Menjadi Insan Berkualiti

Assalamualaikum wbt

Akhirnya, exam yang terakhir untuk tempoh dua bulan ini sudahpun berakhir. Alhamdulillah. Puji dan syukur layaknya hanya untuk Allah. Terima kasih buat rakan-rakan sekumpulan yang memberikan kerjasama terbaik untuk persiapan exam kali ini. Usaha kita sekumpulan memang tidak sia-sia. Juga buat emak dan ayah yang tidak putus mendoakan saya.

Dulu saya pernah menulis tentang satu nilai yang perlu kita ada untuk berjaya. Fokus. Itulah kuncinya. Tapi untuk melengkapkan diri menjadi seorang yang bergelar insan, kita perlukan elemen-elemen sampingan yang tidak kurang pentingnya untuk menjadi insan berkualiti.

Menghargai masa, bersabar, berhubung baik sesama kita, tidak lokek membantu, menerima ujian dengan berlapang dada dan yakin dengan ganjaran yang menanti. Ini semua antara elemen sampingan yang perlu dititikberatkan dalam diri kita.

Sebenarnya, kita tidak perlu duduk menekun membaca buku-buku motivasi yang spesifik berkisar tentang ciri-ciri orang yang berjaya hanya semata-mata untuk mencari rahsia kejayaan. Bongkakkah saya dengan berkata bergitu? Jangan salah faham. Sebenarnya ada sumber lain yang lagi tepat dan indah dalam mencirikan dengan lebih terperinci keperibadian insan yang berkualiti. Sumbernya tidak lain tidak bukan adalah Al-Quran.

Ciri-ciri yang saya senarai pendekkan di atas semuanya terkandung di dalam Al-Quran. Sebagai rujukan, sila rujuk surah Al-Asr ayat 1-3, surah Al-Hujurat ayat 10, surah Ali Imran ayat 103, surah Al-Hadid ayat 16 dan ayat yang menjadi pilihan ramai semestinya surah Al-Baqarah ayat 286. Kesemua ayat di atas menceritakan ciri-ciri yang perlu ditanam dan disebatikan dalam diri kita untuk menjadi insan yang berkualiti.

Disebalik kita perlu berusaha memberikan yang terbaik daripada diri kita, jangan kita lupa satu lagi ciri yang amat disukai Allah. Sebolehnya, ciri terakhir ini perlu kita kemas kinikan dari masa ke semasa. Itulah dia penyucian jiwa. Mengapa kita perlu menyucikan jiwa? Sebenarnya dalam sedar atau tidak, dalam kita ligat melengkapkan diri menjadi insan yang berkualiti untuk mencapai kejayaan, kita terlepas pandang skop rohaninya. Kita mengabaikan banyak benda. Kita asyik mencari zon selesa untuk kehidupan kita di dunia. Kita silap di sini. Jadi, kita diusulkan agar sentiasa menyucikan jiwa kerana kita tergolong sebagai orang-orang yang beruntung andai melaksanakannya. Inilah ciri yang diajarkan oleh Al-Quran dalam surah Asy-Syams ayat 7-10.

Dan persoalannya, kenapa kita perlu berusaha melengkapkan diri kita untuk menjadi insan yang berkualiti? Jawapannya mudah. Kerana setiap daripada kita mempunyai potensi dan keistimewaan yang tersendiri. Kita ini makhluk yang unik dan setiap yang unik itu mempunyai nilai entiti yang tersendiri.

Kalau ada yang kata dirinya tiada apa yang luar biasa, itu kurang tepat. Paling tidak, mungkin dia unik kerana pandai menggulungkan lidah atau boleh membunyikan siulan. Saya tidak unik dari segi siulan. Tapi uniknya diri saya kerana saya pandai berangan. Kamu pula bagaimana ya? =)

Hari buat dia:
Biar apapun yang kita lakukan, pokoknya adalah redha Allah. Kita tidak lagi berkualiti andai agama dibelakangkan.

15 Responses to “Menjadi Insan Berkualiti”

  1. CJ says on :

    Kategori : AKIDAH Akhlak

    Tajuk :
    Menjaga perasaan

    Maksud Hadith :
    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.”

    (al-Bukhari dan Muslim)

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    terima kasih cikgu! memantapkan lg kupasan kali ni 🙂 sy nk tido dulu. slmt mlm cikgu~ sy nk mimpi mkn lala masak lemak. huhu

    Reply

  3. new reader says on :

    Salam Kak Sarah…
    Saya baru je mengenali blog ini melalui link drpd laman web lain…
    A good blog indeed…
    Keep the good effort…
    I always support something like this eventhough i do not have one..
    Mengenai entry 8 Random Things About Me bertarikh 14 Sept 2007, hadith pasal kelebihan solat terawih tu setahu saya adalah hadith palsu yang telah hangat dibincangkan termasuk oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin…
    Semoga lebih berhati-hati dalam mengutarakan hadith2 Rasulullah saw…
    Takut nanti kita semua mendapat dosa percuma dengan meyebarkan ‘dusta’ terhadap Rasulullah saw…
    Praktikalnya ialah samada membuang hadith tersebut drpd entry ini atau menggantikannya dengan hadith lain
    Sekadar berkongsi…

    Reply

  4. silent reader says on :

    🙂 sy unik dr segi….. (ape yer??)

    slamat menghayati waktu senggang selepas peperiksaan 😀

    Reply

  5. harizhazwan says on :

    unik psl x pernah merepek…ok x?

    Reply

  6. waitiemzek says on :

    hait, kosa kata hari ini, kualiti jugak boleh disebut sebagai mutu, Jata Negara ada tertulis, Bersekutu Bertambah Mutu.

    Reply

  7. mAkCiK De' KiPaS says on :

    sarah, pas abis exam ni sarah sibuk lagi ke?

    Reply

  8. one says on :

    Salam,
    Penyucian hati is an ongoing process
    hehe,still in the process of defining myself 😉

    Reply

  9. khairilidham says on :

    waalaikumsalam wbt.

    da saglasna

    Nampaknya kita mempunyai keunikan yang lebih kurang sama iaitu pandai berangan namun lainnya berbanding tuan punya blog ialah angannya tak pandai diterjemah kepada realiti berbanding tuan punya blog dari angan terus terbang tinggi menggapai realiti. =)

    Reply

  10. myfisol says on :

    Salam,

    Oh…dah abis examnya…yelah boleh relaks sikit kan…

    dan masa sibuk bermula untuk pengajar pulak…byk marking nak kena buat & kena tolong pelajar untuk final exam plk…not to complain, they’re my bread & butter..

    x tau kat mana uniknya saya nie..biasa, macam org lain jgk…tp mungkin orang lain yang nampak keunikan kita..

    Reply

  11. Hasrul Halid says on :

    Saya unik kerana saya berada di Penang dan boleh pekena PASEMBOQ hari-hari! Huhu!

    Reply

  12. Liyana says on :

    salam ngangah…

    hhehehe even to be an architect u must be a unique one huhuh…so am i a unique prson?….haks…

    *ngah…don’t u realise that i hve a blog too now..hehe*

    ~miss u~

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    New Reader:
    terima kasih sudi menyinggah kt sini. oh. kamu ada komen ye kt entri tu. x sedar plak sbb x check notfication di email. sbnarnya mmg dr hari tu lg nak tukar tp sbb malas sbb rasanya mcm dh x de org yg nk korek entry2 lama tu. insya Allah ada masa nnti ks tukarkn.

    Silent Reader:
    sy nak tido, rehat tp x boleh jgk nk tido awal. misti lambat jgk.

    Hariz:
    oh. sangat la bagus klu mcm tu 😀

    Yasir:
    mula2 sy baca nama ni sbg Watie. dh tgk 2 kali bru sedar. kualiti juga bermaksud mutu. mutu juga bermaksud gred. ye. elok sgt tu 🙂

    Azah:
    abis exam ni mmg sy nak lapangkn masa utk diri sndiri skit n nk uruskan program utk persatuan wkt cuti nnti. mlm ni boleh la sy rayap2 blog korang semua. dh lama wei sy x merayap2 ni tau. rindu sgt kt korang semua!

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    sy rasa tazkiyyatunnafs ni adlh ongoing process utk semua. kan?

    Abg Khairil:
    huhu. iyo la tu jang. sy berangan mak ngah jenin je. langit pun tak sempat cecah. asyik termenung tepi katil je :p

    Bro Fisol:
    oo.. dh mula marking paper ke? sy ni dlm duk relax ni, class still memenatkan jgk sbb jauh hospitalnya tu. cuma jadual dh x pack dh. nnti mlm sy jalan2 ke blog bro. rasa mcm dh nk dekat seminggu tak ke sana 🙂

    Bro Hasrul:
    aishhh… saje je buas sy jelous ni. alah. dh x lama dh sy nak balik cuti. sy balik kampung, sy cari pasembor byk2! huhu.

    Liyana:
    eh, haah la! yana dh ada blog. wow. semangat dgn architecture dia ye. bagus2. teruskan menulis n melukis. i cant believe that u are really good in drawing. jealous ni tau. actly kan yana, ngah mcm x caya jeawk dh besar dh. dh abis sekolah dh pun. dh boleh join kitorg2 yg lain ni dh. hehe. how time flies… 🙂

    Reply

  15. faisal says on :

    waaa, sarah dah menurunkan rahsia kejayaan dia,hehehe..:) tapi satu yg satu kagum ngan awk ialah semangat awk belajar tu sarah..:) tumpuan awk penuh dan stamina awk tinggi untuk membaca buku..sesuatu yg takde pada sy,hehehe..

    sy paling lama bleh bertahan kalau baca buku dalam ermm…20 minit kot,hehehe..pastu mula2lah nak merewang2 jalan2…tapi sbnrnya agama tu sangat penting..ia bleh bantu beri kita keyakinan bila kita perlukan..

    Reply

Leave a Reply