Jumaat Itu Indah

Assalamualaikum wbt

Akhirnya Jumaat tiba juga. Sejak semalam lagi saya tak sabar-sabar menanti tibanya hari ini. Pertamanya kerana bagi orang seperti saya, kehidupan yang terikat dengan rutin hospital memang memenatkan. Apabila sampai di rumah, rehat sekejap dan kemudian sudah mula membuka nota. Sebelah senjanya berhenti makan dan malamnya kembali menyepi di meja dengan nota-nota revisi. Di dalam kepala pula akan terfikir-fikir tentang kelas pada keesokan harinya. Kena membuat persiapan ke kelas lagi. Jadi kitaran tu takkan sudah selagi Jumaat belum tiba.

Keduanya kerana secara peribadi, menelaah pada hari cuti tanpa gangguan perasaan bimbangkan kelas pada keesokan harinya adalah lebih berkualiti. Dari semalam saya tak sudah-sudah menyebut tak sabarnya hendak habiskan kelas hari ni. Mana tidaknya. Malam tadi saya mengalami attention deficit disorder (ADD). Kronik juga. Baru baca seperenggan, fokus dan hilang. Mulalah terfikirkan itu ini.  ADD ini adalah satu masalah yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak. Mereka ini hiperaktif, tidak boleh duduk diam dan hanya boleh bertahan menekun dengan sesuatu perkara itu selama beberapa minit saja. Agaknya, saya ni masih ada aura kanak-kanak dalam jiwa kot.

Syukurnya, hari ini kami mendapat pelepasan awal. Macam bulan jatuh ke riba saja rasanya. Balik rumah, perkara pertama yang saya buat ialah minum air yang dibancuh pagi tadi. Disebabkan terkocoh-kacah hendak ke hospital, air yang masih panas dibancuh pagi tadi tidak sempat dihabiskan. Saya masukkan ke dalam peti. Dan sekarang, perut sudah lapar. Tapi saya tak mahu makan yang berat-berat lagi. Diet protein seperti emakkah? Tidak kot. Saya cuma hendak makan nasi petang nanti saja. Selain nasi, saya tak mahu sentuh. Huhu.

Petang ini bolehlah kembali menghadap nota dengan amannya. Tak perlu memikirkan tentang persediaan kelas. Hendak tahu kenapa untuk posting kali ini, bagi saya persediaan kelas itu merumitkan? Kerana setiap kali saya hendak mendapatkan sumber bacaan tambahan di internet, saya terpaksa melihat banyak gambar autopsi dan pelbagai perkara lain yang menyebabkan jantung saya mengalami palpitation.

Dahsyat sungguh kemelut jiwa yang melanda minda sedar dan separuh sedar saya sekarang. Sampaikan malam tadi, ketika melihat rakaman video autopsi, saya menjeling Fareena yang duduk membelakangi saya semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri bahawa masih ada yang berjaga bersama saya di saat itu.

Nota: “Awak cari saya ke?” – “Sepanjang hidup saya, awak.”

14 Responses to “Jumaat Itu Indah”

  1. diya says on :

    walah! kak sarah! diya baru aje bentang pasal ADD tu. hehe. bila KS mentioned, terus recall balik fakta ADD. erk, KS terlebih aktif ke apa? baca ayat seterusnya, baru boleh tangkap. rupanya masalah takleh menekun terlalu lama ye. alahai. kalau gitu, diya pun ada masalah ADD tu. hahaha

    p/s-err… nota tu .. apakah? 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, Diya pun ada kena bentang tajuk2 yang macam ni ye? Untuk subjek apa ye Diya?

    p/s: Nota tu skrip sebuah filem. Dan… dan ada laaaaaa 😛

    Reply

    diya Reply:

    subjek tu takde kena mengena sangat pun ngan ADD tu. diya suka2 hati je tambah fakta baru. hehe. kalau nota tu skrip untuk alam nyata pun apa salahnya. muehehe 😛

    p/s-hahaha. tergelak baca balasan komen KS yang bawah 😀

    Reply

  2. diya says on :

    hari ni dua kali bukak blog terus ada entri terbaru [padahal kat google tak appear lagi]. satu blog menteil, satu lagi blog KS. diya ada kuasa heroes agaknya 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Yeah. Tu dia! Diya pun dah ada magic power. So, Diya pun rare species jugak 😉

    Reply

  3. Amin Ahmad says on :

    peewit! jika sayalah dalam situasi yg bertanya dlm nota tu….

    Reply

    Sarah Reply:

    Amin, kalau awak ada dalam situasi nota tu, maksudnya awak boleh la berlakon filem 😀 Cuba teka tu skrip filem apa. Hehe.

    Reply

  4. Yasir Tamizi says on :

    Walaupun gambar tiada, dah nampak halatuju baru domain baru ni. Ke arah perkongsian ilmu Perubatan dan Agama. Pusat Rawatan Islam. PUSRAWI. Sajak? Ha Ha.

    Reply

    Sarah Reply:

    Gambar tiada sebab kamera tak diusung ke kelas. Malas. Beg berat. PUSRAWI alam maya? Huhu.

    p/s: Aik, ada balik? 🙂

    Reply

  5. riyana says on :

    hai sarah.
    suka bc blog awak.
    first time nk komen kt sini. hihi.
    b4 ni baca2 saja.

    oo br tau sy ni ada prob ADD ni gak la kalo cmni.
    waaa susah la nk study betul2. =(

    –salam kenal =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Riyana. Actually ADD ni untuk kanak-kanak je. Kalau kita yang dah besar panjang ni pulak, sebenarnya masalahnya datang dari kita sendiri yang tak boleh nak fokus sebab ada banyak tarikan lain dari luar. Huhu. Tapi kira boleh layan je la kan 😀

    Salam kenal kembali 🙂

    Reply

    riyana Reply:

    oo untuk bebdk je ke. haha.

    mmg salah sndiri la ni.huhu

    thanx dr sarah.=D

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Saya pun macam tu la jugak. Selalu je tak boleh fokus tu sebab salah sendiri sebenarnya. Otak ni melencong teringat pasal kelas esoknya tu la. Teringat pasal nak keluar beli stok makanan la. Ntah apa2 je la. Huhu.

    Kita kena baca doa. Minta supaya dijauhkan dari gangguan syaitan waktu belajar. Jom baca doa. Saya nak start study ni. 😉

    Reply

  6. syzn says on :

    k.sarah!
    best nya kalo dpt jd mcm k.sarah…blh bersedia utk kls esk nya…
    hu3…
    jeles2…
    apa petuanya??
    😉

    Reply

Leave a Reply