Khabar Dari Moscow
(Entri ini panjang. Abaikan kalau malas baca) =)
Update terkini: Holiday = Have Fun (Pena) dan Lukisan Alam (Wanie)
Pada hari Rabu lepas, saya telah menyertai junior-junior lelaki pergi memancing. Mereka berlima lelaki dan termasuk saya, ada 4 orang pelajar perempuan. Kesemuanya 9 orang. Makanya nelayan-nelayan moden pada petang itu ialah Harjit (Ketua Nelayan), Khairul (Davai), Mani, Mun, Paan, Fatt, Pena, Emy dan saya. Sebelum bertolak, saya memaklumkan ayah tentang aktiviti petang itu melalui sms. Kami bertolak pada jam 4 petang dari rumah. Cuaca memang panas pada petang itu. Saya sendiri tidak membawa sebarang jaket kerana saya tahu cuaca memang panas kerana pada sebelah paginya saya telah ke hospital terlebih dahulu. Sekitar 45 minit menaiki metro, kami tiba di stesyen yang dituju. Dari stesyen itu, kami perlu berjalan kaki menuju ke jalan besar dan menaiki bas menuju ke kawasan kolam yang dimaksudkan. Oh terlupa. Sebelum itu, kami ada tersesat sedikit kerana Harjit terlupa arah yang sebenar. Tak jadi hal. Jalan-jalan tanya orang keliling baru ada rasa mencabar. Oh terlupa lagi. Yang budak-budak perempuan ni pula, sebaik keluar dari stesyen metro, mereka terpandangkan Discount Center. Pusat membeli belah yang menawarkan harga terbaik untuk jenama Adidas, Puma, Nike dan beberapa jenama yang lain. Sabar ajelah oi. Ok. Sambung cerita.
Sewaktu di dalam bas, saya menerima balasan daripada ayah. Tanyanya: Dah dapat berapa ekor ikan? Yang ini buat saya tergelak. Sampai pun belum lagi, ada ke patut ayah tanyakan berapa ekor sudah ditangkap. Hehe. Sebenarnya kami lambat sampai kerana sesat dan jalan sesak. Saya memberitahu itu kepada ayah. Lalu dibalasnya: Kalau nanti tak dapat ikan, balik pergi memancing kat pasar aje lah. Kami semua tergelak apabila saya bacakan kandungan sms dari ayah ini. Sebaik turun dari bas, baru kami tersedar bahawa kami terlajak 1 stesyen. Aduh. Berjalan kaki patah ke belakang semula. Tak jadi hal. Seronok jalan kaki ramai-ramai. Gembira je rasa.
Sebenarnya ini pertama kali saya pergi memancing di sini. Kawasan kolam yang kami kunjungi ini memang banyak ikan. Kolam ini adalah kawasan air yang disalurkan dari Sungai Moscow yang mengalir berhampiran. Kawasan ini namanya Ploshad Andropova yang terletak di Avtozavodskaya-Kolomenskaya. Kawasannya luas dan nyaman. Untuk mendapatkan feel memancing, budak-budak lelaki itu sengaja memilih kawasan yang berpokok untuk kami berkumpul. Maka, terbentanglah tikar kami yang penuh dengan segala jenis makanan. Macam nak berkelah pula. Disebabkan kami ini memancing ikan Rusia, jadinya umpan kami hanyalah roti. Kot-kot dapat menarik selera mereka, kan. Kami gunakan baton (tipikal roti tempatan). Maka selepas budak lelaki siap memasang pancing, kami pun mula memancing. Saya dan Fatt berkongsi pancing. Dan begitu juga yang lain. Berkongsi dan bergilir-gilir menunjukkan kehebatan masing-masing. Termasuklah kehebatan memasang umpan. Hoho.
Dipendekkan cerita, ikan pertama berjaya ditangkap oleh Mani. Kemudiannya diikuti oleh Fatt. Tercabarlah si Ketua Nelayan, Davai dan Mun kerana mereka ini adalah otai-otai memancing. Ada ikan lagi tak lepas tu? Haha. Tiada. Itu sajalah 2 ekor ikan yang berjaya kami tangkap untuk hari itu. Seronok memancing pada petang itu. Kami solat Asar pun di atas tikar di tepi kolam saja. Sambil menghargai nikmat musim bunga dan angin sepoi-sepoi yang datang dari arah sungai.

Ada sesuatu yang saya puji pada junior-junior lelaki saya ini. Mereka semuanya berbudi bahasa (inikah terjemahan terbaik untuk gentlemen?). Contohnya, apabila saya mula bersin-bersin sebab agak sejuk disebabkan angin petang dan begitu juga Fatt (sebab kami berdua je yang tidak membawa jaket), Paan dan Harjit menawarkan sweater masing-masing. Sebaik meninggalkan kawasan kolam itu untuk pulang (sekitar jam 9 malam, Maghrib baru saja hendak masuk), Mani dan Mun bergilir-gilir menjadi orang yang berjalan di belakang sekali untuk keselamatan. Terima kasih semua. KS puji sikap kamu semua. Nak tahu selepas itu kami ke mana? Semasa sesat mencari arah ke tempat itu, kami ada menemui sebuah restauran makanan Jepun dan kami sempat melihat papan menu yang diletakkan di luar restauran. Harganya jauh lebih murah daripada restauran yang biasa kami pergi di Akhodny Ryad! Agaknya kawasan ini adalah di luar kawasan City Center. Kami pun apa lagi. Bagai nelayan pulang petang yang kebuluran menuju ke restauran itu dan jangan terkejut, ada seorang daripada kami yang makan sampai 5 hidangan bayarannya hanya lebih kurang RM100! Sangat murah! Dan ada yang pada mulanya berkira-kira hendak berjimat kerana takut terlebih bajet juga membuat ulangan tempahan kerana harganya memang murah dan sangat sedap. Saya sendiri makan 2 jenis makanan berkongsi dengan Emy. Saya habis tak sampai RM30. Sangatlah murah. Kami duduk di situ sampai jam 11.15. Siap solat Maghrib segala. Antara yang kami bualkan adalah tentang kampung halaman masing-masing. Paan dan Mani yang tak sudah-sudah memberikan info tentang Perak, terutamanya Ipoh dan Batu Gajah. Dan kebetulan saya dan Harjit berasal daripada tempat yang sama, kami bercerita itu ini tentang Temerloh. Kesimpulannya? Kesimpulannya ialah, Temerloh Bandar Ikan Patin yang best! Huhuhu. Jam 12.15 barulah kami sampai semula ke rumah kerana mengambil jalan jauh dengan menaiki metro.




1 Mei juga merupakan tarikh keramat buat saya. 1 Mei 2008 telah genap kisahnya saya terbakar 15 tahun yang lalu (rujuklah entri lama). Terima kasih Allah atas nikmat umur dan nyawa yang dipanjangkan. Dan terima kasih emak ayah kerana menjaga Ngah. Ha. Siapa nak kulit cantik, jangan lupa petua kulit pisang yang pernah saya cerita dulu ye 😉
saja. nak jadi first. muahahahaha~
Reply
1- Sememangnye sy tak jeles awak pegi memancing (mengcounter comment awak)
2- ikan lari kot bile dgr suara awak kat tepi kolam 😛
3- kolam tu ade ikan patin tak? 😀
4- (hahaha..tunjuk gagah tanak bawak jaket)
5- Macam lebih makan dr memancing ajer
Reply
tambahan lagi satu
6- yang pasal nampak Discount Center tuh, mmg sampai di situ saje ceritenye or tidak dipanjang2kan? ntah2 spent sejam kat situ at least kot
Reply
slm sarah,
Ngah tertanye2, apa jenis ikan yg ada kat sane ek,hehhee…tapi malangnye korang semua tak dapat ikan ek?hihiii..sypun ada skill memancing gak tau..dulu slalu ikut org kampung mancing kat laut,hehe..:)
Ya Allah, ramainye umat dalam gambar tu..kalaulah sy mmg jgn haraplah nak pi tpt camtu melainkan terpaksa,hehhe..rimas skit ramai rg nih..:) nape budak2 melayu sane tak tunjukkan tarian tradisional kita sarah,ceewahhh..:)
*ceh, siap promote temerloh lagi tu,hehe..tapi mmg rindu ah nak makan ikan patin kat sane..masakannya lain macamlah..walaupun ikan yg same tapi kat slangor rasenya lainlah,huhuhu…
Reply
Ploshad Andropova….
Avtozavodskaya-Kolomenskaya….
Huh! berbelit nak sebut!
Reply
salam..sudah lama tak memancing..memancing di sini seronok, sure dpt ikan..
Reply
alahai~
kadang-kadang, meluangkan masa mcm ni memang seronok,kan? sepanjang hidup, baru first time saya memancing. Biarpun dpt ikan kecil, tp hahaha…sangat happy!
hihi… ouh colours of the world mcm menarik. tp syg takde pula dari Malaysia.
and betul kata hasrul, berbelit lidah nak sebut
Avtozavodskaya-Kolomenskaya…. hehe~
Reply
Salam,
memancing memerlukan kesabaran..kalau x sabar akan end-up makan2 je..huhu..
Reply
ait kalo kulit dah menua ni boleh pakai lagi kulit pisang ya? entry panjang ni bagus.. uji kegigihan.. hehe jadi kalo tiang letrik ujung tu dinyahcas ke kolam timbul lah segalanya spt dibom tuba.. hoye!
Reply
Salam Sarah,
Pertama kali di sini…blog hopping :).seronok hidup di perantauan…jauh perjalanan dan luas pemandangan…memacing bole memupuk kesabaran…iye ker??hehehe…
Reply
salam
Mak ai ramainya orang,emmm kalau 21/5 nanti agak2 sampai tak kat studium?
Reply
Salam KS. Saya lepak PFU sampai polis anti rusuhan kosongkan area tu. Sebenarnya bukan sebab dah habis, tapi sebab ada name-callings, taunting dan baling membaling botol antara student2 armenia n tajikistan. Kalau tak evacuate area tu ada possibility besar utk jadi rusuhan. In the midst of flying bottles, kira mcm historical la jugak sbb tak pernah join lagi bersih, apatah lagi hindraf. Hoho. Nanti saya updatekan gambar2 peristiwa hampir rusuhan itu. iA.
Reply
teringat kecik² dulu ..mengail kat belakang umah je bila tiba musim banjir. Rumah akak kat kawasan banjir.. Bestnya!! Dapatla jugak ikan sepat,puyu, keli, haruan..goreng pun sodap.. :D.. Budak-budak..hehehe
Colour of the world tu nampak menarik..tapi ramainya manusia..kalau akak..duduk kat biik je la..hehe..tak suka tempat ramai sangat manusia nie..
Reply
sarah,ryn xreti memancing.
nak memancing kat pasar pon malas.
arituh g memancing kat pasar pun sbb mamma and pappa xde kat sini.
lau x,xdenyer nak memancing.
huahuahua!
baiknyer junior2 sarah itu.hihik!
dulu ryn ade memancing kat parit depan umah paklong.
kasi umpan keropok super ring.
diorang leh lak xnak makan.
gedik tol ikan kat situ!
mamma pasang bubu,mau lak masuk.
menci!
rindu sarah!
*hugs and kisses*
Reply
Salam.
Eh eh.. Nazli!
Reply
salam…
enjoy btoll nmpknye… dh lama x memancing… rindu lak…. x de geng laaa skang ni…
Reply
salam..
huhuh..org tu g mmncing….bestnye…
nway, havoc tgok pameran tu…..eeiii..bestnye…
Reply
salam..kak,rasa nk terbang ke moscow je..nk tgk bola..tapi sy ada exam..hehe..
waaa,kan best ada jet peribadi(wishing for impossible)..hehe
seronoknya tgk org sana memancing,sini ikan pun takut ngn kami kak..hehe
take care ks!
Reply
Salam buat semua.
Ayumi:
yezza.. awk berjaya dgn jayanya! huhuhu
Izu:
uuu.. jahat. mana ada ikan takut dgn suara sy. sy diam je duk tepi tu. patin x de la kan. tp lampam ada la. haa.. power x. ada ikan eksotik gitu. diorg x singgah pn discount center tu. balik ikut jln lain. hehe. x lalu depan tu dh. hehe.
Acai:
ikan lampam katanya. tp yg kitorg dpt tu yg besar tapak tgn je. yg besar dr tu belum berjaya. next trip plak. huhu. sy pn x tahan crowded gitu. tu sbb sy tersadar awal2 kt tepi dh. dgn kepala peningnya lg. acai, moh le dtg temerloh lg. ikan patin masak tempoyak org temerloh masak x de sape dpt tanding punyala. lebih2 klu tok sy masak. mau nya tak nak balik awk nnti. hehe.
Bro Hasrul:
kena stop makan nasik sebulan boleh sebut lancar2 kot. kekeke.
Bro Arsaili:
kan kan kan. sure dpt ikan punya la. dulu2 ada sy ikut adik2 memancing tp susah betul nak dpt. kena sabar byk2.
Reply
Azreen:
tu la. syg sungguh x de wakil msia kt situ. klu x, misti dgn kreatifnya bdk2 msia dh pakai mcm2 pakaian tradisional kita bagai2 tu. n akan lg best klu ada yg bersilat n main kompang, berhadrah bagai. lepas tu ada zapin skit, inang skit. perfecto 😉
Bro Fisol:
uuu… tu mmg sabar tu. n lepas dr hri tu, sy dpt ukur tahap kesabaran sy. sy rasa sy jenis boleh bersabar kot sbb sy mmg menekun x bgn2 duduk kt tepi tu. asyik sungguh. pendek cite, sy suka kot mancing ni. hehe. tp org kata mancing ni mcm bdk laki je. x sesuai utk pmpn. erm.. klu buat sekali sekala dgn kwn2, fmly ke, sy rasa x de masalah kot. kan?
Yasir:
masih boleh. kulit kita ni adalah organ yg sntiasa bersalin. erk.. apakah? ye la.. sentiasa tukar yg baru. naik yg baru. nnti cantik jelita la wajah panglima. mau cuba? jom cuba 😀 mula2 sy x faham baca pasal tiang letrik dinyahcas ke kolam. dh baca 3-4 kali bru faham. huhu. gelak je.. hoya hoye. dh jd mcm projek pengeboman ikan sekolam. eh tak. sesungai semua timbul.
Cinta:
wah. manisnya nama 🙂 terima kasih sudi singgah sini ye cinta. memancing mmg boleh pupuk kesabaran. tp kalau pegi tempat yg byk nyamuk, panas berpeluh, tu bukan memupuk kesabaran tp mencabar kesabaran. hehe.
Anon:
21 mei nnti, stadium tu dekat sebelah kwnsan rumah ni je. tgk la nnti mcm mana. klu x bz, boleh jgk merayap pegi tgk kt luar tu je. tiket x de nak masuk dlm. hehe. intai2 kt tempat parking bus tu je pun dh cukup dh :p
Reply
Hazreen:
oh.. gitu ke citenya.. tp ks puji polis diorg yg keje dgn bagusnya. mantap. elok la klu dibubarkan awal2. x de la ganas2 kan. kadang tu kan, yg mula buat pasal ni org luar yg perasan bagus tu sndiri. apalah salahnya tundukkan diri hormat org tempatan yg bertuankan tanah sndiri ni. diorg pun didnt bring any harm to us. eh eh. ks mcm membebel plak 😉
Akak:
rumah sy pun kawasan banjir. mana taknya. sungai pahang betul2 depan rumah. tp rumah sy atas bukit. so far alhamdulillah x penah la kena air. tp memancing tu biasa amat la wkt kecik. nyibuk ikut adik2 laki gi mancing. hihi. sy saje je pegi jgk colours of the world tu sbb dh 5 thn kt sini, sy x penah missed lg ke situ. ada sbb lain sbnarnya. sbb lepas tu sy n kwn2 akn pegi makan2 kt kedai makanan india yg best tu 🙂 sy tinggal lg sekali je dpt join program ni thn dpn. harap x de apa2 aral 🙂
Rynn:
super ring yg warna oren tu? ya rabbi. super creative ni! ikan tu x mau makan sbb dia takut tu tuba kot. nnti mati keracunan. drpd terseksa mati kena tuba oren tu, baik dia masuk bubu duduk dlm tu diam2. haha. lepas tu masuk periuk plak :p rynn, jgn malas2 ke pasar. kena belajar. kata nak kawin kan. *lariiiiiii
Reply
Alif:
ye.. nazli.. khairul nazli. kt sini org panggil dia Davai 🙂
Silent Reader:
hehe. org skrg suka memancing kt kolam yg berbayar tu kan. x best kan. sbb dh la panas, kena bayar plak. ntah dpt ikan ntah tak. balik kampung gi la sungai/laut dgn adik2, spupu sepapat. seronok ooo…
Yana:
dah lama sgt2 dh ngah x gi mancing tau. yg havoc tu, in 1 hand mmg best sbb tmpt tu best. but in the other hand, sakit kepala la sayang.. crowded sgt 😐
Thia:
hehe.. ks sndiri pn x gi tgk bola tu nnti sbb dh nak final dh time tu. tp stadium tu mmg betul2 sebelah kwsn rmh ni je. klu jln kaki dlm 15-20 minit je dh sampai. takpe la thia. skrg tanggung jawab yg utama ialah belajar. exam kamu pn dh dekat kn. cuba tgk kak faiq. siang malam dia study je tau 🙂 all the best there 🙂
Reply
sarah,
…wah, wah, wahhh dah boleh berseronok berjalan sekarang rupanya!
Gunakan ruang terluang untuk melihat tempat orang. Jauh berjalan, bertambahlah keimanan kepada Pencipta Alam ini, InsyaAllah.
Gunakan sebaik peluang ketika menuntut di perantauan – agar lebih luas keterbukaan minda kita, apabila menempuh realiti kerjaya.
Jika berkesempatan, lihatlah N3 Pak cik berkaitan Tibial ILN…
Reply
hehe..malu pada diri sendiri…kak,kak faiq ada ‘event’ kan tak lama lagi?
flight sy masa tarikh tu laaa..baru je nk nyibuk..hehe
Reply
wah.. sgt seronok ya… kelat tompang gumbira mlihat kalian bkeseronokan… hehehe… kelat di sini… kesakitan.. ade sebutir jerawat tumbuh… sgt saket… ade obat x?? hehehe…
Reply
sila update dengan segera cik sarah ye..:) hehehehe…*mandai2 je suh org,hahaha
Reply
hehehehehe, ada org yg kangen banget sm sarah ni;)) itu yg dia suruh sarah update segera:)
Reply
Pakcik Sabtu:
ya Allah. sy bru je tau yg pakcik ada besi dlm badan rupanya. harapnya kesan minor surgery tu dh semakin baik. n didoakan pakcik dapat bergerak mcm biasa walaupun plat tu dh dikeluarkan 🙂
Thia:
jadinya kamu x sempat la ye dgn majlis tu nnti? alaa….
Kelat:
kalau ada jerawat, ubatnya pakai T3. kekekeke 😀
Acai:
ewah. rindu kita la tu ye. hihihik.
Anon:
oh. kawan sy yg sorg tu mmg mcm tu. x ckp pn sy tau dia rindu. muahaha :p
Reply
wah, seronoknya memancing… dah lama da x pegi memancing. last pegi pun masa masih “bujang” dulu dgn abg-abg saudara di tioman. pergi di jeti TNB yg berkunci, kami beramai2 panjat pagar dah macam kombat… ingatkan dapat ikan kerapu, rupa2 nya dapat 6 serangkai uncang tea boh. kebetulan pergi 6 org, cukup la satu sorang uncang. pandai betul ikan2 ni ye, disuruhnya minum tea pula di tgh mlm yg sejuk tu. 😛 hehehe
Reply
seronoknya pergi memancing.. tetiba rasa rindu plak nak memancing kat malaysia..
unvertsity akak takde buat pamera macam tu ke?
Reply
memancing ni memang menguji kesabaran seseorang. Nak menangkap seekor ikan memang lama, lagi cepat kalau beli di pasar kan 🙂
yang penting bukanlah bilangan ikan yang dipancing tetapi masa yang diluangkan bersama sahabat. Bukan senang nak meluangkan masa dengan sahabat handai bila sudah sibuk…
Reply