Mandi Malam Dan Asthma

Assalamualaikum wbt

Sekarang tepat 12.55 pagi. Semakin lama habit mandi tengah malam saya semakin menjadi-jadi. Kalau dulu paling lewat sekitar 11.30 sudah selesai. Sekarang ni, sekitar 12.15 baru nak bersiap tutup buku untuk mandi. Kalau di rumah, saya mesti ditegur oleh emak. Emak kata, dah tengah-tengah malam sejuk ni baru nak mandi. Tak takut batuk ke. Oh. Kalau emak panjangkan lagi ceramahnya pun, saya tetap akan mandi juga.Mandi malam itu nikmat. Saya suka sejuk! (senyum lebar mata tertutup buat muka puas hati)

Sebenarnya, lain orang lain ketahanan fizikalnya terhadap cuaca sejuk. Memang ada keburukannya mandi malam kerana secara umumnya suhu pada waktu malam lebih sejuk. Penjelasan saintifik tentang larangan mandi malam ini adalah kerana proses pengecutan saluran pernafasan kita berlaku lebih aktif dengan adanya rangsangan suhu sejuk. Bronchospasm namanya. Selain proses pengecutan atau pengecilan saluran bronchus ini, lapisan dalamnya juga akan lebih aktif untuk menghasilkan cecair pelincir atau mukus.

Fungsi mukus ini adalah sebagai cecair pelindung untuk dinding dalam bronchus. Secara normalnya, mukus ini akan dibuang keluar melalui proses batuk dan pembuangan mukus ini (terutamanya di waktu pagi) boleh membersihkan salur pernafasan kita. Malangnya, bagi yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, keadaan suhu yang rendah boleh menjadi trigger factor (faktor perangsang) yang menyebabkan mukus dihasilkan dengan banyaknya. Jadi, salur pernafasan kita akan semakin mengecil. Ditambah pula dengan bronchospasm yang terjadi yang berkadaran dengan faktor suhu ini, kes sebegini dikelaskan sebagai Bronchiol Asthma. Lelah dalam Bahasa Melayunya. Simptom yang paling mudah dilihat ialah semput nafas, batuk dengan penghasilan kahak yang banyak, postur badan yang sedikit menunduk ke depan untuk memudahkan bernafas dan pucat.

Asthma sebenarnya lebih kerap ditemui di kalangan kanak-kanak. Ketika posting Pediatric, saya kasihan sungguh melihat kanak-kanak berumur 3 ke 10 tahun yang menghidap asthma. Semput yang mereka alami menyebabkan saya rasa saya sendiri pun semput sama. Semput melihat mereka semput. Sebab saya tahu susah bagi mereka untuk bernafas dalam keadaan itu. Aktiviti harian mereka pun terbatas.

Selain cuaca sejuk, asap rokok, bulu binatang, debunga, habuk dan bermacam-macam lagi faktor peransang yang lain, ada sejenis lagi asthma yang terjadi bukan kerana faktor ini. Kes asthma ini adalah disebabkan alahan kepada sejenis ubat: Aspirin. Maka dinamakannya sebagai Aspirin-induced Asthma. Mengapa hal ini terjadi? Dengan mengambil NSAIDs, proses penghasilan sejenis metabolit (Leukotriene) menjadi dominan. Bahan ini menyebabkan segala aktiviti berkaitan dengan saluran pernafasan menjadi aktif. Ini termasuklah bronchospasam, pertambahan mukus, radang hidung dan lain-lain lagi.

Jadi saya simpulkan semula tentang kaitan mandi malam dan kesannya kepada kesihatan kita. Semuanya bergantung kepada tahap ketahanan fizikal individu itu sendiri. Kalaupun bukan mandi malam, aktiviti yang berkadaran ialah mandi hujan/berhujan. Berkenan dengan asthma ini, terdapat banyak kaedah rawatan yang digunakan sekarang. Sebagai langkah keselematan, pesakit kebiasaannya membawa inhaler mereka ke mana saja. Rawatan untuk asthma membawa matlamat yang sama: untuk mengurangkan bronchospasm supaya saluran pernafasan kembali bebas untuk membawa bekalan udara yang secukupnya ke paru-paru sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang. Untuk serangan asthma yang kuat, pesakit wajib dikejarkan ke hospital secepatnya. Inhaler tidak lagi dapat membantu dalam kes ini.

Nota 1: Asthma adalah penyakit yang rutin di kalangan kanak-kanak.

Nota 2: Saya harap dengan perkongsian di dalam Bahasa Melayu ini dapat menambahkan lagi tahap pemahaman semua tentang mekanisme asthma. Kadang-kala, ramai yang setakat tahu asthma tu ialah semput nafas tetapi kenapa terjadinya asthma itu, masih ramai yang tidak jelas. 🙂

Nota 3: Saya pernah mendapat asthma. Sekali saja. Kerana overdose allgergic saya terhadap daging sehingga menyebabkan saya semput nafas di waktu malam. Dalam kes saya, faktor perangsang adalah makanan. Nah. Terbukti saya boleh terus mengamalkan habit mandi malam kerana saya bukannya penghidap tipikal asthma. 😀 Lagi satu, suhu di dalam rumah di sini adalah panas. Memanglah bersalji di luar sana tapi di dalam rumah, sistem pemanas berjalan 24 jam. Tambahan pula katil saya di tepi pemanas. Panas! Tapi di Malaysia saya mandi malam bukan sebab panas. Tapi sebab saya memang berjaga malam sehingga ke Subuh. Kiranya, mandi malam tu menyegarkan lagi sesi kehidupan saya di malam harilah. Huhu~ 😛

Nota 4: Sevodnia Pyatnitsa. Davaite chitaem solawat k nasyemu Proroku Muhammad SAW. (Hari ini hari Jumaat. Mari kita bacakan selawat buat Nabi kita Muhammad SAW.) “Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala aalihi wasohbihi tasliman kathira.”

24 Responses to “Mandi Malam Dan Asthma”

  1. chi am says on :

    oh ini lah sebab kenapa haku suka baca blog sarah. penuh info!

    Reply

  2. haritz says on :

    Saya tak suka mandi malam kecuali airnya panas, baru la syok.

    ps:Dr Sarah adakah penyakit asma ni boleh hilang terus dan bagaimana caranya? sebab anak buah saya dah mengidap hampir 7 tahun, kadang2 tu kronok. Saya kesian kat dia.

    Reply

    haritz Reply:

    Typo *kronik

    Reply

    Sarah Reply:

    Praktikalnya boleh sihat semula. Lebih-lebih lagi kalau tak teruk asthmanya tu. Tapi kalau teruk, potensi untuk sihat sepenuhnya tu mungkin tak tapi kekerapan serangan lelah tu dah kurang. Biasanya, bila dah semakin besar, kita semakin tahu dan boleh untuk mengawal diri daripada mendekati sebarang faktor yang boleh menyebabkan terkena serangan lelah ni.

    Reply

    haritz Reply:

    Thanks Sarah. Harap2 bila dia dah besar boleh sembuh sepenuhnya.

    Reply

  3. syazana says on :

    salam ‘alaykum kak sarah 🙂

    baru hari ni rasa nak tinggal jejak langkah di blog ni, selama ni jadi silent reader jek ;D . anyway, mmg penuh info di blog akak ni. dan saya sangat2 suka dengan cara penulisan akak yang lebih santai tapi teratur. sungguh, boleh buat buku!hihi.
    satu soalan, macamana ya akak belajar penulisan yang mcm ni ? penulisan saya teruk dan tak teratur~huhu.

    anyway, salam ukhwah dan semoga jangan kerap sgt mandi malam, huhu ;P .
    jaga diri, jaga iman, jaga amal 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam wbt Syazana.

    Maksud kamu, kamu dah mula baca sejak di blog lama KS ke? Apa-apapun terima kasih KS nak ucapkan. Tadi KS bukak blog kamu, oh, sebenarnya KS pernah jadi pembaca kamu dulu2! 😀 Sebab utama KS selalu bukak blog kamu dulu2 ialah sebab nak dengar nasyid yang terbuka di blog kamu. Tajuknya Rinduku tu. KS takde nasyid tu dan tak dapat nak download kat mana2. So KS selalu ke blog kamu dulu kalau nak dengar nasyid tu.

    p/s: Kalau tak silap, KS jumpa blog kamu melalui blog Murshida junior KS di KISAS dulu sebelum dia kahwin dulu. Lama dah kan? 😉

    Reply

    syazana Reply:

    aah blog lame KS~hihi. Oh nasyid rinduku tu. kalau KS nak,bleh je saya emel kan 😉 .
    owh kak mursyida @ mmk tu ye. aah,lame la jugak :D. tak sangka ya.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ha! Maksudnya kamu la yang selalu guna nick syzn tu kan? 😉 Yup. Murshida Mustafa Kamil. MMK. 🙂 Kami rapat sangat. Dah la satu team bahas. Dia pun adik usrah KS jugak. Selalu spent masa sama2 dulu. Rindunya kat dia.

    Syazana, tolong emailkan pada KS boleh. Dah lama sangat KS cari nasyid ni. Tadi pun KS selongkar Imeem dan Youtube. Memang tak jumpa.

    sarahmohdshukor@gmail.com

    Terima kasih!

    Reply

    syazana Reply:

    syzn? oh, bukan saya tu. saya tak pernah langsung rasanya tinggal jejak di blog akak. hari ni lah kali pertama. hehe. kak MMK ada blog, akak tahu mungkin.

    inshaAllah nanti saya emel kan pada akak nasyid tu ya 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Ops~ Tersilap rupanya 😉 Anyway, thanks Syazana. Nanti KS check email.

    Reply

  4. keSatria says on :

    terima kasih atas konsultansi anda di blog saya. =D

    bagus betol la. sorunk allergic daging. sorunk allergic telur. sesuai la tu sbgi kembar tak sama darah. =P

    eh dr sarah, saya rasa dada saya ada cecair mukus yg berlebihan. tp mcm tak dpt nak keluar la. tersangkut kat situ. nak makan apa nak kasi dia cair? ubat batuk? dada ni cam terasa sejuk semcm jer. cam nak sakit dada je. haha. tp takde batuk.

    mungkin kipas ni dkt sgt la. asyik tiup kepala dgn badan jer. huwahaha.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kembar tak sama darah tapi ada karakteristik yang hampir sama! Hebatlah bukan. Hehe.

    Dalam kes awak ni, memang bukan asthma atau lain-lain. Cuma disebabkan terdedah kepada suhu sejuk berlebihan, mukus dihasilkan dengan berlebihan juga. As long as warna mukus tu bukan kuning kehijauan, maksudnya mukus tu bukan disebabkan jangkitan kuman dalam salur pernafasan.

    Jadi saya sarankan awak makan expectorant. Ubat ini ada mucolytic effet. Maksudnya kumpulan mukus yang tebal dalam salur pernafasan dapat dicairkan dan dikeluarkan. Awak akan batuk sikit terutamanya di waktu pagi dan batuk ni bagus untuk proses membersihkan mukus yang dah dicairkan tu.

    Saya cadangkan expectorant namanya Ambrobene. Boleh dibeli over the counter je di farmasi. Kesannya bagus.

    Reply

  5. Faisal Admar says on :

    Salam Sarah.

    Jadi kiranya mandi malam tak semestinya kita boleh kena pneumonia? Ada apa-apa perbezaan di antara air sejuk dan dan air panas?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Faisal. Pneumonia ni lain pula kesnya. Pneumonia terjadi disebabkan jangkitan baketria atau virus. Dalam kes asthma, tiada bakteria yang menyebabkan ianya terjadi. Ia disebabkan oleh perubahan fisiologi yang terjadi pada stuktur di saluran pernafasan kita.

    Pneumonia pula disebabkan jangkitan kuman. Kebiasaannya, Pneumonia terjadi apabila kita berada dalam kelompok manusia yang padat. Macam pergi ke konsert atau berada di tempat yang sesak. Melalui udara, jangkitan tadi disebarluaskan. Pneumonia jenis ini dikenali sebagai Community-Acquired Pneumonia (CAP). Orang dewasa juga mudah untuk dijangkiti. Risiko untuk dijangkiti CAP adalah lebih tinggi ketika musim hujan (dan sejuk jika di negara 4 musim) kerana keadaan lembap memberikan lebih peluang untuk bakteria mendarat di permukaan saluran pernafasan kita.

    Satu jenis lagi ialah Hospital-Acquired Pneumonia atau Nosocomial Pneumonia. Pneumonia jenis ini terjadi jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dan mendapat pneumonia setelah 48 jam berada di sana atau setelah kembali semula ke rumah daripada wad. Lazimnya, mereka yang sakit mempunyai sistem immuniti badan yang rendah. Jadi, risiko untuk dijangkiti adalah lebih tinggi.

    Dari segi rawatan, asthma memerlukan bronchodilator untuk mengembangkan semula salur pernafasan yang mengecil dan tidak memerlukan antibiotic (secara basic) kerana tiada jangkitan dalam kes ni. Tapi bagi Pneumonia, basic treatmeant ialah antibiotic untuk memusnahkan bakteria yang menjadi agen penyakit ini. Lain agennya, lain jenis antibiotik yang diperlukan.

    Harapnya penerangan ni dapat membantu sedikit sebanyak 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Sikit lagi. Ais panas (suam) tu lebih baik sebenarnya. Proses pengecutan salur pernafasan tak berlaku secara drastik. Tapi kalau kita dah tak selesa tu, memang suka bedal mandi air sejuk je kan. Hehe. In fact, saya kat sini ni pun suka mandi air sejuk. Air panas bukak sikit je. Huhu.

    Tapi untuk orang demam, air sejuk adalah lebih baik. For cooling process of our body. But we must start from the lowermost. Mulakan dengan kaki. Supaya fisiologi badan tak mendapat kejutan daripada air sejuk.

    Reply

  6. Faisal Admar says on :

    Oh sorry. Sebab sebelum ni, ramai yang warning saya tentang paru-paru berair atau lebih dikenali dengan Pneumonia.

    Agak menakutkan dan sampai pernah suatu ketika saya stop badminton sebab ramai pemain badminton mengidap penyakit paru-paru berair ni.

    Saya juga difahamkan disamping mandi malam, air berais atau air yang dicampur ais batu juga adalah penyebab utama pneumonia ni… adakah ianya benar?

    Saya sering bertanya kepada doktor dan pakar perubatan bila ada masa terluang tapi disebabkan atas kesibukan kerja dan sebagainya, saya tidak mempunyai banyak waktu terluang untuk berbuat demikian.

    Boleh kah Cik Sarah menulis article tentang Essential Tremor untuk post yang akan datang? Saya pernah mengambil pil yang berwarna merah dan saya rasa penyakit tersebut datang kembali. Apa langkah yang perlu diambil doc?

    Reply

    Sarah Reply:

    Faisal, sorry lambat reply. Busy sikit over the weekend.

    Pneumonia memang disebut sebagai paru-paru berair dalam bahasa kita tapi sebenarnya, ni nama mudah untuk fahamkan masyarakat je. Sebenarnya, penyebab Pneumonia ialah jangkitan kuman. Cuma dalam salah satu stage untuk sembuh tu, ada satu stage tu keadaannya menyebabkan paru-paru kita lembap. Tu sebab datangnya nama paru-paru berair. That’s one part of the story.

    The 2nd part is, why people used to say that night bath and cold icy water will lead to pneumonia is because of tendency to get our lungs and respiratory track damp and moist is rather high. When the organs in our respiratory track are moistened, bacteria become easier to settle down on the surface. Once they settle down properly and get sufficient nutrition, that explains how pneumonia develops. It’s just that: cold water –> moisten our resp track surface –> easier for bacteria to settle down –> get infected –> one of the stages is damp moistened lungs –> we call it as paru-paru berair 😀 That’s how we get the name. I hope that my explanation is clear enough for you 🙂

    About the Essential Tremor, I’ll consider to write about it later. One thing is, I don’t know what is the red pill you had consumed before (I’m not clinically competent yet. Hehe). 2nd thing is, I don’t enjoy Neurology that much. Huahuahua. Can I say I hate it? Huhu 😉

    Reply

  7. Jeffrey W. Lynn says on :

    I loved as much as you will receive carried out right here.

    The sketch is attractive, your authored subject matter stylish.
    nonetheless, you command get got an shakiness over that you wish be delivering the
    following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield
    this hike.

    Reply

  8. smart data recovery 4.9 full download says on :

    Good day! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization?
    I’m trying to get my blog to rank for some
    targeted keywords but I’m not seeing very good results.

    If you know of any please share. Appreciate it!

    Reply

  9. use of raspberry ketones says on :

    With havin so much written content do you ever run into any issues of plagorism or copyright violation? My blog has
    a lot of exclusive content I’ve either created myself
    or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the
    internet without my permission. Do you know any solutions to help prevent content from being stolen? I’d certainly appreciate it.

    Reply

  10. ei maksuja pikalaina says on :

    I leave a response when I especially enjoy a article on a website or I have something to contribute to the discussion. It’s caused by the passion communicated in the article I browsed.
    And after this post Mandi Malam Dan Asthma | Dunia Sarah.
    I was actually excited enough to drop a comment 🙂 I actually do have a few questions for you if you do not mind.

    Is it only me or do a few of the comments appear like left by brain dead people?
    😛 And, if you are posting on other social sites, I would like to
    keep up with everything fresh you have to post. Could you make a
    list every one of all your communal sites like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

    Reply

  11. best private jet charter says on :

    Just desire to say your article is as surprising.
    The clearness on your post is simply great and that i could suppose you are an expert on this subject.
    Fine with your permission allow me to grasp your feed to stay updated with approaching post.
    Thank you 1,000,000 and please keep up the rewarding work.

    Reply

  12. "pdf information" says on :

    “more information”

    “[…]w Wow, amazing blog layout! How long have you been blogging for? you make blo sj[…]”

Leave a Reply