Selamat Hari Lahir, Abang

Assalamualaikum wbt

Sejak mengenalinya pada tahun 1995 dan mengetahui bahawa tarikh lahirnya jatuh pada 13 Februari, saya tidak pernah melupakan ulangtahun kelahirannya itu. Tak tahulah kenapa, walaupun pernah berpisah berbelas-belas tahun lamanya, saban tahun, apabila tibanya tarikh ini, hati saya akan terdetik: Oh, birthday dia hari ini.

Dua tahun lalu, 13 Februari 2010, saya mengucapkan selamat hari lahir buatnya lewat laman Facebook saja. Tiada sebarang notifikasi daripada Facebook sebagai peringatan tentang tarikh lahirnya. Tetapi saya ingat. Saya ucapkan selamat. Saya mendoakan dia sentiasa hidup dilimpahi rahmat. Dan tanpa disangka, sayalah orang pertama yang berbuat demikian. Dan itu jugalah antara sebab musabab yang membuatkan dia terfikir bahawa saya ini ada perbezaan. Seraya mengiyakan hatinya juga merasa sedikit kelainan.

Pada hari ini, usianya berubah mencecah 27 tahun. Dan kali ini saya tidak perlukan Facebook sebagai wadah bicara. Kerana kami sudah halal untuk bertemu mata. Apatah lagi berbual mesra. Untuk meraikan kesyukuran dipanjangkan umurnya.

Selamat hari lahir buat sahabat baik saya, suami tercinta, yang juga ayah kepada anak kecil itu. Semoga umur yang bertambah ini disyukuri dengan sebaiknya dan makin mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta. Saya mahu memanfaatkan usia muda dengannya. Saya mahu belajar menjadi tua bersamanya. Saya mahu terus bersamanya hingga ke syurga.

Saya menangis jika saya sayangkan sesuatu. Itu memang semulajadinya saya. Dan saya menangis apabila memeluknya sambil mengucapkan ‘Selamat hari lahir, Abang’.

Abang, ya lublyu tebya!

12 Responses to “Selamat Hari Lahir, Abang”

  1. Senyum Manis says on :

    alhamdulillah kebahagiaan melimpahi sarah dan suami serta anak.saya doakan sarah sentiasa bahagia dan dalam rahmat dan lindunganNya. saya juga sentiasa ingat tarikh 19hb setiap tahun sejak tahun hari lahir dia. kami juga pernah terpisah tanpa sebarang khabar berita dan saya cuba mencari tetapi gagal.dia kemudiannya muncul dan mencari saya semula. sehingga kini kami masih bersahabat baik.mungkinkah dia jodoh saya? doakan yang terbaik buat kami ye.. 🙂

    Reply

  2. Zida says on :

    sanah helwah ya Aba Izz, moga Allah sentiasa redha 😀

    KS, boooooolatnya budak kicik ituuuuuu~~

    Reply

  3. alia farhah says on :

    assalam. semoga ALLAH SWT merahmati 😉

    Reply

  4. Adenia Shomel says on :

    SELAMAT HARI JADI ABG THAARIQ!!

    COMELLLLLLLLLLLLNYA IZZZ!! Gerammmmmmm!!

    Reply

  5. najiha says on :

    sy menangis sesudah membaca entri ni. KS sgt bertuah.

    Reply

  6. nawwar hanifah says on :

    sebak pulak *tetibe plak padahal birthday orang…haha

    semoga Kak Sarah n famili bahagia smpai syurga =)

    Reply

  7. PERAHSIA HATI says on :

    Assalamualaikum Kak Sarah…

    Comelnya Izz.

    Semoga berkekalan jodoh sehingga ke syurga. 🙂

    Reply

  8. pelangi says on :

    Assalamualaikum Kak Sarah 🙂

    Selamat Hari Lahir untuk Abang Thaariq. Semoga akak , abg Thaariq dan baby Izz bahagia hingga ke syurga 🙂

    Tembamnyaaaa si Izz tu. Geram dah ni tengok pipi dia. Macam rupa pau dah. Ehehehe 🙂

    Reply

  9. Wanhidayat says on :

    Selamat hari kelahiran buat En. Taariq!. Sarah, bufday hubby awak sama ngn Umi kita…hahaha 🙂

    Semoga panjang umur, murah rezeki, berbahagia, dan berjaya dunia akhirat….

    Reply

  10. samanosuke_04 says on :

    huhu, ya lyublyu tebya.. ade orang paham tak tue?

    Reply

  11. Teenz AB says on :

    Sarah! sangat terharu baca entry ni..nak2 ayat yg last sekali tuu..nak abes kan masa muda dgn hubby sarah, nak sama2 tua dgn die smp ke syurga. Oh sangat sweet ayat ituu…tak pasal2 berkaca plak air mata ni… 🙁

    insya Allah Sarah, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga Nya..Amiiin!~

    anyway, tlg pelok ciom kan Izz yerr…gerrram nye la hai tengok gambar die..bile la agaknya bley jumpe yerr..huu 😉

    Reply

  12. syafiqah says on :

    salam dr.sarah 🙂
    sy nak tanya sedikit dan minta pandangan dr.sarah.
    kalau seseorg mengalami simptom-simptom seperti sakit belakang, kaki kadang-kadang kebas, sakit belakang ni tak selalu, tp on-off, kadang rasa sakit, kadang tak. bila nak bongkok badan terasa sakit.
    boleh dr.sarah bg pandangan ? terima kasih.

    Reply

Leave a Reply