Ini Entry Emo

Siapalah yang sesedap hati buat cerita kat internet pasal saya dengan Far-East Kha-Lead? Saya bukan awek, girlfriend, kekasih atau marka dia OK! Siap tepek gambar lagi. Karang saya kata tak redha karang, baru padan muka haru-biru hidup manusia tu. Pulak tu, lepas saya kaji selidik, gambar diambil dari blog ni dan dia dah masukkan dalam Flickr dia. Siap ada koleksi gambar-gambar yang semuanya dia ambil dari blog ni. Termasuk gambar-gambar lama sewaktu pertama kali diorang sampai di sini dulu. Semuanya!

Wahai manusia itu, saya sangat tidak suka dengan apa yang awak dah buat. Ikut suka sayalah kalau saya nak berkongsi cerita-cerita berbuka puasa, raya atau apa saja yang pernah kami semua beraktiviti di Moscow ni di blog saya ni. Tapi apa hak awak yang tak tahu apa-apa pergi buat gosip tu? Siap meletakkan gambar yang diambil tanpa izin dengan penerangan yang sungguh salah. Fitnah tu lebih teruk daripada membunuh.

Wahai manusia itu, kalau saya nak cari pasangan pun, saya takkan cari orang-orang ternama ni. Takde kerja la. Dan tak hingin langsung saya terhegeh pada Far-East. Cubalah fahamkan apa tu kawan yang menolong orang yang datang ke sini dengan tak tahu haram sepatah bahasa tempatan. Matanglah sikit wahai orang Malaysia yang memang suka gosip. Takde gosip, tak sah hidup.

Wahai manusia itu, saya memang marah pada awak. Marah! Sesedap hati dia je nak cakap apa. Awak tahu undang-undang tu apa tak? Kalau tak pun, awak tahu cabai merah tu apa tak?

31 Responses to “Ini Entry Emo”

  1. Anonymous says on :

    Salam,
    Hmm..memang tak reti hormat (xde adab) betul!
    Juz take care sabar banyak2,orang cam Sarah biasa kena uji gini,I believe u can handle it
    Klu dpt orang tu tau la nanti guano nok keno

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    ups!. sabar sarah sabar!! senyum sikit. 🙂

    jgn biar api kemarahan membakar rasional.

    kepada org tuh. PADAM SEMUA GAMBAR2 tuh dn minta maaf secara terbuka kpd sarah. tak guna awak memfitnah sarah. Allah akan balas setiap ayat fitnah yang awak taip. sungguh!

    Reply

  3. cry4freedom. says on :

    Garangnya.

    Reply

  4. hafiz238 says on :

    orang tu patut minta maaf. dosa sesama manusia takkan diampun selagi manusia yang dizalimi tu tidak memberi kemaafan, dan doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah Subnahu Wa Taala.

    Reply

  5. Anonymous says on :

    Bersabar laaa… faiz khaleed angkasawan tu kerr?

    Reply

  6. aisha says on :

    ya Allah,kesian nya sarah..tp hidup ni tak akan lari dari ujian,,sabar ya sabar.Saya doakan semuga sarah beroleh kesejahteraan dan ketenangan sentiasa.La tahzan ya sarah

    Reply

  7. Hannan says on :

    🙂 sarah… owh sarah…. 🙂

    nak marah pon ada baca pasal ni..
    nak gelak lagi la ada….
    lebih kepada nak gelak kot..
    kasi link web tu kat kite bole.. hahahah…
    sarah owh sarah…

    Reply

  8. Anonymous says on :

    hahaha,sarah ni makin marah makin manis:)nak sejukkan hati,makan buah naga byk2..mintalah dgn acai sikit:p
    Harap mereka insaf dgn gosip gosip yg tak benar tu

    Reply

  9. f u x a n e says on :

    sabar saje laa…
    manusia itu suka jaga tepi kain org kot?

    apa laa yg dia dapat kalau dia buat gossip sebegini.

    hurmm…

    Reply

  10. warx.hensem says on :

    kak sarah,

    sedap ar lagu matta ni..peh, layan!

    Reply

  11. ileena says on :

    kak s…
    takpe..boleh naik bulan!
    hahaha!
    (but then shit!sape buat cerita tak betul ni?cacat nya!!)

    Reply

  12. myfisol says on :

    salam..

    sabar2..bertenang..

    orang itew agaknya dah xde benda lain nak buat lah tu..ish3..:)

    Reply

  13. Muhammad Khairul says on :

    sape orang tu? hah? hah? saya nak geget die! geramnye…

    faiz khalid tu sape kak sarah?

    Reply

  14. Inah says on :

    sarah..sabar ye 🙂

    Reply

  15. Kasawari says on :

    Salam Sarah,

    aduhai lama bebenor tak ke sini.. harap Sarah semuanya OK…

    banyak banyak bersabor eh.. kalau tak cukup cabai merah tu.. nanti kasawari postkan eh.. he he.. cilikan jer mulut dia tu.. he he

    Reply

  16. Tyra says on :

    smpai tahap cmtuh sekali.. gigih nak gossipkan org. 😐

    tanye badan empunya dulu sblum suka2 buat cerita.. terigt perbualan YM kita Sarah. rasa nk tergelak pun ada time tuh. camanelah benda2 ni tersebar dan direka2 cerita.. haish.. manusia… manusia…

    Reply

  17. fattnieniey says on :

    siapa tuh ks??
    jahat gilee!
    dengki pada ks kott!

    Reply

  18. wanderlust77 says on :

    am not really understand this but… i know that u’re certainly mad at someone. what i would say, just fight for your right.

    Reply

  19. Rynn Cowbra says on :

    adess!

    *takut nan ngangah*

    ngangah,awat neh cam singa neh?
    sabar2 oke.
    cool saje.

    lau nak suh sarah buat press conference,cam over lak. huahuahua!

    next taem hati2 sikit tau!

    Reply

  20. faisal says on :

    slm sarah,
    dah dah sarah, pi amik sembahyang dan istigfar bebanyak ye..:) alaa, biasalah sarah..kekadang benda ni diluar kawalan kita..TAPI dalam masa sama perlulah cari jalan supaya org tu minta maaf dan buang semua yg tidak betul itu..tapi dalam emosi yg terkawal ye..bila marah byk ruang syaitan bleh masuk dalam hati kita..maka mudahlah kita terdorong untuk buat dosa2 lain..

    Em, Apa sebenarnya tujuan dia buat camtu? dapat duit ker? pelik sungguh org2 seperti ini..

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Oneib:
    nak handle camne eh? ni dh kali ke2 sy dgr cite ni. sabau aje la. berapi rasa dlm kepala.

    Cikgu Jawe:
    utk kekalkan rasional, sy dh pun beraktiviti dgn jayanya ptg smlm dgn wanie. n flickr org tu dh x boleh dibukak sejak pg td. sy rasa dia dh delete atau tukar URL atau ntah la. tu buktinya, org tu mmg baca blog ni. hish.

    Azwan:
    baru tau ye..

    Hafiz:
    ntah la nk buat apa dh. yg sy tau, org tu takut dgn sy sbb flickr dia dh x boleh bukak dh pg ni.

    Anon:
    ye. ada faiz khaleed yg lain ke? erm. sy kenal sorg je faiz khaleed.

    Aisha:
    terima kasih byk2. hidup x berseri kalau x de ujian warna warni gini.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hannan:
    sampainya hati gelakkan sy 🙁 link flickr dia dh x boleh bukak dh. link yg lg 1 tu dlm bentuk forum. sy malas la nak kasi. dlm forum tu ada la diorg bincang2 hangat psl ni tambah plak bila ada gmbr tu. eiiiiii!! hatiku saket bagai digeget geget! benci dunia gosip msia!

    Anon:
    oneib ke? makan buah naga boleh sejukkan badan ke? kalau panas hati mcm mana la plak?

    Azreen:
    dia dapat kepuasan kot sbb cerita dia didengar dek org lain. ye la kan. tntg faiz kan. sape la x nak tau kn.

    Shafiq Hensem:
    akak suka lagu ni (^^,)v

    Nana:
    eh eh. kamu pun baca blog ks ke? ececeh. boleh naik bulan ye. huhu. mmg org yg buat cite tu cacat!

    Bro Fisol:
    mmg org tu terlebih masa, terlebih galak, teroverdose gedik. tu pasal buat cite ntah apa2 ni *uhuk.. mana sy nak letak si dia itu*

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    tolong geget2kan dia sampai putus telinga ok. faiz khaleed calon angkasawan tu.

    Kak Inah:
    mencuba dan mencuba..

    Bro Kasawari:
    sy pun dh lama x ke sana bro. haa.. elok btul. x cukup cabai, sy mintak bro sponsor skit ok.

    Tirah:
    betul2. sy pun teringatkn apa yg kita YM kan dulu2 tu. ya rabbi. tp yg kali ni siap ada gmbr. saket hati. yg hari tu x mention pn nama n gmbr pn x de kn. ntah la.

    Fatt:
    dia jaki dgn ks kot. huahuahua.

    Wanderlust77:
    thnk u for ur advice. i’ll fight for my right. thank u!

    Rynn:
    sy nampak garang eh? mmg kalau sy marah, sy bertukar jd naga berapi di mulut. haaaa…. haaa…… org tu sengal melampau. erk, press conference? oh tidak! mmg over. huhu.

    Acai:
    ntah la apa org tu dpt. myb dia rasa puas sbb konon2nya dia ada gosip terhangat di abad ini. ceh. ye. sy dh berwuduk semua dh smlm. lepas tu y keluar bersushi rama utk hilangkan geram. huh.

    Reply

  24. kaklina says on :

    salam sarah sayang…

    hey sapa yg wat cerita tu!!! mai nk kutil sikit!

    sarah.. pssst jgnlah marah dia.. akak yg ckp “ajaklah Sarah datang sini” hehe. dia cuma mengikut cakap akak je huhuhuhu. sesungguhnya dia sangat tulus lagi tidak bersalaaaaaaah!

    *lari*

    Reply

  25. Mesin Kata says on :

    =)

    KS,
    cepat doa.
    cepat doa.

    dahulu masa kecik2,
    klu sy teraniaya ke ape,
    sy akan doa cepat2, laju2,
    tp berkaitan dgn benda lain la,
    xde kaitan pun dgn org yg menganiaya.

    urmm,
    smpi skang pun cmtu.
    haha.

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Setiap dugaan dari Allah tu tak lain tak bukan jika sebab Dia tahu sejauh mana hambaNya mampu untuk menempuhnya..

    Cume dugaan kecik sahaje untuk awak, macam cikgu Jawe kate, jgn biar api kemarahan membakar rasional..betul la tuh..awak silap sket je nnt, hilangla sarah yg sarah tuh…

    chill okay

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Lina:
    kutil dia kak. kutil sampai ada kesan. hehe. oh, gitu ke. ups. kena say sorry la ye kt dia kalau mcm tu. dia sgt tulus? wah ayat. mengancam. tengoklah mcm mana nnti. kena ada izin dr mak ayah dulu 🙂 eh, tp mana akak tau psl sy tanya dia sape yg iye2 ajak ni. dia ngadu2 ke? huuhhu. thnks alot kak lina!

    Aiman:
    oh. smapi skrg pn amalkan lg? sempat la ks doa skit. tp apa doanya. rahsiaaa 😀

    Izu:
    thnks izu. bila baca yg last tu ‘chill ok’, terasa ini la sinonim utk ‘lek-lek je la’ n ‘cool ok’. hehe.

    Reply

  28. Hasrul Halid says on :

    Huh! tu belum kena gosip ngan Rosham Noor lagi tu…!

    Kehkehkehkeh!

    Sabor Sarah! Saborrrr…! nanti gua belanja lu PASEMBUR!

    Reply

  29. bulanbiru says on :

    Salam Sarah,
    a’ahh..biasa la tu..
    Bulan pun pernah terkena mcm tu jg, last sekali terpksa deleted blog sendiri utk elakkan orang lain salah sangka kat kita.
    “byk org..byk ragamnya..kan!’
    tenang..tenang ya! *smile*

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Hasrul:
    huhu. dua2 rosham nor tu not available dh. hehehe. tu lg bahaya tu. silap2 hari bulan kena serang plak :p

    Bulan Biru:
    aish.. kalau boleh sy x nak sampai kena delete blog plak.. kt sini la sy jumpa dunia sy yg ada kwn2 yg best2 🙂

    Reply

  31. AyUmi says on :

    wow!

    garangnye dia.. tapi kiut!! hahaha

    sabar ye dik. huhuhu~

    Reply

Leave a Reply