Selesai

Assalamualaikum wbt

Sejak hampir setengah jam yang lalu, saya berbalas mesej dengan Anwar Haroon Khan itu. Saya paksa dirinya supaya memberikan saya alamat laman web yang dimaksudkan. Saya bercakap dengan cara baik. Bukanlah saya memaksa dengan segala sumpah seranah atau apa. Selepas hampir 4 kali saya meminta, dia tetap memberikan alasan itu ini. Bila saya tanya, kenapa perlu dia rasa takut berikan laman web itu kalau betul seperti yang dikatanya laman web itu baik-baik saja, bukannya ada yang tidak senonoh atau apa, hanya selepas itulah dia mengaku bahawa dia sebenarnya mendapat nombor saya daripada seseorang di Moscow ini.

Ha. Terjawab sudah. Saya dah agak dah. Manalah ada orang nak guna gambar saya yang tak cantik langsung ni untuk dijaja di dalam laman web yang berbentuk apa sekalipun. Tiada nilai komersil langsung. Pendek, gelap, hidung penyek, muka Melayu tulen yang makan belacan, telan tempoyak pula tu. Takde maknenye orang nak guna letak di laman web lain.

Cuma saya pelik, siapalah yang nak kenakan saya ni. Teori Joe dalam komen di entri sebelum ini mungkin ada benarnya. Kebetulan saja Joe mengomen di entri itu ketika saya sedang berbalah dalam mesej dengan Anwar itu. Memang pada kad debit handphone saya ada di dalam purse saya yang hilang itu dan memang sah-sah dalam purse saya itu ada pengenalan diri saya. Contohnya kad insurans, kad pelajar antarabangsa dan kertas pengenalan diri sementara.

Tapi apa-apapun, saya sudah anggap hal ini selesai. Saya sudah katakan padanya, saya tidak berminat untuk terus dihubungi dan saya berlaku jujur, saya rasa terganggu dihubungi dengan cara itu.

Tamatlah kisah Bai Khan saya itu. Wassalam.

11 Responses to “Selesai”

  1. Ainul Arina Madhiah says on :

    tahniah kes sudah selesai.. hehe~ teringat satu benda yang jadi kat ainul dulu. ala-ala cam ni gak la. Habis tak pasal-pasal ainul jadi detektif conan kejap, 2 bulan baru terbongkar everything.. huhu.. kecut perut la kes-kes kacau-kacau handset nih… smoga tak jadi lagi.. aminn

    Reply

  2. Nadia Yuna says on :

    Salam sarah,

    Heh. Sapa kata awok xdok komersil. Banyak komersil woo. Pendek itu kan comel. mcm pokcik saya jugak. comel je saya tengok. Hahah. Tetiba je. Apapun, Dedua orang saye sayang. Dedua kecik2 comel2. Saye je yg gadang. hehehe =p

    ** Roger Roger, bola 1 bola 2. Misson Accomplish! Congrates dear =)

    Reply

  3. Ejalz says on :

    salam sarah..
    eloklah tu dah selesai dengan di Bai tu.. hehe..
    kalau nak tahu or maybe sarah dah tahu.. orang P ni memang la sweet-talker.. silap gaya memang senang nak percaya.. tapi kena berhati-hati sbb dalam masa yg sama boleh tikam blkg kita..

    Reply

  4. CritiCalThinKer says on :

    wa suda selamat ka adik kici.. congrats.. ammaaaa!!

    Reply

  5. snm says on :

    salam sarah 🙂
    selesai sudah satu peristiwa yg mengganggu gugat fikiran sarah ktk ini. iskk..bahaya bila we put all eggs in one basket. cthnya, dlm purse tu la semua kte nk letak. bila hilang purse, semua personal details pun hilang gak kan? lg bahaya klu certain ppl tend to put their pincode kad atm ke hape ke dlm purse. masa kejadian beg saya dan rakan2 diselongkar besar2an, ada kwn saya hilang semua duit! dlm masa 2 jam saya pegi exam, pencuri tu smpt pegi ATM, test semua kad ATM kami, sempat campak semua purse kami dlm tong sampah di kwsn yg sama! sarah, hati2 ok..klu dia Bai jual roti tu, ok kut :p blh dpt roti free 🙂

    Reply

  6. chmod says on :

    salam….
    sy terrperasan perkataan kat baris bw sekali “kisah Bai Khan saya”..kekeek :p..sy tak cakap pe2 tau..ok kita wat CSI jab..tapi kena pikir la juga kan klu orang yg curi purse awk tu takkan kenal awk kot?itu satu hal.klu lepas dia curi mesti di geledah purse itu.dia akn ambik benda bernilai bukannya no hp.kalu ada pun orang lain terjumpa purse awk pas pencuri itu buang, takkan orang itu kenal awk?klu kenal for sure dia mesti pulangkan purse awk kan?atau orang yang jumpa purse awk balik kenal awk SarahShukor yang asal temerloh pahang dan sedang blajar kat rusia dan terus bg no hp kat bhai khan tu? cam awk kata awk seorang gadis melayu tulen yang pendek, gigi putih cam iklan colgate, pakai spec,tutup aurat dan pandang ke langit sambil tunjuk jari boleh dikenali semua orang kot..kan..kan..hehehe..tapi kan cik sarah dah jadi celebrity ooooo skrg.smpai dari pakistan pun nak berkenalan dgn cik sarah..abis la jejaka2 malaya kat sini kempunan la..:| jeles ooo…hehehe

    Reply

  7. Dr Amad says on :

    Siap bilang gadis melayu makan belacan tidak cantik?( ala-ala Jamal Abdillah)…lagi comel kalau gadis tu bukan makan belacan jah,budu,cecaluk, tempoyak semua dia rembat.Itu natural beauty of malay girl? ruski girl mana berani makan budu…hahaha

    Reply

  8. rattrapt11 says on :

    salam…alhamdulilah sudah selamat smua keadaan…back to the normal sarah…misai????
    menten ape….kalu kali ni pakistan kaco pasni sapa lak ye nk kaco….alien plak ke????

    Reply

  9. Zack says on :

    Aya,

    Imagining u advertising urself in those islamic marriage website is da last resault i wud do.

    Marrying a Pakistani however wud never come to my mind

    LOL

    xxx

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Wan, that wud never come into my consideration at all =) i heard that Pakistanis control their wives to the max. ouch. i dont want that. hehe. u’re not gonna do so rite 😉

    love,
    Aya.

    Reply

  11. Thia says on :

    huhu,mujur tak ada apa2..dan mujur juga abang khan itu ‘jurus’ orangnya

    Reply

Leave a Reply