Sabtu dan Koir The Gaudeamus

Assalamualaikum wbt

Petang Sabtu yang lalu, saya telah diajak oleh pensyarah subjek Philosophy saya untuk menghadiri sebuah persembahan koir. Mdm. Irina Hendrihovna telah memberikan saya tiket persembahan itu sejak 2 minggu yang lalu. Dalam fikiran, saya menggambarkan koir ini pastilah membosankan kerana saya terbayangkan persembahan koir seperti di Malaysia. Namun begitu, jangkaan saya silap.


Dewannya bertaraf 4 bintang. Dan rupa-rupanya kumpulan koir yang kami saksikan itu adalah sebuah kumpulan koir profesional yang telah mewakili Rusia dalam perbagai pertandingan dan persembahan di serata dunia. The Gaudeamus. Begitulah namanya. Kumpulan koir ini telah berusia 40 tahun dan ahli-ahlinya terdiri daripada jurutera, arkitek, juruteknik komputer, pegawai bank dan ahli muzik yang telah mula aktif dengan seni koir sejak menuntut di Moscow State Technological University yang terletak di utara Moscow.
Bersempena ulang tahun ke 130 universiti tersebut, mereka mengadakan konsert khas pada 1 Mac lalu sekaligus sebagai meraikan hari pertama musim bunga mengikut kiraan kalendar (walaupun hakikatnya bumi Moscow masih bersalji). Antara lagu yang didendangkan dalam sesi pertama konsert itu ialah Mizerre, Lasciate mi morire, Stabat Mater, Ave Maria, The Mavis dan Bonzorna Madonna. Ini semua merupakan lagu-lagu karya komposer di zaman Renaissance. Dalam sesi kedua pula, lagu-lagu klasik-moden zaman sejarah cinta para bangsawan pula diperdengarkan. Jika dalam sesi pertama tiada solo utama diketengahkan, namun bagi sesi kedua ini, ada 3 orang solo hebat memperdengarkan suara mereka. Yang paling memikat hati saya adalah suara seorang graduan universiti tersebut yang baru tamat belajar tahun lalu. Suaranya boleh membuatkan dewan hening dan memberikan fokus 200% padanya. Lebih-lebih lagi dalam lagu Prende la vela dan Verano porteno.

Persembahan Koir Antarabangsa daripada The Gaudeamus ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah. Bermula pada jam 5 petang dan berakhir sekitar 7.30 malam. Saya terus bertolak pulang selepas persembahan kerana pada jam 8.30 malam, saya ada mesyuarat pula.

Inilah kali pertama saya menghadiri persembahan koir seperti ini. Saya cuba menaikmuatkan video-video yang saya rakamkan di Youtube tapi tidak berjaya. Nanti saya cuba lagi. Jadi ini sajalah sebahagian daripada persembahan Prende la vela yang dapat saya kongsikan.

Ups maaf. Ini promosi khas buat pelajar I.M Sechenov Moscow Medical Academy: Blog PPIM MMA telah diwujudkan. Harap rajin-rajin ke sana ye. Tak lama lagi sesi berkempen untuk lantikan AJK baru akan bermula. Sila dapatkan info terkini di sana. Nawaitu online juga boleh dibaca di sana.

12 Responses to “Sabtu dan Koir The Gaudeamus”

  1. cikgu jawe (yg masih merajuk) says on :

    sarah tgk koir? mcm tak percaya pula. tapi kena percaya sebab sarah mmg minat karya2 sastera dn seni kan.

    lepas ni sarah boleh le hadir pementasan puisi kt KL ye..

    Reply

  2. MK says on :

    saya mungkin tak suka koir, tapi saya suka Opera. bukan opera bangsawan tu, Opera si pelayar web itu. ha3

    tahniah atas penubuhan blog ppim mma tu. saya nak buat bende yang sama gak di jmti ni sebenarnya. di sini nawaitu dipanggil Al-Fikrah, dan buat masa ni saya satu-satunya editor Al-Fikrah. tapi entahlah, saya masih amat kurang ilmu agama untuk buat benda2 macam ni..

    Reply

  3. 13may says on :

    sekali sekala layan koir ni memang best !

    🙂

    Reply

  4. fattnieniey says on :

    not a fan of choir sngt.
    tapi,best jugak diorang ni.
    40 thn dh,mane taknye.

    p/s:best nye kalau dpt tgk teater melayu again.

    Reply

  5. Rynn Cowbra says on :

    ryn dulu kan,jd pengerusi kelab koir.

    tp lau buat psembahan,mst dpt part x best. jd osinato berirama saje:|

    urg yg buat munyik : aaaaaaaa.

    Reply

  6. fizz says on :

    sarah,

    hebat yer kumpulan koir ini, ahlinya2 terdiri daripada gol.profesional, pasti x rugi kan pergi tengok,hmm saya tetiba terasa nak msk koir plak *huahaha 🙂

    Reply

  7. Faresya Fareed says on :

    koir….entahlah..kekadang best ek?hehe..mekaceh(4 wishng hepi besday)

    Reply

  8. cry4freedom. says on :

    Sudah lama x tonton mana mana koir. Rindu masa zaman rajin jejak kaki ke Istana Budaya & Filharmonik Petronas dulu, teater, musical show, orchestra dll.

    Bliss 🙂

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    sindrom malas jawab komen menyerang kembali.. yeehaa. sy takde mood sgt hari ni. sbb esok sy akn bz dr pg smpai ptg.

    kesimpulannya, choir group ni mmg best! n sy mmg nk sgt tgk pementasan drama melayu lg di msia. best tau. terasa hidup dlm 1 dunia lain je kalau tgk.

    untuk Khairul: blog tu khas yg uni kami je. yg 1 russia punya ada dlm pautan kt blog tu. maybe kamu boleh gunakan laman web IMAM RSC tu utk jd kn rujukan ke. nak buat kerja2 mcm ni mmg perlukan semangat. jgn mudah putus asa ye. ks kagum sbb kamu sanggup tungkus lumus jayakan al-fikrah utk JTMI. moga2 jd saham utk kamu di akhirat insya Allah.

    Reply

  10. Anonymous says on :

    salam..
    sarah, is it possible to have de lyric of uploaded choir in English version?
    Tu pon kalo x bz, understood that med student always swamped with stuffs 😉

    Reply

  11. faisal says on :

    bagus2, sypun suke tengok koir ni sarah..tapi lagi best kalau tengok coral speaking,hehee..:P sy rase cam diaorg cakap jawe je,hahahahhaa*sbb tak faham langsung…

    Reply

  12. MK says on :

    coral speaking? saya juga suka.. suka tengok bebudak tu kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap terjengket-jengket. comel. haha

    Reply

Leave a Reply