Selamat Datang, Sayang
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak sulung kami secara normal pada 29 Disember 2011 yang lalu tepat jam 6.09 petang seberat 3.26 kg. Anak lelaki! Gembiranya tak terkata. Saya dan suami kini telah bergelar mama dan ayah!
Bayi ini kami namakan Izz Zamani Bin Ahmad Thaariq. Izz bermaksud kekuatan. Zamani bermaksud sepanjang zaman. Dinamakan sempena segala susah-payah yang telah kami berdua lalui dengan penuh ketabahan. Moga-moga Izz mendapat berkat namanya ini agar kuat untuk menempuhi segala bentuk ujian hidup di dunia ini, insya Allah.
Izz Zamani, selamat datang dalam hidup kami, sayang. Membesarlah menjadi anak yang soleh lagi muslih, cerdas akal fikiran dan sihat tubuh badan. Mama dan ayah sayang Izz!
Untuk rakan-rakan pembaca yang sentiasa mendoakan keselematan saya dan bayi ini, terima kasih kami bertiga ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan yang telah kalian kirimkan lewat doa itu. Terima kasih!
Nota 1: Entri yang tertangguh yang belum sempat saya kongsikan itu sebenarnya tentang pengalaman mengandungkan Izz. Sudah hampir siap diedit sehari sebelum bersalin. Tapi tetap tak sempat untuk dikongsikan sebab sudah mula sakit-sakit. Nanti saya tetap akan back date semula entri itu. Untuk tatapan Izz suatu hari nanti.ย
Nota 2: Akan saya kongsikan juga pengalaman bersalin anak sulung ini!ย
Nota 3: Update blog sambil Izz tidur di atas riba. Oh!ย
Salam kak sarah. Tahniahhhhh di atas kelahiran bayi comel bernama izz. Semoga kehadiran izz menambahkan lagi kebahagiaan kak sarah dan suami. tak sabar nak baca entry seterusnya. hihi. :))
Reply
comelnya Izz! semoga segagah namamu, Izz Zamani ๐
berseri2 muka akak hihi.
tahniah untuk kalian.
Reply
๐ assalamualaikum kak sarah!
wah, mabruk KS!
SEDap nama tu.. kekuatan sepanjang zaman! insyaALLAH semoga lil caliph menjadi anak yang soleh dan berguna kelak
Reply
salam kak sarah….alhamdulillah…..happy utk kak sarah sekeluarga……izz zamani sangat comel !! moga-moga segalanya dipermudahkan utk akak….doakan saya jugak ye…bakal menyusul 3 bulan lagi….^_^
Reply
Tahniah kak.. anak akak comey mcm mama dan ayah nya… semoga menjadi ibu dan ayah y terbaik.. ๐
Reply
Hehe konggeratulasi Sarah
Rambutnya iras Goku ๐
Sehat selalu ya, titipkan salam sama Thor & Izzaman
Reply
comelnye baby izz.!!
rasa nak peluk2, cium2 jer.
tahniah kak sarah & husband. ๐
Reply
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kkak slamat melahirkan ๐
comeynya Izz Zamani..mudah2an bila besar nanti jadi anak yang soleh ๐
Reply
kak Sarah, comelnya Izz Zamani….mudah-mudahan dia menjadi anak yang soleh…
Reply
tahniah akk!..chumil nye izz zamani…xsbr nk tgk izz merangkak..mesti hensem besar nanti..semoga izz menjadi ank yg taat pada ALLAH, agama dan kedua ibu bapa..menjadi teladan kpd adik2 nnti..=)…happy for both of you!
Reply
Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Tahniah kak Sarah & suami.!!! ๐
Mabruk… Nama yang baik & sedap utk adik kacak…
Izz Zamani Bin Ahmad ThaariQ ๐
Semoga adik kacak menjd anak Soleh & berIman… ๐
he3 x sabo nk bce akak puny entri… ๐
moga ceria2 selalu akak sekeluarga… ^_________________^
Reply
Comelnya si Izz tu. geram jer pipi comel dia. dah la rambut dah pacak-pacak. kecik2 dah pacak. Heee:) Lebat plak tu rambut si comel tu. Kak Sarah & hubby, tahniah dapat baby comel ๐
tak sabar nak tunggu entry entry yang tertangguh tu ^^
Reply
TAHNIAH Sarah….
wah… nampak berseri-seri mama ngan ayah Izz… muka sarah pun dah nampak lain… dah hilang dah nampaknya isi2 gebu kat pipi tu… hehehehe….
alhamdulillah… moga kalian berdua akan membesarkan Izz menjadi muslimin terpuji… InsyaAllah…
Reply
syukur alhamdullilah…selamat adik sarah kita melahirkan baby…semoga IZZ ZAMANI akan menjadi anak yang soleh dan berguna… jaga baby baik2 k… ๐
Reply
Alhamdulillah! Tahniah KS!
Kenapa Saffa rasa Izz macam muka chinese sikit, putih and sepet. Hehe. But I guess just baby face lagi tu. Huhu.
And for Izz Zamani, semoga kekal kuat untuk menempuhi segala bentuk ujian seperti KS. (:
Reply
comelnya~
mabruk kak sarah~
sedap nama baby… =D
Reply
tahniah k.sarah.. semoga izz menjadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu bapanya..
Reply
subahanallah…indahnya cipataan ALLAH tahniah kak sarah, nanti leh jadi besanlah ek kak sarah…. hehehe
Reply
salam…
congratez sis utk si kecil penyeri ‘izz zamani’..:). sangat comell dgn mata & rambut pacak2 itu!hehe.. moga jadik anak soleh ye sayang…:)
Reply
assalamualaikum.
tahniah kak sarah dan suami.
semoga izz zamani lahir dan membesar menjadi anak yang soleh.
*geram tengok baby izz yg comel ๐
Reply
Subbahannallah … alhamdulilah .. tahniah buat Dr Sarah dan suami.. semoga selamat berpantang ๐ nti doakan untuk saya juga ,, x sabar nk tunggu bb boy kami kuar feb nih amin..
Reply
Tahniah Dr Sarah! ๐
Reply
tahniah sarah.. bam bam nya baby..
moga dimakbulkan doa mama dan ayah izz zamani ๐
Reply
Alhamdulillah!!!TAhniah Kak Sarah!!!Baby y sangat comel! ๐
Reply
Salam rindu kak sarah! ๐
Alhamdulillahhhhhhhh. Bestnyaaaaa. Nama sedap, comel ~ Dah besar mesti kacak ๐ Plus solehh kan. Hee Semoga berbahagia selalu kak!
Nanti saya dah jadi doktor, saya nak jumpa akak <3 Hee
PS. Tak sabar nak baca cerita akak lahirkan Izz. Take care!
Reply
Tahniah sarah..semoga Izz Zamani menjadi sumber kekuatan untuk mama & ayahnya sampai bilaยฒ..Seronok tgk gambarยฒ kat atas tu. Bahagia sangat..:) dan yang membacanya pun turut terase bahagia tu..hehe.
Lepas ni baby Izz kene ambil alih blog mama ye..sbb mama slalu sibuk dah tak sempat nk tulis apeยฒ..
Reply
sarahhhhhhhh comel sgt izz…nk jumpe die…. ๐
Reply
Tahniah Dr Sarah dan suami.
Semoga bertambah kasih sayang
kalian dgn kehadiran Izz Zamani. ๐
Reply
Kak sarah…TAhniah3!..Saya dah berkira2 bila due date akak, tak sangka dapat tgk pic Izz secepat nih.. moga akak n baby izz sihat2 selalu… TAHNIAH! ๐
Reply
Salam Sarah…
Alhamdulillah… akhirnya 1 + 1 = 3! Syukur… Baru jer dalam beberapa hari ini teringtkan Sarah, dan tertanya2 mungkin Sarah sudah bersalin.
Take care!
Reply
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Sarah.
Kacak mcm Abi dia , semoga bahagia dengan segala kurnianNya..
Reply
tahniah sarah..comel sgt2 izz..selamat berpantang dan senyum sokmo.. ๐
Reply
Tahniah Dr. Sarah & Thariq atas kelahiran seorg putera, Izz Zamani (unik nama tu). Semoga happy selalu dlm berpantang & semoga Izz mjd seorang anak yg. soleh…Amin
Reply
Tahniah Dr Sarah, Izz Zamani sgt comel!
semoga mjadi ank yg soleh.
*hari yg sama dgn akk sy,bezanya dia dpt bby girl & lahir pg.heheh
Reply
Tengok Zamani ni teringat kat Ayham masa baru lahir.. sekarang Ayham dah 9 bulan.. isk. rasa nak baby lagi lah! heheheheh…
Reply
๐ Tahniah.. punya lama asik masuk takde update.. dah bersalin sudah.. comeynya…. heheheh nanti ada rezeki dpt anak laki nak copy la nama dia… bagus betul maknanya….. berapa kilo ni doc… bulat betul pipi dia.aaaaa…
Reply
Salam, TAHNIAH
Reply
congratulations….
budak rambut pacak yg comel….selamat bergembira dgn mama & ayah… ๐
Reply
izz yang comelnya masyaAllah, selamat datang ke dunia..
moga jadi anak soleh kesayangan ayah & mama! amin!
(nanti kite jumpe ye insyaAllah.. ๐ )
Reply
Assalamualaikum KS dan suami serta anak yang comel.. semoga bahagia hingga ke syurga.. lama tak ke sini. ๐ฎ ๐ฎ
Reply
Assalamualaikum kak sarah,
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!! Tahniah kak!
Saya dah lama tak jenguk blog akak. Last jenguk lepas akak kahwin. Sekejapnyer masa berlalu. Skrg dah ade baby! Yippeee!! ๐
Saya tumpang gembira atas kelahiran Izz Zamani.
Terima kasih atas perkongsian akak. Love your titbits, crumbs and spices entries ๐
Reply
salam kak sarah..tahniah atas kelahiran seorang anak yang comel ini..moga menjadi anak yang baik..:)
Reply
Salam..
Tahniah Sarah dan Thaariq diatas kelahiran baby Izz Zamani..comelll sungguh!..
dari abg fisol & k.mai sekeluarga..
Reply
tahniah doktor… wah baby sma tarikh lahir dgn saya… ๐
Reply
Tahniah sarah.Moga izz menjadi anak yang soleh suatu hari nanti…
Reply
Salam.
Tahniah, Sarah. Auntie suka baca blog saya, penuh ilmu & teladan. Insyallah ibubapa yang baik akan melahirkan anak2 yang soleh & solehah.
Reply
Assalamualaikum DR sarah….
Tahniah di atas kelahiran org baru yg comel….
Selamat berpantang… ๐
Reply
subhanallah..hensemnye izz.hehe.tahniah kak sarah dan suami.sy sentiasa mnnggu entri k.sarah meskipun lately a bit busy.. ๐
Reply
asslaamu a’laykum
tahniah utk sarah dan pasangan
selamat dtg Izz…
Ya Allah, kali terakhir dulu sy menjengah blog sarah,mungkin Izz belum dibikinkan di sini, hanya di luh Mahfudzh..
Subhaanallah.
Reply
congrats Dr!
Reply
“artikel”
“[…]8 very good post, i definitely really like this site, persist with it aq[…]”