Kehilangan
Dulu saya pernah ada seorang kawan baik. Yang sangat baik, rapat dan memahami. Sejak tahun pertama, itulah orang yang paling saya percayai di sini. Sewaktu cuti musim sejuk tahun kedua, itulah teman saya belajar secara maksimum untuk persiapan peperiksaan Anatomy. Dan begitu juga sebaliknya bagi dia. Berkongsi nota, menegur kalau malas dan mendengar bebelan saya adalah perkara lumrah kalau dia buat perangai.
Di saat duit JPA masuk lambat, kami pernah berkongsi duit mana yang ada (emak masukkan duit untuk saya) dalam tempoh hampir sebulan. Sama-sama ke pasar membeli barang dan memotong perbelanjaan bulan itu untuk berjimat. Susah senang bersama-sama pada waktu itu.
Ketika saya menyewa di luar, dialah teman yang paling banyak menolong ketika saya susah. Banyak betul dugaan ketika di tahun tiga. Tapi seronok. Susah senang itulah yang membuatkan saya menghargai dia sebagai sahabat baik saya di sini. Hampir setiap hari akan bergayut di telefon menceritakan ‘perkara terkini’ dengannya. Macam-macam terma yang kami cipta yang hanya kami fahami. Botol, Daging, Ikan, Air, Hot-hot eh dan macam-macam lagi. Lucu sungguh. Dia pandai dan rajin memasak. Kagum betul saya. Jadi, selalulah saya dapat makan apa-apa yang saya hajatkan (sebab dia bagi peluang saya membuat permintaan). Roti canai, murtabak, popia dan macam-macam lagi. Oh ya. Kami berdua pernah terkenal sebagai pembuat kuih cek mek molek seawal kedatangan kami di sini! Dulu, jika saya buatkan roti canai, dia akan buatkan kuahnya. Semua tahu, kuah dalnya sangat sedap.
Mulai tahun keempat, tidak tahu di mana salah silap hujung pangkalnya, kami mulai menjauh. Jika sedikit tak mengapa saya rasa. Tapi ini terpisah yang bagaikan ada tembok tinggi. Sehinggakan, jika kami bertembung mata dan mata pun ibaratnya satu perkara janggal. Inikan pula berborak mesra.
Jujurnya, saya sedih. Saya sedih bila dia sakit, saya tidak meletakkan haknya sebagai sahabat pada tempatnya. Saya sedih sebab persahabatan kami ibaratnya sudah tidak wujud langsung. Dan saya rasa seperti mustahil untuk dapat menyambung kembali persahabatan seperti dulu.
Aduh. Melankolik pula cerita kali ini. Sebenarnya saya tidur awal malam tadi dan bangun pagi ini, saya teringatkan dia. Sebenarnya dari semalam saya asyik teringatkan kisah persahabatan sekerat jalan ini. Saya fikir-fikir semula di mana silapnya. Tapi tak tahulah pada siapa dan di mana punca semua ini terjadi. Benda dah nak jadi, tak dapat buat apa juga kan.
Tapi, memang lumrah kehidupan, tak semuanya kekal sampai bila-bila. Berhadapan dengan kehilangan adalah sesuatu yang perlu kita hadapi dengan kuat hati. Biarpun sekarang kita rasa kita sudah berada dalam zon selesa kita sendiri, bersiap sedialah menghadapi sebarang bentuk kehilangan yang bakal mendatang lagi.
Saya juga sedang mempersiapsediakan diri untuk rasai kehilangan lagi…
teringat plak lagu mawi..kian jauh,kian hilang..kasih antara kita..xpe2 gambatte!! salam dr hiroshima.
Reply
salam sarah..
sedih juga bro membaca kisah sarah ni…sememang benar sahabat adalah amat penting bagi kita….lebih2 lagi bila berada diperantau dan berjauhan ngan keluarga…merekalah tempat kita berkongsi suka dan duka….tetapi pertemuan dan perpisahan itu kehendak Allah
mesti ada jalan untuk berbaik lagi…unless lah ianya terjadi atas2 sebab kritikal…
sekadar meminjam ungkapan wife bro…”sahabat sejati ibarat cahaya, …kau lahir, kau hadir dan bererti”..
cewah..bermadah pulak..
Reply
Slm sarah, mmg begitulah lumrah hubungan sesama manusia..ada pasang dan surutnya…tapi tak bermakna kita bleh menyerah camtu je..:) maksud sy mybe ssarah bleh utuskan surat meluahkan perasaan kat dia..cerita kenangan2 awk ebrsama dia dulu..:)
At least dapatla kurangkan skit perasaan tak selesa spt yg awk rase sekarang*smile..kalau dia tak terima its ok..at least awk dah buat yg terbaik utk selamatkan hubungan itu..:)
percayalah, ramai lagi yg pernah rase benda yg sama spt sarah ni..cume bagaimana seseorang tu atasinya berbeza..ada yg gembira dan ada juga sebaliknya..:) chaiyok2!!!
Reply
meh sini kat azah π
Reply
I can’t afford to loose the ones that i really love anymore,but i really happy if i can loose this one…parlimen dah bubar yeay
Reply
“lose”-alamak selalu tertukar eja
Reply
hhmmmmm, tak tahu ler nak ckp camner
Reply
hai! salam kenal..akak pn org temerloh gak
Reply
salam,sarahku.
kenapakah ini π
xmo lew sedey2,shayang.
sarah ade ape2kah?
meh cter ngan ryn pat! >:/
Reply
takpe.. mungkin dia pun merasakan apa yang sarah rasa. mungkin dia pun rindukan sarah. dia pun nak mulakan semula persahabatan dgn sarah, tapi dia rasa segan juga mcm sarah.
apa kata sarah yang mulakan dulu. insyaAllah..
Reply
salam k sarah.
blog sy hilang. its just gone, just like that. i didnt do anything. mcm ada org hack (er, ada ke org hack blog?)
so i have no mr blog. sedih sgt rasa kehilangan ni. it has been with me for so long, and now. its gone.
k sarah ikut nasihat cikgu jawa ya. kadang2 kt kena beralah…mg dipermudahkan.
Reply
cuba je utk berbaik semula..x salah nak bermaaf-maafan..kalo malu nak bersemuka..mungkin boleh cuba menelefonnya bertanya khabar atau menulis surat
kan sarah terer menyusun ayat π
Reply
salam sarah,
setuju dgn acai.sbb sis pon pernah rasa bende yg sama
Reply
salam sarah… lama tak mengomen kat sini… apa khabar?
hm.. rasanya mcm tahu sapa. tegurlah dia bila berjumpa, masa ada keramaian ke, majlis apa2 ke, sure terjumpa kan? eh bukan sekelas ke? ke saya tersilap org ni?
saya ckp senang tapi saya paham sukarnya nak bermula balik dgn org yg pernah kita sgt rapat dulu…
anyway good luck!
Reply
sarah.saya macam tau je sapa sahabat awak tu.moga kita semua sntiasa di bwh perlindunganNya iAllah..ameen
Reply
siannyer…blog dh update..nnti gi tgk tau..:)
Reply
Biasalah sarah…
Saya banyak mengalami rakan-rakan yang hilang.. Bukan hilang sebab kematian, tapi hilang tanpa sebab munasabah…
Pada saya sukar untuk mencari sahabat.. Walaupun serapat mana pun kita belum tentu akan bertahan selamanya,…
Reply
salam sarah..
terpanggil utk menurunkan komen utk kali ni..
sy teringatkan silap sy dulu.. membiarkan perkara mcm ni berlarutan.. akhirnya dia pergi.. x sempat nak berbaik, mintak maaf etc.. sampai skrg menyesal..
harap sarah x buat mistake yg sama.. for whatever reason that both of u r getting apart, resolve it fast ya?
itu je nak ckp.. salam..
Reply
ks you’ll work thing out i’m sure. in the mean time, you have us!
Reply
nak kongsi tazkirah ari nih..:)
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:βRasulullah SAW bersabda βTiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.β
so, senyum2 even penat ye sarah..
Reply
Sesungguhnya sahabat adalah segalanya dalam sebuah kehidupan yang bersifat masyarakat….kita perlukan teman yang baik…yang mendidik….yang dapat mengajar erti kehidupan….percayalah, tiada istilah kehilangan dalam persahabatn…semoga kenangan lalu kembali bertaut…berdoalah….
Reply
Salam buat semua.
Rajawali Terbang Tinggi: (cantiknya nama) π
oh.. lagu mawi tu eh. hihi. salam kembali dr moscow π
Bro Fisol:
sy akn cuba buat yg terbaik utk make sure plg abis pun boleh bercakap mesra semula. bila dh duduk dlm situasi ni, bru tau susah ke tak nk hadapinya kn. waa.. wife bro pun pandai bermadah ye π
Faisal:
hmm… nak cerita smula kenangan2 dgn dia? mcm susah je. sbb totally apart. apa2pun, sy lega dpt tulis kt sini. mana la tau kn. kot2 dia baca ke. rasa mcm nak cerita semua je kt sini tp nnti ramai plak budak2 sini yg kenal. hehe. betul tu acai. sy tau ramai je lg yg penah rasa mcm ni…
Azah:
nak peluk azah kuat2!! π
Anon aka Oneib:
so, cubalah jauhi diri kita drpd buat silap π n undilah dgn penuh hikmah nnti ye π
Maksu:
Doakan sy n dia berbaik semula je la ye maksu π
Reply
Kak Idashah:
salam kak.. waa.. akak temerloh kat part mana? sy kat jln triang. abt 10minit dr bandar. hihi. π
Ryn:
haah la ryn. dlm byk2 cerita yg sy kongsi dgn awk, cerita ni sy skip. hehe. later la ye. skrg sy bz sgt… :(…. uwa….
Cikgu Jawe:
dah banyak kali sy cuba mulakn dulu cikgu, tp jd janggal. dia pn tak bg respon.. sedih sbnarnya. balik dr kelas je, misti teringat2 psl ni… π
Nabilah Hani:
haah la nabilah.. apa dh jd ye? takpe2. its never too late to start a new 1 π tp yg lama tu byk kenangan n rahsia kn π hihi. insya Allah akk akn cuba ikut lg nasihat cikgu jawe.. insya Allah.. insya Allah..
Kak Inah:
haaa.. tulis surat?? ooo tidak2. sgt tak sesuai…! ermm.. tp sy akn cuba cara lain. insya Allah. harapnya, sblum abis belajar, sy dgn dia dh ok smula..
Sis Honey:
ala siannya sis.. kiranya kita ni sama la ye π
Reply
Amani:
yup.. awk sgt tahu n kenal org tu.. ok ok.. diam2 sudah ye π ntah la aman. thing just didnt work out the way we wanted it to be.. aaaa.. be strong!
Sarah:
terima kasih Sarah! yup. itulah orgnya. sy yakin awk tahu n faham sikit sebanyak kan.
Faresya:
ks bz sgt skrg. nnti ks free ks gi tgk ye fare π
Zool:
trma kasih sudi singgah sini π n trma kasih jgk atas nasihat tu. sy akn cuba yg terbaik utk pastikn kami akn berbaik sblum abis blaja kt sini insya Allah..
Dr. Am:
oo.. sy rasa sy tau kisah mana yg kamu maksudkn ni.. harapnya kisah sy ni tak jd sesedih itu.. trma kasih atas nasihat tu dr. am. sy akn cuba yg terbaik. insya Allah.
Maddie My dear:
thanks alot maddie! weekend ni kita usrah ye π
Faisal:
Acai, trma kasih banyak2.. ni sy tgh senyum ni. nak bertolak ke hosp dh ni. doakn sy ye π
Hidayat:
jadilah teman yg baik utk sy ye. yg dpt mendidik n ajar sy erti kehidupan.. trma kasih dayat. eh, jaga diri ye. cepat2 sihat!
Reply
dlm hidup ini..bertemu berpisah itu adat dunia….kite xkan tahu bertapa besarnya makner pertemuan selagi x wujudnya perpisahan kerna selalunye perpisahan akan mengajar kita makna idup yang sebenar….
“bersahabat tidak hanya ketika bersama dan berdamping….sekalipun jauh berpisah, masih tetap di ingtan”
Reply
hilang kawan memang tak best. yang baru datang, yang lama pergi.
saya doakan kak sarah baik semula dengan die ye..
Reply
abah pernah berkata;
“ramai sungguh bernama kawan,
jarang sekali bernama sahabat”
sahabat sejati mmg sukar dicari, sukar diganti.
moga Allah ubati segala salah/silap/dendam di dalam hati dan rapatkan semula kamu berdua.
amin.
Reply
kdg2 kita anggap dia kwn baik tp..rupanyerr dia ada agenda dibelakang kita..
hati2 yaa sarah !!
~ bila nak balik mesia??
Reply
Saya tinggal di Malaysia tercinta.
Saya berada di Malaysia.
Saya akan mengundi 8 Mac ini untuk pertama kali.
Sekian terima kasih.
Reply
Kak Ryn:
alaa.. sedih plak sy baca ayat2 kak ryn π tu la.. harapnya kami akn berbaik smula. erm.. rindu la dgn madah2 kak ryn π
Khairul:
khairul yg kecil lg comel, ks rindu la sama kamu. hihi. sat lg ks akn jenguk2 lawat2 kamu ye *wink* tu la.. harapnya kami akn ok smula.. harapnya!
Salam Ziarah:
terima kasih sudi singgah sini π ermm.. sy tak penah simpan dendam pd dia. tp tu la kn. ntah knpa jd mcm ni. harapnya 1 hri nnti akn elok kembali. kirim salam pd abahnya ye.
Auntie Combi:
aishh.. insya Allah dia takde apa2 agenda π sy balik bulan 6 nnti auntie. lambat lg. huhu.
Hawa yg suka berlaga dgn sy:
ewah2. sy tak mengundi lg thn ni. duk luar ni, bahaya guna undi pos. haha. kan kan. sy nak kenali siapa calon tmpt sy kt sana, baru boleh undi dgn baik. tmbh plak, undi dr luar ni, ditukar abis semuanya. baik toksah. huhu. selamat mengundi la ye wahai hawa yg suka benor berlagak dgn sy! :p
Reply
Salam Sarah;
kalo saya jadik Sarah pon saya sgt sedih.ye la, sbb sahabat la yg buat kita jadik kuat kan.saya pon x suka kalo ada sahabat2 saya yg bermasam muka dengan saya. Sarah tak guna org tengah ke tanya apa yg terjadi, manalah tau,kot2 mau dia nak cakap. tapi yg lain tu kita berserah pada Allah je.Semoga Allah memudahkan urusan..
Reply
saya pun mengundi utk pertama kali taun ni π
kehilangan sbnrnye akan membuatkan kita lebih matang dalam menghadapi kehidupan π
Reply
saya pernah mengalami perkara yg sama, tapi lelaki ego lebih kot…ahaks..tak rasa apa pun walaupun dulu kawan rapat. Tapi punca menang dah diketahui dan bukan salah saya.
Saya jenis yg menghargai kawan, walaupun jarang berjumpa, kekadang ada satu ketika dan satu masa, tetiba teringatkan mereka…doa buat mereka semoga sentiasa diberkati.
Benda yg baik memang sukar utk mulakan, tapi ayuh…make d first move
Reply
saya pon rindu bangat sama kak sarah… ^^
hoho… mungkinkah kawan kak sarah itu telah membaca entri ini… mungkin2. kalau dia baca, kem salam sket kat dia ek, hehe
Reply
Salam Sarah..sedihnya baca kisah Sarah. Akak pun pernah rase semua tu. Berkawan dr usia 7 tahun sehingga tamat SPM (satu kelas hingga ke Form 5) sambung pulak kat U tapi malangnya separuh jalan je..tak tau mana silapnya. Kesudahannya sampai sekarang kami tak pernah mesra macam dulu lg.. Rindu rasenya kat dia sebab selama nie dah mcm adik beradik. :(.
Harapnya Sarah usahakanlah apa yg patut,sementara masih berpeluang supaya endingnya takla jadi macam kisah akak. Atleast kita dah cuba. All the best!! Akak doakan Sarah berjaya.. :))
Reply