Tanda Ingatan Dari Mimie

Assalamualaikum wbt

Mimie Azrin membalas dendam pada saya. Saya dah kasi dia coklat, dia kasi saya tag semula. Saya pula bosan petang ni. Suka-suka untuk diri sendiri, jadi saya siapkan juga tanda ingatan tulus ikhlas dari Mimie ni.

1. Name one person who made you laugh last night?
Wanie. Dia suruh saya simpan duit untuk kawin. Ada ke patut. Dah la dah tengah malam dia cakap tu :p

2. What were you doing at 0800?
Kejut Pena bangun solat Subuh (di sini masih waktu Subuh lagi).

3. What were you doing 30 minutes ago?
Berborak pasal masa depan (beli kereta).

4. What happened to you in 2006?
Menempuhi zaman kesusahan bergelar pelajar. 3rd year memang sangat susah dan memenatkan. Dan diakhirnya menempuhi zaman kegemilangan. Semua papers excellent. Alhamdulillah.

5. What was the last thing you said out loud?
Apa korang semua ni? (saya jerit pada Pena dan Wanie yang menempel kat sini cakap pasal entah apa-apa)

6. How many beverages did you have today?
Semug nescafe saja.

7. What color is your hairbrush?
Merah hitam. Simple je. Dah lama sikat ni dengan saya tau. Ehem. Sebut pasal merah hitam, saya tahu ada orang senyum baca ni. Hehe.

8.What was the last thing you paid for?
Malam tadi pergi beli barang makan di Mini Market.

9. Where were you last night?
Dalam bilik je. Study dan belek-belek Friendster. Takde kerja betul.

10. What color is your front door?
Coklat cair. Kalau kat Malaysia, warna putih.

11. Where do you keep your change?
Dalam satu kotak mengkuang kecil kat atas meja kecil tepi katil. Kotak tu set Body Shop punya sebenarnya. Banyak sangat syiling dalam tu. Tak larat nak usung dalam purse. Huhu :p

12. What’s the weather like today?
Salji mencair. Jadi macam hujan. Langit kelabu je. Saya rindu langit biru terang tang tang.

13. What’s the best ice-cream flavor?
Coklat. Saya kurang makan yang lain.

14. What excites you?
SMS from family.

15. Do you want to cut your hair?
Tak mau ok.

16. Are you over the age of 25?
Saya masih muda 🙂

17. Do you talk a lot?
Bila rasa nak cakap, saya cakap. Tapi kat kelas, saya akan diam je.

18. Do you watch the O.C.?
Tak pernah tengok dan saya tau saya tak minat cerita-cerita macam tu.

19. Do you know anyone named Steven?
Steven? Tu adik saya tu. Haha. Takde la deknon oi. Takde sorang pun yang saya kenal nama ni.

20. Do you make up your own words?
Erm.. Takde kot. Cuma saya selalu guna beberapa perkataan yang orang lain jarang guna. Siapa boleh teka? Hehe.

21. Are you a jealous person?
Rasanya tak 🙂 Kalau ye pun, simpan sendiri dan buat-buat matang la. Hehe.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Acai. Haaa. Silalah senyum.

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
KI. Abg Khairil la tu. Siapa lagi kan.

24. Who’s the first person on your received call list?
Ada nombor sorang junior call dari airport pagi tadi waktu saya tengah tidur lagi. Sampai sekarang saya tak tahu dengan siapa saya bercakap tadi. Budak tu pun meribut je cakapnya. Huhu.

25. What does the last text message you received say?
Ikhwan. Junior saya. Bagitahu pasal masalah visa dia. Erk. Baru saya sedar saya ni pusat rujukan orang yang ada problem je dari pagi tadi.

26. Do you chew on your straw?
Saya masih waras. Roti kosong yang saya suka makan setiap kali breakfast tu jauh lebih sedap daripada straw tau. Hehe.

27. Do you have curly hair?
Takde kot dalam adik beradik saya yang kerinting 🙂

28. Where’s the next place you’re going to?
Shower. Nak mandi. Hehe.

29. Who’s the rudest person in your life?
Russians in general! Huhuhuhu. Racist kan? :p

30. What was the last thing you ate?
Biskut yang saya beli malam tadi tu. Dah setengah bungkus dah. Matilah saya.

31. Will you get married in the future?
Insya Allah kalau ada yang nak.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Anak Halal. Tengok dengan housemates kat laptop 3 hari sudah. Saya tak pernah pergi wayang pun 🙂

33. Is there anyone you like right now?
🙂

34. When was the last time you did the dishes?
Sat tadi. Basuh cawan.

35. Are you currently depressed?
In a very good mood. Saya bukan PMS. Haha.

36. Did you cry today?
Tak. Takde kerja nak nangis eh.

37. Why did you answer and post this?
Mimie balas dendam. Jadi dia tag saya. Saya pulak bosan lepas study Therapy tadi. Hehe.

38. Tag 6 people who would do this survey.
Saya tak nak jawab soalan akhir ni. Baik kan saya. Selamatlah kamu semua kali ni 🙂

14 Responses to “Tanda Ingatan Dari Mimie”

  1. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    sis pon teringin nak tonton ANAK HALAL tapi masih belum ada kesempatan.masih ada 2DVD yg belum sempat layan.sis juga ada sowang kawan yg xpenah masuk wayang sampai la umo die skang..

    Reply

  2. Pengusaha Cowbra says on :

    da lame x nengok ape2 cter.

    almaklumlah kebisian x hengat donia :p

    *tersenyum sbb nampak sesuatu*

    =))

    Reply

  3. UncleJ says on :

    salam sarah..

    soalan dan jwpn bg no 31 dan 33 tu ada kaitan…betul kan?….hehehe

    sepatutnya jwpn 31 mcm ni: insyaallah..dah ada calon pun..

    no 33: please refer question 31…

    hehehehe..jgn marah ek sarah..gurau2 je..

    Reply

  4. .::anonymous::. says on :

    salam
    wah, ks dah tgk citer anak halal? best x? sebelum ni saya baca review psl citer tu cam kurang menarik je…tp best gak kalu layan citer melayu sebelum new term bermula ^^,

    Reply

  5. djambu puadovich says on :

    best ke cite tu? pernah terbaca komen faisal tehrani ttg filem tu…bunyinye camni…’satu lagi filem sampah yg xda faedah dlm industri filem melayu’…org sumtg like dat…

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Sis Honey:
    cerita tu tak best mana pun sis. cuma pelakon2 dia mantap. semua belakon best je. tp isinya biasa je. yg sy nak tgk sgt tu sbb FARID KAMIL berlakon. buah hati sy tu. hihihik.

    Ryn:
    haaa…. sy tau apa yg awk nampak! 1-0!! :p

    UncleJ:
    gulp.. uncle baca otak sy ke? hihi. patutnya mcm tu la kot *malu*

    Anon:
    ni shahrin ke? kan kan kan. hehe, sorry kalau salah teka 🙂 cerita tu takde la best mana pun tp pelakon2 n lakonan semua mantap2.

    Yeop:
    tak best sgt. pelakon je tip top. lakonan pun best. tu je. yg jd super duper sy nak tgk tu sbb farid kamil sy berlakon. hahha.

    Reply

  7. faisal says on :

    sarah, sy dah senyum sampai telinga ni,hehehe…:P waaa, nak beli kereta ke sarah? slbm tu tanye dulu acai ye..acai bleh bagi nasihat serba sedikit pasal kete nih..:)

    sy yg duduk mesiapun tak tengok lagi anak halal tu,hehehe…:P

    Reply

  8. Aizar Azman says on :

    wah..
    bestla cuti2..
    yeye,sy pon da start break 10days..sbb raya cina..
    best btol jwpn anda yer,nakal jugak budak nie!!

    Reply

  9. Mimie Azrin says on :

    33. Is there anyone you like right now?
    🙂

    hehehe…xoxoxoxox

    Reply

  10. Faresya Fareed says on :

    hehe..tag lgi…musim tag apa?hehe

    Reply

  11. myfisol says on :

    hmm..cite2 russia tak best ke Sarah?…bro teringin nak tgk cerita russia..

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    bagus… sy dh buat org senyum dh hri ni. ada jgk jasa sy kn. hehhe. oh. elok sgt la tu acai. nnti kita diskus2 psl kereta plak ye. mmg perlukn pndangan pun. anak halal tu toksah tgk pun takpe. baik baca buku cite berfaedah :p

    Aiza:
    sy nakal ye? ehehe. yeay. dh cuti. slmt berehat ye aiza 🙂

    Mimie:
    yup. someone is in my mind. pueh hati deme? ngehehe.

    Faresya:
    hehe. musim tgh tgh batal nak tag org n tgn yg ni plak tgh kemaruk boring. jawab je la :p

    Bro Fisol:
    ada! sy suka byk jgk movie sini. tak tau la ada yg DVD english ke tak. try la cari tajuknya Peter.fm, Zara dan Code Continential. CC ni berlako kt msia lg tu. tp peter.fm mmg best. hehe. sesuai la dgn jiwa org muda mcm sy ni kot :p

    Reply

  13. NagaBulat says on :

    Ulasan Faisal Tehrani pada filem Anak Halal.

    http://tehranifaisal.blogspot.com/search?q=anak+halal

    Terus saya malas hendak menontonnya.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nagabulat:
    terima kasih kongsi link tu. sy dah baca dh dulu tntang ulasan ni. sy tengok pun sbb dah takde cerita melayu lain yg dh di download. tengok je la. walaupun jalan ceritanya kosong dan kotor. bilalah agaknya msia nak ada filem yg betul2 best ye?

    Reply

Leave a Reply