Masa

Assalamualaikum wbt

Hari ini Rusia bercuti umum sempena Hari Revolusi dan cutinya dipanjangkan sehingga esok. Sejarahnya, Hari Revolusi ini disambut sebagai memperingati sejarah Revolusi Oktober di Rusia pada tahun 1917 yang menjadi titik mula fasa kedua dalam sejarah Revolusi pemerintahan Rusia yang bangun menuntut perubahan sistem Ke-Tsar-ian (sistem pemerintahan Tsar) yang akhirnya menjadi Soviet Union. Bagi memperingati peristiwa ini, tarikh 7 November telah dipilih. Uniknya di Rusia ini, tarikh ulang tahun sebegini tidak semestinya diraikan atau dicuti-umumkan hanya pada tarikhnya. Mereka boleh meminda tarikh itu untuk disesuaikan dengan keadaan minggu itu sama ada hari cuti itu jatuh pada hujung atau di awal minggu. Ikut suka hati Tsar-Tsaritsa mereka aje.

Semalam hampir seharian saya menghabiskan masa di luar rumah. Saya ada mesyuarat PPIM-RSC di RSMU. Nostalgia sungguh bila menghadiri ‘lagi’ perjumpaan sebegini. Saya pun tidak sangka saya masih ‘wujud’ dalam RSC kerana setahu saya, saya sudah ‘tiada’ lagi dalam RSC. Ahmad Fardi tegaskan juga saya perlu hadir. Memikirkan saya, Ahmad, Jamzuri dan Zaid sajalah orang lama dalam RSC, saya hadirkan diri juga. Lebih-lebih lagi, Zaid, Jam dan beberapa perwakilan lain daripada Kursk dan Nizhny Novgorad turut hadir sama. Saya ini orang tua (Zaid pun kata dirinya begitu. Hehe). Di Moscow ini saja suara atau khidmat saya sudah tidak diperlukan (terasa macam Tun Mahathir bagi ucapan sebelum letak jawatan dulu-dulu). Tapi semalam, saya rasa saya perlu lebih giat bekerja untuk memastikan saya pulang dengan keadaan PPIM RSC mantap dan terurus. Tapi, masihkan saya diperlukan? Cuma saya rasa, satu benda yang semua orang Melayu-Muslim perlu perbetulkan. Ketepatan masa. Saya cukup berkira tentang hal ini. Jangan disebabkan ada yang memandang remeh akan hal ini, Melayu-Muslim itu dilabel suka berlengah dan tak berpegang pada janji. Saya bukan orang yang layak untuk menegur tapi inilah sikap buruk majoriti orang kita yang pada saya membawa kesan besar dalam pengurusan masa orang lain yang terlibat, yang mana mereka ini mempunyai banyak kerja lain yang bertimbun dan telah menyusun jadual yang tersendiri. Serius saya ada banyak kerja sebenarnya kebelakangan ini. Hmm. Tapi kadang-kala, saya tak boleh berkira dengan orang lain tentang masa sebab kalau tidak, mahu dipressi agaknya saya ni. Haha.

Hari ini ulang tahun ke-23 seorang rakan di sini. Aizat Sabri. Selamat hari lahir, Aizat. Sila jangan menangis dah. Huhu. Dan hari ini saya menyertai Autumn Gathering anjuran PPIM Moscow Chapter. Akan memfokuskan tentang The Miracle of the Human Creation. Insya Allah pasti menarik.

Tapi kan, saya ada banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Banyak sangat. Differential Diagnosis untuk keseluruhan posting ini perlu dihantar pada hari Rabu ini. Saya sudah mula buat sejak Jumaat malam yang lepas tapi sehingga ke hari ini, hanya 30% saja yang baru siap. Malam tadi, sebaik sampai ke rumah sekitar 11 lebih dan ketika rakan serumah semuanya menonton cerita hantu 4-Bia beramai-ramai, saya menekun seorang diri dalam gelap di meja saya menyambung tugasan saya ini. Banyaknya. Hari ini saya akan tiada di rumah lagi. Esok pula mungkin ada tournament. Sempatkah untuk saya siapkan semuanya?

Hassan Al-Banna ada mengingatkan. Tanggung jawab itu sesungguhnya lebih banyak daripada masa. Sewaktu lapang, kita jarang ingat tentang tanggung jawab kita tapi sewaktu kita sibuk, ketika itulah kita ingat segala yang perlu kita selesaikan. Jangan kita terbunuh dek pedang masa yang tajam sudahlah, kan.

13 Responses to “Masa”

  1. snm says on :

    salam sarah 🙂
    apa mksud lagu kt sblh ni?

    Reply

  2. snm says on :

    yelaa sarah..entri ni betul2 ingatkan saya zaman saya sibuk, zaman ktka study..skrg dh lapg sikit..mule la dok terkenang2..terindu2 zaman2 tu 😛
    tp mmg betul sarah tulis tu..”jgn kte terbunuh dek pedang masa yg tajam”
    buat ini, ingt yg itu..buat yg itu, ingt yg sana..tgungjwb dan masa kena saling bonded each other..

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    jangan terbunuh dek pisau pemotong kentang sudahhh

    Reply

  4. CritiCalThinKer says on :

    ala.. susah la lagu kali ni.. nak ikut-ikut nyanyi pon x jadi huhu..

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua:

    Falin:
    Vremya = Masa/waktu. ehem. jgn plak bila tgh free dicari nahas menempah kerja. huhu. tp serius. sy tgh tak menang tgn ni.

    Izu:
    haa. psl kentang tu ada 1 cerita lain plak. nnti sy email mcm biasa. tp tggu ada masa skit naa.

    CT:
    kena rasa winter di rusia dulu bru boleh geliat2kan lidah nak ikut sebut bahasa ni kot. hehe

    Reply

  6. Khairul says on :

    sibuknye Kak Sarah.. how can you manage all that

    tapi yelah, hari minggu biasanya saya tak pernah ingat pasal kerja2 ,waktu tu rasa maaaalas sangat nak buat ape2. ahad malam baru la terhegeh2. huhu

    good luck, as always, ye kak sarah

    Reply

  7. Dr Amad says on :

    Hah…Ahmad Fardi,semacam kenal dengan mamat ni..hehe.Kirim salam kat zaid n jam…kata sy kangen sama diorg..

    Reply

  8. Anonymous says on :

    i tink u got the details abt the 4th nov holiday totally worng…just FYI
    cheers!

    Reply

  9. Anonymous says on :

    *wrong

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    alahai. u wanted to say that i named it wrongly, right? day of unity is the new name. i’ve been aware of of this since 2006. before that, it was called as revolution day. since i 1st came here in 2003, it was it. the revolution day. only in 2006 (or november 2005), they changed it to day of unity. in remembrance of the same event. tahnk u.

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul Adik Kecik:
    all the best, as always too =) eiii serius rindu kat kamu!

    Fahmi:
    hehe. diorang dh balik mlm tu jgk la. tak dpt nak smpaikan salam directly. tp klu ks ada contct diorg, ks akn sampaikn =)

    Reply

  12. Eloise says on :

    Im trying to find a way to make extra money online btu I cant seem to find
    a liget place. Can some one help me find one please..

    Reply

  13. vegas website design says on :

    That was an amazing article. I really enjoy this website.
    Appreciate you sharing.

    Reply

Leave a Reply