Hidup

Assalamualaikum wbt

Pagi ke hospital macam biasa. Pernah rasa malas nak ke kelas? Pagi tadi saya sangat malas. Sebab kepala terlalu pening. Petang ada janji dengan kawan di Center. Balik dari hospital terus ke Center. Dalam perjalanan baru sedar duit dalam tangan sudah sangat sedikit. Telefon ayah. Meminta simpati. Tak sampai 15 minit, ayah mesej. Duit sudah masuk. Terima kasih ayah.

Sampai di Center, kawan masih belum sampai. Kepala terlalu pening. Turun ke food court mencari kopi. Terduduk kepeningan. Makan ubat. Kawan sampai. Terus menuju ke Yiponskaya Kuhnia. Sampai di sana, seorang pelayan datang ke meja kami. Dia tenung saya, saya tenung dia. Dia cam saya sebenarnya. Isnin lepas pun saya ke sana.

Borak-borak. Makan-makan. Solat. Bincang-bincang. Fikir-fikir. Makan-makan. Solat. Rancang-rancang. Kami pun balik.

Minggu ini kerap pula telefon digunakan dan berbunyi. Semua orang penting dalam hidup: Faaiqah, Sarah Fazalul, Salman, Akak, Yasir, Acai, Nadia dan Kak Inah. Gembira. Mereka semua memang penyeri kehidupan. Cuma untuk Nadia dan Kak Inah, tak sempat nak dihubungi semula. Tunggu dah top up ya.

Nota 1: Selamat hari lahir buat Siti Sarah Fazalul Rahiman (16 Januari) dan Tok Halimah (17 Januari). Semoga Sarah dan Tok panjang umur insya Allah.
Nota 2: Pening kepala menjadi-jadi kerana kesan sampingan ubat.
Nota 3: Entri tak bermakna, kan? Komen untuk 2 entri lepas akan dibalas kemudian jika berkesempatan. Pening lagi ni. Tapi saya masih hidup.

11 Responses to “Hidup”

  1. minang says on :

    petua org2 kampung yg sy dgr..cuba mkn internal organ haiwan e.g lembu ke. katany blh tlg utk org2 anemia ni sbb bnd2 tu stimulate pghasilan darah. cepat2 smbuh ek.xperlu mkn ubat lagi.no more pening2:)

    p/s liver lembu kt rinak tu nmpak fresh jer. blh lah try skit2.hehe.

    Reply

  2. kak mas says on :

    Salam dik sarah,
    kesian kak dengar sarah sakit. banyak berehat ya..jgn terlalu byk sgt fikir yg bukan-bukan.
    jaga kesihatan,

    Reply

  3. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks

    jangan stress sgt.. seems like you always not in the right mood lately. rileks2 sket.. tenangkan fikiran, kasi cukup rehat n jangan terlampau put pressure on your self. go and have something that can make smile n happy..*alamak, cam makcik plak mbebel..*

    pendek kata, allahu yusahil alaik wa syafakillah..

    menurut buku microb, masalah umpama opporturnistic microb. It's good but sometimes can give you a disease if it is not in the right place.. Always take a good care of your life and make them your friend, not your enemy.—> dr budak berjiwa microb~

    Reply

  4. Inah says on :

    sarah dearie..jgn stress terlampau ok!!

    akak pun stress jugek ni..lalalalala

    Reply

  5. chi am says on :

    macam dekat je rusia ngan ozi kan? calling2 ngan inah ye hihi..

    Reply

  6. sakura says on :

    ks..
    salamnya sudah selamat sampai kepada penerimanya.
    hehe. 🙂
    and, the twin kirim salam smula. =)
    may Allah bless u, she said.

    akak..
    take care ya..
    be strong, k.. 😉

    Reply

  7. sarahfazalul says on :

    sarah wishes syafaakillah to sarah.
    take good care of your health.
    get well soon

    nah, sending you a rose to polinate your day –> @>-;—-

    (^^,)

    Reply

  8. Lee says on :

    sekali lagi didoakan cik siti sarah cepat sihat dan senyum semula..

    smile always.. 😉

    Reply

  9. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    akak doakan cepat sembuh…jaga kesihatan diri…dan ceria-ceria selalu yer…Semoga semuanya baik-baik buat Sarah..jangan susah hati sangat2…riso plak akak…hidup baik-baik tau..

    Reply

  10. Nisa dearie says on :

    salam cousin…
    rendahnya Hb awak…ke memang selalunya cenggitu? usaha naikkan lagi ye…
    sekarang family medicine, selalu jumpa orang yg tak compliant with their medications…Sya pun mesti tergolong dlm kumpulan non-compliant nih…huhu, tapi awak kene rajin makan ubat~

    miss you, gud luck! counting the days to call you Doc!

    Reply

  11. Acai says on :

    Patut tersedak sy makan aritu, rupanya ada orang cakap pasal sy,hehe..sy ada kat ofis ni sarah..pasang CCTV,huhu..dapat jengok awk sat je sebab keje tak siap lagi ni..nak pastikan awk sihat..tengok tak sihat gak,hehe..

    Jgn lupe makan ubat tau..tarik telinga kalau malas makan,hehe..nanti lambat plak baiknya..sy nak panjat syiling lagi ni 🙂

    Reply

Leave a Reply