Mickey Dalam Kenangan
Assalamualaikum wbt
Mickey mati petang tadi. Saya memang terkilan sebab saya yang menjaganya selama dua bulan ini. Puas saya menelefon emak mendapatkan pendapatnya kerana emak lebih arif tentang haiwan berbanding saya. Saya juga menelefon zoomagazin (pet shop) yang berdekatan untuk mendapatkan pandangan daripada veterinar yang bertugas. Tapi akhirnya Mickey pergi juga.
Macam tak seronok pula memulakan entri awal-awal ni dengan cerita penuh melankolik sebegini. Tapi tak mengapalah. Saya mahu kenangan memelihara Mickey terpahat dalam sejarah hidup di sini.
Sebenarnya, inilah kali pertama saya boleh bertoleransi dengan baik bersama haiwan berbulu. 😉 Saya ni bukan boleh sangat dengan kucing, hamster segala jenis ni. Saya geli kepanasan badan mereka yang suam-suam tu. Ditambah pula dengan getaran nafas dan bulu pada haiwan ni, buat saya rasa nak terajang ke tepi pun iya. Tapi, sejak menjaga Mickey dan Stewart bagi pihak Emy dan Daus, saya memang sudah tidak kisah tentang hal ini.
Dulu ayah ada membela arnab dalam kuantiti yang agak banyak. Bukan agak. Tapi memang banyak! Puyuh ada, ayam daging pun ada. Saya ingat-ingat lupa sama ada kambing ada juga ke tak. Tapi dengan arnab saya tak kisah. Walaupun badannya berbulu, tapi kecomelan dan kegebuannya memang menambat hati. Ewah! 😀
Ada sekali tu, kami dalam perjalanan balik ke Penang. Kami singgah di Genting Sempah. Waktu itu tengah malam. Memang kecil-kecil dulu ayah suka memandu di waktu malam untuk balik ke kampung. Kami singgah di sebuah restauran di situ. Ayah bertanyakan kami bertiga (Kaklong, saya dan Nan) apa yang kami mahu makan. Disebabkan Kaklong sudah mula menempah burger, saya pun menurut juga. Kaklong menyebut burger daging, saya menyebut burger ayam dan kami memandang Nan. Mukanya sangatlah naif ketika itu. Saya rasa umurnya baru 4 atau 5 tahun. Tanpa ragu-ragu dia menyebut tempahannya: Burger rabbit ada?
Habis satu restauran tergelak. Masya Allah. Inilah gara-gara sudah terbiasa dengan arnab dan puyuh. Sampaikan bila ke restauran pun ada hati nak makan arnab. Sesungguhnya kalau sayalah, saya takkan sanggup untuk makan kerana akan terbayang-bayang sinaran mata arnab yang terpancar ke-innocent-nannya. Sekian. 😀
Nota: Pencerobohan adalah dilarang.
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 9:59 pm
Haah. Betul tu. Bezanya bersedia atau tak je.
Reply
sebab tu sy tak suka bela binatang yang terlalu rapat ngan sy..nnti rasa sedih macam kehilangan kawan je..sy boleh makan arnab begitu saja sarah tau,hahahah..tak kisahlah dia buat muka comel ke tak sebab rasa daging dia lagi sedap,hahahahhaa
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:01 pm
Tapi dulu kan, saya melantak arnab panggang tu dengan slumber je. Cuma bila dah belajar erti menyayangi, tu yang buat saya rasa kesian nak makan. Ewah. Hahaha. Saya teringat betapa sedihnya awak bila lembu awak mati dulu 🙁
Reply
silap… nan tanya berger KAMBING ada? then semua gelak
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2009 at 10:02 pm
Eh, kambing ke? Tak la. Rabbit. Sebab tu semua gelak tau. Sebab benda yang ridiculous. Hahaha.
Reply