Memahami Fitrah Lelaki
Kebelakangan ini, banyak kali pula saya mendengar perbincangan rakan-rakan apa sebenarnya yang dinilai oleh seorang lelaki pada seorang perempuan. Kecantikannyakah yang diutamakan, kepandaiannyakah, atau figura fizikalkah yang menarik perhatian?
Ada seorang kawan pula mengatakan, jika untuk dijadikan isteri, biarlah pandai memasak. Kalau masih tidak lulus, perlu dihantar mengikuti kursus. Tapi emak saudara saya dulu pernah mengatakan bahawa seorang perempuan itu apabila telah bergelar isteri, dia dengan sendirinya akan mula belajar untuk lebih pandai memasak. Sebabnya, dia pasti hendak menyediakan makanan yang terbaik untuk keluarganya. Air tangan isteri, terkandung kasih sayang katanya.
Bagaimana pula pandangan luaran? Secara umum maksud saya. Adakah wajah nombor satu, diikuti potongan badannya, perwatakan dan seterusnya baru kebijaksanaan? Agamanya pula di mana? Akhlaknya pula bagaimana? Dan apa sebenarnya yang dilhat oleh orang lelaki apabila memandang seorang perempuan? Uh, bingung.
Selalu dikatakan, lelaki sukar untuk memahami perempuan. Emosi yang tidak menentulah, cemburu tidak bertempatlah dan lain-lain. Sedarkah mereka, fikiran lelaki juga adalah agak rumit untuk difahami. Kadang kala, mereka ini tidak dapat membaca apa yang seorang perempuan mahukan pula sedangkan sifir kehidupan Adam dan Hawa ini mudah sebenarnya jika persefahaman dijadikan asas. Serumit manapun untuk memahami seorang perempuan itu pada waktu-waktu tertentu, ada caranya untuk atau mengendalikan hati mereka.
Atau, adakah lelaki yang ada sengaja buat-buat tidak faham?
“Sabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan iu akan membinasakannya. Dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya. Kerana mungkin kekayaan itu akan merosakkannya. Kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang miskin bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih sempurna.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Nota 1: Selamat Hari Lahir ke-73 buat Tok Halimah Yusof. Semoga Tok dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur sampai sempat tengok Ngah dan Nisa kerja ya. Seronok dapat borak-borak dengan Tok tadi. Rindu Tok!
Nota 2: Sabtu ini 10 Muharam 1429 H. Jom puasa ye semua π Bestnya di Malaysia boleh makan bubur asyura. Saya suka bubur asyura manis. Bestnya!
_____________________________________________________________
Hari buat dia:
79) Doa kepada mereka yang berkata ‘Aku menyayangimu kerana Allah (Uhibbuka/ki fillah)’ : Semoga Allah menyayangimu kerana engkau menyayangiku kerana-Nya.
salam sarah…sarah perlu jwpn kat sini je ke? ke sarah nak jwpn [jg lebar? haha…sy teramat la berbesar hati nk jwb, tapi takut inappropriate pulak sbb mungkin mengundang fitnah…cewah π
maybe i’ll reply in my blog kot
Reply
alangkah beruntungnya sang lelaki jika wanita itu mempunyai semua 4 ciri yg nabi sebut tu.
juga, alangkah untungnya sang wanita jika lelaki pun ada semua 4 ciri itu.
kata ustazah aku: alang2 dpt suami, disamping kuat agamanya, nk juga yg hensem. kekekee.
eeer.. kesimpulan aku: susah juga kalau cinta jarak jauh ni. π
Reply
salam sarah,
kadang2 kalau dilihat dari segi luaran nie,mmg ramai gadis2 cantik dgn lelaki2 yg kurang cantik.bagi orang itu biasa.tapi kan wpun jrg sgt lelaki2 hensem dgn gadis2 yg kurang cantik…tapi org akan berbisik2..kenapa ye????dan bila kita memilih sebagaimana pilihan yg sepatutnya ..kita dikatakan cerewet,xsepadan dgn rupa….yg pasti jodoh telah ditetapkan Allah cuma kita kena berusaha shj….
Reply
Sarah..ehe,pembayang…,erk,gulp!
Senang cite sume tu saya nak untuk dan pada bini saya
Reply
[x tau nk kta apa tpi nk tngglkn komen jgak!]hehe…blog dh diupdate so..pergi tau…hehe…^_^…lubov tobya…(entah betul entah tidak ejaan ni)
Reply
dear s. (ala2 gossip girl)
looking at the physical attractions or the superficial value are very much inevitable to them. and im talking about the majority here. please never try to not to admit to this dear XYs.
and they say we are fickle minded? HELLO with a big H la jugak kan.
Reply
Salam buat semua:
Yeop:
yup. perlukan jawapan. panjang2 pun takpe. inpropriate ke nnti? sy tak rasa akn undang fitnah kot. huhu. sy menantikan jawapan awk yeop. ewah~
Cikgu Jawe:
sy suka apa ustazah cikgu ckp tu. tp susah la kan nak jumpa. ada tu mmg ada. tp yg lg ramai ada salah satu drpd tu je. eh eh. kesimpulan cikgu sgt melalut. buat karangan kena reject ni π tp sy tak nampak kat mana susahnya cinta jara jauh ni π yg penting hati masing2 kan.
Sis Honey:
haah kan. sy setuju sgt dgn sis.
pmpuan cantik+lelaki tak hensem = biasa la tu.
lelaki hensem + pmpuan tak cantik = pelik. knp ye laki tu tak reti pilih.
kesimpulan: sabar je la dgn mentaliti org skrg ni π
Reply
Anon:
erk sapekah ini? pembayang apa ye? erm.. nak semua ciri tu ada pd isteri? haa. silalah mencari dgn bersungguhnya. smga jumpa ye π
Faresya:
ok. akan ke sana sat lg. hehe. salah tu. kamu nak kata I Love You kan? Lublyu tebya π tu ejaan dan sebutannya π wah. dah main pandai yek skrg :p
Husna:
seruis teringat gossip girls. huhu. well, some of them claimed that they cant help themselves from looking at certain parts of us. but the good ones should know abt the ghadul basar. menundukkan pandangan. huu.. if only they could resist the temptations π tp tu fitrah kan.
Reply
salam sarah,
sama2 complicated..lelaki dan perempuan..sama2 sukar difahami..tapi jika ade keserasian, ade perancangan yang bertaut..akan jadi lebih mudah satu hubungan tu..sebab objektif hidup sama..
soal apa yg dipandang oleh lelaki tu sgt luas skopnya..berbeza mengikut lelaki..tapi yakin aje lah..yang baik pastinya tercipta utk yang baik juga..iAllah. Jangan berhenti berdoa dan berharap padaNya π
Reply
salam sarah:
Allah Maha Adil.
kecantikan dn ketampanan adalah ujian bg org tu. dia akan disoal ke mana kecantikan dn ketampanannya digunakan. adakah utk dakwah atau fitnah. sbb itu semua nabi dn rasul sgt tampan. krn perlu utk menarik hati umat kpd Islam.
apa yg lelaki pandang pd wanita?. bergantung pd lelaki itu. mungkin cantiknya. atau agamanya. sbb itu sgt beruntung suami kalau isteri tu ada 4 pakej lengkap. juga beruntung isteri jika suaminya juga begitu.
kenapa nabi sebut dulu cantik dlm hadis? sbb suka pd kecantikan fitrah manusia. memilih wanita cantik fitrah lelaki. spt memilih lelaki tampan fitrah wanita. betul tak cik sarah?.:) cuma nabi pesan jgn cantik/tampan semata2. kena juga pandang agamanya. sbb kdg2 cantik/tampan blh jd beban pd suami/isteri.
ulama tafsirkan hadis begini:
carilah yg ada 4 ciri tu. itu yg terbaik. tpjika tak ketemu, cari yg kurang cantik tp yg subur keluarganya, berharta dn beragama. jika tak jumpa juga, cari yg berharta dn beragama, sbb harta boleh diguna utk sedekah kpd agama. kalau tak jumpa juga, cari yg beragama walaupun tak cantik, tak subur atau kurang harta. krn dia akan membuat rumahtanggamu jd cantik dgn amalan agama. lagi pun cantik takkan kekal, mslh subur blh dirawat dn harta blh dicari.
saidatina aisyah pn sgt cantik sehingga nabi gelar humaira’ (ros merah).
kdg2 pyh nk duga ttg jodoh. cantik dn tampan tak sama kt mata semua org. yg penting hati dh suka dn cinta.
akhirnya, Allah jua yg tentukan jodoh buat anda. DIA yg lbh tahu siapa orgnya yg paling layak tahan melayan kerenah/sikap anda. kata ustaz aku dulu. mungkin org tu tak tampan/cantik seperti yg diharapkan, tp dia yg paling memahami anda.
cuma sewaktu bercinta kena rasional. kena pijak bumi nyata. jgn terbuai dgn perasaan selama2nya. sebab perkahwinan satu tgg jawab dn amanah yg berat, bukan cinta semata2.
kata pujangga: berkahwinlah dgn org yg mencintaimu, bkn yg kau cintai dirinya semata2. terimalah dia seadanya, kelebihan dn kekurangannya. bukan seperti yg kau mahukan.
jgn impikan dia seperti Ali, jika kau sendiri bkn seperti Fatimah.
muka tampan tp suka korek idung dpn kita pn tak jadi juga kan..kan.. :p
dah lama tak bagi komen serius camni π
komen panjang mcm aku yg posting pula. sori ek.
Reply
x reti nk komen… sbb x de pengalaman… hihih… tp, nk jgk tinggal jejak… π
Reply
bbdak zaman sekarang la katakan…pandai2…hehe…kembang idung nih…2 inci lak tu..hehe ^^.ada sorng budak filipina tu mcam mka kwan ks.
Reply
kak sarah: pada saya, sepertimana kita tak memahami lelaki, macam tuh la jugak mereka tak memahami perempuan.
kalau nak berbincang pasal apa yang mereka kehendakkan, i would say, ia bergantung kepada individu. setiapnya berbeza prioriti dan tahapnya sendiri.
sebabnya, jawapan yang diterima, selalunya berbeza2. hehe~
Reply
(adeh.. bengang. td dh type reply tp tak keluar plak. aisshh)
Nurmahani:
sy sbnarnya terfikir apa akn jd kalau sorg perempuan diletakkan bekerja dlm team yg lainna semua lelaki. i would be a bit difficult. sy terbayangkan sy nnti diletakkan dlm team yg lainnya semua doctor lelaki. sy bukan prejudis. tp selalu dgr kes org perempuan di under estimate bila hanya sorg je dlm team tu perempuan. tp sy yakin, letaklah kerja dlm situasi mcm mana pun, sy, awk dan ramai lg boleh go thru such condition with mentally prepared. sy kagum dgn certain women engineers yg byk kena encounter dgn hal2 mcm ni. for instance, my mak andak (has 20 yrs working with petronas). the guys respect her for her credibility. and so we do insya Allah.
dan betul tu. baik laki ke, perempuan ke, dua2nya rumit dan kompleks. terpulang pd kita utk memahami kerumitan mereka tu supaya yg pelik akan nampak smooth je π terus berusaha ye π
Cikgu Jawe:
terima kasih banyak2 atas perkongsian secara serius yg cikgu bawakan ni. memang fitrah manusia sukakan benda yg cantik2 dan indah2. jadi tak pelik Rasulullah namakan ciri tu sbg yg pertama. tp Rasulullah gunakan teknik reverse psychology. yg terakhir tulah yg dimaksudkan sbg yg terbaik. tp mmg betul. memang 1 bonus kalau kita dapat 4 ciri tu sekali gus pd pasangan kita. betul kata ustaz cikgu tu. biar tak cantik tp memahami kita. persefahama tu penting kan. duduk jauh mcm mana selaipun (rujuk komen cikgu yg 1st), tp kalai persefahaman n kesetiaan tu ada, insya Allah tak jd problem.
sy teringat 1 liri lagu ni, katanya: aku ingin mencintai kekuranganmu. inilah dia. belajar mencintai kekurangan seseorg tu dan akhirnya akan nampak kesempurnaanya. cukuplah sempurna tu pd mata kita. sb kita yg akn bersama org tu. sy teringat pernah baca 1 buku ni n katanya: love is about to see an imperfect person perfectly. agaknya ni lah sbb nya kalau pasangan dia tu liat nak mandi ke, suka korek hidung ke, kentut kuat ke, semua tu dah tak jd masalah pd org tu kot. tp kalau buat perangai mcm tu depan khalayak, aiseh.. malu bebenor tu!
Reply
Silent Reader:
heheh. sy pun sbb takde pengalaman la sy bertanya ni. hehe π
Faresya:
budak filipina kat sekolah kamu ke? mcm kawan ks yg dlm gmbr tu ke? ke kwn mana ni?
Aini:
hehe. dua2 pun kompleks kan sebenarnya. manusia ni je yg ego nak ngaku π betul tu. setiap org tu berbeza apa yg dia lihat pd seorg perempuan tu. lain padang lain lalang kan.
Reply
Kak S, hangat betul topik waktu sejuk2 nie, sampai moscow pun dah tak berapa sejuk sgt dah nie. Hehe.
Bagi saya, kecantikan rupa paras luaran tu hanya cukup untuk timbulkan perasaan ‘crush’ sahaja atau minat diam-diam. Minat diam-diam ni mungkin boleh berterusan atau mungkin boleh hilang bergantung mcm mana lelaki tu tengok peribadi perempuan tu plak. Kalau ditakdirkan kapel, walopun pompuan tu cun, tp kalau laki tu sedar personaliti tak ngam, most probably akan break up gak. Huhu.
Dan untuk perempuan2 yg kurang sikit rupa paras luarannya, mungkin initial crush tu takde, tapi crush boleh timbul bila seorang lelaki tu dapat lihat dan faham peribadi, akhlak, selera, pemikiran seseorang perempuan. Kiranya personality pun menarik gak la. Bagi kes ni, kalau ditakdirkan kapel, selalunya akan tahan lama la. Huhu.
Jadi kesimpulan bagi teori pandai2 saya ni, rupa paras fizikal cuma boleh menarik, tapi apa yg boleh bagi tahan lama ialah personaliti.
Oh, by the way, ni untuk saya la, (saya X tau org lain mcm mana), tapi saya rasa pompuan yang independent tu attractive and sexy. Sebab ada setengah2 pompuan kan stok clingy gila and benda2 mcm nak beli sayur kat produkty pun kena bawak turun balak dia. That really puts certain people off.
Haha, maaf yer saya ngarut sket. Nak dekat2 exam nie saya mmg bengong sket.
Anyway, tanak tulis pasal what a girl looks for in a man? Huhu.
Reply
we can’t deny the fact that semua org pun akan tertarik pada rupa fizikal. sperti yg sarah ckp… fitrah manusia.
org kata dlm pencarian, rupe tu naklah yg sejuk mata memandang.
well, its open to interpretation. sejuk mata memandang can be sejuk secara fizikal, sejuk akhlak pun boleh or even sejuk dlm ilmu agamanya pun boleh…
here’s a thought from me:
Kalau semua laki2 memilih utk berkahwin berdasarkn ketinggian agama seorg perempuan, apa akan terjadi jikalau seorg perempuan itu kurg dr segi agamanya? apakah tiada akan baginya seorg laki2 yg boleh memimpinnya ke arah jalan yg benar? masakan dibiarkan sahaja?
Reply
geli hati dengar kesimpulan cikgu jawe dalam post yg first tu,hehee..setuju2 cikgu!!!!
emm, org dulu2..perempuannya bila nak berkahwin kita bleh jamin dia mesti tahu asas2 untuk jaga keluarga, masak untuk suami, jaga anak, jaga rumah dan sebagainya tanpa kira rupa parasnya..
lelakinya pula, biasanya seorang yg tahu mencari duit dan survival hidupnya tinggi bagi beri makan kepada sang isteri dan anak2 dirumah walaupun hidupnya susah..dia tahu berkebun, bertani, bertukang dsb..sbb tu walau jumpe sesiapapun insyaallah masing2 tahu peranan..:)
tetapi peredaran zaman byk merubah cara hidup bersuami isteri skrang..percayalah, rupa paras tu dipandang dalam tempoh awl2 perkahwinan je..:) bila dah ari2 bersama, dah ada anak2… kualiti yg ada pada pasangan tulah yg dipandang pula..bertanggungjawab, berakhlak, rajin, taat kepada Allah dsb..
sbb benda tulah yg tentukan survival family tu..biarlah tak hensem asalkan dia bleh cari rezeki halal dan jadi seorang ketua keluarga yg baik untuk diri dan anak2 kelak di dunia dan akhirat..biarlah tak lawa asalkan punya akhlak yg baik dan tahu didik anak dan jaga keluarga dengan sempurna..itu lebih menenangkan hati bukan..:)
kesimpulannya, ceewaahhh..kalaupun lawa dan hensem tapi perlukan bil maintainance yg tinggi susah jugakan:) pilihlah sederhana dari segala segi..:)
Reply
paling suka komen cikgu jawe kite. π
Reply
hmmm…topik yg bagus utk diperbincangkan ni sarah..tgk tu ramai yg komen berjela…ramai minat ni..
apa2 pun sy bersetuju dgn cikgu jawe tu..ikut le mcm hadis riwayat ibnu majah tu..insyaallah pilihan anda tepat…
BTW..ada org bagi tau saya, esok 10 Muharram juga hari yg bermakna bg sarah…betul kan? dia mintak saya carik kan orang nih…nak suruh apa pun tak tau….*wink* *wink*
Reply
berkasih sayanglah kerana Allah kerana kasih-sayang itu fitrah dan anugerah tanpa syarat.. itu lebih baeekkk
Reply
salam kak sarah
saya nak isteri yang cantik, baik, dan pandai memasak serunding! carikkan? hehe
tapi kadang – kadang saya tak ambil serius sangat hal – hal nak memilih ni. sebab kan jodoh itu sudah ditentukan? tak tau la cara pemikiran saya tu betul ke tak.. huhu
@sishoney: ditto. filem yang ada gadis ayu dan jejaka hodoh masih boleh laku. tapi kalau hero hensem dan heroin kurang hensem mesti x laku kan? kecuali la kalau heroin tu tukar jadi swan; cam betty, monjoloro tah pa pe lagi la
Reply
salam semoga bertemu dengan orang yang di cari
Reply
Hazreen:
ks setuju dgn pendapat kamu ni. sbb ni lah praktikalnya dlm kehidupan. biasanya pilihan pertama mmg yg cantik2, yg body sharp, lawa. tp lepas seketika, dah mula kenal personalitinya, baru tau part mana yg tak lawanya tu. dan hubungan tu biasanya wont last long. ks stuju part tu. dan kalau org yg kurang cantik ni, biasanya hanya akan terserlah kecantikannya bila personaliti dia yg indah tu disedari. dan yg nilah yg nak dibuat isteri. ks suka kesimpulan kamu tu. tepat dan selaras dgn frekuensi otak ks. hehe. ks pun geleman dgn stok2 yg nak pegi produkti (grocery) pun kena usung boyfriend. rimasnya. jd la independent skit. aiseh. nanti ks akan buat topik what a girl looks for in man ok:) all the best in ur becoming exam!
Tirah:
a thought from u makes me ponder. i dont have a thourough answer for it. but i hv an experience asking some1 abt this.
sy: awk ni baik dh. solat awal waktu sokmo, rajin gi masjid. belajar pun pandai. tp knp ye awk pilih dia (dia merujuk kpd seorang budak perempuan yg tidak bertudung, yg sedikit sosial tp tidak liar. anak bandar yg 100% terdedah dgn kehidupan bandar yg mcm2 kerenah tu).
org tu: kalau semua org baik2 nak cari yg baik2 je, siapa nak jaga org2 yg berpotensi utk baik ni? bukan salah dia lahir dlm hidup yg mcm tu. tp dia tends to good things. n she listens to me. i can hold this up because i know i can help her insya Allah.
sy: (tersenyum dan diam je. sungguh tak sangka ada yg fikir mcm ni. (dan skrg org tu dh jd isteri dia, bertudung dan suka ikut suami dia pegi kelas agama hari ahad di sebuah bandar A ini. and they live happily ever after π
Reply
Faisal:
eh, acai ni mmg nak kena ni. part cikgu jawe tu, nampak terus dia ye. mmg tak nafilah org perempuan dulu2 mesti ada pakej lengkap ni. kalau tak diorg tak laku. sbb ni aset yg dipandang dek lelaki zaman tu. tp aset apa plak yg dipandang dek lelaki zaman skrg pd pmpuan2 zaman skrg? bab2 memasak ni, tak semua boleh. bab anak2 pun, ada je yg tak suka budak2. tak suka buat kerja rumah, lg suka fikir psl career. so mcm mana tu? penilaian dr segi apa? atau jawapannya bila dh jumpa org tu 1 hari nanti, kita akn tau dia tulah soulmate kita ke tak. macam tu ke? back to the main question, apa yg dipandang pd seorg perempuan tu ye sbnarnya?
oh. ciri2 lelaki tu mcm nak promote diri je acai. ngahaha! sume tu awk boleh buat. dr keja2 ofis yg hebat2 dgn komputer segala mcm, sampailah berkebun, bertukang semua tu. tu belum masuk bonus pandai bawak lori, repair keta, cat rumah semua tu. huhu. ciri2 yg dikehendaki ramai ni. sbb dh makin pupus skrg ni. kalau bil maintainance tinggi, pajakkan je org tu. huhuhuh :p
Mimie:
haah kan. padat n tepat π
Reply
UncleJ:
terfikirkan topik ni sbb asyik dgr perbincangan kawan2 kebelakangan ni π insya Allah uncle. sy akan cuba apply hadis tu. kalau dapat 4-4 sekali, tu rezeki badan la tu. huhu. tp nnti jd mcm cerita dongeng je. pmpuan yg tak cantik dpt kawin dgn laki yg sempurna wajah, agama dan harta. huhu..
Eh. uncle tau drpd siapa ni? mintak carikan orang? orang apa? utk apa? uishh. penuh misteri sungguh ni. uncle puasa hari ni? esok kita puasa ramai2 ye π
Maksu:
oh! sy sangat suka dgn kata-kata maksu tu! tepat ke jiwa π terima kasih maksu.
Khairul:
kenapa serunding? suka serunding ke? adik sedara akk ada sorg. mahu? cantik, belajar pandai, masak pun boleh tahan. kamu kan suka temerloh. baguslah kalau dpt org temerloh je. hihik :p betul je apa cara kamu fikir tu. kalau dh sampai masa, kenal sekejap je dh rasa serasi biarpun org tu serba sederhana dr segala segi. tu la soulmate namanya. ewah~ erm.. ditto tu filem apa? tak penah dgr pun π
Arsaili:
bro, same goes to u π
Reply
salam..
ahaa,tajuk yang menarik.men n women are totally different,sy syor kan untuk baca buku John Gray “men are from mars,women are from venus”…hehe..
miss u my star
Reply
iye la kan ape kate atyrak itu.
habes,yg kurang sikit dr segi agama mcmane?
hmm.
xmo kumen lebey2.
mmg lew.sume aspek penting.
tp manusia x sempurna.
cukuplah dia sempurna di mata kita. agama ada,rupa ada,akhlak ada.
lagipun,Allah da tetapkan jodoh.
ade jodoh,ade lew.
kadang2 dah ada yg tbaik dpn mata,kita tgk tempat lain jugak kan.
hmm.
xmo komen panjang2.
xtau nak kate ape.
Reply
Salam….dah lama sgt wanhidayat tak menukil sebarang komen kat sini…tapi percaya lah pada janji Allh…”perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya”…..namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang dapat menduga….kita hanya merancang Allah jua yang menetukan segalanya….kalu saya lah, sy memilih wanita yang….ermmm…ermmmmm…..????
Reply
ditto tu maknenye saya saya setuju la dgn pe yng sishoney ckp tu.. hehe kelas english sebentar bersama adek khairul
adek sedara kak sarah ye? yay! maknenye kak sarah jadi kakak sedara ipar la.. ha3
Reply
salam sarah..
kenapa sy rasa mcm dah masuk semlm tp x baca entry ni? dah rabun agaknya.. ehehe..
pendapat sy la.. lain org lain citarasa.. mmg agak mustahil nak memahami sepenuhnya fitrah mana2 jantina sekalipun..
kalau ikutkan sy.. mmg byk la kriteria yg sy hendakkan.. tp mustahil la nak dptkan semua..
maka kesimpulannya, sy masih saja terus mencari dan memodify certain2 kriteria termasuklah merepair diri sy sendiri kerana insya Allah, satu hari akan jumpa juga jodoh kita.. itu tak mustahil.. hehe..
Reply
dr komen wan hidayat: tapi percaya lah pada janji Allh…”perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya”
sekali lg saya tertanya-tanya…
yg balasan komen sarah untuk sy kt atas, itulah yg sy fikirkan.
jikalau perempuan yg baik hanye utk lelaki yg baik… bukankah tidak adil kalau perempuan yg jahat dpt lelaki yg jahat. oleh itu, boleh dikatakn tertutupnya pintu bagi dia utk dapatkan yg terbaik.
wallahualam.
pndpt sy, soal pncarian jodoh ini tak patut dipersoalkn kerana sudah termaktub bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali. mungkin ayat2 seprti diatas hanyalah persoalan manusia shaja.
hehe.. bestnya mmberi pendpt, rasa kembang otak yg kecut nih!
Reply
quote: dr komen wan hidayat: tapi percaya lah pada janji Allh…”perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya”
maksud surah an-Nur ayat 26.
mari kita lihat sebab ayat tersebut diturunkan.
ia mengkisahkan kisah fitnah yg berlaku terhadap aisyah (isteri nabi) dan safwan (penunggang kuda)yg telah difitnah oleh kaum munafik di madinah kononnya mrk menjalinkan percintaan sewaktu balik dalam satu peperangan.
ayat tersebut sbg menjawab fitnah org2 munafik dn membersihkan nama aisyah dn safwan.
dlm kes apa peluang org pompuan yg kurang agama? adakah mrk tak berpeluang dpt jodoh org yg alim agama?
ia bergantung pd jodoh yg Allah tlh tuliskan sejak azali. maka tanggung jawab suami mendidik isterinya. oleh itu, wahai bakal2 suami dn yg dh suami2 semua.. mantapkan ilmu agama kalian. sebab di tangan kalian amanah dn tanggung jawab.
apa yg org lelaki lihat pd pompuan?
bergantung pada imannya. jika dia beriman, dia akan lihat agamanya dulu. tapi jika tanya hati, dia kan lihat wajahnya dulu. moga2 kalian dpt kesemuanya.
emmm emmm tu ape wanhidayat?..
larikkkkk… sembunyik kt kebun acai.
Reply
waahh..semua komen panjang..well..
cinta bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang “sempurna” bagi seseorang. tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri. Dan kerana kehadirannya itu yang buat kamu sempurna..
and
perlu kau ketahui bahwa bunga tidak mekar dalam waktu semalam,kota rom tidak terbangun dalam masa sehari. kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan, cinta yang agung terus tumbuh subur selama kehidupanmu. itu cinta hakiki, itu cinta abadi, pada Maha Kuasa..
sebelum sibuk mencari cinta pada kaum lain..carilah cinta pada Yang Esa
Itulah sewajarnya
Kita semakin terlupa pada perkara itu..
alamak..panjang plak
larikssssss
Reply
Faaiqah:
oh. buku tu. tau2! hari tu pegi kedai buku ada tgk tp tak terasa nak beli. disebabkan awk dh promote ni, nnti sy akn belilah nampak gayanya π buku tu ada filemnya kan kalau tak silap? i miss u too dear faiq!
Ryn Ku Shayang:
hukan mcm tu ryn π pokok pangkalnya, ayat quran tu nak memotivasikan kita supaya sntiasa memperbaiki diri utk menjadi lebih baik. dan yg lg penting, jodoh pertemuan tu Allah dah tulis utk kita di Luh Mahfudz lg. kita doa la agar ditemukn dgn yg terbaik π
Hidayat:
haah. dah lama nama ni tak muncul π betul tu apa yg awk ingatkn. trma kasih sahabat sbb ingatkan janji Allah tu. Allah akn menyediakan yg sekufu dgn kita dr segi ni. dan janji Allah dlm Al-Quran tu utk memotivasikan setiap drpd kita ni supaya sentiasa memperbaiki diri. ermmmm ermmmmm tu wanita yg mcm tu? mcm tinggi je citarasanya tu. huhu π
Reply
Khairul:
laa.. ditto as in that’s it ke. ingtkan ada movie mana tajuk camtu. pelik jgk. huhu. yeah. marilah kita mempersaudarakan diri kita π mari mari mari :p
Dr. Am:
erm.. mmg smlm sy update mlm. org di msia dh tido agaknya time tu π mustahil ye? yup. mmg mustahil pun kan. setiap drpd kita misti ada list masing2.nak yg mcm tu, nak yg mcm ni. sungguhpu tak dapat semua, tp jgn la tak dapat langsung kan. sure ada yg masuk dlm list tu kn:) merepair diri. tu la yg setiap drpd kita kena kejar sblum terlambat.
Athirah:
komen wan hidayat tu petikan drpd surah An-Nur ayat 26 yg diturunkan atas sbb utk membersihkan nama Aishah dan Safwan drpd fitnah (boleh rujuk sumber tafsir lain dan boleh baca komen Cikgu Jawe kat atas). selain tu, ayat ni jgk ada maksud kiasan. hukum kiasnya adalah utk memotivasikan kita semua supaya lebih bermotivasi utk memperbaiki diri. kalau kita sedar kita kurang baik dlm beberapa perkara, kita cubalah repair diri kita dlm bab tu. yg Allah pandang adlh niat dan usaha kita. Dan Allah maha adil dlm meletakkan sesuatu pd tempatnya. Jodoh utk kita semua dh pun tertulis di Luh Mahfudz tp kita belum tau siapa dia. kita berdoalah supaya yg ditentukan itu baik orgnya supaya dpt membimbing dan menjaga kita. sorry tirah kalau jawapan sy ni tak sampai maksud yg awk nakkan eh π
Reply
Cikgu Jawe:
terima kasih lg sekali cikgu sbb cikgu banyak menyediakan sumber rujukan sbg jawapan kpd komen2 kat sini. wahai kamu semua, serba ringkasnya, inilah yg kisah Aishah difitnah bersama Safwan tu. edangkan kedua2nya sempurna imannya. sy cuma nam tambah sikit je cikgu. dlm ayat ni jgk, ada hukum kias yg diletakkan. kiasan drpd Allah yg nak memaksudkan, bahawa ni janji Allah yg berbentuk motivasi. Allah janjikan yg sebegitu supaya kita semua bermotivasi utk terus baiki diri dan mempersiapkan diri utk menjadi pasangan yg terbaik utk pasangan kita.
betul la tu kot cikgu. kalau yg beriman, dia tgk agamanya dulu. kalau kurang sikit, so dia akn tgk dgn hati dan nafsu. jadinya, wajah dan sifat luaran lainlah yg dinilai kan. hihi π oh. soalan tu tanya sama hidayat sendiri. dia misti ada jawapan dia sendiri. ewah~ lari masuk kebun acai la pulak ye π kebun acai takde semak nak buat tempat menyorok. dia baru je racun :p
Kak Inah:
kesimpulan yg sy dpt drpd kak inah: carilah pasangan yg sama2 mengejar cinta Allah. kan kak inah kan π akak kawin nnti jemput sy ye! π
Reply
Menarik topik ni! Berdasarkan tajuk posting memahami fitrah lelaki, pd pndgn sy lelaki kini memangdang secara umum keselurhan iaitu wajah, diikuti potongan badannya, perwatakan dan kebijaksanaan.
Semua faktor tu diambil kira. Tp bergantung la ada sesetgh lelaki yg dr awal lg sblm memilih pasangn tu dia dh deman nk ciri2 apa. hehehe
Apa2 pun bg sy, sy 4 sure pandang agama dulu. itu yg leh menjamin kebahagiaan pun. pastu kalo cantik tu alhamdulillah la. eksesori tambahan π
Lelaki bg sy memang agak sukar utk memahami perempuan. hohoho… sbb perempuan kekadang ada time emosi tu. ops, perempuan pulak tak lari dr payah nk memahami laki tau. ha, sb laki ni terkenal dgn sifa EGO!
Apa2 pun, b ur self n niat paling penting dlm apa jua pun. Share Everything
Reply
aku rasalah, setiap kali kalau ade post macam ni kat blog, x kire r kat blog KS ke… mana2 ke… konfirm orang komen panjang2….
asal haa??
Reply
entahlah, sy pun x faham kenapa sy suka dia…ΓΆΓΆ heh =p
Reply
sarah,
apasal pulak di harijadi moodnya DIAM?…
Hari ini Sabtu, 19 January: HAPPY BIRTHDAY to sarahhh! (3X)… macam cucu-cucu nyanyikan atuk sabtunya.
Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita – untuk berbakti kpd agama, bangsa & negara…
amacam dgn firasat uncleKS tu?… hebat dia mengolah NOMBOR!
Kini @Dubai Airport tunggu flight 3:10am ke KL.
salam daripada kami.
Reply
Ahib0205:
terima kasih sudi singgah sini. oh. dlm banyak2 ayat tu, mata sy tertangkap pd pengakuan yg lelaki ni ego. ngeehee~ apa2pun kan, mcm yg dh dibincangkan kat atas2, semuanya terpulang pd individu tu sama ada dia pandang dgn imannya, atau hati dan nafsunya π
Raimy:
keterujaan kot. hehe.
Adilin:
sbb awk rasa selesa bila bersama dia π
Pakcik Sabtu:
terima kasih banyak2 π tak terucap rasa terharu sy atas tanda ingatan yg tak putus2 π mood tu sbb tak sempat tukar lg wkt tu. hihi. tp ni dah mood senyum dh π terima kasih atas doa2 yg dikirim dr jauh tu. ucapan terima kasih yg tak terhingga π
Reply
camne kalu tempat keje saya ni yg seasoned2 dah nak pegi,yg muda2 makinramai ni,baca entry ni lagila terasa… syok baca komen2 bernas
Reply
Oneib:
tak faham la plak mksudnya tu π
Efenem:
keyword: ego. mcm mana ye nak memahami teritori ego lelaki? org kata, jgn dicabar, pantang tu. tp tak dicabar skit, tak tahulah seluas mana kerajaan egonya π
Reply
Hello there! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where
I could find a captcha plugin for my comment form?
I’m using the same blog platform as yours and I’m having trouble finding
one? Thanks a lot!
Reply