe. jauh.. x pe.. insya Allah nnti jumpa dekat2 k. take care thia πŸ™‚

    Hafiz:
    menurut kata senior, ni senior kata la, kalau kita beri sumbangan pf kolej (maktab), nnti Allah akan pulangkan semula dlm bentuk yg lain. ini la kot salah 1 faktor yg membantu kot. sy dulu mcm dh diracun dlm fikiran dgn mind setting yg mcm ni πŸ™‚

    Oneib:
    insya Allah… πŸ™‚

    Acai:
    utk berbahas, mmg kena ada kombinasi yg baik n serasi bru boleh pegi jauh. tp alkisahnya, dlm team sy ni dulu, ada jgk jenis ikut kepala masing2. hehe. dulu sy sgt2 ngam dgn khaliz. tu best buddy sy tu. kesian la si naseem tu. sbnarnya sy takut nk berkomunikasi secara terus dgn dia. sbb sy rasa dia garang. dia plak rasa sy ni garang. sudahnya kami selalu guna khaliz jd org tgh utk bercakap. mmg lucu. tp semakin lama kerja sama2 dgn diorg, kami jd 3 serangkai yg sgt sekepala. tp skrg sume jauh2. sy kt sini. khaliz d uk, naseem di india. psl adik beradik tu plak, myb sbb kitorg 3 org dpt pendedahan yg lain2 dr cikgu2 kitorg. tu yg masing2 terlibat dlm bahasa yg lain2. ehem acai. sy mmg comel. bukan atas pentas pn mmg comel. comel kecik la. bukannya comel cantik. bab2 cantik dgn sebut la kt sy sbb sy mmg x cantik. almaklum je la. org penah terbakar kn 😐

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    Jenz Iggo:
    ohhoo.. my super duper senior la ni ye πŸ™‚ salam taaruf ya akh :p pelik plak sy guna ayat gini. klu x silap sy kan, junior2 skrg malu nak ngaku asal dr situ. diorg takkan mention nama kisas. instead, diorg akan sebut: SBPI Klang. bertuah amat kan πŸ™‚

    Ainul:
    oooo… bahas jugak rupanya. patut pandai menulis jgk ye. best sajak2 kamu πŸ™‚ kita realisasikan impian ‘projek’ tu ok πŸ™‚ terima kasih sbb dh invite ks jd reader d blog kamu ye πŸ™‚

    Alya:
    1st of all, i like ur nama. alya. it is just so dear to my heart πŸ™‚ thanks for the compliment. but i hardly can accept compliment. hihi. anyway, thanks again. will try my very best to keep writing as long as He allows me to. thanks for dropping by. u are always welcome to My World πŸ™‚

    Reply

  45. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    aaaa… rindu la kt awk hawa! sy balik ni wajib la kita jumpa ye hawa. dh 4thn x jumpa rasanya. sy tau awk memahami. kalau x, takkanla dulu2 awk rajin betul tanya ‘amacam hari ni? ok ke discussion?’. takpun awk tanya progression gaduh2 sy dgn khaliz n naseem tu. huuu.. nostalgia sungguh! kalau tak silap, wkt final di KL tu, awk dtg kan? sbb dlm gmbr n video ada awk, dyana nizar, dyana md tah. huhu. kerabat2 bilik kita sume tu. hehe. betul amat. petua yasin tu amalan mujarab. kebetulan sgt lepas PPM utk ke SPM tu, sy x miss sehari pun baca yasin. cukup2 40 kali. Alhamdulillah.. hep hep. sy mmg skema kan. huhu. tp skema yg masuk la kan. even tgk bdk2 ni bawak henfon pun sy selamba badak je :p buat apa kecoh2 sgt kn. x rock la gitu. hihihi.

    Kak Mas:
    aaaaaa…. yg diseru-seru tiba jgk akhirnya! kak mas, rindu la. balik nnti kita gi jejak cikgu zaiton sama2 lg ye insya Allah πŸ™‚

    Maksu:
    terima kasih maksu. insya Allah akan diusahakan πŸ™‚

    Reply

  46. HarizHazwan says on :

    alumni inovasi?
    huh, apetuh?
    hekeleh…
    pandai per,
    bkn straight 1A pon….

    Reply

  47. Ainul Arina says on :

    sajak2? uiks, bila masa saya post banyak? hehe.. insyallah.. akan disetelkan bersama.. πŸ™‚ tengah mencari idea.. mcm mana la akak bleh dtg curah2.. otak sy mcm dah karat dah la… akak, sy ada benda nk tanya tapi sy kasi kat email je la nanti yer.. apapun, keep up the writing. love My World..!!! ^_^

    Reply

  48. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    oit..anya agnessa sokolov
    i’m always in euphoria kot.
    n it does affect me.cess.

    ceh.main balas dendam ngn teka teki la kan..
    ur posts are not sikit tau..byk..
    n m gonna khatam those by tonite, shud no unexpected tasks come in.

    batch 2002 mmg best n kool..
    SBPI Klang? hehe..sy SBPI Kajang..

    eh jap jap…in 10 days time je balik umah…jgn jeles…mau kirim salam pada Qatari memaner ker… but not Syrian deh..
    (sambil garu kepale) byk lg barang yg dikirm tak beli..sigh~

    Reply

  49. akak says on :

    wah..ramainya kawan lama Sarah kat sini. Orang terkenal nak buat macam mana..hehehe..

    Taknak komen panjang..cuma nak bagitau..kagumnya akak baca kisah Sarah nie. semoga Sarah terus menjadi antara yang terbilang..All the best!

    Reply

  50. faisal says on :

    sarah seorang yg comel dan cute,hehehe..:) sekian, terima kasih kepada para hakim,hahahaha..bizi banget nih,huhuu..

    Reply

  51. Anonymous says on :

    penah tengok rancangan mari bertarannum di tv 9? ada sorang pelajar tu,namanya amalina cam muka kakak sarah la,dengan speknya..sarah pun join tilawah dulu kan ?

    Reply

  52. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hariz:
    alumni inovasi utk bdk2 yg penah join inovasi sains dulu2. hehe. alahai. mcm la akak ni dulu straight A1. campur jgk. tp akak sure amat A1 sure bergnda lg byk dr A2 kan kan?

    Ainul:
    walaupun baru 1-2 sajak je pn yg kamu sent to the YG, tp akak dh dpt agak dh yg kamu ni misti menulis jgk kn. klu x, how come u can produce such artistic lines πŸ™‚

    Izu:
    hait. abis nama russian yg x betul tu awk guna ye. awk dh tertipu dh izu. huhu. nama sy in russian is sara shukorovna. glamour the very glamour gitu :p awk pn nak gelar SBPI kajang jgk? aiseh. ni la kalau jenis yg f4 baru masuk sekolah tu. tak betul2 mencintai sekolah :p (eh, awk masuk f4 kn? sebelum tu SMAKL kn? ke sy silap?) erm.. kalau balik doha n ada ziarah ke rumah Dr. Azhar n Cik Lina, sampaikan salam utk diorg sefamily n my congrats utk anak dia. ups. salam to ur family as well ok. silalah makan kurma fresh kt sana yg best2 tu. sy suka amat! hehe.

    Reply

  53. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    terima kasih byk2 akak πŸ™‚ akak pun kwn sy jgk kn =)

    Acai:
    ye. itulah dia tuan2 dan puan2 sekelian. sy mmg comel n cute. eh? cute? yg tu tak kot *buat muka ketat kt acai* ye.. mmg bz skrg ni.. ala. awk pn bz jgk kan. sampaikan no tepon shapex yg sekejap je bleh bg tu tak terbagi-bagi lg smpai skrg. hohoho :p

    Anon:
    sy tak pernah masuk tilawah. tp cerita tu dulu2 time balik cuti ada la tgk. yg terkini tak tgk plak. oo.. gaya muka eh? hihi. jumpa lg sorg kembar dh πŸ˜‰

    Reply

  54. one says on :

    er..bukan kak Sarah,kakaknya sarah,kaklong dr sarah,hik3

    Reply

  55. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah san..
    cess…padanla cam pelik n panjang bebenarkan namenye..
    insyaallah nanti sy sampaikan salam tuh..kenduri nye next 2 week kate mama..sempat la makan nasi minyak kot..
    awak betul tapi tak 100% betul
    sy SMAKL 4 bulan jerr…so bukan form 4 baru eh (gelaran yg tak penah putus utk mane2 form 4 baru kan?).
    makan kurma? alahai, ngidam kah..ekekkeke
    sarah, saye dah khatam..so bleh bg pulut kuning sempena pengkhataman?

    Reply

  56. k.mas says on :

    i’m waiting 4 u:) ari tu nampak cikgu zaiton, tp dia tgh drive akak berdiri tepi jalan..nak jerit kang ade orang fikir akak xbetul plk;) rasanya dia still kat sekolah lama tu la..

    Reply

  57. ε₯³ε…΅ says on :

    hebatnya,sarah。

    Reply

  58. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    oh. awk ke yg anon tu. mcm mana la sy boleh x cam ye. hehe. kakak sy gaya muka amalina tu ke? ntah la. sy x kenal amalina nya tu. nnti sy mintak mak sy tgk2 kan. kot2 la ada irasnya ye.

    Izu:
    kehadapan Izu Kun. Tahniah kerana sudah khatam dengan jayanya. sy yg tgh study berhadapan dgn laptop dan bertutup terlinga dgn headphone gedung gedung ini sentiasa disajikan dgn bunyi keting keting notification dari yahoo mail mengatakan ada new comment di entri2 yg berkenaan. hebat! awk berjaya mengkhatamkan lebih dr 200 buah entri. dan kagum krn dlm masa yg singkat nama awk telah duduk di tangga ke-8 commentator terhangat. huhhu. pulut kuning? oh. ni tunggu dulu la. kot ada rezeki jumpa 1 hari nnti awk mintak la nk makan apa2 je. everything is on me πŸ˜€ ooo.. sat amat ye di SMAKL. berpaling tadah terus ke SBPI kajang rupanya. plis la makankan kurma fresh2 kat sana. sy sgt2 la suka. cik lina dh 2 kali bawak sy ke pasar kurma kt sana. sedap!

    Kak Mas:
    tak terbayang sy mcm mana la kalau akak betul2 jerit2 tepi jalan tu. hihi. sy pun rasa cikgu zaiton kt sekolah keb. bangau lg. selalu jgk sy nampak dia thn lps. tp tu la. dia dlm keta dia, sy dlm keta sy. angkat tgn hai hai gitu je la. ok. nnti kita sama2 memburu lg ye πŸ™‚

    ε₯³ε…΅:
    oh terima kasih. but im not so sure who is this. yuyu3? are u kris? erm.. i dont think so πŸ™‚ or are u someone from spartiv as well? intro plis. really wanna know u. plis plis plis πŸ™‚

    Reply

  59. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    keting..keting..
    seronok sungguh mengeting

    ape2 pon..study tu ape? macam familiar..

    otak memikir makanan utk dipow dr sarah.
    kalo kat russia, nak makan smue bende yg ade diceritekan dlm ur entries but not sushi.tunggula yer ketibaan Izu
    di Temerloh, I’ve got my favourite place to hv my breakfast there as well as lunch..so, bleh bleh.tp ntah bile la nk ke Klia tuh.
    di Klang, dekat je ngan Aspura tu ade gelas besar..kool jugak
    so, deal? everytin is on u ya doc (m so honored to call u such)
    next year confirm sy mintak pulut kuning di moscow..cewah

    10 mm la membesar nnt kalo dok melantak kurma..sigh~..kamu nak kurma ke?kalo nak,my family balik summer nnt bleh tlg pass/postkan..mase tuh pon kamu di Msia kan.

    Reply

  60. BasH says on :

    Salam menyingggah…huhuh kisas kan mmg mantap dalam berbahas dari zaman 70an lagi..digeruni..harap2 kegemilangan itu diteruskan la sampai skrg..yerdak..

    teringat lak masa jadi hakim debat MADUM awal taun dulu..wahahah..abis aku cantas…salam ukhuwah..

    Reply

  61. Ainul Arina says on :

    i’m back from holiday!
    pandai akak teka.. menulis is one of my passion pun.. senang nk luah.. sebabnya orang susah nak paham apa yg sy tulis.. hehehe.. hanya yg faham je akan memahami..kankankan? mcm sronok plak jadi mysterious person.. ^_^ nk puji ke, ngutuk ke, syok sendiri ke sapa pun tak tau… hoho…

    ainul dah kasitau kak alia. dia kirim salam balik. dia pun rindu bngt dgn akak..lama tak dgr berita katanya. maka, sy dgn baik hatinya jd promoter blog akak.. tak taula kak alia masuk ke belum sbbnya dia tgh bz exam..

    Reply

  62. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    tau la awk dh abis study. dh keje. dh pegang duit sndiri. action la tu eh. tp yg sadisnya, dh keje pn u still have to sit for exams what. huhu. eh, for what reason u came to temerloh? i mean, why is it temerloh is kinda familir place to u? ada sedara ke kt sana? anyway, u must know Maznun kan? ur batch in smapk. she’s my cousin. hehe. a small world rite. putar2 jumpa org yg sama. ahha! gelas besar sound so kool kan. lets go there la. jus gelas besar fresh2 mmg best abis. wak kanang yg sebelah aspura tu pun dh best dh. hehe. eh, x yah la susah plak nak post2. oneday insya Allah will drop by at doha again =)

    Bash:
    salam kenal. thanks sudi singgah sini. ni sah org2 hebat dlm debat jgk ni. kalau tak, takkan sampai jd hakim MADUM kan. kisas mmg hebat in early years smpaila awal 90an. tp lepas tu merudum sat. thn 2000 bru mula naik smula. gitu la kisahnya πŸ™‚ abis dicantasnya budak2 x-kisas ke bro? hihhi..

    Ainul:
    tu la kan. akk rasa klu org campak akak atas pentas suruh bercakap, takdenya la keluar dh suara ni. tp klu menulis, beres je kot. hehe. oh. thanks sgt2 ainul! insya Allah ada rezeki nnti akan jumpa smula la akak dgn kak aaliaa πŸ™‚ thanks again tau!

    Reply

  63. Ainul Arina says on :

    no sweat! πŸ™‚ akak, dah tngok ke my latest entry kat YG tu? apa pendapat akak? master tak dapat tangkap la maksud dia.. akak paham ke tak inti yg sy canai tu? huhu… ter over dose la plak artistic line dia… ^_^

    Reply

  64. plumbing snake rental says on :

    I’m truly enjoying the design and layout of your site.
    It’s a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often.
    Did you hire out a developer to create your theme? Excellent
    work!

    Reply

Leave a Reply