Rindu

Assalamualaikum wbt

Barangkali ini lumrahnya orang berjauhan. Tidak rindu, tidak sah. Bila rindu, air mata jadi murah. Senyum jadi payah. Suara jadi mahal. Hati jadi sebal. Jiwa jadi separuh. Jasad jadi luruh.

Bila terlalu rindukan keluarga, apa yang dimarah oleh ayah dulu-dulu pun saya jadi rindu. Emak membebel itu ini pun saya jadi rindu. Inikan pula ketika bersama-sama mereka membuat aktiviti bersama-sama. Mencuci kereta bersama-sama pun saya jadi rindu. Apatah lagi jika teringat bersalaman dengan mereka. Terus jadi rindu serindu-rindunya.

Dengan Kaklong pula, teringat semula kami bertekak kecil-kecil dulu pun saya rindu. Inikan pula saat-saat berkongsi hidup tanpa rahsia antara kami berdua. Dengan Nan, saya rindu dia memberi nasihat pendek. Sampaikan, apa yang kami jerit-jeritkan waktu bergaduh dulu-dulu pun saya jadi rindu. Lan lagilah saya rindu. Sudah lama tak mendengar beritanya. Bila saya rindu, segala apa yang digaduhkan semuanya buat saya semakin rindukan dia. Mungkin dalam ramai-ramai di rumah, saya paling rindukan dia. Sebab jika teringat dia, air mata saya boleh tumpah tiada sukatannya.

Dengan Adi, saya rindu dia membuat jenaka. Saya rindu semua cerita peliknya. Sampaikan, saya boleh terbayang-bayang mukanya menyerengih setelah berjaya membuat lawak bersahaja. Saya rindu usikannya. Saya juga rindukan ketenangan Adam. Saya rindu suara yang diam itu. Saya rindu untuk mendengar dia menyanyi bila bersendirian. Saya rindu untuk melihat wajah Adam yang tenang.

Saya rindu Azizi dan Aiman. Dalam setiap detik saya bersendirian hari ini, saya terbayang-bayang Azizi dan Aiman tersenyum riang. Azizi tersenyum dengan pipinya yang bulat. Aiman tersenyum dengan giginya yang jelas dapat dilihat. Saya rindu senyuman dua budak kecil itu.

Saya tidak tipu. Bila rindu, air mata jadi sangat murah. Dan hati jadi sangat goyah. Mungkin, rindu inilah kekuatan yang akan menemani saya untuk exam siang nanti.

Nota: Bila rindu, saya akan rasa pedih dalam tekak. Perasaan itu tak dapat digambarkan. Tapi rasa perit dalam tekak itu menyebabkan: Saya tak boleh bercakap banyak. Saya selalu kebil mata untuk menahan rasa pedih itu. Dan kalau saya cuba bercakap juga, cuba melawan kebilan mata juga, saya boleh menangis. Kesimpulannya, rindu itu untuk dihayati. Bukan untuk ditentangi.

12 Responses to “Rindu”

  1. Hazreen Rashid says on :

    salam wrt.
    rindu2 ni la akan buatkan nikmat balik malaysia lagi best. tak lama lagi dah tu.
    all the best with your remaining time in Moscow. have fun in volgograd!

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hazreen.
    Nak balik tu tak berkobar sangat sekarang ni sebab GOS dah dekat. Tapi mungkin sebab ‘syndrome exam dah dekat’. Kamu tak ke Volgo ye? Nab pergi. Hehehe. :mrgreen:

    Reply

  2. inah says on :

    somehow..i’m on tears when reading this post.. 😕

    Reply

  3. acai says on :

    slm sarah,
    alahai siannya dia rindu rinduan..:P takpelah, sat lagi je sarah..pasni sarah akan rindu benda2 kat sana plak..rindu main salji, metro, 4 musim dan kesejukan kat sana dsb..tapi kan, best2 kat sana lagi best kat temerloh tau sarah,hehe..:) apapun semoga exam kali terakhir ni dapat meninggalkan memori manis buat sarah kat sana..

    Err, bila nak rindu sang kekasih hati lak ni sarah?kekeke..*laariikk..

    Reply

  4. orangmuda says on :

    Salam saling du’a-mendu’akan kak sarah. 🙂

    Semoga diberi ilham, ketenagan serta keyakinan olehNYA dalam menghadapi exam nanti.

    Reply

  5. nadiah says on :

    salam sarah..

    saya pun rindu juge ke awok..

    Reply

  6. haritz says on :

    Bila ku rindu, aku sebut nama mu – Siti Fairuz
    ps: kalau saya rindu seseorang saya mesti pi tido sbb jab gi boleh jumpa kat alam mimpi hehe 😆

    Reply

  7. kaklong says on :

    adeh.. same goes here. dah lame x singgah kan. btw sgt2 bz. sakit jiwa n mental…

    Reply

  8. kak izzah says on :

    takpe takpe angah,
    sabar sikit je lagiii..
    nanti da balik msia, rindu kat moscow plak..hehe..
    selamat menjawab ujian dgn tenang!

    Reply

  9. snm says on :

    rindu2an itu ubat utk awak hadapi kesemua exam awak kan Sarah 😎

    Reply

  10. sinar_islami says on :

    bertambah tambah perasaan rndu sha ni..
    huhu nak balik..syndrome pekse jga agknya 🙂

    Reply

  11. rienaYumi says on :

    rindu merindu itu indah….ouh…along suka kan quote nih “rindu itu untuk dihayati. Bukan untuk ditentangi.” 🙂

    Reply

Leave a Reply