Hai Lah Nasib, Hai Lah Badan…

Assalamualaikum wbt

Pada hemat saya, setiap daripada kita mesti mempunyai sesuatu yang kita takuti atau serami. Skopnya bukan setakat momokan tentang hantu jembalang saja malah lebih luas dari itu. Saya teringatkan kawan saya yang tidak boleh melihat haiwan berbulu termasuklah kucing. Dia jadi seram sejuk tapak tangan kerana baginya bulu haiwan tersebut bila-bila masa saja boleh tercabut daripada badannya dan ini akan amat menyakitkan haiwan tersebut. Agak memelikkan imaginasi kawan saya ini.

Yang paling ramai saya jumpa ialah takutkan haiwan-haiwan kecil yang menggelikan seperti lipas, katak, ular dan pacat lintah. Alasannya hampir sama saja. Geli. Pada pergerakannya, pada kulitnya, pada kedinginan badannya dan pada strukturnya yang melekit. Saya tidak geli atau takut pada haiwan-haiwan ini sebaliknya saya rasa unik terutamanya pacat dan lintah itu.

Bagi kanak-kanak pula, cerita hantu momok dan saudara-maranya yang lainlah boleh membuatkan mereka fobia untuk ke satu-satu kawasan. Mereka diingatkan berulang kali tentang kewujudan itu dan ini yang berupa begitu dan begini. Hantu busutlah, poconglah, bunianlah, langsuirlah hinggakan hantu kopek pun ada. Bagi yang sudah bersekolah, wujud bermacam-macam versi cerita seram yang boleh menjadikan mereka fobia untuk ke tempat tertentu bersendirian terutamanya pada waktu malam. Kisah-kisah begini biasanya lebih popular bagi yang tinggal di asrama. Saya pun pernah merasa tinggal di asrama. Pengalaman begini memang tidak dapat tidak akan terjadi di mana-mana saja. Mengapa ya? Adakah ini mentaliti hidup di asrama?

Tapi saya tidak takut atau fobia pada semua ini. Nak tahu saya fobia pada apa? Air milo panas. Ya. Air milo atau apa saja minuman malt coklat yang panas. Kisahnya, ketika berada dalam tingkatan satu, saya suka berjaga malam untuk menyudahkan kerja rumah. Pada suatu malam, saya minum semug milo panas. Sejurus selepas itu, saya mual yang teramat dahsyat dan mula muntah-muntah tanpa henti. Lebih kurang 2 hari saya begitu. Badan memang lembik. Sejak dari itu, saya mula takut untuk menyentuh air milo atau minuman malt coklat yang lain. Namun seandainya dihidangkan orang, saya jamah juga seteguk dua tapi tidak akan habis. Sebenarnya bukan kerana perut saya tidak boleh menerima minuman ini tapi kerana fobia yang saya rasa masih kuat menguasai minda. Jadi, saya akan terus rasa mual jika meneguk juga air ini.

Ketika saya teramat sibuk di bulan Febuari dan Mac yang lalu, saya agak kurang makan. Selera hilang. Jadi untuk menambah tenaga, saya membeli bahan makanan tambahan yang mengandungi serat dan vitamin yang tinggi untuk memastikan saya tidak sakit. Ia berupa bancuhan malt coklat. Pertama kali membancuhnya, saya tambahkan Nescafe ke dalamnya supaya rasanya seakan-akan Neslo. Saya hanya bancuh separuh mug supaya saya boleh mengadaptasikan diri saya dengan rasa loya saya itu. Dan sejak membelinya, hanya 4 atau 5 kali saja saya membancuhnya. Yang pasti wajib ditambahkan dengan Nescafe.

Semalam disebabkan teramat letih selepas habis exam dan badan seakan memberi isyarat terasa seperti tidak sihat, saya pun membancuh semug penuh malt coklat itu dan meminumnya sedikit demi sedikit. Jenuh juga saya hendak menghabiskannya. Belumpun separuh diminum, saya sudah loya. Saya mengadu pada Pena yang saya tidak sedap badan selepas minum air itu. Tambahan pula, sebelum itu Sha datang ke bilik membawa puding yang disaluti yogurt coklat Chudo yang pekat. Saya sukakan puding itu tapi yogurt coklat pekat yang sedikit itupun sudah berjaya membuatkan saya mual.

Sudahnya malam tadi saya tidur sangat lewat kerana tidak sedap badan dan loya yang berpanjangan. Saya melepek saja di sisi Pena dan Emy yang sedang menonton sesuatu di Laptop. Dan pada pukul 5 saya sudahpun terjaga kerana mual saya masih ada. Dan tidak dapat dielak lagi, saya muntah-muntah dengan agak teruk sebelum solat Subuh.

Inilah yang saya fobiakan. Air milo atau apa saja minuman malt coklat panas yang lain. Kerana saya boleh mual dan muntah-muntah sehingga lembik badan. Kononnya nak jaga kesihatan, sudahnya semakin tidak sihat pula. Hai lah nasib, hai lah badan…

Nota:
Nanti malam bila dah segar (sebab ni nak qadha’ tidur malam tadi yang tak cukup), saya jalan-jalan ke blog kamu semua ye. Dah lama tak beraktiviti merayap ni =)

42 Responses to “Hai Lah Nasib, Hai Lah Badan…”

  1. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Hai la nasib, hai la badan.
    Tak boleh minum milo, patutla kurus aje.

    Saya banyak minum milo masa kecik, sebab tu gemuk (waktu kecik aje lah).

    Moga sihat dan bahagia walaupun tanpa milo ;D

    Reply

  2. CJ says on :

    sarah, kita sama. takleh minum milo. tapi saya bukan fobia dgn milo. cuma tak boleh minum milo lebih dari secawan. saya akan rasa mual.

    saya juga takleh minum nescafe. kadang2 boleh minum juga. tapi sikit je.. seteguk dua aje. kdg2 takleh minum langsung. saya akan pening kepala lepas tu.

    coklatn juga saya tak minat. baik kek coklat atau kuih2 dr coklat. akan rasa muak juga.

    Reply

  3. CJ says on :

    oh ye. kalau rasa loya mcm tu selalu saya akan makan asam boi sedikit..atau ramas2 daun limau purut dn hidu kt hidung.. πŸ™‚

    Reply

  4. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    sudah lama sis tak kesini.busy dgn exam ye.sis doakan selamat berjaya.nnt bila balik sini.lehla sis jumpa dgn DR.SARAH πŸ™‚ wah alergik dgn milo panas rupanya…bagusla sarah.xpayah risau2 makan coklat menggemukkan…

    Reply

  5. Hafiz says on :

    pelik sungguh fobia tu..aku paling suke air milo..tapi milo ais la bukan milo panas..lol

    Reply

  6. myfisol says on :

    Salam..

    Ish!….susah jugak kalau ada masalah pemakanan ni kan…tapi bro minuman2 ni x cerewet sangat, semua boleh je asalkan tak memabukkan…

    Tapi lebih prefer kopi o dr. yang lain, nescafe pun tak suka sgt…tapi bro risau dengan anak bro yg sorang tu, x makan nasik…nak jadi omputih ke ape?..keh2..

    Reply

  7. akak says on :

    kesian Dr Sarah kita..tak boleh minum milo.. Kalau akak dah jadi minuman wajib tu (bukan milo saje la..apaΒ² je yang berunsurkan coklat)..tambah lagi kalau dapat milo ais..mmm..

    Nak buat macam mana kan selera masingΒ². Setakat nie akak paling tak suka horlick je..agaknya kalau bagi akak segelas horlick tu..setengah hari baru dapat abis kot…Yang lain boleh telan lagi..hehehe..

    Reply

  8. silent reader says on :

    saya… masa kecik2 dulu laaa…. x minum milo susu!! πŸ˜€ x tau laa sbb ape… tp, bau je pun dh rasa mcm nk muntah…. tp skrg sudah okayy~~ πŸ˜‰

    Reply

  9. Anonymous says on :

    Faris aka knight-1 aka keSatria

    http://wp.knight-1.com is now http://wp.kesatria.net

    Reply

  10. are-name says on :

    hai sarah…
    sambil lompat2 ke blog kawan, terlompat ke sini blog sarah..
    hmmm kalau akak plak, memang pantang dengan milo…pantang ada depan mata, confirm habis!

    Reply

  11. Nisa says on :

    sebab tu awak gile nescafe…
    tak dpt nescafe sehari, gigil =)
    sama la…

    p/s: nak breakfast if balik kampung,mesti kene minum kat umah makngah coz ada nescafe…umah tok ada kopi hitam je…

    im in O&G now…how much i like O&G since small…

    Reply

  12. khairilidham says on :

    apa tak tunggunya sejuk sikit?

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam
    ooh,milo dulu fevret esp arwah atuk yg buat..sekarang ni cam ada masalah digestion,bermula pertengahan tahun lepas..saya pun tak faham,dulu elok je

    Reply

  14. 13may says on :

    adess….
    lawak plak rasanya entri nih…hehhe hehhe

    btw, saya tak makan betik…rasanya dah dekat 20tahun tak makan betik….ada persitiwa sikit…hehhe

    Reply

  15. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    kucing + haiwan berbulu : sememangnye mengerikan..especially bile ‘mereka’ bernafas..turun naik badan ‘mereka’ tu tak best

    milo? : hv u ever experiencing masak megi gune milo panas dr dewan makan? itula penangan Komanwel ’98 tatkala sumber air sangat terhad..

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Alif:
    aishh.. mana ada kurus pn. sbb ks minum je air manis yg lain. the 1 n only is nescafe. hehe.

    Cikgu Jawe:
    laaa… sama ke. tp sy plak nescafe la yg sy boleh minum. yg lain2, mmg x berapa la. teh pn sy x suka. minum tu boleh cuma x berapa suka. boleh merajuk dgn mak klu petang2 dia x bancuh air nescafe. tp sy minum nescafe susu je. nescafe O x elok utk badan.teh plak hanya teh susu. hoho. memilih benar kn. tp aiskrim atau kek coklat sy boleh makan. yg tu x de masalah. bg la apa2 aiskrim atau kek, sume sy makan. huhu. cikgu, kt sini x de asam boy la. daun limau purut pn dh abis dh stoknya.

    Sis Honey:
    dh abis dh exam. ni bru nk melawat2 blog2 kawan2 ni. hehe. tp kn sis, bukan stakat coklat je yg menggemukkan. mkn junk foods sume tu pn boleh gemukkan badan jgk. tp sy mmg x makan coklat sgt. hehe

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hafiz:
    dulu2 wkt sekolah rendah, air milo ais la yg paling best skali! tp lepas dh fobia, minum2 kt luar sy x penah order air milo.

    Bro Fisol:
    oh. kalau sy, bg la nescafe ke, kopi O ke, sume tu sy layan. kopi O yg tok sy buat tu la yg paling sy suka. best amat! erk bro, klu org tu x suka makan nasi, mcm omputeh ke? adui. terasa eden :p tp bukannya sbb x suka. tp x de selera. ada sorg kwn pn kata sy ni mcm omputeh. huhu.

    Akak:
    ni misti akak sihat dan kuat! sbb suka milo n air coklat yg lain. hehe. sy pun x berapa minat holicks. sy rasa mcm berbulu tekak. huhuhu…

    Silent Reader:
    eh, pelik jgk ni. biasanya bdk2 la yg suka minum milo ni. hihi.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salman:
    tak aci~ awk pn dh ada domain sndiri… hari tu dh bincang2 dgn nan. tunggu la nnti. anyway, sy dh update kn link awk tu.

    Kak Are-Name (Kak Anim kan?):
    trma kasih sudi menyinggah kt sini πŸ™‚ haaa! pantang ada depan mata ye. confirm abis punya. mantap gitu. nnti kasi kt anak2 kak anim plak ye. supaya membesar dgn sihat dan kuat πŸ˜€

    Nisa:
    haa.. tau x pe. x dapat nescafe sehari x lengkap hari tu. istilah gigil2 tu nan yg punya. kalau azizi kan, dia kata gatal badan kalau x de nescafe. huhuu.. haah. klu awk breakfast kt rmh tok sekalipun, awk akn tetap jenguk dapur rmh kitorg jgk utk cari nescafe mak ngah. kalau ngah gi rmh awk plak, kak nor mmg dh tau yg ngah akn masuk dapur bancuh sendiri nescafe ptg2. hihhi. sya, all the best in O&G. pretty sure u can do it very well. aa… x sabar nak balik!

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Khairil:
    tu minum sikit2 tu sbb tunggu sejuk la. tp x de maknanye. sejuk ke panas ke sama je.

    Anon:
    oo. jd skrg dh x minum la ye? masalah digestion tu dh dirujuk ke doktor ke belum? klu sampai jejas selera n badan makin susut, elok la rujuk ke doktor.

    Maymay:
    haa.. tu gelakkan sy la tu. tp may, knp betik? sbb geli penah termakan ulat dlm betik ke? kekeke.

    Aizuddeen:
    awk ni pun kes geli dgn haiwan berbulu ke? penah tak try pegang badan kucing time kucing tu tgh tido? ada cat pur. turn naik. turun naik. best je rasa. huhu. maggi dgn milo panas??? ya ampun aizu! x penah terfikir dek akal wkt sekolah dulu nk buat camtu. lgpun time komanwel’98, sy duduk rmh lg. belum masuk asrama. awk lain la kn. masuk SMAPK dr f1 kan? tp mmg kreatif amat la klu maggi pn masak guna milo panas.
    p/s: aizu, can i be ur blog’s reader? πŸ™‚

    Reply

  20. mAkCiK De' KiPaS says on :

    sarah…. last friday, azah berperut kosong, time tu belum lunch hour lagi, lapar, so buat la milo. secara tiba-tiba je azah pening kepala, loya and muntah2 sampai ke petang…. geng2 lanun semua menyaksikan keadaan azah time tu 😐

    tapi azah bukan fobia milo 😐

    Reply

  21. Hasrul Halid says on :

    loya????? muntah-muntah???? hmmmmm…!

    Reply

  22. arsaili says on :

    salam sarah…moga cepat sembuh..aa pasal tag tu cuma buat yg lain ..sebab biasa ada variasi..sebab banyak lagikan fact about mine…yg buruk banyak kot..ahaks

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azah:
    tu agaknya sbb acid yg tinggi dlm perut x tolerate dgn kandungan susu yg masuk dlm perut la tu. azah, sy tgh wonder, awk fobia dgn apa la ye? hihik

    Bro Hasrul:
    aaa… bro jahat! huhu

    Bro Arsaili:
    alhamdulillah dh ok dh. agi semalam je yg x ok. ohhoo.. gitu ke. but still, out of 8, i could spot 5 similarities πŸ˜€

    Reply

  24. Rynn Cowbra says on :

    argghhhh!
    ryn x suke,geli tambah phobia dgn kucing.

    sila jangan tanya kenapa.
    xtau jugak.
    dgr kucing mengiau pun da geli.

    Reply

  25. mia says on :

    Saya nk sibuk jugak. sangat takut pada ulat dan binatang sewaktu dengannya. meremang+ seram sejuk.

    Dh x layan milo sgt. tapi kopi kena tiap2 pagi. cmner tuh?

    Reply

  26. fattnieniey says on :

    ha!
    loya!
    nape loya?
    ha!
    morning,afternoon,evening sickness?
    kekeke..

    cepatla ks kawin..kikiki

    p/s:out of the blue tak?

    Reply

  27. CJ says on :

    ok.. jgn risau. awak tak apa2. cuma sikit kejutan pada perut aje. saya akan beri awak pil vitamin, ubat tahan muntah/loya dn minyak kapak.

    jangan minum milo buat masa ni. kalau nak juga ambil stgh cawan dulu. dn jgn sesekali campur milo dgn nescafe. bertambah kaffein dia.

    ubat tu kena makan 2 biji sehari lepas makan.

    semua ni RM100 okeh. =)

    Reply

  28. echah_syed says on :

    rindu kat sarah..

    dah abis xm yer? alhamdulilah harap sumenyer ok πŸ™‚

    mmg penat yer study study n study..

    bukan senang nak senang kann..

    takecare **hugs**

    Reply

  29. Inah says on :

    salam utk sarah cumel πŸ™‚

    takut milo??meh akak buat horlicks πŸ˜›

    akak takut tinggi :(..sgt gayat..mcm mana nak atasi ketakutan kita?

    Reply

  30. Aizar Azman says on :

    Salam Sarah..
    Waaa, allergic to Si Milo nampaknyer..
    Milo kalau banyak2 mmg loya la tekak..
    tak sesedap hot chocolate ngan nescafe..
    Horlicks pon loya..ngeh2..
    Ape kate tukar oat, ley makan ngan hot chocolate gak.Ade energy n reduce cholestrol rite??
    mmg kalau loya, makan yang berasam, cam buat air limau..lemon pon bule..take care..jgn la amek dah milo tuh, kesian je sampai muntah2..moga sihat kembali..

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    ya Allah.. dgr kucing mengiau pun x boleh jgk? ya rabbi.. ni parah ni πŸ˜€ tp knp? sbb terbayang misai kucing gerak2 ke? huu… ryn, td sy mengqadha’ baca entry2 yg sy tertinggal kt blog awk smpai sy terlelap kt depan laptop. bila tersedar, sy sambung tido atas katil. hehe.

    Mia:
    haa. sama la tu. ks pn wajib minum minuma berunsurkan kopi di pagi hari, di tengah hari, di petang hari ataupn di mlm hari. ulat? abis tu hari tu kamu gi outback dgn kwn2 tu x risau jumpa ulat , ular n sejenis dgnya ke πŸ™‚ demi bercuti, segalanya sanggup. ye dak πŸ™‚

    Fatt:
    ya rabbi kamu ni. fikir amende la tu. nak kawin dgn sapenya. kamu pn tau kn. ks kebal. jauh lg masa depan. fikir psl famili dulu. ada jodoh, nnti ks kawin ye. hehe.ks buat meriah2 ajak kamu n ank2 kamu sekali. hahha.

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    ahhaa… cikgu dh mula menyengat dan menyengal πŸ˜€ wah. cikgu nak bukak klinik ke? sy dh plan dgn sesorg nk bukak klinik. tp ada ke org tu cadangkn bukak klinik cinta. tu nnti dia la yg jd doktor. sy jaga kaunter je la nmpaknya. hehhe.

    Auntie Combi:
    haah auntie. baru je abis isnin lepas. skrg dh masuk bulan2 yg relax skit. alhamdulillah.

    Kak Inah:
    holicks pn sy x bape suka. tp x de la loya plak bila minum. gayat. ramai org yg takutkan gayat. utk atasi, kena biasakn berada kt tmpt tu. erk.. klu naik flight, akak gayat x? hehe. tu pun tinggi jgk tu… beribu batu tingginya.

    Aizar:
    sy dh muak asyik mkan oat je dr 1st yr. dgn perisa yg berbeza-beza. hari tu jumpa supplement yg ni, sy pun try la. alhamdulillah sy dh sehat dh. dh boleh makan dgn banyaknya hari ni πŸ˜€

    Reply

  33. Mesin Kata says on :

    milo ais tabur satu~ =)

    Reply

  34. echah_syed says on :

    sarah jom gi umah antie.ade task utk sarah..

    jom laa..

    grazie..ti amo **hugs**

    Reply

  35. mAkCiK De' KiPaS says on :

    sarah….azah fobia dgn kapas 😐 sila lihat entry bambako: http://azahygcomel.blogspot.com/2008/03/kapas-dan-saya.html

    kat situ ada tertulis kenapa πŸ˜€

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aiman:
    milo ais tabur tu apa kebenda la plak? huhuu

    Auntie Combi:
    aaaa… st malas dh nak buat tag2 ni dh la auntie… πŸ™

    Azah:
    hehe.. dh baca dh smlm… hehe.

    Reply

  37. fathiyyah says on :

    salam ks..
    lupa nk tinggalkan komen kat sini pasal pantun tu
    hehe pada suatu hari,masa nk cari bahan rujukan di perkisas,sy jumpa satu buku pantun yang sgt2 la tebal…intai2 cari pantun yang best akhirnya mata tertarik ngn pantun tuu..thats why sy cepat hafal..selalu berpantun dgn pantun tu utk kenakan org lagi2 utk mereka yg tgh angau..hahaha..
    tu bukan pantun yg sy buat sendiri,tapi pantun lama dan dicipta oleh insan yang hebat berkarya..suatu hari nnt ,bila ada masa sy nk buat jugak pantun tu..ks terer sajak,sy hebat pantun..amcam ok tak?

    hehe..pasal milo pulak..sy lagi suka milo dr nescafe..ish,sy mmg tak suka nescafe,rsa tekak loya bila minum nescafe..terbalik pulak ngn ks..hehe

    sy nk exam hri sabtu ni..physio n histo..adoi takutla ks..lagi2 dgn keadaan badam cmni..
    ks,doakan sy .. and u take care yaaa..

    salam

    Reply

  38. Faresya Fareed says on :

    milo panas x sedap.milo ais sedap.hot chocolate sedap.teh x sedap.teh susu sedap.kopi?penah minum sekaliiii jer kat umah org indon kat sni…pahitt sgt wlaupun bbuh gla 4 kiub.susu smpai nk abis!

    Reply

  39. bulanbiru says on :

    salam sarah,
    saya pun dh lama tak merayap2 ke blog sarah..sejak bz dan mem bz kan diri..(trpksa)..:)
    moga sarah selalu sihat dan ok.

    Reply

  40. menteil says on :

    haha…
    sama la cam kisah aku yang tanak minum soya…
    tak kira apa pon soya..
    tanak!!
    puncanya masa kecik (tak ingat taun) terminum soya basi di peti ais..
    muntah2..

    sampai skang tak sentuk air soya..
    bau dia jer dah buat aku mual…

    aku sanggup kehausan dan mencari paip daripada minum air soya..
    huhu…

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    oo.. panjang lebarnya penerangan dia. hehe. fokus2 study. all the best then =)

    Faresya:
    kecik2 dulu milo ais ks mmg suka la. tambah2 plak kalau mak yg bancuh. mmg masyuk je. tp skrg no more milo2. x mau dah. hehe

    Bulan Biru:
    salam BB. lama jgk x dgr khabar kan. harapnya awk pn sihat2 selalu ye πŸ™‚

    Menteil:
    haa… alkisahnya ada jalan cerita yg sama cuma lain jenisnya aje. tp sy suka soya. tambah2 plak wkt f3 dulu ada sorg senior konon2 nak tackle la, dia belanja air soya. hohoho. tp kesian kt awk ye. soya ni kaya dgn protein. takpe2. susu biasa pn kaya protein jgk kn. ntah bilalah org mcm kita ni nk elok drpd fobia lama tu…

    Reply

  42. faisal says on :

    waa, baguslah sarah..sy suke kopi o je..tak payahlah sarah susah2 buatkan sy air milo nnti,hahahahaha*perasan..:) sy tak fobio tapi cume geli je kat ular,hehehe..nak pegang boleh tapi rase geli gelemanlah,hahahaa

    Reply

Leave a Reply