Review : Pilihanraya 12 Negaraku Tercinta
“Burung apa tu, Pak?” tanya seorang anak.
“Burung murai” jawab si bapa.
“Burung apa tu, Pak?” tanya anak lagi.
“Burung murai” jawab si bapa lagi.
“Burung apa tu, Pak?” tanya anak mengulang benda yang sama.
“Burung murai” jawab si bapa penuh sabar.
“Burung apa tu, Pak?” tanya anak dengan muka penuh ingin tahu walaupun sudah tahu burung apa itu sebenarnya.
“Burung murai” jawab si bapa dengan tenang walaupun dia tahu anaknya itu sudah tahu burung apakah itu setelah berkali-kali dijawab soalan yang sama.
Itu saja. Tiada selingan lagu raya selepas dialog itu. Boleh kamu semua kaitkan adegan apakah yang senarionya sama dengan situasi di atas? Bukan petikan daripada mana-mana cerita Senario ye.
Sebenarnya 4 hari yang lalu saya melihat sebuah iklan pilihanraya kita di youtube (yang ditayang dengan jayanya di TV). Tali-bertali sandar-menyandar. Aduh. Perlu ke dibuat iklan yang sebegitu? Saya bukan apa. Terasa seperti yang punya iklan itu hendak memberitahu sesuatu yang orang sudah tahu tapi itu kisah lama. Dan sebenarnya orang dah taknak tahu pasal itu. Bukan bermaksud hendak melupakan tapi benda dah sedia ada dalam kepala, terangkan banyak mana sekali pun, orang akan jadi meluat dengar.
Situasi seorang anak, bapa dan seekor murai tu saya kaitkan dengan kesabaran pihak-pihak yang terlibat dalam arena politik negara yang berperanan untuk menerangkan kepada rakyat, atau masyarakat yang sebetulnya, tentang situasi yang ada dan kebenaran yang perlu ditegakkan walau penat macam mana sekalipun keadaannya. Kesabaran, kesabaran dan kesabaran mereka baru kebelakangan ini difahami dan dimengertikan kenapa. Kesabaran yang menuntut hati bekerja bersama rasional. Dan yang lebih utama, bertindak kerana iman dan bukan kerana kehendak peribadi.
Sejak demam pilihanraya melanda di mana-mana saja, saya juga turut tidak mengecualikan diri. Mungkin ada yang memperlekeh. Apalah yang saya dapat ubah sekalipun saya berkobar-kobar sekarang ini. Jawapan saya mudah. Sekurang-kurangnya saya tergolong bersama mereka yang celik. Di sana nanti, jika disoal, ada jawapan oleh hati saya, tangan saya, mata saya, mulut saya tentang tanggungjawab yang saya pikul.
Dan apabila wujud perbezaan, tak dapat dielakkan, persengketaan pun timbul. Hanya disebabkan berbeza latar belakang politik, ada yang hendak bergaduh bertegang urat menegakkan pendirian masing-masing. Saya bukan jenis yang begini. Tapi saya jumpa ramai yang begini. Banyak kali juga dalam masa 2 minggu ini saya berhadapan dengan rakan-rakan yang menyindir secara reverse psychology. Bagi saya mudah. Dengan orang yang begini, tiada guna kalau meninggi suara bergaduh tak memasal. Kita senyum, diam dan teruskan dengan kerja sendiri sudah. Saya ingat lagi 1 insiden hujung minggu lepas. Saya terserempak dengan seseorang (saya yakin dia tidak baca blog saya). Berfalsafah segala macam tentang kebersamaannya dengan kerajaan biru dan kebenciannya dia pada keputihan bulan dan mata serta roket angkasa. Mulanya saya mendengar sajalah. Bagi saya, tak perlu pun saya menjadi minyak mahupun air dalam situasi itu. Tapi kemudian saya diprovok apabila dengan sengajanya keperibadian tuan-tuan guru dan kethiqahan mereka dibanding-bandingkan dengan beberapa pengkhianat agama. Ini melampau. Akibat diprovok, saya deras. 200 km sejam.
“Eh, kot ye pun taksub dan suka pada yang satu ni, janganlah sampai kita mendatangkan fitnah pada orang yang faqih agama. Siapa kita nak menilai diorang. Jangan sebab nak jaga pride (maruah), bukak cerita orang lain pulak sampai nampak yang orang lain tu lagi buruk. Buruk sendiri pulak sorok belakang, simpan dalam CD, DVD kat rumah je. Kita bukan budak-budak lagi. Jangan sebab seronok sebab yang awak suka tu banyak hidurannya. Dan jangan pulak sebab takut kalau BA naik, banyak pulak yang agamanya.”
Ok. Saya tahu saya agak tajam waktu itu. Maafkan saya kawan. Saya sensitif bila agama dipersenda. Saya rasa saya bukan dalam kategori emo. Tapi kerana saya peduli agama. Saya tidak boleh dengar jika para ulamak dipersenda. Sehinggakan yang sudah selamat pulang kerahmat-Nya juga diungkit sama. Itu namanya menghina. Kalau saya ini peguam, saya saman awak ni. Atas akta menghina. Awak, takut tak dengan saya? Nasib baik saya bukan peguam.
Bagi saya, jangan disebabkan berbeza pendapat, kita bergaduh sesama sendiri. Tidak perlu begitu. Dan bukan begitu anjuran agama. Mengapa kita ada perbezaan kaedah feqah dalam setiap mazhab? Sebab dengan perbezaan itu memberi peluang untuk kita membuat penilaian dan perbandingan. Mana yang terbaik, yang itu kita guna. Dan sebenarnya perbezaan ini memberi peluang untuk kita lebih berfikir dan membuat timbang tara. Bukan untuk bergaduh bertekak sana, bertekak sini.
Lagi yang menjadi perhatian saya adalah fenomena berkempen di Malaysia. Walaupun saya tidak dapat melihat dengan mata kepala sendiri keadaan perang bendera dan poster di sana, tapi saya dapat gambarkan bagaimana situasinya. Saya buka dan baca dan lihat dan kaji banyak blog yang berkongsikan gambar ‘langit berdacing’, ‘bulan mengambang sejuta di awan biru’, ‘mata bukan matahari’ dan ‘roket terapung tak sampai ke ISS’. Semuanya semangat. Semangat berkempen. Tapi satu yang saya kurang setuju di sini. Ini membazir namanya. Beribu dihabiskan untuk poster-poster ini saja. Nanti akan dipungut buang juga. Ambil contoh di Rusia ini. Pilihanraya memilih parti mahupun presiden tidak ada langsung poster-poster membazir ini. Dan apa yang lebih menyedihkan, ada poster-poster menghina. Meletakkan gambar ‘kerbau pendek’ (baca: khinzir la tu) bersebelahan dengan gambar Tuan Guru Nik Aziz. Ini melampau. Kata-katanya pula: Pergi jahanam dengan agama. Hidup Melayu. Selamat pagi encik. Siapalah kita ini kalau tiada agama. Apalah yang ada pada bangsa kalau agama dibuang begitu saja. Sedih betul melihat mentaliti manusia yang sebegini.
Tentang SPR pula. Ini satu lagi masalah negara. Kenapalah kisah ketulusan dan ketelusan SPR masih hangat panas tak sudah-sudah sejak dulu. Saya sudah mula mendengar isu SPR ini sejak saya kecil lagi. Zaman Semangat 46 masih hidup marak. Ketika musim pilihanraya itu, semua orang Semangat 46 marahkan SPR kerana kononnya Ku Li kalah sebab SPR tidak telus. Apala-apalah. Nak cakap banyak, saya sudah ingat-ingat lupa kisahnya. Dulu saya tidak tahu SPR itu apa. Sama seperti SRP ke? Atau SPR itu juga sebuah parti? Masih kecil. Sampaikan waktu itu saya tidak tahu yang mencabut poster-poster adalah satu kesalahan. Tapi saya geram sebab papan tempat duduk buaian yang saya, Kaklong, Nan dan dua orang sepupu selalu naik di tebing rumah pun menjadi tempat tampalan poster. Kalau kami dengan slumber duduk atas buaian itu, nanti ditangkap kerana ‘membontotkan’ dacing pula. Haha. Ok. Saya agak ganas kali ini. Dan bagi PRU12 ini, SPR mulanya memberikan janji manis. Macam orang baru hendak berkahwin. Baru bertunang, dah tunjuk belangnya. Belum menikah lagi. Tak best lah begini. Hilang seri hubungan itu. Sepatutnya ketelusan dan ketulusan itu dizahirkan sejak dari sekarang. Sepatutnya, dizahirkan sejak dari dulu lagi kan. Ini belum lagi majlisnya, sudah nampak semua. Sudah hilang sparkling mereka ini. Ok. Tak lucu. Cuma yang terbaru ini tentang penggunaan dakwat dimansuhkan. Selamat petang pula encik. Apa kes ni? Bau belerang sudah mula menghangatkan ak47 setiap mata-mata yang menanti silap salah di majlis itu nanti. Jaga-jaga ya. Jangan sampai ditembak hidup-hidup di atas pelamin. Nanti ramai yang ucapkan selamat malam terus.
Ok. Saya sudah terlalu ganas untuk hari ini. Maaf salah silap terkasar bahasa, tertajam kata, terpanah petir terkena nyawa-nyawa yang ada dan terbakar jiwa-jiwa yang sedang panas membara. Maaf. Ini pendapat dan luahan seorang anak Malaysia Muslim yang mahukan Malaysia lebih intergriti, Islam lebih diberikan hak yang dominasi disamping agama lain tidak didiskriminasi dan bangsa Melayu yang sedar diri.
Esok harinya. Sudah dekat masa untuk semua membuat pertimbangan akal dan iman, bukan nafsu dan keinginan. Hak kita semua untuk melihat Malaysia yang lebih madani dengan hak ukhrawi tidak dikesampingkan dan hak insani disamaratakan. Dan esok juga Hari Wanita. Selamat Hari Wanita. Jadilah wanita yang membawa perubahan nusa pada hari esok ya!
“Dan bahawasanya kepada Tuhamulah kesudahan (segala sesuatu)” An-Najm : 42
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
Di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu
Daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belah dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing-Mu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka!
waah bersemangat betol Sarah. bagus2. saya suka semangat pada tmptnya. Saya setuju dgn Sarah pasal, jgn sbb perbezaan, kita bertelagah, bertegang urat, x elok tu kan. Tp tu lah, geram juga apabila ada mereka2 yg melampaui batas. Bila susah baru ingt agama. bila senang dibuang2.ok, saya teremo pulak.ok Sarah, stay cool ya.=)
Reply
sarah…yang pasal bendera tu kan…azah pun setuju gak la…sebabnya kan, naik bendera pelbagai, tapi bile kene hujan semua pun jatuh kat tanah.. pastu naik bendera baru, bile hujan jatuh lagi…memang lah membazirkan..
*still lagi terkejut sarah dgn wanie nyanyi lagu birthday dari moscow!*
hehehe…terima kasih ekk korang…. dah tak sabar ni nak pergi mengundi esok pagi! harap-harap bulan terang!
Reply
ya Sarah… jadilah kita wanita yang matang dan membawa perubahan. Insya Allah~~ 😉
tahukah gelora d tanah air ini mcmana?? terasa mcm… PRU 12 ini akan menjd pilihanraya yg TER… pd abad ini.. TER apa tuh.. x tau lah… sampai ada yg berani buat andaian… PRU 12 akan jd pilihanraya berdarah… (waahh… lihat saja rumah Pengerusi SPR yg sudah d simbah cat merah…).
walauapapun… doa2kanlah sekalian di sini yer… 😀
Reply
berdoa kepada ALLAH semoga kemenangan akan berpihak kepada parti yg berpaksikan kepada ajaran ISLAM yg benar
insyaALLAH..
Reply
waduh2 kak sarah… sedih2 tgk malaysia skang ni… esok adalah penentu masa depan malaysia… minta2 lah bulan terang… huhu.. terang2 selalu…Amin… yup, hari wanita esok… dan juga hari jadi sami velu… muahahaha… http://www.youtube.com/watch?v=YnBPBFtc310
Reply
Nak puasa tengok BULAN.. Nak raya tengok BULAN.. nak bersalin tunggu cukup BULAN.. nak pangkah pilihanraya tak kan tak pangkah BULAN.. ni lawak standard..
Maka BN pun jawab.. di dunia memang la tengok BULAN.. di akhirat nanti kena tengok DACING jugak.. HOOOO lagi berfikiran jauh pulak DACING ni..
Amarahnya cik Sarah.. bagi saya perang bendera tu perlu.. bagi parti tak berduit.. dia simpan balik semua ni.. tapi bagi parti yang kaya raya.. dia buang je.. tu yang nampak semak.. 2 3 tahun baru lupus poster2..
Jadilah celik.. malu belajar tinggi2.. tapi tak boleh mencari kebenaran.. hidup bukan takat hadap buku semata.. sok ngundi.. berdebar-debar pulak.. =)
Reply
Hidup sarah sebagai presiden!!!!hehee..emm, bila kita bercerita pasal ni secara tak langsung mmg akan geram ngan pihak2 tertentu,huhu:) sarah tak baca akhbar2 malaysia hari ni..yg beli kat kedai punye version:) sume cerita pasal achivement kerajaan BN hampir penuh page akhbar*smile..Is this another publicity stunt by the BN to gain last minute votes?..
To be honest I don’t think I want to see BN out this round, a sudden revolutionary change is also not healthy, a steady evolutionary like change is better..BN will still rule but at least they know someone is watching their back now..
Most opposition parties are now more multi-racial but they still lack the in depth representation to put malaysia on the right path and lead the nation forward as a whole…byk kena perbaiki..u know how i stand on this matter right..:)
well, these are real observations of an ordinary citizen like myself..so, my fellow friend come out and vote for the future of our children and grandchildren, for a malaysia with less abuses, mismanagement and corruption…for a ebtter malaysia..:)
Reply
Salam Dinda,
Sedih dengan orang Melayu. Sudahlah ditipu, masih redha ditipu. Masih memangkah si penipu. GE kali ni lebih nampak revolutionary drpd bangsa lain. Cina dan India dah mula tuntut hak diorang balik. Gara gara NEP (New Economy Policy) Tun dulu yang banyak membelakangkan hak hak kaum lain.
Kerajaan lepas sepenggal sudah terbukti gagal membela orang Melayu lagipun. Jika mereka sungguh nak bantu orang Melayu, kenapa masih ramai yang hidup miskin sedangkan duit Malaysia dan Petronas beratus billion setahun? Sebab nak bagi kenyang kroni sendiri. Itupun masih ada yang sayang lagi. Baru diberi scholarship, baru disogok RM 200 semasa kempen dah sanggup nak gadaikan pendirian & masa depan generasi akan datang dengan pimpinan yang terang terangnya menindas.
Takpe saya yakin, walaupun bukan skrg kalahnya mereka, tapi Allah pernah berfirman, tiada kerajaan yang kekal di atas bumi, contohnya kerajaan Nabi Sulaiman yang begitu besar dan seluruh jin dan binatang taat setia di bawahnya pun tersungkur apatah lagi Kerajaan memerintah dahulu yang penuh korupsi, maksiat dan lain lain.
Biar belajar tak tinggi, janji dpt membezakan hak dan batil drpd belajar jauh nun melangit tapi masih lagi x nampak bangkai gajah di depan mata hehe.
Sudah jadi extended entry pulak. Permisi dulu. daaaa.
Reply
tang memilih pemimpin tepuk dada tanya selera tapi tak perlu kondem orang hanya kerana tak sama idea. berdiam diri ada baiknya, tapi kadang2 kita kena bercakap juga :)-
Reply
Ayuh sama2 kita solat hajat dan berdoa..
esok 8hb
bulan terang di bumi Malaysia tercinta..
mudah-mudahan, Insya Allah
Reply
cuma nak komen pasal poster. sarah kata ia membazir kan. hmm.. pengalaman masa kat UKM dulu, kami bila nk pilihanraya kampus, kos poster dn barang2 guna buang akan diambil dari sumber haram atau syubhah mcm wang dividen simpanan bank (masa tu belum ada kewangan islam), keuntugan pelaburan ASN (masa tu fatwa kebangsaan hukum haram pelaburan ASN) dan lain2. tapi bukan dari sumber mencuri atau merompak tau.
mungkin kaedah yg sama diguna pari politik yg baik yg ditadbir org2 baik2.
Reply
sarah dah lama sgt dok russia, sampai nak tembak org pun pakai автомат калашников 47 (AK47). hehe, senapang teroris la tu sarah. pakai la senapang yg baru sket, made in ISRAEL. muahaha
Reply
selamat hari muslimah, ks!
Reply
Salam ziarah,
Insan maju dan mulia dengan Islam. Tanpa Islam, kita hanyalah makhluk yang hina dina.
Jom undi dengan DOA 🙂
Mudah-mudahan Allah pelihara pilihanraya kali ini dari fitnah dan kemungkaran.
Amin
“Nahnu ansarullah, wa ruuhuna ruuhuljadid”
Reply
salam ks.
berkobar-kobar ye ks. wakaupun ks kata “apalah yang saya dapat ubah sekalipun..”, tapi pandangan dan tulisan ks mampun mempengaruhi pendirian seseorang tau. hehe.
saya tatau sgt pasal politik. tatau sape baik, sape jahat. tapi saya tanak tgk muslim mertekak sesama muslim, sgtlah bodoh. sedangkan org2 kafir gelakkan kita. sampai ada poster khinzir, pe jadahnye?
i didn’t vote for any. but i’d like to see the opposition rule, for once. i’d like to see changes. changes might be good, or bad. but still, changes.
Reply
Nampak pada mata kasar manusia yg lemah ni, pemimpin dilantik atas sbb undi, tapi hakikatnya Allah yang maha esa yang tentukan pemimpin atas sbb amalan manusia. Sama dgn percaya kita pada nilai duit kertas walaupun hakikatnye, duit tu kertas je. Kalau semua manusia pakat ignore nilai kertas tersebut maka tak laku lah ia. samalah dgn mengundi.
Kpd penulis blog, amat tidak sesuai utk mengatakan dgn adenye 4 mazhab utama, dgn itu bisa kita memilih yg mana terbaik utk kita. Adanya 4 mazhab tersebut rahmat dari Allah supaya kesemua sunnah Nabi s.a.w tidak diabaikan.
pendapat saya yg daif ini.
Reply
happy womens day! i don’t really care what the occasion is, as long as we get the day off 🙂
i wonder if we will ever get to see a clean malaysian election in our lifetime. i’d settle for reasonably fair play, people being respectful of each other views and policies, and a general common purpose for victory: to serve the community, whoever it is that wins.
coz right now? it’s all about the money/power/wealth/ststus.
makes a person seriously contemplate migration, thinking of the future like this. sigh.
Reply
Sarah, sy sudah mengundi… pertama kali~ 😀 sy gembira!!!
Reply
sarah!entry yg agak panas!hehe..tapi saya setuju ngn idea awak.vote tue vote jugak, tapi bermasam muka jgn sesekali,kan?
patutnye msia kene ikut US buat open debate.nie pak lah taknak plak.takut ape ntah.kalo die betol,buat ape nk takut! nie nampak sgt kan sarah?
btw,kitorg hari2 dlm kelas discuss pasal politik msia.guess wut..kitorg lapan2 (group kitorg 8 org je) seme opponent! =)
Reply
salam.. apakah kejayaan ini sebahagian smbangan karyamu??? thanks… n congrats.
Reply
perak dah jd negeri pembangkang ni. pahang bila lagi? hehe
Reply
salam sarah..akak gembira ngan keputusan kali ini..
KL dan Selangor menyaksikan perubahan ketara 🙂
Reply
you children dont know anything about politic..pity!
Reply