Rahsia Di Sebalik Kisah Abang Pujaan

Assalamualaikum wbt

Saya kira saya sudah terperangkap dengan jawapan saya sendiri pada entri lepas. Macam mana saya boleh terlupa bahawa blog saya ini juga dibaca oleh beberapa budak lelaki batch saya ketika sekolah dulu? Tak pasal-pasal terbongkar cerita lama.

Tetapi saya bukan orang yang masih dibelenggu kenangan. Saya dah berjaya lepasi semua itu walaupun mengambil masa yang sangat lama. Dengan menulis entri ini, maka sahlah bahawa saya ini sebenarnya pernah putus cinta suatu masa dulu. Hahaha.

Kisahnya, bukannya kami mempunyai hubungan menarik seperti pasangan kekasih yang biasa. Kami ini orang yang luar biasa. Segalanya boleh kata bermula kerana usikan dari guru-guru (mungkin) dan saling mengagumi kredibiliti masing-masing ketika di sekolah secara rahsia. Orang kata, mengintai dari jauh sajalah. Tak lebih dari itu. Malah tak pernah disuarakan pada sesiapa pun. Bertegur pun setakat dua kali saja sepanjang dua tahun bermukim di sekolah itu. Tambahan pula, dia adalah senior dua tahun dan merupakan seorang yang berjawatan tinggi di sekolah. Sebab itu timbulnya kisah Abang Pujaan (AP) dulu-dulu.

Segalanya terbongkar ketika saya sedang membuat kursus persediaan di Intec dulu. Di situlah baru mula mengenalinya dengan lebih. Tiadalah lebih sangat pun. Sekadar intro orang kata. Dia minta izin emak ayah untuk berkawan dengan saya. Saya pun sama. Tanya pendapat itu ini terlebih dulu daripada emak. Ok. Orangnya sangat baik. Sempurna akhhlaknya. Susah hendak digambarkan. Dia pelajar jurusan perundangan di UIAM. Sepanjang mengenalinya, saya tak pernah rasa dia ada kekurangan yang boleh mengurangkan hormat saya kepadanya.

Yang saya tahu, dia menyebabkan saya semakin matang dan teguh dengan agama. Percaya tak kami hanya berhubung sekali seminggu? Kan saya sudah katakan. Kami ini lain dari yang lain. Kami pernah bertemu sekali saja sebelum saya ke sini. Itupun ditemani bodyguards yang cukup boleh buat saya rasa malu. Huhu. Kali kedua bertemu adalah di KLIA sebaik sebelum berlepas. Ada keluarga sekali. Tak pernah jumpa berdua saja.

Dan ketika di sini, mungkin ramai yang membuat kesimpulan kenapa berakhir juga hubungan itu kerana jarak jauh yang kami tempuhi. Itu bukan alasan. Boleh saya katakan, jarak bukanlah masalah bagi kami sebaliknya lebih baik begitu. Tapi segala yang terjadi mungkin sudah ditakdirkan untuk terjadi. Maka kekallah kami begitu. Tiada gaduh, tiada selisih, tiba-tiba berakhir. Siapa tak sedih. Membuat keputusan yang sangat menyeksa diri sebegini. Tapi saya yakin, dan dia pun yakin, Allah itu Maha Adil. Dan sejak dari itu, saya lebih mengenali cinta Allah yang saya kurang nikmati selama ini.

Saya mengambil masa empat tahun untuk melupakan semua ini. Jauh di sudut hati, saya menunggu dia sebenarnya. Setia tak saya? Hehe. Saya penuhi hari-hari saya dengan studi. Saya sibukkan diri dari pagi sehingga tengah malam hanya dengan buku-buku dan persatuan. Saya score dalam semua exam semata-mata hendak buktikan bahawa saya tidak terjejas sedikit pun dengan apa yang terjadi. Saya hendak buktikan bahawa saya kuat. Saya bijak mengasingkan emosi dan pelajaran. Apa yang buat saya sedar bahawa cinta manusia tidak akan kekal ialah filem Kiamat Sudah Dekat. Tangis-tangis doa di dalam filem itu mengenalkan saya dengan air mata malu kepada Tuhan. Memang ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak perlukan alasan mengapa ianya terjadi. Tapi cukup kita percaya bahawa Allah mahukan ia terjadi dan semestinya ada hikmah di sebalik semua ini.

Sudah. Tidak boleh terlalu detail dan panjang. Cukup ini saja. Yang saya tahu, dia kini sudah bertunang. Alhamdulillah, tunangnya juga saya kenal dan dia sangat cantik orangnya. Cantik sifat dan rupa. Hehe. Tidak tipu. Memang sama padan. Saya tidak rasa ada dendam atau rasa tidak sedap hati atas semua ini. Saya gembira mendengar dia sudah melangkah ke fasa yang satu lagi.

Saya tidak rasa dia mengetahui kewujudan blog saya. Kalaupun dia tahu, saya hendak dia tahu bahawa saya hormati dia sebagai seorang yang sangat berkarisma, teguh agamanya, mulia akhlaknya, sangat menghormati orang tua, pandai membawa diri, sangat bersederhana dan yang paling penting dia sentiasa ada misi dan visi tentang masa depan. Bagi saya nasyid Sebuah Pertemuan menceritakan segalanya tentang dirinya walaupun kini dia dengan dunianya dan saya dengan dunia saya.

-Jangan mengada nak bercinta kalau tak tahu apa itu komitmen.
-Kaji diri dulu, tanggung jawab kita pada Allah sempurna ke tidak? Dan kasih sayang kita pada ibu bapa melimpah ruah ke tidak? Kalau dua perkara ini kita belum ditunaikan, jangan mengada juga nak bercinta.

Nota 1: Entri ini bernada gembira. Jangan baca dengan nada sedih. Kalau terasa seperti sedih, baca semula dengan suasana yang lebih ceria.
Nota 2: Dulu ketika di KISAS saya katakan bahawa saya tidak mahu budak KISAS sendiri. Ironinya Allah temukan saya dengan dia yang saya akui dialah cinta pertama saya. Err. Macam lucu dan geli je sebut dua perkataan tu =p
Nota 3: Saya sukakan orang utara termasuklah Perak Tengah dan Utara. Mungkin kerana saya ada darah utara. Oh, kebetulan sungguh dia itu orang Perak. Rejeki oh rejeki. Harap nanti bertemu rejeki lagi. Oo-lala~ ;D

Oh. Ada update panas. Seorang lagi kawan baik saya ketika di KISAS dulu telah bertunang. Aiyak. Tinggal saya seorang je sekarang. Faiq, Dayah Hassan akan ikut jejak awak dah tak lama lagi. Ni berkat duduk atas pelamin awak la ni. Saya yang pengapit pun idak jugak lagik. Hoho.

63 Responses to “Rahsia Di Sebalik Kisah Abang Pujaan”

  1. fahmi says on :

    nice posting… sekadar nasihat, biar betapa hebat pun kita mendamba kasih seseorang tetapi kalau Allah tidak mengizinkan jodoh berlaku, ia tetap tidak akan berlaku. redha lah dengan ketentuanNya dan yakinlah kalau kamu berusaha menjadi manusia yang beriman dan soleh maka Allah akan pilih manusia sebaik kamu untuk menjadi teman hidup.

    sebagai pengubat hati, hayatilah lirik lagu ini:

    Aris Ariwatan – 1234

    Satu… kasih yg abadi
    Tiada tandingi dia yang satu

    Dua… sayang berpanjangan
    Membawa ke syurga kasihnya ibu

    Tiga… lapar dan dahaga
    Rela berpayahan setianya ayah

    Empat… mudah kau ketemu
    Berhati selalu

    Beza antara
    Kasih dan kekasih

    ( korus )
    Ibu kuingat dahulu
    Menyisir rambut ku kemas selalu
    Ayah menghantar ke sekolah
    Bergunalah ilmu bila dewasa

    Sayang dengar lagu ini
    Untuk kau sandarkan buat pedoman
    Jangan manis terus ditelan
    Pahit terus dibuang… itu bidalan
    Harus kau renungkan

    Reply

  2. NaiLoFaR says on :

    bila bercakap tentang ini, teringat pesan kembar akak (kak sarah saya la tu..) :p

    What you want is not always what u need..
    Allah never fails to grant our petitions..
    So, keep on going for Him
    without doubting or murmuring..
    Today’s thorn is tomorrow’s flower..
    Allah gives the very best for those
    who leave the choices up to Him..

    oh, saya orang utara jugak! ngee ^^

    Reply

  3. fez says on :

    oh ye ke kak! saya tau siapa orangnya! hehe..

    saya pula yang baca cerita ni dengan nada sedih. isk isk..

    Reply

  4. ahmad says on :

    erm.. sy menghayati dgn dua nada.. sedih dan gembira.. eh.. leh tuka2 lak..haha.. cinta pertama?.. ada ke?..

    Reply

  5. amnah says on :

    tau gak.. tau gak.. heheh
    takpe ks, jodoh tu dia je yang tahu [senangnya cakap].. mana tau ada keajaiban yang akan berlaku

    Reply

  6. feeza.yusoff says on :

    ks.feeza serious bace nada sedih post ni.cinta pertama?
    bestnye.feeza ada ke cinta pertama?
    bestnye still ingat cerita lame.
    anyway,nanti da sampai masa,jemputla ye.

    huu!
    ^^

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fahmi:
    Oh. Terima kasih. Saya yakin dengan tu jugak. So sekarang toksah nak pening kepala fikir pasal benda alah ni. Tak berkesudahan pun. Tak perlu ubat pengubat hati pun skrg ni. Hehe. Lagu ni sangat famous waktu sekolah rendah dulu2. Tiap2 hari dengar kat radio. Terima kasih atas kata2 semangat tu ye.

    Nuha:
    Oh. Thanks for sharing that. Sarah yang bagi kata2 tu ye? Best =) Ehem. Kamu plak cari orang mana? Hehe.

    Fez:
    Eh jap jap. Kamu ni Fez yang batch 2002-2003 ye? Owh no! 😀 Sungguh tau. Ni cerita gembira. Sebab KS kenal cinta Allah dengan lebih. Kan ke tu lagi menggembirakan =)

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ahmad:
    Ups. Kisah ni bernada gembira2 saja. Takde yang sedih2 pun. Erm. Saya rasa ada. Tapi terpulang la. Mungkin ada yg tak percaya with such thing. hehe.

    Amnah:
    Alamak. Penyimpan mohor2 besar KS sudah datang la pulak. Eh, KS tak mau apa2 keajaiban =)

    Feeza:
    Kamu lagi untung dah ada suami. Kamu bukan setakat dah ada cinta pertama, tapi cinta selama-selamanya =) Jadi kena lebih hargai dan sayang nak banding dengan cinta bf-gf ni =p

    Reply

  9. CriticalThinker says on :

    *ternganga

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    Ye saya tau awk kenal dia *muka stone*

    Reply

  11. Inah says on :

    erkk..sincere je rasa baca kisah hati sarah 🙂

    u’ll find the right person soon 🙂

    sama2 kita doa yea..:)

    Reply

  12. raihan says on :

    rs terkesima…

    xpnh lg tgk Kiamat Sudah Dekat…tp selalu dgr lagu Sebuah Pertemuan tu…

    nanti nak tgk la…

    dulu selalu pikir 1st love akan jadik the last love…hihi,skrg dh xle pikir mcm tu la…kalau x,xkawen smpi bila2…

    Reply

  13. Hafizuddin Awang says on :

    wahhh, entri ini bagai pungguk rindukan bulan yg telah sekian lama tak jumpa satu sama lain. takpe ks, patah tumbuh, hilang berganti. bukankah berganti sudah tempatnya dgn tuuuuttt…(menaip sambil bsiap utk blari).hehehehe.

    Reply

  14. abdrahim kassim says on :

    Seseorang pernah bertanya kepada saya.”Apakah saat yang paling gembira dalam hidup kita”?

    Saya kata,”masa bercinta”.

    Dia kata,” betul”, itu satu jawapan yang ikhlas…

    Reply

  15. cikgu jawe says on :

    org pernah kata, cinta pertama jarang berterusan hingga berkahwin.

    tp kalau AP tu baca blog awk nih, rasanya dia akan tepuk dahi. awk tau knp?.. selalu org yg tepuk dahi sbb dia rasa kesal akan kehilangan sesuatu yg berharga dpn mata. hihi

    Reply

  16. syam says on :

    rasanya ini pertama kali saya mengomen di sini setelah beberapa kali awak melawat blog saya.

    entri berunsur jiwa-jiwa remaja kali ini. wahahaha… tersenyum saya baca.

    ps: awak bekas peljara KISAS rupanya. no wonderlah…

    Reply

  17. murn!e says on :

    cinta pertama memang selalu tidak akan berakhir ke jinjang pelamin. TIDAK SELALU ok..bukan TIDAK PERNAH. 🙂

    Reply

  18. haritz says on :

    Teruja betul bila awak puji org utara,(org utara gak). Saya percaya jodoh pertemuan di tangan Allah. Kamu kata dia sempurna, mana tau kamu akan jumpa yang lebih dari itu kalau tak anggap lah dugaan dari Allah. Kita tak tahu apa yang menanti dihadapan. Mcm saya bercinta tak boleh nak bilang, banyak sangat tapi tak kawin pun. Jadi U kejar dulu apa yang ada sekarang, bab cinta tak lambat, banyak masa lagikan!! Tapi saya faham mana ada perempuan yang tak mahu dicintai kan!! Perasaan sepi itu yang membuatkan kita jadi begitu. Ingat akan Allah selalu. Itu lebih tenang..

    Reply

  19. magnetic knee says on :

    Salam. Jodoh tu rahsia Allah. Jadi tunggu lah saat-saat itu. InsyaAllah, sangat teruja… hanya yakin pada Allah tanpa mengharapkan cinta manusia.

    *dah lama jadi pembaca n baru skrg nak komen.

    Reply

  20. snm says on :

    sarah..cinta pertama dan cinta pandang pertama tu lain..AP ni kira cinta pertama atau cinta pandang pertama? eheh :p
    .
    *saja usek2 awak*

    xpe sarah..jalan masih jauh..kwn saya salu kaitkan cinta & hubungan cinta ni sprti sebuah jambatan..maknanya dlm kes ni, jambatan awak masih lagi panjang..

    Reply

  21. Zainal A. Kasim says on :

    Posting yang menarik. Susah juga nak baca dalam nada gembira. Yang terbaik mungkin bukan orang utara. Jangan-jangan orang selatan. Cuma belum berjumpa lagi.

    Reply

  22. snm says on :

    sarah..slmt hari jumaat 🙂

    Reply

  23. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks~

    tersengih baca entry kali ni.. erm, nak kata cinta monyet macamnyer ni lepas sekolah punya cerita.. kiranya masuk jenis apa yer? =P (selalu kan klu babit KU, mesti cerita tu sangat femes.. kankankan? hikhik…)

    btw, yang dah lepas kita jadikan teladan.. mesti ks banyak belajar kan dr pengalamn lepas tu. INsyallah, ainul yakin ks akan jumpa yang lebih baik dari dia utk diri ks.. Aminn..

    p/s: aritu computer geek, la ni orang utara.. haii, mula kasi hint ciri calon nampak?? hehe.. beware, karang ada yang cukup syarat terus ngisi borang kanggg.. ada plak line orang beratur depan ‘kawasan bukan untuk disewa tu’ nanti.. haha~

    Reply

  24. Inah says on :

    ohh sarah..ade jejaka hensem di blog akak..malangnya dia baru berusia 19 tahun..huhuhu 😛

    computer geek – not soo tapi kaki main PS3
    alim – dia jaga solat and rajin berjemaah di masjid
    org utara – mak org penang..huhuhu

    larikkkkkkkk

    Reply

  25. Acai says on :

    Slm sarah,

    Amboi2 sarah, dah cerita pasal cinta pertama lagi tu,ceewahhh..:) alaa biasalah tu, tak semestinya perlu bergaduh kalau hubungan tu nak terputus..semuanya berbalik kepada soal jodoh pertemuan oleh Allah..:)

    Yela2 awk tak suka orang kat tengah2 macam sy ni,huhuhu..sian kat sy tak jadi orang utara,hahahahaha…apapun semoga awk bertemu jodoh yang lebih baik yang dapat bersama hingga akhir hayat,amin..

    Reply

  26. Lina says on :

    salam sarah..sy adalah silent reader awk slama ni,heheh..tetibe tergerak nk bg komen sbb awk ckp dayah hassan pun nk tukar status dh tu..mmm..ramainye yg dh nk brtunang & dh kawin dh pun..Alhamdulillah..

    tentang ape yang awk ckpkan tu, psl taknak dgn dak kisas tu, sy pn penah ckp cmtu gak, tp x la sama cmtu..memang xleh cakap taknak, sbb Tuhan akan uji kita dgn bagi jugak hal itu..kan?hehe..

    Reply

  27. Ejalz says on :

    sarah, mula2 mmg baca nada sedih, tiba2 baca nota 1 tu, terus tergelak… hehe… boleh plak pesan kat orang cara baca entri.. patut letak kat header of the entry.. 🙂
    anyway, setuju dgn pendapat sarah, kadang2 bila dah jadi sesuatu yang medatangkan kesan besar pada hidup kita barulah kita nak tersedar betapa agungnya Allah.. betapa kadang2 kita dengan mudahnya take Allah for granted.. mungkin kerana kita memang telah dilahirkan sebagai muslim, walaupun ada tindak-tinduk kita tidaklah semuslim mana, maka dengan sambil-lewanya kita mengamalkan ajaranNya..
    fyi, baru-baru ada berlaku sesuatu kpd saya.. silalah jgk ke blog saya untuk bc kesahnya.. hehe.. tapi mmg saya sangat2 tersedar kini.. alhamdulillah, diberi kesedaran oleh Allah..

    Reply

  28. kaklong says on :

    ngah, kalo kaklong pilih org bukan belah utara xpe dak???

    aish… kite variasi kan la idup kite neh… dak dak???

    20hb dah bleh tau posting.. woh mane la kena campak ni

    Reply

  29. cikgu jawe says on :

    oh ye sarah. aku org utara (utara selangor), computer geek juga. bekas ahli debat sekolah. hehe.. tp awk jgn risau sbb aku tak berminat balik temerloh. hehe

    Reply

  30. Sweet Thinker says on :

    ahhah. salah satu sifat mencari pasangan adalah untuk mencari pasangan yg sama culture. yeahhh! gwe nmpk itu.

    ps: sy nmpk satu kelibat manusia yg kali pertam tinggal komen kat cni. pemburu dokte. apekah? heee!

    Reply

  31. Anonymous says on :

    Sarah…akak silent reader je selama ni…
    tp akak pun macam sarah…Kiamat Sudah Dekat tu pun buat akak sedar cinta Allah tu buat kita redha…
    teringat masa Fandi tu doa kat tepi laut…merendah diri mengadap langit…kalau Sarah anak pak haji (Sarah jugak)tu bukan jodoh die..die redha….

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Errr. Kisah2 macam ni kena sincere. Tak guna hipokrit sorok2. Hoho. Kak Inah pun akan jumpa jugak one fine day =)

    Raihan:
    Kenapa terkesima? Sebab tak pernah sangka eh? KS cuba bayangkan apa yang kamu fikir tu. Kalau betul la macam tu, ramai yang akan kawin dengan cinta monyet dia dulu2. Heheh.

    Judin:
    Aishh dia ni. Pembawa kontroversi no.1 kat Moscow ni =p Haha. Ayat ‘Patah tumbuh hilang berganti’ tu KS pernah gunakan sebagai satu tajuk entri KS awal2 KS blogging dulu. Yang memang KS tujukan untuk dia ni pun. Hehe. Eh, pengganti apanya. Sorry, Im not available at the moment 😐 Tanggung jawab lain jauh lagi banyakkk. Kan?

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abd. Rahim Kassin:
    Tapi waktu tu saya belum rasa betul2 suasana tu. Nantilah satu hari nanti nak rasa semula. Dengan betul2. Hehe. Setakat ni bagi saya saat yang paling gembira dalam hidup bila saya dapat excellent marks dalam semua papers. =)

    Cikgu Jawe:
    Aduh cikgu. Tak mungkin kot. Sebab tunang dia sangat lawa =) Tak tertanding saya yang kuat makan lalu berkadaran dengan itu memaksudkan saya ni gemOks. Hehe.

    Syam:
    Selamat datang Syam. Bukan jiwa-jiwa remaja. Cuma pengalaman seorang ‘bekas remaja’ berkongsi supaya orang lain boleh menjadi lebih matang. Susah nak buat keputusan tu dulu semata-mata demi kehidupan dan hati yang lebih bersih. Mesti awak pun faham kan, sheikh? Apa yang no wonder dengan KISAS tu? =p Hehe.

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Murnie:
    Oh. Itu sangat tepat Murnie =) Tapi bagi yang dapat macam tu, alangkah manisnya kenangan di hari tua ye.

    Haritz:
    Laa. Orang utara jugak ke? Tang mana? Ye. Insya Allah akan ada yang sekufu dah Allah janjikan. Cuma bila tu je yang kita tak tahu lagi kan. Woo.. bercinta sampai takleh nak bilang! Banyak tu bro. kalau nak tulis pun, tak tau nak pilih yang mana satu kot. Hehe. Selamat datang ke DS =)

    Magnetic Knee:
    Terima kasih. Betul tu. Jodoh tu toksah la nak risau sangat. Insya Allah sampai masa Allah akan keluarkan jodoh kita tu dari persembunyian. Sebenarnya saya pun dah beberapa kali ke blog awak. Menarik sangat. Saya ni pantang benda2 art ni. Saya suka sangat la. Terima kasih sudi baca DS =)

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    Erk. Sebenarnya memang cinta pandang pertama dua2 pihak dan cinta pertama dua2nya jugak. Hohoho~ *malu seh nak cerita yang ni* Falin, saya sangat suka perumpamaan pasal jambatan tu! Tepat =) Oh. Sekarang setiap hari pun adalah hari Jumaat untuk saya. *Sah awak tengah fikir macam2 kan. hehe*

    Zainal A. Kasim:
    Erm. Betul jugak kan. Dalam Quran sendiri Allah dah kata, tak semua yang kita suka adalah baik untuk kita dan yang kita tak suka tu tak baik untuk kita. Terpukul saya dengan apa saudara katakan ni. Oh, bolehlah nak mula pertimbangkan orang selatan jugak lepas ni =D

    Ainul:
    Kamu adalah sangat tepat! Kisah yang melibatkan KU memang akan famous. Hoho. (KS harap takde orang baca komen yang ni. Huhu). Ouch. Tak tak. Ni memang bukan cinta monyet. In fact dah ada perancangan2 yang tersendiri. Ingat tarikh2 tu dulu? Hehe. *sapo nak kawen bulan2 pose jang oi* XD

    p/s: Ewah. Kamu dah pandai merangkumkan fakta menjadikan satu kesimpulan yang lebih spesifik ye? Computer geek+orang utara+wajib Melayu+faham agama = boleh datang isi borang sekarang. Haha. Aishh kamu ni. Siap dapat kaitkan dengan sajak tu lagi. *geleng-geleng kepala*

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Saya adalah pemalu orangnya 😐 Hehe.

    Acai:
    Betul tu Acai. Ini atas dasar persetujuan bersama. Masing2 berfikir macam tu waktu tu. Erk. Kalau saya nak pun, awak dah tak available dah =) Hehe. *saya hanya memulang paku buah keras* Semoga awak diberikan penyudah yang terbaik, dalam rahmah dan redhaNya dengan dia =)

    Lina:
    Erm. Ni Lina 512 ke? Siti Nurhazlina Bangi? Lina koop? Yeke? Tu la kan. Lain kali jangan ngada2 cakap. Mulut kita dekat dengan telinga. Telinga kita dengar dulu apa mulut kata sebelum orang lain dengar. Kan dah terpalit kena pada diri sendiri. Hehe. Tapi adakah maksudnya awak dengan budak KISAS jugak skrg ni???? Oh!

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Ejalz:
    Tu sebab nota tu kena letak kat bawah kak. Sebab kalau yang dah tersalah cara baca, boleh ulang semula untuk dapatkan mood yang betul. Hehe. Bila dah ambil keputusan ni dulu, memang rasa seksa la kan. tapi ada hikmah sangat kat situ. Kita kenal cinta siapa yang sentiasa ada dengan kita dan setiap ruang hati kita rasa terisi untuk Dia je =) Saya akan updatekan link blog akak semula dan insya Allah saya akan baca cerita tu~

    Kaklong:
    Ala Long. Toksah risau. Bukannya mak ayah ada bagi syarat ke apa. Hehe. Ngah ni je yang ‘ke arah’ tu. Hoho. Nan dah dapat orang KL/Johor. Kalau awak nak variasi sangat, cari orang Sabah/Sarawak la pulak. Mahu? Hihi =D Ok. Nanti update pada Ngah k. Muah!

    Cikgu Jawe:
    Oh. Disebabkan cikgu tak nak balik Temerloh, cikgu pun terkeluar dari senarai yang boleh memohon borang. Hahak.

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sweet Thinker:
    Oh! Tu pun betul jugak tu! Kalau tak, nanti saya makan belacan, dia tak makan. Saya makan tempoyak, dia tak makan. Saya makan tempe, dia tak makan. Adoi. Susah jugak tu. Bagus point awak ni ye ST! Ups~ Adakah dia pemburu doktor jugak? Tadaa. Saya tahu siapa yang layak. Din dia jugak misti faham siapa yang saya maksudkan =D

    Anon:
    Terima kasih kak sudi baca DS ni. Salah satu faktor yang buat filem tu sangat terkesan di hati saya sebab nama heroin tu Sarah lah. Rasa malu dengan Allah bila tengok cerita tu. Ntah kat takat mana la rasa redha kita dengan apa yang ditentukanNya… Salam kenal ye kak =)

    Reply

  39. one says on :

    hehehe

    gitu ghopenye..

    ingat pandang2 jeling2 je..cinta di hati gitu

    ***saya baca dgn tone insaf

    Reply

  40. dhiyauqalbii says on :

    oh mcm tu ke kisahnya.. kalau kak tikah tahu orangnya mungkin kak tikah kenal .. org IIUM la katakan..
    hmm.. tak semua first love tu akan dimiliki..

    .. tengah berusaha merealisakikan 1st love dimiliki.. wink*wink.. lari..!

    Reply

  41. Anonymous says on :

    haha
    i think i suit the most of ur criteria! Do i know ur ex? hmm, unless u do not wish to have another lawyer as ur soulmate, we could extend our relationship to the next level! why not? kan? kan?

    hahaha gurau je tau sarah!
    we’d better be best online-fren. wud be less hurting, rite?

    InsyaAllah, jodoh sarah tu dah ade, belum jumpe je…

    -joe-

    Reply

  42. akak says on :

    ermm..akhirnya akak dapat jawapan utk ape yang selama nie akak baca dr entri & komen Sarah..hehe. Rupanya itu kisahnya. Sekarang dah paham..:D

    Yup..entri nie memang perlu dibc dengan nada ceria sebab Sarah dah buktikan Sarah memang kuat..pandai mengendalikan emosi..Pasti ade yg lebih baik utk Sarah yg dijanjikan Allah dluar sana..sebagai hadiah utk redha & sabar Sarah kali nie..Insya Allah.

    Reply

  43. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    Hehe. Nyanyila lagu SM Salim dgn Siti tu =D Tapi semuanya dah dilepaskan untuk sesuatu yg lebih baik untuk dua2 pihak.

    Kak Tikah:
    Tu sebab saya tak penah sebut ni pada Kak Tikah. Nanti Kak Tikah gi cari2 pulak =p Oh! Kak Tikah! Saya faham apa maksud ayat Kak Tikah tu! Waaa. Semoga berjaya =)

    Joe:
    Ok. Mari kita tengok kriteria yang awak ada:
    -Joe
    -Orang Perak
    -ex-SIS, ex-KISAS, ex-law UIA
    -Lawyer
    -Faham agama

    Oh. Alamak Joe. Satu je kurang. Saya takut dah dengan lawyer. Saya cari computer geek =D

    Reply

  44. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Tadaa. Akak memang bijak. Akak dah dapat eh kaitkan dengan semua cerita saya selama ni di dua2 tempat. Hihi. Insya Allah Kak. Malas nak sibuk fikir sekarang. Allah tu lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Ops. Sebelum tu, saya tunggu kad akak dulu la =D

    Reply

  45. akak says on :

    Nak tunggu akak punya kad.. Err..lambat lg kot..mesin cetak dia rosak..hahaha

    Reply

  46. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Ceh Akak tak aci. Main ngelat =p

    Reply

  47. akak says on :

    Apa yg ngelat. Betul la..Kalau mesin tu tak rosak pun..akak tak boleh tempah jugak..nama pasangannya tak tau lg..hehe..betul nie..:D

    Reply

  48. Ainul Arina Madhiah says on :

    hehe… biasalah.. kan ks gak yang pesan dulu, benda-benda macam ni jangan lambat pick-up kan? hehe.. =P

    tarikh-tarikh glamer tu ye? ingatttt!! semua tarikh yang sah2 takde orang datang kenduri.. hehe. apadaaa.. lain kali cek tarikh tu kena buat pengiraan bulan islam juga tau.. nanti terlepas lagi.. hikhik..
    *menanti2 tarikh baru ks next year.lalala.. * (^_^)Y

    p/s: akak, saya pun nak gak kad akak! (kaki menyibuk punya budak!) hehe

    Reply

  49. drbubbles says on :

    Sarah,

    Saya pun suka segalanya tentang Perak.

    Tapi setakat ini baru jumpa yang ‘Perak’-‘Perak’ yang berikut:

    1.Nasi ‘Ganja’Jalan Yang Kalsom
    2.Mee Rebus Mastan Ghani,Teluk Intan
    3.Nasi Lemak Ayam Kampung di Ipoh.

    Orang Perak tak jumpa-jumpa lagi.Depa sembunyi kot.Hahaha!

    Reply

  50. Nini Marini says on :

    wah ks, banyaknya orang komen kali ni. kisah panas ni..hehe,joking2.

    Baru tau ks dari Kisas. patutlah baik je.=)

    Reply

  51. nono says on :

    Pernah ada orang bagitau saya, jika hati kita benar-benar berkehendakkan sesuatu, insha Allah kita akan dapat benda yang kita mahu tu. Tapi kadang2 walaupun benda itu mmg zahirnya baik untuk kita, dan walau berkehendak macam mana pun kita, jika Allah tak berkenan, maka kita tak akan dapat memperolehinya kan? Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…

    Benar kata Sarah utamakan ayah dan ibu serta keluarga. Itu yang penting.. Saya pun melihat sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan itu sbg satu komitmen. Bertambah lagi satu hati untuk dijaga. Sifat hati itu rapuh, dan perlukan kita untuk benar2 menjaganya… Sungguh saya katakan, saya tidak mampu. Yang pernah tejadi, biarlah jadi pengajaran. Saya mahu fokus pada pelajaran dan keluarga saya dahulu..

    🙂

    Semoga kita akan berjumpa dengan yang baik untuk kita.

    Reply

  52. emmacommey says on :

    hye…pestime singgah sini…sadisnye entry…sy pn penah rase dulu…cinta pendam…tahun nie dah masuk tahun ke 8 sy masih terase sisa2 sakit tu…tapi xpena2 pn sy anggap beban yg besar sbb sy selalu sibukkan diri…sbb lw sy asik teringat…skgr nie sy da check-in spital bahgia da…he3….

    nway…salam perkenalan… 🙂

    Reply

  53. djambu puadovich says on :

    fuhhh…
    sori la sarah sbb mengundang kontroversi smpi begini sekali…
    😐

    btw, joe ialah ex-SIS? siapakah?

    *saya baca dgn nada kelakar campur bersalah…

    Reply

  54. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Elele akak ni. Pandai ye cari alasan. Kalau dah ada nama nanti, roger2 sy ok 😉

    Ainul:
    Takde maknanya lagi nak fikir2 tarikh semua tu. Euww. Apa tu ye tarikh2 semua tu =p *Not in the mood to bring this topic up anymore.

    Bro Iskandar:
    Oh. Yang perak-perak, pelik-pelik jumpa dah ye. Tapi Orang Perak tak jumpa-jumpa lagi ye. Hehe. Moga jumpa jugak satu hari nanti =)

    Reply

  55. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nini:
    Topik-topik macam ni orang kita memang taknak miss kan. Hehe. Takde apa yang menyebabkan menjadi bekas pelajar KISAS melebihkan KS kat mana2 bahagian pun Nini.

    Nono:
    Betul tu Nono. Tak semua yang kita suka adalah baik untuk kita dan yang kita benci adalah buruk untuk kita. Allah tu lebih mengetahui. Memandangkan Nono pun tengah study lagi, saya memang nasihatkan tinggalkan la dulu semua benda ni. Nak merancang boleh tapi jangan sampai mengganggu kehidupan. Dan tentang mak ayah tu, ha, betul sangat apa Nono fikir tu =) Komitmen ni bukan satu benda main-mian. Takkan nak bercinta-putus banyak2 kali. Tak pening ke kepala ye. So, baik la kita hanya memberikan komitmen tu bila kita sudah sedia =)

    EmmaChommey:
    Alamak Emma. Bagi saya entri ni entry gembira. Sebab saya dah lepaskan hidup saya yang lama dulu. Oh, bagus la awk dapat control emosi dengan baik. Itu la yang agama tuntut kan. Bersederhana dalam mengekspresikan perasaan =) Salam kenal ye Emma.

    Yeop:
    Jangan rasa bersalah Yeop. Saya tak blame awk pun. Huhu. Bagus jugak. Dapat saya kongsikan satu cerita tentang mencari cinta Allah. Haah. Jeo ex-SIS dan ex-KISAS. Tapi awak tak sempat dengan dia rasanya. Waktu awak f1, dia dah di KISAS. Gitu la lebih kurang. Dan entri ni bernada gembira. Jangan dibaca dengan sedih atau bersalah ye =)

    Reply

  56. Anonymous says on :

    haha, sarah..
    really did not ever expect somebody else whom i barely knew personally would introduce me to the world…
    (malunyer!!)
    luckily joe’s not my real name.. not even close to the real one!
    finally got to know ur ex from ur fren’s fiance aka my hosmet.. hehe, we know each other very well since he’s my junior in both school! owh the world is damn small!

    but anyway, just glad to know we’re separated only by one strict criteria of your’s… kire ok la..
    hehe… me on the other hand am willing accept anybody the way they are.. aku menerima sesiapa saja seadanya..chewah!
    (dah kene rejek promot diri plak!)

    -joe-

    Reply

  57. Ainul Arina Madhiah says on :

    haha~ siapa yang membangkitkan dulu fakta tarikh lupus tu? bukan ainul yer.. hehehe =P

    Reply

  58. djambu puadovich says on :

    ooo ye ke…xpe la.
    sy sempat kenal sorg senior masa baru masuk SIS, dia baru dpt tawaran ke KI.
    nama dia firdaus bin bidin. subuh2 selalu baca surah al-waqiah. lepas dia gi KI, dah xdgr dah surah al-waqiah kat surau subuh2…

    [masa ni form 1 wajib dtg subuh kat surau…lama2 liat pulak. kui kui kui :P]

    Reply

  59. Sarah Mohd Shukor says on :

    Joe:
    Helmi Razlan and Kak Maslina!!! You both are naughty! Dush dush dush! Joe, just believe that I ve nothing to do with him anymore =) And please don’t tell him anything about my blog. PLEASE =D Abis tu apa nama awak eh?

    Ainul:
    Let’s bygone be bygone =D

    Yeop:
    Saya tak tau apa nama penuh Joe. Erm. Firdaus Bidin tu Fiddeen kot? I ve his link listed in the sidebar. Wahai Yeop. Marilah kita semua mempraktiskan Subuh berjemaah walau di manapun kita berada dan berapa sekalipun umur kita =D

    Reply

  60. ytmz says on :

    Abang yang dipuja tiada ganti setakat ini. hehe.

    Reply

  61. ^_^freakish says on :

    wow. interesting 🙂

    Reply

  62. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    lama x singgah di sini…td akak terbaca dgn nada sedih…tp bila baca ayat-ayat terakhir posting sarah, akak berjaya tukar kepada feel gembira dan syukur :)…owh, akak suke loghat org perak..sexy…huhuhu..

    Reply

  63. |1f34|-|1r3 says on :

    entry pasal kisah cinta rupanya…ermm..ada sesapa teringin nak wat movie pasal kisah cinta diorang? tetiba tanya pasal ni..motif?

    Reply

Leave a Reply