Kompilasi Mnemonik

mnemonics1

Assalamualaikum wbt

KOMPILASI MNEMONIK UNTUK PELAJAR PERUBATAN

  • Sukar menghafal clinical features of ankylosing spondylitis?
  • Keliru dengan nama-nama metacarpal bones?

Usah resah lagi. Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mengkompilasikan senarai mnemonik dan tips-tips ringkas menghafal fakta-fakta berkaitan dengan jurusan perubatan. Kompilasi ini akan dibukukan dengan harapan membantu semua pelajar (dan pengamal) perubatan memudahkan pembelajaran dan rujukan.

Sehubungan itu kami amat mengharapkan kerjasama dan bantuan penuh rakan-rakan pelajar perubatan dan para doktor tidak kira di mana saja untuk turut menyumbang kepada projek ini.

Apa yang boleh anda lakukan?

1) Emelkan kami sebarang mnemonik atau tips menghafal mudah yang anda tahu yang berkaitan dengan subjek dalam jurusan perubatan, termasuk subjek tahun praklinikal (seperti History Taking, Anatomy, Physiology, Microbiology, Pathology, dan lain-lain) hinggalah tahun klinikal (Cardiology, Respiratory, GIT, Endocrinology, O&G, Paediarics, dan lain-lain).

2) Mnemonik tersebut boleh saja yang didapati daripada lecture notes, buku rujukan, nota peribadi, atau yang diperoleh secara lisan daripada tutor/konsultan atau rakan-rakan anda.

3) Sila nyatakan jika mnemonik tersebut direka sendiri oleh anda (untuk kami beri kredit).

4) Setiap mnemonik yang diambil daripada buku perlu disertakan sumbernya (judul, pengarang, dan penerbit buku). Buku Clinical Examination (Talley-O Connor) dan Pocket Oxford Handbook of Clinical Medicines (buku merah kuning) dikecualikan kerana kami telah mempunyai rujukan tersebut.

5) Mnemonik tersebut boleh saja dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6) Juga nyatakan bersama, nama penuh dan nama universiti anda (atau hospital jika sudah graduate). Setiap yang menyumbangkan mnemonik akan diberi kredit dengan disenaraikan nama sebagai ‘Penyumbang’ dalam halaman khusus dalam buku tersebut.

7) Sila emelkan mnemonik tersebut kepada penyelenggara- penyelenggara yang dilantik seperti yang tersenarai. Bagi negara yang tidak mempunyai wakil, boleh mengemelkan kepada mana-mana penyelenggara, terutama dari kawasan geografi berhampiran (contoh: pelajar Mesir boleh emel kepada wakil Jordan dan sebagainya).

❗ Sila hantarkan sumbangan anda sebelum 15 Jun 2009.

Contoh mnemonik:

a) Clinical features of: Ankylosing spondylitis = 6As

Asymmetrical sacroilitis
Asymmetrical arthritis
Achilles tendinitis (enthesitis)
Aortic regurgitation
Anterior uveitis
Apical fibrosis

b) Causes of Pancreatitis: I GET SMASHED

Idiopatic, Gall stones, Ethanol, Trauma, Steroids, Mumps, Autoimmune diseases, Scorpion bites, Hyper (calcaemia, lipidaemia, thermia), ERCP, Drugs

Contoh tips menghafal (yang bukan mnemonik):

a) Feature of RBBB and LBBB in ECG: WilliaM MarroW

Left BBB = WiLLiaM, W at lead V1, M at lead V6
Right BBB = MaRRoW, M at lead V1, W at lead V6

b) Action of anti-thyroid medication (carbimazole vs propylthiouracil):

C = C, Carbimazol: act Centrally (in thyroid)
P = P, Propylthiouracil: act Peripherally (peripheral conversion of T4 and T3)

Kerjasama anda semua amat kami alu-alukan dan hargai.

EMELKAN sekarang kepada wakil-wakil yang dilantik:

Russian Federation:
Sarah Mohd Shukor: dr.sarah.shukor@gmail.com

Ireland:
Muhammad Iqbal : silent_1412@yahoo.com
Ahmad Fadhlil: fahd_razy@yahoo.co.uk

Jordan:
Ainul Arina: ainulmardhiah_89@yahoo.com

Indonesia:
Azzahra Azhar: syauqahsyifa_wardah@yahoo.com

Malaysia:
Nur Hafizah: fieza_nur@yahoo.com

Atau emelkan terus kepada : gkln_sayembara@yahoo.com

Nota: Sesiapa saja pembaca blog ini, walau di manapun anda berada, boleh emelkan terus kepada saya melalui emel yang disediakan di atas. Kerjasama semua dalam menjayakan projek kompilasi ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

14 Responses to “Kompilasi Mnemonik”

  1. haritz says on :

    kenapa aku tak faham lansung apa yg Sarah tulis.
    Opps.. aku lupa, aku bukan doktor hehe 😀

    Reply

  2. menteil says on :

    alamak! tetiba kepala ku pusing kepeningan..
    doktor sekalian tolong hamba..
    huhu…
    susahnya jadi doktor… 😀

    Reply

  3. hakimah says on :

    sarah…kami utk medicine guna

    X’presss revision in short cases, aids to undergraduate medicine

    chew nee kong
    lim kheng seang

    kami pakai buku ni je bila da nk exam…

    Reply

    Sarah Reply:

    Yang ni cuma inisiatif untuk kumpulkan fast notes je. Yang lebih senang nak hafal2 semua yang ada list of thing that underline that particular topic/disease. Cuma 1 inisiatif untuk memudahkan semua je. Sebab setakat ni takde lagi buku-buku yang kumpulkan mnemonics macam ni. Huraian2 tak diperlukan. Cuma kumpulkan ringkasan untuk hafalan je.

    Saya cuma menolong untuk menjawakan projek ni je 🙂

    OH. TAHNIAH DR. HAKIMAH! Dah jadi Dr. dah awak! Yahuuu~

    Reply

  4. aween lia-na says on :

    KS,

    Oh this sounds like fun! I have quite a number of nmemonics. I’ll send them in 2 weeks time, after my exam, bole kan?

    Reply

    Sarah Reply:

    Liana, boleh2. I’ll be waiting. Thank you so much 😀

    Reply

  5. epenlavia says on :

    ‘Mat Jenin Kena Halau Balik India Utara’
    utk warna pelangi~ 😉

    Reply

  6. raihan says on :

    salam ks…
    raihan ada 1 buku penuh dgn mnemonics ja, dpt dr doktor kat hosp buat attachment dulu…
    ks nak ka?
    next ahad ks ingatkan, nnti raihan tnjk…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Raihan. Bawakkan Ahad ni k. KS nak pinjam tengok 😉

    Reply

  7. hafiz says on :

    I have always use mnemonics gathered from the site below. It should be more than enough for my entire medical course :mrgreen:

    http://www.medicalmnemonics.com/

    Anyway, I will try to look at my old note if I have good mnemonics 😀 . As a start,here is my post on mnemonics of forearm muscles and bone

    http://hafiz238.blogspot.com/2008/05/mnemonic-for-forearm-muscles-and-bone.html

    Reply

    Sarah Reply:

    Hafiz, many many many many many many thanks for the website! I never found it before. Thanks for sharing!

    Seriously, many many many many many thanks!

    Reply

    hafiz Reply:

    Glad to help you and other Malaysian medical students. Please email me later if that project is still going on 🙂

    Reply

  8. delhi packers says on :

    It’s really a great and useful piece of information. I’m happy that
    you simply shared this useful info with us. Please stay us up to date like this.
    Thanks for sharing.

    Reply

  9. carpet cleaner Buntingford says on :

    Having reqd thjs I belierved it was extrmely informative.
    I appreciate youu taking thhe time and energy to
    put thios informative article together. I once again find myself spending a lot of
    time both reading and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!

    Reply

Leave a Reply