Teman Ke Hospital

Assalamualaikum wbt

Semalam, abang saya yang seorang ni, yang katanya muka dia macam Rosyam Nor, dengan gembiranya telah memberikan saya tag percuma. Bila tengok tagnya, macam menarik. Jadi saya rajinkan diri untuk buat. Bro Hasrul, saya balik Penang nanti jangan lupa Pasembor ye.

Tag: (Diubah suai ikut suka hati dia je) Barang-barang di dalam beg sandang/dompet/poket/tangan.

Setiap hari saya ke hospital membawa beg sandang coklat saya tu. Kalau perlu bawa scrub dan bekal makanan, baru saya guna beg lain warna ungu pula. Jadi, dalam beg itu ada:
1) Lab coat – Wajib dibawa setiap hari.
2) Stethoscope – Harta paling berharga yang saya ada sekarang
3) Passport Malaysia – Tak bawa, silalah cari saya di balai polis terdekat.
4) Kad – Saya beli hampir sebulan lepas. Nak kirim ke Malaysia tapi betul-betul masih belum ada masa. Jadi sentiasa ada dalam beg.
5) Fail lutsinar – Saya isikan nota-nota harian. Yang telah disiapkan terlebih dahulu di rumah dan juga nota ketika di hospital. Ada buku rujukan Psychiatry, pen dakwat basah Pilot G2-05 dan cecair kertas (liquid paper).
6) Dua buah buku cerita – Yang saya akan baca bila masa rehat (jika saya tidak main Sudoku). Di Atas Sajadah Cinta adalah novel kiriman Tuan Haji Sabtu yang saya terima sebulan yang lalu. Sebuah lagi adalah buku Wahai Ananda (Wasiat Al-Ghazali Atas Pengaduan Seorang Muridnya) yang saya pinjam daripada Iman Al-Wahdy (masih ingat Iman?). Kedua-dua buku ini adalah terbitan publikasi Indonesia. Sangat menyentuh jiwa.
7) Kad pelajar – Yang saya isikan dalam pemegang kad dan diluarnya saya kepilkan bersama pas bergambar untuk memasuki bangunan rumah.
8) Buku rekod exam – Yang berwarna merah gelap itu. Di dalamnya dicatatkan semua keputusan exam saya sejak di tahun pertama.
9) Kad perpustakaan – Berwarna merah terang. Tak pernah bertukar tempat.
10) Losyen badan Body Shop – Digunakan untuk tangan saja. Bau strawberi. Saya tidak suka pakai sarung tangan ketika sejuk. Rimas. Jadi untuk mengelakkan kulit kering, wajib ada losyen.
11) Pelembap bibir Vaseline – Warna neutral. Wajib dibawa ke mana saja.
12) Ubat – Yang wajib dibawa ke mana saja. Ubat apa? Ahaaa…
13) Kunci rumah – Tapi biasanya saya tak perlu risau tentang kunci. Bila saya keluar pagi-pagi, mereka semua masih tidur lagi. Bila saya pulang, semuanya sudah ada di rumah.
14) Cermin mata kedua – Dalam bekas bewarna ungu (sebelah beg). Saya ada 2 pasang. Yang ini saya gunakan dalam keadaan tertentu saja.
15) Beg duit – Adalah sedikit duit (tak sampai seribu rubles, memang kempis je), kad-kad penting dan gambar emak dan ayah.

Di dalam poket pula, hanya ada telefon bimbit Samsung. Warna merah hati, buka tutup (flipped). Yang ini saya selitkan di dalam poket depan seluar. Telefon inilah kawan yang paling banyak berjasa mengejut bangun dan sebagainya. Dan kadang-kala telefon ni jugalah yang buat saya tiada mood.

Di tangan pula, saya memakai jam Polo San Francisco yang saya beli 4 tahun lalu. Jangan suruh saya tukar. Selagi tidak rosak hancur, saya tidak akan tukar. Saya sayang jam ini. Muka jam ini berwarna ungu gelap dan jarumnya serta numerikalnya bewarna silver. Cantik.

Saya terasa hendak melampiaskan tag ini kepada beberapa rakan yang berlainan bidang dengan saya:

1) Cikgu yang paling saya sayang – Cikgu Jawe
2) Ibu kepada si Damia yang terlampau comel – Kak Aleeya
3) Seorang yang sangat rajin belajar dan bekerja – Kak Inah
4) Kawan saya yang comel dan nun jauh di Glasgow – Mimi Amilia

11 Responses to “Teman Ke Hospital”

  1. Mimi Amilia says on :

    alamak kena tag..ehehe nanti saya buat ek.
    sarah, apa beza spek yg dipakai dgn spek yg kedua ni? bawak passport sentiasa ke?saya tak bawak pon takut beg hilang..dengan passport sekali hilang pulak.lagipon guna student card pon dah ok

    p/s: Yup, prof Yuri is russian. Dia tu mcm bapak2 tau..sedey la dia dah takde.

    Reply

  2. shazwani adnan says on :

    salam.

    Untuk makluman semua, kat sini kami kena sentiasa membawa pasport. KAlau tak, betul kata KS, cari di balai polis berdekatan.

    Sekarang ni, dlm beg wanie ade satu benda yg wajib bawak ke mana2 saja: Gastral. Haha.. selepas insiden yang menspoiltkan mood shopping kita di Manezh semester lepas. After final Microbe. KS ingat? =)

    Reply

  3. Aleeya says on :

    erkk kena tag yer..hehe..

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    adeh!. kena tag lagi. yg tahun lepas pun x jawab lagi. haha..

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    wuuhuuu.. ada klinik sulaiman le kt moscow. hehe 🙂

    Reply

  6. Inah says on :

    kena tag rupanya 🙂

    Reply

  7. djambu puadovich says on :

    al-ghazali ada wasiat kpd ananda? anak murid dia tu india ke? kui3…

    Reply

  8. Hasrul Halid says on :

    Pasembor??? huh! kat Padang Kota tu pun masyuk gak.. errrr… macam ‘djambu’ tulih, ananda tu sapa? Ananda Krishnan ka? Takkan Al-Ghazali pesan kat ananda Krishnan kot? Ni yang ‘Moskil’ nih!

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Mimi:
    hehe. gadis cantik yg telah ku tag dgn jayanya tanpa rasa bersalah. hehe. spect ke2 tu back up je. kadang2 mata sy ni mcm x ngam dgn spect yg 1st. esply klu kurang cahaya. so, kena pakai yg ke2 ni. kt sini, kami sntiasa kena bawak je passport tu. police kt sini ngada2. kadang2 tu, saja je cari salah. klu ada je yg x kena dgn dokumen diri, duit la yg dia mintak. apa lg kan. thanks ye mi sbb baut tag tu 😀

    Wanie:
    ha! ks sntiasa ingat ubat apa tu. erk.. jgn lupa makan dgn elok sblum ke kelas.

    Kak Aleeya:
    saja je tag kak aleeya. sbb nk tgk ada tak pampers damia dlm beg tgn akak. huhu.

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    ngahaha.. saje je tag cikgu. nak tgk apa khazanah alam yg cikgu usung ke sekolah :p erk.. klinik sulaiman tu di temerloh la cikgu. sy bawak stok byk dr rmh. kt sini, ubat sy tu 2kali ganda lg mahal. huhu.

    Kak Inah:
    thnk u sbb dh siapkan!

    Yeop:
    alahai yeop. tu buku indon. sebutan ANAKANDA jd ANANDA je. camtu la yeop. bukannya india. hehe.

    Bro Hasrul:
    haa! pasembor padang kota pun jadilah. sedap amat dh tu. dh bertahun dh tak pergi sana. mcm yg dh dijelaskn, tu ejaan ikut sebutan indon. ANANDA tu sebenarnya ANAKANDA. huhu. abis sume kliru yek :p

    Reply

  11. faisal says on :

    Slm sarah,
    Sy nak tengk buku rekod exam bleh?hahaha..macam ayah awk plak,hihii..:)bagus betulla sarah ni..teratur je:)
    baru tahu sarah suka warna pink juga,hehehe…:)kalau sy buka beg sy agaknye ada lipas mati tahun lepas punye kot,hahahahaa

    Reply

Leave a Reply