Hari Tag Sedunia

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya terasa terlebih masa sekarang ini. Jadi saya bermurah hati untuk melangsaikan hutang-piutang dengan beberapa orang rakan blogger. Pertamanya daripada Auntie Combi. Untuk meletakkan gambar desktop saya. Jadi, inilah dia. Saya tidak sukakan sesuatu yang serabut. Saya suka sesuatu yang plain and simple. Tiada apa-apa rahsia pun di sini ye Auntie 🙂


Hutang kedua adalah daripada Thirah. Tak pasal-pasal, di awal tahun 2008 lagi saya sudah ditag (yang peliknya bukan Ryn yang mengetag dulu).

[One]
Who was your last text from?

WaHi. Huhu. Dia kata dia di ofis hari ni. Tu je.

[Two]
Where was your default picture taken?

Kat Kremlin. Waktu keluar jalan-jalan sorang-sorang 2 bulan lepas.

[Three]
What’s your FULL name?

Siti Sarah Binti Mohd Shukor. Tak penah hayat ada orang panggil nama penuh ni untuk kegunaan harian :p

[Four]
Your current status?

Bujang lagi. Future status: Akan kahwin satu hari nanti :p

[Five]
What is your current mood?

Lapar. Hari ni saya puasa sunat Isnin. Saya puasa dari hari Khamis lepas. Dah 5 hari dah non-stop. Macam bulan Ramadhan je rasanya.

[Six]
How old are you?

Si masam 23 (bak kata Hidayah, adik saudara saya)

[Seven]
If you could go back in time and change something, would you?

Takde apa-apa kot. Allah always knows best to put things in proper place. Jadinya, syukur ajelah.

[Eight]
What’s your favorite color(s)?

Ungu. Tapi barang-barang saya banyak warna coklat cair. Layan je.

[Nine]
Ever had a near death experience?

Penah! 1 Mei 1993. Boleh baca kat entry ni.

[Ten]
Something you do a lot?

Waktu tak cuti, study sampai 9 jam duduk di kerusi dalam bilik. Waktu cuti macam ni, internet jelah.

[Eleven]
Who can you tell ANYTHING to?

Myself. Simpan sendiri je.

[Twelve]
Name someone with the same birthday as you.

Cikgu Jamaliah. Bekas guru bahas saya di KISAS dulu. Waktu birthday kami hari tu, saya mesej cikgu dan cikgu balas macam ni: Selamat hari lahir wahai puteri. Saya sayang kamu macam anak sendiri dah Sarah. Jaga diri baik-baik. Moga Allah panjangkan umur kita untuk jumpa lagi tahun ni. Cikgu Jam, saya sayang cikgu jugak!

[Thirteen]
If you could have one super power what would it be?

Boleh terbang balik Malaysia ikut suka hati.

[Fourteen ]
What’s the first thing you notice about the opposite sex?

Jari tangan. Saya suka tengok jari yang runcing dan kemas. Hahahaha. Dan juga suara. Kalau auuww gitu, saya cabut! (ada kenangan pahit la lebih kurang. Ahaks)

[Fifteen]
Favorite season?

Musim durian. Huhuhu. Durian Jerantut sangat heaven gitu!

[Sixteen]
Do you still watch kiddy movies or tv shows?

Tak. Saya sangat jarang tengok TV.

[Seventeen]
What are you eating or drinking at the moment?

Saya puasa la Aci. Sat lagi berbuka nak masak asam pedas ikan je kot.

[Eighteen]
What language do you speak?

Bahasa Melayu, Inggeris, Arab (still improving), Russian (still improving) dan Bahasa Temerloh terchenta.

[Nineteen]
Describe your life in one word.

Blissful… Alhamdulillah 🙂

[Twenty]
Do you have any tattoos?

Saya budak baik yang hidup beragama 🙂 Jawapan soalan, fikir sendiri.

[Twenty-one]
Who was the last person you hung out with?

Dengan Wanie petang semalam. Pergi ke Pizzerissimo. A birthday treat makan tak hengat kat sana. Lepas tu pergi ke Kremlin dan masuk Historical Museum tengok pameran emas dari seantero dunia. Nanti saya cerita ye.

[Twenty-two]
What are you thinking about right now?

Apakah caranya untuk membetulkan internet di rumah saya yang tak elok-elok lagi. Saya mati kutu bila takde internet. Dan apakah caranya untuk buat saya yakin diri, yakin hati. Banyaknya ganguan luar ni.

[Twenty-three]
What should you be doing?

Pergi pasar beli ikan untuk masak.

[Twenty-four]
Who was the last person that made you upset?

Abang-abang stream.ru yang tak aktifkan lagi internet rumah saya ni. Tukar ISP lain nanti, baru tau.

[Twenty-five]
What are you listening to?

Matta Band – Tak Bertepi (lagu ni ada dalam playlist saya sebab saya ambil daripada blog Ryn. Takde apa-apa signifikan pun lagu ni. Cuma best aje. Tak tahu pun takpe. Takde faedah sangat pun lagu ni.)

[Twenty-six]
Do you like working in the yard?

Suka! Kalau di Malaysia la. Saya akan cakar-cakar sampah dan lepas tu belek-belek bunga. Bunga pagar tepi rumah tu saya yang tanam waktu kecik-kecik dulu. Kan mak kan?

[Twenty-seven]
Who is with you?

Wanie dan Shahida (kat bilik Sha ni).

[Twenty- eight]
Do you act different around the person you like?

Entahlah. Ye kot. Tak jumpa lagi :p

[Twenty- nine]
What is your natural hair color?

Perlu ke tau? Huhuhu.

[Thirty]
Last time you were really happy?

Just now!!! Suka~

Ok. Hutang sudah selesai. Sekarang saya nak balik ke bilik nak berbuka dan lepas tu nak pergi pasar. Dan dengan rasminya, saya hendak mengetag:

Mimie Azrin, Adnan (adik saya), Salman (Abang yang tua 4 hari dari saya), Zuhdi Najib (aka Rain -fuh, perasan jugak kamu ni yek-adik saya yang lain emak, lain ayah) dan Farah (bakal adik ipar saya. Hehe). Sila buat dengan bersungguh-sungguh.

28 Responses to “Hari Tag Sedunia”

  1. nzuhdi says on :

    terbalik kak ngah, zuhdi najib. kadang-kadang farah, nan dan salman, mahupun mimie azrin memanggil saya rain. ingat, nama saya rain.

    p/s: serious kak ngah, macam mana nak study 9 jam? cuba share sikit, saya baru study skit, mulalah nak makan, nak korek hidung, nak terkencing dan pelbagai lagi, ha ha ha. cuba tuan haji jelaskan lebih lanjut. saya dengar kat radio ya.

    Reply

  2. echah_syed says on :

    TQ sarah ku..cian dia kena dera ekk.

    ~ cyg dia laaa ~

    Reply

  3. Faresya Fareed says on :

    syok r bca entry pasal tag2 ni..heheeee….^_^

    Reply

  4. Faisal R says on :

    Besame Mucho!! that’s my song!! promote my friendster’s page
    http://profiles.friendster.com/faisalramli

    tk aci somebody curi my song!! muahahahhaa

    Reply

  5. silent reader says on :

    besame mucho…. kiss me a lot….

    Reply

  6. Mimie Azrin says on :

    [now : sunrise and i’m already in my office; 7.00am]
    aiyak! shaye sudah kena~~~!

    p/s : 1st time kena tag ni..huhu~

    Reply

  7. faisal says on :

    sarah, kalau ditakdirkan bercakap ngan awk, kena guna bahasa temerloh tau,hahahah..

    btw sarah, rasenya tag desktop tu sy yg create dulu2 tau,hehe..bleh tengok kat link ni:

    http://faisalrahim.blogspot.com/2007/03/tag-show-me-ur-desktop.html

    have a nice day sarah..

    Reply

  8. ZackIdris says on :

    Sarah, ( i loike to pronounce Sae-Ra)

    allowing me to feel da sense of britishness in ur name. ha ha

    is dere any chance(s) da chatbox be inserted in ur blog. i find it inconvenient certain times to reach you without it

    Love u always,
    xxx

    Reply

  9. Mak Su says on :

    ish, mak su tak leh ler nak dok study 9jam gitu, cepat jemu + cepat ngantuk

    Reply

  10. Pengusaha Cowbra says on :

    sarahku shayang,sila kongsikan rahsia belajar sembilan jam itu!

    semalam punyer cter neh. ryn bajet nak tdo kul 8mlm-9mlm sbb penat yang teramat sgt. tp ryn bangun dekat kul 2pg. hahak!

    itu pun bape jam jek buat kije. haih~ xlarat,sarah. banyak sungguh gangguan syaitan neh.

    faisal r : eskius mi,lagu itu sudah berkurun dlm playlist saya. harap maklum.

    lalallalalla~

    Reply

  11. rightbrainer says on :

    salam kak sarah yang comel dan kuat belajar.

    seriously, cane nak belajar 9 jam? terkesima saya sebentar, melihatkan kak sarah yg begitu aktif menulis dan melawat blog, tapi ada 9 jam utk study!! gagaga

    berilah tips untuk membuang procrastination saya itu kak sarah… uwaaa

    Reply

  12. wanwma says on :

    akum..tanya sikit…Apakah sebenarnya tag tu? tak paham la..macam mana nak buat tag tu?

    Reply

  13. fathiyyah says on :

    salam
    ks..
    MENDEKA!!!YEAY!!
    hehe
    kak,maaf..sy tak tahu birthday akak bile
    so,happy belated birthday kak..
    hmm

    akak nak ape?nk bg hadiah ni
    hehehe
    take care kak!

    Reply

  14. wai says on :

    bahase temerloh tercinte. hehehe… nok nok pulok bercerite sambil tengoh makan ikan patin. isk isk isk…. sarah…sarah….

    Reply

  15. aNgRiAni says on :

    salam ziarah sarah…cantekkk blog awak…salam kenal juga yer…

    Reply

  16. tyrexia says on :

    terkesima membaca yg near death experience tuh. 😐

    Reply

  17. nowhere says on :

    salam…
    sudah agak lama sbnrnya mengikuti blog awak…
    awak sgt hebat menulis…
    cuma kali nie baru tergerak hati nak memberi komen…
    huhu….
    sumenya kerana kisah “hampir mati” awak tuh..
    kagum dgn semangat awak…
    teruskan menulis ya….
    dan salam perkenalan dr sy…
    wslm..

    Reply

  18. rightbrainer says on :

    atas dasar menyebok dan ingin tahu, dek komen kak tirah & nowhere, saya pun membaca near death experience kak sara…

    wow 0.o. terkesima lagi.

    kak sarah yang comel dan kuat belajar serta kental semangat perwiranya ^^

    Reply

  19. djambu puadovich says on :

    alamak…sarah, jari saya x runcing gitu…keh3

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Najib:
    ngeh~ akk dh betul kn. rajin2kan diri utk buat eh. kalau tak, takmau belanja air oren. wah3. rain la plak ye. adui. sejak bila la ni. mcm mana nak study 9 jam? kalau akk, akk jauhkan semua gangguan. internet pun akk offkan sat. so, baru boleh fokus.

    Auntie Combi:
    demi auntie ku yg sorg ni 🙂

    Faresya:
    patutnya ks tag kamu jgk kan. baru best! hehe.

    Faisal Ramli:
    weh. sempat lg promote2 ye. huhu. apa2pun, thnks sbb awk la yg buat sy suka amat kat lagu ni. best 🙂

    Silent Reader:
    eh, awk tau ye? bertambah2 la sy wonder sape la awk ni..

    Mimie:
    awalnya! knp awl sgt hari smlm? anyway, kalau taknak buat pun takpe mie. hehe. sy saje2 je tu 🙂

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    kita deal mcm ni, awk cakap bahasa temerloh, sy try cakap jawe. huhu. kita tgk sape lg terer. sure sy kalah kot sbb cikgu sy wanie bdk rmh sy tu. dia sndiri pun tak khatam jawe lg. hehe. oh, awk la yg create tag ni. nasib baik sy tag awk smula. kalau tak, mcm pagar makan padi. hehek :p

    Abg. Wan:
    1st of all, i miss u a lot. leave me ur number asap. so that i can call u n hv our monthly chit chat like heaven. hehe.hmm. abt the chatbox, i’ll give it a thought. myb abit later 🙂

    Maksu:
    kalau letih sgt, kadang2 sy syahid jgk kt meja. tu sbb sy ni hantu nescafe. peneman time study.

    Ryn:
    takde rahsia blja yg specific. cume sejak naik 5th yr ni, sy akan off internet time study melainkan ada benda nak tny kt grpmates, so baru sy on kan ym utk roger diorg. lain dr tu, sy baca doa sblm mula tu n wajibkn diri ada air smbahyang. baru segar. kalau rasa nak tersengguk, sy akn bangun sat dr kerusi n gerak2 sat. pastu duduk la study smula. tu je. takde yg luar biasa.

    Khairul yg comel: hehe
    hep hep. skrg ks tgh cuti la. so boleh la bernternet tanpa rasa bersalah. cuti smpai 7 februari ni. lepas drpd ks akn sibuk sgt33333. nnti ks takkan ada masa macam skrg ni dh 🙁

    wanwma:
    salam. oh, tag tu saja2 je sy buat. sbb malas nak tulis pasal benda lain. mcm mana nak buat? jawab je soalan2 1-30 tu semula. tu je 🙂

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    1st of all, terima kasih banyak2 🙂 2ndly, congrats dh abis exam. yeay. akhirnya kamu dh boleh rehat2 dh. hehe. hadiah? takyah la. ks ni dh t-u-a dh. hehehe.

    Kak Wai:
    hehe. nok nok pulok kalo lepas makan ikan patin tu, pekena cendol kat sebeloh mesjid temerloh tu. bapok la sedapnye wei. huhu. (uwaa.. rindunya nak cakap temerloh ni!)

    Angriani:
    salam kenal 🙂 terima kasih kak 🙂

    Tirah:
    cerita lama. tu sbb sy ni tak lawa. sbb dulu penah jd hantu. aummm!

    Nowhere:
    salam. oh yeke dh lama. maaf la kalau apa yg sy tulis ni kadang2 tak bermanfaat pun (eg: tag hari ni). kisah tu kisah lama. dh nak dekat 15thn dh. smga ada la skit pengajaran yg dapat dikongsikan 🙂 terima kasih sbb sudi baca blog sy ni 🙂

    Khairul:
    ks kan anggota flashman. kamu tak tahu eh? ks yg pakai baju pink tu. tu sbb ks kental lg semangat perwiranya :p

    Yeop:
    alamak..tak runcing ke? adeh.. kesian.. tp make sure kemas ye. heheh.

    Reply

  23. Cikgu Jawe says on :

    1. aku suka juga durian jerantut. bila la nk gi jerantut lagi.
    2. rajin puasa ye sarah. jeles aku. teringin nak rajin puasa sunat mcm dulu.
    3. erk.. jari aku pun runcing juga.

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    1.mari nnti kita pegi jerantut ramai2. kita serbu pasar malam jerantut ok cikgu!
    2.baik puasa utk isi masa cuti ni. terasa la buat pahala skit. hihi.
    3.adeh. tak tahan betul cikgu ni. hehe.

    Reply

  25. one says on :

    saya ingak nok poso 3 hari straight tapi ntah sekarang ni raa lapa sangat bila puasa,kalau dulu minum air kosong je sahur ok lagi

    teringat kat org tu bila sarah sebut blaja 9jam..yela dah tere pun spend masa begitu sekali,kalau yg below medio cam saya ni lagi la..ikutkan saya pun bz,tapi i need diversions to avoid distractions here and there,stail saya ngaji loni x supo dulu

    Reply

  26. cik ati says on :

    Sarah yang cun..
    Dasat ek pengalaman tu 😐
    terkesima 😐

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    sape org tu yg awk teringat tu? biasalah tu. makin lama kita ni makin tak larat. so, kena keep fit la. baru la ok je kalau kena puasa lama pun. hehe.

    Cik Ati:
    pleasshhh.. mana ada cun! pengalaman lama. but i treasure it though 🙂

    Reply

  28. nabilah says on :

    salam.

    makin saya kenal k sarah, rasa macam makin akrab. 🙂

    cikgu jam juga sungguh istimewa di hati saya. sungguh saya x pernah menyanyangi seorang guru yg sudah sy anggap spt ibu kandung sendiri, spt cikgu jam…

    belajar bahasa malaysia with cikgu jam selama 2 thn bukan waktu yg singkat…

    selamat hari jd juga cikgu…doa sy sentiasa mengiringi cikgu, walaupun kita dah lama x jumpa…ingatan sy pada cikgu x pernah pudar..

    demi memuliakan cikgu, msg sy kepada k sarah hari ini sepenuhnya dlm bahasa kbgsaan kita hehe.

    ulang lagi. cikgu jam sungguh istimewa di hati kita berdua k sarah.

    seperti kata k sarah: Allah always know best to put things in its proper place!

    ps: senang je nak cari blog sy…

    Reply

Leave a Reply