Yang Merah Itu Saga

Assalamualaikum wbt

Entri lepas agak sensitif saya kira. Komen masuk berderet-deret dan semuanya mempunyai pendapat masing-masing tentang topik itu. Buktinya, setiap orang bagaikan membuat sub-entri menceritakan pengalaman masing-masing dan menyatakan pendapat tentang topik tersebut. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang berkongsi. Tapi maaf saya tidak mengulas satu persatu. Saya rangkumkan saja komen balas buat semua yang telah berkongsi pendapat. Semuanya bernas. Tiada siapa yang salah. Semoga kita semua belajar sesuatu daripada perkongsian itu.

Untuk mengurangkan ketegangan, saya hanya hendak menyudahkan tag daripada Kak Aleeya. Agaknya Kak Aleeya balas dendam pada saya ni. Tagnya tentang MERAH. Letakkan gambar baju, barang kepunyaan atau apa saja koleksi yang berwarna merah yang saya miliki dan terangkan kenapa saya memakai baju itu pada hari itu (kenapa memiliki barang itu). Jadi inilah gambarnya.



Gambar pertama kira-kira setahun yang lalu. Saya rasa baju itu tidaklah terlalu merah. Agak kemerah-jambuan. Gambar ini yang telah diedit untuk 1 entri lama tahun lalu. Gambar asalnya sudah tidak ada rasanya. Lupus bersama laptop lama yang rosak. Sebenarnya kebetulan saja saya pakai baju itu pada hari tersebut. Bukanlah sebab saya suka merah atau merah jambu.

Yang kedua pula ketika majlis Rumah Terbuka Tourism Malaysia Moscow 2 tahun lalu. Saya di tahun 3 waktu itu (erk… muka masih macam budak-budak). Sebenarnya bukan baju saya pun. Kebetulan ketika kami serumah bersiap-siap untuk ke rumah Kak Azizah, Pengarah Tourism Malaysia Moscow, kami bertukar-tukar baju. Saya pakai sajalah baju kurung merah ini. Sedondon dengan stokin lagi tu. Hihi. Saya tidak banyak barang peribadi berwarna merah. Baju pun, ada sehelai je kot rasanya yang berwarna merah. Itupun t-shirt universiti saya yang sentiasa bertemakan merah. Ini t-shirt sewaktu saya mewakili pingpong dalam kejohanan sukan tahun lalu. Paling habis, saya ada sikat yang berwarna merah hitam. Ha! Kalau merah saja saya kurang minat. Tapi sekiranya kombinasi merah-hitam, sangat kacak. Kak Aleeya, saya tiada kereta lagi untuk ditayangkan. Kereta kakak saya adalah. Merah juga warnanya. Baju kahwin warna merah pun tiada lagi. Tak bolehlah nak lawan akak nampaknya. Hehe.

Yang terakhir itu gambar cupcakes yang saya jumpa di internet. Saya belum pernah sentuh apatah lagi melihat dengan mata sendiri bagaimana rupanya cupcakes. Tadi adik saya Nan berjaya membuatkan saya cemburu dengan cupcakes yang dihadiahkan buat Farah sedikit masa dahulu. Huhu. Tapi saya berkenan sungguh dengan cupcakes yang ini. Itu sebab saya menggunakan avatar ini kebelakangan ini. Dan kenapa saya letakkan gambarnya? Pertama sebab ada warna merah. Kedua kerana kata-katanya yang manis.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

31 Responses to “Yang Merah Itu Saga”

  1. Anonymous says on :

    cik sarah, disimpan sakit diluah salah, tp senyum yg sikit itulah penyeri wajah sarah

    Reply

  2. Aleeya says on :

    sarah, tq siapkan tag ni..
    ade ciri2 best student ni, bg assignment cpt siap hehe

    sungguh sweet sarah berbaju kurung
    cantek sarah ni :))
    kek merah tu lak sungguh la teruja melihatnyeeeee …

    sama la kita tak byk kaler merah..yg ade kebetulan saja..

    in future, boleh letak gamba kawen sarah lak, hehe tak sabar nak tunggu detik2 itu, adehhh akak lak yang over yer..he he

    Reply

  3. WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) says on :

    SaRaH >:D<
    WaHhH…
    CoMeYNYe SaRaH 😛
    MuKe SaRaH aDe iRaS² DgN CuZZiN WaNa…
    NaMe DiE , FaRaH 😀
    NaSeB BaeK BuKaN SaRaH JuGaK…
    KaLo x…MmG WaNa Dh iNGt Yg SaRaH aDeLaH FaRaH…
    aHaKz !

    Reply

  4. Anonymous says on :

    Saya dulu kelas merah masa dajah 1
    salam 🙂

    Reply

  5. Rynn Cowbra says on :

    sarah,ingatkah dikau tentang conversation kite tentang sarah dan farah?*larikkk!!

    hiks!
    ryn suke kaler merah.
    manyak gak mende merah lau x silap.
    merah itu hotness!hiks!

    sarah,nape muke lam gambo kedua tuh cam penat jek?
    uper x bermaya.

    Reply

  6. Hafizuddin Awang says on :

    salam KS.
    OMG. kalo 4 biji snikers, tu dah dikire lapar sesungguh hati tu. selapar2 saya pun xkan timbulnya selera utk telan snikers sbnyk tu.haha. anyway cuba2 la usha kek camtu kat krasni oktyaber kat rinak tu. cam penah tnampak je kek bhias ala2 cam tu. bleh la hilangkan kempunan utk lihat kek camtu. =)

    Reply

  7. akak says on :

    mm..tak tau la nak komen ape ari nie. Tapi nak tulis jugak, saje je nak memenuhkan ruangan nie…hehehe.

    Reply

  8. shazwani adnan says on :

    salam.

    Merah! Merah membara semangat waja..

    hihi. wanie takda rasa nya barang warna merah! =)

    Reply

  9. CJ says on :

    saya ada barang warna merah yg terpaksa dibawa kemana-mana waktu kerja. iaitu PEN MERAH.

    yg lain rasanya takde. tak suka warna merah. lagi2 bendera merah putih yg ada keris kt tengah2 tuh. :)ops! hahaha

    Reply

  10. haniffzaid says on :

    hai kak sarah~

    Reply

  11. WanHidayat says on :

    Merah…bak api yang panas…kecil2 jadi kwn bila besar menjadi lawan…gambau tahun bila la tu cik Sarah oiii…hehehehe…chomeyyyy dan manisssss….gula…madu….

    Reply

  12. menteil says on :

    skang muka dah matang ker??
    haha…

    Reply

  13. shazwani adnan says on :

    Ceh, baru pagi ni wanie teringat! telefon wanie kan warna merah. Merah yang ala2 ganas gitu.huhu

    Reply

  14. fathiyyah says on :

    salam ks..nak tanya sket,tapi lari ket dr tajuk entry ks ni..
    hmm sy selalu pegi kelas naik metro,jln sorg2…bahaya sgt ke?
    ni ha ada org berleter dr tadi..adeh2..

    Reply

  15. Tyra says on :

    merah. sy jrg ade benda warna merah ni.. maybe sbb kaler dia garang..
    hehehe… btw, u look sweet in red. 🙂

    bukan ramai org yg leh look good in red tau.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Anon:
    erm.. terima kasih.

    Kak Aleeya:
    ada ciri2 best student ye? hihi. doa2kn la ye. gmbr baju kawin, tu kena tunggu bertahun2 lagi la nampaknya. nk bina kerjaya dulu. tp lain la kalau ada yg nak. ye dak :p

    Wana:
    wana wana wana! nnti sampaikan salam pd farah. tringin jgk nk tengok muka dia 🙂

    Oneib:
    oo. kelas nama warna2 asas ye? hehe

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn ku sayang:
    mmg gmbr kedua tu time penat. kitorg serumah attend rmh terbuka tu utk tolong kak azizah pengarah tourism tu uruskn food n beverages. kena layan budak2 yg ramai tu lg. sy siap kena incharge bancuh n refill jug nescafe panas lg tu. wow. merah tu hotness ye. utk awk sesuai la kot. utk sy x la. hehe. awk sgt cantik manis hot bergaya dgn kebaya merah tu. hihi. apa yg penah kita cite2 psl sarah-farah tu dulu, sy akn ingt sampai mati. mana boleh sy lupa cite tu :p

    Judin:
    haaaa! jgn tertipu. tu edit saje2 je tu. time tu kitorg di Devi’s. lepas balik dr colours of the wrold di PFU. lg pun, ks mana makan coklat pun. huhu.

    Akak:
    hehe. terima kasih sbb setiap hari pun akak jenguk kt sini 🙂

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    cuba fikir elok2. yeke takde barang warna merah. selain henfon kamu tu, kamu ada bape helai t-shirt merah kan. ks ingt sbb gmbr kamu di tasik dgn grp kamu, kamu pakai t-shirt merah tu. kan kan?

    Cikgu Jawe:
    haa… pen merah yg dh abis dakwat hari tu dh diganti dgn yg baru ye cikgu? bagus2. gitu la gaya seorg cikgu sejati. tak dapat dipisahkn dgn pen merahnya. hihi.

    Hanif Zaid:
    hai hanif!! akak tak sangka sungguh kamu jumpa blog akak. dh 3 thun lebih lost contct dgn kamu. seingat akak, last sekali jumpa kamu, wkt tu kamu sakit n balik rmh. kebetulan akak ada kt rmh kamu wkt tu. skrg kamu mcm mana ye? akak dh hilang semua no. mak lang, pak lang n maya. abg hafiz, haikal n mira apa cite la ye? rindunya kt kamu semua! nnti akak balik akak ke shah alam insya Allaj. x pun, klu ada rezeki, jumpa kt kampung je nnti 🙂

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    aishh dia ni. tang mana yg manis gula madu pun tak tau la. huhu. tu gmbr 2thn lepas n thn lepas. gmbr baru2 x de yg warna merah. klu letak pn, nnti ada org rompak lg :p awk ni balik dr singapore, sihat ke?

    Menteil:
    huhu. soalan yg memerangkap. skrg matang skit la kot. hahha.

    Wanie:
    tu la pasal. ks wkt baca 1st komen tu pelik sat. seingt ks, fon kamu tu trang tang tang dh merahnya tu kan. hihi.

    Thia:
    kalau nk banding sana dgn sini, sini lg la bahaya. n ks ni lg la selalu sorg2 walau ke mana je ks pegi. kelas yg pagi buta gelap2 subuh2 tu pun ks redah sorg2. secara tersuratnya, ks membuat perbandingan, takde la bahaya pun kalau kamu pun selalu travel sorg2 kt sana. it doesnt make any diff 🙂

    Tirah:
    setuju dgn awk tirah. warna merah ni nmpak garang. tu sbb sy x de barang warna merah sgt. uhuk. batuk2 sy baca. boleh la amik jd kn semangat in case kot nnti bakal suami nk kawin tema merah. hahha. anyway, thanks tirah 🙂 apa2pun, sy ni comot. x reti bergaya2 ni :p

    Reply

  20. Faresya Fareed says on :

    merah….ks suka warna merah x ah?(x de idea nih)fare nyampah r kat skolh skang.abis sistem tenet tu block everything!!kan dkat yahoo mail yg moden tuh bole chat kan?dia nk loading lma giler.sdah2 ptus.blogger sma di block!adei..apa salah aku nih!(kecewa)
    pe2 pun..be hepii ks. XD

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fare:
    alahai. kesiannya dia. kt rmh, xde broadband ye? ke sbb kamu duduk dlm kwsn army camp so x boleh pasang broadband? sabar2 ye. jgn tension2 kt sekolah sbb internet plak 😉

    Reply

  22. Inah says on :

    tomeynya cik sarah pakai baju merah 🙂

    setiap orang ada warna yang sesuai..macam akak..akak nampak ceria bila pakai baju kaler coklat n biru..

    sarah plak mcm mana?

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    warna ceria utk sy ialah hijau dan coklat cair. tp sy suka ungu. klu pakai ungu, double ceria. hihi

    Reply

  24. myfisol says on :

    hmm….merah mengingatkan saya pada “the reds”..hehe..bola lagi….juga bunga raya, yang berbunga indah kat laman rumah bro sekarang nie..

    Reply

  25. arsaili says on :

    merah sangat la mak ngah?

    Reply

  26. mAkCiK De' KiPaS says on :

    sarah yg merah! hehehe… bile sarah letak gambar cupcakes, baru perasan, dah lama rupanya tak buat cupcakes. sarah, nak buat cupcake senang je, guna je resipi kek biasa, butter cake ke, coklat kek ke, pastu letak dalam acuan dia… pastu buat je aising ape2 untuk decorate kat atas kek tu!

    Reply

  27. faisal says on :

    cik sarah, ni mesti ngah berhempas pulas, chaiyok2!! pasni mesti dah merdeka dan lapang je fikiran,hehe..bleh ar terbang ke udara ye..:)

    ermmm, rasenya baju sypun byk yg merahlah..tapi u look nicelah sarah in red,hahahahaa…:P

    Reply

  28. fathiyyah says on :

    salam ks..betul tu…hari tu,terok betul sy kena berleter..adoi2…hehe

    thnks ks..

    eh,pantun yang ks tulis tu dah sebati ngn jiwa saya..
    sy nak hadiahkan akak satu pantun

    apa guna pasang pelita
    kalau tidak pada sumbunya
    apa guna bermain mata
    kalau tidak dgn sungguhnya..

    ni pantun pertama yan sy jumpa kat perkisas..cikgu rosnaini n cikgu noraini suh sy berlatih nada ngn pantun ni..terus sy hafal n ingat sampai skrg..
    hehe..
    rindu pada pantun..huuuhu
    take care ks!

    Reply

  29. zz says on :

    salam muhibah..

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    ya rabbi bro ni. tak abis2 dgn bola dia ye 😀 wah. patriotik ada bunga raya kt laman. sy ada bunga ixora merah je la kt laman tu. hihi.

    Bro Arsaili:
    hehe. mmg sy mak ngah pun. eh belum mak lg la. skrg cik ngah je lg 😀

    Azah:
    azah, thanks bgtau mcm mana buat ni. baru sy teringat yg awk penah buat cupcakes dulu! aishh.. sy patut dh rujuk ke awk dr awl lg 🙂

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    wkt awk komen tu, sy x ke hosp pun lg. exam sy ptg td. hihi. alhamdulillah warna2 beterbangan lg. lepas ni boleh la relax skit smpai hujung mei. acai, sy pakai apa2pun nice kot. hahha. abisla sy kena sekeh kepala lps ni :p

    Thia:
    wah. indahnya pantun! apa mksud kamu dgn ni pantun 1st yg kamu ‘jumpa kt perkisas’? maksudnya ni pantun yg ditulis dek org lain ke? ke penulis2 hebat2? apa2pun, mmg pantun ni best. indah bunyi dan maksud 🙂

    ZZ:
    salam muhibah kembali 🙂

    Reply

Leave a Reply