Kalau
“KS, kalaulah tiba-tiba hal tu jadi macam ni, KS nak buat apa?”
“Kalau KS, dah lama KS serah pada yang lebih berhak. Kalau kamu pulak?”
“Kalau apa?”
“Kalau apa yang kamu tanya KS tadi jadi pada kamu pulak, kamu buat apa?”
“Ish, tak kot.”
“Mana aci. Tadi pada KS, KS jawab je soalan tu. Kalau je pun kan.”
“Macam mana tadi soalannya?”
“Aishh. Kalau hal tu jadi pada kamu, kamu nak buat apa?”
“Erm. Entah. Wanie tak tahulah.”
“Tapi tadi dah nyata-nyata soalan kamu pada KS begitu bunyinya. Kalau dah jawapan kamu macam tu, KS pun dah fahamkan jawapannya hanya sama ratakan saja dengan jawapan KS tadi, kan. Kira macam pulangkan pada kamu semula jelah, kan.”
Kami sama-sama ketawa. Memandang jam, hari sudahpun lebih dua minit masuk ke tanggal 5 Januari.
Kami berada dalam kasut yang sama. Tak siapapun memahami. Tapi pendekatan kami untuk berhadapan dengan hal ini hampir sama saja. Tapi saya jangka penyudahnya berbeza. Gula-gula kapas yang manis untuk Wanie. Secawan kopi pekat yang sederhana pahit untuk saya.
Nota 1: Bersedia menghadapi hari muka.
Nota 2: Tolonglah wahai kamu-kamu itu. Jangan penuhkan kotak friend request di FS dan FB saya. Saya memang tolak semuanya. FS hanya untuk kawan-kawan sekolah lama dan FB hanya untuk kawan-kawan di sini saja. YM? Ini lagi satu. Sila jangan cari saya di YM lagi. Memang tidak wujud. Berikan saya sedikit ruang, boleh?
Salam ks
Erm.. macam paham je apa topik ks ngan kak wanie nih.. hehehe.. =P apa-apa je lah.. Hopefully both of you will get the best in everything!
p/s: huish, cool.. cool ks.. semacam je nota last tu.. jangan geram2 selalu. badan tu baru naik demam, karang temp. naik lagi sekali karang.. haruu.. sabar..sabar.. paling senang : reject atau biar ^_^
Reply
nota 2: lama x YM ngan sarah..larikssssssssss 😛
Reply
menggaru kepale mengenangkan cake
Reply
Salam Sarah..
Dah sihat? Jgn marah2 dan geram2.. Sabar jer. Nanti sakit lagi susah plak..
Reply
Dua orang wanita sedang berbincang yang langsung tidak difahami oleh jejaka2 hensem kat blog ni.
ps:apa ke benda cerita diorang ni ehmm..
Reply
Sarah..saya mcm memahami je :p
even topik berbeza..tp saya rs released bila dpt crte dgn awak..
Terima Kasih, teman.. 🙂
Reply
minat dgn nota2:popular sungguh…sampai penuh inbox request untuk jadi peminat ye..dah tahap celebrity dah ini..
Reply
lain kali kalau tgh masak tu, jgn berkhayal sgt. haaa.. kan dh hangus!. hehe
Reply
ramai yang minat kamu tak.. sarah?
Reply
kalau abg lah terima aje lamaran tu..:)
Reply
Sarah,
Awak sakit lagi ke? Atau demam biasa?
Reply
hish, perbincangan macam bincang hal negara jelah awk ni sarah,hehe..sampai ati tolak sy sarah,huhu* nak majuk ah camni,hahahaha..
Reply
Ainul:
Kamu yakin ke kamu faham? Hehe. Tak. Ini topik diluar jangkaan. Kalau tak, takdenya tulis kat sini. Huhu. Memang semua di reject.
Kak Inah:
Sebab dah lamaaaa sangaaaaat tak on YM. I wonder, Kak Inah masih guna ID yang sama ke? Kot2 kalau saya ada YM baru, nanti saya invite Kak Inah ye.
Izu:
Weekend baru ni saya tak bake any cakes la. Melanggar tradisi betul. Hmm..
Reply
Kak Su:
Alhamduillah. Tinggal batuk2 je. Tak la geram sangat. Cuma saya harap saya diberikan sedikit ruang la dengan privacy saya sendiri. Akak sihat ke?
Haritz:
Awak memerlukan kuasa psikik untuk memahami perbualan ini =p
Falin:
Huhu. Topik ini adalah di luar jangkauan akal =D Terima kasih jugak kat awak ye =)
Reply
Pikir Sendiri:
Bukan popular. Tapi diorang tu yang tak reti bezakan nak berkawan pun jangan la sampai mengganggu privacy orang lain, kan. Tu pandai2 sendiri la nak fikir kan. Sebab tak semua orang suka layan benda2 macam ni kan.
Cikgu Jawe:
Aik?
Am:
Haha. Apa punya soalan ni. Saya budak comot. Fikir la sendiri.
Reply
Abg. Fisol:
Lamaran mana pulak ni? Wanie baca ni nanti mesti dia gelak punya ni. Hehehe.
Hawa:
Kali ni demam je Hawa. Alhamdulillah saya stabil sekarang ni. Thanks for your concern Hawa =)
Acai:
Ehem. Ni kes sape tolak sape dulu ni. Huhu. Huhuhu!
Reply
Salam,
perkataan “kalau” itu sungguh bermakna..kalau lah watak “fahri” itu benar-benar ada..hehehe…akak tau, komen ini agak jauh melencong..hehehe..saje jer nak bagi sarah senyum sikit…supaya cepat sembuh dan x mau stress2 ya..
Reply
Kak Cinta:
Ya Allah, Kak! Komen Akak ni walaupun mungkin orang lain kata menyimpang jauh, tapi bagi saya ini adalah sangat tepat! Kalaulah Wanie pun baca komen ni, mesti dia pun setuju =)
Reply
Salam sarah,
apa yang dibualkan tu ya? huhu. nadia udah settlekan hal library. murah sungguh air mataku hari ni. semua nengok je tadi. huhu. apa boleh buat sangat tensen. maka tersedu sedan di library =p
tapikan sarah
denda tetap denda
Reply
Nadia:
Hehe. Apa yang dibualkan tu, lain kali saya cerita naa 😉 Oh. Yeke. Kesiannya kat awak Nadia. Hmm. Kalau saya pun, saya sendiri akan nangis jugak. Tambah pulak dengan macam2 hal lagi yang jadi pada awak akan *memang tak patut orang yang sesedap mulut mengata awak lemah dan lembik segala tu. huh* Semoga terus kuat! Saya doakan awak selalu Nadia.
Reply
knp xda mud?
Reply
mm..tak paham jugak. Memang kene guna kuasa psikik nie.Kenapalah agaknya manis utk wanie dan sedikit pahit utk Sarah..erm..tak paham lg..Tak tercapai akalku..:)
Reply
hye sarah!!.. 😉
Reply
Pikir Sendiri:
Takde mood setiap kali baca update terkini pasal Palestin.
Akak:
Oh. Akak. Saya nak cerita banyak sangat benda. Cuma malas je lagi. Hehe. Ok ok. Saya akan cerita jugak. Mulai malam ni!
Akmar:
Hi Akmar =)
Reply
Populariti itu hadir kadang-kadang bukan kerana kita sengaja cari,hal ini hadir kerana “kerja” yang kita buat selama ini…
ks,sy nak berkawan boleh…hik3.Lariiiiii
Reply
Saran n Kak Cinta
Fahri tu mmg ader, InsyaAllah suatu masa dan ketika Sarah n Kak Cinta akan jumpa seseorang seperti Fahri tu….
Reply
Salam Sarah,
Tepat yer tekaan akak..hehehe…lucky guess nampaknya…sejujurnya…kalau la fahri itu wujud…
Buat CSNI9…
Insyallah..amin..
Reply