Bersantai Di Taman
Assalamualaikum wbt
Selepas Zohor semalam, kami semua pergi ke program santai anjuran persatuan pelajar universiti saya. BBQ Party in the Park. Diadakan di laman belakang Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Cuaca memang sangat baik. Program santai ini adalah untuk mengeratkan silaturahim pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di MMA dan sekali gus meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang akan bergraduasi tidak lama lagi.
Makanan memang banyak. Ayam dan segala jenis makanan lain sudah sedia dipanggang dan dihidangkan oleh pelajar-pelajar tahun pertama yang bertugas. Besar sungguh jasa mereka semua semalam. Bertungkus lumus memastikan semua yang datang mendapat makanan dan layanan yang baik. Juga komiti yang menjayakan program santai kali ini. Kamu semua memang best!
Ada banyak permainan disediakan. Antaranya ialah Ping The Cup, Lip Stick Challenge, MMA Rock, 10 Bottles Bowling, Menembak, Gusti Lengan dan Memancing Botol. Apa yang menyebabkan setiap gerai permainan sentiasa penuh dan meriah ialah kerana sistem kupon kemenangan yang perlu dikumpul untuk mendapatkan jumlah kutipan tertinggi mengikut nilai hamper hadiah yang disediakan. Kupon-kupon ini kemudiannya boleh ditukar mengikut nilai hadiah. Kumpulan rumah saya dengan gabungan rumah Cik Syikin dan Rokiah Bony (hahaha) berjaya mendapatkan hamper berharga 300 Ruble (eh, yeke?).
Seronok sungguh sepanjang hari semalam. Bermain pelbagai jenis permainan, bergusti lengan, dan yang paling teruk, saya kalah dua kali ketika bermain Lip Stick Challenge. Main osom batu, cawan, air saja pun. Tapi dah nasib tak baik. Gembira suka hatilah si Mily dan Sha dapat menconteng muka saya. Mily, ada peluang nanti, KS balas semula conteng muka kamu dengan segala lukisan abstrak ya! Hahaha. Dan saya gembira sebab dapat bertemu lagi dengan junior-junior tahun pertama yang tinggal di hostel berlainan. Saya mula mengenali mereka semua dengan lebih sejak mewakili kontijen MMA ke Volgograd dulu. Antaranya ialah Danial, Ariff dan Mahesh. Tak tahulah kenapa, tiga watak ini menjadi favourite juniors saya. Hihi. Salah satunya kerana mereka ini cool~ 😎
Ok. Malas menulis panjang. Saya ada hal petang ni. Perlu keluar. Didoakan yang baik-baik saja untuk semua.
Nota 1: Baru saya sedar. Semuanya gambar junior je dalam ni. Nak buat macam mana. Junior-junior kat sini memang best!
Nota 2: Akan kembali sibuk. (-_-)
Tergelak besar Saffa tengok muka KS kena conteng dengan lip stick tu! 😯 😮
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:03 pm
Tapi ada la comel sikit2, ye dak? Hahahaha.
Eh, melawak je 😛
Reply
salam.
klo mili lukis gambar clown kt muka ks, lg best. gempak satu DS nampak clown ks. huhu..
ada yang dapat crown dr wani..
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:04 pm
KS patutnya lukis matahari tu pekat2, terang2 kat dahi Mily. Tengok la dia balas kat KS macam mana. Aishh… Sha lukis apa ye kat Wanie pulak?
Reply
Wanie Reply:
May 12th, 2009 at 11:08 pm
dia lukis dua love shapes kt dua2 belah pipi!
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:09 pm
Kecomelan sungguh!
Reply
Gambar keempat sangat comel. Tu ekpresi terkejut ke terkesima ke teruja ke hape, sampai senget-senget kening.
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:05 pm
Tu gambar separuh histeria 😆
Reply
wah best dan meriah ek.. mcm2 makanan ada..
ermmm kat dahi ada KS tu.. 😆 😆 😆
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:05 pm
Nak buat macam mana. Budak2 ni suka la ada chance nak conteng muka senior. Huhu. 😀
Reply
Salam…gambar2 dalam tuh semuanya cantik dan sharp. Boleh kata kata tak noise langsung. Tak tahu dah nak komen apa….gambar lah yang jadi bahan untuk komen….
Ok…mesti kembali sibuk dgn persiapan akhir…Wish u all the best my dear friend!
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:07 pm
Salam Hidayat. Orang yang minat fotografi ni memang takde menda lain yang jadi concern dia. Mesti pasal gambar. Hehe. Dapat teka tak guna camera apa ni? Thanks for the wish!
Reply
sarah 😀
mujurla speck mata sarah x diwarnakan sekali kan 😆
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:07 pm
Kalau diwrnakan jugak, tu namanya “Sarah Si Raja Lawak” 😎
Reply
wahh…
gitu gayanya bersantai…
hehheee
Reply
Sarah Reply:
May 12th, 2009 at 11:08 pm
Salah satu caranya la. Ada je aktiviti lain kalau nak. 🙄
Reply
Bestnya korang semua beramai2 camni semasa berada kat tempat orang..kalau kat sini kekadang jangan haraplah nak bersama2 buat camtu..:) tahniah untuk korang semua ye..suka tengok suasana meriah camtu..korang semua mmg sporting!!
Dah lama tak berlawan tangan..teringat masa sekolah rendah dulu berlawan siap ada liga kat sekolah..:) nice picture sarah..thanks for sharing ye
Reply
Sarah Reply:
May 13th, 2009 at 6:07 am
Bila tercampak jauh dari negara sendiri, semangat kebersamaan tu lebih tinggi. Ni la yang saya nampak jelas dalam diri semua kat sini. Susah senang, suka duka, ini la jugak teman-temannya.
Acai, cuba tengok otot awak tu sekarang. Keras lagi ke? Ke dah lembik? Huhuhu Tapi usung kamera pun boleh la ibaratkan macam usung dumb-bell kan :p
Reply
acai Reply:
May 13th, 2009 at 1:12 pm
eiii, nak kena betul awk sarah ni..:) otot sy keras lagi tau,hihi..
betul tu, setuju ngan awk..pernah baca blog sorang student luar yang katanya semangat melayu dan malaysia tu tebal bila dinegara orang tapi bila kat malaysia semua tu hilang..dia dah takde sekarang,huhu..
Reply
macam ada sikit tergugat melihat gambar2 lelaki tersebut. ngeh. apakah semuanya junior KS? =p
Reply
acai Reply:
May 13th, 2009 at 1:10 pm
diya gatai ek,kekekee..
Reply
Diya Reply:
May 13th, 2009 at 1:24 pm
well. you know me. hak hak hak 😆
Reply
wahh…comel2 gak student kat sane..hehehe..comel lagi dr sarah..
Reply