Assalamualaikum wbt
My mother and father went for a blood screening test at Dr. Rama’s clinic in the town. When they were there, Dr. Rama addressed my father as ‘Young Man’ despite of his almost-golden age.
When they came back home, my father started calling my mother as ‘Young Girl’ because of her normal blood pressure despite of her current age. I laughed crazily when they told me the story.
Oh. So sweet of them!
Note: Ayah reminded me this fact: “Now it’s May. Next is June. Only one month plus left for you to survive.” Oh. He’s so sweet. He always does the countdown for me. Muaah!
Posted on April 29th, 2009 by Sarah | 10 Comments »
Assalamualaikum wbt
Exam sudahpun selesai. Alhamdulillah, markah yang cemerlang. Sekejap saja viva pagi tadi. Yang lebih menguntungkan, semua soalan saya berkaitan Cardiology. Bidang yang paling saya suka. Saya ingatkan, kemungkinan besar saya akan kena tanya banyak soalan-soalan berkaitan Pulmonology. Tapi satu pun tiada saolan berkaitan paru-paru. Huhu.
Yang penting, satu group saya semuanya sudah lepas bahagian ini. Ada beberapa orang lagi juga mendapat markah cemerlang. Sekarang ini, hanya tinggal empat posting pendek (seminggu lebih setiap satu) yang akan kami lalui sebelum kelas tamat secara rasmi pada 1 Jun nanti. Selepas itu, barulah bahagian paling penting untuk State Exam akan bermula. Makin cuak rasanya.
Ok. Abaikan kecuakan sekejap.
Dua jam daripada sekarang, kontinjen universiti saya akan bertolak menuju ke Volgograd. Volgogames akan bermula pada hari esok. Perjalanan ke sana mengambil masa paling kurang 16 jam menaiki bas dari Moscow. Ada 3 buah bas dari sini. Haa. Silalah bayangkan bagaimana keadaannya. Saya pernah balik Malaysia termasuk transit pun hanya mengambil masa 14 jam. Ini sampai 16 jam tu! Huhu.
Saya, Wanie dan Pena baru saja siap memasak bekal makanan untuk dibawa di atas bas. Semoga untuk sukan kali ini, tiada lagi insiden diarrhea secara berjemaah dalam perjalanan balik nanti. Kenangan tahun 2005 dulu masih belum saya lupakan. 😆
Dan saya yakin, saya akan tidur mati di atas bas nanti. Sesungguhnya, saya sangat tidak cukup tidur dalam tempoh seminggu ini.

Nota 1: Yeay! Saya akan bertemu dengan Dyana Nizar, dormmate dan classmate saya di KISAS dulu. Dia menuntut di Volgograd. Dah lama tak berjumpa dengannya.
Nota 2: Insya Allah akan ada gambar-gambar menarik sepanjang berkampung di Volgograd nanti. Pernah lihat Statue of Liberty versi Rusia? Ada sebuah di Volgograd. Jauh lebih besar. Nantikan ya!
Nota 3: Tak penting pun nota ni. Cuma nak kata, saya akan merentas ladang gandum di sepanjang perjalanan nanti. Auw. Saya suka!

Posted on April 23rd, 2009 by Sarah | 15 Comments »
Assalamualaikum wbt
Barangkali ini lumrahnya orang berjauhan. Tidak rindu, tidak sah. Bila rindu, air mata jadi murah. Senyum jadi payah. Suara jadi mahal. Hati jadi sebal. Jiwa jadi separuh. Jasad jadi luruh.
Bila terlalu rindukan keluarga, apa yang dimarah oleh ayah dulu-dulu pun saya jadi rindu. Emak membebel itu ini pun saya jadi rindu. Inikan pula ketika bersama-sama mereka membuat aktiviti bersama-sama. Mencuci kereta bersama-sama pun saya jadi rindu. Apatah lagi jika teringat bersalaman dengan mereka. Terus jadi rindu serindu-rindunya.
Dengan Kaklong pula, teringat semula kami bertekak kecil-kecil dulu pun saya rindu. Inikan pula saat-saat berkongsi hidup tanpa rahsia antara kami berdua. Dengan Nan, saya rindu dia memberi nasihat pendek. Sampaikan, apa yang kami jerit-jeritkan waktu bergaduh dulu-dulu pun saya jadi rindu. Lan lagilah saya rindu. Sudah lama tak mendengar beritanya. Bila saya rindu, segala apa yang digaduhkan semuanya buat saya semakin rindukan dia. Mungkin dalam ramai-ramai di rumah, saya paling rindukan dia. Sebab jika teringat dia, air mata saya boleh tumpah tiada sukatannya.
Dengan Adi, saya rindu dia membuat jenaka. Saya rindu semua cerita peliknya. Sampaikan, saya boleh terbayang-bayang mukanya menyerengih setelah berjaya membuat lawak bersahaja. Saya rindu usikannya. Saya juga rindukan ketenangan Adam. Saya rindu suara yang diam itu. Saya rindu untuk mendengar dia menyanyi bila bersendirian. Saya rindu untuk melihat wajah Adam yang tenang.
Saya rindu Azizi dan Aiman. Dalam setiap detik saya bersendirian hari ini, saya terbayang-bayang Azizi dan Aiman tersenyum riang. Azizi tersenyum dengan pipinya yang bulat. Aiman tersenyum dengan giginya yang jelas dapat dilihat. Saya rindu senyuman dua budak kecil itu.
Saya tidak tipu. Bila rindu, air mata jadi sangat murah. Dan hati jadi sangat goyah. Mungkin, rindu inilah kekuatan yang akan menemani saya untuk exam siang nanti.
Nota: Bila rindu, saya akan rasa pedih dalam tekak. Perasaan itu tak dapat digambarkan. Tapi rasa perit dalam tekak itu menyebabkan: Saya tak boleh bercakap banyak. Saya selalu kebil mata untuk menahan rasa pedih itu. Dan kalau saya cuba bercakap juga, cuba melawan kebilan mata juga, saya boleh menangis. Kesimpulannya, rindu itu untuk dihayati. Bukan untuk ditentangi.
Posted on April 23rd, 2009 by Sarah | 12 Comments »
Assalamualaikum wbt
Setelah berbual dengan Wanie, Pena dan Sha sambil menjamah jemput-jemput ikan bilis bercicahkan sos cili Kimball, saya mendapat satu kesimpulan.
Saya harus menurunkan berat badan untuk konvokesyen nanti! Gambar konvokesyen nanti akan kekal selamanya. Takkan mahu lihat muka sendiri comot versi umur lepasan SPM dulu dalam gambar itu. Oh, tidak. Tidak.
Demimu gambar konvokesyen, saya akan berusaha!

Nota 1: Tapi hari-hari pun ada saja halangan untuk pergi jogging. Macam hari ni, SNOWING pula tiba-tiba! Apakah?
Nota 2: Alang-alang hari berangin, nak main layang-layanglah. Boleh lari-lari juga. Jom Nad, jom Diya! *Hoho. As if I have so many time to spare!*
Posted on April 19th, 2009 by Sarah | 29 Comments »
Assalamualaikum wbt
Kelmarin saya berbual dengan adik. Dia memberitahu bahawa seorang ibu saudara kami sedang sakit di Pulau Pinang. Kanser katanya. Saya bertanya lanjut tapi dia tidak reti untuk menjelaskan dengan lebih lanjut. Tapi saya boleh faham melalui penerangan ringkasnya.
Dalam pada berbual itu, sempat adik saya memberikan sedikit nasihat. Adik saya tidak banyak bercakap orangnya. Tapi sekali dia memberi nasihat atau pandangan, yang keluar daripadanya hanyalah yang jitu dan bernas saja. Tidak perlu berfalsafah panjang tentang segala macam ujikaji, teori atau ilmu itu ini. Yang pendek dan mudah tapi rasional dan relevan sudah lebih daripada mencukupi.
Konsepnya mudah. Lebih banyak seseorang itu berfalsafah, lebih banyak dia membuka peluang kepada kebarangkalian yang memungkinkan kesilapan. Hidup yang dipenuhi falsafah bagaikan tidak berpijak di bumi nyata. Terkurung dalam satu selaput yang masih samar-samar. Yang tidak jelas hasilnya apa. Kebarangkalian itu adalah sesuatu yang tidak pasti dan saya sendiri tidak suka akan hal itu.
Tamat cerita adik. Berbalik kepada kisah ibu saudara saya. Subuh gelap pagi tadi, sekitar 5.45 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada emak ayah. Saya sedang membaca ketika itu. Saya berlari ke dapur untuk mengelakkan Pena terganggu tidurnya. Emak tersalah menjangka waktu. Itu yang ditelefonnya di awal pagi. Nasib baik saya memang sudah segar berjaga. Melalui cerita ayah, barulah saya jelas akan keadaan ibu saudara saya itu. Saya berharap, kemoterapi yang akan dilaluinya memberikan kesan yang positif. Semoga Mak Tam dapat bertahan. Saya hanya mampu mengirimkan doa buat Mak Tam.
Nota 1: Tadi sempat berborak dengan Makcik Ina sekejap. Comelnya suara Makcik Ina dalam telefon. Macam anak dara lagi. 
Nota 2: Saya memang tidak suka orang berfalsafah dengan saya. Nak berfalsafah, carilah tempat lain. Bukan di sini. Blog ini bukannya tempat membuat eksperimen bersifat peribadi kamu, kamu dan kamu. Sekian.
Posted on April 19th, 2009 by Sarah | 2 Comments »