Kisah Hari Satu Sembilan Satu

Assalamualaikum wbt

Saya: Hello, assalamualaikum.
Emak: Wa’alaikumussalam. Ngah, happy birthday.
Saya: Eh, emak. Thank you, mak. Alamak mak! Dah pukul 7.30 dah! Ngah baru bangun je ni. Ya Allah, mak. Ngah dah lambat sangat ni nak ke hospital.

Apa punya nasiblah saya hari ini. Pukul 7.30 baru terjaga dari tidur. Itupun nasib baik emak menelefon. Tapi tujuan emak adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir. Bergegas saya bangun urus diri, solat Subuh, menggosok labcoat dan scrub (letih sangat malam tadi sehingga malas hendak menggosok awal-awal), beri ikan makan dan berlari ke stesyen metro.

Keluar saja dari stesyen metro, salji sedang turun dengan lebatnya. Bila salji turun, kita susah hendak berjalan. Hendak buka mata pun terhad. Tapi hari ini saya berlari. Hebat tak hebatnya saya hari ini, saya berlari tak jatuh pun tau. Sampai di cloakroom, salin scrub dan terus menuju ke tingkat 10. Saya lihat jam sudah pukul 9.10 pagi. Terlewat 10 minit dah ni. Tiba-tiba doktor saya kelihatan sedang berjalan di luar bilik kami. Saya mengucapkan selamat pagi dan meminta maaf kerana terlewat. Dia senyum saja. Wah. Saya bernasib baik nampaknya!

Di hospital pun seronok juga hari ni. Kami ke OT dah melihat Vaginal Hysterectomy. Satu prosedur membuang uterus (rahim) melalui faraj (dan bukannya melalui major operation di bahagian abdomen [Abdominal Hysterectomy]). Saya dan Farah berdiri bersebelahan dengan Assistant Doctor kami. Dia sedang menyambung dalam bidang ini. Dia banyak menerangkan tentang prosedur ini kepada kami. Tapi sudahnya kesimpulan saya dah Farah hanya satu: Ya Rabbi, sakitnya. Huhuhu. Kami sebenarnya membayangkan keadaan pesakit itu selepas selesai nanti (post-operative period).

Ok. Cukup dulu. Saya hendak studi. Terima kasih semua atas ucapan yang diberikan. Saya telah mendapat hadiah yang paling istimewa daripada adik saya, Adnan. Yang paling tidak akan saya lupa ialah entri khas daripada Wanie dan video yang disediakannya untuk saya. Lejut saya menangis. Perit-perit tekak tahan air mata. Terima kasih Wanie. KS sayang kamu!

Nota 1: Balik rumah tadi, eletrik tiada. Saya berlari melihat The Harolds. Ketiga-tiganya mati kerana bekalan oksigen mereka terputus. Entah dari pukul berapa eletrik tiada. Sedihnya saya!
Nota 2: Ya ampun. Muka budak-budak sungguh saya dalam video tu. Tapi kesemua lagu yang Wanie gunakan adalah lagu kesukaan saya. Menangis lagi tadi waktu menonton video tu.
Nota 3: Terima kasih Auyun, Faiz, Aizat, Glid, Asrul, Mubin, Nazlin dan Iku!
Nota 4: Penat ni. Baru sampai dari airport.

28 Responses to “Kisah Hari Satu Sembilan Satu”

  1. menteil says on :

    hehe… sampai bangun lambat ek..

    wah! siap ada bagi video tu..
    aku pon nak terharu gak la.. hehe..

  2. fathiyyah says on :

    haah..KS dah 24! hihiiiii

  3. feeza.yusoff says on :

    besnye video tu
    ^^

  4. KA says on :

    ala harolds dah mati ke?
    kesian nya kat diorg dah ks…
    mmg x sempat selamat kan ke??
    sedihnya dengar…
    jangan sedey2 taw

  5. Dr Amad says on :

    Umur 24,kuat menangis dan skrg asik telat ke Hospital…3 hal yang signifikan…lalala( sambil berlari mengelilingi ungun api)

  6. Ainul Arina Madhiah says on :

    pagi yang tachycardia sungguh~

    jangan sedih2 dah ks harold takde.. Stewart dan mickey masih maintain kat situ kan. Nanti gi beli harold baru yer.. ^_^

    adik ks kasi apa ks? cam spesel je.. hehe.. itukah wardahnye?

  7. Anonymous says on :

    Salam Dr Sarah. Need your opinion as a future medical oficer. Flu keep on attacking me frequently. I did took supplement such as Vit C every day, but still seems I dont have enough antibody to fight the flu. Any suggestion? Anyway, happy birthday to U. TQ.

  8. chi am says on :

    sarah, hepi betul layan video ni. terharu gak kawan2 buatkan.

    *gambar dengan Ronaldo tu memang cute hyeuhyeuhyeu

  9. Muadz says on :

    Very happy birthday!!

    Please accept my best and sincere wishes. I pray God to give you much health, prosperity, success, happiness, peace … and that you will be accompanied every time by people who love you…

  10. kimot says on :

    siap ade video..terharunya..

  11. Nadia Yuna says on :

    kalaulah saya jugak boleh buat untuk awak satu =/

    ** Tadi saya dan kaunselor pembimbing berbincang tentang kerjaya doktor.terus saya ingat kat awak tau! =p

  12. Nadia Yuna says on :

    oh. lupe nak cakap. video best! lagu best! huhu.

    teringat zaman kat Uni,

    dok melayan FULL HOUSE ari2

    kem salam pada cik waniey ye

    =)

  13. AzahYgComel says on :

    Salam Sarah,

    Happy Belated Birthday. Semalam nak wish, tapi tak sempat 😀

  14. Aya Yus says on :

    Salam Sarah,

    Nak ambik peluang jugk ni, nak wish ‘Happy Belated Birthday’.. Bz dgn IQA Training semlm sampaikn tk sempt blogging..

    Semoga bahagia sentiasa mengiringi hidup Sarah!

  15. nawwar murni says on :

    aslmkm…
    alamak, sarah, kak nawwar terlambat nk wish , he2…
    hepi belated besday la yea..waktu malaysia tau…
    ha3…
    wish u all da best…

  16. diya says on :

    huhu. tengah bayang prosuder membuang uterus itu. adeh deh. rasa nak pitam =p [diya mabuk darah sebenarnya, hahaha].

    seronok tgk video tu. dan ada baca entri waniey. memang waniey nampak seakan2 kak sarah [owh, melalui penulisan definitely]. =)

  17. haritzer says on :

    Tikus tu mati kesiannya, tak melalak ke tuan punya. Video ni penuh dengan perasaan hiba, ni nak nangis ni huwaaaaa..!!!!

  18. Mohd Hazreen Rashid says on :

    Happy Birthday KS! Smoga panjang umor, murah rezeki dan ditemukan jodoh dengan lelaki yang sepadan…

    saya doa betul2 kat KS nie…. 🙂

  19. sinar_islami says on :

    sha Jalan2..sigh>>
    tak sabarnya nak g hospital cam akak..hehe tapi takutnyer kalau lmbt..haha..sekali sekala gurau dari jauh..

    sbnrnya tgh exm mid term~doakn yer~huhu smpt lak round2 blog ni~

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Menteil:
    Walaupun lambat, tapi Alhamdulillah kat sini malam tu panjang. Jadi tak terlepas Subuh lagi =D

    Thia:
    Haah! Dah 24 =D

    Feeza:
    KS nangis tengok :'(

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    Haah mati. Yela kan. Ikan kalau takde oksigen memang mati la kan. KS kat hospital lagi waktu tu. Balik2 je dah mati. Tak sempat KS nak buat apa2 🙁

    Fahmi:
    24 tu betul. Kuat menangis untuk pujuk diri sendiri adakah memalukan? asyik terlewat ke hospital adalah salah. Lalalala~ =p

    Ainul:
    Tu la. Stewart dengan Mickey ada lagi =D Apa adik KS kasi? Bukan tu wardahnya =p Auww. I malu la =p

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anonymous:
    Thanks for the birthday wish. Vit C is not antibiotic. Therefore get a correct prescribed antibiotic for yourself. Maybe u don’t have common flu but what worse is sinusitis.

    Am:
    Saya comel atau Ronaldo yang comel? Hahaha. Alamak. Saya dah lama tak jenguk blog awak ni Am. Ampun. Saya akan luangkan masa since I am officially on holiday!

    Muadz:
    Thank you very much Muadz =)

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kima:
    Terharu kan?

    Nadia:
    Oh. Dapat mesej panjang lebar daripada awak pun dah cukup dah Nadia. Hehe. Haah kan. Zaman cerita Full House tengah hangat. Tahun 2005/2006 kalau tak silap. Wah, Muda-mudi lagi kita waktu tu. Hehek =p

    Azah:
    Muaah! Thanks Azah =)

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Su:
    Ooo. Akak tengah busy ye sekarang ni? Terima kasih banyak2 Kak =)

    Kak Nawwar:
    Hehe. Thanks Kak Nawwar. Cepat-cepat la kawin. Saya nak makan nasik minyak! Huhu. Takde kaitan sungguh =p

    Diya:
    KS kesian bila patient tu dah sedar nanti. Bila kesan analgesic dah habis. Wow. Sakit sungguh. Tak terbayangkan. Wanie tu jauh lebih special daripada yang kamu nanti. Nanti 1 hari kamu akan tau apa maksud KS ni 😉

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Haritz:
    Harolds tu bukan tikus la. Tu ikan-ikan yang 3 ekor tu. Hamster tu namanya Stewart dan Mickey =D

    Hazreen:
    Terima kasih. Sungguh, KS rasa terharu. Doa tu jentik hati KS berulang kali tengah2 malam sorang2 diri n.

    Sharifah:
    Memang takut kalau lambat bagi orang2 yang tak reti datang lambat =D Hehe. Jadi jangan cuba retikan diri datang lambat nanti. Hehe. Gurau2 jugak dari jauh 😉 All the best in all madahs!

  26. hayyi says on :

    Salam Sarah.

    Happy Belated birthday. Semoga Panjang umur dan murah rezeki.

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hayyi:
    Terima kasih banyak-banyak Hayyi!

  28. Wan Nurul Adila says on :

    Salam KS~

    Huhu, terlewat sudah! Rasanya dah tahu tapi biasalah, terlupa. Tadi baca buku Bahasa Bumi tu, baru sedar birthday KS. Padahal, birthday KS ni sama ngan best friend and best junior dla kat skolah dulu.

    Apa pun, Happy birthday KS!

    Barakallahufiq.

    Thanks for everything.

    Take care!

Leave a Reply