Raya Yang Tawar

Assalamualaikum wbt

Kronologi kisahnya Aidil Adha kali ini.

Hari rabu yang lalu saya bangun seawal 3 pagi. Solat apa-apa yang patut kemudian terus study semaksimumnya pada hari itu. Hari itu tiada kelas. Jadi saya mengambil kesempatan membuat persiapan gempur untuk exam pada Isnin depan. Maghrib menjelma pada jam 3.50 petang. Membawa cahaya senja Aidil Adha. Memandangkan keesokannnya kesemua teman-teman serumah (kecuali Wanie) akan menghadapi final test, jadi kami makan istimewa pada petang itu. Esok jangan harap kami punya masa untuk semua ini. Sibuk. Jadi, menu kami raya kali ini hanyalah makan malam yang berlaukkan rendang ayam, kuah lodeh, kek coklat dan teh vanila. Itu saja. Tidaklah terlalu istimewa tapi cukuplah sebagai tanda bahawa esok raya.

Malam itu bertakbir pun secara solo saja. Semua orang ada final test keesokannya (tahun 3). Saya pula tidak mendapat sebarang info daripada rakan pelajar tahun 5. Jadi saya pun bertakbir solo di depan laptop sambil terus menyambung study. Tidur seawal 1.20 pagi dan bangkit di pagi Khamis itu pada jam 5 pagi. Solat apa-apa yang patut dan menyambung study lagi.

Di pagi raya, saya hanya bersarapankan nescafe dan roti kosong (memang suka roti kosong saja). Setelah seisi rumah bangkit dan bersiap-siap ke kelas untuk menduduki final test untuk 2 subjek, sempatlah kami bergambar raya bertiga (saya, Emy dan Pena). Gambar saja. Kerana kami serumah nekad walaupun hari semalam sejuk, tetap mahu memakai baju kurung (baca: baju raya).

Kelas saya bermula pada jam 9.30 pagi. Hospital hanya kurang sepuluh minit berjalan kaki dari rumah. 9.20 pagi baru bertolak bersama-sama (baca: kebetulan seiring) dengan Annas, seorang warga Tunisia (yang pernah merisik-risik bertanya khabar suatu masa dulu. Ups. Cerita Monolog Bersama Iman masih belum sudah kan? Hehe). Sebaik tiba di muka pintu hospital, Annas yang bukakan pintu. Ha. Terasa malu seketika. Kenapa? Nantikan konklusinya.

Tiba di kelas, terkejar-kejar mengambil kes dan menyempurnakannya. Selesai membincangkan semua kes secara berjemaah dengan rakan sekelas (tidak dapat berjemaah solat raya, berjemaah menjawab kes sajalah), doktor kami membenarkan kami pulang. Awal sungguh. Jadi, sekitar 11.40 pagi saya sudah berada di pasar pula. Ke sana untuk menghiburkan perut dengan membeli Syaurma (kebab gulung) di sebuah kedai halal di situ. Pakcik tukang kebab sudah bertukar orang. Bukan lagi Azim budak muda dulu. Kini namanya Pakcik Mahmud. Dia bertanya saya ke masjidkah pagi ini. Saya jawab tidak kerana mempunyai kelas. Katanya, di masjid penuh. Luar biasa kali ini. Dia berseloroh, mereka menunggu daging agaknya. Saya senyum saja. Sekali lagi kali ini saya terasa malu. Kenapa? Nantikan konklusinya.

Tiba di bilik, belum sempat rehat habis, kena turun ke bawah untuk latihan kecemasan kebakaran pula. Yang ada hanya saya dan Wanie. Wanie baru saja pulang daripada Kedutaan untuk solat raya di sana. Kami tidak terus bergegas turun. Kami berlengah-lengah kerana hendak solat Zohor dahulu. Kata orang putih, chill.

Sebaik sudah latihan itu, naik ke bilik, saya menyudahkan projek Medical History yang perlu dihantar esok. Kemudian study, study dan study. Disebabkan saya sudah makan Syaurma tadi, saya tidak terasa hendak makan lagi (walaupun Syaurma itu tidaklah sebesar mana). Sambil menyiapkan projek yang hendak di print, saya online bersama kembar. Ha. Jangan tak tahu ya. Saya punya kembar. Kembar sama nama tapi tidak sama jantina. Sembang ilmu. Sembang yang tidak jemu. Ada saja yang direpekkan. Dalam bersembang, kerja jalan juga. Siap sudah projek. Dan kemudian terus study, study dan study.

Sekitar jam 11.15 malam, saya melihat telefon. Ada 5 misscalls. Ya ampun. Saya tidak sedar. Itulah akibatnya bila badan di tempat lain, telinga di tempat lain dan telefon pula di tempat lain. Ketika itu saya baru saja hendak makan malam (pukul 11.15 malam??). Sambil makan, nota ada di tangan. Study lagi. Lauk sangat pedas dan perut pula sangat kosong. Selepas makan, perut pedih. Sangat sakit.

Jam 1.30 pagi, mata terlalu mengantuk. Perlu tidur. Syukur di Moscow tiada nyamuk. Tidak perlu membuat persiapan menyembur Ridsect dan sebagainya sebelum tidur. Ke bilik air berwuduk, naik ke atas katil, berselimut, mengunci jam untuk bangun pagi, membaca mesej lama (huhu) dan doa, terus lelap tidak sedar.

Hari ini bangunnya pukul 4.50 pagi. Solat apa-apa yang patut. Terus study. 6.30 pagi solat subuh dan kini di sini sedang study dan bertakbir. Takbir yang seorang. Takbir itu kuat. Seorang itu hebat. Berhenti seketika untuk menatap laptop. Inilah raya saya tahun ini. Tawar saja. Tiada gula, tiada garamnya.

Konklusinya, apa yang buat saya malu kepada Annas, ketika Annas hendak membukakan pintu untuk kami masuk, saya terdengar dia membaca surah Al-Ikhlas. Terkesima saya.

Kenapa saya malu kepada Pakcik Mahmud, ketika Pakcik Mahmud baru hendak memulakan menghiris daging ayam kebab itu, saya terdengar dia juga membaca surah Al-Ikhlas. Terkesima lagi.

Jadi saya malu. Sebelum saya membuka pintu untuk masuk ke mana-mana bangunan, belum pernah saya mengamalkan bacaan surah ini. Begitu juga sebelum mula memasak. Sekadar lafaz basmalah saja (bimillahirrahmanirrahim). Baik Sarah. Sila ambil perhatian. Jika berkesempatan, sila amalkan. Tiba-tiba saya teringatkan cerita Kiamat Sudah Dekat. Bagaimana Fandy berusaha menguasai ilmu ikhlas sebagai syarat untuk mengahwini Sarah. Eh, melalut pula.

Tawar saja rayanya, kan. Tapi di hujung hari saya belajar sesuatu untuk Aidil Adha kali ini.

46 Responses to “Raya Yang Tawar”

  1. cik noha says on :

    selamat hari raya k’sarah
    and good luck exam juga..=p

    Reply

  2. Faresya Fareed says on :

    salam KS.slamat hri rya….ni x smpai UK gi…ni kat pjbat mak…kat umah tepon dh disconnect…tarikh lak postpone…maybe 28..pkcik askr kata duit x masuk…I missed the intrnet connection…ni pon gi pjbat mak skali skala je…huhu.nk bkak intrnt pon bkak kat hndst je.jnji trubt rndu kat intrnt..wakaka.tpi blog x leh bkak…bkak YM jer.ok…bye kak sarah…salam..

    Reply

  3. faisal says on :

    slm sarah, waaa complete cite sempena aidiladha tahun ni…study semaksimum tu,hehe..tak dapat nak bayangkan camne:) walau bz camnepun jg kesihatan bebaik sarah ye..:) waa, ada juga pakcik jual kebab kat rusia sana ek,bagus pulak tu penghayatan agamanya…

    walaupun sarah cakap cam hambar je ari tu tapi akhirnya ada sesuatu untuk dipelajari semalam kan,hehe..sarah tak ym sypun,hahahaha…*mcm boleh je..

    Reply

  4. cikedil^aLia says on :

    Salam Kak Sarah 😉 salam eidul adha…

    Reply

  5. silent reader says on :

    cik sarah…. nk request sket bley? emm.. nnt dh abis study scr maksima tu… kalo free, bley ceritakan psl kelebihan surah al-Ikhlas dkt blog ni kan… sharing is caring 😉

    tq~

    Reply

  6. Anonymous says on :

    Salam… dia ni memang tak boleh dipisahkan dgn study. nanti mata jadi panda, tak comey dah 🙂 rindunya pd sarah yg jauh…

    Reply

  7. Pengusaha Cowbra says on :

    ini yasiRYN oke.

    hahak !

    ohh ! sudah berkembar dgn buah hati saya yew. hahak !

    *matilah kene blasah panglima pasneh!*

    muahahhahahhaha !

    bsyukurlah sarah kerana bkesempatan menyambut raya walaupun tawar.

    bsyukurlah sarah kerana tidak berlapar dan dahaga disaat hari raya.

    bsyukurlah sarah kerana tidak perlu berperang dikala hari raya.

    walaupun hambar,walaupun tawar, bsyukurlah kerana masih dpt menyambut hari raya.

    Reply

  8. UncleJ says on :

    tak ler tawar mana raya sarah tu…ok je considering dok study kat moscow tu..still ada raya bg sarah kan?

    slmt hari raya aidil adha..belated ni..huhu

    Reply

  9. fathiyyah says on :

    salam ks…
    hmmm
    oo nanti sy tanya kak faiq..mana tahu bley join kak faiq juga nanti..
    hehe
    emm saya tak lawat lagi profile yana..masa kuiz kerjaya dulu,kami berempat..
    dua f4,dua lagi saya n qayyum..
    qayyum nk pegi jepon thn depan..yana pon nk ikut qayyum agaknya..pelik jugak saya..ingat perempuan ni tak minat sgt engine..lain pulak si yana ni..hehe..tapi dia sgt bijak..trial sgt gempak..mcm akak..
    tak mcm saya..
    hehehe
    ridhwan pon hebat
    memang keturunan dato’ bahaman ni dahsat ye kak..hehehe
    lagi sorg f4 tu nama die shamirul..die minat medic jugak..nk ke india katanya..
    hehe
    inila pasukan saya..
    tapi tak sehebat team bahas akak..hehe
    k kak
    bile2 lawat la blog sy..
    manyak cite pasal unta..
    huhu
    k kak
    take care!!
    jaga kesihatan

    salam
    p/s:dunia ni memang kecik kan

    Reply

  10. a z r e e n says on :

    ello kak sarah..
    hehe..aik? before tido pon baca msg2 lama dlm fon? sama laa..ehehe..
    saya baca sebab takut2 ada yg terlepas pandang. (hehehehe)

    huhuhu…
    raya saya di rumah,
    hanya laksa penang dan rendang je hidangannye 😉
    hehehe… *harap2 tak terliur*

    Reply

  11. Mimie Azrin says on :

    salam aunty sarah 🙂

    skang ni mie di sg petani, bertandang di hotel emerald puteri, online dgn harga rm5 (mahalnya!) kerana terpaksa. ada kerja yang perlu dihantar. aduh bos! bos! esok kenduri sepupu mie. mimie jr asik kicking saja, dalam kereta elok pula tidurnya.

    bab raya pula, biasa saja raya di rumah mertua, takde meriahnya. ntah mengapa. di tioman pula, mama masak 10kg beras dan 10 ekor ayam utk rumah terbuka (memang dah menjadi tradisi rumah chief kastam buat open house time raya haji) – byk kan? rumah pertama kena serbu selepas sembahyang raya la katakan. kena masak byk, lagipun mereka gemar dgn masakan mama. 🙂 begitu juga saya 😀

    good luck utk examnya yah! ganbatte ne!

    Reply

  12. Mohd Hazreen Rashid says on :

    salam KS.
    Selamat Hari Raya Kurban!

    Saya ni dah ada 2 3 minggu gak tak makan shaurma. Perut terasa rindu. Huuh.

    Reply

  13. ---> kelat says on :

    sori, lama kelat x g blog nih… ape kabar? sihat ker? kelat nak ucap samat ari raya aidiladha… sori lagik sbb lewat… huhuhu… kelat sgt2 bz… opsss… guestbook kelat yg lama da ilang… so, plz sign again… sori lagikkk… baper byk kali sori daaaaa… anyway, salam aidiladha…

    Reply

  14. faisal says on :

    slm sarah,hehehe..saje je awk ni sarah ek..:) sy singgah bial takde pembayar je,huhu..:) sarah nak kongsi satu lagu nih..:) hope sarah suka..kalau hayati betul2 rase cam nak nangispun ada tau..

    http://www.youtube.com/watch?v=ngtKHRgKxgw

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam semua.

    Noha:
    selamat hari raya 🙂 trma kasih byk2 ye 🙂

    Faresya:
    oo.. jd nye bertolak 28 ni la ek? slmat bercuti2 di msia. abiskn la masa dgn elok yek. nnti susah dh nk mkn puas2 kt msia ni 🙁

    Faisal:
    huhu. study semaksimumnya tu bgn awl gile, fokus gile2, makan skit gile, tido lambat gile. jd nya mcm dh nak gile :p tp kan acai, tak senang nak jumpa muslim yg kuat penghayatan agamanya kt russia ni. mksud sy klu russian la. klu org luar yg duduk/kerja kt sini ramai la. pakcik tu pn org tarjikistan. uochh. nk ym camnenya. ym pn tadak. huhuhu

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alia:
    selamat hari raya lia 🙂

    Silent reader:
    insya Allah nnti sy buatkn entry psl tu ye. kena tunggu skit la ye 😉

    Anon @ NuHa:
    nuha, rindunye kt awk yg jauh tu! so best tak keje kt situ? nnti cite ok.

    Ryn:
    haa… ni apa kes ni ryn. berbuah hati bagai ni. ehek. kembar baca, gelak sakan dia nnti :p haah ryn.sy syukur atas sume tu. setidak2nya sy x dlm keadaan kebulur merempat sume tu kn. Alhamdulillah..

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    UncleJ:
    tawar uncle. serius x best tahun ni. cam ape je kn. cuma sy suka dgn ilmu bru yg sy dpt scra kebetulan tu. berhikmah jgk la raya sy thn ni 🙂

    Fathiyyah:
    oih.. panjangnye komen dia. hehe. oo.kuiz kerjaya tu ke. patut pun la. dia nk ke jepun tu sbb abg dia sorg kt sana. abg ngah dia. abg sulung dia dh keje dh di KL. ridhwan tu plak akn ke ausie (kan? hehe. lupa la plak). abg dia pun sorg kat sana. pun abg ngah dia. ni kak ngah diorg yg sorg ni jeles je tgk adik2 sdra diorg best2 je dpt gi tmpt best2. huhu. mana ada hebat pun. bahaman ke tak ke takde kaitan pn 🙂 tu sejarah je. ni semua atas usaha kita semua n reseki yg Allah nk kasi. ok, thia pakat2 la dgn kak faiq ye 😉

    Azreen:
    selamat hari raya 🙂 laksa penang????? aaaaaa *tension* haha

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimie:
    selamat hari raya laling! dh smpai sg. petani dh ye.. wah. rm5 tu! mahal2. huhu. tp adatla kn. namapun hotel. takdenye la nk kasi free mree murah2 ke. keje tetap keje kn. oh.. bru ni tau yg ayah mie chief kastam kt tioman nun. no wonder la *kenyit mata skit*

    mimie jr –> jgn kicking sgt tau. sian mama tu. hehe. selamat pengantin bru utk aunty mimie jr yg sorg tu ye. aunty yg sorg lg ni takde uncle lg la nak kasi pd mimie jr.. hahaha. lawak je :p

    Hazreen:
    selamat hari raya. ish, klu ks, sebulan skli je perut boleh layan syaurma. ks suka nasik jgk. huuu 🙂

    Kelat:
    salam kelat. sy pn dh seminggu lbih x jenguk2 blog kelat. hehe. selamat hari raya ye kelat. nnti sy sign in smula guestbook tu.

    Faisal:
    sbb terdetect, jd termenyakat la :p trma kasih Acai. syahdu. ni td sy dgr lepas solat subuh. bergenang sbnarnya mata ni. lagu ni lagu lama sbnarnya. ada version nadamurni/the zikr nyanyi dulu. tp yg aeman ni jd sayu sbb adik2 tu nanges.. eh acai. tu lap air mata awk tu. buruk eh nanges kt tepi kaunter tu 🙂

    Reply

  19. faisal says on :

    kekekkee, nyesal tengok kat kaunter ni sarah,ehhehe..:P

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    kekeke.. hilang sudah macho ustaz kita :p

    Reply

  21. tyrexia says on :

    selamat berjaya exam.
    salam aidiladha.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tirah:
    thank u tirah 🙂 ni dh bengong dh ni :p salam aidiladha.

    Reply

  23. one says on :

    saya cuba tengok/dengar lagu tu tapi,tapi yg kuar:
    Access Denied!
    You have tried to access a web page which is in violation of ** internet usage policy. Your access has been monitored and recorded.
    i need hacker pleassssssssssssse

    Reply

  24. one says on :

    oh,selamat study sampai cemerlang dengan jaya nya,sehingga jadi..
    Dr. Sarah!
    lama x panggil *dr* sarah

    Reply

  25. cikgu jawe says on :

    salam sarah.

    salam aidil adha ye. jgn le sedih. kalau nak nangis juga nangis kuat2 ye. baru puas hati. belajar2 beraya jauh. surah ikhlas tu power tuu…

    mana le tau esok2 raya kat tunisia pulak.. hee..hee..

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Onieb:
    lagu yg Faisal bg tu ke? oh tu nasyid yg lama2 yg dinyanyikn smula dek Aeman. kesian la plak smpai jd cmtu ke awk ye. nnti sy send kt email la link nye. Thnks to Acai sbb kongsi dgn kita 🙂 awk takleh panggil sy Dr. lg..!!! tunggu dulu ok. hehe. trma kasih atas doanya tu ye.

    Cikgu Jawe:
    salam cikgu. dh balik ke rmh smula ke tu? buat korban tak thn ni cikgu? oh. tak main la nanges2 raya2 ni. tak macho gitu 🙂 aaa. cikgu jahat. sy tak mau raya kat tunisia plak. sy nak raya kat msia je! uwaaa. dpt ORANG JAWE pn ok. huhuhu. asal jgn MAMAT ARAB :p

    Reply

  27. akirasuri says on :

    Salam sarah sayang..

    Maaf lama tak meninggalkan jejak bila ke sini..
    Sekadar baca dan berlalu pergi..
    Agak kesibukkan yang melampau tahap sibuknya 😐
    Sungguh! Sampai masa untuk rehat pun tak ada. Heh!~
    5 sebelum 5.. satu dah diambil tinggal 4 🙂

    Harap sarah baek-baek aja..
    Jaga diri baek-baek..
    jangan sedih-sedih ek.. (bersedih ke?)

    Salam aidil adha..
    aidil adha yang selamat!

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    org yg dirindui akhirnya menjelma *peluk cik ati* sy Alhamdulillah sehat2 saje di sini. Sy dh agak dh cik ati sibuk. tgk blog cik ati pn tak semeriah dulu. tp tetap maintain best. hari2 sy jenguk! its ok cik ati. utamakan yg lebih utama, kan. sy tak sedih. happy aje. cuma tgh bz yg amat (mcm cik ati jgk). selamat hari raya cik ati 🙂

    Reply

  29. cikgu jawe says on :

    sy tak mau raya kat tunisia plak. sy nak raya kat msia je! uwaaa. dpt ORANG JAWE pn ok. huhuhu. asal jgn MAMAT ARAB :p

    ===================================

    acaiiii!!! KO BACA NI. hii..hiii..

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    ups!! ramai je yg lain lg kn. huhuhuh cikgu ni pandai bergossip jgk ye. x sangka sy. adui. matila sy dgn statement berani mati tu *lariiii*

    Reply

  31. Anonymous says on :

    salam sarah. awk lupa ke. sy pun JAWE jgk. tu abg sy yg x-utm tu kosong lg.igt tak?yg penah dtg jemput sy kt hostel n stop depan awk kt depan sekolah dulu tu.awk tgh tunggu mak atau ayah awk jemput wkt tu.adnan pun ada wkt tu. mahu?dh keje dh dia skrg.dr kawan baik jd kakak ipar plak ye. hehe.sy ok je.best ape.kite rodong2 berdua.tinggal abg sorang2.kakak ipar camni sape tak nak.

    -NuHa-

    Reply

  32. cikgu jawe says on :

    abih le ko lps ni.. ramai pula org jawe menghulur salam..:) bkn salah aku eh..

    Reply

  33. djambu puadovich says on :

    slm…dah lepas 3 hr dah, so xleh a nk ucap selamat hr raya plak…hmmm…btw, do come by n visit my blog…leave a komen while ur there…
    penatxabes.blogspot.com

    p.s> kalo add as fellow X-KI pn xpe gak..hehe

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nuha:
    rajin awk online skrg ni ye. mentang2 cuti lama skit kali ni. nnti dh kena keje smula, penat memanjang. haah la! baru sy tringat yg awk pun JAWE jgk. adeh. camne sy bleh lupa ni. oh. abg wak yg tu ke. sy x ingt sgt dh muka dia. tp sy ingt jana panggil dia Abg Lulu. sbb dia pnh ikut fmly awk dtg lawat awk kt hostel pakai t-shirt ada tulis Lulu warna kuning. hehe. malu sy awk nk berkakak-iparkan sy ni. haha. lucuu! nnti kalau sy cerai berai ke dgn awk, putus kawan plak kita nnti. uishh. bahaya ni. nauzubillah. takpelah Nuha. Abg Safwan (nama dia Safwan kan?) akn jumpa org yg jauhhhhh lg baik. insya Allah 🙂
    p/s: awk ingt lg yek awk ada singgah dpn sy bg buku sy sblum tu yek? sy pun dh x bape ingt dh. puas recall td. huhu.

    Cikgu:
    aishh.. mcm2 la cikgu ni ye. yg pasti, jgn acai tersedak sudah! haha.

    Azizul:
    salam. 1st thing bila sy ternampak nama awk ni, sy tergelak. apa pasal DJAMBU??? dh jd jambu ye kat sana? sy tergelak skit td. puadovich tu understandable enuf. oh. sy dh link kn pun. n mmg tak sangka boleh terserentak mengomen. terjumpa thru hawa’s blog td.

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nuha:
    *typo skit kt atas tu!
    –> nnti kalau sy cerai berai ke dgn ABG awk, putus kawan plak kita nnti.

    Reply

  36. Mimi Amilia says on :

    sarah,
    salam aidiladha.
    oh..terima kasih kerana berkongsi pengalaman.Saya pun belajar sesuatu hari ni.

    Reply

  37. Aizar Azman says on :

    salam sarah..
    good luck for ur exam..
    dalam tawar ade manis la awk..

    p/s:thanx for the info utk surah al-ikhlas tuh..

    Reply

  38. Anonymous says on :

    kak sarah..just wanna ask..bc surh al ikhlas dlm memulekan sesuatu tu sunnah nabi ker?sbb saye ni cetek ilmu n xpnah tau..hehe..hope u can tell me bout it

    Reply

  39. Anonymous says on :

    Sarah,dulu abg wan penah je tanya psl awk 😀 wkt tu lepas kita dpt result PMR.dia tanya awk dpt bape n pastu awk nk kemana.hii.wkt tu abg long sy dh start nyakat2 dia kate yg dia minat budak sekolah.wkt tu dia dh di utm. silap sket je sbb wkt tu ketua umum kita tgh duk syok kat awk. wahyu? ke erham? sarah,sy balik ipoh hari ni.mlm nanti.sbb nk uruskn pindah rmh sewa baru.kene pindah sebelum new yr. nampaknye x puas le cuti sy ni wei.x dpt la nak online puas2 lg dh lpas ni.ni sy balik dgn abg safwan ni.nnti sy lalu temerloh sy ajak dia gi rumah awk ye;)

    -NuHa-

    Reply

  40. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimi:
    salam aidil adha. dh abis dh pun raya. hehe. nnti sy updatekn apa keistimewaan mengamalkannye ye.

    Aizar:
    thnk u! takut ni. tp abis je exam ni, dh raya dh!!! cuti smpai awal feb. nnti sy updatekn apa keistimewaan surah ni.

    Anon:
    insya Allah. tak sabar nk abiskn exm ni sbb nak tak sabar nak kongsikan kelebihan mengamalkn surah ni. baru je dgn sepenuhnya tghari td. terkesima kejap 🙂 nntikn update nye lepas akk abis exm ye 😉

    Nuha:
    amboi.. berjela la plak awk cite psl sy dulu2. huhu. ketua umu kita dulu wahyu la. wahyu hidayat sulaiman. ahaks. ingat tu! huhu. erham plak pengerusi sy dlm persatuan sejarah la. kami kan ank2 murid kesayangan cikgu sali. tiap2 hari selasa lepas meeting cikgu belanja. ngehehe. hope awk dh selamat smpai ipoh skrg ni. tak dpt online slalu takpe. kita back to normal smula la ye email2 je. klasik gitu. aaa. sy teringat jana n rabiul sgt2. apa kabar diorg ye. oh. td singgah ke rmh sy? i bet u didnt. kalau tak, sure kakak/mak sy dh msg bgtau. kirim salam la ye pd abg safwan. bertahun kori dh tak jmpa dia. klu jumpa pun, sy rasa sy dh x kenal dia. huhu.

    Aaa… tak jenguk blog pun hari ni. baru ni nak rest sat kat sini (it’s almost 12.30am 24/12/07) sy rindu dgn kamu semua! =)

    Reply

  41. ytmz says on :

    hehe sekali tawar, sekali 40 komen datang respon, dah reda tawarnya, hehe cikryn ni mmg kelakar sungguh, mesti ketawa dibaca komen cikryn, selamat Hari Raya AidilAdha hendaknya cikryn.. sarahks.. dah cukup waktu dah, habis waktu bertakbir raya, skg waktu ronggeng pulak ahahaha

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yasir:
    oh kembar. hehe. ryn mmg lucu. juga baik dan mulia hatinya. kalau dikata suara kembar sy ni mengusik jiwa, apakah wajahnya pula tidak terpahat di minda? huhuhuh.
    *mood looking for su-MY-yah for my twin* hehe. ke mana menghilang 3 hari tuang panglima?

    Reply

  43. ytmz says on :

    mencari su-MY-yah le kononnya cik kembarah. 3 hari pun tak jumpa jugak, habis merata kg kita teroka, haha balik kg le cik, perak, malim nawo, *ha elok gitu, kalau dah jumpa yang padan, unjurkan, boleh timbang sempena hujung tahun.. hehe..

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Kembar, sy tak mencari tp tertanya2 je. balik malim nawo rupenye. kalau tercari-cari karang, pelik plak org. ape kabo org kg? takdek banjir2 kat sane kan? bekal durian tak bawak balik gombak ke? eh, dah nak timbang2 dah ke? kalau nak dapat hujung thn ni, susahla. biar sy mengembara mencari dulu ye.

    Reply

  45. nOnnie - cuppycakeyumyum.blogspot.com says on :

    salam dari malaysia..

    maaf, main masuk je channel sarah.. tp terhibur baca blog sarah (kakak ke adik yeee??) raya di mana2 pun sama. kiblat dan Tuhan kita tetap satu, kan?

    kupas pula isu kelebihan Ayatul Kursi.. banyak manfaatnya. semoga tabah menghabiskan sisa2 study di negara orang.. pulang ke malaysia mungkin boleh berkenalan..

    salam ukhwah.

    Reply

  46. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    mind sharing the benefit of surah al-ikhlas whilst carrying task?

    Reply

Leave a Reply