Bila Murtad Menjadi-jadi

Assalamualaikum wbt

Perasan atau tidak, sebenarnya masyarakat kita ini bila diprovok, dihadapkan dengan satu isu besar baru hendak tergadah. Baru hendak peduli keliling. Baru hendak melatah mengucap panjang. Tapi sebelum sesuatu itu terjadi, kita selalu terlupa hendak periksa diri sendiri.

Sebulan dua yang lepas, isu blog Adiba Ahmad yang mempermainkan Islam, mengeji Nabi Muhammad SAW dan menyamakan Islam itu dengan segala kejijikan tiba-tiba menjadi perhatian ramai. Semua panas dan berapi dengan kejian dan hinaan yang dilemparkan oleh si pembawa propaganda.

Sedangkan kalau kita sedar, keadaan mempersendakan Islam itu telah lama wujud dalam masyarakat Islam itu sendiri. Tak lama selepas blog itu ditutup, si pembawa propaganda bodoh itu menulis di tapak baru pula. Masih dengan tema yang sama. Tapi masyarakat sudah tidak sepanas kemunculan blog yang pertama. Adakah sentimen kesedaran itu wujud sacara berkala? Bila dah muak, terus tutup mata saja.

Dan beberapa hari kebelakangan ini, muncul pula blog baru. Kali ini bahasa perantaraannya adalah Bahasa Inggeris. Kali ini penulisannya lebih berani dengan mengutarakan perbandingan yang lebih ilmiah yang kononnya lebih relevan untuk membuktikan Islam itu buruk dan penuh dengan cacat-cela. Saya tak pasti bagaimana media di Malaysia menerima kemunculan blog yang ini pula. Terkejut beruk seperti kemunculan blog pertama dulu atau tidak. Tapi pendekatan blog yang terkini ini lebih merbahaya. Dia membuat perbandingan. Kalau ada yang baca dan tidak kuat aqidahnya, boleh terangguk-angguk percaya. Angguk-angguk sikit-sikit pun dah boleh terpesong aqidah. Bahaya sungguh.

Tambahan pula, bahasanya ialah Inggeris. Segala jenis bangsa pun boleh baca dan memahami. Cuma kali ini dia tidak memberatkan kepada mana-mana agama. Kononnya si pembawa propaganda kali ini mengamalkan pegangan tanpa agama. Siap ada beberapa testimoni daripada beberapa orang Melayu Murtad yang bangga tidak lagi berpegang kepada mana-mana agama. Dalam testimoni tersebut, mereka menjelaskan kejelekan yang mereka lihat wujud dalam Islam yang menyebabkan Islam itu tidak layak sama sekali untuk dipilih sebagai agama yang benar.

Saya tak teragak-agak untuk mengatakan mereka inilah yang bodoh kerana penilaian dibuat secara kasar dan bukannya dengan kajian untuk mengetahui sebab dan hikmah kenapa wujudnya syariah yang sedemikian dalam Islam.

Antaranya, dia mempertikaikan kenapa perlu memakai tudung yang baginya adalah sangat bodoh untuk dilakukan di negara yang panas lembap seperti di Malaysia itu. Katanya, tak bertudung ke, bertudung ke, potensi untuk dirosaki oleh lelaki sama saja. Hey, tak berakal sungguhlah alasan. Lagi, segala yang dipertikaikannya tentang hak suami untuk memukul isteri setelah dinasihati dan berasingan tempat tidur itu adalah sangat jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang ‘banyak cakap dari ilmunya’.

Dengan terang-terang dia menyebut bahawa ‘suami berhak memukul isteri jika isteri tidak membuat seperti yang disuruhnya’. Hey! Dalam erti kata ini, Islam bukan membenarkan suami memukul isteri bilamana dia tidak mahu buat apa saja yang diminta oleh suami. Spesifiknya dalam kes ini ialah apabila isteri membuat kemungkaran. Bukannya bila suami suruh isteri buat sambal belacan, tapi si isteri buat budu, lepas tu suami tegur, si isteri buat lagi, pisah tempat tidur pula dan seterusnya boleh pukul terus. Bukan begitu. Dalam hal ini memukul tak disabitkan dalam kes langsung. Sebab bukan berunsur kemungkaran pun.

Hai lah manusia. Nampak sangat si pembawa propaganda ini tidak berilmu ketika dia masih Islam. Mana tidaknya. Al-Quran pun dibacanya lompat-lompat. Ada pula ibu bapa yang tidak melihat Islam sebagai jalan hidup. Pulak tu, boleh pula dia berbangga sebagai pemegang markah tertinggi dalam Pendidikan Islam sewaktu SPM dan dengan itu dia mengisytiharkan dirinya sebagai ‘seorang yang sangat faham dengan selok-belok Islam’ hanya kerana dia mendapat markah tertinggi dalam subjek tersebut. Hey hey hey. Pelik sungguhlah manusia ni.

Jadi sekarang, nak salahkan si murtad ini saja pun tak berguna. Memang cara hidupnya, didikan yang diterimanya sejak kecil tak menjuruskan dia menjadi seorang pencinta agama sebaliknya pencinta wanita, pencinta jejaka dan pencinta dunia. Jadi siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapanya? Ya. Itu memang. Lagi? Dirinya sendiri kerana terlalu bodoh untuk menilai yang disebaliknya? Pun ya juga. Pandai tu memang pandai dah tapi tak reti untuk berfikir. Lagi? Salahkan sistem pendidikan di Malaysia (Fardhu Ain dan Pendidikan Islam) yang menurutnya tak menggalakkannya untuk tahu lebih tentang benda yang baru? Sejak umur 7 hingga 11 tahun, asyik mengulang benda yang sama. Bosan jadinya. Pun ya juga. Salah masyarakat Muslim itu sendiri kerana tidak memperlihatkan tauladan yang baik? Mungkin ya juga.

Jadi, kesimpulannya, kes-kes murtad yang terjadi sekarang ini adalah salah kita semua. Salah bersama. Bilamana satu pihak dengan yang lain berkerjasama memperlihatkan yang buruk-buruk tentang Islam, baik dari segi tauladan, pendidikan, asuhan di rumah dan pekerti masyarakat Muslim itu sendiri, semuanya bergabung sehingga menampakkan Islam itu buruk. Ilmu tentang Islam pula tidak sampai secara menyeluruh. Hiburan dan ‘kebebasan’ yang dibawakan oleh agama lain lebih menarik hati.

Dalam bidang perubatan, ada satu sindrom ini namanya Robin Hood Phenomenon. Satu salur darah di jantung kecil saiznya kerana tersumbat. Satu lagi salur darah adalah normal. Apabila tersalah memberi ubat (Beta Blocker), saiz salur darah yang tersumbat tadi akan semakin mengecil dan darah tidak dapat melaluinya langsung. Jadi, jalan alternatif bagi darah ialah berpindah untuk melalui salur darah yang sihat tadi. Dalam kes ini, darah dikatakan telah ‘dicuri’ oleh salur darah yang kedua itu. Ini menyebabkan sebahagian tisu jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan sebahagian yang lain mendapat oksigen yang berlebihan. Kenapa digelar sebagai Robin Hood kerana situasi ‘mencuri’ darah itu yang sinonim dalam lagendanya sebagai pencuri senyap-senyap.

Inilah situasinya sekarang. Laluan untuk orang semakin mengenal apa itu Islam sudahlah tersekat, tersumbat dengan segala macam halangan. Wujud pula jalan alternatif untuk manusia semakin mengecap kebahagiaan hidup di dunia. Mestilah ramai yang memilih jalan alternatif itu. Sudahnya, apa yang tinggal pada Islam? Semakin membusuk dan mati.

Jadi bagaimana hendak memperbetulkan keadaan ini? Betulkan diri kita sendiri, cari ilmu, kenali Islam, jadikan diri kita sebagai cermin untuk orang melihat keindahan Islam. Memang susah tapi kita kena cuba. Zaman Nabi dulu, kalau tidak Nabi sendiri yang menjadi contoh terbaik, para sahabat ketika itu pun boleh diharap untuk menjadi cerminan keindahan yang dibawakan oleh Islam. Jadi kita mesti berusaha menjadi seperti itu. Bagi yang berkuasa pula, betulkan sistem pendidikan dan sebaran maklumat. Apa guna ada kuasa tapi tak digunakan untuk membaikpulihkan mana-mana yang kurang.

Sebaliknya, jangan pula kita jadi tukang amuk, berapi membara-bara bila semua ini terjadi sedangkan di sebalik semua ini, kita juga ada sahamnya secara langsung atau tidak. Orang putih kata, let’s get back to the basic.  Kita orang yang tak putih ni pun patut aplikasikan yang sama. Ayuh!

Nota 1: Saya peminat Afgan. Suaranya sangat bagus untuk telinga dan jiwa saya. Ini lagu yang paling saya minati. Mari hayati.

Nota 2: Saya memang minat Afgan! Ah, takde kerja betul saya ni. 😛

41 Responses to “Bila Murtad Menjadi-jadi”

  1. acai says on :

    slm sarah,
    Sy sempat singgah sebentar je ni..mahu sambung kerja malam pula..:P sy dah tengok dan baca sepintas lalu blog orang yang sangat bodoh itu..dan sy dah fwd kan link tu kepada orang2 dan pihak yang uruskan perihal murtad yang sy kenal kat sini..:) memang kekadang benda camtu akibat dari kejahilan diri dan mungkin pengaruh dari kengkawan..tak kisahlah walau umurnya dah tua sekalipun..tapi yang pasti memang Allah dah cabut keyakinan dia terhadap agama Islam, nauzubillah..

    sebab tu kita kena selalu berzikir dan ingat Allah..minta kuatkan iman dan akidah kita supaya tak terpengaruh ngan perkara macam tu..macam awk cakap kita semua memang bertanggung jawab atas perkara sedemikian dalam masyarakat kita..sy memang sangat marah dia hina agama dan nabi kita..sampai nak keluar air mata..tapi sy tetap doakan semoga dia sedar dan kembali semula ke jalan Islam sebelum dia mati sebagai seorang kafir yang kekal selamanya dineraka Allah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Acai. Awak dah panjang2kan ye? Terima kasih Acai atau ikhtiar awak tu. Cuma kalau saya, benci memang benci tapi saya takde la emo2 pergi spam ke, flag ke blog2 tu. Diorang lagi suka bila tengok orang Islam ni emo kan. Moga2 diorang kembali mendapat hidayah yang dah hilang tu.

    Reply

  2. nadinezuharra says on :

    Bila sekali kita melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT,jalur keimanan kita akan terhakis.Lama kelamaan bila iman sudah tiada,syaitan akan meraja di hati.
    Bagi mereka yang sesat ini,hanya jalan yang gelap gelita dan mereka tidak akan nampak lagi cahaya keindahan Islam seperti yang dapat dirasai oleh mereka yang senantiasa berada dalam hidayahNya.Sama-sama kita jauhi perkara seperti ini dan berdoa,berusaha dan bertawakal agar generasi kita di masa hadapan terdidik akhlak dan kecintaannya kpd Islam; satu-satunya agama yang benar.

    p/s:Isi masa kita dengan membaca tafsir Al-Quran(untuk lebih memahami maksud bg ayat-ayat indah itu).Di dalamnya penuh dengan pedoman yang akan memandu kita ke jalan yang lurus dan membahagiakan.Dunia dan jg akhirat.Sesungguhnya,ia begitu lengkap..

    Reply

    Sarah Reply:

    Mereka ni lah contoh orang2 yang tak berfikir dengan segala kebesaran dan petanda yang Allah dah sediakan. Sebaliknya lagi dikufuri pula nikmat akal tu dengan menolak bukti2 kekuasaan Allah dan kesempurnaan Islam tu.

    Reply

  3. MK says on :

    Saya yang jenis tak cukup ilmu ni memang tak berani baca blog-blog macam tu. Nanti nak marah dan nangis gak. Saya tak nak apa-apa hujah kotor dorang mencemari kepala otak saya ni.

    Bila benda macam ni jadi, mulalah kita naik baran. Segala jenis caci-maki keluar. Tapi takat tu je la kita. Hanya mampu mencarut, tapi tak mampu pun nak bidas balik hujah dorang dengan baik, dengan berhikmah. Akhirnya, kita sendiri yang semakin memburukkan nama Islam. Mintak dijauhkan.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak usah baca kalau macam tu Khairul. KS letakkan link untuk siapa yang rasa mahu tahu dan rasa bersedia dengan pertimbangan yang wajar untuk menolak logik yang konon2nya diberikan oleh mereka. Sebenarnya, kalau kita dah tahu, ada ilmu tentang tafsir dan hadis yang diberikan tu, semua yang diorang sebutkan tu punyalah mudah untuk difahami. Tapi diorang tu yang putar belit sampai menampakkan Islam tu yang hodoh dan ada pincang. Selemah-lemah iman Allah suruh kita membenci apa yang terjadi dan doakan jelah mereka ni. 🙂

    Reply

  4. NoktahHitam says on :

    Keadaan saling tak tumpah macam sekolah rendah, di mana budak lain mengutuk ibubapa kita.

    Pada saya, tak perlu la saya membuang keringat untuk perbetulkan orang yg mentalitynya cacat. Biarkan saja mereka. Apa yg saya buat, hanya berdoa tiada orang yang terpedaya dgn tipu helah nya.

    Murtad. Ramai Melayu Muslim yang minum arak, berbotol2 sehari. Pada saya, lebih baik dia murtad dari terus mencemarkan dan merendah2kan hukum Tuhan.

    Di antara silap dan salah kita, adalah hanya untuk mengejar “A” dalam pendidikan Islam. Bila “A” tercapai, segala yang dipelajari ditinggalkan. Oleh itu, “on paper” langsung tak mencerminkan penghayatan. Apa guna dapat “A” (duniawi) kalau sembahyang pon tunggang langgang?

    Reply

    menteil Reply:

    “Murtad. Ramai Melayu Muslim yang minum arak, berbotol2 sehari. Pada saya, lebih baik dia murtad dari terus mencemarkan dan merendah2kan hukum Tuhan.”

    wow! statement yang berani..
    ermm.. aku tak tau la..
    macam nak sokong, tapi….
    taubat nasuha itu lebih baik..

    yang mengejar ‘A” itu aku sokong.. ramai yang aku kenal “A” atas kertas tapi “E” dalam diri..

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Takyah jauh2 sampai ke London ko nak cari, ko pg je disco atau heritage row, mesti ade punye melayu yg tunggang langgang.

    Aku tak kesah kalau pergi disco, nak nari2 atau sekadar hiburan utk melepaskan stress. Tapi kalau dah bukak botol, gulp2 dgn kawan2… mane letak harga diri sebagai seorang muslim?

    Reply

    menteil Reply:

    yup! tak payah masuk.. bau pun boleh masuk dalam kereta bila lalu depan pub..

    kesedaran diri masih rendah.. masih mengganggap hiburan jalan yang paling senang menghilangkan tekanan.. ntahla..

    Reply

    Sarah Reply:

    Nak tengok orang minum dah tak payah pergi disco dah pun. Bukak FB berlambak budak2 ni letak gambar dengan bangganya tengah minum dengan kawan2 sambil lepak tepi jalan. Kalau gambar dalam disco pulak, bukan setakat arak, gambar tak senonoh yang lebih dari tu pun ada.

    Reply

    Sarah Reply:

    Erk. Tak berani nak komen yang tu.

    Reply

    Sarah Reply:

    Apa pendapat awak tentang orang nak spam la, flag la blog2 macam ni? Bagi saya tak guna. Lagi kita emo, lagi la diorang ni suka. Macam blog yang latest ni, dia bukannya enable comment pun. Pengecut. Sebab dia tau ramai orang boleh bidas semula apa dia kata tu.

    Ye. Tu lah silapnya sistem pendidikan kita. Mengajar budak supaya A di atas kertas je. Exam oriented. Tapi dari segi pemahaman dan aplikasinya sangatlah hancur.

    Reply

  5. inah says on :

    good job sarah..well said and given the fact with lack of knowledge among our muslim community now, the situation is worsen..

    ilmu tu di mana2..bagi orang yang mahu berfikir..

    Reply

  6. menteil says on :

    wow! tak sangka agak lama juga blog itu wujud…

    ermm…
    aku sendiri memang takut dengan isu murtad nie..
    kenapa begitu senang mempermainkan agama..
    dulu jugak pernah kecoh yang dapat habuan besar dengan menjadi murtad dan membawa orang lain ke arah murtad..

    mungkin perlu ada satu cara menangani isu nie dengan lebih serius..

    aku mengaku mungkin ilmu agama aku tidaklah sehebat mana..
    tapi aku punya pegangan kuat yang dah diajar mak bapak aku sejak kecil..
    islam itu agamaku!

    Reply

    Sarah Reply:

    Menteil, saya rasa yang latest ni tak sama dengan yang tulis blog Adiba tu. Sebab yang lama tu dia tak terang banyak. Letak gambar dua tiga ketul, kutuk2 sikit, tu je. Tapi yang ni dia kupas hadis dan ayat Quran. Tu yang lebih membahayakan. Saya rasa dia ni didalangi oleh gerakan2 yang beri dia sumber2 ni semua supaya dia dapat buktikan ada kekukarangan dalam Islam.

    Reply

  7. Lee says on :

    semoga kita sama² menjaga iman..

    tiada nikmat yg seindah iman dan islam..

    Allahmu thabbit qulubana fi to’atik..fi dinik..amin..

    p/s : Sarah saya minta izin letak link blog awk dlm blog sy.
    wado’tuhu fi qalbi.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ok. No problem.

    Reply

  8. Lee says on :

    mungkin kite bleh FLAG sahaja blog tersebut,
    ade satu lagi blog, http://adibahahmed.blogspot.com

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak guna pun flag, spam semua ni pada pendapat saya. Diorang memang lagi suka kalau tengok orang Islam emo2. Nasib la yang baru ni dia tak enable comment. Saya rasa dia takut kena serang.

    Reply

    Sarah Reply:

    Link tu pun dah lama dah ada sebenarnya.

    Reply

  9. loque says on :

    mari flag baru die tuhhh!!!!!
    blog die ni berpotensi kene hack la jawab nye…haha

    afgan?
    boleh tahan..
    tapi kalau nak dibandingkan dengan sy…
    sy lagi best ko
    ooopss!

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau reti hack, hack la. Huhu. *Loq kan hebat*

    Aishh. Suara Afgan TERBAEK! Hehek. 😉

    Reply

  10. zool says on :

    Tak semua orang diberikan Iman..
    Tapi nampaknya orang tu nampaknya ingin bermain api…
    Mungkin mereka mencari popularit dengan keadaan sekarang yang kacau..

    Semoga kita tidak terpengaruh dengan mereka.. Tak berani nak baca..

    Reply

  11. cikgu jawe says on :

    salam sarah.

    ada sorang blogger dh cerita isu nih dn beri link dia sekali. pastu aku nasihat dia spy buang link tu dr n3 dia sbb aku tak mahu rakan2 blog dia baca dn terpengaruh. lagi pula byk n3 blog tu salah gunakan quran dn hadis utk hujah palsu mrk. pastu tgk awk pula keluarkan link dia. harap2 kawan2 sarah dpt berfikir dgn iman dn kuat akidah bila baca blog tuh.

    aku dh baca blog tuh dn terasa sgt betapa dangkal dn bodohnya penulis blog sesat tuh. org yg murtad juga beri hujah berdasarkan logik akal aja.

    tapi kalau org yg baca lemah iman, mmg blh tergugat. huhu

    Reply

    Sarah Reply:

    Blog saya ni tak ramai yang baca cikgu dan saya yakin pembaca2 di sini bukan semudah tu je nak terperdaya dengan apa yang dikarutkan kat situ. Melainkan kalau tak baca dulu entri ni sampai habis. Memang saja la tu tempah nahas nak jadi golongan bodoh jugak.

    Reply

  12. chmod says on :

    ingat nak tahan jari jemari saya dari taip comment tapi tak berjaya jua.demi islam terpaksa juga meluahkan apa yang terbuku dalam kepala saya ini…first benda yang boleh dicakap ialah kepada sesiapa sahaja, JANGAN BACA BLOG ITU JIKA RASA IMAM TAK CUKUP KUAT DAN DADA TAK PENUH DENGAN ILMU ISLAM.sebab kalau baca juga mungkin anda berhadapan dengan persoalan dalam diri sendiri..Nauzubillah content dia boleh melemahkan IMAN orang yang tak kuat Imannya…macam tuan punya blog ini bagi tahu perlu ada ilmu agama dalam diri untuk menepis segala tomohan dan hujah2 penulis syaitan itu…

    sebenarnya apa yang boleh cakap disini ialah badan2 berkanun islam dimalaysia tak bertindah agresif terhadap orang2 begini. bukan susah nak track down orang macam ni..sekali dapat ip address dia dah boleh trace dia. ambik tindakkan tegas..kaunseling dan hukum orang macam ni yang sewenang2nya nak rosakkan name baik islam..yang hairan mana perginya MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA, JABATAN AGAMA ISLAM SETIAP NEGERI, MAJLIS FATWA dan seangkatannya?Umat Islam malaysia terlalu bertolak ansur sangat dgn orang macam ni. itu la kelemahan kita. tempoh hari fatwa mengharamkan yoga pun diperbesar2kan oleh segelintir umat islam..siap orang bukan islam pun boleh tak puas hati dgn pengharaman ini..walhal ianya melibatkan umat islam..kalau umat islam itu sendiri berani mempersoalkan tindakkan majlis fatwa mane la bukan islam tak berani nak mempersoalan tentang hal ehwan islam.

    zaman skrg nampak sangat orang islam pandang enteng terhadap isu murtad ini.sekajab je api menentang isu2 murtad ini..last2 senyap begitu sahaja.. tak ada tindakkan followup langsung!!mane la orang tak berani buat balik..nampak sangat melepaskan batuk di tangga sahaja..

    lagi satu ialah penulis blog berkenaan mungkin orang islam dan mungkin juga bukan islam..kita sendiri tak tahu siapa dalang disebalik penulisan itu…seperti yang kita tahu dunia skrg banyak sangat musuh islam..siap bagi duit dan sara hidup untuk menjadi murtad oleh kafir2 laknatullah. apa yang kita boleh buat ialah kita sendiri sebagai umat islam kena selamatkan Agama ISLAM itu sendiri dari diburukkan dan dirosakkan oleh musuh2 islam.tak ada sesiapa yang dapat selamatkan islam melainkan kita sendiri!!

    zaman semakin menjd moden otak makin tak mampu dikawal oleh nafsu dalam diri manusia..anak2 yang akan lahir masa depan mampukah memelihara islam dalam dirinya?adakah imamnya akan kukuh untuk melawan pelbagai nafsu dunia ini? adakah anak2 kita nanti akan menjadi seorang anak yang soleh atau solehah kelak? semua jawapan ada pada diri kita sendiri..

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Tu dia. Komen yang paling bernas setakat ni. Terima kasih atas pendapat dan jalan alternatif yang awak cadangkan. Betul tu. Jangan baca kalau rasa tak bersedia untuk berhadapan dengan bukti2 relevan yang diorang ketengahkan kononnya tu. Tentang detect IP address semua tu, memang senang nak buat tapi apa tindakan yang boleh dibuat lepas tu? Sebab dengan satu IP address, mungkin ada beberapa pengguna dari tempat tu. Ada cara cyber security untuk block ke? Bagi orang awam pulak, kat mana nak tau tentang akta2 yang berkenaan dengan penyalahgunaan internet ni ye? Sebab kalau ramai yang tau, ramai yang boleh laporkan dan bertindak. Tapi sayangnya, yang paling SLOW sekarang ni adalah majlis agama tu sendiri. Nak kata diorang ni tak celik IT, punyalah ramai yang tahu guna internet dan ambil kisah pasal dunia dengan menggunakan internet. Takkan la pasal isu2 macam ni diorang terlepas pandang pulak. Takkan sengaja buat2 tak nampak pulak kan. Kupasan awak tentang isu yoga tu tepat sengat. Yang Islamnya pun ada yang mempersoalankan semula, apatah lagi yang bukan Islamnya. Semoga anak2 masa depan dapat diselamatkan dari segala jenis perosak aqidah ni. Thanks Shamsul.

    Reply

  13. diya says on :

    siang tadi dah tengok sekali imbas entri KS ni. agak berjela dan isu “berat”. tak sempat nak baca. malam baru sempat nak baca entri, sekali dengan komen2 semua.

    dahsyat gile lah blog “syurga islam” tu. especially bila baca kat sidebar – kenapa dia benci islam. memang lagi dahsyat pada blog2 sblm ni. fuh fuh fuh. oksigen2.

    bila keadaan makin dahsyat gini, makin sinis lah pandangan masyarakat pada bloggers. aduhai. tertanya2 sungguh. dulu sangat aman damai bila blogging, takdak benda2 kotor lagu ni. tapi, sekarang … menderu2 segala peluru, bom bagai. tak ubah macam kat palestin versi virtual.

    p/s-suka dengan penerangan KS tentang fenomena Robin Hood walaupun agak weng2 bila ada perkataan darah =P

    p/ss-salute sungguh dengan hujah kak sarah ni =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi memang nampak diorang ni takde modal lain dah kalau nak keji Islam. Mesti nak kaitkan dengan seks dan undang2 Islam yang tak relevan. Entah apa2 je. Kalaulah kan ada orang yang pada mulanya percaya dengan apa yang digembar-gemburkan, tapi lepas beberapa tahun percaya, mesti diorang dah boleh terfikir yang apasal la takde modal lain diorang ni nak kutuk Islam. Benda yang sama je. Tu sebab Allah dah kata dalam surah Ar-Rahman ulang2 kali. Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang tidak kamu syukuri? Tak syukur nikmat akal tu termaksuklah dengan tidak menggunakannya untuk berfikir dan mengagungkan Allah.

    Reply

  14. blowie says on :

    dunia akhir zaman 🙁

    Reply

  15. Yasir Tamizi says on :

    Jangan mula ada rasa masih lega rasa tak terancam bila statistik mengeluarkan data baru 5 orang murtad.

    Walau 1 orang sahaja yang murtad, kita mesti bangkit lagi menegakkan agama kita, jangan jemu!

    Cukup nasihat, masih degil, bunuh orang murtad! Bakar.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hudud tu dah sempurna dah. Tapi pemimpin kita buta dan bodoh menafikan benda ni dari dulu lagi. Dalam Hudud dah terangkan. Orang yang murtad wajib dibunuh setelah kita menyerunya kembali kepada Islam semula. Cukup 3 kali dan dia tetap nak kekal murtad jugak, dia halal untuk kita bunuh. Sebabnya jelas. Orang yang murtad ni membahayakan agama. Dia boleh jadi penyebar propaganda dan menyebabkan lebih ramai yang murtad. Tapi sayangnya, pemimpin negara kita dari dulu lagi buta dengan hikmah ni. Sampai dah menimbun tinggi fail murtad pun, diorang tetap diam. Bagi diorang ni takde apa2. Kebebasan beragama. Projek billion2 lagi penting dari isu ni.

    Reply

  16. kak izzah says on :

    huuuu.. akak pun geram sangat-sangat baca blog tu smua.. Moga Allah turunkan balasan yg setimpal dgn keJAHATan yg diorg lakukan tuu.. ieeeee.. syaitan la’natullah! sabarrr..

    Reply

  17. miji says on :

    Salam..

    Pertama-tamanya maaf kawan-kawan, dan saudara-saudaraku terutama tuan punya blog. Mencelah ni. Panjang agaknya. Ampun ya.

    Sungguh saya rasa isu ini berat. Statistik memang dah banyak menimbun fail-fail murtad. Bukan di negara kita sahaja yang ada isu ini. Ini isu global. Lihat di negara Islam lain, kita dihimpit oleh indonesia, dan Singapura. Contoh terdekat yang melaksanakan hukum kahwin secara berdaftar yang bebas tidak kira berbeza agama. Dan zuriat mereka berhak memilih untuk mengikut acuan mana yang dirasakan bebas dan sesuai dengan kehendak. Ikut agama bapa atau ibu. Itulah cabaran islam di negara kita.

    Cabaran kepimpinan dan kepengikutan, cabaran keilmuan, cabaran penguasaan teknologi, cabaran pengurusan dan ekonomi, cabaran strategik dan pengurusan krisis, dan cabaran menjadi bangsa yang menyumbang bukan hanya menerima.

    Soal kepengikutan, kita masih lagi dalam acuan penjajahan minda kesan tinggalan sejarah. Kita ikut aja, semberono. Gelombang hiburan realiti melanda, kita ikut. Semua orang berebut-rebut nak menjadi selebriti fantasi. Sanggup beratur panjang untuk diuji dan dikritik. Tidak berjaya, “InsyaAllah” tahun depan cuba lagi. Dulu mat motor, sekarang tukar mat rempit. Ada kemajuan untuk bertukar. Pembaharuan. Tapi jenama dan bahan yang sama tetap digunakan. Guna motor juga, bukannya guna kapal terbang. Boleh dikatakan hebat kalau kita rempit kapal terbang. Tapi tercabar juga, dikatakan kita pengganas. Habis semua taliban yang melaksanakan hukum islam yang boleh dikira sepenuhnya, musnah di bom, diceroboh. Itu sejarah, lupakah kita?. Jadi, di mana salah dan silapnya. Kenapa kita amat mudah dikotak-katik dan dikelirukan oleh virus-virus parasit penjajahan minda ini.

    Soal kepimpinan, sistem pentadbiran dan kehakiman kita masih dipacu oleh penjajah. Walaupun kita sudah merdeka lahiriah tapi minda masih dibelenggu. Jangan kita lemparkan pertuduhan kepimpinan kita salah dan “bodoh”. Jangan kita menampakkan saudara kita terlalu hina. Mereka tetap saudara satu agama satu bangsa. Yang sebenarnya, kita lambat memintas laluan ini, Kenapa orang kita, semut di puncak KLCC nampak, gajah di Zoo Negara tidak pernah dilawat. Sudah banyak usaha kerajaan yang dilakukan, ditubuhkan pelbagai institusi agama. Dari sekolah rendah, maktab, IPTA, Institusi pemikir, dan diajar dengan pendidikan islam. Walaupun subjek itu tidak sempurna, dan kekadang orang tidak kisah dapat “A” atau “E”, tapi itu bukan punca utama. Malah di setiap kampung di tetapkan jawatankuasa masjid dan surau, dilantik imam, bilal, pengajar kuliah, pengajar al-quran, tapi siapa yang hadir? kalau bukan yang sudah tua. Ya, sudah tua, yang masanya untuk taubat nasuha. Yang masa muda bergembira. Inilah salah satu penguasaan minda kita. Kita lambat ubah.

    Kita perlu pandang pada sejarah sirah. Selama 10 tahun Nabi S.A.W. berdakwah, meminpin muslim Mekah, dengan cabaran dan halangan. Apa yang ditekankan baginda? Adakah pelaksanaan hukum yang diutamakan? Hudud? Tidak!!. Baginda mengajar tauhid, dan akhlak. Kenapa hukum dan syariat di tuntut pelaksanaan selepas 13 tahun kedatangan Islam, selepas hijrah ke Madinah. Solat di fardhukan setahun sebelum peristiwa hijrah. Kerana pembangunan ummah yang perlu diutamakan. Soal akhlak dan penyucian hati. Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum. Rasulullah S.A.W. sendiri menganjurkan soal ampun dan maaf. Juga soal Tauhid meng-Esa-kan Allah S.W.T. itu satu. Dia berhak menjatuhkan dan menaikkan sesiapa pemimpin di buminya ini untuk kita berfikir. Dengan izin ketentuannya. Jangan kerana kita berdendam dengan kerajaan sekarang kita salah memilih pemimpin.

    Soal penguasaan teknologi dah tak perlu dikatakan. Lihat contoh blog murtad yang kita hebohkan ini, terlalu bebas dan terbuka untuk menyebarkan fitnah dan propaganda tanpa tapisan dan tanpa pertimbangan.

    Itu sebab saya cukup terasa bila isu ini dibincangkan. Sehingga kita sedang mengomen di sini pun, tetap jalan penyelesaian masih kabur.

    Sebenarnya, apa yang nak disampaikan ialah soal menjadi bangsa yang menyumbang, yang membela dan membina bangsa ini. Jangan kita biarkan mereka terus jerumus. Kerenah zaman moden ini, kita perlu menguasai ilmu wahyu dan ilmu sains dan teknologi serta apa saja bentuk ilmu yang menyumbang dalam memperkasa dan mendaulatkan bangsa kita khususnya Muslim. Jangan kita lupa pada sejarah, kita bukan sebuah negara yang pernah runtuh kerana peperangan besar seperti jepun, korea, vietnam, dan jerman. Mereka bangkit dalam masa yang singkat untuk memajukan bangsa, dan negara. Begitu juga pada zaman jahiliah, mereka memerlukan 310 tahun untuk kedatangan islam.

    Akhirnya, sedarlah, kita digoda dan dihasut dari depan dan belakang,kiri dan kanan, tapi kita perlu ingat, kelebihan kita terletak pada bawah dan atas. Pada bumi tempat dipijak ini kita berani untuk bersujud, pada langit kita junjung ini kita berani menadah tangan. Itulah perisai diri kita.

    Mengkritik tidak bererti menentang,
    Menyetujui tidak semestinya menyokong,
    Menegur tidak bermakna membenci,
    Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

    Wassalam. ^^, Maaf kawan-kawan. Itu hanya buah fikir saya ya.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Miji. Banyak point awak ada benarnya tapi awak terlalu teoritikal. Tentang segala cabaran yang awak kupaskan inilah yang saya dah pun nyatakan sebagai kepincangan yang ada dalam dunia sekarang ni. Tapi sekali lagi awak memandang isu ni dari sudut yang terlalu teoritikal tapi bukan praktikal.

    Kenapa saya cakap macam ni? Awak menyeru supaya kita tak menuding jari menyalahkan kerajaan sekarang dan jangan mengatakan mereka ‘bodoh’ kerana sebenarnya mereka dah jalankan atau usahakan pelbagai cara untuk menyampai dan menyebarkan ilmu agama tu kepada semua. Tapi hakikatnya itulah mereka. Kenapa saya bertegas mengatakan ini? Sebab kalau pada masa yang sama yang awak nyatakan di atas sebagai cabaran hiburan realiti pun berterusan dan semakin menjadi-jadi malah tanpa batasan pula sekarang ni, adakah ini dikatakan cerdik? Cuba awak kaji semula Robin Hood Phenomenon yang saya huraikan di atas. Inilah kesannya. Kalau pada masa yang sama, ada benda yang menggembirakan, berhibur-berhibur dan penuh keseronokan manakala yang satu lagi ialah ceramah yang sangat ‘tipikal’ dan tidak dihuraikan melalui pendekatan yang lebih menarik untuk anak muda, yang mana akan lebih menjadi tarikan? Lebih mendapat perhatian? Ini bukan teori. Ini realiti. Bukan setakat anak muda, malah mak bapak tok nenek pun suka untuk melihat hiburan-hiburan yang disediakan secara luas dan terbuka ini. Ini baru praktikal. Yang realiti. Jadi, salah satunya ialah salah kerajaan itu sendiri.

    Saya tahu point utama awak ialah jangan kita salahkan si murtad semata-mata. Sekali lagi, macam yang saya dah terangkan dalam entri, saya (dan ramai lagi yang lain) memang tak menyalahkan si murtad saja kenapa mereka jadi begitu. Ini memang salah bersama. Semuanya saya dah nyatakan. Tapi memang mereka juga bersalah. Yang paling bersalah. Kerana tak pernah nak ambil inisiatif untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama sedangkan peluang tu dah ada tapi sejak awal lagi mereka dah mula berasa jelik dengan Islam tu sendiri. Sebabnya mungkin ada banyak tapi persekitaran keluargalah faktor yang paling utama.

    Awak ambil contoh zaman Rasulullah. Nah! Terbukti awak membawakan teori tapi praktikalnya di mana? Awak sendiri sebutkan Rasulullah di peringkat awal dakwahnya tak menekankan hudud semua tu. Memanglah. Malah hudud secara jelasnya belum ada lagi waktu tu. Hukum belum sempurna lagi ketika di Makkah. Mana nak ada hudud. Dan memang betul Rasulullah menekankan konsep pengukuhan aqidah sebagai tiang untuk mendapatkan keimanan yang kuat kepada Allah. Tapi praktikalnya dalam kehidupan kita sekarang? Di mana? Saya faham apa yang awak nak maksudkan di sini ialah, jangan tekankan soal hukum semua tu. Didik masyarakat dengan pemahaman agama dulu. Bagi mereka faham dengan sebaik-baiknya. Biar aqidah mereka jelas dan kuat mengesakan Allah saja. Teorinya memang kita boleh kata begitu. Praktikalnya, kalau pada masa yang sama berjuta informasi berbentuk hiburan dan keseronokan wujud di sekeliling kita (baca: rujuk Robin Hood Phenomenon sekali lagi), takkanlah tiada sebarang garis panduan hukum dilaksanakan untuk mengawal keadaan? Jadi praktikalnya dalam dunia sekarang ni ialah, didik dan kawal dengan serentak. Didik dengan sistem penyebaran ilmu yang lebih berkesan (bukan macam yang ada sekarang yang berbentuk exam oriented, sekadar untuk menduduki peperiksaan tapi bukannya untuk pengamatan dan digunapakai seumur hidup). Dan kawal dengan penyeliaan hiburan yang ketat dan hukuman yang WAJAR yang boleh menyerikkan orang untuk berbuar maksiat. Saya tekankan sekali lagi tentang hudud (saya tak kiralah orang nak kata apa tapi saya sangat percaya hudud tu hukum Allah yang tak terkata sempurnanya). Kalau hukuman dunia, setakat berzina atas dasar suka sama suka, langsung tiada apa2 tindakan. Paling habis, jika ada yang berani laporkannya kerana ‘terasa’ seperti dirogol, barulah ada perbicaraan akan dilakukan. Penjara. Sebat. Kalau hudud, lain sekali pengajaran yang dibawakannya. Orang serik nak buat. Jadi benda tu takkan berleluasa.

    Bila hiburan dan segala teori cabaran yang awak sebutkan ni tak dibetulkan dari akar umbinya, bermula dari sistem pendidikan dan institusi keluarga itu sendiri, isu ni takkan ke mana. Jadi sekali lagi saya tekankan di sini, saya dengan jelas dalam kepasan saya dalam entri mahupun di sini bukan menuding jari menyalah si murtad semata-mata. Sebaliknya saya meletakkan kesalahan tu di bahu semua pihak termasuk diri kita sendiri. Saya dah pun nyatakan hal ini. Sebab kalau kesalahan tu tak berbentuk berjemaah macam ni, kepincangan tu takkan terkumpul banyak sehingga jadi macam ni.

    Kadang kala kita kena berkeras berani melawan arus. Jangan berdiri atas teori yang ada saja. Membenarkan saja kepimpinan yang ada sedangkan hakikat adalah yang di sebaliknya. Tu sebab saya kata KITA SEMUA, tak kiralah pemimpin atau masyarakat Muslim (tak kira bangsa) ini kena kembali kepada fitrah (back to basic). Fitrah kita ialah memerlukan Tuhan untuk dipercayai. Jadi, usahakanlah supaya konsep mempercayai Tuhan yang Esa tu dititikberatkan dan penyebaran ilmu tu dibuat dengan lebih berkesan. Bukan setakat ceramah agama yang ‘tipikal’ yang menyebabkan hanya pakcik makcik yang nak bertaubat nasuha tu saja yang hadir tetapi luaskan skopnya supaya golongan muda pun berminat untuk turut serta.

    Ini pendapat dan prinsip saya untuk hal ini.

    Allah Ta’ala a’lam.

    Reply

    miji Reply:

    hihi..

    Sarah, kamu menyerang sy nih..hehek
    ahha..itulah teori yg byk ada dlm anak muda kita sekrg.. itu hasil sy dan member2 berbual tuh..

    sy nak sampaikan praktikalnya 2 perenggan akhir..hihi..^^,

    Reply

  18. Lee says on :

    Salamullah ‘alaik

    Apapun, hrpn sy agar kita sama² mendoakan yg terbaik drpd mana² pihak agar Islam lebih terpelihara.

    Saya hny risau ada yg akan emosi nnti ketika membicarakan isu ini..x mengapalah, kita berhujah secara ilmiah ye tak? 🙂

    Bagi saya, diri masing² adalah punca utama. Kenalilah diri kita terlebih dahulu, insya-Allah, kita akan kenaliNya..kerana kita diciptakanNya utk tujuan beribadah.

    Apapun, semoga usaha kita berblog ini dipandang sebagai satu usaha utk menyedarkan mrk yg x sedar..maksud saya, siapa sajalah, pemimpin ke, org bwhn ke.

    Semoga usaha kecil kita ini diredhai Allah.

    Soal hudud, Wallahua’lam. Islam ini terbahagi kpd bbrp bahagian ‘uqubah (hukuman) di dalm aljinayah (jenayah). iaitu, hudud, qisas dan ta’zir.

    Jadi, bagi saya mmg hudud yg terbaik. Cuma buat masa ini, sebagai seorang Muslim, kita cubalah yg terbaik dan yg termampu utk agama suci ini.

    Allah berfirman di dlm Surah Al-Baqarah, ayat 120 :

    Bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

    Renung²kanlah. Allahu Akbar.

    Teruskan usahamu Dr Sarah.

    Teruskan usaha kita, kawan².

    Moga Islam dijunjung, bukan dipijak.

    Maaf jika ada yg terasa. Wallahua’lam.

    Reply

  19. miji says on :

    Hihi..

    Maaf ye, cik sarah, Lee, Menteil, Noktahhitam, YasirTarmizi, diya, chmod, cikgu jawe, zool, loque, acai, Mk, nadienzuharra dan kawan-kawan.. inilah harapan saya, huhu. Kita bukan hanya menjadi orang yg boleh mengkritik tapi boleh bagi idea yang bernas untuk melerai kekusutan dan kepincangan yg ada sekarang.

    jangan anda menurut saja komen sy dengan emosi negatif dan meletakkan saya sbg pesimis. hihi, sekarang cuba anda fahami komen sy secara reverse psikologi.

    sy dah tegaskan pd ungkapan last. sy kritik bkn erti menentang. sy sokong bkn erti setuju. sy tegur bkn erti benci. spy kita sama berfikir.

    Perenggan terakhir:
    Sila rujuk Al-A’raf ayat 16-17 dan tafsir ibnu katsir. Iblis telah berjanji akan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus. Dengan 4 cara(selari dengan penjelasan al-baqarah ayat 120).

    1) Mereka(iblis dan sekutunya) akan datang dari depan (Min Baini Aidihim); membuat manusia ragu dengan masalah akhirat.

    2) Mereka akan datang dari belakang (Wa Min Kholfihim); membuat manusia cinta kepada dunia.

    3) Mereka akan datang dari kanan (Wa ‘An Aimanihim); membuat manusia tidak jelas dan keliru akan urusan-urusan agama.

    4) Mereka akan datang dari kiri(Wa ‘An Syama’ilihim): membuat manusia tertarik dan senang akan kemaksiatan.

    Ke-empat cara di atas sy dah jelaskan dlm perenggan 2-7. Huhu. Setiap perenggan tersebut akhirkan dgn persoalan. Yg akhir Itu isi sy sebenarnya.

    Dan sy amat menyokong dua perenggan terakhir entri Cik Sarah. Dan sy tegaskan apa yg ingin disampaikan pada 2 perenggan terakhir komen sy di atas. Haha

    Pokoknya tuntut ilmu. Kita ubah sistem pendidikan, ubah sukatan, pupuk pelajar-pelajar cintakan sekolah dan rasa rugi untuk meninggalkan alam pendidikan, beri pendidikan percuma dari rendah sampai universiti, tidak kira pencapaian akademiknya cemerlang atau tidak. Laluan itu kita tetapkan dengan umur bawah 21 wajib berada di alam pendidikan. Jangan beri peluang mereka bekerja atau memilih untuk tidak belajar. Pemerintah yang tetapkan.

    Untuk itu, sistem pemerintahan acuan penjajah, hapuskan. Kembalikan sistem pemerintahan sultan-mufti. Seperti hadirnya tokoh agama dahulu yg jadi tunggak kemakmuran, seperti hadirnya Sheikh abdul malik, Sheikh Daud bin Abdullah Al Fathani, Sheikh Ahmad Al Fathani, Sheikh Tokku Paloh, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Kenali dan ramai lagi. Tinggikan ulama. Mereka inilah wazir kepada pemerintah. Jangan kita keliru dengan sejarah yg ditulis penjajah mengatakan mereka ini pejuang bangsa semata.

    Dan akhirnya, mulakan dengan diri kita. Bina perisai diri. Sama-sama cari, ambil dan amalkan ilmu yang hikmah. Kata Fakhru-razy dalam tafsirnya(kepada ayat Al-A’raf 16-17) “Diriwayatkan bahwa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia bisa melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahwa bagi manusia masih tersisa dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka”.

    Sekian. Sarah, takut dah sy nak tinggal komen. Haa.

    Reply

    Sarah Reply:

    Point yang di sini lebih jelas. Pendekkan cerita kita. Jangan berdiri atas paksi teori semata-mata. Buktikan. Praktikan. Itu perubahan yang patut diambil untuk atasi masalah besar ini. Ini bukan masalah kita di Malaysia saja. Ini masalah umat Islam satu dunia. Ubah segala sistem yang melemahkan kita. Kemas kinikan semula sistem pendidikan supaya pendidikan diterima secara luas, tempoh yang lama serta berterusan dan diwajibkan untuk menuntut ilmu tu. Dn pada masa yang sama dikawal selia dengan adanya perundangan yang mantap.

    Awak terlalu offensif ni Miji. Takde siapa pun di sini yang melihat awak sebagai pesimis.

    Wallahu a’lam/

    p/s: Saya suka perbincangan yang membina begini.

    Reply

    miji Reply:

    haa..

    kalau dlm ilmu pertahankan diri.. kite serang sblm sempat org serang..hehe..

    inilah praktikal yg cikgu saya terangkan..bukan sy tahu..hihi.. sy ni masih lagi berguru.. huhu.. nak mencari ilmu mengenal diri..

    kata cikgu sy.. falsafah Bismillahirrahmanirrahim.

    Dengan Nama Allah, Kita mencari rahmat sayang dan menumpang teduh kasih orang-orang berilmu, agar boleh dikutip dan dipungut ilmu yang hikmah itu..
    Salah seorangnya kamu la Sarah..Haa..

    Teruskan put in writing entri2 yg bagus dan bijak untuk kami memikirnya..
    hihi.. cheers up..

    Reply

Leave a Reply