Semoga Bertemu Kekuatan Itu

Assalamualaikum wbt

Di sini baru pukul 8.20 malam. Bunyi bunga api masih belum kedengaran. Tapi dalam dua jam lagi, seluruh Kota Moscow akan mula bermandikan cahaya bunga api. Saya tak perlu ke mana-mana. Memandang ke luar dari tingkap bilik saja pun sudah membolehkan saya melihat bunga api memenuh di langit.

Saya tidak pernah menyambut tahun baru di luar. Saya tidak nampak sebenarnya apa kepentingan dan kebaikannya untuk saya. Mungkin bagi sesetengah orang lain pula keadaannya. Terpulanglah. Setiap orang itu mempunyai keadaan dan latar belakang yang berbeza. Saya tidak pernah dibiasakan dengan keadaan itu. Jadi saya lebih selesa dengan keadaan yang ada sekarang.

Minggu lepas, saya sudah menilai semula pencapaian saya sepanjang 2008 dan azam saya untuk 1430H dan 2009M. Hari ni, sebelum berlabuhnya tahun 2008, saya sekadar hendak melihat apa yang telah saya lalui sepanjang tahun ini. Ada banyak perkara. Salah satunya ialah, kejayaan yang dicapai oleh kami adik beradik. Kaklong dapat mengejar apa yang diimpikannya. Adnan sudah tamat belajar dan sudah pun mula bekerja dan adik-adik yang lain masing-masing meneruskan pelajaran mereka dengan baiknya. Rezeki kami sekeluarga juga semakin bertambah. Alhamdulillah. Keadaan kesihatan saya yang turun naik sepanjang tahun ini akhirnya sudah stabil. Hajat saya untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang Tok saya termakbul pada cuti yang lalu dan kesemua 5 orang terbaik dalam hidup saya sudah mendirikan rumah tangga (Faiq, Nadia, Mahfuuzah, Kak Ani dan Abang Khairil). Saya tumpang gembira untuk mereka semua. Inilah antara yang paling bermakna untuk saya sepanjang tahun ini.

Juga ada perkara yang kalau boleh saya hendak hapuskan sejarah kewujudannya. Supaya nanti jika ada yang bertanya, saya tidak akan ingat langsung tentang kewujudannya. Benci? Tidak juga. Tapi keadaan ketika itu membuatkan saya rasa terlalu bodoh kerana tertipu disebalik kebaikan yang ada. Saya mohon dengan sangat bahawa saya boleh membuang terus sejarah itu daripada lipatan sejarah 2008.

Jadi ada baiknya kita membersihkan hati dan diri kita supaya kita dapat memulakan langkah baru sempena tahun baru ini dengan lebih tenang dan berlapang dada. Tidak rugi kita memuhasabahi diri. Malah kita dituntut untuk bermuhasabah setiap hari supaya niat kita sentiasa betul pada tempatnya dan jiwa kita bebas daripada perkara mungkar.

Maksud penyucian jiwa itu sendiri ialah menyucikan diri kita daripada sifat-sifat yang tidak baik (mazmumah) dan pada masa yang sama cuba menyuburkannya dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah). Dua proses ini patut berjalan seiringan. Bukannya menunggu sehingga tiada lagi sifat-sifat yang tidak baik barulah kita hendak mula melakukan perkara-perkara yang baik. Fitrah iman kita ini ada pasang, ada surutnya. Sebab itu dua proses itu perlu berjalan seiringan.

Dengan memuhasabah diri, kita dapat mecapai tiga natijahnya yang utama. Dapat membersihkan diri dari penyakit hati dan sifat mazmumah (tatahhur), dapat menyuburkan diri dengan sifat-sifat mahmudah (tahaqquq) dan seterusnya dapat menyempurnakan diri dan hati kita seperti akhlak nabi (takhalluq). Manis kan natijah yang kita dapat capai dengan memberishkan jiwa kita?

Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala salah silap saya untuk tempoh 366 hari di tahun 2008 ini. Selamat bermuhasabah dan mencari jalan teladan terbaik untuk mendapatkan hati dan jiwa yang lapang untuk setahun yang mendatang. Selamat datang tahun 2009 Masihi. Semoga jiwa-jiwa kita kuat untuk menolak jahiliyyah. Semoga kekuatan itu kita temui pada tahun baru ini.

Nota 1: Jangan lupa membaca Qunut Nazilah memohon kekuatan dan pertolongan Allah buat saudara-saudara kita di Palestin. Darah mereka, darah kita juga.
Nota 2: 10 tahun dulu, saya tidak pernah terfikir saya akan menjadi saya yang sekarang.
Nota 3: Sekarang sudah pukul 9.17 malam. Bunyi bunga api sudah pun kedengaran di luar.

30 Responses to “Semoga Bertemu Kekuatan Itu”

  1. ika says on :

    selamat taun baru πŸ™‚
    1st time drop comment kat sini…
    semoga tahun 2009 akan jadi lbh baik dari tahun2 lepas..
    KS cute lah hehe

    Reply

  2. lee says on :

    selamat tahun baru.

    btol kata cik siti sarah. muhasabah itu perlu. bila ada tatahhur, tahaqquq dan takhalluq maka akan terbit juga ihsan yg sbnrnya boleh terhasil disbbkan ke3-3 gabungan itu.

    kerana ihsan ibarat ibadah kpd Allah seolah2 Allah melihat kita, sekiranya kita tak melihat dia, maka? (cik siti sarah sambung ek)..

    bagus posting kali ni, menekankan kepada tazkiyatun nafs. amat ilmiah.

    kullu ‘am wa antum bikhair insya-allah..

    wallahua’lam..

    Reply

  3. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks~

    sama juga! selamat tahun baru masihi.. MOga kedatangan tahun baru yang dekat2 dengan tahun baru hijrah ni gak dapat bawa sesuatu yang lebih baik di masa akan depan.. yang lepas tu, takpelah kita lepaskan.. mana yang buruk kita ambil buat sempadan.. lagipun, kalau kita tak merasa sendiri maknanya kita takkan belajar pasal benda tu.. kan? at least, benda tu ajar kita lebih tentang makna kehidupan. ^_^

    p/s: tahun baru ni saya akan hilang angka belasan tahun.. T_T

    p/s: ks, sekarang tengah pertandingan debat nih. huhu.. penuh kejelesan nyaa..dulu konon ainul nak jadi skuad khas yang gubal-menggubal je sebab takut skill dah berkarat, tapi bila kita tengok balik diaorg berdebat sambil ngajar kawan berdebat, hati ni cam meronta-ronta nak berdebat sama balik… wa!!! T_T

    Reply

  4. Hafizuddin Awang says on :

    selamat tahun baru ks! bulan ni birthday ks kan? hehe sila buat open house ye. lama sudah sy tak btandang ke sana. hehe.

    Reply

  5. Anonymous says on :

    Salam sarah, selamat tahun baru. Moga selamat semuanya. =)

    ** harap kita dipanjangkan umur. Saya mahu sangat jumpa dengan kamu sarah. Acai dah jumpa dah. hehehe =)

    miss u

    Reply

  6. Anonymous says on :

    oh. lupe tinggal nama. Saya nurul nadiah =)

    Reply

  7. Wan Nurul Adila says on :

    Salam KS,

    Hmm. Semoga tahun baru (1430H, 2009)ini dipenuhi dengan warna-warna ceria. Dla minta maaf ya, andainya perkenalan kita ni meninggalkan warna yang kurang menarik dalam lukisan KS. Apa pun semuanya pasti ada hikmah, kan?!

    p/s: dla dah ada blog baru. jemput2lah ke sana, kalau mahu. dla dah link kan blog KS dari sana, takpe ke?

    Reply

  8. Kita orang KL says on :

    Salam Hijrah dan Selamat Tahun Baru 09. May success in everything.

    Reply

  9. chi am says on :

    salam tahun baru!

    Reply

  10. Inah says on :

    selamat tahun baru sarah πŸ™‚

    Reply

  11. chi am says on :

    eh baru perasan.. pikir sendiri ni.. ape la niat sebenar beliau ni.. tak baik la mengeruhkan keadaan.. harap2 beliau sedar..

    Reply

  12. Only me says on :

    Selamat tahun baru hijrah dan masihi. πŸ™‚

    Reply

  13. ahmad says on :

    erm.. entri ni bercampur baur.. haha.. masalah pe ni?.. selamat dan selamat.. tahun baru dan segala galanya

    Reply

  14. snm says on :

    Sarah..mohon maaf jg jk ada slh silap spjg saya dtg jenguk2 komen di sini πŸ™‚

    Salam 1430H & 2009

    Reply

  15. ::SRISUFI:: says on :

    salam kenal buat sarah….anda memang seorang pelajar contoh yang berhati emas…teruskan perjuangan awk.saya add awk k..jom tuka link

    Reply

  16. Mouad says on :

    Salam aleikom

    My best wishes for the new year 1430/2009, hoping it will bring you and your family peace, prosperity and happiness.

    We are called, in these hard days for our brothers and sisters in Gaza, to review very carefully the lessons of the Hijra. We are called more than ever to ponder the meaning of righteousness, sacrifice, commitment, justice …

    Meditate to change itself; change itself to act rightly.

    Fi amani Allah wa Hifdih

    Reply

  17. zool says on :

    Tahniah kalau ada yang berjaya dicapai.. Tapi setiap detik ada faedahnya. CUma kita yang tak tau nak carinya

    Reply

  18. rosesNtheboyz says on :

    sarah

    kenapa mercun bunyi kul 9.17malam dan bukan 12malam?

    akak tak paham lah!

    http://www.cabai-kering.blogspot.com

    Reply

  19. abdrahim kassim says on :

    Selamat menyambut 1430H dan 2009M dan selamat pulang ke tanah air untuk berbakti pada ayah bonda, bangsa, agama dan negara.

    Reply

  20. kak mas says on :

    Salam perkenalan utk sarah. dan selamat tahun baru 2009.

    Reply

  21. akak says on :

    Dah 2009..setahun dah akak jd pembaca kat sini. Baru setahun tapi rase macm dah kenal lama..walaupun tak pernah bersua muka pun.

    Terima kasih sebab tiapΒ² malam blog Sarah jd tempat akak lepakΒ² depan komputer nie..hehe. Selamat Tahun Baru. Semoga kita sama-sama terus kuat utk hadapi tahun ni.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. Sorry saya menghilang seharian. Hehe.

    Pikir Sendiri:
    Selamat tahun baru =)

    Ika:
    Selamat tahun baru wahai adik kembar NH. Hehe. Untuk kamu jugak, semoga tahun ni lebih baik daripada yang lepas2. Cute? Adeh. Tang mana entah yang cute tu =p

    Lee:
    Selamat Tahun Baru Lee =) Selamat menamatkan zaman bujang tahun ni. Ups~ =D

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Selamat tahun baru. Semoga lebih bersemangat! Ainul, KS ni dah berpuluh-puluh dah. Macho apa dah tak belas-belas =p Haa. Tu la. Hari tu orang suruh masuk tak nak. Kan dah gian =D

    Judin:
    Selamat tahun baru Judin. Aishh kamu ni. Bulan ni birthday Wanie la. Tapi sepanjang bulan Januari ni KS tinggal sorang je kat rumah. Yang lain Takdok. So takde la makan2 ke apa. Nanti kita tanya Cik Wanie ye =p *bijak tak jawapan beta?*

    Nadia:
    Selamat tahun baru Nadia. Salah satu hajat saya untuk tahun ni ialah nak jumpa awak! Rindu awak jugak πŸ˜‰

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dila:
    Selamat tahun baru Dila. Apasal komen Dila ni macam bunyi sedih2 je? Jangan gitu. KS pun seronok penah kenal Dila. Ada kenangan yang tersendiri kan =)
    p/s: KS tau blog baru kamu ni sebenarnya. Hehe.

    Kita Orang KL (KOK):
    Selamat tahun baru KOK! Terima kasih juga atas doanya =)

    Am:
    Selamat tahun baru Am. Oh, tak kisah la apa sebabnya. Saya tak kisah pun =)

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Selamat tahun baru wahai kakakku yang sangat rajin πŸ˜‰

    Kak Suraya:
    Selamat tahun baru 209 dan Maal Hijrah 1430H. Saya doakan yang terbaik untuk Kak Su =)

    Ahmad:
    Entri ni campur baur? Erm. Tak kisah la. Huhu. Selamat tahun baru!

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    Alahai. Mana ada awak penah buat salah apa2 Falin. Seronok dapat kenal awak =) Selamat tahun baru Falin =)

    Sri Sufi:
    Salam kenal Sri. Eh, tak layak pun jadi contoh. Diri sendiri pun tunggang langgang lagi. Hehe. Selamat tahun baru Sri =)

    Mouad:
    Happy New Year Mouad. There’s nothing else I could do to help our brothers and sisters in Palestine except a Qunut Nazilah in my morning prayer and doa to ask for winning from Him. May we have the strength to stand together to face the musyrikin.

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Zool:
    Betul. Setiap detik tu ada rezeki yang dibawanya. Terpulang pada kita nak mencarinya atau tak.

    RosesNtheboyz:
    Akak, pukul 9.17 tu orang dah mula main2 bunga api dah. Yang ni yang tak official. Suka2 je nak main. Tapi yang official, yang grand, tepat 12 malam tu la =) Hehe. Selamat tahun baru kak.

    Sdra. Abdrahim:
    Selamat tahun baru. Ye. Saya tak sabar nak balik berkhidmat. Untuk masyarakat, mak ayah dan atas nama Islam tu sendiri.

    Kak Mas:
    Salam kenal kak. Selamat tahun baru =)

    Akak:
    Selamat tahun baru Kak Fauziah =) Haah kan. Dah setahun dah. Insya Allah kita akan jumpa tahun ni. Kita mesti kena jumpa =) Terima kasih atas nasihat2 akak selama ni. Saya sangat2 hargai semua nasihat dan pandangan akak selama kita kenal ni. Rasa macam dah kenal lama sangat dengan akak tau =)

    Reply

  28. Ain Azhar @ Chenta says on :

    Salam Sarah..
    Salam Maal Hijrah 1430.. Dan Selamat Tahun baru 2009..

    πŸ™‚

    Reply

  29. haritz says on :

    selamat tahun baru semoga bertambah kuat seperti batu takpun kayu hehe..
    Semoga berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.

    Dari Kedah pergi ke Russia
    Sampai di Moscow terkena selsema
    Azam lama tertunai sudah ka
    Tahun baru sudah menjelma

    pantun lagi ni heheh

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ain:
    Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru untuk Ain jugak =)

    Haritz:
    Wah Wah! Berpantun lagi dia ye. Hehe.

    Kunang-kunang terbangnya rendah
    Di perdu kemboja sinarnya cantik
    Azam lama tertunai susah
    Tahun baru kudoa semakin baik

    =)

    Reply

Leave a Reply