Kualiti
Assalamualaikum wbt
Saya asyik mengantuk saja sejak semalam. Baru baca seperenggan, mata sudah hampir terpejam. Yang lucunya, ini terjadi hanya setiap kali saya membaca Neurology. Nampaknya, kuat betul tulah subjek itu. Atau, adakah saya alah terhadapnya? Simtom alahan ini ke atas saya ialah mata akan mengantuk dalam masa 10 ke 15 minit selepas buku dibuka. Jenuhlah saya macam ni.
Petua doa sebelum belajar pun nampaknya tidak berkesan. Saya mengamalkan tujuh buah doa sebelum belajar. Bermula dengan surah Al-Fatihah (1:1-7), dua buah doa penerang hati (Tahaa 20:25-28), doa meminta ditambahkan ilmu yang bermanfaat, doa meminta dipermudahkan segalanya, doa cahaya petunjuk (An-Nur 24:35) dan disudahi dengan Ayat Kursi (Al-Baqarah 2:255). Nampaknya, mata saya masih lembik dilanyak syaitan. Saya kena fikirkan solusi lain untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu tingkatkan kualiti masa, hati dan diri saya sendiri.
Hari ini saya bercuti sempena sambutan memperingati jasa kaum lelaki dalam mempertahankan negara. Ringkasnya, hari ini disambut sebagai Hari Lelaki. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lelaki buat semua lelaki berkualiti yang ada di dunia ini. Untuk dunia, kamu adalah seseorang. Untuk seseorang, kamu adalah dunianya.
Oh. Moga-moga saya dapat membaca dengan berkualiti pada hari ini. Mata, tolonglah jangan alah dengan Neurology lagi. Menangis saya nanti, tau. π₯
Nota: A man has to do what he has to do. (Ayah, March 2008)
mmm…ada hari lelaki ke sarah????
kalo mcm tu..slmt hari lelaki buat ayah sy yg tercinta dirumah sana..hehhehe
neurology mmg topic yg sy ****** susah betul
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:56 pm
Selamat untuk semuanya! π
Reply
salam sarah π
lama x jenguk sini
Selamat Hari Lelaki untuk semua ayah2 bertanggungjawab pada keluarga di seluruh dunia π bakal2 ayah yg juga diucapkan semoga bertanggungjawab atas bakal keluarga kamu nanti π
Setan oh Syaithon! kenapa kamu kacau Sarah!? dah xde keje lain ye? Sarah, skipping di tepi meja study lah mcm tu klu still mengantuk bagai :p
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:56 pm
Ha. Ucapan untuk bakal ayah tu penting tu. Juga untuk bakal suami. Kekekeke π
Reply
cuba sarah amalkan yang ini juga sebagai tambahan..
baca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali
dan baca 3 qul sebanyak 3 kali untuk setiap qul.
dan kalo boleh sblm mulai setiap doa tu amalkan membaca ini “a’uzubillah himinassyaitanirrajim” yang bermaksud “Aku memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang direjam”. InsyaAllah syaitan tidak berani untuk dekat dengan kita dan kita dalam naungan-Nya.. π
Saya selalu mengamalkannya untuk tido dan membaca, alhamdulillah berkesan pada saya.. π
sekiranya sarah sudi untuk mengamalkannya la.hehe. jika sarah sudah mengamalkannya tetapi tidak dimasukkan di dalam entri, abaikan sahaja. π
saya sekadar cuma untuk berkongsi pengalaman saya..
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:57 pm
Terima kasih sebab berkongsi ye Ida π
Reply
ehh. hari lelaki? comelnya. hehe. subjek neurology berkait dengan apa KS?
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:58 pm
Hari Lelaki di Russia ni la. Tempat lain tak. Hehe. Neurology ni berkaitan dengan Sistem Saraf. Huaaghhh. KS tak suka sebab susah dan sangat banyak benda yang tak faham *muka stone*
Reply
Salam Sarah..
tumpang lalu boleh.. saya tersesat lah ‘n terjumpa blog nih..
excuse me..
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:58 pm
Oh. Silalah lalu Ainul. Sini takde tol macam kat PLUS Highgway π
Reply
eh ade hari lelaki? baru saya tahu π thanks.
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 1:59 pm
Sambutan ni di Russia je. Tapi bolehlah kita layankan sekali untuk sedunia terus π Selamat Hari Lelaki ye Midy.
Reply
midy Reply:
February 27th, 2009 at 5:36 am
sarah shukor. betol x eja name nie?
eh… hari perempuan ade wujud x?
untuk lelaki2 di dunia nie hargai kite π
i am girl sarah.
Reply
saya dalam exam mood ni, nak baca yang berkaitan exam sure ‘ghuyup’, buka benda lain trus jadi cerah, apa effect kat neuron kalai gini doc?
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 2:00 pm
Erk. Tak faham.
Reply
sekadar idea, minumlah KOPI! heheheheh.. kopi kurang mnis ar…
hari lelaki?? kat russia?? ka seluruh dunia? hari pahlawan kot…
p/s: skrg mlm ka siang kat russia?? sini kul 5.05, 25min to go.. nk balik keja dah… lamanyaaaaaaaaaa…..
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 12:08 pm
Oooo. Pandai nak trick saya ye. Huhu. Takleh. Takleh. Dah nekad tak mau minum kopi untuk masa ni. Ni la namanya ujian π Kena la bersabar sikit kan. Lagipun, masalah mengantuk ni sebab tak cukup tidur kelmarin. Tu yang laloq je siang semalam.
Haip. Kerja2. Ada 25 minit lagi ni encik. π
Reply
waaaaa, ada ek hari lelaki sarah? hehe..
selamat hari lelaki utk sy juga,keke*perasan…
sy tau nape awk ngantuk sarah..sebab awk dah tak minum kopi kot,hihii…
chaiyok2 sarah!!!
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 12:12 pm
Haaa. Ni sorang lagi yang nak hasut saya minum kopi ni. Huhu. Saya takde susu manis. So saya tak boleh nak bancuh. *alasan* π Ye Acai. Selamat Hari Lelaki. Hanya lelaki2 berkualiti je yang layak dapat ucapan ni π
Reply
haa…sy ada idea sarah..apa kata sarah tgk balik cite 1 litre of tear..cite tu kan psl neurology,spinocerebellar degeneration..mana tau boleh naikkn smgt sarah balik:-D
sy suka sgt cite tu!
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 2:01 pm
Faiq, lepas baca komen ni tadi, saya rasa teruja kejap. Saya cakap pada Fareena. Terus dia offer saya CD sebab dia ada CD cerita tu. Huhu. Tapi tak boleh la. Ada banyak buku tengah queue untuk dibaca. Buku Neuro. Nota Obs untuk kelas esok. Dan novel sejarah tu. Huhu. Novel tu takleh lepas tu. Kekeke
Reply
~young mango~ Reply:
February 23rd, 2009 at 2:28 pm
hehe…xpe,i know u can do it sarah!:-)
sy ada exam neurology rabu ni…skrang ni pon sy tgh study neurology…jom sama2 study neuro dgn smgt!:-D
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:08 am
Eh, amacam exam? OK? Adakah mumtaz? π
Reply
tq to kak sarah…….erm saye pun baru tau arie nie yang 23 feb is the mans’ day kat russia(tu pun my russian lecturer yang bg tau) hihihihihi……….and for u to gud luck in your study…semue tu adalah ujian dan hnya orang yang mampu mengatasinya sahaja yang akan mendapat kejayaan….insyaallah….
Reply
Sarah Reply:
February 23rd, 2009 at 2:02 pm
Ooo. Cikgu ada beritahu ye. Bulan depan ada hari wanita pulak π
Reply
Tahniah ada domain sendiri…yeke?
Terima kasih ucapan tu dengan perasannya saya terima dengan hati terbuka!
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:09 am
Hehehe. Ucapan tu terbuka untuk semua yang berkualiti. Awak pun boleh je nak perasan banyak mana pun
Reply
Neurology is my most favourite medical block. Its all about application of anatomy.Good luck! π
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:10 am
Neurology is my lifetime rival π₯
Reply
Cuba cari urat saraf mana yg buat Sarah ngantuk bila tengok buku Neurology tu.. PicitΒ² sikit..mesti lepas tu boleh study.. π Study tau jgn tak study..sikit lagi ..dah nak abis dah..
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:11 am
Mengurut akan dikuatkuasakan serta merta sebagai metod tak bagi mengantuk. π
Saya yang menurut perintah,
Sarah
Reply