Kahwin Atur

Assalamualaikum wbt

Tadi Siva menelefon saya. Siva ini rakan satu batch dari India. Saya baik dengannya. Di sini, pelajar-pelajar dari India agak kurang serius dalam pelajaran tetapi mereka masih berjaya hidup hingga ke tahun akhir ini. Ajaib betul. Tapi Siva ini lain. Dia pandai, rajin, baik budi dan hormatkan rakan-rakan Muslim perempuan. Walaupun mukanya tipikal saja seperti kaum India dari India, tapi dia ada manisnya yang tersendiri. Dia selalu senyum dan punya lesung pipit di pipi kanan. Saya senang berkawan dengannya. Dia menelefon untuk mendapatkan case history saya untuk subjek Paediatrics pada tahun lalu. Ini laporan lama tapi saya memang menyimpan semua rekod kerja saya. Jadi, saya menyuruhnya datang ke rumah.

Sementelah dia datang itu, adalah kami berborak sekejap di muka pintu. Disebabkan kami berlainan kumpulan, tiada posting yang kami sempat bersama. Sentiasa di hospital yang berlainan. Tadi dia bertanya, apa rancangan saya selepas habis nanti. Saya jawab mudah sajalah, balik terus dan kerja. Tak mahu tangguh-tangguh. Dia gelak besar. Balasnya, itu sudah tentulah. Lain-lain perancangan bagaimana pula. Bila saya hendak menyambung postgraduate tanyanya. Saya pun menerangkan sistem di Malaysia bagaimana. Setelah dia faham, laju dia bertanya, habis tu, bila nak kahwin. Takkan kerja dan belajar saja. Saya pun tergelak dengar soalannya ni. Saya balas, kalau ada jumpa nanti, kahwinlah saya.

Sebaik selepas saya menjawab, dia pun membalas semula. Katanya, dia pun akan bekerja wajib selama 2 tahun dulu dan kemudian akan kahwin. Menurutnya, nak stabilkan diri dulu baru hendak kahwin. Saya pun mencelah, jadi maknanya dia sudah ada seseoranglah ya sekarang ini. Saya cucuk lagi, di sini atau di Indiakah gadis itu? Laju dia menjawab semula, jelas dia di sini selalu berseorangan. Mana mungkinnya dia ada kekasih. Saya pun kata, ya tak ya jugak ya. Dengan tenang dia menyambung, nanti saya akan kahwin melalui arranged marriage, kahwin atur. Saya terkejut juga mendengarnya. Saya bagai orang bodoh bertanya, jadi, emak ayah awaklah yang akan carikan. Jawab Siva dengan senyuman, ya.

Bagi saya, terbukti Siva ini memang baik. Dia masih lagi tidak menolak nilai tradisi yang diamalkan oleh masyarakatnya. Mungkin ada yang mengatakan ini kuno, tapi saya puji Siva kerana sesungguhnya saya yakin dia merupakan anak yang baik dan taat akan ibu bapanya. Bukan senang untuk kita utuh dengan tradisi kalau kita sudah banyak terdedah dengan kemodenan. Tambah-tambah pula status keluarga Siva ini bukanlah sebarangan. Mereka keluarga yang berstatus baik. Saya puji kerana mereka masih kekal mengamalkan tradisi ini.

Bagi saya, kalau tradisi ini masih diaplikasikan dengan luas di kalangan masyarakat kita pun tak ada salahnya. Dapat juga elakkan maksiat couple muda-mudi sekarang.

Ingat ya Sang Kancil. Single makes simple. Double makes trouble. Jangan tersilap langkah ya. Kat atas sana ada yang melihat kita. Daa~

21 Responses to “Kahwin Atur”

  1. Nadia Yuna says on :

    Salam sarah.

    arranged marriage? Humm. Nadia x pasti apa pndapat ayah nadia pasal menda ni. pasai nadia Kurang discuss ngn ayah. Penyegan lain macam. But. my mom memang dah terang-terangan jelaskan pada kami (anak-anak), bab pasangan masing-masing, pilih sendiri!

    Katanya, Nnti kalau dipilihkan, jadi apa-apa, mereka tak mahu kami (anak-anak) tuding jari salahkan mereka.

    Maka kesimpulannya, pilih sendiri & kemudian mesti bertanggungjawab atas pilihan tersebut.

    ** Tapi nadia ada habaq kat mak, kalau nanti sampai masa, akak rasa akak nak mama pilih. Mama carikanlah. Akak ikut je **

    Nadia akan cakap lagi kat mama ayat atas ni kalau sampai satu masa, nadia rasa nadia dah betul2 bersedia, tapi tak ada siapa yang ada. Hah. Macam tulah.

    ** Tapi sekarang xlah. =p

    ~ sarah pulak macammana ye?

    Reply

  2. Nadia Yuna says on :

    ** nadia perasan ayat nadia macam ‘skema’ plak kat ateh ni **

    Hoh. Ini penangan angin malam =p

    Reply

  3. Ainul Arina says on :

    salam

    cam kempen ikhtilat sifar je nih… 😛 love the quote! cuma ainul slalu pakai “couple is trouble”.. hehe

    rasanya tak perlulah nak couple2 nih.. banyak je jalan lain utk dapatkan jodoh.. lagipun, insyallah jodoh dh ditetapkan tuhan..

    setakat ini, orang berikrar takmau bercouple2 nih.. aminn.. insyallah.. sbbnya penah terfikir akibat kalau nnti putus couple, patu bila dah kawin n tetiba tejumpa kekasih lama mesti terkenang2 ‘zaman cinta-cinta’ dulu. ‘auzubillah.. kesian partner org nnti.. biarlah yang sah suami itu kekasih pertama dan terakhir..

    opss, gaya cam suda matured plak budak kecik nih.. takpe2, perancangan masa depan.. ^_^

    Reply

  4. snm says on :

    salam sarah
    dua-dua saya dah merase :p
    single dan double
    mama saya sedikit cerewet. Mr.SNM dulu dia kurg berkenan. tp saya tahu knp. sbb kami masih muda. skrg, masing2 dah pegang duit sndr. takde la dia membebel sgt. cuma…
    iye cuma kwn2 lelaki adk saya yg paling byk dia reject. sbb katenye, entah mana2 lelaki dia kenal. erm..yelaa..adik saya boleh tahan rupa..so, adik saya kene habiskan study dlu. baru la dia blh fkr bab2 pasangan ni. hehehe :p
    saya pun rs, tradisi ni tak salah. tp zmn skrg kan, saya x blh nk komen lbh2. sbb masing2 sudah terdedah pd dunia luar. org ckp, globalisasi, modenisasi..bab2 match maker ni, mgkn lbh sesuai klu ibubapa yg pilih..biar mrk btol2 kenal org yg mahu dimatch make tu..mrk lbh dlu rs asam garam hidup 🙂

    just my 2 cents, sarah..

    Reply

  5. kylex says on :

    salam..

    My umi&abah dah bagi kepercayaan dekat anak2nya untuk cari jodoh sendiri,lagi pun dah pandai berfikir kan yang mana baik dan buruk..Cuma abg Ngah saya je yg dah bagi permission utk umi&abah wat pilihan utk dia,terharu sy dibuatnya..Pape pon semoga bahagia di dunia&akhirat untuk mereka yang dah berkahwin dan yg akan berkahwin,AMINN 🙂

    Reply

  6. akirasuri says on :

    Huhu.. satu hari letak 2 entri yang ekhem ekhem ni.. Haha! Ada apa-apa ke? Haha! (matilah sarah marah..) :p

    *cepat-cepat larik balik umah*

    Reply

  7. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua.

    Nadia:
    mmg la skrg awk tak perlu fikir mcm ni pun. sy rasa, klu skrg ni awk suruh mama awk carikn tp sedangkan awk ada peluang n masa utk mencari lg, baik la cari sendiri kan. hehe. sy plak macam mana? sy pun sama mcm ni. sy penah cakap ke mak sy, nak suruh mak sy je yg carikan. malas la sy pening2 fikir sbb klu sendiri cari, sudahnya mcm takkan jumpa yg kita betul2 rasa klik. tp lepas tu mak sy bgtau, soal cari pasangan ni, klu boleh cari dulu sendiri. kata emak, org skrg ni lain. tak mcm org dulu2. nak tak nak kita kena kenal jgk dulu pasangan kita ni. org dulu2 tak terdedah dgn macam2 hal dunia luar. tp org skrg ni, mcm2 ada. mak sy kata, jgn nnti bila dh kawin, tak serasi, mak ayah yg dipersalahkan sbb tak bg peluang anak2 buat pilihan sendiri. hmm. jd setakat ni, mungkin ni pendapat sy tp sy tak berani jamin la kesudahannya mcm mana. sbb sy ni sgt kecik lingkungan/skop kawan2 yg sy ada. nak cari mcm mananya kan. huhu :p

    Ainul:
    bagus la kalau itu prinsip kamu. cuma 1 je nasihat ks yg tua ni. jgn sampai kamu tak sedar cinta yg dh ada depan mata hingga kamu terlepas dia. nanti 1 hari kamu juga yg menyesal sbb abaikan apa yg kmau dh nampak n rasa ni tp demi prinsip segalanya kamu letak tepi. hehe. tak setuju pun takpe. ni cuma pendapat ks. klu 1 hari nnti ada org yg baik agama n budi dtg ke kamu, jgn lepaskn mcm tu je ye. (baca diam-diam: kalau dia kacak, arkitek pulak tu, punya senyuman yg menyejukkan hati, haa.. lg la jgn dilepaskan ye. huhuhu) =p ok ok. kidding!

    Reply

  8. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    pendapat sy sebenarnya hampir sama je mcm awk ni. sy dh jelaskn dlm komen sy pd nadia kt atas. sy ni tak pegang duit sendiri lg. nampak sgt sy ni mmg tak boleh nak bercinta lg. kawin lg la pulaknya kan. hohoho =D erk. sy tak rasa kawin awal sesuai dgn sy. siapa kenal sy mesti faham kenapa.

    Kylex:
    mak ayah sy pun sama je mcm ummi n abah awk. sy kagum dgn abg ngah awk. sy nak contohi la nnti. hehe. tp sy ada deal dgn mak sy. umur dh 28 klu takde org jgk baru mak sy cari kan. ni takat berjanji mulut aje la dgn mak. tp ni mak2 sedara ada la plak yg nak tolong cari2kan. adeh. tgk aje la nnti. hehe.

    Cik Ati:
    alaa cik ati. mana ada kaitan. pasal arkitek tu, sy kebetulan terbaca beberapa website psl acrhi. rasa teruja je tgk. tmbah pulak, sy teringat kt 2 org sepupu sy. sorg tgh abiskn study (dh penah keje dh dulu) n sorg lg tgh buat preparation ausmat to further in archi. takde maksud yg lain. psl entri kali ni, mcm biasa la. sy ni bercerita tntang apa yg jd recently dlm hidup. kebetulan macha siva sy dtg melawat. hehe. maka terhasillah sebuah karangan ini. hehe. cik ati kan kenal sy ni mcm mana 😉

    Reply

  9. snm says on :

    lupe nk respon pd sarah..heeee..lagu tu first time saya dgr..trus jatuh bedebuubb.mcm jatuh cinta kut :p lagu tu sesuai utk saya dgr di kala saya sdkt stress..*sdg stress le ni..smbil dgr lagu dewa dr blog AYS*

    wardah saya x blh nk celen wardah sarah..upss :p

    saya rs, bakal teman ms dpn sarah akan memahami sarah..dan ustzh saya pernah ckp, kita takkan dpt lelaki idaman kita..ngee~~ dan dia ckp, lbh baik lelaki/teman ms hdpan kita yg menyayangi kita lbh dr kita menyayangi dia..saya tahu, ada yg x setuju statement ni..tp bg saya, saya prefer mcm tu..biarlah dia lbh sayang kita..:p

    Reply

  10. mahasiswa says on :

    salam.

    teringat mase cuti sebulan kt msia, bercouple memang jadi budaya, sedang belum ada ikatan yg sah, bermadah pujangga, bile dah bernikah, terima kasih pun susah terluah.

    dkalangan msyrakt arab pun apa kurangnya.

    yang membeza kita, TAQWA.
    biarlah proses berumahtgga berlandaskn taqwa.

    Reply

  11. Tiang Purnama says on :

    ha a,single pun dah trouble,apatah lagi double triple quadriple

    couple bila mariage lagi best ke Sarah? 😉

    Reply

  12. chmod says on :

    salam doc sarah…
    dua orang abang saya dan adik pempuan saya kahwin arranged marriage..hehehe..mak saya cari dan kawinkan je..bercintan lepas kawin.hehehe..abg saya satu baru kawin april taun nie..lagi satu dah ada 2 org ank dan adik pempuan saya pun da ada 2org anak..tak salah arrange marriage nie..yang penting kematangan diri kita dalam pemikiran dan percakapan..lagi satu mak saya nie pemikiran cam org zaman dulu2..

    Reply

  13. Miro says on :

    Kalau ngangah nak kawin ngn akitek miro bleh tolong carikan hehehhe..tapi kebanyakan mr.akitek ni dah tua2.wahahha paling muda around 30 la….and kebanyakkan akitek masa umur 30 baru dapat AR. masih sibuk dengan kerjayanya la.so campur darab tolak around 32-40…hehehe yang paling takut last2 nanti mr.akitek bz dgn kerjanya family tertinggal..hehehe

    Reply

  14. abdul hayyi says on :

    Zaman sekarang ni,dah susah nak cari orang yang minta parents carikan jodoh. kalau ada pun sekerat dua.

    Tak nak komen panjang sebab saya tak kahwin lagi. tak tau apa pro n consnya kawin dengan pilihan sendiri n kawin dengan pilihan mak ayah.

    😛

    Reply

  15. Ainul Arina says on :

    ha!!!!!!!
    ayok-yok….. ha!ha! ainul dah fahamm.. hehehe.. elele ks, kalau dah cenggitu cirinya, jgn la shy-shy cat nk share ngan ainul pula.. hikhik… 😛 kalau serupa, sy proceed ajer..! (baca diam-diam juga: cam sama je yg ks sebut tu, cuma ader ubah sket.. haha).. ok2, just kidding!

    yes bos!! akan sy ingt nasihat2 tu.. ainul stuju je pndgn ks tu, cumanya kalau nk jadi pun biarlah ikut jalan yg betul.. ^_^ don’t worry ks, bukannya sy taknak kawin langsung.. sampai masa nnti, insyallah sy hantar kad.. acece.. poyos betul.. ks, jgn lupa arr dulu2 punya tarikh tu.. klu ada, sila announce pd orang tau!

    Reply

  16. zulfadli-md aris says on :

    k sarah..apsal shoutbox da hilang? my 1st comment here..baru sempat baca sekali je artikel ni,tak berani nak komen :p. but sy sgt bterima kasih for ur comment at my imeem, sori komen tu da hilang coz u state my name. i’m a nobody in imeem. hehe..but dont hesitate to drop more comments there..tq

    p/s: if walimah jangan lupa ajak! atleast promote kt internet ni..wpun ‘kami’ pun belum tentu bleh dtg..hehe

    Reply

  17. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    err. psl wardah2 tu jgn sebut2 selalu falin. nnti ada org yg faham pulak =p sy cuma taknak sorg je tahu. lalala~ haha.

    Naqeb:
    ks wonder, org arab bercinta sakan tu mcm mana ye. hehe. ada tak mcm budak2 muda di msia, berdating tak ingat dunia kt merata2 tempat =p

    Tiang Purnama:
    double lepas kawin tu lain cite. tu bukan makes trouble dah tu. hehe.

    Shamsul:
    sy kagum dgn adik beradik awk yg masih taat dgn cara ibu bapa yg memilihkan pasangan utk anak2. harap awk nnti pun ditemukan dlm cara yg baik macam ni jgk. penuh redha tu!

    Mirul:
    tak mau la klu dh tua sgt. haha. tp klu wkt tu umur ngah 28, dia 30, ok jgk apa. hahaha. ah sudah sudah. tak boleh sebut byk2 kali. sat lg betul ngah kawen lewat. padan muka seketul =p tp awk nnti jgn la kawen lambat sgt ye. hehe.

    Hayyi:
    sy nampak, awk ni pun antara calon yg sesuai utk dikatakan yg mak ayah awk yg akan carikan utk awk nnti. sbb awk mcm malu2 kucing org nye. heheh.

    Ainul:
    pasal tarikh kerabat berkat selamat sume tu lupa2kan aje la ye. ks pun geli nak sebut2 =p sume teori tarikh2 tu adlh tak logik. tak caya? bukak kalendar n tgk sndiri. bukak takat kalendar masihi tp kalendar hijrah sekali ye 😉

    Fadli:
    hehe. entri ni memerlukan org yg berani utk mengomen. hehe. oo. kamu rahsiakan identiti kamu ye di blog di imeem tu. ok. ks takkan sebut dh nama kamu tu. tp dh hari tu kamu tnya ks, ks kenal tak sape kamu. ks pun tulis aje la kat situ kan. hehe. haishh. walimah ks la pulak ye. geli geleman ks mendengarnya. ntah bila la tu. amboi. kami ye! kantoi sudah =)

    Reply

  18. Ainul Arina says on :

    amboi2.. dasyat betul sampai ke kalendar hijrah pun dah check.. sangat berpandangan jauh betul kakak sorang nih… ks, memang ler semua tarikh keramat berkat amende ntah semua tu dah cancel.. kan dari dulu lagi dah agree tutup tarikh.. orang cakap future punya la.. yang belum di set lagi.. aigoo.. 😛 just IF ada, maka beritahulah mereka semua tu.. hehe..

    Reply

  19. Anonymous says on :

    kawen atur la baru klasik nasional

    Reply

  20. mahasiswa says on :

    ks, lebih kurg la same dgn malaysia. kalau kat unvsity, kat tempt tersorok
    lokasi diorg. sume ni penangan hedonisme, terutama bab lagu2 jiwang arab..huhu. sesuatu kaum tu dimuliakan dengan islam. kalau meninggalkan islam, hilangla kemulian di sisi Allah.
    tak sume arab mcm tu. yang siqah pun byk, kagum.

    Reply

  21. movers and packers charges from mumbai to delhi says on :

    I always spent my half an hour to read this weblog’s content
    everyday along with a cup of coffee.

    Reply

Leave a Reply