Mungkin Ini Hal Remeh

Assalamualaikum wbt

Saya masih ingat membaca sebuah buku agama karangan seorang penulis dari Indonesia yang saya pinjam daripada Iman Al-Wahdy (masih ingat akan dia?). Tajuknya: Membezakan tanggung jawab, sifat dan sikap sebagai seorang isteri. Hehe. Kalau dalam bidang perubatan, ini namanya ‘Differential Diagnosis’. Cara nak membuat perbezaan antara perkara-perkara yang hampir sama saja tapi sebenarnya berbeza.

Hendak dijadikan cerita, dalam buku itu ada membincangkan bahawa ada beberapa perkara juga sebenarnya dikongsi bersama antara tanggung jawab, sifat dan sikap sebagai seorang isteri. Dan saya memang tergelak bila baca salah satu daripadanya. Tidak berdengkur. Ini adalah satu tanggung jawab, satu sifat dan satu sikap yang perlu dimiliki oleh seorang isteri. Ada disertakan huraian tentang hal ini dan saya berpuas hati kenapa hal ini diketengahkan dalam agama kita. Tapi waktu membaca itu, saya tidak dapat lihat praktikalnya hal ini dalam masa-masa yang bagaimana. Bagi saya, saya tak berdengkur jadi tak perlulah saya hiraukan sangat tentang fakta itu.

Tapi apabila membaca antologi cerpen (novel) Di atas Sejadah Cinta (hadiah daripada seorang pembaca blog saya), ada sebuah kisah benar yang dicerpenkan, mengisahkan seorang pemuda yang menarik semula lamaranya (atau) memberikan syarat yang jika adanya hal tersebut terjadi, maka lamarannya pada si perempuan ditarik semula. Hal tersebut ialah berdengkur. Dan di dalam cerita ini barulah saya nampak apa praktikalnya dalam kehidupan dengan jelas.

Lelaki tersebut seorang yang alim agama, dihormati dan banyak menghabiskan waktu di siang harinya dengan bekerja dan mengajar agama. Si perempuan dalam kisah ini memang sentiasa mendoakan lelaki ini menjadi suaminya. Dan apabila suatu hari datang lamaran buat perempuan ini daripada lelaki tersebut, teramatlah gembiranya hati si perempuan ini (wardah gitu!). Tetapi tidak berapa lama kemudian, si lelaki menarik balik lamarannya yang disampaikan melalui seorang perantara kerana dia mendapat tahu bahawa si perempuan itu tidurnya berdengkur. Menangis tak sudahlah si perempuan ini. Tetapi setelah dirasionalkan oleh orang tengah dalam urusan lamaran ini, maka jelaslah si perempuan ini kenapa hal tersebut terjadi.

Lelaki tersebut berharap biarlah orang yang menjadi isterinya seorang yang bertanggung jawab terhadap kehidupan siang dan malamnya, sibuk dan rehatnya, mempunyai sifat yang tak mudah diperkatakan orang di kemudian hari dan sikapnya pula santun dari segi manusiawi, bukan sekadar sifat yang boleh dicontohi. Dan masalah yang dimiliki oleh perempuan itu ialah tidur berdengkur yang mana boleh menggugat kesemua kriteria yang disyaratkan oleh lelaki itu.

Lelaki itu juga sebenarnya menginginkan perempuan tersebut menjadi isterinya tetapi jika isterinya itu nanti tidur berdengkur, dia tidak akan punya rehat yang tenang pada sebelah malamnya setelah siangnya dipenuhi dengan kehidupan yang memenatkan. Isterinya itu tidak akan punya satu sifat yang boleh dicontohi dan sikap yang santun dari segi manusiawi (kerana lumrah dan fitrahnya, seorang wanita dipandang indah jika tidak berdengkur).

Lelaki tersebut masih mengharapkan perempuan tersebut boleh menghilangkan dengkurannya kerana dia percaya setiap yang buruk itu boleh diubah. Ya betul. Sikap optimis lelaki tersebut ternyata betul. Perempuan itu pergi mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk menyelesaikan masalahnya. Dan ternyata, si perempuan itu berdengkur kerana mempunya masalah salur pernafasan yang sedikit kecil kerana ada sesuatu yang tersumbat (ini adalah permasalah yang memang wujud dalam Ear, Nose and Throat [ENT] Department. Kebiasaannya disebabkan meatus di dalam hidung yang besar atau kelenjar tonsil di dinding belakang mulut [posterior pharynx] membengkak). Semua masalah ini ada cara untuk mengatasinya. Dan akhirnya si perempuan itu dapat menghilangkan dengkurannya itu. Dan pernikahan antara lelaki dan perempuan itu pun berlangsung.

Dari kisah ini, saya mempelajari satu praktikal hidup yang penting. Sebagai perempuan, kita mesti tahu tahu yang mana satukah tanggung jawab, sifat dan sikap supaya kita dapat menjadi yang terbaik untuk suami kita (kelak). Hal-hal ini mungkin tak diajarkan secara terus oleh emak ayah kita (siapalah larat nak kaji kita ni tidur berdengkur ke tak, kan) tapi ini adalah sesuatu yang kita kena tahu sebagai seorang perempuan kerana dengan menjaga hal-hal yang mungkin kita anggap kecil dan remeh ini sebenarnya dapat membawa dan menjaga keharmonian dalam rumah tangga.

Erm. Boleh faham ke apa yang saya cuba sampaikan daripada kisah ini? Maksud saya, sebagai seorang perempuan ni, kita kena sedar yang mana patut kita ambil kisah kerana nanti bila sudah bergelar seorang isteri, takkan kita sampai hati nak tengok suami kita tu tak lena tidur malam sebab terpaksa berhadapan dengan perkara yang mungkin kita dah anggap sebagai habit. Sedangkan, setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

Hehe. Alhamdulillah saya tak berdengkur walau penat macam mana sekalipun hari yang dilalui. Saya ada satu petua untuk para wanita yang mengalami masalah ini. Tidur tanpa bantal adalah cara manual untuk membetulkan salur pernafasan. Masalah dengkur dapat dielakkan sedikit demi sedikit. Tapi jika berterusan, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar ENT.

Weh, saya rasa macam orang tua je bila menulis pasal ni. Sila ingat, umur saya adalah 23. Hehehe.

Nota: Bagaimana pula kisahnya jika lelaki berdengkur? Kita mungkin katakan ialah adalah satu kebiasaan. Ya. Seisi dunia mengakui fakta ini. Tidak pelik atau jelik pun melihat hal ini. Tapi, kisahkah mereka tentang isteri mereka pula sama ada terganggu atau tidak tidur mereka disebabkan dengkuran si suami. Para isteri pun ada ada tanggung jawab yang besar dan sama memenatkan seperti para suami juga kan =) Sekadar berkongsi apa yang saya terfikirkan saja. Sesungguhnya tolak ansur dan persefahaman itulah yang lebih penting. Agaknya, ada para isteri yang tak boleh tidur kalau tak dengar suami dia berdengkur kot. Rindu katanya! Huhu =p

Saya berhenti dulu. Sudah mahu ke hospital. Kenapa saya menulis entri ini kerana saya baru berjumpa dengan seorang pesakit lelaki yang mempunyai Kanser Esofagus. Kanser itu telah sedikit menekan salur pernafasannya (trachea). Disebabkan itu, walau dalam keadaan biasa, nafasnya kedengaran seperti berdengkur. Isterinya yang kebetulan turut berada di hospital yang sama akibat serangan Angina Pectoris (sakit jantung) bercerita kepada saya (ini pesakit saya) bahawa dialah yang menguruskan suaminya dari jaganya sampai tidurnya semula. Dan dia tidak boleh hidup tanpa suaminya itu walau penat dan susah macam mana sekalipun untuk dia menguruskan suaminya yang sakit itu. Sangat tersentuh hati saya mendengarkan itu. Kedua-dua mereka sudah berumur 82 dan 84 tahun. Semoga pasangan Parkov ini dalam keadaan yang stabil sekarang.

23 Responses to “Mungkin Ini Hal Remeh”

  1. cikgu jawe says on :

    salam sarah..

    n3 yg lucu tp sarat dgn kebenanran. dengkur mmg mslh global. sama serius dgn kenaikan harga minyak. hehe

    bg aku le, org yg benar2 keletihan dn tidurnya sgt2 lena, dia tak perasan pun pasangannya dengkur ke tak. terutamanya jika dia amalkan tidur yg berkualiti. hehe

    lain le kalau isteri/suaminya berdengkur sekuat keretapi arang batu mcm dulu2. hehe..

    awak tak dengkur ke sarah?. mana le awak tau sbb awak tidur.. hehe

    kan wanie kaann.. hehe

    Reply

  2. Nisa ur cousin says on :

    hehe, sya sekarang tgh ENT…
    baru pagi tadi discuss dgn doc pasal dengkur…
    since its only 2-week posting, too many diseases and disorders to cover in ENT…mana yg penting je sya bc detail (e.g. rhinosinusitis, ASOM, CSOM, cholesteatoma) dll…
    nice to read ur blog again!!
    miss you!!

    Reply

  3. CritiCalThinKer says on :

    dengan ini telah dipatternkan bahawa soalan wajib di kali pertama pertemuan adalah: adakah kamu berdengkur? 😉

    Reply

  4. Dr Amad says on :

    Tidak berdengur menjadi salah satu faktor kebahagian rumah tangga…bunyi kelakor tapi hakikat yang kita tidak mampu tolak.

    Saya pernah dengar pengalaman dari seorang tokoh yang popular terutama dalam bab kekeluargaan..ayatnya lebih kurang

    “Nta jgn terkejut,lani ada isteri mitak fasakh pasal tidak puas hati dengan suami duk picit ubat gigi dari atas,yang patutnya dari bawah”
    melopong saya…

    erkkk

    Reply

  5. abdul hayyi says on :

    haha…lucu pulak baca entry ni.Huhu..

    Patut ke tny org pompuan camtu?”adakah kamu berdengkur?”.
    😛

    Reply

  6. thia says on :

    kak,sukaa entri ni..lagi2 bila akak bercerita ttg pesakit akak..suatu hari nanti,sy pun mahu kongsikan pengalaman sy bersama bakal2 pesakit sy nnt…

    bidang yang kita pilih ni,banyak memberi pengajaran pada kita kan kak?sy tak pernah menyesal walaupun terpaksa berpenat lelah sekejap

    Reply

  7. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks. btol ke usia ks 23 ni? cam tak logik je. ks tampak muda la. cam umur 15 gitu. hehe. (senyum sambil menyanyi lagu joget mengambil hati..heheh)

    Reply

  8. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Cikgu Jawe:
    aishh cikgu ni. suruh wanie rekod sy tido. muahaha. kalau sy dpt suami yg tido dengkur mcm keretapi arang batu, sy suruh dia tido luar. takpun sy on call je memanjang. Muahaha :p eh cikgu, ke diri sendiri yg cenggitu :p *lariiii

    Nisa My Dearest:
    haa! termenjenguk jgk awk kat sini semula ye. nanti tolong bgtahu liyana yg ngah dah update semula. satgi merajuk plak dia sbb ngah tak inform. hihi. ngah hari tu sebulan cycle ENT. best! ngeri sikit2 pun iye bila tebuk2 drill2 meatus org. cucuk hidung telinga org sana sini. huhu. tambah plak kalau buat pd budak2. rasa kesian pun iye kan. all the best with ur ENT. ngah rindu sgt kat awak sya oi. thn depan wajib la kita beraya di lebak ok!

    Reply

  9. sarah mohd shukor says on :

    Critilcal Thinker:
    kalau awk nak lamar org terus tanya soalan ni dulu, awk terus tak dipertimbangkan dah. huhhu~

    Ahmad Fahmi:
    Allahu AKbar! pasal ubat gigi pun boleh jd kes tuntut fasakh. hari tu ks penah dgr kes tuntut fasakh sbb suaminya ada habit suka kentut n korek hidung di khalayak ramai tanpa silu. haa. yg ni kira logik la jugak kan. hehe. macam2 ragam la umat manusia ni kan =)

    Thia:
    nanti kamu dh clinical year, kamu akan ada le pengalaman2 yg pelik2 n best2 jgk =) im looking forward for it =) tp wkt tu ks dah mula nak buat master dah kot. haha :p selamat berangkat balik ke cairo ye. jangan nangeh2 ye thia. kita kan macho 😉

    Judin:
    amboi la judin. tau la ks ni pendek. ni memuji tak pasal2 ni misti nak apa2 ni. oh. prejudisnya diriku =) nak syaurma gulung satu! kat kedai halal depan tu ok! =)

    Reply

  10. akirasuri says on :

    Aik.. Bercakap soal baitul mukmim..
    Waaa ehem ehem.. Hahak!

    pssttt.. ai tidur tak berdengkur.. Ada sesapa nak ngorat tak? Wakakaka! :p

    Reply

  11. kylex says on :

    salam..

    Berdengkur pun mnjadi salah 1 faktor kebahagiaan rumah tangga ye :)..

    sy pun akan tido berdengkur tanpa disedari kalau sehari suntuk penat sgt2 dgn xtvt luar@pape keje..Kene ubah sikap ni utk kbahagiaan masa dpn..

    TQ Doc Sarah utk nsht dan cerita yang amat berguna ini..Terima Kasih Daun Ketupat 🙂

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    Cik Ati:
    ada! ‘org itu’ dah angkat tgn dah. tiggi ‘prg itu’ angkat tau 😀 alah cik ati ni. mcm tak kenal je sy lg. takde maknanya u usik-usik ai ni tau 😐

    Kylex:
    sudah kantoi jenis tidur mati ni :p

    Reply

  13. umaralfateh says on :

    wah, kak sarah dah mula bercerita pasal tanggungjawab , sifat dan sikap seorang isteri..

    hmm…sekuntum bunga telah mekar di taman…

    mudah2an…. 🙂

    Reply

  14. ytmz says on :

    Itu orang Rusia itu dua-dua berpenyakit, ni kesan radiasi chernobyl kah kah kah.

    Masalah punya masalah punca dari dengkur selesai dengan tidur tak pakai bantal, dah selesai.

    Reply

  15. sarah mohd shukor says on :

    Syazwan:
    alahai kamu ni pokwe. ada2 je la 🙂 lambaaaaaaaaat sgt lg. entah bilalah tu ye. hehe. selamat berpuasa 6 ye pokwe.

    Yasir:
    pergi tidur cepat. berlatihlah tidur tanpa batal. berbantal lengan je udah ye.

    Reply

  16. shazwani adnan says on :

    salam.

    Baru je nak bagitau suruh tido jangan pakai bantal. Dah ada orang bagitau dulu. Lambat la wanie ni. Cikgu, KS tido tak berdengkur. KS tido spokoina (tenang) je.. huhu..

    Wanie kalau penat sangat, wanie tak berdengkur, tapi datang pulak masalah lain. Janganlah orang lain kacau Wanie tidur. Rasa bengang je nanti.. huhu

    Reply

  17. MakNdak says on :

    Ngah,

    Takkanlah dengkor itu satu kriteria utama!!

    ‘SMILES’

    Kalau MakNdak lah.. takpelah… i have other choices…

    Ni belum lagi 24 hr peak labour pains…

    Reply

  18. snm says on :

    salam sarah..
    saya bermasalah jg tp x penah fikir utk minx pndpt dr doktor :p
    tgh2 mlm bila dh tidur, akan dgr bunyi keriut gigi berlaga. yg herannya, bila dh sedar, nk laga gigi dah x blh plak. xde bunyi pape pun yg klua.

    prob saya ni seolah2 keturunan. dpt dr abah saya, abah saya dpt dr arwah Yaie saya. sepupu saya pun ada yg mcm tu. Nyai saya ckp, semua ni ikut mcm arwah Yaie dulu. mama saya klu dgr saya laga gigi, terus tepuk pipi saya :p ada ke sarah jumpa patient mcm ni?dlm medic, ada ke probs mcm ni?

    Reply

  19. Reza says on :

    Salam KS
    .mintak izin tolong Cik Snm boleh?
    Cik Snm,sebenarnya keadaan ‘laga gigi’ ada dalam medic dan dipanggil ‘bruxism’.masalah laga gigi ni berlaku ketika kita dalam keadaan tidak sedar, terutamanya pada waktu tidur.selalunya perkara ini jarang menyebabkan masalah tapi jika laga gigi ini menyebabkan sakit gigi atau rahang keitka makan,pening kepala atau menganggu tidur,jumpalah doktor.kalau tidak, jangan risau.
    [Yang ditanya KS, malu pula bila menjawab,macam blog sendiri sahaja]

    .kalau dah betul-betul sayang bini tu, die berdengkur kuat mane pun kita suka..

    Reply

  20. sarah mohd shukor says on :

    Wanie:
    tu dia wanie dah mai. spakoona je kan. dan tak berbantal. sleeping beauty la konon. padahal sleeping mati! huhu.

    Mak Andak:
    labor pain? aaa… tak dapat dibayangkan. been helping in labor room for quite a number already. tak terbayang sakitnya tgk mak-mak ni jerit2 😐

    Falin:
    itu namanya bruxism 🙂 sy kenal ramai sgt org yg ada bruxism. mula2 dulu sy selalu terfikir yg org tu dh nak jaga, rupa2nya tgh asyik lg tidur. baca penerangan Reza kat atas ni. tak de apa2 yg significant sgt bruxism ni melainkan kalau ada neurologic symptoms yg lain pun ada jgk, tu mungkin boleh fikir tntg ada masalah dgn reflex. takpun tntg neuromuscular (saraf dan otot) problem. erm. dan ada kes yg berkaitan dgn psychiatric problem. but im optimist u are far awar from any of this =)

    Reza:
    terima kasih Reza. ks mmg beza tak sempat nak jawab awal2 td. bagus la kamu ni. lain kali kalau ada apa2 lg medical question, kamu tolong jwb sekali k. ni greenlight ni =)

    Reply

  21. Anonymous says on :

    saya ni perempuan yg memang tido berdengkur macam raksaksa kot..sebab tu sy tinggal sorg2 je sebab tak nak menyusahkan housemate2 saya..nmpknya, memang terbuktilah aper yg sy pikir selama ni psl lelaki yg x nak beristerikan perempuan spt sy..hmm..kalo sy ni bnyk duit, boleh le buat rawatan nak hilangkan mslh sy ni..tapi, sy ni mmg x mampu le..x kawen le jwbnyer..

    Reply

  22. ainiaziz says on :

    ha.. Interview sebelum kawin?
    takutnye..

    Dengkur, ubat gigi.. setiap orang ada kelemahan dan habit masing2 kan.
    Kalau pathological tu memanglah perlu dicorrectkan.
    Tapi kalau habit tu, mmg perlukan strong will power nak berubah.

    Tapi cik KS, betul tak semuanya bermuladari dalam diri. Kalau kita take positive view dan positive utk berubah utk kebaikkan.. mesti kita semangat nak brubah kan..kan..

    p/s 1:TQ for sharing the knowledge.
    p/s 2:suka gmbar baru kamu. salam kenal, ainiaziz,kuantan;)

    Reply

  23. sarah mohd shukor says on :

    Anon:
    akak, tak semestinya yg berdengkur tu buruk semuanya 🙂 sy berani jamin, 100% org dlm dunia semuanya pernah berdengkur sama ada sedar atau tak je. dan tak semestinya utk elakkan berdengkur tu kena jumpa ENTist je. akak boleh cuba tidur tanpa bantal, aktif di siang hari dan betulkan postur badan ketika tidur 🙂 dan tak semestinya yg tak berdengkur tu baik2 je semua sifatnya yg lain. entah2, ada yg tak reti plak nak urus kebersihan diri. hihi. semuanya ni mungkin, kan =) jadi, jgn la rasa rendah diri ye. setiap drpd kita ni insya Allah dah ada jodoh yg dituliskn oleh Allah utk kita =)

    Aini:
    salam kenal. oh. UIA kuantan. sepupu sy kat sana tau. Khairunisa Ahmad Affandi 🙂 betul tu aini. kekuatan dalaman kita ni penting. semangat kita utk cuba utk berubah atau tak. jgn cepat putus asa utk merubah sesuatu tu kan.
    p/s: terima kasih =)

    Reply

Leave a Reply