Selamat Mengembara Ke Syurga

Assalamualaikum wbt

Sebelum masuk waktu Zohor tengahari tadi, saya sudah tidak sanggup mendengar anak kucing sakit itu berbunyi-bunyi. Saya keluar melalui pintu belakang dan menjenguk anak kucing itu di bahagian belakang dapur. Saya lihat, ia terjelepuk saja di atas lantai. Saya tidak sampai hati melihatnya begitu. Terus saya angkat dan memindahkannya ke beranda depan, menghadap ke garaj kereta.

Tetapi, sebaik saja hendak meletakkannya, saya ternampak luka di bahagian belakangnya berhampiran dengan ekor. Besar! Nampak daging! Dan ada ulat! Ulat dan telur lalat. Saya jatuh kasihan lagi. Terus saya usung anak kucing itu ke tepi paip air luar rumah. Saya buka air dan nekad hendak membasuh bahagian luka anak kucing itu.

Kalau kita yang manusia ni pun menjerit-jerit kesakitan jika luka terkena air, begitu jugalah haiwan. Anak kucing itu bergerak menuju ke arah kaki saya untuk mengelakkan air yang saya sembur ke badannya. Saya tidak membasahkan keseluruhan badannya. Hanya bahagian luka itu saja. Saya nekad hendak membasuh telur dan ulat lalat yang mula memenuhi lukanya.

Sebenarnya, ibu kucing iniΒ  (apa entah namanya, saya lupa) mempunyai seekor lagi anak kucing yang lahir setahun yang lalu. Kiranya, muda remajalah anaknya yang itu. Namanya Nanau. Nanau ini ganas. Habis keempat-empat ekor adiknya yang baru lahir sebulan lebih yang lalu digigit tengkuknya, dicakar-cakar badannya. Itulah yang terjadi kepada adiknya Hitam yang mati beberapa hari lalu. Dan kini nasib si tompok-tompok ini pula.

Bula roma saya meremang melihatkan ulat-ulat lalat yang banyak itu. Sumpah meremang. Geli saya melihatnya. Saya rasa, mesti ada yang membaca coretan ini turut meremang bulu roma kerana dapat membayangkan ulat lalat yang banyak itu. Jadi saya ke rumah Tok saya untuk bertemu Mak Tam. Sengaja saya buat bergerak ke sana sini untuk mengurangkan rasa meremang yang ada di badan saya ni. Saya bertanyakan di mana pencakar sampah. Bila telah mendapat pencakar sampah, saya pergi mencakar ala kadar di halaman rumah.

Sebelum itu, saya masuk untuk menggaulkan nasi dengan sardin dan mengisi susu ke dalam bekas minumannya. Saya letakkan di tepinya. Waktu itu tenghari buta. Panas terik. Tapi saya teruskan bergerak-gerak untuk menghilangkan rasa meremang itu. Tapi ketika mencakar sampah itu, saya masih terbayang-bayang ulat-ulat dan telur yang masih tidak dapat dibersihkan sepenuhnya pada luka anak kucing itu tadi. Saya turut mendengar bunyi anak kucing itu tadi. Tidak berhenti ia mengiau. Saya jatuh kasihan lagi!

Saya nekad. Saya mesti membersihkan luka anak kucing itu walau macam mana sekali pun. Saya menyandarkan pencakar di perdu pokok manggis dan terus berlari ke dalam rumah. Saya pergi mengambil Dettol di tepi mesin basuh. Saya bawa ia ke tepi paip air di luar rumah dan terus menuang sedikit demi sedikit Dettol itu ke badan anak kucing itu. Ia mengiau tidak berhenti-henti sambil cuba berjalan ke arah kaki saya. Saya tahu ia sakit. Tapi apa lagi yang boleh saya lakukan. Beginilah juga realiti bekerja sebagai seorang doktor. Kadang-kala, bila berhadapan dengan situasi begini, hendak tak hendak, prinsip ‘no mercy’ itu perlu diteruskan demi kebaikan pesakit.

Selepas dua tutup penuh Dettol saya curahkan pada bahagian belakangnya, saya masuk semula ke rumah untuk menyimpan Dettol dan mengambil berpuluh-puluh putik kapas. Saya usung keluar. Saya mendapatkan anak kucing itu dan mula membersihkan segala ulat dan telur lalat yang bersarang pada bahagian belakangnya berhampiran dengan ekor. Dan sebenarnya, di bahagian belakangnya itu, bulu sudah mula luruh dan dagingnya sudah kelihatan! Ulat sudah masuk sehingga ke dalam dagingnya. Sayunya saya melihat keadaan anak kucing itu! Saya hampir menitiskan air mata!

Saya nekad. Saya nekad. Saya nekad! Saya mesti membuat yang terbaik untuk membantunya. Saya meneruskan proses membersihkan luka besar itu dengan menggunakan putik kapas. Peluh tak usah ceritalah. Mengalir satu badan. Lama saya menekun di tepi anak kucing itu untuk memastikan ke semua ulat dapat dihilangkan daripada badannya. Sepanjang saya membersihkannya itu, anak kucing itu tidak berhenti-henti mengiau. Sedihnya saya.

Waktu itu, mata saya bergenang. Betapa saya terbayangkan kesakitan yang dialaminya dan ajal yang sangat hampir dengannya. Itu yang saya fikirkan. Waktu itu saya bayangkan, nyawa anak kucing itu hanya berada di separuh hadapan saja. Separuh badan yang ke belakang sudah tidak bernyawa lagi. Itulah yang saya asyik fikirkan. Dan saya terfikir, mesti seksa kalau ini adalah manusia. Separuh badan sudah berulat, berkudis, bernanah atau gangren. Mungkin beginilah keadaanya!

Kebetulan, ayah saya ada pulang ke rumah tengahari tadi sebelum pergi ke bandar Triang. Sebaik ayah selesai solat Zohor dan sudah hendak bertolak pergi, saya menceritakan padanya apa yang terjadi kepada anak kucing itu dan apa yang telah saya lakukan. Respon ayah saya “Lailahaillallah…” dengan muka penuh kerisauan. Tapi saya menjelaskan bahawa lukanya sudah bersih. Tapi kasihan. Dagingnya kelihatan. Jelas saya lagi, kalaulah ada iodin, pasti lebih bagus.

Lalu ayah berkata: Eh, iodin ada. Semua barang ada. Ayah masuk ke dalam dan mengambil set pertolongan cemas. Saya mengeluarkan iodin, kapas, gauze (kain kasa) dan surgical plaster. Saya terus menyapukan iodin ke badan anak kucing itu. Sebelum membuat dressing (apa istilahnya dalam Bahasa Melayu ya? Bukannya saya memakaikan baju padanya [muahaha] tapi saya membalut lukanya), saya pastikan lukanya sudah betul-betul bersih. Kemudian saya ambil gauze, membuat full dressing dan menyudahinya dengan surgical plaster.

DSC_0135

Sepanjang bekerja, saya sangat-sangat berdoa agar ia dapat diselamatkan. Saya memang tidak berapa menyukai kucing. Pertama kerana baunya. Kedua kerana saya alah berada lama-lama berhampiran dengan kucing. Saya mudah bersin dan gatal hidung. Di rumah ini, penyembur wangian automatik berfungsi 24 jam. Kalau tiada pewangi ini, saya rasa sudah lama saya buang ke semua kucing yang ada. Rumah juga saya akan mop hampir setiap hari (kalau rajn). Saya tidak mahu alahan saya semakin teruk. Cukuplah makan daging sudah boleh membuatkan saya sengsara. Tapi, walaupun tidak suka, saya menyayangi mereka. Mereka makhluk Tuhan yang paling comel! Erk, khususnya mata kucing. Cantik!

Selesai solat Zohor, sepupu saya Nisa ada singgah di rumah Tok sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke UIA Kuantan. Saya pergi bertemunya. Kemudian keluar menghantar Tok ke klinik, membawanya pergi membeli barang dan menyinggah di Pasar Ramadhan. Penat tak usah ceritalah. Sebaik tiba di rumah, saya menukar dressing anak kucing itu. Saya membawa susu dan saya gunakan putik kapas untuk memberinya minum. Ia memberikan respon yang baik. Saya sangat lega. Adam ada di tepi saya waktu itu. Kata Adam: Kalau kitorang, kucing macam ni kitorang dah biar je dah. Biar mati sendiri je la. Uishh. Saya tidak boleh tengok begitu saja. Paling habis, kena usahakan sesuatu untuk membantu. Selesai menukar dressing itu, si Butbut datang bermain di tepinya. Siap berbaring di sebelah adiknya itu. Sayunya hati melihat mereka.

DSC_0145

Selesai berbuka, saya menjenguknya lagi. Dia masih terbaring di atas hamparan yang kami sediakan untuknya. Saya ambil susu dan menyuapkannya lagi. Saya memeriksa refleks anak mata dan nadinya. Semuanya baik-baik saja. Seluruh keluarga gembira dengan perkembangan positif yang ditunjukkannya sejak petang tadi. Saya sangat gembira. Sewaktu membersihkan lukanya untuk kali ketiga tadi, air mata saya bergenang lagi. Saya rasa, ini kali pertama saya betul-betul mengambil berat tentang kucing di rumah saya.

DSC_0154

Sehinggalah selepas Tarawikh tadi, ketika saya sedang menulis entri ini, anak kucing itu sudahpun dibawa masuk ke dalam rumah dan diletakkan di dalam sebuah bakul khas. Sekejap-sekejap, saya menjenguk bakul itu untuk memastikan ia dalam keadaan baik. Tetapi, sekitar 10.30 malam begitu, saya melihat posisi anak kucing itu sudah berubah. Saya rasa gembira sangat kerana melihat ia tiba-tiba menggerakkan badannya dan mengangkat kepalanya.

Tetapi, sejurus selepas itu, saya melihat badannya langsung tiada pergerakan nafas. Saya cuak. Mata saya ni kurang jelas di waktu malam. Saya memanggil Aiman kerana dia lebih cekap untuk melihat pergerakan pernafasan anak kucing itu. Kata Aiman: Haah la. Dah tak gerak dah. Aaaaa… Sedihnya. Saya sangat sedih. Tak tahu macam mana hendak dinyatakan tapi saya memang sangat sedih.

Saya tiba-tiba membayangkan, ketika dia mengangkat kepalanya buat kali terakhir yang sempat saya lihat itu, mungkin waktu itu adalah hembusan nafasnya yang terakhir. Betapa seekor kucing yang tidak berbuat dosa pun dapat kita lihat azabnya hendak mati, apatah lagi kita manusia yang banyak berbuat salah dan dosa ini.

Sebenarnya, anak kucing yang ini memang tiada nama lagi kerana ada dua ekor yang serupa coraknya. Tompok-tompok oren-hitam-putih. Susah hendak dibezakan. Dari siang tadi saya dan adik-adik memikirkan nama yang sesuai untuknya kerana kami lihat ia ada potensi untuk kembali sembuh dan terus hidup. Tapi, belum sempat kami memanggilnya secara rasmi dengan namanya yang kami pilih, ia sudah pergi. Tuah. Itu nama pilihan kami.

Selamat mengembara ke syurga, Tuah. Semoga semangat juangmu yang tak menyerah kalah di awal pertempuran menjadi inspirasi buat kami kaum manusia.

Sekarang, tinggallah Butbut bermain bersama-sama Wira saja.

DSC_0160

Nota 1: Si tompok yang seekor lagi tu kami namakan Wira. Butbut pula ialah kucing kelabu dalam entri sebelum ini. Yang mati bukan Butbut. Nama Butbut diberi kerana menurut adik-adik saya, kakinya seperti memakai but tinggi berwarna putih. Stylo gitu deh. :cool:

Nota 2: Kisah ini mengingatkan saya kepada Mickey yang mati ketika saya di Moscow dulu. :cry:

Nota 3: Saya baru saja mendapat berita terkejut yang penuh mendebarkan Maghrib tadi. Juga sedikit mengecewakan. :roll:

Nota 4: Yasir kata, hari ni lama betul saya online. Dari awal pagi sampailah ke tengah malam. Heh. Memang pun. :mrgreen:

Nota 5: Terima kasih kerana sanggup membaca entri panjang lebar ni sehingga ke noktah yang terakhir ini.

48 Responses to “Selamat Mengembara Ke Syurga”

  1. Saffa says on :

    Ya Allah Kak Sarah. Sedihnyer.. Saffa pun dah terbayang-bayang ni… =(

    Kalau lah semua orang bersikap prihatin macam Kak Sarah ni kan bagus. Tak ada lah kucing berkurap-kurap kat tepi jalan. Kalau Saffa, Saffa mmg tak tau dah nak buat apa. =.=”

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi kan Saffa, KS ni takde la pulak nak kutip kucing kurap tepi jalan untuk tolong kalau diorang luka2. Kucing2 kat rumah ni je sudah la kot =__=

    :mrgreen:

    Reply

  2. Wanie says on :

    salam

    cakap pasal kucing yang berulat, kat rumah wani pun ada seekor kucing jantan. scrotum dia tu dah terkoyak (tapi tak tahu kenapa) sampai terkeluar isi2nya. Rasanya yang menghubungkan testis dia dengan organ dalaman tu pun terkeluar. masa tu wani tau pun dah nak balik moscow. memang ulat penuh kat tempat tu dan berbau busuk sgt3.

    nak tolong pun, dia meraung2 sampai nk lari. sempat tekap dengan dettol je tapi ulant tu makin masuk ke dalam. sudahnya taktahu pe jadi ngan kucing tu.

    **panjang la plak. hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Erk. Scrotum dia terkoyak? Kamu ni sungguh anatomy-specific ye. hehe. At least, akmu sempat tolong serba sikit kan untuk tolong dia. tapi kan, kalau kita bayang2 semula, sakitnya la bila kita sapu dettol tu kan. T___T

    Reply

  3. rattrapt11 says on :

    salam…kalu kita mmbantu makhluk allah kat muka bumi iA ganjaran dariNYA pasti ada…
    be d best sarah…pas ni leh try veterinar lak..
    ape kata tgkkan kambing sakit lak ke arnab…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Amir.

    Uishh. Saya taknak buat veterinary ni. Rimas main dengan haiwan lama2. Bersin memanjang saya nanti. Hehe. Tapi. idea kambing tu macam best. Memang ada hajat nak ternak kambing ke, lembu ke. Tapi tunggu ada duit dulu. Hehe. Harapnya tercapaio la hajat ni.

    Reply

  4. Nisa Dearie says on :

    Salam…bersungguh2 Ngah tolong kucing tu tadi… Wonderpet datang membantu~

    if ulat dah masuk sampai ke dalam, mesti kucing tu dah in sepsis…kalaukan manusia pun dah life threatening bila in sepsis, apatah lagi anak kucing kecil itu…

    Allah will repay you for your kindness to His small creature πŸ™‚
    and Ngah will meet Tuah again…in Jannah insya-Allah!

    happy akhirnya dapat jumpa awak tadi thou kejap sangat2…will definitely have to spend at least 1 night chatting and catching up with you!
    tadi kawan Sya (Jusnimar) kata awak cantik dan manis. kulit mulus…hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Sya.

    Ngah pun rasa ngah jadi macam wonderpet tadi. Siap menyanyi lagu wonderpet sorang2. Comel tak? Comel tak? Huhuhu. Tu la. Memang dah sepsis teruk dah tu. Daging tu dah necrosis dah actually. Hitam.

    Entah bila nak jumpa awak lagi ni. Raya, most probably Ngah dah takde kat rumah dah T___T

    Ops ooo. Sempat lagi Jus memuji yek. Hehe. Say thanks to her. Haha. Actually kan Sya, awak tau tak pasal sabun muka Eumora yang macam Kaklong pakai tu? Ngah baru je 2 minggu mula guna pakai sabun mahal nak mampus tu. Nampaknya, Jus telah menyebabkan Ngah boleh beri testmoni yang baik tentang sabun tu. Muehehe. Haip. Mana ada cantik manis. Mulus ye la kot sebab sabun tu. Hahha.

    p/s: Ngah suka la tengah korang semua daring mencuba tudung2 yang pelbagai jenis. Lilit2 la, selendang la. Ngah ni, nak beli tudung macam Arini tu pun fikir beribu kali. Huhuhu.

    Reply

    Nisa Dearie Reply:

    tak sempat raya ke? kejam sungguh KKM nih…
    alalala, nanti if tak sempat raya kali ni, tah zaman bila nak raya sama2 lagi… lepas ni Sya lak keje tah berapa ratus kilometer kita akan terpisah nanti πŸ˜₯

    kaklong ada tunjuk sabun Eumora tuh, tapi Sya tak sempat nak try pun haritu..patutlah lawa-lawa cousins Sya nih πŸ™‚

    Ngah, kita harus mencuba sesuatu yang baru…jom la lilit-lilit berbelit raya nih~
    haha, tudung raya pun tak beli lagi..tak tahu la mak belikan selendang or tudung biasa…

    Jus masih terus memuji anda walaupun sudah seminggu berlalu…dasat!

    Reply

  5. khairul asraf says on :

    salam KS

    comelnya kucing awak…
    n sorry to hear bout ur kitten……

    but i think u had done enough in helping Tuah…

    jgn sedey2 kay….i think Tuah really appreciate what you did because u reduce his pain before his death..

    btw where r u now?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Khairul.

    Setiap kali terpandang tempat dia ditanam, KS akan ingat segala penderitaan dia sebelum dia mati.

    Anyway, KS di Pahang sekarang ni. Tak mula posting lagi. Very soon, insya Allah. πŸ™‚

    Reply

  6. inah says on :

    sedihnya cerita ni..aduyai..akak baca sampai abis πŸ™‚

    ayah akak pun ade pengalaman sama and anak kucing yg diselamatkan tu mati jugak..kami tanam depan rumah..harap ia akan ke syurga πŸ™‚

    selamat berpuasa di tanah air sarah..nak jugak ucap walaupun dah terlambat :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah Kak Inah. Haiwan2 ni rumah mereka memang di syurga kan. Harapnya kita ni ditunggu la dek diorang semua di syurga.

    p/s: Selamat berpuasa jugak untuk Kak Inah. Kak Inah ada dapat sms saya tak? Saya ada mesejkan nombor Msia saya pada Kak Inah.

    Reply

  7. hilman says on :

    Salam Sarah….

    1. Ganas betul kucing ni (Nanau). 😈
    2. Nasib baik xtgk, klu tak mesti nak pitam mcm pergi tgk org kena langgar kat hospital tempoh hari.ptut la sye xjd Dr.
    3. “…anak kucing itu sudahpun dibawa masuk ke dalam rumah dan diletakkan di dalam sebuah bakul khas.” Sarah letak dalam rumah, saya balik kg tempoh hari siap letak dlm bilik lg. Ambik gmbr pakai lomo cam lg….hehehe

    Sayangilah kucing2 yg lain selagi masih mampu….. πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam hilman.

    Haa. Kalau saya suruh tolong sepakkan si nanau tu sanggup tak? eiii. Saya tak suka betul si Nanau tu. Kalau ada penyapu lidi dekat dengan saya, memang saya hambat dia sebab tak nak bagi dia terbiasa masuk rumah. Tak suka. Huhu.

    Reply

    hilman Reply:

    Tak sanggup!!!!! Muktamad, sebarang rayuan walaupun di mahkamah sivil tidak akan di layan…. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€
    Teringat pulak kat ayah saya, kalau ayah saya nampak kucing main kat ruang tamu, masti kena suruh buang. Tu yang saya letak anak kucing dalam bilik…… :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: jahat betul…..

    Reply

  8. izz says on :

    x suke kucing di rumah sniri juge, sbb baunya.tp kalau org lain punye kucing ok saje.hehe
    sedihnye cerita niiiiiiii.

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, sama la kita maa! Kucing orang yang comel2 tu takpe. Kucing sendiri tak berapa. Huhu.

    Reply

  9. Bro Fisol says on :

    salam..

    Bro membacanya dengan penuh keinsafan dan debaran di hati..

    teringat kata2 abang sendiri (usahawan penternakan) sewaktu menyuarakan pendapat untuk membela kambing..”kucing pun tak pernah bela, bolehkah nak bela kambing”..sesungguhnya kucing adalah lambang keperihatinan..starting point dalam memelihara binatang2 yang lain..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam.

    haah la. Ye tak ye jugak. Kalau kucing pun tak terbela, ni kan pula haiwn yang lagi besar2 kan. Thanks for the wordings. You make me ponder.

    Reply

  10. Tok Jogho says on :

    Assalamkum,
    Am I the only guy commenting your story here? Well, may I say that what u did is tremendously wonderful, caring and forgiving for such a creature. Especially in this month of Ramadhan, your action will be rewarded XTRA by Allaw SWT, insyaAllah.

    MAy Allah bless u all…

    p/s: there’s a “teladan or pengajaran” in your story. think! and you might someday sile at it…..

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam wbt.

    I hope, this story has brought some deeper meanings for all of us to ponder.

    Thanks for dropping by πŸ™‚

    Reply

  11. haritz says on :

    Tak silap saya dressing dalam bahasa melayu adalah bebat/pembalut luka (rujukan kamus dewan) maksud dalam melayu susah panjang berjela πŸ˜€

    Reply

    haritz Reply:

    ΠΏΡ€ΠΎΡ‰Π°Π½ΠΈΠ΅, ΠΏΡ€Ρ‰Π°ΠΉΡ‚Π΅, Π΄ΠΎ свилания πŸ˜₯

    ader terjumpa translate bagus di http://www.kamus.com

    Reply

    Sarah Reply:

    Direct translationnya ialah pembalut luka je eh? Saya rasa ada yang lagi tepat tapi saya tak reti macam mana nak rumuskan. Hehe.

    Reply

  12. Noi says on :

    Huhuhu.. πŸ˜₯ Noi baca kat ofis ni, nak menangis.. dah nak keluar air mata tapi tahan sebab kat ofis..kalau kat rumah selamba je Noi nangis kot.. Huhu..
    Takpe lah, dah ajal Tuah..
    Sarah dah buat yang terbaik dah untuk dia….

    Kat rumah Noi pun ada banyak kucing..kucing jiran…
    Banyak sangat suka buang air besar kat belakang & halaman rumah.. Taktau le tapi dorang semua tak dijaga dengan rapi (maybe sebab banyak sangat) atau maybe itu bukan kucing jiran..tah dari mana kucing-kucing tu datang. Ada yang dah berkurap, luka sana sini tapi bila Noi datang dekat dia lari..
    Sedih tengok..
    Kesian tapi Noi tak banyak masa nak berbakti pada kucing-kucing tu. Even ngan Alex & Lolo pun Noi cuba nak luangkan masa ngan dorang tiap petang. Alasan nak balik awal sebab nak main ngan hamster.. hihi..

    Tiap kali nak sidai baju, mesti kena bersihkan najis kucing-kucing tu dulu sebab busuk sangat. Tak marah kat kucing tu, sebab nama pun binatang. Cuma kalau geram sangat Noi bebel-bebel je lah kat kucing-kucing tu pastu dorang pandang je macam tahu kena bebel. Betul le, mata kucing boleh buat kita sayu kan. Bila pandang mata kucing, rasa macam tak jadi nak marah T___T

    Oppss panjangnya komen.. =D

    Reply

  13. una says on :

    salam k.s

    huaaa~
    sedihnya baca entri ni..
    teringat pulak misi saya menyelamatkan kuceng saya yang kaki dia kena gelek dengan motor ke kereta entah.. bila bawak pergi vet, diorang nak potong je kaki comot sampai parat lutut.. tapi sebab tak sampai hati.. and bila tengok condition kaki dia, satu jari dia je yang hancur.. then saya suruh vet tu potong jari yang hancur tu.. tapi vet tu siap cakap lagi “kalau tak potong kaki dia, tak hidup lama la kucing ni, nanti kaki berulat semua” waktu tu macam rasa geram ada marah ada tercabar pon ada.. suruh jugak dia potong jari je.. lepas tu dekat sebulan jugak saya cuci luka comot n dressing kaki dia semua.. alhamdulillah lah, ok je dan boleh berjalan sempurna pon.. peristiwa ni dalam 3tahun lepas.. tapi bulan lepas comot dah pun mati sebab termakan racun.. sedih2

    apa-apa pun kak sarah memang dah berjasa pada tuah.. mesti tuah akan mendoakan akak..

    Reply

  14. n says on :

    aslmkm,
    Sarah you have done well. At least you make the last breath bearable for your first patient- Tuah. But i am touched reading it.
    May Allah swt bless you both.

    Selamat berpuasa.

    wasalam

    cat lover

    Reply

  15. Hidemichi says on :

    Saya harap Tuah si kucing mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dr.Sarah di dunia dan di akhirat dan diaminkan oleh para malaikat. Semoga Dr. Sarah di tempatkan di dalam syurga yang paling wangi. Amin.

    Reply

  16. Farhana says on :

    Sarah…sedih…… πŸ™

    Semoga Tuah sihat dan gembira sahaja di syurga.
    Amin.

    Reply

  17. nailah says on :

    salam.
    kucing nailah pernah jadi macam ni..bawak pergi vet, dan dia dressing dan di bagi iodin untuk bersihkan sendiri kat rumah dan bagi antibiotik jugak..tapi luka tu biar open je..alhamdulillah.. luka tu baik tapi at last mati juga kena langgar kereta..sedih kan..

    Reply

  18. djambu says on :

    panjangnye cerita kucing…

    tampal plaster atas bulu kucing tu, x ke pedih kalau tertarik-tarik? isk3

    Reply

  19. adawiah.zaini says on :

    salam kak sarah. entri ni buatkan sy teringat kucing keluarga sy yg bru mati semalam. namanya el-koorap (bdn bersih, tak berkurap pun). dah lama sgt dia jaga rumah kami, dekat 11 tahun rasanya, sejak kami mula2 pindah masuk ke rumah sekarang. adik beradik sy semua tgh sedih lagi, siap buat album khas el-koorap dkt facebook. kelakar plk dlm kesedihan :mrgreen:

    Reply

  20. MIMI ZUZU says on :

    cian anak tucin tu..
    tapi Allah lagi sayangkan dia kan..
    sabar ye Sarah

    Reply

  21. firdee says on :

    saya pasti kucing itu berterima kasih dengan sarah kerna meringankan bebannya sebelum dia mati. kalau kucing tu kita bela, jgn lah dibiarkan mati tanpa kita usaha mengubatnya. kucing pun mahluk bernyawa mcm kita juga dan ia binatang kesayangan nabi Muhammad S.A.W.

    jangan tidak tahu, banyak yang kita boleh belajar dari kucing (haiwan) sebenarnya di zaman ini kerana manusia di zaman ini ada yang sifatnya lebih hina dari haiwan. Jangan jadi seperti perempuan di dalam blog kucing saya yang sanggup memijak anak kucing sampai mati utk tujuan hiburan 😑

    Reply

  22. acai says on :

    Salam sarah,
    Dah lama takde entry panjang2 ni. Puas baca,hehe. Sarah, bagus betullah awak ni. Sejak kecil saya rasa dah lebih 50 ekor kucing ada kat rumah sy. Bukanlah sekaligus. Maksudnya yang datang pergi dan mati pastu datang lagi. Benda tu memang biasa terjadi.Lelagi kalau ibu kucing tu tak pandai jaga anaknya sangat.

    Tapi memang kagum ngan awak yang berusaha sungguh2 membasuh luka anak kucing tu. Memang sedih kalau kematian kucing ni lelagi kalau kucing tu rapat ngan kita.

    Tapi kalau nak lagi kejam pernah berlaku ank kucing sy dulu ada 3 ekor semua sihat2 dan main2..dah agak besar. tapi kucing jantan bunuh semua anak kucing tu sebab nak mengawan ngan ibunya. tu lagi ngeri tengok kepala anak kucing putus.

    Ok sarah, have a nice day dan selamat berpacking..:)

    Reply

  23. Al-Aneesa' says on :

    Salam Sarah.

    Sedih bercampur baur rasanya membaca entry awk ni.

    Selamat buat awk. πŸ˜†

    Reply

  24. n says on :

    salam lupa nak beritau, kalau binatang kucing tu sakit dan lemah lemah, beri dia minum air kelapa muda atau air gula.. so they will have energy and able to maintain strength. give them air kosong campur gula sedikit… paling tidak. kalau ada syringe tu even better.

    Reply

  25. nadiah says on :

    Sarah. sedihnya. =(

    Reply

  26. irmadilondon says on :

    semoga Allah menerima usaha sarah sebagai bekal untuk kita ke syurganya.

    Reply

  27. chi am says on :

    ish pedihnya kene dettol! waa x bleh bayang lah.. πŸ™

    Reply

  28. miji says on :

    oh..

    sebab itu butbut dpt nama.. stylo2!!

    selamat tuk Tuah..

    πŸ™‚

    Reply

  29. Lee says on :

    Saya juga pernah alami perkara mcm ni.
    Saya cuba selamatkan seekor anak kucing yg saya bela dlm tempoh 3 minggu.
    Tapi lastΒ² die mati. Tu la kali pertama saya nangis sbb kucing mati.
    Name die ‘kecik’. Takpelah, yg penting kita dh cuba yg terbaik.

    Moga Allah merahmati kita semua, Amin..

    Reply

    ruhana Reply:

    ha? name die ‘kecik’?
    name kucing saya dulu pun ‘kecik’.
    mase mule2 jumpe dulu die memang betul2 kecik.
    mase tu saya takut die mati.
    tapi die tak mati, umur panjang.
    jenis yang kuat makan.
    die dah besar pun masih panggil ‘kecik’.
    tapi, die dah tak ade. dah lama mati. cerite lame.
    (tapi last2 die mati jugak.) rase sedih la teringat balik.
    sebenarnya rasa kasihan kat die.
    kitorang pun pernah ketawa disebabkan die.
    memang kelakarlah, susah dan malas nak cerita.

    Ramadhan kareem. Allahu Akram.

    Reply

  30. Kasawari says on :

    Salam Sarah.

    Entri ini membuat saya tidak sabar sabar membaca endingnya.. saya dibuai perasaan sedih, kasihan dan juga gembira.. dengan setiap ayat yang Sarah sampaikan di sini..

    Permulaan: Saya merasa sedih dengan keadaan kucing tersebut bila diberitahu bahawa terdapat ulat sehingga menampakkan dagingnya.. sehinggalah bila Sarah menyiram dengan air.. saya merasakan kesakitan yang kucing tersebut alami..

    Pertengahan: Bila Sarah sudah mula membaluti lukanya dan mencuci dengan Dettol dan juga melakukan pembersihan, saya sudah merasakan peluangnya amat cerah kerana mungkin pada pemikiran saya ketika itu kuman2 dan ulat2 tersebut akan mati.. apatah lagi dengan perkembangan positif yang ditunjukkanya pada petang itu.. Harapan saya amat tinggi supaya kucing ini sembuh sedia kala dan dapat bermain-main dengan adik beradiknya… saya merasa syukur.. kerana Sarah berusaha untuk mengubatinya sedangkan Sarah seorang yang tidak gemar pada kucing namun sifat kedoktoran yang ada pada Sarah.. sanggup mengenepikan sifat tersebut..

    Pengakhiran: Semua harapan berkecai.. sedih.. dan mengalir air mata.. saya panggil Linda untuk berkongsi cerita sedih ini.. dan Linda pun mengalir air matanya.. semoga Tuah damai di sana.

    Nota;

    A. Kami memiliki seekor kucing yang dibela sejak kitten lagi.. namanya Sheiro.. walaupun ianya dikategori sebagai kucing “mewah” namun masih tetap mengalami penyakit yang tertentu.. sehingga menyebabkan kami risau sehingga Sheiro sihat semula.. itulah.. bila kita dah sayangkan sesuatu.. tak kira la ianya haiwan kan..

    1) http://kasawari7.blogspot.com/2008/09/sheiro-diinjek-meowww.html
    2) http://kasawari7.blogspot.com/2008/10/sheiro-sakit.html

    B. Dulu kami juga memelihara ikan kelisa (Sang Bedal) .. sehinggalah ianya pergi selama-lamanya… sedih yang amat..

    http://kasawari7.blogspot.com/2008/10/perginya-sang-bedal.html

    C. Dulu saya juga pernah memelihara Arnab.. (Kiko).. sehinggalah terlepas dan dimamah oleh anjing… bayangkan saya mengejar anjing tersebut dengan cangkul dan ianya melepaskan mamahan terhadap Kiko.. dan waktu itu Kiko sudah tercungap2 dan pergi di depan mata saya..

    Itulah semua kenangan haiwan-haiwan saya..

    Maaf.. Komen yang amat panjang di sini.. Tahniah kepada Sarah!!

    Reply

  31. Ridzuan says on :

    Assalamualaikum,
    Tersentuh hati bila baca entry saudari

    Sebenarnya kat umah saya ada seekor bapak kucing (sebab umurnya dah hampir sebelas tahun)mempunyai masalah yang sama di mana ekornya sudah berulat kesan luka bergaduh dengan kucing jiran, badannya kian kurus dan kami adik beradik baru buang ulat2 lalat yang menghuni ekornya (geli geleman bila dipikirkan)…
    Sekarang anak buah sudah bawa ke klinik haiwan, kami cuma mampu berdoa agar bapak kucing tersebut dapat di selamatkan sebab dialah satu2 nya kucing kami yang panjang umurnya…Insya Allah

    Reply

  32. Rekha says on :

    saya menangis lepas membaca cerita saudari ini…Rumah saya pun ada anak kucing ( Fifi ) warna hitam.

    Reply

  33. zaf says on :

    salam..ak pon ade kucing luka pon dkt tmpt sama ngan gambar tu berulat besar kecik smua ada..da buang separuh..lpas tu ada mak ngah ak kasi idea buh air tembakau..mati trus smua ulat tu…da x leh nk buang sbb x gerak ulat dok dlm celah2 luka..sbb mula2 gna minyak gamat xda efek..pas tu terbaca lak blog ni..

    Tu yg gna dettol kluar mernyut2 ulat,walaupn ada yg degil x mo kuar dr celah2..kutip seko2 pakai twezeer…geli jek ak rasa..mybe esk bwk g klinik tmatkn riyawat dia..pasal luka dia tu mmg x leh baik2 dah.

    Sama ngan adik dia tp luka kat kepala dok ubat x baik2..dr vet ckp kasi tidur je sbb mmg x leh ubat sbb akan makin teruk..so adik dia pon da kembali ke ramatullah..sori la sbb x dpt mngubati kamu kembang (nama kucing ni)..

    Reply

Leave a Reply