Archive for the ‘Life’ Category

Rutin Baru

Assalamualaikum wbt

Siang tadi, saya tertunggu-tunggu Maghrib masuk. Saya tak sabar hendak solat dan tidur. Saya tak bersemangat hendak membuat benda lain. Tapi selepas selesai solat, Fareena dan Diba mengajak saya menonton filem lama tentang sejarah Rasputin. Sambil itu, kami semua makan nasi. Elok saja nasi sepinggan habis, mengantuk saya pun datang. Sebenarnya saya bukan mengantuk. Tapi saya bosan. Lebih-lebih lagi bila hari sudah gelap sekitar 5 petang, saya tak tahu hendak buat apa. Sesiapa yang ajak saya menonton apa-apa filem pun saya dah tak lalu dah. Bosan dengan rutin yang sama saja.

Bila bangun saja, saya rasa tak bersemangat sungguh. Nak buat apapun rasa tak menjadi saja. Rasa nak makan, nanti gemuk menjadi-jadi. Rasa nak mula belajar, mood memang tiada lagi. Rasa nak mengemas almari, saya nak tunggu roommates saya tidur dulu. Rasa nak memasak, bekas bakar kek rumah saya ada orang pinjam tak pulang-pulang. Rasa nak telefon orang, semuapun dah tidur di Malaysia. Rasa nak makan lagi, tak boleh. Nanti berat makin naik.

Sudahnya duduk di meja, belek-belek jadual untuk Spring Semester ini yang ada 9 posting yang pendek-pendek saja tempoh setiap satunya. Bila saya belek jadual ulangkaji yang perlu saya buat, baru rasa tersentap sikit. Apa lagi yang saya buat? Belek-belek nilai normal untuk segala jenis analisis dan mengosongkan laptop daripada segala fail yang tak diperlukan.

Esok siang (hari nilah tu), segalanya akan bermula. Insya Allah saya akan bangun awal pagi dan memulakan semula revision saya yang dihentikan sepanjang cuti sejak 21 Januari lepas. Malam ini malam terakhir untuk rasa tak bersemangat, malas-malas, tiada mood dan segala yang negatif ni. Kasi peluang untuk otak lepas tekanan dengan moody doody begini. Esok semuanya mesti berubah. Mesti.

Resolusi: Usaha lebih kuat, kurangkan tidur, kurangkan bercakap, kurangkan bermain, kurangkan internet dan lebih ignorant.

Bila tengok semula jadual Spring Semester ini yang tertulis di bawahnya ‘MALAYSIA, HERE I COME!!!’, rasa bersemangat sangat hendak memulakan hari esok dengan sebaik mungkin. Semoga tempoh seminggu sebelum sem baru bermula membolehkan saya mempersiapkan diri dengan mood belajar yang maksimum.

Nota: Bila berbual dengan Kaklong, mesti bermula dengan gembira-gembira, selisih pendapat sikit, geram-geram, gembira-gembira semula dan akhirnya akan sebak. Kaklong tetaplah Kaklong di hati saya.

Posted on February 2nd, 2009 by Sarah  |  24 Comments »

Menikmati Cuti

Assalamualaikum wbt

Cuti tinggal seminggu lagi. Saya macam merapu saja dua, tiga hari ini. Maksud saya, saya merapu saja bila berada di bilik. Selesai Maghrib di awal waktu yang amat sangat (yang jarang dilakukan bila hari bukan cuti), terus saya tidur. Sebab apa tidur, sebab sudah tidak tahu hendak buat apa.

Bila terjaga di waktu Isyak, selepas itu terus menekun di Youtube. Saya buat marathon filem-filem Inggeris lama. Ala. Yang zaman gown kembang, bertopi, lelakinya menunggang kuda, ada majlis tari menari yang penuh protokol tu. Namakan saja semua filem hasil karya Jane Austen. Semuanya saya dah ulang tonton untuk kali kedua. Pride And Prejudice, Sense And Sensibility, Becoming Jane, Mansfield Park, Persuasion, Northanger Abbey dan kemudian beberapa filem sebegini yang disiarkan oleh BBC TV. Contohnya Wives And Daughters dan Dr. Quinn Medicine Woman The Movie.

Apa nak jadilah dengan saya ni. Budak-budak ni pun pelik dengan selera saya yang sukakan filem-filem sebegini. Saya bukan apa. Saya rasa wanita zaman itu sungguh bersopan kalau nak dibandingkan dengan yang dapat dilihat dalam filem-filem terkini. Kalau yang lelakinya pula, sangatlah berhemah dan beradab (beradab tu gentleman). Bahasa pun elok-elok. Saya selalu saja terbayang, sewaktu zaman yang sekian-sekian tu, di dunia sebelah Arab sana, masih adakah Nabi ketika itu? Kenapa di dunia sebelah barat ini Islam masih belum tiba ya waktu tu? Lagi, saya terfikir, bagaimana murninya mereka menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Dan kalau yang bercita tu, nak berhubung pun hanya melalui surat. Mana ada SMS, telefon, YM, Gtalk, MSN semua ni. Jauh sungguh saya fikir waktu tu. Nasib baik tengok seorang diri. Kalau tengok dengan orang, mesti saya bertanya itu ini. Orang pun bengang nanti.

Lagi satu, apa nak jadilah dengan saya ni. Saya tak buka pun buku-buku saya sejak mula bercuti minggu lepas. Ada saya susun buku-buku mengikut kepentingan di atas meja tapi saya tak baca pun lagi. Bukan cutilah kalau saya asyik sibukkan diri dengan hal ini kan. Tapi saya rasa bersalah pada diri sendiri. Isnin ni lah baru akan buka buku semula. Harapnya. Hidup penuh kesibukan akan bermula semula.

Selamat hari lahir Azizi! Dah 14 tahun dah awak kan. Ngah doakan awak selamat semuanya. Selamat dunia, selamat akhirat. Selamat Hari Wilayah juga. Hahaha. Oh ya! Jangan selalu lupa mana cermin mata awak ok, Encik Kura-kura!

Nota 1: Rasa bersalah tu hilang bila Makde saya SMS dan suruh saya enjoy cuti saya ini. Inilah cuti terakhir saya sebab selepas ini saya akan berada dalam semester akhir yang terakhir-akhirnya! Lepas tu dah nak kerja, nak itu, nak ini. Tiada erti bercuti dah, katanya.

Nota 2: Wives And Daughters adalah yang terbaik yang telah saya tonton. Filem itu menonjolkan bagaimana Eropah mula menerima sains dan mengiktrafnya sebagai satu bidang yang penting. Penuh nasihat dan adab yang boleh dipelajari (daripada menonton filem-filem baru yang entah apa-apa). 😛

Posted on February 1st, 2009 by Sarah  |  18 Comments »

Gambar

Assalamualaikum wbt

Hari ini kita tengok gambar sikit-sikit. Semalam kami ke Belaya Dacha (The White Cottage). Itu adalah tapak pusat membeli belah terbesar di Moscow. Ia menggabungkan empat buah pusat membeli belah tersohor iaitu Mega Shopping Complex, Ashan, Ikea dan Obi. Keluasan gabungan Mega, Ikea dan Ashan saja sudah seluas tiga kali ganda Mid Valley Shopping Mall di Malaysia. Akhirnya, saya, Diba dan Wanie terduduk kepenatan sehingga rasa hendak tidur saja di situ sebab tak larat hendak balik.

ff

Dalam nota entri yang lalu, saya katakan muka penyanyi Ada Band seperti kawan saya, kan. Ini buktinya. Tapi saya tak jumpa gambar penyanyi itu secara solo yang betul-betul jelas. Kalau tengok video klip Jalan Cahaya, aduhai, sejibik! Tapi kawan saya ni pun dah ala-ala penyanyi gayanya. Dia berupalah juga dan ada gaya. Tapi jangan main-main. Ini Tuan Peguam ok. Hafiz Quran lagi tu. Sebenarnya dia bukanlah sebaya saya. Ini kawan sekelas kakak saya. Tapi kira satu sekolahlah kan. Rapat sejak kecil-kecil dulu sehinggakan dah besar ni pun masih berhubung bila berkesempatan. Cuba teka, mana satu kawan saya, mana satu vokalis Ada Band. Tapi hadiah tidak disediakan bagi yang berjaya. Hahaha.

(gambar dibuang)

Nota: Dah lama tak dengar cerita Mukminin (ex-schoolmates di Pusat Pengajian Al-Mukmin, Temerloh). Inilah sekolah yang telah membentuk saya menjadi saya yang sekarang.

Posted on January 31st, 2009 by Sarah  |  9 Comments »

Matawang Russia

Assalamualaikum wbt

Nilai matawang Russia, Ruble, masih rendah. Nilai yang terendah dicatatkan  ialah pada 30 dan 31 Januari. Dikatakan, nilai ini akan kekal beberapa hari lagi. Cepat keluarkan duit. Simpan sendiri baik-baik. Untung besar jika duit dikeluarkan sekarang!

USD1 = 35.07 Rubles

RM1   = 9.8 Rubles

Jika dulu saya mengeluarkan 7000 Rubles untuk cukup-cukup saja perbelanjaan sebulan, maknanya saya telah mengeluarkan RM1000 (termasuk caj pengeluaran antarabangsa oleh pihak bank). Tapi kini dengan RM1000, saya mendapat 9800 Rubles. Jumlah ini berlebihan untuk perbelanjaan bulanan yang bersederhana.

Masalahnya, harga barang dan servis mencanak naik dalam masa sebulan ini. Jika dulu harga top up bulanan untuk kad metro ialah 180 Rubles, kini harganya ialah 255 Rubles. Memang kami sudah jangka harganya akan naik setiap kali tibanya tahun baru. Tapi biasanya harga akan bertambah sekitar 20 ke 30 Rubles saja. Kali ini harga naik sehingga 75 Rubles bersamaan hampir mencecah RM10. Ini belum lagi harga barang dapur terutamanya beras, ayam, sayur-sayuran dan makanan laut. Sehinggakan kami hendak membeli ayam pun akan berkira-kira mahu saiz yang bagaimana supaya tidak terkejut dengan harganya setelah ditimbang.

Pernah rasa berikat perut tak ada duit dan berada jauh beribu batu dari keluarga? Saya pernah. Tapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan keadaan di Gaza, Darfur dan 1001 kisah kesusahan yang lain.

Nota 1: Saya ke Belaya Dacha (kawasan pusat membeli belah terbesar di Moscow) bersama Diba dan Wanie. Luasnya hampir 3 kali ganda saiz Midvalley.

Nota 2: Saya asyik teringat lagu Jalan Cahaya nyanyian Ada Band saja hari ini. Balik tadi, saya meninjau video-videonya di Youtube. Makin saya kenal setiap ahlinya, makin saya mengakui muka vokalisnya seperti kawan lama saya ketika sekolah rendah dan sempat seketika sewaktu saya tingkatan 3 dulu.

Posted on January 31st, 2009 by Sarah  |  4 Comments »

An Evening With A Jew

Assalamualaikum wbt

On my way back home from the metro, I passed by this one guy with thick black beard and long dark blue coat. A moment after we passed each others’ shoulders with a small glimpse, the guy suddenly turned back and said ‘Hi’ to me. It was surprising when I actually did not expect even a word from him.

I stopped and looked at him innocently as I was still confused to whom he greeted earlier. By the way, he said ‘Hi’ as in Hi in English. Not ‘Privet’ as what a common greeting the Russians always use. He said it once again. Hi. So, I replied ‘Hi sir’ as I could see he is older than me. He came closer and started the conversation.

Mr. Beard: Are you a Muslim?

Me: Yes, I am.

Mr. Beard: Oh, well. Nice to meet you, miss. I was wondering whether you’re a Muslim or Hindu just now.

Me: Well, sir. Obviously you can see I’m wearing a scarf on. I don’t seem any similar with the Hindus I guess. (Smile)

Mr. Beard: Yes. Yes. I was mistaken. By the way, I’m a Jew. I’m very glad to have met you here.

Me: (Shocked) Ooo, really. (Smile)

Mr. Beard: No, miss. I just wanted to say that I am very upset with what’s happening in Gaza at the moment. I believe the Palestinians are innocent and they were trapped in between the political crisis which arises amongst the leaders of both parties.

Me: Thank you for your concern, sir. I believe in that too. There are many reasons why they should stop it and to deal with one good solution. It’s for their own benefits. For the Gazans and the Israelis themselves. I know I shouldn’t say this but in my opinion, the Israelis are too arrogant to admit what is not belong to them is not belong to them. And for the Palestinians, there should not be any selfish heads to get over the problems. And so do for the other Muslim countries which seem to back off for the sake of their own benefits. Oh, I do sound harsh, don’t I?

Mr. Beard: No no, girl. You think like an adult. How old are you? 18?

Me: Eh, no sir. I just hit 24. That sounds more like a compliment for me, you know. (Smile)

Mr. Beard: Ah, no way. You look like a daughter to me. I never imagine you are twenties.

Me: You are too kind. But sorry if my opinion sounds harsh.

Mr. Beard: Not at all. You should know that there are a lot more Jews who hate being a Jew at the moment. We are shame for what our brothers did to the innocent people there. That’s why I don’t put my Yamika on today.

Me: Ooo… (I was blur actually. I didn’t know what Yamika is. But I could imagine it must be something to do with the small covering on their heads.)

Mr. Beard: Ok, miss. Nice knowing you. Where are you from, miss?

Me: I’m from Malaysia. I’m a Malay and a Muslim by practice.

Mr. Beard: Be a good Muslim, then.

Me: (Smile)

Isn’t it good to have the opportunity to talk openly over this matter with the Jews themselves? Well, his final words were really meaningful. At least for me myself.

I continued my way home. I was greeted by a young lady then. This is another story. But I’ll cut short the story. She’s a believer of Jehovah Witness. We discussed over this thing once more whilst she handing me over a few handouts related to her belief. Frankly speaking, when I was staying in apartment outside the student hostel compound, I a few times have come across these people. They even paid me a visit at home and we discussed about Islam and Christian openly. It’s scary you know. Just imagine what would happen if I could not answer the questions? Lucky me, I have a few Islamic books which I brought over from Malaysia (Ayah, I’m sorry. I took yours!) and some of the questions could be answered by logic.

All I can say is, I am lucky to be the chosen one to have encountered with such situations in life. That’s why we must try to give assiduous effort to enrich ourself with good knowledge and so we are ready to face any possibilities that might come in life.

Note 1: It’s really wearisome when you cannot prove that you are right. So, be prepared.

Note 2: Yamika is the round or diamond shaped “hat” that Jewish males use to dignify their manhood. (Why I never know this? Huhu)

Note 3: No second date for today as it was scheduled. Everyone is lazy to get out of the bed. 😀

Posted on January 29th, 2009 by Sarah  |  31 Comments »