Archive for the ‘Soul’ Category

Ketika Cinta Memanggil

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Nota 1: Yang saya kongsikan ini versi Siti Nurhaliza. Saya sebenarnya lebih sukakan versi Opick. Tapi video klip untuk lagu nyanyian Opick tiada yang rasmi. Kurang sesuai pula untuk dikongsikan.

Nota 2: Kamu pandai menyanyi? Saya tidak pandai tetapi saya ialah penyanyi ketiga untuk lagu ini selain Siti dan Opick. Tetapi hanya ketika di dalam bilik air. :mrgreen:

Posted on April 3rd, 2009 by Sarah  |  16 Comments »

Doa

Assalamualaikum wbt

Mari menulis. Pendek saja hari ini. Tapi tak janji. Tapi, insya Allah. Ya Rabbi. Macam budak-budak dah ni. Budak-budak pun dah lama dah buang tabiat janji buruk begini.

Sudah hari Jumaat pun kita. Surah apa yang menjadi pilihan kamu semua ya? Pada hari Jumaat, ada beberapa surah amalan yang disunatkan untuk dibaca. Yasin, Ad-Dukhan, Al-An’am dan As-Sajadah. Boleh rujuk di sini untuk info yang lebih banyak. Saya kan nak menulis pendek saja. Nanti kalau saya hurai satu persatu, berjela lagi panjangnya entri saya. Kalau saya, saya membaca Al-Kahfi. Al-Kahfi pun surah yang dituntut untuk diamalkan.

“Nabi s.a.w. bersabda; “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka akan menjadi cahaya yang terang untuknya dari tempatnya sampai ke Kaabah.” – Riwayat al Baihaqi dari Abu Saied R.A”

Pagi tadi, saya mula menyedari sesuatu. Setiap pagi saya dipenuhi dengan macam-macam doa. Silap hari bulan, orang di sekeliling saya boleh tersalah anggap saya sedang membaca jampi serapah atau apa. Terkumat-kumit saja mulut saya ni. Saya cuba ringkaskan ceritanya.

Bangun tidur –> Doa bangun tidur –> Doa masuk tandas –> Doa selepas wudhuk –> Doa keluar tandas –> Doa memandang cermin (Kata nak jadi cantik, kan. Haruslah diamalkan. Huhu) –> Ma’thurat (sughra/kubra) –> Beri salam sebelum keluar rumah –> Doa keluar rumah serta mengucap dua kalimah syahadah.

Tamat satu sesi. Sesi seterusnya pula.

Nak turun escalator –> Baca doa naik escalator –> Masuk metro (subway train) –> Baca doa naik kenderaan –> Baca nota dalam metro –> Baca doa penerang hati dan segala doa belajar saya yang tujuh jenis tu (Kadang-kadang dipendekkan) –> Keluar dari stesyen metro –> Baca doa keluar rumah dan mengucap sekali lagi –> Masuk hospital –> Baca doa penerang hati.

Ha. Tu dia. Ok. Saya nak ringkaskan juga penerangannya.

Doa-doa di awal pagi hari tu semua pun maklum sebabnya kenapa, kan. Jadi tidak perlu untuk diterangkan. Bermula dengan doa keluar rumah dan mengucap, saya amalkan doa ini untuk memelihara diri sepanjang berada di luar rumah. Kenapa perlu mengucap sekali, kerana di tahun satu dulu, kes bom dan pukul banyak terjadi. Dulu-dululah. Bom tu pun sekali saja yang pernah terjadi di depan mata saya. Jadi, ini menjadi peringatan kepada saya bahawa mati itu boleh terjadi di mana-mana saja. Kalau mati di sini, tengah nazak-nazak tu, mana ada orang di sekeliling yang nak ajar mengucap. Jadi, sebagai persiapan, saya mengucap siap-siap. P. Ramlee kata, moga-moga mati dalam iman. Ye dak? Eh, maksud saya, setidak-tidaknya biarlah saya mati dalam husnul khatimah (penyudah yang baik).

Doa naik escalator. Doa apa ni? Tahukah anda bahawa doa menaiki escalator adalah sama dengan doa menaiki kenderaan? Hehe. Saya pun baru juga tahu ilmu ini. Baru dalam dua tahun lepas saja. Itupun selepas saya mendengar sebuah mau’idah (ceramah) oleh seorang pendakwah berbangsa Arab yang bercerita tentang hikmah berdoa. Video ceramah ini diberikan oleh kawan saya berbangsa Tunisia. Kalau saya tak dengar ceramah tu, sumpah sampai sekarang pun saya tidak tahu agaknya.

Kenapa bila keluar dari metro, saya membaca doa keluar rumah dan mengucap sekali lagi? Kerana perjalanan dari stesyen metro ke hospital agak jauh. Mengambil masa lebih kurang 15 minit. Itupun dengan berjalan kaki laju macam pelumba jalan kaki. Kurangnya saya berjalan tiada lenggang-lenggok pinggul macam pelumba tu saja. Kalau tak, saya dah boleh masuk bertanding kot. Biasanya saya jalan bersendirian. Ada banyak perkara boleh terjadi. Jadi, saya saja-sajalah ulangi semula doa saya dan syahadah saya. Jika ada apa-apa yang terjadi, moga-moga Allah lindungi saya.

Buktinya ada. Ni bukti kecil sajalah. Di kawasan hospital pagi tadi, ada seekor anjing menyalak kepada dua orang yang berjalan lebih kurang 20 meter di hadapan saya. Saya sudah seram sejuk waktu tu. Kalau setakat saya lalu dan anjing tu duduk diam saja, saya tak kisah. Tapi kalau ia menyalak, seriau juga darah saya ni. Tak memasal, saya berlari dikejarnya nanti. Saya menoleh ke belakang. Ada dua orang perempuan sedang menuju ke arah saya untuk menuju ke Obstetrics Departement atau mungkin juga menuju ke bangunan utama. Saya berhajat untuk menunggu mereka berdua dan berjalan sekali bersama mereka. Tapi saya berfikir semula (Ha, tengok. Otak saya sukalah cari pasal dengan saya kan. Sempat lagi suruh fikir ulang-ulang kali). Mesti mereka tak selesa ada orang asing yang tiba-tiba saja mendampingi mereka.

Jadi saya teruskan perjalanan. Saya cuba kawal pernafasan saya supaya anjing itu tidak sedar bahawa saya sedang keseraman. Allahu Akbar. Macamlah anjing tu boleh tahu berapa laju jantung saya berdegup waktu tu. Saya nampak anjing tu menuju ke arah saya. Saya istighfar dua, tiga kali. Anjing tu betul-betul di tepi saya. Tapi sedikitpun ia tidak menyalak sebaliknya kemudian terus ke tepi untuk kencing. Wah. Hebat kuasa Tuhan. Saya amati semula apa lagi yang saya ada lakukan pagi ini. Tiada apa melainkan doa keluar rumah dan syahadah yang saya ulangi dua kali. Mungkin itulah kot hikmahnya. Ini pada hemat saya saja. Pada orang lain, mungkin lain pula kisah dan tafsirannya.

Ok. Dalam perjalanan balik, apa pula doanya. Mari lihat.

Hampir sama dengan rutin di atas –> Masuk metro –> Baca doa naik kenderaan –> Pandang keliling –> Baca doa tidur –> Tidur!

Huhu. Dalam perjalanan balik, badan dah penat. Kepala dah berat. Terapinya hanya satu. Tidur. Tiada yang lebih nikmat melainkan tidur. πŸ˜‰

Baiklah. Saya nak teruskan bacaan. Pendekkah entri ini? Tidak berapa nak pendek sangat, kan. Maaflah. Menulis itu memang terapi dan aktiviti masa senggang saya. Tak dapek den nak nolong!

Nota 1: Jumaat sudah tiba. Wardah gitu. πŸ˜‰

Nota 2: Selawat, selawat. Nanti Nabi tak bagi kita syafaat di akhirat. πŸ™‚

Posted on February 26th, 2009 by Sarah  |  26 Comments »

Kualiti

Assalamualaikum wbt

Saya asyik mengantuk saja sejak semalam. Baru baca seperenggan, mata sudah hampir terpejam. Yang lucunya, ini terjadi hanya setiap kali saya membaca Neurology. Nampaknya, kuat betul tulah subjek itu. Atau, adakah saya alah terhadapnya? Simtom alahan ini ke atas saya ialah mata akan mengantuk dalam masa 10 ke 15 minit selepas buku dibuka. Jenuhlah saya macam ni.

Petua doa sebelum belajar pun nampaknya tidak berkesan. Saya mengamalkan tujuh buah doa sebelum belajar. Bermula dengan surah Al-Fatihah (1:1-7), dua buah doa penerang hati (Tahaa 20:25-28), doa meminta ditambahkan ilmu yang bermanfaat, doa meminta dipermudahkan segalanya, doa cahaya petunjuk (An-Nur 24:35) dan disudahi dengan Ayat Kursi (Al-Baqarah 2:255). Nampaknya, mata saya masih lembik dilanyak syaitan. Saya kena fikirkan solusi lain untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu tingkatkan kualiti masa, hati dan diri saya sendiri.

Hari ini saya bercuti sempena sambutan memperingati jasa kaum lelaki dalam mempertahankan negara. Ringkasnya, hari ini disambut sebagai Hari Lelaki. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lelaki buat semua lelaki berkualiti yang ada di dunia ini. Untuk dunia, kamu adalah seseorang. Untuk seseorang, kamu adalah dunianya.

Oh. Moga-moga saya dapat membaca dengan berkualiti pada hari ini. Mata, tolonglah jangan alah dengan Neurology lagi. Menangis saya nanti, tau. πŸ˜₯

Nota: A man has to do what he has to do. (Ayah, March 2008)

Posted on February 23rd, 2009 by Sarah  |  31 Comments »

Menjadi Wanita

Assalamualaikum wbt

Semenjak mula bercuti seminggu yang lalu (baru seminggu bercuti tapi saya dah rasa seperti dua minggu), saya tidak menulis sesuatu yang bermanfaat sangat pun. Semuanya lebih kepada aktiviti harian saja. Apa ini diari online sayakah? Harapnya saya tidaklah merepek yang tak tentu hala di sini.

Sebenarnya saya ada satu azam sempena tahun baru lalu yang saya kira sangat baik untuk peringkat umur seperti saya. Cara saya bercakap ini seperti saya ni sudah tua saja. Ok. Tukar cara berfikir. Ini bukan cara orang tua berfikir tapi cara seorang anak muda hendak mematangkan lagi diri.

Saya berniat untuk menjadi lebih lemah lembut dan berhemah dalam setiap tindak-tanduk saya. Baik cara membawa diri, bercakap mahupun menulis sekalipun. Tapi, semakin mendekati tahun baru lepas, semakin banyak dugaan datang. Provokasi yang datang bertimpa-timpa menyebabkan saya kalah dengan emosi.

Saya menjadi semakin mudah diprovok. Semakin lama saya menjadi semakin tegas. Baik dari segi pembawaan diri mahupun cara menulis. Saya akan mempertahankan apa yang saya rasa patut disuarakan. Dengan cara yang tegas. Bila saya mngkaji semula diri sendiri, saya akan malu dengan ketegasan yang melebih-lebih yang muncul dengan tiba-tiba ini.

Dulu saya bukan begini. Saya boleh bertoleransi dengan apa jua provokasi yang datang. Saya lebih mudah mengalah terutamanya jika dijolok-jolok dek api-api panas yang muncul di dalam hidup saya. Saya lebih senang mengundur diri dan diam. Tapi sejak provokasi yang terjadi di sekitar awal tahun baru lalu, saya susah hendak bertoleransi dengan perkara-perkara yang menyesakkan saya apatah lagi yang tak menepati selera saya. Cara saya menjawab komen juga tegas. Dan saya betul-betul akan menegaskan apa yang menjadi prinsip saya. Dalam erti kata lainnya, saya semakin emosional.

Saya geram juga kerana saya menjadi semakin tegas begini. Sebab saya terasa jauh dengan kehidupan yang dulu. Tapi entahlah. Susahnya untuk saya berpatah ke belakang. Yang saya tahu sekarang saya menjadi lebihΒ  pengabai (ignorant) berbanding dulu. Inilah fasa baru dalam hidup saya sejak dua, tiga minggu yang lalu.

Kalau ada yang meletakkan azam untuk mendapat 11A1 dalam SPM tapi tidak berjaya mencapai target, begitulah yang saya rasa bilamana diri saya menjadi tegas seperti sekarang. Apa yang saya rasakan tidak kena, saya akan abaikan saja daripada perhatian saya. Tak perlu dilayan. Begitulah betapa ignorant-nya saya kini. Nampaknya, entah bilalah hajat saya hendak menjadi lebih lemah lembut dan berhemah akan tercapai. Betullah pesan Baginda Rasul. Halangan terhebat sesuatu niat itu ialah hatinya sendiri.

Pesan ustazah sewaktu sekolah rendah dulu, kalau hendak menjadi orang yang berakhlak, kita kena mulakan dengan mengamalkan doa-doa harian sebagai satu kelaziman dalam hidup. Segala doa. Masuk-keluar tandas, sebelum-selepas makan, hendak-bangun tidur, tengok cermin, pakai baju, keluar rumah dan segalanya. Bila kita berniat dan berdoa, kita akan lebih mengawal tingkah laku kita. Hasilnya, kita akan lebih berhemah dan menjaga tingkah laku kita.

Saya hendak mencuba. Sebab saya betul-betul hendak mengubah diri saya yang sedia ada. Saya hendak menjadi lebih lemah lembut selari dengan tuntutan adat dan agama.

Nota 1: Tapi saya tahu saya takkan boleh berjalan lemah gemalai. Auw. Masa itu emas bagi saya. Dan saya tak boleh bayangkan saya berjalan melenggang macam itik pulang petang tu. πŸ˜€

Nota 2: Ada ke perkataan pengabai? Macam Bai Bai Baiya je bunyinya. πŸ˜›

Posted on January 28th, 2009 by Sarah  |  34 Comments »

My Stance

Assalamualaikum wbt

Yesterday, I was stuck in dilemma. To be or not to be. By midnight, decision was made and I chose not to be. Alhamdulillah. I am very contented with it.

Abu Burda related that Abu Musa said, “The Prophet, may Allah bless him and grant him peace, heard a man praising another man, extolling him greatly. The Prophet said: You have destroyed him or you have broken the man’s back.” (Imam Bukhari)

Well, the hadith supports my stance which I hate compliments as I see them as insinuations and burdening. But if you happen to hear I tell you some,Β  don’t worry. I really mean it from the bottom of my heart.

Note: Having good friends around is great. I want to befriend you all forever!

Posted on January 25th, 2009 by Sarah  |  22 Comments »