I Am On The Go!!!
Assalamualaikum wbt
Lamanya saya tidak menulis. Terlalu rindu untuk kembali aktif berkongsi cerita dan pengalaman. Mula-mula dikekangi masalah laptop rosak. Kemudian, keadaan kehidupan yang sedang diadaptasi dengan kehadiran Izz Zamani pula. Bila sudah mula bekerja, terbatas dek kesibukan oncall dan keletihan selepas balik kerja. Jika ada masa lapang, sudah pasti saya penuhi bersama suami dan Izz.
Terlalu banyak yang terjadi dalam tempoh empat bulan ini. Terlalu banyak! Kadang-kadang, pernah saja terdetik di dalam hati untuk kongsikan pengalaman dan pengajaran yang saya dapati daripada kerja dan kehidupan saya dengan rakan-rakan pembaca. Tapi, tetap tidak sempat untuk duduk menekun menulis.
Di hospital, saya ialah seorang doktor yang cuba memberikan yang terbaik untuk pesakit. Saya selalu keluar rumah dengan ikhlas niat untuk membantu orang lain. Kalau tidak begini, hari-hari yang saya lalui terasa sangat memenatkan. Saya suka kerja saya. Kalau tidak ikhlaskan niat, sia-sia saja apa yang saya lakukan. Walau terpaksa lalui oncall berderet seminggu dalam keadaan hanya ada dua orang MO di Jabatan Anaesthesiology dan ICU, saya tetap akan cuba berikan yang terbaik.
Di rumah pula, saya ialah seorang isteri dan ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan anak saya. Setiap hari seboleh-bolehnya saya akan memasak untuk suami. Hanya jika saya oncall atau postcall yang terlampau penat saja baru kami akan membeli di luar. Pada masa yang sama, saya konsisten mengepam susu untuk Izz. Di hospital mahupun di rumah. Aktiviti mengepam adalah satu kemestian setiap hari. Hatta pukul 3 pagi pun saya bangun untuk mengepam setiap hari. Sejak Izz sudah mula makan ketika berumur 6 bulan lebih (Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Izz secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan penuh!!!), saya akan memasak buburnya setiap pagi. Hujung minggu yang tidak oncall, saya dan suami akan bergotong-royong menyediakan stok puri sayur dan buah-buahan Izz. Hanya masakan dari rumah tanpa sebarang gula, garam dan perasa tambahan untuk Izz buat masa ini. Rutin bangun pukul 5 pagi adalah jadual tetap saya.
I guess, this explains why this blog has been abandoned for the last 4 months. π But now, say no more to laziness and tiredness. I’m on the go!Β
Suami saya dah bawa saya pergi beli laptop baru dan handphone saya sudah dinaiktarafkan versinya. Dah boleh jadi WiFi hotspot. Sekarang saya tak perlukan broadband lagi!Β I’m on the go! Anytime, anywhere. Insya Allah, akan lebih ada kesempatan dan masa untuk menulis di dunia saya ini.
Dan masih belum terlambat, Salam Ramadhan buat semua. Ya. Ini tahun pertama saya berpuasa dan menyusukan pada masa yang sama. Tapi itu bukan alasan untuk meninggalkan rutin berlumba-lumba untuk beribadah di bulan mulia ini, dan bukan alasan untuk tidak mengepam untuk Izz Zamani. π
Nota 1: Izz sudah 7 bulan. Sudah ada 2 batang gigi dan sudah mula hendak lepas tangan untuk berjalan. Yeay! π
Nota 2: Entri tertunggak – Pengalaman melahirkan Izz Zamani! Hehe :p
Nota 3: Nanti akan kongsi perjalanan suka-duka menyusukan Izz dengan susu ibu. Kalau saya lambat, sila tuntut. HahaΒ
Nota 4: Pesanan saya turun temurun. Selamat bertadarus dan menghayati Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan moga dapat diteruskan selamanya.
letak la gambar terbaru si adik comel. kakak dari jauh nak tengok muka terbaru. hehehe π
Salam Ramadhan Kareem kak Sarah~
Reply
Sarah Reply:
July 31st, 2012 at 2:48 pm
Dah upload. Hehe. π
Reply
Zida Reply:
July 31st, 2012 at 2:51 pm
aaaaaaaaaaaaaaaa comelnya dia senyummmmm serius dah nampak macam anak korea dah. kehkeh comel comel comel #geram sangat
*tersenyum lebar
Reply
Sarah Reply:
July 31st, 2012 at 2:54 pm
Kawaii tapi lasak. Hehek =p
Reply
ramadhan kareem KS~!
Reply
Sarah Reply:
July 31st, 2012 at 2:49 pm
Ramadhan Kareem Ainul π
Reply
hehe
Reply
Sarah Reply:
July 31st, 2012 at 2:49 pm
Haruslah, kan.
Reply
fuh..berkurun tunggu kak sarah update..baru lepas belek2 blog akak ni… oh ye…pm sy kat fb ye nak hantar kad wangi.. π
Reply
akhirnya,penantian ini terlerai jgk π …kak sarah update jugak blog ni…dah berbulan-bulan saya tunggu taw π
dalam masa yg sama,saya suka baca entri yang lepas2 tu…hampir kesemua rasanya saya baca disebabkan rindu sangat nak baca post baru drpd kak sarah…slps saya baca entri2 yg lama tu,baru saya taw…oh~rupa2nya aku dgn kak sarah ni ada bnyk persamaan terutama dri segi perangai…hehehe….
keep updated your blog ok π
Reply
Salam Ramadhan kak sarah, rindu betul dengan entri baru kak sarah. saban hari jengah di blog list sekiranya ada sebarang update. Alhamdulillah, hari ini impian dikabulkan. Wah, Izz sudah semakin besar rupanya. Semoga Izz sihat sentiasa dan membesar menjadi anak soleh yang membanggakan ibu bapanya.
Reply
Ya Allah rindunya nak baca entri Kak Sarah!
π Izz dah makin gebu + comeeeeeeeeel!
Selamat semuanya, kak Sarah. Post semua entri yang tertunggak tu tau. Saya setia membaca and terinspirasi.
Ramadhan Kareem <3
Reply
comelnyaaaa Izz! hihih.
Ramadhan Kareem kak Sarah. π
Reply
Salam kak sarah..slmt myambut bulan ramadhan..comel nye izz tu..nt akak leh la kongsi kan skali resepi puri sayur or any baby food yg akk wat tuk izz..homemade version mst lg healthy kan.. π
Reply
saya baru mengenali blog kak sarah.. dan selama mengenali dunia baru ini setiap hari ternanti-nanti akan entry barunya.. Alhamdulillah here it was.. π π π
Reply
Oh finally…. sudah lama ternanti-nantikan entry dari Kak Sarah.. yayyyy ! keep updating, sis ! and happy fasting ! =))
Izz dah besar.. hensemmm ! hehehe. π
Reply
Assalamualaikum sarah, ternanti jg entry psl izz slps sarah bersalin ari tu, akak dh agak dh mesti doctor ni sibuk banget hehehe. Apapun slmt berpuasa utk sarah sekeluarga
Reply
waaaa kak sarah dah update. alahai geramnnya tengok Izz. comel π
Reply
Assalamualaikum k.s
raya nnti sure Izz da boleh jalan kan..huhu π
Reply
subhanallah..comelnye budak kecik nie..kalau boleh tengok izz senyum mcm ni hariΒ²..tgh marah pun boleh senyum ni π . selamat berpuasa sarah!
Reply
doc..rindu yg teramat la sy pd blog bru doc tau…huhuhu
Reply
salam sarah,
akhirnya terubat rindu nk baca blog sarah….. :-)……cerita2 perkongsian sarah sgt mberi inspirasi kpd sy π tqvm sarah ….. keep it on ^_^
Reply
Terlerai jugak rindu saya nak baca entry terbaru kak sarah. Harap-harap entry yang akan datang PANJANG-PANJANG….hihihi
Reply
salam alaik
dr sarah, boleh kiranya dr share :-
1)breastpump apa yang dr guna skrg?boleh la dr review skali nanti, please…
2)bila ya nak buat entry mengenai suka duka breastfed izz zamani?saya nak tau schedule,parenting/motherhood,ups and downs everytime u breastfed him.
3)boleh share sekali solid food,recipes pd saya π
nak kena prepare mental,fizikal,all the gadgets,banyak kena consumable once baby pop-out.syukur alhamdulillah dgn nikmat Nya.
salam ukhwah
Reply