Kisah Di Forensic Medicine
Assalamualaikum wbt
Seperti biasa, Forensic Medicine sentiasa menyajikan sesuatu yang baru untuk tatapan mata. Terlalu banyak perkara mengerikan yang baru kami semua tahu hari ini. Fakta menarik daripada doktor kami tadi, kesemua harta karun yang di bawanya ke kelas tadi adalah koleksi daripada kes sebenar yang kebanyakannya melibatkan skinhead.
Salah satu daripada ayatnya ialah: Setiap daripada skinhead memiliki ini. Sambil tangannya mengangkat satu objek tajam yang kelihatan seperti jarum tetapi saiznya berganda lebih besar. Rupa-rupanya itu ialah busur panah. Mata anak panah. Yang digunakan untuk menikam mangsa ketika serangan dibuat. Dan daripada pengalamannya, setiap mangsa yang mati tidak hanya ditikam dengan satu anak panah sebaliknya kekerapan skinhead menyerang seseorang adalah secara berkumpulan. Jadi, tusukan anak panah pada badan mangsa biasanya melebihi 20 tikaman. Segala yang kami lihat tadi membuatkan kami semua terdiam kerana tidak tahu hendak berkata apa lagi. Sudah puas ooo dan aaa setiap kali baru mengetahui fakta-fakta yang maha dahsyat berkenaan pembunuhan.
Hari ini hari tragis. Terlalu banyak yang kami pelajari tentang mati dibunuh dan membunuh diri. Menarik memang menarik tetapi mencabar ketahanan jiwa untuk bertahan menatap segala apa yang ada di depan mata. Jika minggu lepas ada belajar untuk membuat siasatan ke atas kes liwat, kali ini belajar tentang siasatan ke atas kes rogol pula termasuklah bagaimana untuk membuktikan kes itu benar-benar kes rogol atau cederakan diri sendiri untuk kelihatan seperti dirogol. Secara klinikal, kita dapat membuktikan kes ini.
Saya rasa semenjak kebelakangan ini saya terlalu banyak bercerita tentang kes jenayah yang melibatkan pembuktian secara klinikal. Kes-kes sebegini semuanya teruk-teruk. Tadi di muzium, kami bertanya kepada doktor tentang kewujudan kepala wanita di situ. Apakah kisah di sebaliknya. Menurut doktor itu, wanita itu berasal daripada sebuah keluarga kaya. Selepas berkahwin, suaminya didapati menghilangkan diri dengan segala harta yang dimilikinya. Dan tidak lama kemudian, kepala perempuan tersebut ditemui di dalam sungai. Kepala sahaja. Sudah dapat jawapannya? Bagus.
Ketika saya sampai ke hospital pagi tadi, saya terus masuk ke kelas. Saya bersendirian saja ketika itu. Saya capai tengkorak yang terletak di atas meja saya. Itu tengkorak betul. Dalam kelas kami (ataupun kelas lagi satu), ada banyak tengkorak yang dijadikan alat bantu mengajar. Kebanyakannya ada retak, lubang atau serpih di bahagian occipital ataupun parietalnya.
Saya pakaikan tengkorak yang dipotong secara transverse plane itu ke kepala. Tiba-tiba kawan saya masuk. Saya menyerengih buruk kepadanya. Saya berkata kepadanya: Rugi takde kamera. Kalau tak, boleh ambil gambar saya dengan topi keledar tengkorak ni.
Berani pula saya bermain dengan tulang belulang itu seorang diri ya. Boleh berlakon jadi heroin untuk Cannibal Holocaust ii lah kalau macam ni. Huhu. Ok. Menyimpang topik dah ni. Topik penutup hari ini. Sungguhnya demam itu sungguh tidak menyeronokkan. 🙁
Nota: Semakin seronok pula saya bercerita tentang isu medikal di sini. Jangan takut baca sudahlah ye. Huhu. 😀
aaa…xpaham pun yang kepala wanita tuh.
hu3…apa maknannya??
nak tau…nak tau… ~
Reply
Sarah Reply:
February 16th, 2009 at 5:01 pm
Kena bunuh dengan cara dipenggal dan dicampak dalam sungai.
Takut kena bunuh camtu tak?
Reply
syzn Reply:
February 16th, 2009 at 5:15 pm
wow! mcm scary jah….hu3
k.sarah xtakut ka tengok?? Kalo benda tuh idop balek mcmmn…haaa…
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:48 pm
Mustahillah hidup pulak kan.
Reply
erm. kembali menulis. saya baru tahu. nampak sangat ketinggalan zaman. dah lama ke buat kerja cam ni?.
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:48 pm
Kerja apa?
Reply
Sarah sayang…
Tak takut ker main2 ngan tengkorak tu.. aduhhh…
Rasa nk cakao jer, jgn la main2 cam tu.. tp, kut dah memang sarah kena pegang sokmo dah pun kan..
Seram tul la…
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:49 pm
Tengkorak semata Kak Su. Kalau ada matanya sekali, mau jugak saya pandang keliling dalam kelas tu. 😆
p/s: Saya terasa seram kalau ke muzium koleksi tu atau kalau kena ke morgue. Lain dari tu takde rasa apa insya Allah.
Reply
kak sarah, i need your apology for this. diya cuma baca tajuk je untuk entri berunsur forensik begini [tapi gatal nak komen jugak, hahaha]. sungguh2 diya tak boleh baca, even curiousity tu memang ada. pernah sekali, masa kelas biologi tingkatan lima, bila cikgu masuk je bab peredaran darah dalam jantung – terus diya rasa nak pitam. ohmaigod. can u imagine? padahal kisah darah dan jantung je. dan padahal jugak bukan nya darah dan jantung tu betul2 ada depan mata. tapi, ngada2 jugak nak pitam nya [terus pekak kan telinga supaya tak pengsan]. inikan pulak cerita forensik kak sarah ni. huhu
tapi, kalau CSI atau House – tengok aje dengan penuh minat. diya cuma [mungkin] tak boleh bila orang bercerita. imaginasi diya sangat melampau. hahaha.
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:50 pm
Hehehe. Diya. Lain kali, tajuknya KS tulis sempoi2 je tapi sebenarnya kupasannya pasal hal ni. Biar Diya tertipu.
Reply
good for you…jangan tak balik berkhidmat tau! hehe
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:50 pm
Aku Darah Anak Malaysia.
Reply
akak,lamaaa sangat tak datang sini..
hari ni baru berkesempatan datang ke blog akak..
oops,belum letak lg link akak kat FTI..nnt bila dh letak,wajib dtg sini tipa2 hari..hihi
akak sihat kan?alhamdulillah..
🙂
waaaa,Forensic! dulu masa skola menengah sy selalu berangan..nak jadi pakar forensik bila dh besar. mcm csi tuu..siap letak angan-angan tu bawah plastik meja belajar..jadikan itu sebagai motivasi..tp skrg dh tak rs nak jadi pakar forensik.mahu jadi pakar sakit puan pulak.erk,mungkin boleh tukar lagi minat ni..mana tahu nak jadi pakar saraf pulak..atau pakar tulang?
huhu
take care kak!
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:52 pm
Salam Thia. Alhamdulillah KS sihat je. Thia, sebenarnya Forensic sangat tough untuk seorang perempuan tau. As for now, just keep your choices wide open. Go through everything 1st. Satu hari nanti, bila dah praktis, baru kamu akan tahu bidang apa yang kamu minat dan kamu boleh perform well. 😉
Reply
dia ni main-mainkan tengkorak tu.
karang mlm dia jugak yg takot berimaginasi bukan2. terbayang2 tengkorak tu dtg ketuk pintu terbang2 kat tingkap.
ha, main lagi main. hahah. =P
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:53 pm
Malam tadi, saya mimpi saya berakit/naik bot yang luas. Atas bot tu ada 1 tengkorak lama. Cool tak? 😛
Salman, saya dah beli jam baru jugak! Wihiii
Reply
😛 macam best je main tengkorak tu buat helmet…tak pernah try lagi. kitaorang guna suka main pakai tangan rangka tu buat garu badan orang.. kalau kena yang jenis penakut sket, habis sebatu dia lari.. hahaha… adeh, penat la plak gelak.. 😆
Reply
ainul arina Reply:
February 17th, 2009 at 1:44 am
selamber sungguh mereply diri sendiri.. sori.. actually nak kasitau.. ada award menanti anda di rumah saya.. silalah amik bila free ye.. jangan malu, jangan segan.. ^_^ tentang tag, hopefully ianya sesuai untuk golongan 24 tahun dan keatas.. hehehe.. 😎
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:55 pm
Insya Allah akan cuba dibuatkan hujung minggu nanti 😉
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:54 pm
Itulah juga permainan kami zaman kecil molek dulu. 😎
Reply
sana mesti byk kes bunuh ek??? mcm bes jer…
sini byk kes MVA je…burink…
putus sana…putus sini…sambungkn sana…sambungkn sini…
tp loya gak tgk org yg da hancur…
yg da reput..yg baru 2-3 mati…badan bengkak gila..busuk dia…ya Allah..susah nk crita…
sape amek forensic mmg mencabar.
sarah, nk ole2 tengkorak dri rusia blh??? abesla..tetapla nk minta benda merapu
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:56 pm
Mat saleh ni kan ganas nak mampus. Tambah pulak, banyak kes skinhead. So banyak la kes bunuhnya.
Mau tengkorak? Saya sampai je hati ni nak curi dari kelas tapi saya tak sanggup nak isi dalam luggage nak bawak balik Msia. Tak pasal2 saya dituduh sebagai pembunuh sebab ada tengkorak tu dalam beg. Muahaha 😆
Reply
skin? naik vespa tak? 😆
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:57 pm
Naik vespa pakai celana bunga2 nyanyi lagu SKA 😆
Reply
Salam,
Sarah, kami gembira kerana blog ini
ditemukan.
Ingatkan betul2 dah TUTUP.
Sihat kan?
Alhamdulillah.
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 4:58 pm
Salam Saudara Aminhad.
Terima kasih atas semangat yang saudara berikan. Saya da terima email tu tapi takde masa lagi nak balas. Tunggu ada masa lapang, baru saya balas ya.
Alhamdulillah saya sihat. Semoga saudara dan Mem Besar juga sihat di sana.
Reply
slm cik sarah yang dah mula cerita seram,
moga siaht2 hendaknya ye..:) waa, sy sukaaaa sangat setiap kali baca tentang ilmu medic ni kat sini sarah..teruskan berkongsi ye..sbb setiap kali sy baca sy akan dapat satu ilmu baru,ceewahh..bukan sesuatu yang sy hadapi setiap hari..
bukan kat sana je sarah ada pembunuhan kejam..kat malaysiapun byk gak..kalau buat lawatan kat balai polis memang byk sangat kes yg tak kuar kat surat khabar tapi mengerikan,huhu..moga2 kita dijauhkan dari semua tu..
*amboi, teringin jadi pelakon nampak,keke
Reply
Sarah Reply:
February 17th, 2009 at 5:01 pm
Salam Acai yang semakin hari semakin hensem. 😎
Saya demam ni. Kesian tak? Ye. Kat Msia pun banyak. Cuma saya tak pernahnya hidup lama kat sana. On off. Tak sempat nak ikuti perkembangan kes2 ni semua secara detail. Lagipun, dulu saya ni jahil lagi apa kaitannya siasatan polis dengan perubatan ni. Sekarang dah belajar, baru la jelas 🙂
Jaga diri ya Acai! Orang darah manis la katakan
Reply