Tag Raya

Assalamualaikum wbt

Sejak bila puasa penuh?

Mula berpuasa sejak tadika. Puasa penuh sejak darjah 1.

Pernah ponteng puasa dan apa alasannya?
Waktu darjah 3, dalam kelas Al-Quran di surau sekolah, tiba-tiba ada darah mengalir keluar melalui mulut saya. Menitis-nitis atas helaian Al-Quran. Emak datang sekolah dan bawa saya terus ke klinik. Gastrik saja, kata doktor (gastritis). Waktu itu Ramadhan. Saya terpaksa berbuka serta-merta. Tapi bila dah tingkatan 4, baru tahu rupanya saya ada gastric ulcer. Dan Ramadhan tahun lepas, ketika saya sakit teruk tu, saya tinggal 4 hari puasa kerana keadaan diri yang sangat tak mengizinkan.

Pernah bermain mercun dan bunga-api?
Mestilah pernah. Tapi saya kurang meraikan sangat benda-benda alah ni kerana masih terasa fobia saya terbakar tahun 1993 dulu. Saya main gitu-gitu aje.

Juadah yang paling disukai ketika berbuka?
Apa-apa saja yang emak masak. Saya lagi suka makanan berasaskan mee berbanding nasi untuk berbuka. Ni dulu-dulu. Sekarang, tak dapat nasi waktu berbuka, rasa longlai 1 badan. Hehe. Kalau di rumah, dulu-dulu emak mesti sediakan nasi dan lauk juga makanan seperti mee hailam atau bihun atau apa sajalah yang bukan nasi. Tapi sekarang ni, berapa orang saja yang tinggal di rumah. Emak masak yang sederhana saja. Agaknya tahun depan, meriah semulalah Ramadhan kami. Erk, ni yang buat saya nak kerja di Temerloh saja ni. Boleh tolong tengokkan adik-adik kan. *Alasan*

Lagu raya kegemaran?Beraya di mana tahun ini?
Hanya 3 lagu yang ‘sentiasa hijau’ di hati saya:
1) P. Ramlee – Dendang Perantau
2) Hail Amir dan Uji Rashid – Seloka Hari Raya
3) M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
Beraya semestinyalah di Tanah Tsar ini. Season Finale Autumn Version =)

Pernah bertugas di Hari Raya?
Belum bekerja lagi. Setakat ni, hanya pernah mempunyai kelas di pagi raya ketika di tahun 2. Erm. Tapi pernah bertugas sebagai pencuci pinggan-mangkuk rasmi ketika hari raya. Hehe. Sebab rumah saya pastinya akan diserbu oleh saudara-mara, orang kampung dan kawan-kawan ayah sebab rumah saya merupakan lokasi lepak-lepak terbaik untuk makan laksa Penang yang best! Emak saya sangat handal membuat Laksa Penang. Sampaikan, orang tersilap sangka ingatkan ayah saya tu orang Temerloh kerana dialeknya yang dah macam orang tempatan manakala emak pula yang disangka orang Penang.

Kenangan paling manis pada Hari Raya?
Hehe. Sentiasa manis. Terutamanya raya tahun 2002 selepas tamat SPM (kali terakhir beraya bersama keluarga) dan pada tahun ini (kali terakhir beraya di Moscow).

7 Responses to “Tag Raya”

  1. CritiCalThinKer says on :

    emm.. sama ada hari sangat panas atau apa aku tidak pasti.. tapi kisah bakar itu telah merembes mata ini jadi berkaca.. semoga kamu terus ayu.. jangan nafi, aku sudah lihat!

    Reply

  2. 13may says on :

    Salam sarah….

    apa kabar???

    tak tahu plak sarah dah menulis semula 🙂

    Reply

  3. sarah mohd shukor says on :

    Critical Thinker:
    maaf sbb telah mengacakan mata awk hari ni. tanpa niat. erm. sy rasa sy tau di mana awk lihat. dan sy dah nampak watak2 hebat tu tanpa jaluran hitam menutup mata =)

    Maymay:
    salam may. alhadmulillah sehat2 aje. hehe. just decided to. sorry tak inform. selamat hari raya ye may =)

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    salam sarah..

    pastinya tahun dpn ramadhan lbh meriah bkn sja sbb awak dh balik semula dlm famili, tapi mungkin awak dh kerja masa tu dn anak2 buah akan beratur menunggu duit raya dr awak. hehe

    aku juga selalu tersilap sangkakan awak org penang. hehe. muka ada iras2 mami. hihi

    Reply

  5. sarah mohd shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    adik beradik sy takde yg kawin lg. maka sy takde anak2 buah lg. huhu. jadi, selamat la sebarang duit drpd dilaburkn ke dlm tabung kanak2 :p eh, sy mana ada iras anak mami la cikgu.

    Reply

  6. one says on :

    salam…
    penyakit itu boleh datang kembali ke cam incomplete recovery?

    Reply

  7. Pemburu says on :

    gastrik ulser bleh jd teruk smpi tahap tu ke? smpi darah bleh meleleh kuar dari mulut?
    sy pun ada gastrik problem gak, tp so far cma bertahan ngan PPI saja. seems like ok, maybe blom jd ulcer kot, harapnya x smpi tahap ulcer la.

    Reply

Leave a Reply